i EDISI 1/2022
DEAL
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Negeri Johor
RASUAH DIHINA MARUAH DIBINA
sprmnegerijohor 07-231 6000 [email protected]
Isi Kandungan
3 PERUTUSAN PENGARAH 14 PERTANDINGAN SEMPENA
PROGRAM WIRA ANTI RASUAH
4 PRAKATA TIMBALAN /
SIDANG BULETIN 15 KEM AMAR: ANTI CORRUPTION
START FROM YOU
5 JACP 2021-2025 DILANCAR
16 IKRAR BEBAS RASUAH
6 HARI ANTI RASUAH
ANTARABANGSA 2021 17 SESI PEMBENTANGAN KHIDMAT
NASIHAT
7 SIMPOSIUM INTEGRITI 2.0 PBT
NEGERI JOHOR 18 KUNJUNGAN HORMAT
8 LIBAT URUS INTEGRITI BERSAMA 19 FAIL MAHKAMAH
JABATAN PERTANIAN NEGERI
JOHOR 20 MAJLIS PERBARISAN TAMAT LATIHAN /
ANUGERAH APRESIASI
9 PROGRAM SUMBANGAN PASCA KECEMERLANGAN
BANJIR
21 IMBASAN 2021
10 TEKNIK KESELAMATAN DAN
MENYELAMAT BERSAMA JBPM 22 GALERI RAYA
JOHOR
23 KARYA PEMENANG
11 KEJORA LANCAR OACP 2020-2025 PERTANDINGAN MELUKIS:
12 BENGKEL PEMANTAPAN ANTI RASUAH
JABATAN KERAJAAN DAERAH MUAR /
PROGRAM MEMPERKASAKAN INTEGRITI
DAN ANTI RASUAH DALAM PEMANTAPAN
AKAUNTABILITI INDIVIDU
13 TEMUBUAL BERSAMA JOHOR FM /
PROGRAM LESTARI ANTI RASUAH
DALAM PENGURUSAN DANA KEPADA
PEGAWAI JKM DAN NGO KEBAJIKAN
NEGERI
2
PerutusanSPRM NEGPEERNIGJOAHRAOHR
Assalamualaikum WBT,
Salam Sejahtera dan Salam Perangi Rasuah.
Alhamdullilah syukur dipanjatkan ke hadrat Ilahi kerana
dengan limpah dan kurnia-Nya dapat kita bersua dalam
Buletin iDEAL Suruhanjaya Pencegahan Rasuah
Malaysia (SPRM) Johor, Siri 2 Bil.1/2022.
Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan syabas dan
tahniah kepada Sidang Buletin SPRM Johor atas
kejayaan meneruskan penerbitan buletin ini buat kali
yang kedua selepas penerbitan pertama pada tahun
lalu.
Seiring dengan kemajuan teknologi, penerbitan naskah
ini merupakan satu usaha yang masih lagi diperlukan
walaupun penggunaan teknologi maklumat telah
menjadi ‘budaya’ untuk kita semua. Dengan adanya
penerbitan naskah seumpama ini, segala usaha yang
telah dilaksanakan dapat dijadikan sebagai bahan
rujukan mahupun arkib untuk digunakan pada masa-
masa mendatang.
YBhg. Dato' Haji Azmi Bin Haji Alias Usaha menyebarluaskan mesej anti rasuah merupakan
tanggungjawab semua warga SPRM bagi memastikan
Bantuan daripada setiap lapisan masyarakat ibu segala jenayah itu dapat diperangi habis-habisan.
juga amatlah dialu-alukan kerana usaha Tidak dinafikan, dalam usaha melaksanakan
memerangi rasuah adalah tanggungjawab tanggungjawab yang telah diamanahkan ini ada kalanya
kita bersama. Diharapkan agar penerbitan didatangi dengan pelbagai cabaran.
buletin ini dapat membakar semangat
semua warga SPRM untuk kekal fokus Walaubagaimanapun, usaha memerangi jenayah rasuah
dalam melaksanakan tanggungjawab agar yang dilakukan oleh SPRM khususnya negeri Johor
dapat menjadikan Malaysia dikenali sebagai tetap diteruskan dalam meneruskan amanah yang
negara bebas rasuah dan maju serta diberikan agar jenayah rasuah, penyelewengan dan
sejahtera bersamanya. salah guna kuasa dapat dihapuskan di negara ini hasil
daripada gerak kerja sektor operasi mahupun
pencegahan.
Sekian, terima kasih.
3
Prakata
Timbalan Pengarah
YBrs. PKPj Sheikh Hamadi Bin Sheikh Abdul Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera
Hamid (A.M.P)
Ketua Editor Syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah
Merangkap Timbalan Pengarah (Pencegahan) kurniaNya, maka buku Buletin iDEAL Suruhanjaya
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Johor, Siri 2
Johor Bil.1/2022, disiapkan dalam tempoh masa ditetapkan.
YBrs. PKPj Sheikh Hamadi Bin Sheikh Abdul Hamid Memasuki penerbitan yang kedua, buletin ini
(A.M.P) menghimpunkan pelbagai artikel hasil daripada
Ketua Editor penganjuran aktiviti-aktiviti pencegahan dan
Merangkap Timbalan Pengarah (Pencegahan) penyebaran luas mesej anti rasuah oleh SPRM Johor.
SPRM Johor
Dengan adanya penerbitan buletin ini, diharapkan agar
usaha-usaha yang dilakukan oleh SPRM Johor akan
dapat disebarluaskan selain memastikan khazanah ini
terpelihara dan dijadikan rujukan untuk generasi akan
datang. Saya amat berharap agar ‘sejarah’ yang
dibukukan ini akan dimanfaatkan dengan baik oleh
semua pihak seterusnya menjadi bahan rujukan dalam
mendapatkan informasi berkaitan SPRM Johor.
Penerbitan buletin ini juga akan diteruskan untuk tahun-
tahun mendatang.
Ribuan terima kasih diucapkan kepada semua yang
terlibat dalam menjayakan penerbitan buletin ini kerana
dengan adanya bantuan dan komitmen semua pihak,
usaha untuk menerbitkan buletin ini berjalan seperti yang
dirancang.
Sekian, terima kasih.
SIDANG BULETIN
PPj Haslinda Binti Hamzah PsK Muhamad Azrin Ps Salmiha PPs Norzaliza PPs Mohd Hafeez
Ketua Bin Mad Heder Binti Saidin Binti Mohd Jannes Bin Husaini
Unit Pendidikan Masyarakat
4 SPRM Johor
JACP 2021-2025 DILANCAR
JOHOR BAHRU, 30 Nov. Dalam usaha
mencerminkan komitmen pentadbiran
awam Kerajaan Johor untuk
membanteras gejala rasuah dalam
perkhidmatan pentadbiran kerajaan
negeri, Pelan Antirasuah Kerajaan Johor
(JACP) 2021-2025 dilancarkan.
Majlis Pelancaran JACP 2021-2025 yang
dijalankan secara maya itu disertai oleh
Menteri Besar, Dato’ Hasni Mohammad,
Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Hj.
Azmi Rohani, serta Pengarah Suruhanjaya
Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)
Johor, Dato’ Azmi Bin Alias, hari ini.
Menurut Dato' Azmi, komitmen yang
ditunjukkan oleh kerajaan negeri dalam
membangunkan JACP 2021-2025
mampu memastikan budaya anti rasuah
dapat ditegakkan khususnya dalam
mentadbir negeri Johor.
Beliau berkata demikian ketika
membentangkan Analisis Statistik Kes-
kes SPRM di negeri ini dalam Pelancaran
Pelan Anti Rasuah Kerajaan Johor (JACP)
2021 - 2025, Sempena Sambutan Hari
Integriti Negeri Johor 2021, di sini.
Dalam pembentangan tersebut, Dato' Usaha yang dilakukan ini perlu
Azmi memberikan fokus statistik kes disokong bagi menjadikan Johor
melibatkan tujuh agensi di bawah sebuah negeri yang bebas rasuah,
kerajaan negeri iaitu Pejabat Setiausaha
Kerajaan Negeri Johor (SUKJ), Pejabat maju dan berintegriti.
Tanah, Pejabat Daerah, Pihak Berkuasa
Tempatan (PBT), Jabatan Kerja Raya
(JKR), Jabatan kebajikan Masyarakat Pelancaran JACP mampu
(JKM) dan Jabatan Agama Islam Negeri menjadi satu titik permulaan
Johor (JAINJ). bagi meneruskan nilai-nilai integriti
yang lebih baik dan sempurna bagi
Terdahulu, majlis dimulakan dengan memastikan generasi akan datang
ucapan aluan oleh Dato' Azmi bin Rohani dapat meneruskan usaha yang
dan disusuli dengan ucapan perasmian
oleh Dato’ Hasni. dilakukan.
5
HARI ANTI RASUAH
2021A N T A R A B A N G S A
JOHOR BAHRU, 9 Dis. - Seramai 46 ekspatriat daripada 28 buah syarikat daripada sektor perkilangan,
perniagaan dan korporat seluruh Johor menyertai Majlis Sambutan Hari Anti Rasuah Antarabangsa
2021 (HARA 2021) peringkat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Johor, secara hibrid,
hari ini.
Peserta yang menyertai majlis HARA 2021 terdiri daripada negara Perancis, Itali, Jepun, Singapura,
Ireland, Denmark, Turki, Columbia, Taiwan dan Malaysia.
HARA 2021 yang bertemakan ‘Your Right, Your Role: Say No To Corruption’ telah berlangsung
secara serentak di seluruh negara itu, dimulakan dengan ucapan aluan oleh Timbalan Pengarah
(Pencegahan) SPRM Johor, PKPj Sheikh Hamadi Bin Sheikh Abdul Hamid.
Dalam ucapan aluannya, beliau berkata, penganjuran HARA 2021 memfokuskan komunikasi dan
kerjasama yang baik dengan kumpulan ekspatriat profesional di Malaysia.
“Kami berharap dapat mengukuhkan hubungan baik dengan komuniti ekspatriat dan berharap dapat
memanfaatkan pengalaman untuk meningkatkan langkah pencegahan rasuah. Kami juga mengalu-
alukan kerjasama dengan pihak ekspatriat untuk berhubung dengan SPRM sekiranya terdapat
sebarang kebimbangan, pandangan dan cadangan tentang sebarang perkara berkaitan rasuah,”
katanya.
Penganjuran HARA 2021 peringkat SPRM Johor, mendapat kerjasama daripada
Persekutuan Pengilang-Pengilang Malaysia (FMM) dan Yayasan Anti Rasuah
Malaysia (YARM) negeri.
6
Program JOHOR BAHRU, 17 Dis. - Bagi membuktikan
komitmen memerangi jenayah rasuah,
S2i.0mPpBosTiNuemgIenrtieJgorhiotri penyelewengan dan salah guna kuasa, seramai
383 penguat kuasa pihak berkuasa tempatan
(PBT) seluruh Johor melafazkan Ikrar Bebas
Rasuah (IBR).
IBR yang melibatkan 16 PBT negeri tersebut
dijalankan sempena Majlis Perasmian Program
Simposium Integriti 2.0 PBT Negeri Johor di
Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP), dekat
sini.
Majlis perasmian disempurnakan oleh
Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Azmi Bin
Rohani dan turut dihadiri oleh Pengarah
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
(SPRM) Johor, Dato’ Azmi Bin Alias, Datuk
Bandar MBIP, Dato’ Mohd Haffiz Bin Ahmad
dan Setiausaha Bahagian, Bahagian Kerajaan
Tempatan (BKT) negeri, Mohd Farid Bin Kassim.
Pada masa sama, Dato’ Azmi telah
menyampaikan sijil penghargaan Seksyen 17
(b) Akta SPRM 2009 kepada 17 penguat kuasa
Majlis Perbandaran Kluang atas komitmen
menolak tawaran rasuah dan melaporkan
kegiatan jenayah tersebut kepada suruhanjaya
ini.
Program yang dijalankan selama dua hari sejak
semalam itu berjalan serentak dengan
pelepasan Konvoi Jelajah Integriti Frontliner
dan Seminar Pemantapan Integriti.
Terdahulu dalam majlis tersebut, seramai 107
peserta konvoi yang terdiri daripada penguat
kuasa PBT dan pegawai SPRM telah memulakan
perjalanan daripada MBIP dan menjelajahi
sembilan pejabat PBT seluruh negeri.
7
LIBAT URUS INTEGRITI
bersama JABATAN PERTANIAN
NEGERI JOHOR
JOHOR BAHRU, 23 Jan. - Suruhanjaya
Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Johor
telah menerima 60 batang anak pokok
daripada Jabatan Pertanian Negeri Johor
(JPNJ) untuk ditanam sebagai salah satu
inisiatif menghiasi kawasan perkarangan
kompleks pejabat suruhanjaya ini.
Kesemua anak pokok daripada jenis pokok
kelapa, mangga harumanis dan manggis
mesta itu ditanam secara serentak dalam
Program Libat Urus Integriti dan Kunjungan
Hormat JPNJ ke SPRM Johor, di sini hari ini.
Program anjuran Kelab Sukan dan
Rekreasi (KSR) SPRM Johor tersebut
dirasmikan oleh Pengarah SPRM Johor,
Dato' Azmi Bin Alias. Ketika berucap
dalam program tersebut, beliau berkata,
pihaknya berasa berbesar hati menerima
anak-anak pokok daripada jabatan
terbabit kerana usaha itu dapat
menghidupkan kawasan landskap pejabat
SPRM Johor dengan tanaman-tanaman
segar.
Dalam program sama, Dato’ Azmi turut
serta menanam anak pokok manggis
mesta sebagai simbolik penyerahan anak
pokok kepada SPRM Johor. Sebanyak 10
kumpulan mengikut unit dipecahkan dan
masing-masing akan menerima enam
hingga tujuh anak pokok untuk
menjalankan aktiviti penanaman,
penjagaan dan pengurusan bagi
memastikan proses pertumbuhan berada
dalam keadaan baik.
8
Program Sumbangan Pasca Banjir
SPRM Johor 2022
SEGAMAT, 26 Jan. - Susulan daripada bencana banjir yang melanda Kampung
Kuala Paya, di sini pada awal Januari lalu, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah
Malaysia (SPRM) Johor dengan kerjasama Waqaf An-Nur Corporation Berhad
(Waqaf An-Nur) dan syarikat SPT Services Sdn Bhd (SPTS) telah menyalurkan
bantuan bakul makanan kepada 43 keluarga yang terjejas.
Penyampaian kepada wakil mangsa disampaikan menerusi Program Sumbangan
Pasca Banjir SPRM Johor 2022, di dewan serbaguna kampung tersebut, hari ini.
Objektif penganjuran program tersebut adalah bagi meringankan beban mangsa
banjir di kampung berkenaan yang dalam masa sama menjalankan
tanggungjawab sosial dalam membantu golongan yang memerlukan yang
mendapat kerjasama daripada Pejabat Daerah Segamat dan Unit Integriti,
Pejabat Setiausaha Kerajaan Johor.
Ketika berucap dalam program tersebut, Pengarah SPRM Johor, Dato’ Azmi Alias
berkata, program turun padang yang dijalankan ini juga adalah bertujuan
mendekatkan diri dengan masyarakat dalam usaha membanteras rasuah secara
bersama.
“Penyampaian bantuan oleh mana-mana perlulah betul-betul sampai kepada
golongan yang memerlukan. Sekiranya perkara tersebut tidak berlaku, masyarakat
diminta memberikan maklumat kepada pihak SPRM,” katanya.
9
Program
TEKNIK KESELAMATAN DAN MENYELAMAT
BERSAMA JBPM NEGERI JOHOR
JOHOR BAHRU, 20 Mac - Hampir 100 pegawai dan
kakitangan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
(SPRM) Johor menyertai Program Teknik-Teknik
Keselamatan dan Menyelamat bersama Jabatan
Bomba dan Penyelamat (JBPM) Johor, di Kompleks
Pejabat SPRM Johor, di sini hari ini.
Program yang turut disertai oleh Pengarah SPRM Johor,
Dato' Azmi Bin Alias itu adalah bertujuan untuk
memberikan pendedahan kepada pegawai dan
kakitangan berkaitan bagaimana cara untuk bertindak
sekiranya menghadapi situasi kecemasan ketika berada
di pejabat.
Sebanyak tiga aktiviti fizikal yang dijalankan dalam
program tersebut iaitu demonstrasi pemadaman api,
teknik penangkapan haiwan berbisa iaitu ular dan teknik
'rafling'.
Terdahulu, Ketua Cawangan Penguatkuasaan Keselamatan Bangunan Bahagian
Keselamatan Kebakaran JBPM Johor, Penguasa Kanan Bomba II (PgKB II), Jasni Bin Yusof
telah memberikan taklimat berkaitan teknik keselamatan kepada para peserta.
10
KEJORA LANCAR OACP 2020 - 2025
KOTA TINGGI, 29 Mac - Dalam usaha memerangi jenayah rasuah dan meningkatkan tadbir urus
organisasi, Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (Kejora) telah melancarkan Pelan Anti Rasuah Organisasi
(OACP) Tahun 2022-2025, hari ini.
OACP Kejora tersebut dirasmikan oleh Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)
Johor, Dato' Azmi Bin Alias, di Dewan Kejora, di sini.
Ketika berucap dalam majlis tersebut, Dato' Azmi berkata, Kejora dilihat melakukan langkah yang tepat
apabila membangunkan OACP kerana inisiatif tersebut selari dengan Pelan AntiRasuah Nasional 2019-
2023 (NACP). Katanya, NACP meletakkan OACP sebagai salah satu strategi utama bagi memperkukuhkan
kecekapan penyampaian perkhidmatan awam dengan objektif untuk merekayasa perkhidmatan awam ke
arah tadbir urus yang baik.
11
BENGKEL PEMANTAPAN ANTI RASUAH
JABATAN KERAJAAN DAERAH MUAR
MUAR, 17 April – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Johor dengan kerjasama Pejabat Daerah Muar
telah mengadakan Bengkel Pemantapan Anti Rasuah Jabatan Kerajaan Daerah Muar Bertemakan Bahana Bila
Rasuah Menjadi Budaya yang melibatkan 100 orang peserta dari semua jabatan kerajaan daerah tersebut, di Dewan
Jubli Intan Sultan Ibrahim, di sini hari ini.
Objektif penganjuran bengkel tersebut ialah untuk meningkatkan kefahaman dan kesedaran peserta bidang
perolehan bagi mencapai prinsip nilai faedah terbaik dalam perolehan kerajaan untuk mengurangkan pembaziran
wang awam , selain untuk memperbaiki prosedur kerja perolehan sedia ada supaya lebih teratur, sistematik dan
berkesan.
Pengarah SPRM Johor, Dato' Azmi Bin Alias dalam ucapan penutup program tersebut menekankan, kepentingan
menguruskan perolehan kerajaan dengan baik bagi mengelak berlakunya pembaziran dana awam yang boleh
memberikan kerugian kepada ekonomi negara.
PROGRAM MEMPERKASAKAN INTEGRITI DAN ANTI RASUAH
DALAM PEMANTAPAN AKAUNTABILITI INDIVIDU
(KONTRAKTOR & PEGAWAI PBT DI UNIT PEROLEHAN)
JOHOR BAHRU, 22 MEI - Seramai 81 individu telah
menyertai Program Memperkasakan Integriti Dan Anti
Rasuah Dalam Pemantapan Akauntabiliti Individu
(Kontraktor & Pegawai Pihak Berkuasa Tempatan Di
Unit Perolehan), di sini hari ini.
Program anjuran bersama Suruhanjaya Pencegahan
Rasuah Malaysia (SPRM) Johor dan Lembaga
Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB)
Johor tersebut adalah bertujuan memberikan kesedaran
agar menghindari perlakuan jenayah rasuah selain
menyemai sifat anti rasuah kepada kontraktor dan
pegawai PBT agar tidak bersekongkol dalam proses
penganugerahan projek.
Program kemudian diteruskan dengan sesi dialog di
antara Pengarah SPRM Johor, Dato' Azmi Bin Alias dan
Encik Raffizee bin Ibrahim.
12
Timbalan Pengarah (Pencegahan)
SPRM Johor Kongsi Isu Anti Rasuah, Integriti
Menjelang PRN
Dalam temubual selama 30 minit bersama penyampai radio Johor FM, Leen Jowo
menerusi slot Cakna Hak Anda Kawan (CHAK) itu, PKPj Sheikh Hamadi telah
menekankan kepentingan sifat anti rasuah dan integriti yang perlu diamalkan
oleh setiap calon Pilihan Raya Negeri Johor bagi memastikan proses pilihan raya
negeri ini dapat dijalankan dengan telus dan adil.
JOHOR BAHRU, 19 April - Program Lestari Anti Rasuah Dalam PLrEoSgTrAaRmI ANTI RASUAH DALAM
Pengurusan Dana Kepada Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat
(JKM) dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) kebajikan negeri telah PENGURUSAN DANA KEPADA PEGAWAI
diadakan secara maya hari ini. Seramai 88 peserta telah menyertai JKM DAN NGO KEBAJIKAN NEGERI
program tersebut yang melibatkan sesi perbincangan bersama Unit
Pendidikan Masyarakat SPRM Johor, JKM negeri Johor, NGO yang
berdaftar di bawah JKM.
Objektif penganjuran program tersebut bertujuan memberikan
penekanan berkaitan kepentingan pengurusan dana dan sumbangan
dengan baik untuk diagihkan kepada golongan sasaran yang
memerlukan.
Program kemudiannya diteruskan dengan penyampaian bantuan
barangan keperluan kepada gelandangan di lokaliti Dataran Larkin,
di sini dengan kerjasama Pertubuhan Ihsan Johor (PIJ).
Pengarah SPRM Johor, Dato’ Azmi Bin Alias telah menyampaikan
bantuan barangan tersebut kepada 120 gelandangan dikawasan
tersebut dan masing-masing menerima barangan keperluan harian
daripada SPRM Johor manakala PIJ memberikan sumbangan
berbentuk makanan.
13
PERTANDINGAN SEMPENA
WIRA ANTI RASUAH
PERINGKAT SEKOLAH-SEKOLAH DI NEGERI JOHOR
JOHOR BAHRU, 29 Mei - Seramai sembilan
pemenang pertandingan program Wira Anti
Rasuah (WAR) diraikan dalam satu Majlis
Jalinan Ukhuwah Suruhanjaya Pencegahan
Rasuah Malaysia (SPRM) Johor Sempena
Aidilfitri 2022, hari ini.
Bermula 15 hingga 25 Mac lalu, SPRM Johor
menerusi Unit Pendidikan masyarakat
(PenMas) telah menganjurkan pertandingan
program WAR untuk murid sekolah rendah
dan menengah seluruh Johor dan telah
menerima seramai 566 penyertaan.
Sebanyak tiga kategori dipertandingkan iaitu
pertandingan mewarna dan mencari
perkataan tersembunyi untuk sekolah rendah
tahap 1, pertandingan mewarna dan suai
kata anti rasuah (sekolah rendah tahap 2)
dan pertandingan melukis poster dan teka
silang kata anti rasuah (sekolah menengah).
Kategori 1 Jayden Chia Jun Yang
SJK(C) New Kota
Kategori 2 Nur Khaisara Irwahyu
Kategori 3 SK Taman Bukit Tiram
Muhammad Kusyairi Irfan
14 bin Mohd Khairi
SK Taman Bukit Tiram
Jeremy Chia Ye Zhang
SJK(C) New Kota
Thor Seow Sin
SJK(C) Pei Hwa 2
Cytheria Tan Wei Cin
SJK(C) Nam Heng
Tan Wei Hoo
SMK Dato' Penggawa Timur
Lawrance Tan Wei Lun
SMK Dato' Penggawa Timur
Benedict Tan
SMK Dato' Penggawa Timur
JOHOR BAHRU, 28 Mei - Institut Pendidikan KEM AMAR:
Mara (IPMa) telah menganjurkan Kem ANTI CORRUPTION START FROM YOU
Angkatan Mahasiswa Anti Rasuah (AMAR): Anti
Corruption Start From You di Kem Tasek Utara, 15
Pusat Kokurikulum, Jabatan Pendidikan Negeri
Johor, di sini hari ini.
Kem tersebut melibatkan seramai 60 peserta
daripada Universiti Kuala Lumpur - Malaysian
Institute of Industrial Technology (UniKL-MITEC)
Cawangan Masai, Kolej Professional MARA
Bandar Penawar, Institut Kemahiran MARA
Johor Bharu, Kolej Kemahiran Tinggi MARA Sri
Gading, Kolej Poly Tech MARA Batu Pahat dan
Kolej Kemahiran Tinggi MARA Ledang.
Program tersebut adalah berobjektifkan
penerapan nilai anti rasuah, salah guna kuasa
dan penyelewengan dikalangan badan
kepimpinan pelajar sebelum mereka melangkah
ke alam pekerjaan.
Menerusi kem itu, setiap peserta perlu melalui
aktiviti lasak seperti ‘repelling’ dan rentas
halangan serta aktiviti ‘orienteering’ Anti Rasuah,
dalam masa sama perlu menyelesaikan tugasan
berdasarkan kajian kes yang diberikan kepada
mereka.
Turut diadakan ialah sesi dialog antara wakil
Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) IPMa bersama
Timbalan Pengarah (Pencegahan) SPRM Johor,
PKPj Sheikh Hamadi Bin Sheikh Abdul Hamid.
Program diteruskan dengan ucapan perasmian
penutup oleh PKPj Sheikh Hamadi dan
penyampaian sijil penyertaan kepada para
peserta serta penyampaian hadiah kepada Kolej
Kemahiran Tinggi MARA Sri Gading yang
dinobatkan sebagai AMAR terbaik dalam kem
berkenaan.
IKRAR BEBAS RASUAH
Majlis Perbandaran Pengerang SKS Airways Jabatan Kerja Raya(JKR) Johor
6 Disember 2021 8 Disember 2021 13 Disember 2021
Suruhanjaya Tenaga Negeri Johor Majlis Bandaraya Pasir Gudang Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK)
22 Disember 2021 2 Januari 2022 Kota Tinggi
10 Januari 2022
Idemitsu Sdn Bhd Waqaf An-Nur Corporation Berhad Pejabat Tanah Galian Johor
10 Januari 2022 16 Januari 2022 17 Januari 2022
Majlis Bandaraya Iskandar Puteri
16 25 Januari 2022
IKRAR BEBAS RASUAH
Jabatan Laut Wilayah Selatan Pejabat Tanah Mersing Pejabat Kebun Bunga
22 Mac 2022 19 Mei 2022 Kerajaan Johor
31 Mei 2022
SESI PEMBENTANGAN KHIDMAT NASIHAT
Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
Johor
23 Disember 2021 (Jakim) 6 April 2022
Jabatan Alam Sekitar (JAS)
Negeri Johor
8 Jun 2022
Jabatan Perkhidmatan Kuarantin Jabatan Kastam Diraja Malaysia
dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS)
(JKDM) 5 April 2022
23 Mei 2022
17
KUNJUNGAN HORMAT
ROSELAN BIN MOHAMED TUAN SUKAIRI BIN SAMSUDIN
Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan Malaysia Pengarah Bahagian
(CGSO) Negeri Johor Kewangan Akaun dan Pembangunan (BKAP) SPRM
17 November 2021 15 November2021
NAIM FAHMI BIN AHMAD TAJUDIN ROSLAN BIN HANAPIAH
Pengarah Jabatan Penerangan Pengurus Kanan
Negeri Johor
29 November 2021 Unit Integriti dan Tadbir Urus SP Setia
21 Disember 2021
SUJANGI BIN JAAFAR DATO' IDRIS BIN ZAHARUDIN
Head Of Health Safety Security Environment Pengarah Akademi Pencegahan
(HSSE), SPT Services Sdn Bhd Rasuah Malaysia
6 Januari 2022 3 Januari 2022
MUHAMAD FAHRUL BIN KHALID DATUK ONN HAFIZ BIN GHAZI DATO' MUSTAFFAR KAMAL BIN
Ketua Unit Integriti Menteri Besar Johor DATO’ SHAMSUDIN
Pejabat SUK Johor 25 Mei 2022
11 Januari 2022 Pegawai Daerah Muar
14 Mac 2022
18
fail mahkamah
19
Majlis Perbarisan Tamat Latihan
Kursus Asas Pegawai SPRM Siri 25
Anugerah Apresiasi Kecemerlangan 2021
20
Imbasan 2021
21
Galeri Raya
22
karya pemenang pertandingan melukis: Rasuah dari
kanvas seorang kartunis bertemakan 'Integriti dan Rasuah'
Nazri Mohamed Salleh Azahar Saad
4 Azaha Abdul Hamid 5 Abid Aideed Azhar 6 Johan Zulfaqar Iskandar
23
ANTI CORRUPTION
START FROM YOU
Pejabat SPRM Cawangan Segamat, Pejabat SPRM Cawangan Kluang,
No.325, Jalan Buluh Kasap, Tingkat 3,
Peti Surat 6000, Bangunan Persekutuan Kluang,
85720 Segamat, Johor KM 4, Jalan Batu Pahat,
07-9317982 / 07-9317980 Peti Surat 6000, 86000 Kluang, Johor
07-7767986 07-9317982 / 07-9317980
07-7767986
Pejabat SPRM Cawangan Batu Pahat, Kompleks Pejabat SPRM Johor
JKR 84, Jalan Ampuan, Jalan Persiaran Tanjung,
Peti Surat 6000, Peti Surat 6000,
83500 Batu Pahat, Johor. 81200 Tampoi, Johor Bahru.
07-4321982 / 07-4320244 07-2316000
07-4328635 07-2350982
LAPORKAN RASUAH
portaladuan.sprm.gov.my Talian Bebas Tol Aplikasi MACC
1-800-88-6000 Mobile