RAH CEMERL
E A
G N
U G
N S
A P
M
SILJAM
,0202
T
U K
R MS
C
ARA I L
B
A A
U R
KUB NA
Tahniah!
KEJAYAAN ANDA KEBANGGAAN KAMI
31 JULAI 2021
TEKS UCAPAN PENGETUA
(PUAN BERNADETH DE GUZMAN )
Salam sejahtera dan salam perpaduan.
Saya rasa bertuah dan bersyukur kepada Tuhan kerana walaupun kita masih dalam kemelut pandemik wabak Covid 19 tetapi kita
masih mampu mengadakan majlis ini walaupun secara atas talian bagi memberi pengiktirafan kepada murid SPM 2020 yang mencapai
tahap pencapaian yang cemerlang khususnya dalam bidang kurikulum.
Untuk makluman tuan-puan, khususnya para ibu bapa sekalian, keputusan SPM 2020 bagi sekolah ini adalah yang terbaik sejak
2017. SMK Libaran mendapat 94.59% kelulusan berbanding 86.76% pada tahun 2019.Peningkatan sebanyak 7.83%. Gred Purata Sekolah
pula ialah 5.61 berbanding tahun sebelumnya 5.97 iaitu peningkatan sebanyak 0.36. Untuk pengetahuan ibu bapa, semakin kecil angka
dalam GPS semakin baik. Malahan inilah kali pertama seorang murid mendapat straight A dalam SPM. Tahniah saya ucapkan kepada adik
Nurayeesya Natasya binti Maslan yang mendapat 1 A+, 4 A dan 4 A-. Terdapat 2 orang murid mendapat 7A, 2 0rang murid mendapat 6A
dan seorang murid mendapat 5A.
Dalam konteks pendidikan masakini, fungsi utama sekolah ialah menyediakan dan memastikan persekitaran pembelajaran yang
berkualiti agar membolehkan murid belajar dengan sebaiknya. Bagi menghasilkan persekitaran pembelajaran yang berkualiti, sekolah
sentiasa membuat perancangan dan tindakan penambahbaikan dari masa ke semasa selaras dengan fokus sekolah iaitu ke arah
Kemenjadian Murid dan Sekolah Berkualiti. Oleh itu, proses pembelajaran tidak lagi tertumpu kepada akses pengetahuan semata-mata,
bahkan lebih menjurus kepada proses persediaan murid untuk menghadapi cabaran yang berbeza pada masa hadapan selaras dengan
matlamat pendidikan negara iaitu untuk melahirkan modal insan yang cemerlang dalam pelbagai bidang. Namun, kunci kejayaan tersebut
terletak ditangan murid-murid itu sendiri.
Pada kesempatan ini, saya ingin merakamkan ucapan syabas dan tahniah kepada semua murid yang telah berjaya mengharungi
cabaran Pandemik Covid19 sehingga memperoleh kejayaan dalam SPM 2020. Anda semua HEBAT! Tidak lupa juga saya ingin merakamkan
ucapan terima kasih kepada semua ibu bapa murid yang telah memberikan kerjasama dan sokongan kepada anak-anak sehingga mereka
mencapai kejayaan dalam SPM 2020. Ucapan tahniah dan terima kasih juga saya rakamkan kepada barisan para guru yang sentiasa setia
dan sabar membimbing anak-anak murid sehingga mencapai keputusan SPM yang baik ini.
Akhir kata, buat murid-murid yang diraikan, terimalah pantun ini,
Guru dan ibubapa perlu serasi,
Agar tercapai hasrat di hati,
Kejayaan kalian sumber inspirasi,
Moga kecemerlangan terus dinikmati.
Sekian terima kasih
(PUAN BERNADETH DE GUZMAN)
Pengetua SMK Libaran
1
TEKS UCAPAN YDP PIBG
( ENCIK AWANG SALLEH BIN MOHAMMAD )
Assalammualaikum dan salam permuafakatan.
Bissmillahirahmannirrahim
Alhamdulillah, bersyukur saya ke hadrat illahi kerana dengan keizinanNya saya diberi kesempatan untuk mencoretkan sepatah dua kata
dalam Majlis Anugerah Cemerlang SPM 2020 SMK Libaran. Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih yang tidak terhingga diucapkan kepada
semua pihak yang bertungkus lumus untuk menjayakan majlis pada hari ini.
Sekolah bukan sahajamemainkan peranan untuk mendidik dan membimbing pelajar agar mencapai kecemerlangan dalam bidang akademik dan
kokurikulum tetapi juga sebagai institusi yang penting dalam membentuk sahsiah diri yang terpuji. Oleh yang demikian para pelajar yang
merupakan bakal pemimpin negara pada masa hadapan seharusnya dapat menempuh hidup yang penuh dengan cabaran ini Kegemilangan sesebuah
sekolah bergantung kepada komitmen semua pihak sama ada para pentadbir, guru-guru, murid-murid mahu pun masyarakat sekitar. Selain itu
permaufakatan antara guru dan ibu bapa serta masyarakat sekeliling merupakan tunjang penting untuk merealisasikan kejayaan anak-anak.
Semangat kerja sama bagai aur dengan tebing akan menyediakan landasan yang teguh untuk anak-anak melakar kejayaan yang gemilang. Komitmen
yang tinggi mampu membuahkan hasil yang memuaskan dalam pembentukan kejayaan anak-anak dalam pelbagai bidang.
Majlis Anugerah Cemerlang ini merupakan acara tahunan yang memberi pengiktirafan kepada para pelajar yang telah mengukir kejayaan
dalam bidang akademik, kokurikulum, kepimpinan dan sahsiah diri. Semoga penghargaan sebegini mampu merangsang murid-murid untuk meraih
kejayaan yang lebih besar pada masa hadapan dan menjadi generasi yang berwibawa serta berketrampilan.
Akhir kata, syabas dan tahniah kepada murid SPM 2020 yang telah mengharumkan nama sekolah dan nama keluarga. Jadikanlah kejayaan pada
hari ini sebagai tapak untuk mengorak langkah dengan lebih jauh pada hari esok.
Sekian, terima kasih
En. Ag. Saleh Bin Mohammad
YDP PIBG SMK Libaran.
2
TEKS UCAPAN PERASMI
DR. DALMANSA BIN TAHIL
(PEGAWAI PENDIDIKAN DAERAH SANDAKAN)
Beras kunyit saya taburi,
Air mawar direnjis wangi,
Berkembang kasih menabur budi,
Undangan tuan amat disanjungi.
Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan berbanyak terima kasih kerana sudi menjemput saya untuk merasmikan Majlis Hari Anugerah Cemerlang SPM SMK Libaran
bagi tahun 2020. Saya juga ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada pihak sekolah yang berjaya mengadakan program ini walaupun secara atas talian. Walau apa pun
nama yang diberi untuk majlis seperti ini, yang pasti adalah Majlis Hari Anugerah Cemerlang merupakan satu majlis khas untuk meraikan murid-murid yang telah
membuktikan kecemerlangan mereka dalam Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2020. Syabas dan tahniah saya ucapkan kepada pelajar-pelajar cemerlang
sekolah ini.
Terima kasih dan tahniah kepada guru-guru yang berjaya memartabatkan profesion perguruan sehingga mampu melahirkan modal insan yang berkualiti. Apatah lagi
dunia sekarang bergelombang dalam menghadapi arus pandemik covid-19. Sehubungan dengan itu, para guru dan murid terpaksa berhadapan dengan kehidupan norma baharu.
Pembelajaran dalam bilik darjah yang selama ini diamalkan, kini telah bertukar kepada Pengajaran dan Pembelajaran dari Rumah (PdPR) sama ada dalam talian atau luar
talian. Senario inilah telah menimpa murid-murid SPM tahun 2020.
Namun, dek kerana usaha guru dan murid dibantu oleh para ibu bapa, alhamdulillah dan tahniah saya ucapkan kerana keputusan peperiksan SPM tahun 2020 bagi
sekolah ini telah meningkat. Saya difahamkan, keputusan SPM tahun 2020 merupakan keputusan yang terbaik dalam tempoh lima tahun kebelakangan ini. Hal ini selaras
dengan peribahasa Melayu yang mengatakan usaha tangga kejayaan dan kalau tidak dipecahkan ruyung, mananakah dapat sagunya. Justeru itu, adalah diharapkan
agar majlis yang diadakan ini dapat dijadikan asas permulaan anjakan paradigma menjana modal insan yang terbilang.
Cendekiawan ada menyatakan tiada kejayaan semanis madu tanpa usaha sepahit hempedu. Oleh itu, pelbagai usaha dilakukan untuk menjadikan murid-murid
sebagai peneroka ilmu dan bukan sekadar pengikut. Sebenarnya, kejayaan seorang murid bukan hanya terletak pada usaha dan kesungguhan guru semata-mata. Selain guru,
ibu bapa juga perlu mencorakkan masa depan anak-anak mereka. Apatah lagi dengan cabaran pandemik covid-19 yang kita hadapi saat ini. Sebagai ibu bapa kita juga perlu
melakukan refleksi kendiri atau bermuhasabah, apakah memadai atau cukup setakat menyerahkan tanggungjawab kepada guru-guru dan pihak sekolah semata-mata.
Sesungguhnya, ibu bapa perlu memastikan usaha yang dimulakan di sekolah akan diteruskan apabila murid-murid berada di rumah. Justeru itu, menjadi tanggungjawab kepada
ibu bapa untuk memantau perkembangan pembelajaran anak-anak di rumah. Kolaborasi antara sekolah, ibubapa dan komuniti adalah penting untuk kejayaan anak-anak.
Pada kesempatan ini saya ingin melontarkan cabaran kepada murid-murid SPM 2020, agar dapat membuktikan bahawa anda mampu meneruskan kejayaan yang lebih gemilang di masa akan datang.
Berusahalah dengan lebih gigih berbekalkan ilmu yang dicurahkan oleh guru-guru untuk memperoleh kejayaan dan seterusnya mengharumkan nama keluarga dan sekolah. Berpeganglah pada prinsip alang-alang
menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan. Saya percaya murid yang mendapat anugerah pada hari ini merupakan mereka yang rajin berusaha dan konsisten dalam usaha. Tahniah saya ucapkan!
Sebelum saya berundur diri, saya juga ingin menarik perhatian hadirin sekalian pada gurindam ini;
Jika murid mendengar kata
Tidak guru berkata cela
Jika ibu bapa bekerjasama
Tidaklah anak berdukacita
Jika kita seia sekata
Tiada timbul sengketa
Jika seiring kita berusaha
Pasti semua akan berjaya
Digerak oleh iltizam mencapai kecemerlangan, saya dengan lafaz Bismillahhirrahmannirahim Merasmikan, Majlis Hari Anugerah Cemerlang SPM SMK Libaran
tahun 2020.
Sekian, terima kasih
Dr. Dalmansa Bin Tahil
Pegawai Pendidikan Daerah Sandakan
3
AHLI JAWATANKUASA
PENGERUSI : PUAN BERNADETH DE GUZMAN
TIMBALAN PENGERUSI (PENGETUA)
NAIB PENGERUSI
: ENCIK ANUWAR BIN ABDUL AMIT
SETIAUSAHA (PENOLONG KANAN PENTADBIRAN)
PENOLONG SETIAUSAHA
BENDAHARI : PUAN HAMIDAH BINTI SUPARTI
(PENOLONG KANAN HEM)
ENCIK ANUAR BIN YASIS
(PENOLONG KANAN KOKURIKULUM)
: PUAN CASSENDRA MARCELLA GINSON
(SETIAUSAHA KURIKULUM)
: PUAN FARAWAHIDAH BINTI MOHAMMAD
(SETIAUSAHA HAL EHWAL MURID)
: PUAN SUMIYATI SULAIMAN
4
AJK KERJA
JURU ACARA : PN. FATMAH HJ. SAHAK
TEKS UCAPAN PERASMI EN. MOHD RAHMAT MOHD SALLEH
DAN RAKAMAN
TEKS UCAPAN PENGETUA , : EN. ANUAR YASIS
YDP PIBG & RAKAMAN
BACAAN DOA & RAKAMAN : PN. NORAZIZAH SH. ABD AZIZ
TAYANGAN MONTAJ : USTAZ AHMAD RASIDI SAAD
BUKU ATURCARA EN. WAN MAHADZIR WAN SULAIMAN
RAKAMAN UCAPAN PERASMI,
PENGETUA, YDP PIBG : PN. FARAH HANIS FADZIL
SIJIL DAN HADIAH : EN. SAHARIN MAIDIN
PEMILIHAN PENERIMA ANUGERAH : EN. YEE TZYYPIRNG
PERSEMBAHAN EN. FAKHRUL RADHI RAZALI
BANNER
: PN . ASLINAH ELIAN
DOKUMENTASI PN. SURAYAH NASIR
PUBLISITI & PENGURUS SIARAN PN. FARAWAHIDAH MOHAMMAD
EN. SAFARUDDIN LAKALLA
POWER POINT PENERIMA ANUGERAH PN. EMYLIANA ROSLAN
RAKAMAN LAGU : SEMUA PK DAN KETUA BIDANG
NEGARAKU, SABAH TANAH AIRKU
LAGU SEKOLAH : CIK NORLIZAH NAPURUN
TEKNIK DAN PERALATAN
: EN. MOHD AYUBY MOHD RAZALI
EN. CHIN WEI MING
: PN. FARAWAHIDAH MOHAMMAD
: EN. FAKHRUL RADHI RAZALI
EN. YEE TZYYPIRNG
: PN. MEGERITA ARIMIN
PN. ROSIDAH RUSILIM
: EN. HABIBIH SYAMSUDIN
: EN. WAN MOHD FADZLI WAN DAUD
EN. MOHD ALI HAFIZ ARIFFIN
EN. HARUN EBNO
EN. WAN MUTTALIB WAN MANSOR
5
ATURCARA MAJLIS
09:30 am - Nyanyian Lagu Negaraku, Sabah Tanah Airku
11:30 am dan lagu sekolah.
- Bacaan Doa
- Ucapan alu-aluan Puan Pengetua
(Puan Bernadeth De Guzman)
- Ucapan YDP PIBG
(Encik Ag. Salleh bin Mohammad)
- Ucapan Perasmi
(Dr. Dalmansa bin Tahil)
Pegawai Pendidikan Daerah (PPD) Sandakan
- Tayangan Montaj
- Penyampaian hadiah:
a. Anugerah Kokurikulum
b. Anugerah HEM
c. Anugerah Akademik
d. Anugerah Panitia
- Persembahan
- Penyampaian cenderahati kepada perasmi
- Bersurai
6
SENARAI ANUGERAH UNTUK MURID SPM 2020
a) Kategori Kokurikulum
7
b) Kategori Hal Ehwal Murid (HEM )
Anugerah Murid Mithali
8
Anugerah Khas
9
c) Kategori Akademik
10
d) Anugerah Panitia
11
Bila gajah punya belalai ,
Maka landak punya duri,
Seluruh acara telah selesai ,
Tiba saatnya kita akhiri .
Di atas dahan Burung Tempua ,
Melihat rusa tepi perigi ,
Salam perpisahan untuk semua ,
Di lain masa bersua lagi.