MESIN RAMBUT AJAIB Muhammad Aidil Azmeer Muhammad Aidil Azmeer
Pada suatu hari, Asymal bersiar-siar dengan rakannya Amin dan Amirul di sekitar desa. Asymal berbual mesra sambil menceritakan tentang kebersihan dan kekemasan penduduk di sekitar desa.
Amirul menegur rambut asymal yang sangat panjang dan tidak kemas. Amin juga menyokong pendapat Amirul. Asymal bersetuju setelah menyedari hal tersebut.
Amin memberitahu Asymal tentang kedai gunting rambut ajaib yang terletak dihujung desa. Asymal berasa teruja apabila mengetahui kewujudan kedai gunting rambut ajaib tersebut.
Keesokan harinya Asymal pergi ke kedai tersebut. pemilik kedai menyambut Asymal dengan penuh ramah. Asymal pun masuk ke dalam kedai tanpa berlengah.
setelah duduk di dalam kedai, Asymal mencari alat ajaib dalam kedai tersebut tetapi tidak dijumpainya. Asymal juga memikirkan tentang gaya rambut yang sesuai dengan dirinya.
“Saya tahu!” ujar Kim mesin rambut ajaib. Asyamal terkejut sambil mencari arah datangnya suara tersebut dan akhir ternampak mesin rambut yang pandai bercakap.
Kim menerangkan tentang cip yang terdapat dalam badannya yang membolehkannya bercakap. Asymal berasa kagum sambil memuji kajaiban mesin tersebut.
Asymal berbincang dengan Kim tentang gaya rambut yang sesuai dengannya. Kim memberikan cadangan yang terbaik dan dipersetujui oleh Asymal.
Tukang gunting mula memotong rambut Asymal sambil berbual dengan Asymal. Kim pula memberikan arahan kepada tukang gunting.
.Asymal keluar dari kedai dengan penuh keyakinan dan gembira kerana rambutnya telah kemas dan sesuai dengan dirinya.
Mesin rambut atau “Hair Clipper” merupakan satu mesin yang digunakan untuk memotong rambut. mesin ini memiliki bilah yang dapat meotong rambut dengan selamat dan dapat memberikan hasil guntingan yang memuaskan MESIN RAMBUT AJAIB