The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

GARIS PANDUAN KIK HORIZON BAHARU TAHUN 2022 JUPEM

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by beritaukurjupem, 2022-01-04 23:25:17

GARIS PANDUAN KIK HORIZON BAHARU TAHUN 2022 JUPEM

GARIS PANDUAN KIK HORIZON BAHARU TAHUN 2022 JUPEM

1

GARIS PANDUAN HORIZON BAHARU
KUMPULAN INOVATIF & KREATIF (KIK)
JABATAN UKUR DAN PEMETAAN MALAYSIA

ISI KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT
BAB 1 2-3
PENGENALAN
TUJUAN 4-13
OBJEKTIF
14-15
BAB 2 PENYERTAAN 16
SYARAT-SYARAT PENYERTAAN
BIDANG DAN KATEGORI PROJEK KIK 17-27
KRITERIA PROJEK KIK
PEMBENTUKAN KUMPULAN
PENOLAKAN PENYERTAAN
PERMOHONAN PENYERTAAN
PEMBENTANGAN PROJEK

BAB 3 PENILAIAN
BAB 4 KRITERIA PENILAIAN PROJEK

PENGIKTIRAFAN
PENGANUGERAHAN DAN HADIAH

LAMPIRAN BORANG PERMOHONAN PENYERTAAN
DAN RINGKASAN PROJEK
FORMAT DAN KRITERIA PENILAIAN C
FORMAT LAPORAN HAB INOVASI SEKTOR
AWAM (HISA)

1

GARIS PANDUAN HORIZON BAHARU
KUMPULAN INOVATIF & KREATIF (KIK)
JABATAN UKUR DAN PEMETAAN MALAYSIA

BAB 1: PENGENALAN

1.1 TUJUAN
1.1.1 Memberi penjelasan berhubung tatacara penyertaan Kumpulan Inovatif dan Kreatif

(KIK) Horizon Baharu Tahun 2022 Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM).
Panduan ini dihasilkan selaras dengan pekeliling yang dikeluarkan oleh Unit
Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) iaitu
Pekeliling Transformasi Pentadbiran Awam Bil. 1 Tahun 2016 mengenai
Panduan Pembudayaan dan Pemerkasaan Inovasi Dalam Sektor Awam Melalui
Horizon Baharu Kumpulan Inovatif dan Kreatif.
1.1.2 Memaklumkan mengenai syarat-syarat penyertaan, kriteria penilaian dan skema
pemarkahan KIK Horizon Baharu Tahun 2022 JUPEM.
1.1.3 Memaklumkan bahawa penyertaan projek KIK dinilai berdasarkan kepada kriteria
dan format Horizon Baharu KIK Tahun 2022 seperti mana yang telah ditetapkan oleh
pihak Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) seperti di Lampiran D.

2

GARIS PANDUAN HORIZON BAHARU
KUMPULAN INOVATIF & KREATIF (KIK)
JABATAN UKUR DAN PEMETAAN MALAYSIA

1.2 OBJEKTIF
1.2.1 Menekankan konsep pengurusan secara kemanusiaan yang mengutamakan aspek

modal insan dan konsep pengurusan secara penyertaan tanpa mengira kedudukan
dalam organisasi diberi peluang untuk memberi sumbangan yang bermakna kepada
organisasi;

1.2.2 Merupakan satu mekanisme yang melibatkan pekerja dalam proses penyelesaian
masalah atau penambahbaikan proses kerja sedia ada atau memperkenalkan
sesuatu yang baru;

1.2.3 Menerapkan konsep knowledge-based dan creativity-driven bagi membolehkan
organisasi menghasilkan inovasi yang memberi nilai tambah kepada produk atau
perkhidmatan;

1.2.4 Memberi tumpuan kepada idea, pembelajaran, perkongsian ilmu dan penciptaan
nilai menerusi strategi pengenalpastian dan penyelesaian masalah, teknik-teknik
penganalisisan serta penghasilan idea-idea baharu yang kreatif dan inovatif;

1.2.5 Meningkatkan kecekapan dan keberkesanan agensi sektor awam dalam
penyampaian perkhidmatan dan memelihara kesejahteraan rakyat; dan

1.2.6 Produk akhir KIK menjurus kepada penghasilan output berkualiti yang dapat
dinikmati secara meluas. Dengan itu, outcome, impak dan sumbangan KIK terhadap
pertumbuhan dan pengukuhan ekonomi negara akan lebih berkesan.

3

GARIS PANDUAN HORIZON BAHARU
KUMPULAN INOVATIF & KREATIF (KIK)
JABATAN UKUR DAN PEMETAAN MALAYSIA

BAB 2: PENYERTAAN

SYARAT - SYARAT PENYERTAAN
2.1 Penyertaan adalah terbuka kepada semua Kumpulan KIK daripada Bahagian Ibu

Pejabat dan JUPEM Negeri.

2.2 Projek yang menyertai pertandingan hendaklah merupakan projek yang telah selesai
dijalankan sebelum tarikh akhir penyerahan dokumentasi projek kepada pihak urus
setia.

2.3 Projek yang dipersembahkan mestilah belum pernah dipersembahkan dalam
mana-mana Konvensyen KIK Jabatan/Kementerian/Kebangsaan (Sektor Awam)
pada tahun-tahun sebelumnya.

2.4 Projek yang dihasilkan mestilah merupakan projek yang terbaharu dan terkini.

2.2 BIDANG DAN KATEGORI PROJEK KIK
2.2.1 Inovasi Sosial

a) Inovasi sosial merangkumi kaedah penyelesaian baharu (idea, model dan
perkhidmatan) yang mampu memenuhi kepentingan sosial dengan Iebih berkesan
dan mengutamakan penglibatan rakyat secara menyeluruh.

b) Fokus pelaksanaan inovasi sosial tidak hanya kepada pencapaian impak sosial
semata-mata, malah memberikan penekanan kepada proses penglibatan rakyat
dalam membangukan sesuatu inovasi.

c) Ciri-ciri utama inovasi sosial adalah:
i. Pendekatan eksperimen yang berasaskan kepada bukti dan penemuan
hasil pelaksanaan prototaip secara berulang untuk mendapatkan hasil yang
terbaik.

4

GARIS PANDUAN HORIZON BAHARU
KUMPULAN INOVATIF & KREATIF (KIK)
JABATAN UKUR DAN PEMETAAN MALAYSIA

ii. Jalinan rangkaian yang menggalakkan kerjasama dan kolaborasi merentasi
pelbagai sektor termasuk agensi awam, pihak swasta dan individu dalam
masyarakat.

iii. Pembangunan inisiatif baharu oleh agensi Kerajaan bersama-sama rakyat
bagi memastikan penyampaian perkhidmatan yang menepati keperluan
sebenar mereka.

Rajah 1: Kategori bagi Bidang Inovasi Sosial dan Contoh Projek Yang Dihasilkan

INOVASI SOSIAL

Inovasi Penciptaan Inovasi Penambahbaikan

Penciptaan satu produk, perkhidmatan Penambahbaikan sesuatu produk,
atau proses yang baharu dan belum perkhidmatan atau proses sedia ada
pernah dilaksanakan di Malaysia lebih berinovatif, berkualiti dan berdaya
saing

Contoh Tajuk KIK: Contoh Tajuk KIK:

Mobil Musolla (Khidmat surau bergerak Merekabentuk Kaedah Kitar Semula
kepada masyarakat) Kepada Orang Awam

5

GARIS PANDUAN HORIZON BAHARU
KUMPULAN INOVATIF & KREATIF (KIK)
JABATAN UKUR DAN PEMETAAN MALAYSIA

2.2.2 Inovasi Penyampaian Perkhidmatan

a) Inovasi penyampaian perkhidmatan merupakan terjemahan idea baharu yang
kreatif dan inovatif untuk mencapai tahap transformasi penyampaian perkhidmatan
kerajaan.

b) Inovasi ini bermatlamat meningkatkan produktiviti, kecekapan dan
keberkesanan penyampaian perkhidmatan ke arah penyampaian perkhidmatan yang
bersepadu dan lancar serta meningkatan kepuasan hati pelanggan.

c) Inovasi yang dihasilkan perlu mempunyai nilai tambah serta berupaya
menyediakan perkhidmatan yang lebih inovatif, memperluas liputan perkhidmatan
dan mudah diakses rakyat.

d) Idea-idea ini boleh merangkumi penambahbaikan kepada sistem dan
prosedur, kaedah dan cara bekerja mahupun pengenalan teknologi baharu dalam
pelbagai aspek, antaranya termasuklah:

i. Pengurusan Strategik dan Kepimpinan Organisasi b) Budaya Kerja
ii. Kewangan dan Aset
iii. Pengurusan Perhubungan Pelanggan
iv. Pengurusan Sumber Manusia
v. Pengurusan Projek Pembangunan
vi. Pembangunan Teknologi Makluniat dan Komunikasi (ICT)

e) Ciri-ciri inovasi penyampaian perkhidmatan adalah:

i. Memberi impak ketara dan positif kepada pelanggan.
ii. Meningkatkan kecekapan dan mengoptimum kos dalam menangani

kekangan sumber kewangan dan sumber manusia.
iii. Memanfaatkan keupayaan teknologi terkini.
iv. Memperkenalkan pendekatan penyampaian perkhidmatan baharu atau

memantapkan kaedah semasa yang kurang berkesan.
6

GARIS PANDUAN HORIZON BAHARU
KUMPULAN INOVATIF & KREATIF (KIK)
JABATAN UKUR DAN PEMETAAN MALAYSIA

Rajah 2: Kategori bagi Bidang Inovasi Penyampaian Perkhidmatan dan Contoh Projek
Yang Dihasilkan

INOVASI PENYAMPAIAN PERKHIDMATAN

Inovasi Penciptaan Inovasi Penambahbaikan
Penciptaan satu produk, perkhidmatan Penambahbaikan sesuatu produk,
atau proses yang baharu dan belum perkhidmatan atau proses sedia ada
pernah dilaksanakan di Malaysia lebih berinovatif, berkualiti dan berdaya
saing
Contoh Tajuk KIK:
Contoh Tajuk KIK:
Transform (sebuah alat pelbagai guna
kepada anggota Bomba semasa kerja- Customer Service Panel (memudahkan
kerja operasi) urusan pelanggan di Kaunter)

Rajah 3: Bidang Inovasi dalam KIK, Kategori Inovasi dan Tahap Keberhasilan

INOVASI SOSIAL Penciptaan KESEJAHTERAAN
Penambahbaikan RAKYAT
INOVASI
PENYAMPAIAN KATEGORI KEBERKESANAN
PERKHIDMATAN PENYAMPAIAN
PERKHIDMATAN
BIDANG INOVASI DALAM
KIK KECEKAPAN
AGENSI

KEBERHASILAN

2.3 KRITERIA PROJEK KIK
Lima kriteria yang perlu diambil kira oleh KIK di peringkat awal penghasilan projek bagi
memastikan projek yang dipilih berjaya dilaksanakan dan seterusnya berpotensi untuk
dikembangkan ditunjukkan pada Rajah 4.

7

GARIS PANDUAN HORIZON BAHARU
KUMPULAN INOVATIF & KREATIF (KIK)
JABATAN UKUR DAN PEMETAAN MALAYSIA

Rajah 4: Kriteria Penghasilan Projek yang Berpotensi untuk dikembangkan

KREATIF DAN  Idea baharu yang kreatif diterjemahkan melalui
INOVATIF penghasilan projek berinovatif yang memberi manfaat
kepada organisasi dan pelanggan.

--- LIMA (5) KRITERIA PROJEK KIK --- IMPAK POSITIF  Organisasi – Meningkat kecekapan.
YANG TINGGI DAN  dan keberkesanan penyampaian perkhidmatan
 Pelanggan – Menepati standard perkhidmatan dan
MENYELURUH memenuhi ekspetasi pelanggan.
Rakyat – Memastikan keperluan social rakyat
Dipenuhi.

PULANGAN NILAI  Penjimatan kos melalui pengoptimuman penggunaan
TERBAIK  sumber.
Penjanaan dan peningkatan pendapatan.

REPLIKASI  Projek berpotensi diadaptasi secara terus atau diubah
suai mengikut keperluan agensi.

 Agenda replikasi perlu diambil kira pada peringkat
penghasilan projek sebagai langkah awal
pengembangan potensi projek.

 Penciptaan dan pencapaian nilai baharu kepada

pelanggan di pasaran.

 Projek berupaya bersaing di pasaran serta mampu
menjana pendapatan.
PENGKOMERSIALAN

2.4 PEMBENTUKAN KUMPULANAgenda pengkomersialan perlu diambil kira pada
peringkat penghasilan projek sebagai langkah awal

pengembangan potensi projek.

8

GARIS PANDUAN HORIZON BAHARU
KUMPULAN INOVATIF & KREATIF (KIK)
JABATAN UKUR DAN PEMETAAN MALAYSIA

2.4 PEMBENTUKAN KUMPULAN

2.4.1 KIK Primer

a. Sekumpulan kakitangan yang terdiri daripada sekurang-kurangnya dua orang
tetapi tidak melebihi 10 orang daripada agensi sama yang bekerjasama untuk
melaksanakan projek KIK yang terdiri daripada:
i. Seorang Ketua Projek
ii. Sembilan Orang Ahli Kumpulan

2.4.2 KIK Hibrid

a. Sekumpulan kakitangan terdiri daripada dua atau Iebih organisasi di Ibu
Pejabat/JUPEM Negeri/agensi yang bersilang fungsi, yang bekerjasama
secara seamless untuk melaksanakan projek KIK Hibrid.

b. Pelaksanaan KIK Hibrid boleh dilaksanakan dengan tiga (3) kaedah iaitu:
i. Kombinasi/penggabungan sekurang-kurangnya dua (2) atau
lebih Kementerian/Jabatan/Agensi yang berbeza;
ii. Kombinasi/penggabungan sekurang-kurangnya dua (2) atau
lebih Jabatan/Agensi di bawah Kementerian yang sama;
iii. Kombinasi/penggabungan ahli kumpulan KIK daripada
Kementerian/jabatan/Agensi dengan komuniti (contohnya:
Persatuan Penduduk, Pertubuhan Bukan Kerajaan dan
sebagainya.)

2.4.3 Fasilitator

a. Pelantikan fasilitator bergantung pada keperluan KIK masing-masing.
Kumpulan Pengurusan Bahagian di Ibu Pejabat atau JUPEM Negeri boleh
memberi khidmat sebagai fasilitator.

b. Pelantikan fasilitator adalah tidak diwajibkan.

9

GARIS PANDUAN HORIZON BAHARU
KUMPULAN INOVATIF & KREATIF (KIK)
JABATAN UKUR DAN PEMETAAN MALAYSIA

2.4.4 Ketua Kumpulan
a. Ketua kumpulan merupakan seorang daripada ahli KIK. Persetujuan

bersama hendaklah dicapai ketika proses pemilihan ketua kumpulan agar
tidak timbul sebarang isu yang boleh menjejaskan perkembangan kumpulan.

2.4.5 2.4.5 Ahli Kumpulan

a. Keahlian KIK terbuka kepada semua kakitangan dalam Bahagian di Ibu
Pejabat atau JUPEN Negeri. Bagi KIK Hibrid, keanggotaan kumpulan yang
mewakili Jabatan/Agensi/Bahagian masing-masing hendaklah seimbang atau
pada bilangan yang munasabah.

b. Jabatan/Agensi/Bahagian yang terlibat dalam KIK Hibrid digalakkan untuk
menyediakan suatu memorandum persefahaman secara bertulis bagi
memastikan kepentingan semua pihak terpelihara.

2.5 PENOLAKAN PENYERTAAN

2.4.2 Urus setia berhak menolak penyertaan dari mana-mana kumpulan KIK yang
tidak layak berdasarkan syarat-syarat yang telah ditetapkan.

2.4.3 Keputusan pemilihan kumpulan-kumpulan yang Iayak untuk menyertai
Konvensyen HORIZON BAHARU KIK peringkat JUPEM yang ditentukan
berdasarkan syarat penyertaan adalah muktamad.

2.4.4 Keputusan panel penilai dalam Konvensyen HORIZON BAHARU KIK
peringkat JUPEM terhadap penilaian projek kumpulan adalah muktamad.

10

GARIS PANDUAN HORIZON BAHARU
KUMPULAN INOVATIF & KREATIF (KIK)
JABATAN UKUR DAN PEMETAAN MALAYSIA

2.6 PERMOHONAN PENYERTAAN
2.6.1 Kumpulan KIK yang menyertai HORIZON BAHARU KIK peringkat JUPEM
dikehendaki mengemukakan borang permohonan yang disediakan seperti di
Lampiran A (Bahagian A).
2.6.2 Borang permohonan hendaklah dilengkap dan disahkan oleh Ketua Jabatan.
2.6.3 Setiap kumpulan hendaklah mengemukakan perkara-perkara berikut kepada
pihak urus setia sebelum tarikh tutup iaitu:
a) Ringkasan Eksekutif – Lampiran A (Bahagian B)
(300-500 patah perkataan / tidak melebihi dua muka surat. Ringkasan projek
tidak dikira dalam jumlah muka surat)
b) Empat salinan laporan
i. Laporan mengikut susunan aturan kriteria penilaian projek
ii. Perincian projek 3000-5000 patah perkataan / tidak melebihi 15
muka surat tidak termasuk lampiran
iii. Lampiran tidak melebihi 15 muka surat
iv. Minimum saiz tulisan adalah 11 dengan jenis font Arial dan spacing
multiple at 1.15
c) Gambar Projek (Softcopy-jpg @jpeg)
d) Logo Kumpulan dan Gambar Ahli Kumpulan (Softcopy-jpg @jpeg)
e) Video (sekiranya ada) (Softcopy)*
f) Laporan Hab Inovasi Sektor Awam (Lampiran D) (Softcopy- microsoft word)

*Semua softcopy perlu dimasukkan dalam satu CD sahaja.

11

GARIS PANDUAN HORIZON BAHARU
KUMPULAN INOVATIF & KREATIF (KIK)
JABATAN UKUR DAN PEMETAAN MALAYSIA

2.6.4 Laporan Borang permohonan dan hardcopy/softcopy projek yang telah

dilengkap dan disahkan hendaklah dikemukakan sebelum atau pada

23 Ogos 2022 (Isnin) kepada:

URUS SETIA HORIZON BAHARU KUMPULAN
INOVATIF DAN KREATIF (KIK)

JABATAN UKUR DAN PEMETAAN MALAYSIA
TAHUN 2022

Bahagian Perancangan dan Korporat
Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia

Tingkat 13, Wisma JUPEM
Jalan Sultan Yahya Petra

50578 Kuala Lumpur

No. Faks : 03-2617 0990
Emel : [email protected] atau [email protected]

atau [email protected]

2.7 PEMBENTANGAN PROJEK KIK
2.7.1 Ketetapan masa pembentangan projek KIK dibahagikan seperti berikut:-

PERKARA MINIT CATATAN
Bersiap Sedia dan 5 Minit
Memasang Loceng dibunyikan menandakan
Peralatan masa persiapan bermula.

Pembentangan Minit pertama [Sekali]
 Loceng Pertama 10 Minit
 Loceng Kedua
 Loceng Ketiga (Loceng pertama akan dibunyikan
(Tidak Termasuk
Sesi Soal Jawab (Viva)
bersama Panel Penilai setelah perkataan pertama disebut)
Persembahan

Minit ke-8 (sekali)
Video/Montaj)

Minit ke-10 (dua Kali)

Minit pertama [Sekali]

10 Minit (Loceng pertama akan dibunyikan
setelah perkataan pertama disebut)

Minit ke-8 (sekali)

Minit ke-10 [dua Kali]

12

GARIS PANDUAN HORIZON BAHARU
KUMPULAN INOVATIF & KREATIF (KIK)
JABATAN UKUR DAN PEMETAAN MALAYSIA

2.7.2 Permulaan video/montaj tidak dikira masa tetapi dihadkan kepada 3 minit sahaja.
2.7.3 Perkataan Pertama yang disebut peserta dianggap sebagai bermulanya masa

pembentangan dan loceng akan berbunyi sekali.
2.7.4 Penilaian akan tertumpu kepada keberhasilan projek iaitu dari segi outcome

dan impak. Pelbagai kaedah/alat penilaian akan digunakan oleh panel penilai bagi
menilai projek-projek yang dipertandingkan.
2.7.5 Projek KIK ini akan dinilai oleh panel penilai yang diiktiraf oleh INTAN.
2.7.6 Semasa sesi pembentangan, setiap kumpulan digalakkan juga untuk membawa
dokumen sokongan sebagai pembuktian, sekiranya perlu.

13

GARIS PANDUAN HORIZON BAHARU
KUMPULAN INOVATIF & KREATIF (KIK)
JABATAN UKUR DAN PEMETAAN MALAYSIA

BAB 3: PENILAIAN

3.1 KRITERIA PENILAIAN PROJEK

3.1.1 Penilaian ke atas Kumpulan KIK yang bertanding dalam Konvensyen KIK

HORIZON BAHARU peringkat JUPEM akan dibuat berdasarkan skema

pemarkahan yang dikeluarkan oleh INTAN.

3.1.2 Pembahagian markah yang digunapakai adalah seperti berikut:-

a) Dokumentasi : 60%
30%
b) Sesi Soal Jawab : 10%

c) Poster Projek :

3.1.3 Penilaian dokumentasi dan sesi soal jawab akan dibuat berdasarkan kriteria
dengan peruntukan peratusan markah seperti berikut:

BIL KRITERIA MARKAH
(%)
Latar Belakang Projek dan Penglibatan Pihak
1. Pengurusan 4
2. Signifikan Pemilihan Projek dan Pembuktian
10
3. Tindakan Penyelesaian dan Pembuktian 23
Keberhasilan Projek: Outcome Projek dan
35
4. Pembuktian 18
5. Keberhasilan Projek: Impak Projek dan Pembuktian 10
6. Potensi Pengembangan Projek 100

JUMLAH

3.1.4 Maklumat terperinci bagi penilaian dokumentasi dan sesi soal jawab adalah
menggunakan format dan kriteria penilaian seperti Lampiran B.

14

GARIS PANDUAN HORIZON BAHARU
KUMPULAN INOVATIF & KREATIF (KIK)
JABATAN UKUR DAN PEMETAAN MALAYSIA

3.1.5 Penilaian poster projek

a) Tema poster adalah berdasarkan kepada projek kumpulan masing – masing.
Poster perlu selari dengan tema projek.

b) Penyertaan DIWAJIDKAN kepada semua kumpulan KIK yang menyertai
pertandingan Konvensyen Horizon Baharu KIK JUPEM 2022. Setiap kumpulan
hanya dibenarkan menghantar satu (1) penyertaan sahaja.

c) Penyediaan poster hendaklah menggunakan perisian komputer dengan reka
bentuk berukuran 420 mm x 594 mm (A2) di dalam format JPEG / PNG / PDF.

d) Poster yang direka hendaklah bebas daripada unsur politik, perkauman dan isu
yang menyentuh sensitiviti rakyat Malaysia.

e) Rekaan dan idea poster mestilah hasil ciptaan sendiri dan asli. Urus setia
mempunyai hak untuk menggugurkan penyertaan atau menarik balik hadiah
yang telah dimenangi sekiranya didapati poster yang dihantar adalah tidak asli
dan diplagiat. Urus setia boleh mengambil tindakan terhadap kesalahan
tersebut dan tidak akan bertanggungjawab terhadap kerugian yang dialami atas
dakwaan karya tiruan.

f) Setiap penyertaan yang diterima tidak akan dikembalikan dan akan menjadi hak
milik jabatan. Jabatan mempunyai hak untuk menggunakan poster yang
diterima;

g) Jabatan mempunyai hak untuk mengubah suai poster yang direka cipta oleh
peserta;

h) Keputusan panel hakim adalah MUKTAMAD. Sebarang surat menyurat / e –
mel tidak akan dilayan.

i) Kriteria Penilaian yang ditetapkan adalah seperti di Lampiran C.

15

GARIS PANDUAN HORIZON BAHARU
KUMPULAN INOVATIF & KREATIF (KIK)
JABATAN UKUR DAN PEMETAAN MALAYSIA

BAB 4: PENGIKTIRAFAN

4.1 PENGANUGERAHAN DAN HADIAH
4.1.1 Projek-projek KIK yang bertanding akan dinilai oleh panel penilai yang diiktiraf oleh
pihak INTAN. Hadiah-hadiah kepada para pemenang Konvensyen KIK TAHUN
2022 peringkat JUPEM akan disampaikan sejurus selesai Konvensyen HORIZON
BAHARU KIK JUPEM TAHUN 2022.
4.1.2 Hadiah-hadiah akan dianugerahkan kepada Johan, Naib Johan dan tempat ketiga
berdasarkan Pekeliling W.P 5.3: Peraturan Mengenai Sambutan Hari Inovasi dan
tertakluk kepada perubahan dari semasa ke semasa.
4.1.3 Kumpulan Hibrid akan dipertandingkan bersekali dengan kumpulan Primer bagi
setiap bidang yang ditetapkan. Walau bagaimanapun, agihan hadiah bagi setiap
bidang juga tertakluk kepada perubahan dari semasa ke semasa.

16

GARIS PANDUAN HORIZON BAHARU
KUMPULAN INOVATIF & KREATIF (KIK)
JABATAN UKUR DAN PEMETAAN MALAYSIA

LAMPIRAN A
Semua Peserta Mesti Membaca Peraturan Dan Syarat-Syarat Penyertaan
* Semua Borang Penyertaan Mesti Ditaip
* Salinan Fotostat Borang Penyertaan Diterima

BAHAGIAN A: MAKLUMAT ORGANISASI, KUMPULAN DAN PROJEK

MAKLUMAT ORGANISASI, KUMPULAN DAN PROJEK
NAMA ORGANISASI

ALAMAT ORGANISASI

NAMA KUMPULAN (Sila tandakan (√ ) kotak yang berkaitan )
TAJUK
TARIKH MULA PROJEK
TEMPOH PELAKSANAAN
PROJEK

KIK

Primer Hibrid

17

GARIS PANDUAN HORIZON BAHARU
KUMPULAN INOVATIF & KREATIF (KIK)
JABATAN UKUR DAN PEMETAAN MALAYSIA

(Sila tandakan (√ ) kotak yang berkaitan )

BIDANG INOVASI Sosial Penyampaian
Perkhidmatan

(Sila tandakan (√ ) kotak yang berkaitan )

KATEGORI INOVASI

Penciptaan Penambahbaikan

PEGAWAI BERTANGGUNGJAWAB
FASILITATOR KUMPULAN (JIKA ADA)

NAMA

GRED DAN JAWATAN

NO. TELEFON PEJABAT/
FAKS

NO. TELEFON BIMBIT

E-MEL

KETUA KUMPUIAN

NAMA

GRED DAN JAWATAN
NO. TELEFON PEJABAT/
FAKS
NO. TELEFON BIMBIT

E-MEL

18

GARIS PANDUAN HORIZON BAHARU
KUMPULAN INOVATIF & KREATIF (KIK)
JABATAN UKUR DAN PEMETAAN MALAYSIA

SENARAI NAMA AHLI 1)
KUMPULAN 2)
3)
4)
5)
6)
7)
8)
9)
GAMBAR KUMPULAN

*Silakan kemukakan juga dalam bentuk “softcopy” (format jpeg) (Disediakan dalam
bentuk cakera padat atau e-mel kepada [email protected] atau
[email protected] atau [email protected]

Keterangan gambar : Nama mengikut susunan seperti di gambar
19

GARIS PANDUAN HORIZON BAHARU
KUMPULAN INOVATIF & KREATIF (KIK)
JABATAN UKUR DAN PEMETAAN MALAYSIA

PENGESAHAN KETUA JABATAN
Dengan ini adalah disahkan bahawa……………………………………………………………….
(Nama Pejabat) akan menyertai Kumpulan Inovatif dan Kreatif peringkat Jabatan
Ukur Dan Pemetaan Malaysia tahun 2022.
………………………………………..
(Tandatangan Ketua Jabatan)
Nama :
Jawatan :
Tarikh :

SILA RUJUK GARIS PANDUAN UNTUK MAKLUMAT LEBIH TERPERINCI

20

GARIS PANDUAN HORIZON BAHARU
KUMPULAN INOVATIF & KREATIF (KIK)
JABATAN UKUR DAN PEMETAAN MALAYSIA

BAHAGIAN B: RINGKASAN EKSEKUTIF

MAKLUMAT PROJEK

Tajuk
Bidang dan Kategori

RINGKASAN EKSEKUTIF

Ringkasan Eksekutif merangkumi perkara berikut:
1. Prejek KIK yang dilaksanakan
2. Menjelaskan keberhasilan projek: Outcome dan Impak Projek
3. Menjelaskan potensi pengembangan projek

(300-500 patah perkataan, tidak melebihi dua muka surat)

21

GARIS PANDUAN HORIZON BAHARU
KUMPULAN INOVATIF & KREATIF (KIK)
JABATAN UKUR DAN PEMETAAN MALAYSIA

LAMPIRAN B

FORMAT PENILAIAN DOKUMENTASI DAN SOAL JAWAB
KUMPULAN INOVATIF DAN KREATIF (KIK)
PRIMER & HIBRID

PERINGKAT JABATAN UKUR DAN PEMETAAN MALAYSIA

KIK : PRIMER / HIBRID

NAMA KUMPULAN :

JABATAN :

BIDANG PROJEK : INOVASI SOSIAL / INOVASI PENAMBAHBAIKAN

KATEGORI PROJEK : PENCIPTAAN / PENAMBAHBAIKAN

TAJUK PROJEK :

BIL. KRITERIA SUB-KRITERIA PENILAIAN WAJARAN MARKAH JUMLAH
PENILAIAN (SKALA 1-5)

1. Latar Belakang a Sokongan dan kelulusan

Projek dan pihak pengurusan tertinggi 4

Penglibatan Pihak setiap agensi terlibat

Pengurusan (4)

2. Signifikan Projek a Kaitan dengan fungsi 1
& Pembuktian utama
(10) jabatan/organisasi

b Memenuhi kehendak 2
pelanggan dan
pemegang taruh
(stakeholder)

22

GARIS PANDUAN HORIZON BAHARU
KUMPULAN INOVATIF & KREATIF (KIK)
JABATAN UKUR DAN PEMETAAN MALAYSIA

c Kaitan dengan agenda 3
nasional 2

*bukti usahasama antara
agensi

-TN50
-GTP
-ETP
-SOSIAL
-Rancangan Malaysia

d Kaitan dengan keadaan
dan ekosistem semasa

- localised (addressing
local needs)

- kegawatan ekonomi

e Pembuktian melalui 2
analisis (bagi tujuan
penyelesaian) dan
ujicuba

3. Tindakan a Cadangan penyelesaian 4
Penyelesaian & 6
Pembuktian (23) b Pelan tindakan 10
penyelesaian
3
c Pelaksanaan tindakan
penyelesaian

d Perakuan daripada
pihak bertauliah

4. Keberhasilan Projek

4.1 Outcome projek a Kesan jangka pendek 12
(dijangka) & b Nilai tambah @ value 13
pembuktian (35) 10
added
c Pembuktian melalui data

dan sumber rasmi

23

GARIS PANDUAN HORIZON BAHARU
KUMPULAN INOVATIF & KREATIF (KIK)
JABATAN UKUR DAN PEMETAAN MALAYSIA

4.2 Impak projek (luar a Kesan jangka panjang

jangka) & pembuktian — kesan kepada 6

pembangunan serta 6
6
kemajuan negara

b Impak projek (hasil luar
jangka)

c Pembuktian melalui
data rasmi

5. Potensi a Tahap ketersediaan 4
pengembangan teknologi/ sistem/ proses 6
inovasi (10)
b Tahap replikasi/
pengkomersialan (ROI)
-penyeragaman dan
pemantauan

24

GARIS PANDUAN HORIZON BAHARU
KUMPULAN INOVATIF & KREATIF (KIK)
JABATAN UKUR DAN PEMETAAN MALAYSIA

LAMPIRAN C

FORMAT PENILAIAN POSTER PROJEK
HORIZON BAHARU

KUMPULAN INOVATIF DAN KREATIF (KIK)
PERINGKAT JABATAN UKUR DAN PEMETAAN MALAYSIA

KIK : PRIMER / HIBRID

NAMA KUMPULAN :

JABATAN :

BIDANG PROJEK : INOVASI SOSIAL / INOVASI PENAMBAHBAIKAN

KATEGORI PROJEK : PENCIPTAAN / PENAMBAHBAIKAN

TAJUK PROJEK :

WAJARAN MARKAH MARKAH
(Max = 10) WAJARAN
BIL KRITERIA

(a) (b) (a) x (b)

1. KEASLIAN

a. Poster yang dihasilkan memiliki rekabentuk 20
asli dan disediakan khusus untuk tujuan
pertandingan ini. Plagiat atau menciplak
secara langsung atau tidak langsung dari
segi reka bentuk dan penggunaan templat
sedia ada tidak dibenarkan.

2. KREATIVITI, UNIK DAN IMPAK POSITIF

a. Poster memiliki ciri - ciri unik, kreativiti 45
baharu, paparan dan reka bentuk yang
menarik serta mampu memberi kesan
penghayatan tema kepada pembaca.

3. KELESTARIAN BAHASA

a. Poster mempamerkan penggunaan istilah 20
dan bahasa yang tepat, jelas serta tersusun
kemas bagi tujuan menyampaikan mesej
dan maksud tema dengan berkesan.

4. PERSEMBAHAN DAN KETRAMPILAN

a. Poster dinilai secara keseluruhan dari segi 15
kandungannya (kreatif / unik / menarik /
berinformasi / jelas / asli / rupa bentuk visual
/ mesej berkesan)

JUMLAH 100

25

GARIS PANDUAN HORIZON BAHARU LAMPIRAN D
KUMPULAN INOVATIF & KREATIF (KIK)
JABATAN UKUR DAN PEMETAAN MALAYSIA

TAJUK / NAMA INOVASI
NAMA KEMENTERIAN/JABATAN

PENGENALAN

 Latar belakang ringkas perkhidmatan.

LAPORAN INOVASI (Nyatakan secara ringkas yang mana berkaitan)

 Tujuan Projek Inovasi
 Proses Pelaksanaan Inovasi

- Nyatakan jika dibuat in-house atau out-source

 Proses sebelum dan selepas
 Elemen penurunan kuasa (jika ada)
 Impak inovasi terhadap kumpulan sasar/perkhidmatan/

jabatan/agensi/Negara :
Elemen Inovatif/Kreativiti

 Penciptaan nilai/elemen baru/tambahbaik
 Elemen mempermudahkan/penyelesaian masalah
 Lain-lain berkaitan

Elemen Keberkesanan

 Gambaran faedah yang nyata diperolehi
 Peningkatan produktiviti/kepuasan

 Penjanaan pendapatan (sekiranya berkaitan)

Elemen Signifikan

 Bagaimana perkhidmatan boleh mesra pelanggan
 Penjimatan masa/kos/sumber manusia
 Sejauh mana ianya memenuhi objektif inisiatif ini

26

GARIS PANDUAN HORIZON BAHARU
KUMPULAN INOVATIF & KREATIF (KIK)
JABATAN UKUR DAN PEMETAAN MALAYSIA

Elemen Relevan

 Sumbangan kepada agenda organisasi/nasional
 Pengiktirafan diterima
 Gambar-gambar berkaitan
 Implikasi Kewangan (jika ada)

PENUTUP
 Kesimpulan secara menyeluruh

27

GARIS PANDUAN HORIZON BAHARU
KUMPULAN INOVATIF & KREATIF (KIK)
JABATAN UKUR DAN PEMETAAN MALAYSIA

Seksyen Inovasi dan Dokumentasi
Bahagian Perrancangan dan Korporat
Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia

28


Click to View FlipBook Version