The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Mesyuarat Agung PIBG SK Padang Tengku Kali Ke-39

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by dianahazwani7, 2022-06-24 02:24:47

Buku Program Mesyuarat Agung PIBG

Mesyuarat Agung PIBG SK Padang Tengku Kali Ke-39

SK PADANG TENGKU

27100 PADANG TENGKU,
KUALA LIPIS, PAHANG

Kali ke-39
Sesi 2022/2023

Tarikh : 25 Jun 2022
Hari : Sabtu
Masa : 8:30 Pagi

Tempat : Dewan SK Padang Tengku

Dirasmikan oleh

Timbalan Menteri I, Kementerian Pembangunan Luar Bandar,
Ahli Parlimen1 Lipis

SENARAI KANDUNGAN

Perkara Halaman

Senarai Kandungan 2
Kata-kata Aluan daripada Yang Dipertua PIBG 3
Kata-kata Aluan daripada Guru Besar SK Padang Tengku 4
Aturcara Majlis 5
Agenda Mesyuarat Agung PIBG 6
Senarai Ahli Jawatankuasa PIBG 7
Senarai AJK Pelaksana Program 8–9
Minit Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-38 10 -16
Laporan Tahunan Sesi 2021/2022 17 – 21
Penyata Kewangan Berakhir 31 Disember 2021 22 – 23
Usul/Cadangan Mesyuarat Agung 24-29
Penghargaan 30

2

KATA-KATA ALUAN
Yang Dipertua PIBG Sesi 2021/2022

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan selamat sejahtera,

Segala pujian tertentu bagi Allah, tuhan sekalian alam.Selawat dan
salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W., keluarganya
serta para sahabatnya. Dalam kesempatan ini, ingin saya memanjatkan
kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana dengan izin-Nya jua dapat saya
mencoretkan sepatah dua kata dalam ruangan ini.

Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) merupakan wadah yang

bertanggungjawab memikul amanah membantu menggilap

kecemerlangan anak-anak dan memperkasakan SK Padang Tengku.

Komitmen yang padu dalam kalangan anggota PIBG akan menjanjikan

kejayaan dan kepuasan bagi melahirkan insan cemerlang iaitu bangsa

Malaysia yang bertanggungjawab dan berbakti untuk agama, nusa, dan

bangsa . Sebuah sekolah yang mencapai kejayaan yang melebihi sasaran

dalam bidang akademik dan kokurikulum sesungguhnya disokong oleh

kemantapan PIBG. Melalui PIBG, diharap semua pihak dapat

mencambahkan idea-idea bernas serta buah fikiran yang berupaya

meningkatkan lagi prestasi akademik dan kokurikulum bagi melahirkan

insan kamil yang bertepatan dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Saya yakin bahawa segala program yang telah dirancang dapat
dilaksanakan dengan jaya. Semua pihak khususnya PIBG haruslah
memainkan peranan yang lebih efektif untuk kecemerlangan murid-
murid dan SK Padang Tengku. Marilah kita sama-sama mendokong dan
membuat perancangan rapi bagi memajukan PIBG SK Padang Tengku
selari dengan perubahan arus perdana hari ini. Usaha-usaha dan
penambahbaikan berterusan perlu dilakukan segera agar kita tidak
akan ketinggalan. Kesepaduan dalam permuafakatan yang tinggi
daripada warga PIBG amat diperlukan bagi menjayakan setiap program
yang akan dilaksanakan nanti.Moga budaya kerja cemerlang sentiasa
direalisasikan.

Akhir kata, saya amat berharap barisan peneraju PIBG yang baru
dilantik sesi 2022/2023 bersikap proaktif dalam merangka dan
melaksana program PIBG yang mampu menjana kecemerlangan sekolah.
Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan terima kasih atas sokongan
dan kerjasama serta memohon maaf jika ada kesilapan dan kesalahan
sepanjang saya menerajui PIBG di sekolah ini.
Sekian, terima kasih.

EN. NOR HIDAYAT BIN AHMAD 3
Yang Dipertua PIBG
SK Padang Tengku
Sesi 2021/2022

KATA-KATA ALUAN
Guru Besar SK Padang Tengku

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan selamat sejahtera.

Syukur ke hadrat Allah S.W.T. dengan limpah kurnia dan izin-Nya dapat
kita bersama-sama mengadakan Mesyuarat Agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru
(PIBG) SK Padang Tengku kali ke-39. Syabas dan tahniah kepada Ahli
Jawatankuasa Pelaksana Mesyuarat Agung PIBG 2022 yang telah berusaha
secara bersungguh-sungguh untuk menjayakan program ini. Jutaan terima kasih
kepada Ahli Jawatankuasa PIBG, ibu bapa dan gur-guru yang dapat hadir pada
mesyuarat kali ini.

Pendidikan merupakan satu pelaburan yang menjadi penanda aras kepada
kecemerlangan sesebuah sekolah. Justeru misi sekolah adalah mengembangkan
potensi murid menjadi cemerlang, berkualiti dan berakhlak mulia serta aktif
dalam bidang kurikulum dan kokurikulum. Demi melahirkan modal insan yang
cemerlang, visi sekolah diharap dapat digapai sama ada dalam bidang akademik,
kokurikum mahupun sahsiah pelajar. Justeru, PIBG perlu menunjukkan inisiatif
serta komitmen yang tinggi dan memikul tanggungjawab dengan penuh iltizam
dan azam yang kental dalam usaha menjana kecemerlangan sekolah . Oleh itu,
atas rasa tanggungjawab dan kebersamaan yang padu , PIBG mampu
melahirkan sesuatu yang bernilai dan bermakna demi mencapai kecemerlangan
anak-anak di SK Padang Tengku.

Sesungguhnya, murid-murid hari ini perlu dilengkapi dengan kecekapan
global dalam menyelesaikan sebarang masalah ruang lingkup persekitaran
budaya silang (cross cultural environment). Menyedari perubahan ini, maka
peranan PIBG cukup hebat dalam membantu pihak sekolah menjana personaliti
cemerlang dan masa depan yang cerah untuk anak-anak SK Padang Tengku pada
abad 21 ini. Sokongan padu ibu bapa dan komuniti setempat melalui PIBG untuk
menyumbang idea, material, sokongan moral dan tenaga demi kemajuan anak-
anak kita menjadi permulaan yang positif dan diharapkan akan menjadi suatu
kesinambungan kecemerlangan untuk warga sekolah. Misi dan visi sekolah akan
dapat direalisasikan seandainya PIBG membulatkan tekad, memperteguh
muafakat dan berusaha secara sepadu.

Akhirulkalam, semoga usaha murni kita mendapat keberkatan dan
keredhaan Allah S.W.T hendaknya. PIBG dan sekolah perlu bersikap bagai aur
dengan tebing demi menjamin kejayaan agenda pendidikan. Lantaran itu
diharap PIBG SK Padang Tengku terus mara dan proaktif dalam usaha
merealisasikan visi dan misi sekolah seterusnya mencipta kegemilangan
sekolah..

Sekian, terima kasih.

EN. GHAZALI BIN JAAFAR
Guru Besar
SK Padang Tengku

4

ATURCARA MAJLIS

8:30 Pagi : Pendaftaran
9:00 Pagi : Ketibaan Tetamu Kehormat
: Majlis Perasmian Bermula
: Nyanyian Lagu Negaraku dan Lagu Negeri Pahang
: Bacaan Doa
(En. Mohd Shaharuddin Bin Jusoh)
: Ucapan Yang Dipertua PIBG 2021/2022
(En. Nor Hidayat bin Ahmad)
: Ucapan Penasihat PIBG SK Padang Tengku
(En. Ghazali Bin Jaafar, Guru Besar)
: Ucapan Perasmian Mesyuarat Agung PIBG SK Padang
Tengku Kali Ke-39
: (YB Dato’ Sri Abdul Rahman bin Haji Mohamad,
Timbalan Menteri I,
: Kementerian Pembangunan Luar Bandar,
Merangkap Ahli Parlimen Lipis)
10:00 Pagi : Penyampaian Sijil Penghargaan & Cenderamata Ahli
Jawatankuasa PIBG Sesi 2021/2022
12:00 Tengah Hari : Penyampaian Cenderamata Perasmi
Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-39 Bermula
Pemberian Elaun Kehadiran dan Bersurai

5

AGENDA
MESYUARAT AGUNG PIBG

1. Ucapan Pengerusi (YDP PIBG, En. Nor Hidayat bin Ahmad)
2. Membentang dan Menerima Minit Mesyuarat Agung Tahunan yang

Lalu
3. Membentang dan Menerima Laporan Tahunan 2021/2022
4. Membentang, Menerima dan Meluluskan Penyata Kewangan

Berakhir 31 Disember 2021
6. Sumbangan bagi tahun 2022/2023

6.1 Sumbangan PIBG
6.2 Sumbangan Prasekolah
7. Perbahasan Usul
8. Pembubaran AJK PIBG 2021/2022
9. Pemilihan Jawatankuasa PIBG bagi sesi 2022/2023
10. Pemilihan Juru Audit Dalaman
11. Ucapan Penangguhan
12. Hal-hal lain

6

SENARAI AHLI JAWATANKUASA PIBG
SESI 2021/2022

AHLI JAWATANKUASA PIBG SESI 2021/2022

PENASIHAT : EN. GHAZALI BIN JAAFAR

YANG DIPERTUA : EN. NOR HIDAYAT BIN AHMAD

NAIB YANG DIPERTUA : EN. AMINUDDIN BIN MOHD HASHIM

SETIAUSAHA : PN. NURDIANA HAZWANI BINTI ROSLEE

BENDAHARI : PN. NUR SYAZWANI BINTI SHAHRIR

AJK : 1) PN. SITI ROKIAH BINTI ABD RAHMAN

2) CIK HARYANI BINTI HUSSIN
3) EN. ZUHARIZAM BIN AB RAHMAN
4) PN. AZIZAH BINTI MUHAMMAD
5) PN. JAYA SUDHA A/P GONGUNAIDU
6) PN. AZURA BINTI MAT NAYAN
7) PN. NOR HIDAYAH BINTI MOHD LIKI
8) PN. RAHIMAH BINTI SAIF
9) SITI NORAINI BINTI PUNIMAN
10) EN. AZHAR BIN MAT YUSOH
11) PN. NABILAH BINTI AHMAD SABRI

PEMERIKSA KIRA-KIRA : EN. MOHD JEFRI BIN MOHD ISA
PN. NAHA@MALIHA BINTI CHE ISA

7

AJK
PELAKSANA PROGRAM

PENASIHAT : EN. GHAZALI BIN JAAFAR
YANG DIPERTUA : EN. NOR HIDAYAT BIN AHMAD
SETIAUSAHA : PN. NURDIANA HAZWANI BT ROSLEE
BENDAHARI : PN. NUR SYAZWANI BT SHAHRIR

Sambutan Dan Jemputan Pencatat Minit Mesyuarat
En. Ghazali bin Jaafar Cik Noor Anizah binti Zeol
Pn. Nor Azan binti Ismail Pn. Norhaida binti Ab Rashid
Pn Maznah binti Abdul Hamid Pn Zurawati binti Ibrahim
En Mohamad Sabri bin Mat
En.Nor Hidayat bin Ahmad (YDP) Pengacara Majlis
En. Aminuddin bin Mohd Hashim (NYDP) Cik Kamsiah binti Abu Samah
Pn. Asrinda binti Ismail
Surat/Notis Mesyuarat & Usul
Pn. Nurdiana Hazwani binti Roslee Pengira undi
Pn. Azizah binti Muhammad (KAFA)
Pendaftaran En. Zuharizam bin bin Ab Rahman
Pn. Siti Rokiah binti Abdul Rahman En. Azhar bin Mat Yusoh (AJK PIBG)
Pn. Aminah binti Ismail Pn Jaya Sudha a/p Gongunaidu (AJK PIBG)
Pn. Elmiyah bt Ab. Rohan (Prasekolah)
Bacaan Doa Cenderamata
En. Mohd Shaharuddin bin Jusoh Pn. Melati binti Abdullah
Pn. Fiona Bulan Mujah
Buku Program/Bahan Edaran Pn Noriza binti Md Noor
Pn. Nurdiana Hazwani binti Roslee
Pn. Nurul Jannah binti Mazlan
Pn Liazatul Murnirah binti Osman

8

AJK
PELAKSANA PROGRAM

Pengira Undi Persiapan Tempat & Mengemas Dewan
Pn. Azizah binti Muhammad En. Zuharizam bin bin Ab Rahman
En. Zuharizam bin bin Ab Rahman En Muhammad Amin bin Abdullah
En. Azhar bin Mat Yusoh En. Zuhaifulnizan bin Ismail
Pn Jaya Sudha a/p Gongunaidu En. Hazaka bin Yunus
En. Mohd Shaharuddin bin Jusoh
Hiasan Pentas & Banner
Cik Haryani binti Hussain Dokumentasi
Pn. Nurhafiza binti Abdul Hadi Pn. Nazurah binti Kasmian
Pn. Suria binti Ahmad Malek Pn. Salmi binti Musa
Pn. Salihatun binti Yahya
Pn. Nurul Jannah binti Mamat Siaraya
En. Mohd Romizam bin Mohd Ramli
Pemberian Saguhati Kehadiran En. Rozman bin Malik
Pn. Nur Syazwani binti Shahrir
Pn. Chrisnarita a/p Kanessuvaran Jamuan
Pn. Maliha binti Isa Pn. Noraini binti Abdul Majid
Pn Haslina binti Mat Yunus Pn Suzanahaslizawati binti Nor

Hebahan/Publisiti
Semua Guru Kelas

9

MINIT MESYUARAT AGUNG
PIBG KALI KE-38

10

11

12

13

14

15

16

17

LAPORAN TAHUNAN
SESI 2021/2022

18

19

20

21

PENYATA KEWANGAN
BERAKHIR

31 DISEMBER 2021

22

23

USUL/CADANGAN
MESYUARAT AGUNG

24

SUMBANGAN PIBG

1) SUMBANGAN PIBG (RM60)
• Usul AJK :

Kutipan sumbangan PIBG sebanyak RM60 bagi setiap penjaga.
Cadangan pecahan dari sumbangan PIBG bagi setiap penjaga adalah
untuk tujuan berikut :
✓ Peperiksaan dalaman
✓ Keceriaan sekolah
✓ Sukan tahunan
✓ Perkhemahan unit beruniform
✓ KAFA
✓ Hari Anugerah Kecemerlangan
✓ Tabung
✓ Program Sekolah

25

SUMBANGAN PRASEKOLAH

2) SUMBANGAN PRASEKOLAH (RM70)
• Kutipan sebanyak RM70 melibatkan ibu bapa/penjaga yang mempunyai anak

prasekolah untuk menampung kos seperti berikut :

Kos Jumlah

Fotostat RM20

Kerusi perhimpunan RM20

Berus gigi, ubat gigi dan cawan RM10

Bayaran fotografi Majlis RM20
Graduasi Prasekolah

Jumlah RM70

3) KEAHLIAN PIBG BAGI IBU BAPA/PENJAGA MURID PRASEKOLAH YANG
TIDAK MEMPUNYAI ANAK BERSEKOLAH DI ARUS PERDANA
• Seramai 22 orang daripada 48 orang ibu/bapa/penjaga murid prasekolah yang

tidak mempunyai anak daripada arus perdana memohon menjadi ahli
persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG).
• Kadar sumbangan ibu bapa/penjaga murid Prasekolah dalam PIBG tidak
semestinya sama dengan nilai sumbangan ahli lain dan hendaklah ditetapkan
dalam Mesyuarat Agung PIBG sekolah berkenaan.
• Cadangan kutipan sumbangan sebanyak RM10 daripada ibu bapa murid-
murid prasekolah yang tidak mempunyai anak di arus perdana.

Jumlah keseluruhan kutipan sumbangan bagi ibu/bapa murid prasekolah
yang tidak mempunyai anak bersekolah di arus perdana ialah :

Kos Jumlah

Fotostat RM20

Kerusi perhimpunan RM20

Berus gigi, ubat gigi dan cawan RM10

Bayaran fotografi Majlis RM20
Graduasi Prasekolah

Sumbangan PIBG RM10

Jumlah RM80

26

USUL/CADANGAN

1) PINTU PAGAR SEKOLAH

BIL USUL

1. En. Mohd Hafiz bin Mohd Yusuf
Kg Beralas
Saya ingin cadangkan pintu belakang sekolah dibuka semula memudahkan ibu
bapa menghantar dan mengambil anak bagi mengelakkan kesesakan di
hadapan pintu pagar sekolah semasa mengambil budak sekolah.

2. En. Ajib bin Othman
Kg Telemin
Membuka semula pintu pagar belakang bagi memudahkan penjaga mengambil
anak Ketika pulang sekolah terutamanya penjaga yang bekerja di SMKPT.

3. En. Mohamed Fadli Che Mat
Kg. Perlak
Memohon agar pintu @ pagar belakang sekolah rendah & menengah dibuka
untuk memudahkan ibu bapa mengambil anak-anak. Ini kerana sering berlaku
kesesakan lalu lintas di hadapan sekolah rendah.

4. Nor Safrini binti Azahan
Kg. Perlak
Agar pintu belakang dibuka bagi tujuan mengambil anak. Ini kerana bagi
mengelakkan kesesakan di hadapan sekolah.

27

USUL/CADANGAN

2) KECERIAAN SEKOLAH

BIL USUL
1 Pn. Nabilah binti Ahmad Sabri

Padang Tengku
1) Saya mencadangkan pihak sekolah meletakkan bahan-bahan

ilmiah di laluan-laluan pelajar serta di tandas-tandas. Para pelajar
pasti akan terpandang lantas membaca setiap bahan bacaan yang
digantung atau ditampal.
2) Menambah baik persekitaran sekolah agar kelihatan lebih ceria.
Sekaligus menarik minat anak-anak ke sekolah. Mewujudkan
kembali pertandingan kebersihan dan keceriaan kelas.

28

USUL/CADANGAN

3) KEMUDAHAN/INFRASTRUKTUR

BIL USUL
1. Muhammad Khairul Naim

Kuarters Klinik Kesihatan Padang Tengku
Saya Muhammad Khairul Naim ingin mencadangkan penyegeraan
pembinaan laluan bagi pelajar prasekolah kerana laluan yang sedia ada
selalu basah dan berair serta melalui petak takungan air. Bagi memberi
keselesaan dan mengelakkan kemalangan serta pencemaran yang
berlaku kepada anak-anak pra tersebut. Saya mencadang.
2. Nurul Nazirah Bt Sabri
Taman Dahlia, Padang Tengku
Mohon membuat laluan ke prasekolah yang mudah dilalui oleh budak.
Disebabkan jalan yang sedia ada kurang baik. Apabila hujan jalan lecah.

29

PENGHARGAAN

DENGAN TULUS IKHLAS MERAKAMKAN UCAPAN
SETINGGI-TINGGI PENGHARGAAN DAN TERIMA KASIH

KEPADA :
YB DATO’ SRI ABDUL RAHMAN BIN HAJI MOHAMAD

TIMBALAN MENTERI I,
KEMENTERIAN PEMBANGUNAN LUAR BANDAR,

AHLI PARLIMEN LIPIS
EN. NOR HIDAYAT BIN AHMAD
YDP PIBG SK PADANG TENGKU

EN. GHAZALI BIN JAAFAR
GURU BESAR SK PADANG TENGKU
BARISAN PENTADBIR SK PADANG TENGKU

SEMUA AHLI JAWATANKUASA PIBG SESI 2021/2022

AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA MESYUARAT AGUNG
KALI KE-39

SEMUA GURU, IBU BAPA DAN PENJAGA
SEKOLAH KEBANGSAAN PADANG TENGKU

DAN SEMUA PIHAK YANG TELAH MEMBERI SOKONGAN
DAN SUMBANGAN UNTUK MENJAYAKAN MESYUARAT

AGUNG PIBG SK PADANG TENGKU KALI KE-39

30


Click to View FlipBook Version