The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

JANUARI HINGGA MAC 2022

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by beritaukurjupem, 2022-08-02 21:48:41

BERITA UKUR 84

JANUARI HINGGA MAC 2022

BERITA UKURPemacu Kesejahteraan Rakyat dan Pembangunan Negara
Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia
EDISI 84 JANUARI-MAC 2022

Penasihat Dari
Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan Malaysia
Pengerusi Meja Pengarang
Timbalan Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan I
Ketua Penyunting Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Sr Mohamad Azmar bin Che Mat
Pengarah Ukur Bahagian (Perancangan dan Korporat) Selamat tahun baru 2022 dan selamat bertemu kembali dalam Berita Ukur
Penyunting Bil. 84, edisi Januari-Mac 2022 yang merupakan edisi pertama untuk
Sr Mohamad Zikri bin Mat Isa tahun ini. Tanpa kita sedari, sukuan pertama 2022 telah pun berlalu,
Sr Muhamad Nur bin Muhamad Yatim betapa masa bergerak terlalu pantas meninggalkan kita.
Ketua Percetakan Berita ukur ini merupakan wadah jabatan yang menyajikan pelbagai berita
Pengarah Ukur Bahagian (Kartografi dan GIS) daripada JUPEM seluruh tanah air. Walaupun kita telah mempunyai
Pengarang / Jurugambar sumber hebahan terkini melalui media sosial JUPEM namun bahan
Hasni bin Omar berita cetakan seumpama ini perlu dikekalkan sebagai bahan rujukan.
Sri Muhammad Afwan bin Zainal Untuk makluman, semua aktiviti yang melibatkan Mesyuarat,
Rekabentuk / Rekaletak Lawatan, Program dan Majlis adalah mematuhi SOP dan
Siti Aishah binti Sharom Arahan Kerajaan. Terdapat aktiviti di mana pelitup muka dibuka
hanyalah bertujuan untuk sesi bergambar semata-mata. Akhir
Makluman: sekali, sidang pengarang amat mengalu-alukan karya-karya
Semua aktiviti yang melibatkan tersebut boleh diemelkan kepada sidang pengarang melalui emel
Mesyuarat, Lawatan, Program dan [email protected] atau [email protected].
Majlis adalah mematuhi SOP dan Akhir kalam, selamat membaca.
Arahan Kerajaan. Untuk makluman,
terdapat aktiviti di mana pelitup muka
dibuka hanyalah bertujuan untuk sesi
bergambar semata - mata.

Terbitan:
Bahagian Perancangan dan Korporat
Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia
Tingkat 13, Wisma JUPEM
Jalan Sultan Yahya Petra
50578 Kuala Lumpur
Tel : 03-26170800
Fax : 03-26170990
www.jupem.gov.my

Cetakan:
Seksyen Percetakan
Bahagian Kartografi dan GIS
Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia
Jalan Sultan Yahya Petra
50578 Kuala Lumpur

Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia BERITA UKUR EDISI 84

https://www.facebook.com/jupemKeTSA/
https://www.instagram.com/jupemketsa
https://twitter.com/jupemKeTSA

Kongsi Berita

Sebarang aktiviti/program Bahagian dan JUPEM Negeri
serta hasil karya penulisan warga JUPEM boleh dihantar
kepada sidang pengarang seperti ketetapan berikut:

Setiap Hujung Bulan

Format: k epaGdaam barm a uishAhraatikmhel .ashda nruorm@[email protected] y

Hantar

Sebarang pertanyaan boleh hubungi :

1. Sr Muhamad Nur bin Muhamad Yatim
03-2617 0849
[email protected]

2. Siti Aishah binti Sharom
03-2617 0800 Ext. 404
[email protected]



KANDUNGAN

Bengkel Pengemaskinian myPortfolio .................................... 06
JUPEM

Program Transformasi Kepimpinan .................................... 10
Juruukur dan Jurugeospatial

Sesi Dialog Kesatuan Perkhidmatan
Teknik Semenanjung Malaysia (MTSU)
& Majlis Bersama Jabatan (MBJ)
JUPEM bersama Warga Ibu Pejabat
JUPEM .................................... 16

Majlis Jasamu Dikenang Sempena .................................... 20
Persaraan Timbalan Ketua Pengarah
Ukur dan Pemetaan I dan Pegawai-
Pegawai Kanan JUPEM

Majlis “Send Off ” YBrs. Sr Sohaime bin
Haji Rasidi, Timbalan Ketua Pengarah
Ukur Dan Pemetaan I .................................... 24

Lawatan Kerja YBhg. Datuk Mohd
Haniff bin Hassan, Setiausaha Bahagian
Kanan (Tanah, Ukur Dan Geospatial),
KeTSA ke Bahagian Geospatial
Pertahanan, JUPEM .................................... 32

Komuniti Ukur Fit @ GSD 2022 .................................... 34

Program Gotong-Royong Komuniti
Ukur .................................... 42

Halaman Koleksi Tanda Sempadan @ .................................... 66
JUPEM Perak

Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia//www.jupem.gov.my4

MAJLIS AMANAT

TAHUN BAHARU 2022

Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM)

Tarikh : 26 Januari 2022 bersamaan 23 Jamadilakhir 1443H
Bertempat : Dewan Ukur, JUPEM

“Aspirasi Kejayaan, Memacu Kecemerlangan”

5 Berita Ukur 84

Majlis Amanat Tahun Baharu 2022 bagi Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia
(JUPEM) telah diadakan dengan bertemakan “Aspirasi Kejayaan, Memacu
Kecemerlangan” yang mengambil inspirasi di atas kejayaan JUPEM dalam
memacu kecemerlangan terutamanya dalam bidang ukur, pemetaan dan geospatial.
Majlis Amanat Tahun Baharu 2022 ini telah disampaikan oleh YBrs. Sr Sohaime bin
Haji Rasidi, Timbalan Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan I.
Majlis telah disertai seramai 100 orang pegawai JUPEM dan kader dengan mengikut
SOP yang dibenarkan serta turut disiarkan secara dalam talian di seluruh JUPEM
Negeri. Majlis Amanat ini diadakan bertujuan untuk menyampaikan visi, misi dan hala
tuju Jabatan bagi tahun 2022 agar warga JUPEM dapat bekerja dengan lebih proaktif
dan agresif dalam melaksanakan tugas serta mengimbas kembali kejayaan tahun 2021.

YBrs. Sr Sohaime bin Haji Rasidi turut menyampaikan Sijil Penghargaan kepada
Seksyen Pengurusan Sistem Maklumat (SPSM), Bahagian Perancangan dan
Korporat di atas kejayaan memenangi “Anugerah Green Computing
Award 2021 - Best of Monitoring and Reporting Category” yang
dianjurkan oleh Malaysian Industry-Goverment Group for High
Technology (MIGHT). Selain itu juga, penyampaian Sijil
Penghargaan turut diberikan kepada Sr Nur Zurairah binti
Abdul Halim, Juruukur (SME) dari Bahagian Kadaster di
atas pencapaian beliau yang telah dinobatkan sebagai
Naib Johan bagi pertandingan INTAN Talk Your
Way to the Top (peringkat kebangsaan) yang
dianjurkan oleh INTAN. Selain itu, beliau juga
telah dianugerahkan sebagai Young Surveyor
of the Year Award RISM yang dianjurkan
oleh RISM. Pihak Jabatan mengucapkan
tahniah dan syabas kepada seluruh
warga JUPEM atas pencapaian yang
cemerlang di sepanjang tahun 2021.

6 Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia//www.jupem.gov.my

7

BMEYNPGOKRETLFOPELNIOGJEUMPAESMKINIAN Berita Ukur 84

Tarikh : 19 - 21 Januari 2022 bersamaan 16 - 18 Jamadilakhir 1443H Siri 1 Tahun 2022
Bertempat : Corus Paradise Resort Port Dickson, Negeri Sembilan

Bahagian Perancangan dan Korporat telah menganjurkan
Bengkel Pengemaskinian myPortfolio. Taklimat
bengkel tersebut telah disampaikan oleh penceramah
Puan Noraidah binti Abu Bakar dari Institut Tadbir Awam
Negara (INTAN).
Bengkel ini bertujuan untuk mengemaskini myPortfolio di
JUPEM Negeri selaras dengan proses kerja mengikut garis
panduan yang ditetapkan oleh Pekeliling Kemajuan Pentadbir
Awam (PKPA) Bilangan 4 Tahun 2018. Seramai 32 orang
peserta telah menghadiri bengkel ini yang terdiri daripada
wakil Bahagian Kadaster, Bahagian Khidmat Pengurusan
dan wakil-wakil JUPEM Negeri.

Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia//www.jupem.gov.my8

YBrs. Sr Sohaime bin Haji Rasidi, Timbalan Ketua
Pengarah Ukur dan Pemetaan I telah mengadakan
lawatan teknikal ke Jabatan Ukur dan Pemetaan
Pahang. Kedatangan beliau disambut oleh YBrs. Sr Azlim
Khan bin Abdul Raof Khan, Pengarah Ukur dan Pemetaan
Pahang serta pegawai-pegawai lain. Turut mengiringi TKPUP
I bagi sesi lawatan ini ialah YBrs. Sr Haji Mohammad Zaki
bin Mohd Ghazali, Timbalan Ketua Pengarah Ukur dan
Pemetaan II dan YBrs. Sr Wan Mohamad Darani bin Ab.
Rahman, Pengarah Ukur Bahagian (Dasar dan Penyelarasan
Pemetaan) serta YBrs. Puan Salwa binti Sa’dom, Timbalan
Pengerusi Puspanita JUPEM.
Tujuan utama lawatan rasmi YBrs. TKPUP I adalah untuk
memantau pengurusan JUPEM Negeri, pencapaian SKT
serta aktiviti-aktiviti di JUPEM Pahang. Dikesempatan yang
sama, YBrs. TKPUP I telah merasmikan Bilik Pemetaan
Utiliti JUPEM Pahang. Seterusnya YBrs. TKPUP I dengan
kerjasama PUSPANITA JUPEM telah menyerahkan sumbangan
kepada kakitangan JUPEM Pahang yang dijangkiti Covid-19.
Seterusnya, YBrs. TKPUP I bersama-sama dengan YBrs.
TKPUP II, Pengarah Ukur (BDPP) dan Pengarah Ukur dan
Pemetaan Pahang telah mengadakan lawatan teknikal ke
kawasan Sempadan Negeri antara Pahang dan Terengganu
di sekitar Pantai Chendor. Tujuan utama lawatan teknikal
YBrs. TKPUP I ini adalah untuk melihat secara lebih dekat
dan meneliti tanda sempadan di antara Pahang – Terengganu
berdasarkan kepada Perjanjian Sempadan pada 19 Mac 2007.
Semua ahli rombongan turut diberi taklimat secara ringkas
oleh Sr Mohamad Fuad bin Kahar , Juruukur SME (Bahagian
Ehwal Persempadanan) berkaitan dengan status pengukuran
sempadan dan isu-isu terkini bagi sempadan Dua Negeri
iaitu Pahang dan Terengganu.

9Berita Ukur 84

L AWATA N T E K N I K A L

ke Jabatan Ukur dan Pemetaan Pahang serta Sempadan Negeri antara
Pahang dan Terengganu

Tarikh : 31 Januari 2022 bersamaan 28 Jamadilakhir 1443H
Bertempat : Jabatan Ukur dan Pemetaan Pahang

KJPUREROPUIGMGRPEAIONMSAPTNARTJAIUANRLSUFUOKRUMRADSIAN

Tarikh : 08 - 09 Februari 2022 bersamaan 06 - 07 Jamadilakhir 1443H
Bertempat : Institut Tanah dan Ukur Negara (INSTUN), Tanjung Malim, Perak





“Ke AGreaohspMatieaml b2u0d2a5yJaUkaPnEAMgen”da



15 Berita Ukur 84

Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) telah menganjurkan
Program Transformasi Kepimpinan Juruukur dan Jurugeospatial JUPEM
bagi tahun 2022. Program ini telah dirasmikan oleh YBrs. Sr Sohaime
bin Haji Rasidi, Timbalan Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan I dengan
bertemakan “Ke Arah Membudayakan Agenda Geospatial 2025 JUPEM”
di mana ianya bertepatan dengan dasar pendigitalan negara. Program kali
ini telah dihadiri oleh 283 orang Juruukur dan Jurugeospatial pelbagai
gred dan jawatan dari Ibu Pejabat JUPEM, semua JUPEM Negeri serta
Juruukur dan Jurugeospatial yang berkhidmat sebagai kader di jabatan/
agensi lain di seluruh Malaysia.
Antara objektif utama penganjuran program ini adalah bertujuan untuk
berkongsi maklumat dan pengalaman, memberi pendedahan dalam ideologi
kepimpinan serta memperkasakan peranan Juruukur dan Jurugeospatial
di JUPEM dalam mengharungi cabaran era teknologi 4.0 pada masa kini.
Terdapat beberapa program pengisian telah diadakan pada hari pertama
antaranya ialah sesi Forum Pembentangan Hala Tuju JUPEM yang
membincangkan perkara-perkara seperti hala tuju dan dasar jabatan
dalam ukur kadaster dan pemetaan serta program Usrah Nurani yang
disampaikan oleh Dr. Taha bin Mohd Omar yang bertajuk Pemimpin
Terbaik Sepanjang Zaman. Program diteruskan dengan sesi Transformasi
Diri dengan menampilkan Tuan Azlan Al Amin sebagai penceramah yang
mengupas tajuk “From Zero to Hero”.
Pada hari kedua, program diteruskan lagi dengan sesi ceramah dari Tuan
Zamri bin Hj. Darus, Pegawai SPRM Perak dengan mengupas isu-isu
Integriti dan Rasuah di kalangan penjawat awam dan diakhiri dengan
segmen ‘Now See Health’ yang berkisarkan kepada penjagaan kesihatan
dan amalan pemakanan yang sihat di mana ianya telah disampaikan oleh
YBrs. Sr Haji Mohammad Zaki bin Mohd Ghazali, Timbalan Ketua Pengarah
Ukur dan Pemetaan II.
Semoga Program Transformasi Kepimpinan Juruukur dan Jurugeospatial
JUPEM Tahun 2022 ini dapat memberi pendedahan kepada semua Juruukur
dan Jurugeospatial dalam mentransformasikan diri ke arah yang lebih baik
dan dapat menjalankan tugas dengan amanah dan bertanggungjawab.

16 Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia//www.jupem.gov.my

17

Berita Ukur 84

SESI DIALOG

Kesatuan Perkhidmatan Teknik Semenanjung
Malaysia (MTSU) & Majlis Bersama Jabatan (MBJ)
JUPEM bersama Warga Ibu Pejabat JUPEM

Tarikh : 14 Februari 2022 bersamaan 12 Rejab 1443H
Bertempat : Dewan Ukur, Ibu Pejabat JUPEM

Satu sesi Dialog Kesatuan Perkhidmatan Teknik dan Tc Ahmad Faisal bin Mad Ayob, Setiausaha
Semenanjung Malaysia (MTSU) dan Majlis Agung MTSU manakala MBJ Jabatan diwakili oleh
Bersama Jabatan (MBJ) JUPEM bersama Encik Mohd Zaidi bin Hj. Idris, Naib Pengerusi
warga Ibu Pejabat JUPEM telah diadakan di mana MBJ JUPEM dan Puan Siti Aminah binti Angsar,
YBrs. Sr Sohaime bin Haji Rasidi, Timbalan Ketua Setiausaha Bersama MBJ turut hadir pada sesi
Pengarah Ukur dan Pemetaan I telah merasmikan dialog kali ini.
sesi dialog tersebut. Turut mengiringi beliau ialah Sesi dialog MTSU dan MBJ bersama warga Ibu
YBrs. Sr Haji Mohammad Zaki bin Mohd Ghazali, Pejabat JUPEM diadakan untuk memberi penerangan
Timbalan Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan II; berkaitan peranan dan fungsi MTSU dan MBJ
YBrs. Sr Wan Mohamad Darani bin Ab. Rahman, kepada kakitangan JUPEM dalam menjaga kebajikan
Pengarah Ukur Bahagian (Dasar dan Penyelarasan kakitangan perkhidmatan awam secara amnya.
Pemetaan) dan Sr Mohamad Azmar bin Che Mat, Program dialog ini diakhiri dengan sesi penyampaian
Pengarah Ukur Bahagian (Perancangan dan Korporat). cenderahati antara Pengerusi MTSU dan YBrs.
Tuan Haji Mohd Maliki bin Idris, Pengerusi MTSU TKPUP I sebagai kenang-kenangan.

Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia//www.jupem.gov.my18

NSEOSTI AMSEENRAANHDTAUTAGNAGS ANI

Timbalan Ketua Pengarah Ukur Dan Pemetaan I

Tarikh : 21 Februari 2022 bersamaan 19 Rejab 1443H
Bertempat : Bilik Persidangan, Tingkat 15, Wisma JUPEM

Sesi menandatangani Nota Serah Tugas Timbalan Ketua Pengarah
Ukur dan Pemetaan I oleh YBrs. Sr Sohaime bin Haji Rasidi
telah disaksikan oleh YBrs. Sr Haji Mohammad Zaki bin Mohd
Ghazali, Timbalan Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan II; YBrs. Sr
Wan Mohamad Darani bin Ab. Rahman, Pengarah Ukur Bahagian
(Dasar dan Penyelarasan Pemetaan) dan YBrs. Sr Muhammad Salim
bin Mohammed Asari, Pengarah Ukur Bahagian (Kadaster).
YBrs. Sr Sohaime bin Haji Rasidi juga telah menanggung kerja sebagai
Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan Malaysia sehingga 4 Mac 2022.
Penyerahan Nota Serah Tugas ini dilaksanakan berikutan YBrs. Sr
Sohaime bin Haji Rasidi akan bersara wajib pada 4 Mac 2022 dan
seterusnya menamatkan perkhidmatan sebagai penjawat awam.

19 Berita Ukur 84



MAJLIS JASAMU DIKENANG

Sempena Persaraan Timbalan Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan
I dan Pegawai-Pegawai Kanan JUPEM

Tarikh : 21 Februari 2022 bersamaan 19 Rejab 1443H
Bertempat : Dewan Prima Ballroom, Wisma Lembaga Juruukur Tanah
Malaysia (LJT)

Majlis Jasamu Dikenang telah diadakan sempena persaraan
YBrs. Sr Sohaime bin Haji Rasidi, Timbalan Ketua Pengarah
Ukur dan Pemetaan I yang akan bersara wajib pada 4 Mac
2022. Turut diraikan bersama adalah YBrs. Sr Mohd Latif bin Zainal,
Pengarah Ukur dan Pemetaan Johor yang akan bersara pada 5 Mac
2022 dan YBrs. Sr Kamil bin Ariffin, Pengarah Ukur dan Pemetaan
Perak yang akan bersara pada 20 Mac 2022.
Hadir bersama pada majlis tersebut adalah YBrs. Sr Haji Mohammad
Zaki bin Mohd Ghazali, Timbalan Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan
II; YBhg. Datuk Ismail bin Harun, Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga
Juruukur Tanah; Pengarah-pengarah Ukur Bahagian, Pengarah-
pengarah Ukur dan Pemetaan Negeri, wakil PUSPANITA JUPEM
serta wakil MBJ JUPEM. Majlis ini diadakan bertujuan sebagai
menghargai jasa dan pengorbanan pegawai-pegawai kanan JUPEM
yang telah berkhidmat hampir 37 tahun di JUPEM. Majlis diakhiri
dengan sesi penyampaian cenderahati persaraan kepada YBrs. Sr
Sohaime bin Haji Rasidi, YBrs. Sr Mohd Latif bin Zainal dan YBrs.
Sr Kamil bin Ariffin.

Selamat Bersara

Terima Kasih Atas Segala

Jasa dan Bakti

: ikhlas daripada seluruh warga JUPEM

(BMMEERBSSJY)AUMAARAJATBMAATAJLNIS

Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia
Bilangan 1 Tahun 2022

Tarikh : 22 Februari 2022 bersamaan 20 Rejab 1443H
Bertempat : Bilik Persidangan, Tingkat 15, Wisma JUPEM

Mesyuarat Majlis Bersama Jabatan (MBJ) telah dipengerusikan oleh
YBrs. Sr Sohaime bin Haji Rasidi, Timbalan Ketua Pengarah Ukur
dan Pemetaan I. Turut hadir bersama Sr Haji Mohammad Zaki Bin
Mohd Ghazali, Timbalan Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan II serta Ahli-
ahli bagi Pihak Pegawai dan Ahli bagi Pihak Pekerja.
Tujuan mesyuarat ini diadakan adalah untuk membincangkan perkara-perkara
berbangkit dan menyelesaikana isu-isu pihak pekerja yang meliputi semua
perkara yang berkaitan sistem kerja, pentadbiran, kebajikan, kewangan dan
perkhidmatan, kecuali perkara-perkara yang menyentuh dasar kerajaan atau
hal-hal perseorangan. Selain menyelesaikan semua isu yang dibangkitkan, ahli-
ahli MBJ turut berperanan menyumbang idea-idea inovasi dan produktiviti
berkaitan tadbir urus jabatan bagi memastikan peningkatan prestasi secara
berterusan.

23Berita Ukur 84

MESYUARAT PENYELARASAN

Aktiviti Sistem Persekitaran Berkualiti (QE) Ibu Pejabat Jabatan Ukur
dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) Bilangan 1 Tahun 2022

Tarikh : 28 Februari 2022 bersamaan 26 Rejab 1443H
Bertempat : Bilik Persidangan, Tingkat 15, Wisma JUPEM

Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Sr
Ahmad Nazlie bin Muhamad, Pengarah
Ukur Seksyen Perancangan dan Dasar,
Bahagian Perancangan dan Korporat. Mesyuarat telah
dihadiri oleh 20 orang terdiri daripada setiausaha
dan urus setia zon QE di Ibu Pejabat JUPEM. Agenda
mesyuarat termasuklah membentangkan pelaksanaan
aktiviti QE/5S tahun 2021 dan membincang serta
menyelaras perancangan/pelaksanaan aktiviti QE/5S
tahun 2022.

Majlis Send Off

Y BRS. LSARN SKOEHTAUIAM E BIN AHRAAJ IHRUAKSUI DRI , A N PEMETAAN I
T IMBA P ENG D

Pergi Ke Pasar Membeli Jagung
Beli Bersama Sagu Dan Santan
Budi Dikenang Bakti Disanjung
Kekal Subur Dalam Ingatan.........

26 Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia//www.jupem.gov.my

Tarikh : 25 Februari 2022 bersamaan 23 Rejab 1443H Pada kesempatan yang sama, YBrs. Sr Sohaime
bin Haji Rasidi turut melaksanakan “punch-out”
Bertempat : Lobi Wisma JUPEM terakhir beliau sebagai kakitangan perkhidmatan
awam. Pada akhir majlis, beliau telah diarak dan
Sempena persaraan YBrs. Sr Sohaime bin diiringi oleh JUPEM Riders sebagai penutup acara
Haji Rasidi, Timbalan Ketua Pengarah Ukur sesi “Send Off”. Seluruh warga JUPEM mengucapkan
dan Pemetaan I, satu majlis “Send Off” telah selamat bersara kepada YBrs. Sr Sohaime bin Haji
diadakan. Turut hadir pada majlis tersebut ialah Rasidi dan semoga maju jaya dalam apa jua bidang
YBrs. Sr Haji Mohammad Zaki bin Mohd Ghazali, yang diceburi selepas ini.
Timbalan Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan II
dan semua Pengarah Ukur Bahagian di Ibu Pejabat
JUPEM serta Pengarah Ukur dan Pemetaan WP
Kuala Lumpur/Putrajaya bersama-sama dengan
warga JUPEM yang lain dan isteri beliau, Puan
Salwah binti Sadom yang juga merupakan Timbalan
Pengerusi PUSPANITA I JUPEM.

LAWATAN KERJA

YBRS. SR SOHAIME BIN HAJI RASIDI, TIMBALAN KETUA PENGARAH UKUR DAN
PEMETAAN I BAGI PEMANTAUAN PROJEK PEMBANGUNAN JUPEM DI NEGERI SABAH.

Tarikh : 24 Februari 2022 bersamaan 22 Rejab 1443H bagi memantau projek-projek pembangunan JUPEM
Bertempat : Semporna, Sabah di negeri Sabah serta menghadiri sesi taklimat projek-
projek pembangunan yang telah dibentangkan oleh
Satu lawatan rasmi bagi pemantauan projek YBrs. Sr Shaffri bin Baudi, Pengarah Ukur Bahagian
pembangunan JUPEM di negeri Sabah oleh YBrs. Pemetaan Topografi Sabah dan Sr Irwan Khushaini
Sr Sohaime bin Haji Rasidi, Timbalan Ketua bin Mohd Jan, Pengarah Ukur Seksyen (Bahagian
Pengarah Ukur dan Pemetaan I telah disambut oleh Ukur Geodetik).
YBrs. Sr Shaffri bin Baudi, Pengarah Ukur Bahagian Seterusnya, YBrs. TKPUP I bersama-sama dengan ahli
Pemetaan Topografi Sabah serta pegawai-pegawai lain. rombongan telah mengadakan lawatan teknikal ke Pulau
Mataking dan Pulau Pom-Pom. Tujuan utama lawatan
Turut mengiringi TKPUP I bagi sesi lawatan ini ialah teknikal YBrs. TKPUP I ini adalah untuk melihat secara
YBrs. Sr Wan Mohamad Darani bin Ab. Rahman, lebih dekat dan meneliti stesen dan monumen projek
Pengarah Ukur Bahagian (Dasar dan Penyelarasan Malaysia Marine Geodetic Infrastructures (MyMarineGI)
Pemetaan); YBrs. Kol Sr Muhamad Nadzir bin Mat Isin, yang telah dibangunkan.
Timbalan Pengarah Bahagian Geospatial Pertahanan; Semua ahli rombongan turut diberi taklimat secara
YBrs. En Hamsha bin Injau, Setiausaha Bahagian ringkas oleh Sr Irwan Khushaini bin Mohd Jan, Pengarah
Pembangunan (Kementerian Tenaga dan Sumber Asli); Ukur Seksyen (Bahagian Ukur Geodetik) berkaitan
YBrs. En Hazrey bin Tomyang, Setiausaha Bahagian dengan stesen dan monumen projek Malaysia Marine
Ukur dan Pemetaan (Kementerian Tenaga dan Sumber Geodetic Infrastructures (MyMarineGI) di Pulau
Asli); YBrs. En Abd. Rahim Bin Hamid, Timbalan Mataking dan Pulau Pom-Pom.
Pengarah Bahagian (Unit Perancang Ekonomi) serta
YBrs. Puan Salwa binti Sa’dom, Timbalan Pengerusi
Puspanita JUPEM dan ahli rombongan.

Tujuan utama lawatan rasmi YBrs. TKPUP I adalah

29 Berita Ukur 84

30 Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia//www.jupem.gov.my

31

TECHNOLOGY UPDATE Berita Ukur 84

Produk Trimble Geospatial

Tarikh : 02 Mac 2022 bersamaan 28 Rejab 1443H
Bertempat : Bilik Persidangan, Tingkat 15, Wisma JUPEM

Sesi ini diuruskan oleh Seksyen Pembangunan
Kompetensi, Bahagian Perancangan dan Korporat
di atas permintaan Syarikat Allterra (M) Sdn. Bhd
bagi memperkenalkan produk terbaharu mereka iaitu
Produk Trimble Geospatial. Sr Tuan Haji Ahmad Nazlie
telah berbesar hati mempengerusikan sesi technology
update pada kali ini manakala pembentang pula adalah
wakil dari Syarikat Allterra iaitu seramai empat orang.

Objektif sesi ini adalah bagi memberi penerangan dan
berkongsi kepada industri ukur tentang produk dan
teknologi terbaru. Sesi ini dipecahkan kepada dua slot
iaitu pengenalan produk dan demonstrasi di lapangan.
Seramai tiga puluh orang peserta dari JUPEM Bahagian
dan JUPEM WPKL/Putrajaya telah dijemput untuk
menghadiri sesi technology update pada kali ini.

32

Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia//www.jupem.gov.my LAWATAN KERJA

YBhg. Datuk Mohd Haniff bin Hassan, Setiausaha Bahagian Kanan (Tanah,
Ukur Dan Geospatial), KeTSA ke Bahagian Geospatial Pertahanan, JUPEM

Tarikh : 17 Mac 2022 bersamaan 14 Syaaban 1443H

Bertempat : Wisma JUPEM dan Bahagian Geospatial Pertahanan (BGSP)

YBhg. Datuk Mohd Haniff bin Hassan, En. Hazrey bin Tomyang, Setiausaha Bahagian
Setiausaha Bahagian Kanan (Tanah, Ukur (Ukur dan Pemetaan), KeTSA.
dan Geospatial), Kementerian Tenaga Tujuan sesi Lawatan Kerja YBhg. Datuk SUBK
dan Sumber Asli (KeTSA) telah mengadakan (Tanah, Ukur dan Geospatial) ini adalah bertujuan
sesi lawatan kerja dan kunjungan hormat ke atas untuk mendapatkan maklumat terkini berkaitan
YBrs. Sr Haji Mohammad Zaki bin Mohd Ghazali, dengan aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh
Timbalan Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan JUPEM khususnya berkaitan dengan Geospatial
II dengan diiringi oleh YBrs. Sr Wan Mohamad Pertahanan. YBhg. Datuk SUBK seterusnya
Darani bin Ab. Rahman, Pengarah Ukur Bahagian membuat sesi lawatan ke Bahagian Geospatial
(Dasar dan Penyelarasan Pemetaan) dan Brig. Pertahanan (BGSP) dan diberikan taklimat
Jen. Dr. Sr Mohd Zambri bin Mohamad Rabab, berkaitan dengan program dan aktiviti-aktiviti
Pengarah Bahagian (Geospatial Pertahanan) serta Geospatial Pertahanan yang telah dijalankan
pegawai kanan JUPEM yang lain. Sesi lawatan di negara ini.
dan kunjungan hormat ini turut dihadiri oleh



Komuniti Ukur Fit

@ GSD 2022

JUPEM Kedah JUPEM Perak
JUPEM Kelantan JUPEM Perlis

JUPEM Johor JUPEM Sabah
JUPEM N. Sembilan JUPEM Sabah

JUPEM Pahang JUPEM Selangor

JUPEM P.Pinang JUPEM Terengganu

36 Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia//www.jupem.gov.my

37Berita Ukur 84

“KoRmesupnointsiiUf”kur

Tarikh : 21 Mac 2022 bersamaan 18 Syaaban 1443H
Bertempat : Pekarangan JUPEM Ibu Pejabat dan JUPEM Negeri

GSD pada tahun ini yang bertemakan “Komuniti Ukur
Responsif ” merupakan acara tahunan bagi meraikan profesion
Juruukur, turut menyenaraikan program kecergasan dan
kesihatan untuk semua komuniti ukur. Program ini turut dihadiri
YBrs.Sr Haji Mohammad Zaki bin Mohd Ghazali, Timbalan Ketua
Pengarah Ukur dan Pemetaan II bersama dengan lebih 100 warga
dan kakitangan Ibu Pejabat JUPEM.
Program ini turut dimeriahkan lagi dengan penglibatan secara maya
melalui Facebook Live oleh semua JUPEM Negeri-negeri yang dibuat
serentak. Program ini diadakan bagi menggalakkan warga JUPEM
untuk mengamalkan budaya hidup yang sihat dan kekal cergas.

GSD 2022Sambutan BGSP

GLOBAL SURVEYORS' DAY

BK

BPDGN
BKGIS

BPU

BPT SABAH

BEP BUG JUPEM WP KL & PUTRAJAYA

INSTUN JUPEM TERENGGANU

JUPEM KEDAH JUPEM PERLIS

JUPEM KELANTAN PGN

JUPEM PERAK

40 Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia//www.jupem.gov.my

41Berita Ukur 84

Tarikh : 23 Mac 2022 bersamaan 20 Syaaban 1443H
Bertempat : Prima Ballroom, Wisma LJT

Sambutan Hari Juruukur Sedunia (GSD) 2022 telah disempurnakan oleh YBrs. Sr
Haji Mohammad Zaki bin Mohd Ghazali, Timbalan Ketua Pengarah Ukur dan
Pemetaan II. Sambutan turut dihadiri oleh YBhg. Datuk Sr Ismail bin Harun, Ketua
Pegawai Eksekutif Lembaga Juruukur Tanah; YBhg. Dato’ Sr Dr.Azhari bin Mohamed,
Presiden Pertubuhan Juruukur DiRaja Malaysia (RISM); YBrs. Sr Dr. Haji Nordin bin
Ahmad, Presiden Persatuan Juruukur Tanah Bertauliah Malaysia (PEJUTA) dan Datuk
Mohd Haniff bin Hassan, Setiausaha Bahagian Kanan (Tanah, Ukur dan Geospatial).
Sambutan GSD yang bertemakan “Komuniti Ukur Responsif ” turut diraikan bersama
dengan penglibatan secara maya melalui facebook live oleh semua warga JUPEM Negeri
dan komuniti ukur yang lain. Taklimat bertajuk Sumber Awam Terhadap Bencana telah
disampaikan oleh Brig.Jen.Sr Dr Mohd Zambri bin Mohamad Rabab, Pengarah Bahagian
Geospatial Pertahanan bagi menerangkan dengan lebih jelas bagaimana penggunaan
aplikasi GLS Lapor yang ditunjukkan secara demo live. Selain itu, sambutan turut
dimeriahkan lagi dengan sesi lawatan ke pameran di mana Sr Khairil Izwan bin Ahmad
Arshad, Pengarah Ukur Seksyen Pekhidmatan Geospatial (BPDG) memberi sedikit
penerangan ringkas berkenaan dengan modul-modul terlibat beserta data-data yang
dikongsikan secara SOA (Service Oriented Architecture) melalui portal MyGeoServe.
Sambutan ini diakhiri dengan sesi lawatan ke Geomatics and Land Surveying Discovery
Centre (GLSDC). Kewujudan GLSDC adalah supaya orang ramai dapat mengetahui
dan mendalami lagi peranan dan sumbangan profesion ukur tanah dan pemetaan di
Malaysia. GLSDC ini juga merupakan pusat pertama seumpamanya di rantau Asia
Tenggara yang ditubuhkan khususnya untuk memberi pendedahan berkaitan profesion
ukur dan pemetaan kepada orang ramai.

Program Gotong-Royong
Komuniti Ukur

43 Berita Ukur 84



Tarikh : 25 Mac 2022 bersamaan 22 Syaaban 1443H
Bertempat : Ibu Pejabat JUPEM

Bersempena dengan Sambutan Hari Juruukur Sedunia 2022 atau Global Surveyors’
Day 2022 (GSD 2022), Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia telah mengadakan
Program Gotong-Royong Perdana bertempat di Ibu Pejabat JUPEM bermula
jam 8.30 pagi sehingga 12.00 tengah hari. Sesi gotong-royong ini telah melibatkan
hampir 500 warga JUPEM Ibu Pejabat dan JUPEM WP KL/Putrajaya yang melibatkan
pembersihan di dalam pejabat dan di perkarangan luar pejabat.

Antara aktiviti gotong-royong ini adalah membersihkan kesan banjir kilat yang berlaku
di JUPEM pada awal bulan lalu, antaranya membersihkan kawasan air yang bertakung,
longkang-longkang yang tersumbat serta melupuskan barang-barang terpakai mengikut
kepada empat Zon kawasan yang dibahagikan kepada setiap Bahagian yang terlibat.
Selain itu, program ini turut membabitkan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL)
Cawangan Titiwangsa yang telah memberi bantuan dari segi peralatan dan kelengkapan
pembersihan.

Di kesempatan yang sama, YBrs. Sr Haji Mohammad Zaki bin Mohd Ghazali, Timbalan
Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan II bersama-sama dengan pegawai kanan JUPEM
yang lain telah merasmikan Laman Hijau JUPEM di mana ianya merupakan kawasan
yang dikhaskan bagi aktiviti penanaman sayur-sayuran. Objektif gotong-royong ini
diadakan adalah untuk memastikan kawasan persekitaran JUPEM berada di dalam
keadaan bersih dan teratur selain dapat mengeratkan lagi hubungan silaturahim
antara warga JUPEM. Aktiviti gotong-royong tersebut turut dimeriahkan lagi dengan
sesi merewang untuk menyediakan juadah makan tengah hari kepada warga JUPEM
yang terlibat.

46

PerkhidmatanAnugerahCemerlang 2022 ...
Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia//www.jupem.gov.my

Tarikh : 31 Mac 2022 bersamaan 22 Syaaban 1443H menyampaikan Anugerah APC Tahun 2021 tersebut
Bertempat : Prima Ballroom, Wisma LJT kepada 77 orang penerima dari Ibu Pejabat JUPEM
dengan diiringi oleh YBrs. Sr Wan Mohamad Darani
Majlis Penyampaian APC Tahun 2021 ini telah bin Ab. Rahman, Pengarah Ukur Bahagian (Dasar dan
diadakan secara serentak dengan para penerima Penyelarasan Pemetaan) serta Puan Noor Azliza binti
dari Ibu Pejabat JUPEM di Wisma LJT dan Shaharudin, Pengarah Bahagian (Khidmat Pengurusan)
juga penerima dari seluruh JUPEM Negeri termasuk yang juga merupakan selaku penganjur Majlis APC
dari Bahagian Pemetaan Topografi Sabah dan Bahagian Tahun 2021. Para penerima APC Tahun 2021 akan diberi
Pemetaan Topografi Sarawak di pejabat negeri masing- insentif dalam bentuk sagu hati bernilai RM1, 000.00
masing dengan melibatkan seramai 320 orang penerima beserta Sijil Penghargaan.
keseluruhannya. Tahniah dan syabas kepada semua penerima APC
Tahun 2021 dan diharapkan ianya dapat menggalakkan
YBrs. Sr Haji Mohammad Zaki bin Mohd Ghazali, pegawai untuk terus memberikan komitmen yang tinggi
Timbalan Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan II telah dan meningkatkan daya usaha bagi mempertingkatkan
menyampaikan ucaptama di dalam majlis tersebut. Beliau produktiviti dan mutu kerja yang berkualiti tinggi. Ini
juga telah menekankan beberapa ciri dan budaya pekerja sekali gus menjadikan perkhidmatan awam kekal sebagai
yang cemerlang antaranya ialah berani untuk keluar perkhidmatan yang relevan, diyakini oleh rakyat, serta
dari zon yang selesa dalam menghadapi segala cabaran, menepati kehendak dan harapan pentadbiran awam.
komited dalam menyiapkan tugasan, bertanggungjawab
dalam memikul amanah, mempunyai sikap tidak mudah
berputus asa serta sentiasa memperbaiki diri ke arah
yang lebih baik. Seterusnya YBrs. TKPUP II juga telah

Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia//www.jupem.gov.my48

Pejabat TimbalaBnaKhaetguiaanPDenagsaarrahdaUnkuPrendyaenlaPraemsaentaPaenmIeItaa&n
Bahagian Khidmat Pengurusan


Click to View FlipBook Version