BERITA UkurJulai-September2020
JABATAN UKUR DAN PEMETAAN MALAYSIA
Majlis Sambutan 135 Tahun
JUPEM PENERAJU INOVASI GEOSPATIAL NEGARA
EDISI 78
Penasihat SiDANG
YBhg. Dato’ Sr Dr. Azhari bin Mohamed
Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan Malaysia PENGARANG
Pengerusi
YBrs. Sr Ahmad Azman bin Ghazali Assalamualaikum WBT
Timbalan Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan I dan Salam Sejahtera.
Ketua Penyunting
Sr Tsalimy bin Abdullah Alhamdulillah, bertemu lagi kita pada sukuan ketiga bagi
Pengarah Ukur Bahagian (Perancangan dan Korporat) tahun 2020 di lembaran Berita Ukur Bil. 78, edisi Julai
Ketua Percetakan sehingga September 2020.
Sr Zoher bin Nomanbhoy
Pengarah Ukur Bahagian (Kartografi dan GIS) Sedar atau tidak kita telah berada di suku ketiga tahun 2020,
Penyunting sidang pengarang Berita Ukur Jabatan Ukur dan Pemetaan
Sr Abd Rahman bin Mohd Jazuli @ Mahmood Malaysia menyajikan lebih banyak berita dan peristiwa
Mohd Hilmi bin Abdullah menarik dengan reka bentuk dan paparan yang lebih segar
Pengarang / Jurugambar dari pelbagai Bahagian dan JUPEM Negeri termasuk aktiviti
Hasni bin Omar - aktiviti rasmi dan tidak rasmi anjuran jabatan. Pada siri ini
Sri Muhammad Afwan bin Zainal sidang pengarang juga ingin mengucapkan tahniah kepada
Rekabentuk / Rekaletak semua warga JUPEM di atas kemeriahan sambutan 135
Mohd Radzi bin Ahmad Tahun JUPEM dan kejayaan mendapatkan pengiktirafan
Siti Aishah binti Sharom Malaysia Book Of Records untuk Most Number Of Surveyors
In A Sun Observation For Direction Determination In Multiple
Terbitan: Locations.
Bahagian Perancangan dan Korporat
Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia Akhir sekali, sidang pengarang amat mengalu - alukan
Tingkat 13, Wisma JUPEM sebarang sumbangan dan apa jua hasil karya penulisan
Jalan Sultan Yahya Petra untuk dimuatkan dalam berita ukur edisi seterusnya. Karya
50578 Kuala Lumpur - karya tersebut boleh diemelkan kepada sidang pengarang
Tel : 03-26170800 melalui emel [email protected].
Fax : 03-26170990
www.jupem.gov.my Akhir kalam, selamat membaca.
Cetakan:
Seksyen Percetakan
Bahagian Kartografi dan GIS
Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia
Jalan Sultan Yahya Petra
50578 Kuala Lumpur
https://www.facebook.com/jupemKeTSA/
https://www.instagram.com/jupemketsa
https://twitter.com/jupemKeTSA
Berita Ukur Edisi 78
23
KANDUNGAN//EDISI 78 8
44
MAJLIS PEMAKAIAN PANGKAT TAULIAH 2
KOLONEL KEHORMAT
3
MAJLIS SAMBUTAN 135 TAHUN JUPEM
8 27
PENGIKTIRAFAN MALAYSIA BOOK OF
RECORDS 27
31
LAWATAN KERJA KETUA STAF MARKAS
ATM KE JUPEM
SEMINAR GEOMATIK KEBANGSAAN
BERITA - BERITA NEGERI 44
SUBJECT MATTER EXPERT (SME) 52
Pangkat kolonel kehormat
Pemakaian pangkat tauliah kolonel kehormat
MAJLIS PEMAKAIAN
PANGKAT TAULIAH
KOLONEL KEHORMAT
Majlis Pemakaian Pangkat Tauliah Kolonel Kehormat
kepada YBhg. Dato’ Sr Dr. Azhari bin Mohamed,
Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan Malaysia telah
diadakan pada 11 Ogos 2020 bertempat di Pejabat Panglima
Tentera Darat, Wisma Pertahanan yang disempurnakan oleh
YBhg. Jeneral Datuk Zamrose bin Mohd Zain, Panglima Tentera
Darat. YBhg. Dato’ Sr Dr. Azhari bin Mohamed, Ketua Pengarah
Ukur Dan Pemetaan Malaysia diiringi oleh Kol. Sr Muhamad
Nadzir bin Mat Isin, Timbalan Pengarah Bahagian Geospatial
Pertahanan (BGSP) sepanjang majlis tersebut.
Penganugerahan ini telah diperkenankan menerusi kelulusan Majlis
Angkatan Tentera ke-581 dan turut dihadiri oleh YBhg. Leftenan
Jeneral Dato’ Hasagaya bin Abdullah, Timbalan Panglima Tentera
Darat dan pegawai-pegawai kanan tentera darat. Sekalung tahniah
diucapkan kepada YBhg. Dato’ Sr Dr. Azhari bin Mohamed, Ketua
Pengarah Ukur dan Pemetaan Malaysia atas penganugerahan
pangkat Kolonel Kehormat Pengarah Pemetaan Negara.
2 Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia//www.jupem.gov.my
JUPEM PENERAJU INOVASI GEOSPATIAL NEGARA
Pada 22 September 2020, Jabatan Ukur dan Pemetaan
Malaysia telah mengadakan Majlis Sambutan 135 Tahun
JUPEM bertempat di Prima Ballroom, Wisma Lembaga
Jurukur Tanah Malaysia (LJT).
Majlis ini telah disempurnakan oleh YB Dato’ Dr. Shamsul
Anuar bin Hj. Nasarah, Menteri Tenaga dan Sumber Asli
yang turut disaksikan oleh YBhg. Datuk Zurinah binti
Pawanteh, Ketua Setiausaha Kementerian Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA) dan YBhg. Dato’
Sr Dr. Azhari bin Mohamed, Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan Malaysia.
Dengan tema “JUPEM Peneraju Inovasi Geospatial Negara”, JUPEM telah membuktikan
kecemerlangan sepanjang 135 Tahun penubuhannya dan memainkan peranan penting
untuk negara terutamanya melibatkan pengukuran hak milik tanah dan strata, ukur geodetik,
pemetaan, persempadanan darat dan maritim serta membantu dalam menjaga keselamatan
dan kedaulatan negara. Produk JUPEM juga menjadi asas maklumat geospatial kepada
perancangan pembangunan fizikal negara dan pembangunan sosio ekonomi negara.
Majlis sambutan ini juga diserikan dengan Executive Talk - Norma Baharu dalam Organisasi
dan Profesionalisme yang disampaikan oleh YBrs. Cik Aireen binti Omar, AirAsia
Group’s Presiden (RedBeat Ventures). Sempena Sambutan 135 Tahun JUPEM, YB
Menteri Tenaga dan Sumber Asli menzahirkan ucapan penghargaan dan terima
kasih kepada seluruh warga JUPEM yang telah melaksanakan tanggungjawab
dengan penuh iltizam bagi terus memberikan perkhidmatan yang efisien
kepada masyarakat.
YB Menteri Tenaga dan Sumber Asli juga turut melancarkan dokumen Peraturan
Tetap Operasi (PTO) Penyampaian Maklumat Geospatial
Bencana serta Buku 135 Tahun “JUPEM A Pictorial
Journey”. Pelancaran dokumen Peraturan Tetap Operasi
(PTO) membabitkan 10 jenis bencana iaitu banjir,
pencemaran air, pencemaran udara, tsunami, gempa bumi,
pencerobohan tanah, tanah runtuh, wabak, utiliti,
dan kebakaran hutan yang pastinya
dapat memanfaatkan pelbagai
pihak. Pada majlis yang sama,
turut diadakan penyampaian Sijil
Pengiktirafan Malaysia Book of
Records kepada JUPEM bagi
Cerapan Matahari Serentak
Terbanyak di Malaysia.
Majlis Sambutan 135 Tahun ini
telah disertai oleh 250 orang
yang terdiri daripada pegawai
dan kakitangan KeTSA, JUPEM,
LJT, PEJUTA dan RISM.
YBhg. Dato’ KPUP menyampaikan ucapan alu - aluan
Berita Ukur 78 3
YB Menteri merasmikan Majlis 135 Tahun JUPEM
4 Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia//www.jupem.gov.my
Antara jemputan yang hadir
Executive Talk - Norma Baharu dalam Organisasi dan
OPrmofaers, iAoinrAalsisiamGeryoaunpg’sdPisraemsidpeanika(RneodleBheaYtBVrse.nCtuirkeAs)ireen binti
YBhg. Dbainttoi ’OKmPaUrP, AmireAnsyiaamGproauikpa’sn Pcerensdideeranh(aRtiekdeBpeaadtaVYeBntrusr.eCsi)k
Aireen
Berita Ukur 78 5
SCAN ME
Majlis Pelancaran Buku PTO dan Buku 135 Tahun JUPEM
Majlis Penyampaian Sijil Malaysia Book Of Records Sijil Malaysia Book Of Records
6 Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia//www.jupem.gov.my
Sr Juzaila menerangkan fungsi YB Menteri
bahagian utiliti kepada YB Menteri menyampaikan
YB Menteri meneliti Buku 135 Tahun JUPEM ucapan perasmian
Draf Peta Malaysia Baharu
Sr Nur Zurairah menerangkan sejarah
JUPEM kepada YB Menteri
Sr Dr. Mohd Yunus menunjukkan
kepada YB Menteri kedudukan
bulan pada hari kelahirannya
Berita Ukur 78 7
PENGIKTIRAFAN
Peserta MBOR daripada
JUPEM Pahang
Peserta MBOR daripada Pada 11 Ogos 2020, Jabatan Ukur dan Pemetaan
JUPEM Kedah Malaysia (JUPEM) melangkah setapak ke hadapan
dengan melaksanakan Cerapan Matahari Serentak
di Seluruh Malaysia yang disertai oleh 186 orang pengukur
dan berjaya mencatatkan sebanyak 182 rekod cerapan dari
seluruh Semenanjung Malaysia dan Wilayah Persekutuan
Labuan bagi mendapatkan pengiktirafan dari Malaysia Book
of Records (MBOR).
Seawal jam 8.00 pagi, bertempat di perkarangan Ibu Pejabat
JUPEM, YBhg. Dato’ Sr Dr. Azhari bin Mohamed, Ketua
Pengarah Ukur dan Pemetaan Malaysia dan beberapa
orang pegawai dari Bahagian Kadaster telah melaksanakan
cerapan matahari disaksikan dan dinilai oleh pegawai dari
MBOR iaitu Encik Edwin Yeoh Tiong Chin dan Cik Nurul
Fatihah Mahmood. Program ini dimulakan dengan taklimat
aktiviti cerapan matahari oleh Sr Looi Kam Seng, Pengarah
Ukur Seksyen Perundangan Kadaster.
Selain aktiviti cerapan matahari, terdapat satu lagi usaha
oleh JUPEM bagi mencipta rekod MBOR iaitu Peta Topografi
Terpanjang di Malaysia yang telah disediakan dan berukuran
8.029 meter. Semoga kedua - dua aktiviti ini menjadi
inspirasi kepada seluruh warga JUPEM untuk terus berusaha
mengharumkan nama jabatan ini pada masa hadapan.
SCAN ME
YBhg. Dato’ KPUP turut menyertai Cerapan Matahari Serentak di Seluruh Malaysia
8 Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia//www.jupem.gov.my
Peserta MBOR daripada
JUPEM Terengganu
Peserta MBOR daripada JUPEM Kelantan Peserta MBOR daripada JUPEM Johor
Timbalan Pengarah Ukur dan Pemetaan II
bersama kakitangan Ibu Pejabat JUPEM
Berita Ukur 78 9
Bergambar bersama Wakil MBOR
Sijil Malaysia Book Of Records
Peta Topografi Terpanjang Rentas Empat Negeri
10 Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia//www.jupem.gov.my
Wakil MBOR menyemak panjang Peta Topografi terpanjang
YBhg Dato’ KPUP menandatangani
di atas Peta Topografi terpanjang
• Peta ini merupakan gabungan 16 lembar peta topografi 1 : 5000
secara melintang dan 2 lembar secara menegak bermula dari Kerian,
Perak hingga ke Pulau Tenggol di sebelah pantai timur.
• Peta topografi ini diliputi oleh cantuman 32 lembar peta keseluruhanya.
• Luas kawasan liputan sebanyak 400 km x 50 km
• Panjang peta di atas kertas = 8 meter x 1 meter (tidak termasuk tajuk)
• Anggaran jarak maksimum dari Pantai Barat ke Pantai Timur : 339.6
kilometer
• Anggaran keluasan daratan : 15864.72 kilometer persegi
• Kakitangan yang terlibat : 6 orang
• Anggaran tempoh masa penyedian peta : 96 hari
• Perisian yang digunakan : Map Center dan Packedge
• Bahan cetakan khas : Datajet Glossy Paper 240 gsm 1524 mm x 30
mm x 3 inch core
• Plotter untuk cetakan : Plotter HP Laserjet Z6800
Maklumat Peta Topografi terpanjang
Berita Ukur 78 11
YB Menteri KeTSA bergambar bersama dengan warga KeTsA di Sabah
MAJLIS PERJUMPAAN
MENTERI TENAGA DAN
SUMBER ASLI (KeTSA)
BERSAMA KAKITANGAN
PERSEKUTUAN JABATAN/
AGENSI DI BAWAH KeTSA
DI SABAH
YB Menteri KeTSA sedang berucap di hadapan semua kakitangan
12 Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia//www.jupem.gov.my
Majlis Perjumpaan Yang Berhormat Dato’ Dr. Shamsul
Anuar bin Hj. Nasarah, Menteri Tenaga dan Sumber Asli
(KeTSA) bersama kakitangan Jabatan/Agensi di bawah
KeTSA telah diadakan pada 11 September 2020 bertempat di
Hotel Promonade, Kota Kinabalu, Sabah. Majlis ini dihadiri oleh
hampir 200 kakitangan Jabatan Ukur dan Pemetaan Sabah,
Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia, Jabatan Ketua Pengarah
Tanah dan Galian, Suruhanjaya Tenaga serta Pasukan Projek
Khas Bekalan Elektrik Sabah (PPKBES Sabah).
YB Menteri beserta pegawai dari Kementerian KeTSA tiba di
Hotel Promonade sekitar jam 10.00 pagi dan disambut oleh Encik
Shaffri bin Baudi, Timbalan Pengarah Ukur Bahagian Pemetaan
Topografi Sabah; Encik Jontih Enggihon, Pengarah Jabatan
Mineral dan Geosains; Encik Herdiansah bin Abdul Karim serta
pegawai-pegawai kanan bagi setiap Jabatan berkenaan. Majlis
disusuli dengan Bacaan Doa, Nyanyian Negara Ku, Sabah Tanah
Air Ku dan seterusnya ucapan oleh YB Menteri KeTSA.
Berita Ukur 78 13
awatan kerja Yang Berhormat Dato’ Dr. Shamsul Anuar
bin Hj Nasarah Menteri Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA)
LAWATAN KERJA Ldan rombongan ke tapak Stesen Tolok Air Pasang Surut
MENTERI TENAGA DAN (STAPS) di Pelabuhan Kota Kinabalu Sabah telah diadakan pada
SUMBER ASLI (KeTSA) 25 September 2020.
KE TAPAK STESEN
Ketibaan YB Menteri KeTSA telah disambut oleh Sr Taufek bin
TOLOK AIR PASANG Kassim, Pengarah Ukur Bahagian Pemetaan Topografi Sabah; Sr
SURUT (STAPS) DI Shaffri bin Baudi, Timbalan Pengarah Ukur Bahagian Pemetaan
PELABUHAN KOTA Topografi Sabah; Sr Saiful Nizam bin Saip, Pengarah Ukur
KINABALU, SABAH Seksyen Sempadan dan Geodesi serta para pegawai kanan dan
kakitangan Bahagian Pemetaan Topografi Sabah. Majlis lawatan
YB Menteri ini juga disertai oleh wakil dari Syarikat Suria Capital
Holding Berhad dan Sabah Ports Sdn. Bhd.
Taklimat berkenaan latar belakang JUPEM serta fungsi bagi STAP kepada YB Menteri telah disampaikan
oleh Sr. Taufek bin Kassim, Pengarah Ukur Bahagian Pemetaan Topografi Sabah di dalam Bangunan CIQS,
Terminal Pelabuhan Kota Kinabalu yang di miliki oleh Sabah Ports Sdn Bhd. Selepas taklimat, YB Menteri telah
meluangkan masa hampir satu jam untuk melawat tapak/ruang tolok cerapan air pasang surut di Pelabuahan
Kota Kinabalu Sabah. Lawatan YB Menteri KeTSA tamat pada 10.30 pagi.
Ketibaan YB Menteri KeTSA YB Menteri KeTSA diberi taklimat berkaitan
tolok cerapan air pasang surut
Sesi bergambar
Sesi bergambar
14 Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia//www.jupem.gov.my
LAWATAN KERJA TIMBALAN YB Timbalan Menteri dibawa melawat seksyen
MENTERI TENAGA DAN SUMBER di Bahagian Pemetaan Topografi Sabah
ASLI KEMENTERIAN TENAGA
DAN SUMBER ASLI (KeTSA) DI IBU
PEJABAT JUPEM SABAH
Pada 8 Ogos 2020, YB Tuan Ali Biju, Timbalan Menteri Tenaga dan
Sumber Asli (KeTSA) berserta rombongan telah mengadakan
lawatan kerja ke Bahagian Pemetaan Topografi Sabah. Tujuan
lawatan ini adalah untuk berjumpa dengan kakitangan JUPEM Sabah
dan meninjau keadaan Pejabat JUPEM Sabah susulan permohonan
cadangan JUPEM Sabah bagi pembinaan Bangunan Pejabat Baharu
JUPEM Sabah di Jalan Lintas, Penampang Kota Kinabalu Sabah.
Ketibaan YB Timbalan Menteri tiba pada jam 9.00 pagi di Ibu Pejabat
JUPEM Sabah dan telah disambut oleh Sr Mohd Tabaruni bin Ibrahim,
Pengarah Ukur Seksyen Penawanan Data; Encik Morius Bantas,
Timbalan Pengarah Ukur Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia
(JMG); Encik Herdiansah bin Abdul Karim, Pengarah Jabatan Ketua
Pengarah Tanah dan Galian Sabah (JKPTG), Penolong-penolong
Pengarah Ukur, serta semua ketua-ketua Cawangan di Ibu JUPEM
Sabah. Taklimat berkenaan JUPEM serta status cadangan pembinaan
Pejabat JUPEM Sabah telah dibentangkan oleh Encik Geafri Mongijal,
Penolong Pengarah Ukur, Pentadbiran dan Maklumat Geospatial.
Majlis seterusnya disusuli dengan sesi soal jawab serta penyerahan
cenderamata kepada YB Timbalan Menteri. Majlis diteruskan dengan
lawatan YB Timbalan Menteri dan rombongan ke setiap Seksyen/
Cawangan yang berada di tingkat dua, tiga, empat dan enam di
Ibu Pejabat JUPEM. Selepas mengadakan lawatan di Ibu Pejabat
JUPEM, YB Timbalan Menteri meneruskan lawatan ke Tapak
Cadangan Pembinaan Bangunan Pejabat JUPEM Sabah di Jalan
Lintas, Penampang Kota Kinabalu.
YB Timbalan Menteri dibawa melawat tapak pejabat baharu Bahagian Pemetaan Topografi Sabah
Berita Ukur 78 15
JUPEM PULAU PINANG FRONTIER PILLAR, SK KAMIL I DAN SMK KAMIL,
17 JULAI 2020 BUKIT TUNGGAL KELANTAN
16 SEPTEMBER 2020 13 SEPTEMBER 2020
JUPEM PERAK JUPEM TERENGGANU
17 SEPTEMBER 2020 27 SEPTEMBER 2020
INSTUN
19 OGOS 2020
BAHAGIAN PEMETAAN UTILITI
14 SEPTEMBER 2020
e-CENSUS
25 SEPTEMBER 2020
JUPEM NEGERI SEMBILAN
06 JULAI 2020
JUPEM MELAKA
06 JULAI 2020
Walkabout
KETUA PENGARAH UKUR DAN
PEMETAAN MALAYSIA
(JULAI - SEPTEMBER 2020)
16 Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia//www.jupem.gov.my
JUPEM MELAKA 06 JULAI 2020
Pada 6 Julai 2020, sesi walkabout Ketua Pengarah
Ukur dan Pemetaan Malaysia ke JUPEM Melaka
telah diadakan. Kedatangan YBhg. Dato’ Sr Dr. Azhari bin
Mohamed, Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan Malaysia
telah disambut oleh Sr Haji Mohamad Azmar bin Che
Mat, Pengarah Ukur dan Pemetaan Melaka dan pegawai-
pegawai JUPEM Melaka. Sesi walkabout ini diadakan
antaranya bertujuan bagi merasmikan Pejabat Ukur Daerah
Melaka yang telah berpindah ke lokasi baharu di Tingkat
15, Menara Persekutuan, Ayer Keroh, sesi penyampaian
Sijil Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) kepada
kakitangan JUPEM Melaka dan penyerahan sumbangan
kepada kakitangan JUPEM Melaka yang kurang bernasib
baik serta melihat secara dekat aktiviti di JUPEM Melaka.
Turut hadir dalam sesi walkabout ini ialah YBhg. Datin
Hindon binti Osman, Pengerusi PUSPANITA JUPEM dan
beberapa orang ahli PUSPANITA JUPEM.
YBhg. Dato’ KPUP merasmikan Pejabat
Ukur Daerah Melaka yang baharu
YBhg. Dato’ KPUP menyampaikan Anugerah Perkhidmatan
Cemerlang kepada kakitangan JUPEM Melaka
Berita Ukur 78 17
JUPEM NEGERI SEMBILAN 06 JULAI 2020
YBhg. Dato’ KPUP diberi
penerangan mengenai aktiviti
- aktiviti di JUPEM Negeri
Sembilan
Pada 6 Julai 2020, bertempat di Jabatan Ukur dan Pemetaan Negeri Sembilan, satu sesi
walkabout oleh Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan Malaysia telah diadakan di mana
kedatangan YBhg. Dato’ Sr Dr. Azhari bin Mohamed, Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan
Malaysia diiringi oleh Sr Tsalimy bin Abdullah, Pengarah Ukur Bahagian Perancangan dan
Korporat telah disambut oleh Sr Hj. Engku Mohd Adlin bin Engku Habib, Pengarah Ukur dan
Pemetaan Negeri Sembilan dan pegawai-pegawai JUPEM Negeri Sembilan. Sesi walkabout
ini bertujuan untuk melihat secara dekat pengurusan, pencapaian KPI dan aktiviti-aktiviti di
JUPEM Negeri Sembilan. Turut serta bersama lawatan ini ialah YBhg. Datin Hindon binti Osman,
Pengerusi PUSPANITA JUPEM dan beberapa orang ahli PUSPANITA JUPEM.
YBhg. Dato’ KPUP meneliti pelan lama di JUPEM Negeri Sembilan
18 Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia//www.jupem.gov.my
JUPEM PULAU PINANG 17 JULAI 2020
YBhg. Dato’ KPUP
meneliti pelan lama
di JUPEM Pulau
Pinang
Pada 17 Julai 2020 telah diadakan satu sesi walkabout
Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan Malaysia
ke JUPEM Pulau Pinang. Kehadiran YBhg. Dato’ Sr
Dr. Azhari bin Mohamed, Ketua Pengarah Ukur dan
Pemetaan Malaysia disambut oleh Sr Muhammad Salim
bin Mohammed Asari, Pengarah Ukur dan Pemetaan
Pulau Pinang dan pegawai-pegawai JUPEM Pulau
Pinang.
Dalam sesi walkabout ini, YBhg. Dato’ KPUP telah
menyampaikan sumbangan ikhlas dari Lembaga
Jurukur Tanah Malaysia (LJT) kepada kakitangan
JUPEM Pulau Pinang iaitu Encik Muhamad Lawi bin
Bakar, Pembantu Am H11 (Pejabat Ukur Daerah Pulau
Pinang) yang mengalami penyakit angin ahmar. Turut
serta dalam lawatan ini ialah YBhg. Datin Hindon binti
Osman, Pengerusi PUSPANITA JUPEM dan beberapa
orang ahli PUSPANITA JUPEM.
YBhg. Dato’ KPUP menyampaikan sumbangan ikhlas
dari LJT kepada En. Muhammad Lawi bin Bakar,
kakitangan JUPEM Pulau Pinang
Berita Ukur 78 19
INSTUN, PERAK 19 OGOS 2020 YBhg. Dato’ KPUP diberi penerangan mengenai
pembinaan Balai Cerap INSTUN baharu
Pada 19 Ogos 2020, YBhg. Dato’ Sr Dr. Azhari bin
Mohamed, Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan
Malaysia telah meluangkan masa mengadakan sesi
walkabout ringkas ke INSTUN. Lokasi yang dilawati adalah
Galeri INSTUN, Balai Cerap Mini Jabal Falak dan Tapak
Balai Cerap baharu. Lawatan YBhg. Dato’ KPUP diiringi
oleh YBrs. Puan Norehan binti Omar, Pengarah INSTUN;
Sr Ahmad Azmi bin Hashim, Ketua Bahagian Ukur dan
Pemetaan, INSTUN bersama Pegawai Bahagian Ukur dan
Pemetaan (BUP) dan pegawai-pegawai INSTUN.
Tujuan sesi walkabout ini diadakan bertujuan mengeratkan
kerjasama selain mengumpulkan maklumat, bahan rujukan,
dokumen dan peralatan ukur yang disimpan di INSTUN.
YBhg. Dato’ KPUP juga telah meninjau lokasi tapak Balai
Cerap INSTUN baharu yang terletak di dalam kawasan
INSTUN.Taklimat ringkas berkenaan Balai Cerap ini telah
disampaikan oleh Sr Rabiulkhair bin Mohd Nor, pegawai
Bahagian Ukur dan Pemetaan, INSTUN merangkap ketua
pasukan projek pembinaan balai tersebut. JUPEM ingin
merakamkan ucapan terima kasih atas kerjasama dan
sokongan INSTUN sempena sesi walkabout ringkas ini.
Sesi bergambar bersama kakitangan INSTUN YBhg. Dato’ KPUP melawat galeri ukur INSTUN
20 Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia//www.jupem.gov.my
SK KAMIL I DAN SMK KAMIL, KELANTAN 13 SEPTEMBER 2020
YBhg. Dato’ KPUP Pada 13 September 2020, YBhg. Dato’ Sr Dr.
meneliti album lama Azhari bin Mohamed, Ketua Pengarah Ukur
SK Kamil I dan Pemetaan Malaysia telah mengadakan sesi
kunjungan dan perbincangan ke Sekolah Menengah
Kebangsaan Kamil dan Sekolah Kebangsaan
Kamil I, Pasir Puteh, Kelantan. YBhg. Dato’ KPUP
telah memulakan alam persekolahan pada tahun
1968 di SK Kamil I dan tahun 1974 di SMK Kamil.
Ketibaan YBhg. Dato’ KPUP disambut oleh Tuan
Haji Mohd Razak bin Che Yaakob, Pengetua
Sekolah Menengah Kebangsaan Kamil dan Encik
Samsul Bahari bin Mohd Jali, Guru Besar Sekolah
Kebangsaan Kamil I.
Lawatan YBhg. Dato’ Sr Dr. Azhari bin Mohamed
diadakan bagi memberi kesedaran dan pengenalan
kepada para pelajar sekolah berkenaan bidang
geomatik terutamanya yang berkaitan dengan Ilmu
Falak Syarie’. Di samping itu, lawatan ke kelas lama
juga diadakan bagi mengimbau kembali nostalgia
zaman persekolahan YBhg. Dato’ KPUP. Turut
hadir bersama Sr Dr. Ahmad Sanusi bin Che Cob,
Pengarah Ukur dan Pemetaan Negeri Kelantan dan
Sr Ab Rahman bin Mohd Zin, Timbalan Pengarah
Ukur dan Pemetaan II. YBhg. Dato’ KPUP juga turut
dibawa melawat persekitaran sekolah sepanjang
lawatan ini.
YBhg. Dato’ KPUP YBhg. Dato’ KPUP
melawat SMK Kamil melawat
SK Kamil I
Berita Ukur 78 21
BAHAGIAN PEMETAAN UTILITI, IBU PEJABAT JUPEM 14 SEPTEMBER 2020
Sesi bergambar bersama kakitangan Bahagian Pemetaan Utiliti
YBhg. Dato’ KPUP diberi penerangan YBhg. Dato’ KPUP
mengenai aktiviti - aktivit di Bahagian melawat Bahagian
Pemetaan Utiliti Pemetaan Utiliti
Pada 14 September 2020, YBhg. Dato’ Sr Dr. Azhari
bin Mohamed, Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan
Malaysia telah mengadakan satu sesi walkabout ke
Bahagian Pemetaan Utiliti (BPU). Kehadiran YBhg. Dato’
KPUP telah disambut oleh Sr Azlim Khan bin Abdul Raof
Khan, Pengarah Ukur Bahagian Pemetaan Utiliti dan
pegawai-pegawai lain. Sesi walkabout YBhg. Dato’ KPUP
ini antaranya melihat secara lebih dekat pengurusan,
pencapaian KPI dan aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan di
BPU.
22 Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia//www.jupem.gov.my
FRONTIER PILLAR, BUKIT TUNGGAL 16 SEPTEMBER 2020
YBhg. Dato’ KPUP menFerolitni tpieerlaPnillTaarn, dBauksiet mTupnagdgaanl Pada 16 September 2020, YBhg. Dato’ Sr Dr. Azhari
bin Mohamed, Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan
Malaysia telah mengadakan sesi walkabout ke tanda
sempadan Frontier Pillar, Bukit Tunggal dan sempadan
tiga buah negeri iaitu negeri Perak, Pulau Pinang dan
Kedah. Sesi walkabout ini bertujuan memastikan tanda
sempadan Frontier Pillar, Bukit Tunggal dijaga serta
dipelihara dengan baik kerana tanda sempadan ini
merupakan satu tanda sejarah perjanjian sempadan
antara negeri Perak dan Pulau Pinang yang telah
ditandatangani antara Britain dan Siam pada tahun
1869.
Turut hadir dalam sesi walkabout ini ialah YBrs. Sr Hj.
Mohammad Zaki bin Mohd. Ghazali, Pengarah Ukur
Bahagian Ehwal Persempadanan; YBrs. Sr Haji Zahari
bin Zamlope, Pengarah Ukur dan Pemetaan Negeri
Perak; Sr Muhammad Salim bin Mohammed Asari,
Pengarah Ukur dan Pemetaan Negeri Pulau Pinang;
pegawai-pegawai JUPEM dan penduduk setempat di
Kampung Permatang Pasir, Bandar Baharu, Kedah.
Pada sesi lawatan kerja ini, YBrs. Sr Hj. Mohammad
Zaki bin Mohd. Ghazali turut menyampaikan taklimat
ringkas berkaitan status pengukuran sempadan negeri
Kedah dan Pulau Pinang dan sempadan tiga buah
negeri iaitu negeri Perak, Pulau Pinang dan Kedah. Sesi
walkabout ini juga sebagai tanda simbolik sempena
menyambut Hari Malaysia. Bersatu Kita Pertahankan
Kedaulatan Negara.
PTailnladra, BsuekmitpTaudnagngFarlontier
Sesi bergambar
Berita Ukur 78 23
JUPEM PERAK, 17 SEPTEMBER 2020
YBhg. Dato’ KPUP YBhg. Dato’ KPUP melawat
merasmikan laluan bahagian di JUPEM Perak
Orang Kurang Upaya (OKU)
YBhg. Dato’ KPUP menandatangani Pada 17 September 2020, YBhg. Dato’ Sr Dr. Azhari bin
buku kunjungan Mohamed, Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan Malaysia
telah mengadakan sesi walkabout ke Jabatan Ukur dan
Pemetaan Perak yang disambut oleh YBrs. Sr. Haji Zahari bin
Zamlope, Pengarah Ukur dan Pemetaan Perak dan pegawai-
pegawai lain. Turut hadir dalam lawatan ini ialah YBhg. Datin
Hindon binti Osman, Pengerusi PUSPANITA JUPEM dan
beberapa ahli PUSPANITA JUPEM.
Sesi walkabout YBhg. Dato’ KPUP ini antaranya adalah melihat
secara dekat pengurusan, pencapaian KPI dan aktiviti-aktiviti
di JUPEM Perak. Semasa sesi ini, YBhg. Dato’ KPUP turut
menyampaikan sumbangan ikhlas daripada Lembaga Jurukur
Tanah Malaysia (LJT) kepada kakitangan JUPEM iaitu Encik
Rusli bin Md Yusof yang mengalami musibah banjir di kediaman
beliau dan Encik Khairolazmi bin Shahrin yang mengalami strok.
Selain itu, YBhg. Dato’ KPUP turut merasmikan laluan khas
Orang Kurang Upaya (OKU) yang berkerusi roda. YBhg. Dato’
KPUP dan YBhg. Datin turut berkesempatan untuk mengacau
bubur asyura yang dianjurkan oleh JUPEM Perak.
YBhg. Dato’ KPUP telah meluangkan masa mengacau bubur
asyura yang dianjurkan oleh JUPEM Perak
24 Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia//www.jupem.gov.my
e-CENSUS, IBU PEJABAT JUPEM 25 SEPTEMBER 2020
Sesi bergambar
YBhg. Dato’ KPUP melihat Proses mendaftar dan mengisi maklumat Pada 25 September 2020, YBhg. Dato’ Sr Dr.
penduduk dan perumahan Malaysia (Banci) di JUPEM Azhari bin Mohamed, Ketua Pengarah Ukur dan
Pemetaan Malaysia berkesempatan melawat ke
Bilik Latihan Ampang Park, Tingkat 1, Bangunan Stor
Peta Negara, Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia
(JUPEM) untuk melihat secara langsung kakitangan
JUPEM mendaftar dan mengisi maklumat penduduk
dan perumahan Malaysia (Banci) melalui e-Census
yang telah dilancarkan pada 7 Julai 2020 oleh
Jabatan Perangkaan Malaysia.
Turut mengiringi YBhg. Dato’ KPUP ialah YBrs.
Sr Ahmad Azman bin Ghazali, Timbalan Ketua
Pengarah Ukur dan Pemetaan I, YBrs. Sr Sohaime
bin Hj. Rasidi, Timbalan Ketua Pengarah Ukur dan
Pemetaan II dan Puan Noor Azliza binti Shaharuddin,
Pengarah Bahagian Khidmat Pengurusan. Proses
mendaftar dan mengisi maklumat penduduk &
perumahan Malaysia (Banci) di JUPEM telah
dibantu oleh lima orang pegawai dari Jabatan
Perangkaan Malaysia iaitu Cik Wan Hazlin Ezrina
Wan Hamat selaku ketua, Encik Shahrulnizam,
Puan Siti Khadijah Sofia Mohd Azhari, Cik Aina
Safura dan Cik Azira Husna.
Berita Ukur 78 25
JUPEM TERENGGANU 27 SEPTEMBER 2020
YBhg. Dato’ KPUP melihat alat lama yang YBhg. Dato’ Sr Dr. Azhari bin Mohamed, Ketua Pengarah
terdapat di JUPEM Terengganu Ukur dan Pemetaan Malaysia telah mengadakan satu
YBhg. Dato’ KPUP melawat sesi walkabout ke Jabatan Ukur dan Pemetaan Terengganu
pada 27 September 2020. Kehadiran YBhg. Dato’ KPUP
bahagian - bahagian di JUPEM telah disambut oleh Sr Rosli bin Muhammed, Pengarah
Terengganu Ukur dan Pemetaan Terengganu; Sr Nik Mohd. Wafi bin Nik
Mohamed Daud, Timbalan Pengarah Ukur dan Pemetaan I;
Sr Haji Rustam bin Ab. Rahman, Timbalan Pengarah Ukur
dan Pemetaan II dan pegawai-pegawai JUPEM Terengganu.
Turut hadir dalam lawatan tersebut termasuk YBhg. Datin
Hindon binti Osman, Pengerusi PUSPANITA JUPEM dan
Exco PUSPANITA JUPEM. Semasa sesi walkabout, YBhg.
Dato’ KPUP telah menyempurnakan majlis penyerahan alat
ukur total station sebanyak 13 unit yang keseluruhan bernilai
RM 577,785.00 kepada YBhg. Dato’ Dr. Haji Zulkiply bin Haji
Muda Sahibus Samahah Dato’ Mufti Negeri Terengganu di
Pejabat Mufti Negeri Terengganu; Sahibus Samahah Datuk Hj
Abdul Halim bin Tawil , Mufti Kerajaan Negeri Melaka; YBhg.
Dato’ Haji Abdul Zaki bin Haji Md. Zin, Pejabat Mufti Negeri
Pahang; Encik Shamsul Zahri bin Mohd Salleh, Pejabat Mufti
Negeri Sembilan; Prof. Madya Dr. Jamalluddin bin Hashim,
Timbalan Dekan Fakulti Pengajian Kontemporari Islam,
Universiti Sultan Zainal Abidin (UNISZA); Prof. Madya Dr.
Baharrudin bin Zainal, Pensyarah (UNISZA); Encik Zainuddin
bin Haji Md. Zaki, Timbalan Pengurus Besar (Pembangunan),
KETENGAH; dan Encik Khairul Azam bin Alias @ Mayah,
Ketua Program Diploma Kejuruteraan Awam, Politeknik
Sultan Mizan Zainal Abidin (PSZMA), Terengganu.
Selain itu, YBhg. Dato’ KPUP turut mengambil peluang melihat
secara dekat pengurusan, pencapaian KPI dan aktiviti-aktiviti
di JUPEM Negeri Terengganu. Dalam sesi walkabout ini juga,
YBhg. Dato’ KPUP turut berkesempatan mengadakan lawatan
sekalung kasih kepada Encik Dillah bin Sulaiman, kakitangan
JUPEM Terengganu yang mengalami sakit kencing manis
dan radang tulang. Dalam sesi lawatan tersebut, YBhg. Dato’
KPUP telah menyampaikan sumbangan ikhlas dari Lembaga
Jurukur Tanah Malaysia (LJT).
YBhg. Dato’ KPUP telah menyempurnakan Majlis Penyerahan Alat Ukur Total Station
26 Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia//www.jupem.gov.my
LAWATAN KERJA KETUA STAF Ketua Staf Markas ATM
MARKAS ATM KE JUPEM menandatangani buku kunjungan
hormat di Pejabat KPUP
Pada 9 Julai 2020, Leftenan Jeneral Dato’ Pahlawan
Redzuan bin Hj. Baharuddin, Ketua Staf Markas Ketua Staf Markas ATM
Angkatan Tentera Malaysia telah mengadakan lawatan melawat BGSP JUPEM
ke Bahagian Geospatial Pertahanan (BGSP). Lawatan
ini diadakan bertujuan melihat keupayaan BGSP dalam
menyediakan perkhidmatan Geospatial Pertahanan kepada
Angkatan Tentera Malaysia (ATM).
Lawatan dimulakan dengan kunjungan hormat kepada YBhg.
Dato’ Sr Dr. Azhari bin Mohamed, Ketua Pengarah Ukur dan
Pemetaan Malaysia diiringi oleh Brig. Jen. Hj. Zakaria bin
Abdul Rahman, Pengarah Bahagian Geospatial Pertahanan
dan pegawai-pegawai BGSP. Dalam siri lawatan ini, YBhg.
Ketua Staf Markas ATM telah diberi taklimat dan demonstrasi
bagi melihat keupayaan pengurusan dan perkhidmatan
geospatial pertahanan melalui platform Defence Geospatial
Information Management (DGIM) di Pusat Operasi Geospatial
Pertahanan.
Perkhidmatan ini telah diwujudkan bagi memberi perkongsian
maklumat geospatial pertahanan kepada pengguna ATM dan
agensi keselamatan yang menggunakan konsep sharing
responsibilities. Delegasi lawatan juga telah dibawa melawat
ke pameran Unmanned Aerial Vehicle (UAV) yang digunakan
oleh BGSP bagi tujuan kerja pemetaan.
Staf BGSP JUPEM bergambar kenangan bersama Ketua Staf Markas ATM
Berita Ukur 78 27
MESYUARAT PENGURUSAN JUPEM YBhg. Dato’ KPUP mempengerusikan
BILANGAN 2 TAHUN 2020 Mesyuarat Pengurusan JUPEM Bil. 2
Tahun 2020
Mesyuarat Pengurusan JUPEM Bilangan 2 Tahun
2020 telah diadakan pada 23 Julai 2020 bertempat
di Bilik Persidangan, Tingkat 15, Wisma JUPEM.
Mesyuarat telah dipengerusikan oleh YBhg. Dato’ Sr Dr.
Azhari bin Mohamed, Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan
Malaysia. Seramai 33 orang wakil pihak pengurusan telah
hadir ke mesyuarat tersebut. Mesyuarat diadakan bertujuan
untuk membincangkan prestasi dan pencapaian bagi setiap
Padaa9ktJivuitlai ike2r0ja20y,aLnegftteenlaahn dJielankesraanl aDkaatno’bPaaghi lsaewteanngah tahun
Red2z0u2a0nsbeirntaHpji.ndBaaahnaSruadsdairna,nKKeetrujaa TSathaufnManar(kSaKsT) 2020.
Angkatan Tentera Malaysia telah mengadakan lawatan
ke BahagiaDniGsaemosppiantgiailtPu,erptaehlbaangaani (pBeGrkSaPr)aJdUaPnEiMsu. Lbaewrkaataitnan jabatan
ini diadakatnelbaehrdtuibjuinacnaunngtkuaknmdei ldihaalatmkemupeasyyauaanraBt GinSi. PMdeasylaumarat diakhiri
menyalurkdaennpgearnkhseidsmi paetannyaGmepoaspiaantisailjiPl deartnahhaanmapnekrekpeapdaada JUPEM
AngkatanPTeernatkerdaanMaJUlaPysEiMa (WATilMay)adhi PmearsneakYutBuhagn. KKueatluaaLumpur &
Staf MK APTuMtramjaeyraupkaekraannaPmenagseinrgu-smi absaignigJtaewlaahtamnkeunacsaapai jumlah
GeospatiatlraPnesratakhsai ntearnti.nggi dan kutipan tertinggi dalam Sistem eBiz
JUPEM bagi bulan Januari sehingga Jun tahun 2020.
Lawatan dimulakan dengan kunjungan hormat kepada YBhg.
Dato’ Sr Dr. Azhari bin Mohamed, Ketua Pengarah Ukur
dan Pemetaan MalaPeynsgiaara. hK- epehnagadriarhabnahbaegilainaduantenelagehri dyaisngahmadbirudtalam Mesyuarat Pengurusan JUPEM Bil. 2 Tahun 2020
oleh Brig. Jen. Hj. Zakaria bin Abdul Rahman, Pengarah
Bahagian Geospatial Pertahanan dan pegawai-pegawai
BGSP di Bangunan CAMS, Ibu Pejabat JUPEM. Dalam siri
lawatan tersebut, YBhg. Ketua Staf Markas ATM telah diberi
taklimat dan demonstrasi bagi melihat keupayaan pengurusan
dan perkhidmatan geospatial pertahanan melalui platform
Defence Geospatial Information Management (DGIM) di
Pusat Operasi Geospatial Pertahanan.
Perkhidmatan Web Geospatial Information System (GIS)
BGSP ini telah diwujudkan bagi memberi perkongsian
maklumat geospatial pertahanan kepada pengguna ATM
dan agensi keselamatan yang menggunakan konsep sharing
responsibilities. Delegasi lawatan juga telah dibawa melawat
ke pameran Unmanned Aerial Vehicle (UAV) yang digunakan
oleh BGSP bagi tujuan pemetaan.
Majlis penyampaian sijil dan hamper kepada JUPEM Perak dan JUPEM Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur & Putrajaya
28 Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia//www.jupem.gov.my
MAJLIS MENANDATANGANI
MEMORANDUM PERSEFAHAMAN (MOU)
RISDA BERSAMA JUPEM
DAN ARKIB NEGARA MALAYSIA
Pada 11 Ogos 2020 telah berlangsung Majlis maklumat geospatial dalam membantu pembangunan
Menandatangani Memorandum Persefahaman fizikal yang teratur dan perancangan guna tanah yang
(MOU) antara Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia efisien dan sistematik. JUPEM berharap melalui aplikasi
(JUPEM), Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Malaysia Geospatial Data Services atau lebih dikenali
Perusahaan Getah (RISDA) dan Arkib Negara Malaysia sebagai MyGeoServe akan menjadi rujukan utama
(ANM) bertempat di Auditorium Sultan Ahmad Shah, perkhidmatan data geospatial agensi-agensi termasuk
Ibu Pejabat RISDA. Majlis telah disempurnakan secara RISDA. MOU ini juga turut melibatkan Arkib Negara
bersama oleh YBhg. Dato’ Sr Dr. Azhari bin Mohamed, Malaysia yang berperanan memberi khidmat nasihat
Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan Malaysia; YBhg. daripada segi pengurusan dan pelupusan rekod agar
Dato’ Hj. Mohd Salim bin Mohd Sharif, Pengerusi rekod-rekod terpelihara dapat dilindungi dari sudut
RISDA; YBrs. Encik Abdullah bin Zainal@Deraman, keselamatan dan kerahsiaan. Turut hadir dalam majlis
Ketua Pengarah RISDA dan YBhg. Datuk Azemi bin MOU ini ialah YBrs. Sr Ahmad Azman bin Ghazali,
Abdul Aziz, Ketua Pengarah Arkib Negara Malaysia. Timbalan Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan I dan
Memorandum persefahaman ini diadakan bertujuan pegawai-pegawai kanan JUPEM.
menjalinkan kerjasama strategik melalui perkongsian
Sesi Menandatangani Memorandum
Persefahaman (MOU)
Urus setia pameran JUPEM
YBhg. Dato’ KPUP menyampaikan ucapan semasa MOU
JUPEM bersama RISDA dan Arkib Negara Malaysia
Berita Ukur 78 29
MAJLIS PERSETUJUAN KERJASAMA
ANTARA JPPH DAN JUPEM
YBhg. Dato’ KPUP menyempurnakan Majlis Pada 24 Ogos 2020, Majlis Persetujuan Kerjasama antara Jabatan
Persetujuan Kerjasama dengan Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) dan Jabatan Penilaian dan
Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH) Perkhidmatan Harta (JPPH) telah diadakan di Dewan Jubli, Institut
Penilaian Negara (INSPEN). Majlis telah disempurnakan bersama YBhg.
Dato’ Sr Dr. Azhari bin Mohamed, Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan
Malaysia dan YBrs. Sr Haji A’zmi bin Abdul Latif, Ketua Pengarah Penilaian
dan Perkhidmatan Harta (JPPH).
Kerjasama ini diadakan bertujuan bagi menjalinkan kerjasama strategik melalui
perkongsian maklumat geospatial. Turut hadir dalam Majlis Persetujuan
Kerjasama ini ialah YBrs. Sr Ahmad Azman bin Ghazali, Timbalan Ketua
Pengarah Ukur dan Pemetaan I; YBrs. Sr Mohd Latif bin Zainal, Pengarah
Ukur Bahagian Dasar dan Penyelarasan Pemetaan dan pegawai-pegawai
kanan JUPEM. Diharap dengan kerjasama ini aktiviti geospatial dapat
dipergiatkan lagi demi pembangunan negara.
YBhg. Dato’ KPUP bersama KP JPPH
melawat pameran
Wakil JUPEM dan JPPH bergambar kenangan
30 Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia//www.jupem.gov.my
YBhg. Dato’ KPUP berucap SEMINAR GEOMATIK
di Majlis Perasmian Seminar KEBANGSAAN
Geomatik Kebangsaan
Pada 15 September 2020, YBhg. Dato’ Sr Dr. Azhari
Turut hadir bersama bin Mohamed, Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan
TKPUP I dan TKPUP II Malaysia telah menyempurnakan Majlis Perasmian
Seminar Geomatik Kebangsaan (Pemantapan Data Geospatial
Tanah Rizab Melayu) bertempat di Hotel Royale Chulan,
Kuala Lumpur. Seminar ini dihadiri seramai 238 orang
peserta yang terdiri daripada Juruukur Tanah Berlesen,
kakitangan awam dan pelajar pengajian tinggi. Seminar ini
diadakan bertujuan membincangkan isu berkaitan Tanah
Rizab Melayu.
Turut hadir dalam seminar ini ialah YBrs. Sr Ahmad
Azman bin Ghazali, Timbalan Ketua Pengarah Ukur dan
Pemetaan I; YBrs. Sr Sohaime bin Hj. Rasidi, Timbalan
Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan II; YBhg. Dato’ Sr
Thiruselvam Arumugam, Presiden Pertubuhan Juruukur
Diraja Malaysia (RISM); YBrs. Sr Haji Johari bin Wahab,
Pengerusi Bahagian Geomatik dan Ukur Tanah, RISM;
YBrs. Sr Haji Ismail bin Harun, Ketua Pegawai Eksekutif
Lembaga Jurukur Tanah Malaysia dan YBrs. Sr Haji
Shaharuddin bin Musa, Presiden Persatuan Jurukur
Tanah Bertauliah Malaysia (PEJUTA). Setinggi-tinggi
tahniah kepada RISM, LJT, PEJUTA serta Kelab Sukan
dan Kebajikan JUPEM kerana berjaya menganjurkan
Seminar Geomatik Kebangsaan dengan jayanya.
Antara kakitangan YBhg. Dato’ KPUP menyempurnakan
JUPEM yang hadir gimik perasmian
Berita Ukur 78 31
KUNJUNGAN HORMAT
KE ATAS
KETUA PENGARAH UKUR
DAN PEMETAAN MALAYSIA
YBrs. Dr. Adina bergambar kenangan Kementerian Luar Negeri
bersama YBhg. Dato’ KPUP Malaysia
Jabatan Ukur dan Pemetaan
Malaysia telah menerima kunjungan
hormat YBrs. Dr.Adina bin Kamarudin,
Ketua Jabatan Hal Ehwal Maritim,
Kementerian Luar Negeri Malaysia
kepada YBhg. Dato’ Sr Dr. Azhari
bin Mohamed, Ketua Pengarah Ukur
dan Pemetaan Malaysia (JUPEM).
Kunjungan hormat telah diadakan
di Pejabat Ketua Pengarah Ukur dan
Pemetaan Malaysia,Tingkat 11, Wisma
JUPEM, Kuala Lumpur pada 20 Julai
2020. Dalam kunjungan hormat ini,
YBhg. Dato’ KPUP turut membawa
YBrs. Dr. Adina binti Kamarudin
meneliti hasil koleksi peribadi keratan
akhbar YBhg. Dato’ KPUP dari tahun
2005 sehingga tahun 2019.
YBrs. Dr. Adina meneliti hasil koleksi peribadi keratan
akhbar YBhg. Dato’ KPUP
32 Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia//www.jupem.gov.my
YBhg. Dato’ Sr Dr.Azhari bin Mohamed, TKP Keselamatan Negara (Keselamatan Strategik), MKN meneliti
Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan hasil koleksi peribadi keratan akhbar YBhg. Dato’ KPUP
Malaysia telah menerima kunjungan hormat
daripada YBhg. Datuk Khairul Shahril
bin Idrus, Timbalan Ketua Pengarah
Keselamatan Negara (Keselamatan
Strategik), Majlis Keselamatan Negara
pada 20 Julai 2020 di Pejabat Ketua
Pengarah Ukur dan Pemetaan Malaysia,
Tingkat 11, Wisma JUPEM, Kuala
Lumpur. Kunjungan hormat ini bertujuan
membincangkan isu - isu berkaitan
kedaulatan negara selain mengeratkan
perhubungan antara kedua - dua pihak
dalam isu - isu semasa negara.
YBhg. Dato’ KPUP menerima kunjungan hormat daripada
TKP Keselamatan Negara (Keselamatan Strategik), MKN
TKP Keselamatan Negara (Keselamatan Strategik),
MKN menandatangani buku kunjungan hormat
Berita Ukur 78 33
Wakil UiTM Perlis bergambar kenangan bersama YBhg. Dato’ KPUP Pada 17 Ogos 2020, YBhg. Dato’ Sr Dr.
Azhari bin Mohamed, Ketua Pengarah
Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM)
telah menerima kunjungan hormat daripada
wakil Universiti Teknologi MARA (UiTM)
Perlis dan UiTM Shah Alam di Tingkat 11,
Wisma JUPEM. Kunjungan ini diketuai
oleh YBrs. Dr. Ashraf bin Abdullah,
Ketua Pusat Pengajian Sains Ukur dan
Geomatik UiTM Perlis diiringi oleh YBrs.
Prof. Madya Dr. Juazer Rizal Abd Hamid,
YBrs. Prof Dr. Wan Mohd Naim Wan
Mohd, Sr Dr. Eran Sadek Md Sadek dan
Sr Gs Dr. Fazly Amri Mohd. Kunjungan
hormat ini bertujuan membincangkan isu
berkaitan penubuhan program-program
baharu yang bakal ditawarkan oleh UiTM
dan bertukar-tukar pandangan mengenai
perkembangan dan hala tuju bidang ukur
dan pemetaan di negara ini.
YBhg. Dato’ KPUP menerima cenderahati daripada wakil UiTM Perlis
YBhg. Dato’ KPUP menerima kunjungan hormat daripada wakil UiTM Perlis
34 Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia//www.jupem.gov.my
YBhg. Dato’ KPUP menerima kunjungan hormat daripada
Pengarah JKPTG Kuala Lumpur yang baharu
Pada 14 September 2020, YBhg. Dato’ Sr Dr. Azhari bin Mohamed, Ketua
Pengarah Ukur dan Pemetaan Malaysia telah menerima kunjungan hormat
daripada YBrs. Encik Shamsul Arshad bin Abd Razak, Pengarah Jabatan
Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan Wilayah Persekutuan Kuala
Lumpur bertempat di Pejabat Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan Malaysia,
Tingkat 11, Wisma JUPEM. Kunjungan hormat ini susulan pelantikan YBrs.
Encik Shamsul Arshad bin Abd Razak sebagai Pengarah baharu JKPTG
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. JUPEM mengucapkan tahniah dan
syabas di atas pelantikan beliau.
YBhg. Dato’ KPUP menyampaikan buku Atlas Kebangsaan kepada Pengarah JKPTG Kuala Lumpur menandatangani buku
Pengarah JKPTG Kuala Lumpur sebagai cenderahati kunjungan hormat
Berita Ukur 78 35
Aktiviti kecergasan KURSUS WAJIB PEGAWAI
Aktiviti outdoor LANTIKAN BAHARU JUPEM
Sesi penerangan tanggungjawab dan peranan pegawai
Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM)
melalui Bahagian Perancangan Korporat telah
menganjurkan Kursus Pengenalan Kepada Organisasi
(KPO) bertempat di Hotel Seri Malaysia, Melaka pada
4 sehingga 7 Julai 2020. Kursus selama tiga hari ini
adalah bertujuan untuk memberikan pendedahan serta
pemahaman matlamat dan fungsi JUPEM, orientasi
kepada persekitaran kerja dan etika jabatan. Seramai 41
orang pegawai pelbagai gred telah hadir dan KPO ini telah
dilaksanakan melalui pelbagai kaedah seperti Latihan
Dalam Kumpulan (LDK), sesi ceramah, sesi interaktif
dan perbincangan kumpulan. Sr Hj Mohamad Azmar bin
Che Mat, Pengarah Ukur dan Pemetaan Melaka telah
dijemput untuk majlis penutup kursus ini. Beliau telah
memberikan nasihat agar semua pegawai baharu ini
dapat memberikan budaya kerja yang cemerlang pada
jabatan masing - masing kelak.
Manakala pada 4 sehingga 7 Ogos 2020, Program
Transformasi Minda (PTM) Siri 2/2020 telah diadakan.
Program lima hari ini bertujuan untuk memenuhi satu
daripada syarat wajib pengesahan dalam perkhidmatan
awam bagi pegawai lantikan baharu. Sebelum ini,
kursus ini dikenali sebagai Kursus Induksi Umum dan
dikendalikan oleh kementerian. Namun pada tahun ini,
Kementerian telah bersetuju untuk JUPEM menganjurkan
sendiri secara sinergi dengan pihak Kementerian Tenaga
dan Sumber Asli (KeTSA) dan Jabatan Perkhidmatan
Program Transformasi Minda (PTM) siri 2/2020
36 Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia//www.jupem.gov.my
Kursus pengenalan organisasi untuk pegawai lantikan baharu JUPEM siri 2/2020
Sr Nur Zurairah binti Abdul Halim, Penolong Pengarah Ukur Seksyen
Naziran Kadaster menberi penerangan mengenai kadaster
Sr Hj Mohamad Azmar bin Che Mat, Pengarah Ukur dan Antara peserta yang mengikuti kursus
Pemetaan Melaka telah menyempurnakan majlis penutup
Awam (JPA) dengan jumlah peserta seramai 50 orang
pelbagai gred di JUPEM.Sepertimana yang telah
digariskan pada Pekeliling Perkhidmatan Bil 14 tahun
2012, JUPEM telah melaksanakan tiga segmen utama
iaitu Segmen I: Negara dan Perkhidmatan, Segmen II:
Tanggungjawab dan Peranan Pegawai dan Segmen III:
Budaya Kerja Kelas Pertama. Keseluruhan modul dan
kurikulum PTM ini disediakan dan ditetapkan oleh JPA
dan penyeliaan program dilakukan oleh pihak JUPEM
dengan kerjasama pihak KeTSA.
Berita Ukur 78 37
Satu sesi perbincangan Jawatankuasa Kecil QE/5S Ibu Pejabat
JUPEM telah diadakan pada 29 Jun 2020 bertempat di Bilik
Mesyuarat Delima Tingkat 13, Wisma JUPEM. Perbincangan
tersebut telah diketuai oleh Sr Ahmad Nazlie bin Muhamad,
Pengarah Ukur Seksyen Perancangan dan Dasar merangkap
Urus Setia QE/5S. Seramai tujuh orang wakil jawatankuasa yang
terdiri daripada Jawatankuasa Audit, Jawatankuasa Latihan,
Jawatankuasa Promosi dan Urus Setia telah hadir. Perbincangan
bertujuan mengemas kini carta perbatuan jawatankuasa kecil
dan gerak langkah menghadapi pensijilan semula daripada
Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) yang akan berakhir
pada 20 Ogos 2020.
Mesyuarat Penyelarasan Aktiviti QE/5S Ibu Pejabat
JUPEM Bilangan 1 Tahun 2020 telah diadakan
pada 7 Julai 2020 bertempat di Bilik Mesyuarat
Delima Tingkat 13, Wisma JUPEM. Mesyuarat telah
dipengerusikan oleh Sr Tsalimy bin Abdullah, Pengarah
Ukur Bahagian Perancangan dan Korporat merangkap
Setiausaha Jawatankuasa Induk QE/5S. Mesyuarat
telah dihadiri oleh 26 orang terdiri daripada setiausaha
dan urus setia zon QE di Ibu Pejabat JUPEM. Agenda
mesyuarat termasuklah membentangkan pelaksanaan
aktiviti QE/5S Tahun 2019 dan membincang serta
menyelaras perancangan/pelaksanaan aktiviti QE/5S
tahun 2019/2020.
Majlis penyampaian hadiah kepada pemenang pertandingan kategori
Zon QE dan ruang kerja individu terbaik telah diadakan pada 7 Julai
2020 berdasarkan kepada keputusan audit khas yang telah dijalankan
pada 23 dan 24 Julai 2019. Skop audit bagi Zon QE terbaik merangkumi
kriteria pengurusan fail, pengurusan aset dan ruang kerja terbaik. Hadiah
telah disampaikan oleh Sr Tsalimy bin Abdullah, Setiausaha Jawatankuasa
Induk QE/5S. Zon QE/5S terbaik telah dimenangi oleh Bahagian Geospatial
Pertahanan dengan markah keseluruhan 97.09%. Pemenang kategori ini
menerima piala pusingan, hamper dan sijil penghargaan. Bagi kategori ruang
kerja individu terbaik, tempat pertama dimenangi oleh Mejar Norhidayu binti
Mohd Ghazaly dari Bahagian Geospatial Pertahanan diikuti oleh Puan Nik
Ainzati binti Nik Ahmad dari Bahagian Pangkalan Data Geospatial Negara
dan tempat ketiga dimenangi oleh Cik Syukrina binti Sapenya dari Bahagian
Khidmat Pengurusan. Kesemua pemenang menerima sumbangan wang
tunai, hamper dan sijil penghargaan.
JULAI - SEPTEMBER 2020
QE/5S
38 Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia//www.jupem.gov.my
Audit Dalam QE/5S bilangan 1 Tahun 2020 telah
diadakan pada 5 dan 6 Ogos 2020. Taklimat
pelaksanaan audit telah disampaikan oleh Sr
Mohamed Sofian bin Abu Talib, Pengarah Ukur
Bahagian Pangkalan Data Geospatial Negara
merangkap Ketua Jawatankuasa Audit bertempat di
Bilik Mesyuarat Tingkat 7, Wisma JUPEM. Seramai
30 orang Juru Audit yang terbahagi kepada 6
pasukan telah hadir ke sesi taklimat tersebut sebelum
meneruskan aktiviti audit dalam ke Zon QE/5S yang
ditetapkan. Hasil pelaksanaan audit tersebut, Zon
Geospatial Pertahanan telah memperoleh markah
tertinggi dengan markah sebanyak 92.4 peratus diikuti
Zon Ehwal Persempadanan 86.8 peratus dan Zon
Pangkalan Data Geospatial Negara sebanyak 84.9
peratus.
Jawatankuasa Latihan dengan kerjasama Jawatankuasa Audit telah
menganjurkan Taklimat Audit Dalam QE/5S pada 24 Julai 2020
bertempat di Bilik Persidangan Tingkat 15, Wisma JUPEM. Taklimat
telah dipengerusikan oleh Sr Hj. Abdul Halim bin Tuiran, Penolong Ketua
Jawatankuasa Audit. Seramai 30 orang pegawai dan kakitangan yang
terdiri daripada Juru Audit Dalam Ibu Pejabat telah hadir ke sesi taklimat
tersebut. Taklimat bertujuan memberi pendedahan kepada Juru Audit
mengenai kaedah pelaksanaan dan skema pemarkahan audit dalam Ibu
Pejabat JUPEM. Taklimat berkenaan telah disampaikan oleh Sr Tsalimy
bin Abdullah, Setiausaha Jawatankuasa Audit dan wakil daripada pihak
Urus Setia.
Jawatankuasa Latihan 5S telah mengadakan Bengkel
Pemantapan Pasukan Audit Dalam QE/5S pada 11 Ogos
2020 bertempat di Bilik Persidangan Tingkat 15 Wisma
JUPEM. Ceramah telah disampaikan oleh Encik Muhammad
Suffian bin Ahmad dari Unit Pengurusan Pengiktirafan,
Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC). Seramai 50 orang
Juru Audit Dalam dan Urus Setia Induk telah hadir ke bengkel
tersebut. Tujuan bengkel diadakan untuk mendedahkan
Pasukan Audit Dalam terhadap kriteria baharu MPC dan
meningkatkan pemahaman dalam pelaksanaan amalan
QE/5S di peringkat Jabatan. Pelaksanaan audit dalam secara
hand-on turut diadakan bagi memberi pendedahan yang lebih
mendalam kepada ahli pasukan audit yang dilantik.
Graf keputusan audit dalam persekitaran berkualiti (QE/5S) siri 1/2020 Ibu Pejabat JUPEM
Berita Ukur 78 39
KURSUS PEMBANGUNAN INOVASI
BAGI KUMPULAN INOVATIF DAN
KREATIF (KIK) JUPEM 2020
Kursus Pembangunan Inovasi bagi Kumpulan Inovatif Kursus yang berlangsung selama 4 hari 3 malam ini
dan Kreatif (KIK) JUPEM 2020 telah diadakan pada telah disertai seramai 35 orang kakitangan dan pegawai
10 hingga 13 Ogos 2020 bertempat di Hotel Seri yang mewakili 9 kumpulan KIK dari JUPEM Negeri dan
Malaysia Pulau Pinang. Objektif kursus ini adalah bagi Bahagian Ibu Pejabat yang sedang dalam persiapan
memberi penerangan dan pendedahan kepada warga menyediakan projek inovasi Jabatan. Penganjuran
JUPEM yang terlibat dalam KIK yang telah diperkenalkan Konvensyen Horizon Baharu KIK JUPEM dijangka
oleh MAMPU serta memberi peluang kepada kumpulan akan diadakan dalam waktu yang bersesuaian ekoran
KIK menambahbaik tatacara pengurusan KIK di peringkat daripada pandemik COVID-19 yang melanda negara
JUPEM Negeri dan Bahagian Ibu Pejabat. pada ketika ini.
40 Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia//www.jupem.gov.my
Antara peserta yang kursus
Sesi bergambar kenangan
Majlis penutup telah disempurnakan oleh Sr Muhammad Salim bin
Mohammed Asari, Pengarah Ukur dan Pemetaan Pulau Pinang
Sesi pembentangan oleh peserta kursus
Berita Ukur 78 41
MAJLIS PENUTUP Antara kakitangan JUPEM yang hadir
EXECUTIVE SESSION YBhg. Dato’ KPUP turut hadir
BAGI KONTRAK JUPEM pada majlis penutup
T16/2019
Pada 25 September 2020, YBhg. Dato’ Sr Dr.
Azhari bin Mohamed, Ketua Pengarah Ukur
dan Pemetaan Malaysia telah menghadiri Majlis
Penutup Executive Session bagi Kontrak JUPEM
T16/2019 Perolehan Perkhidmatan dan Pembekalan
Data Synthetic Radar (SAR) bagi bahagian Daratan
Sabah dan Pulau - pulau di sekelilingnya bertempat
di Hotel Intercontinental, Kuala Lumpur.
Turut hadir dalam majlis ini adalah YBrs. Sr Mohd
Latif bin Zainal, Pengarah Ukur Bahagian Dasar
dan Penyelarasan Pemetaan; YBrs. Chan Keat Lim,
Pengarah Ukur Bahagian Kadaster dan YBrs. Sr Kol.
Muhamad Nadzir bin Mat Isin, Timbalan Pengarah
Geospatial Pertahanan. Executive Session ini
merupakan kesinambungan daripada sesi - sesi latihan
teknikal yang telah dilaksanakan oleh Antaragrafik
System Sdn. Bhd. sepanjang pelaksanaan projek.
Majlis ini telah berlangsung selama 3 hari bertujuan
untuk memberi pendedahan kepada kakitangan
JUPEM dan agensi yang berkaitan.
Sesi bergambar
42 Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia//www.jupem.gov.my
LAWATAN TIMBALAN PENGARAH UKUR (BAHAGIAN PEMETAAN TOPOGRAFI
SEMENANJUNG) KE HANGAR SABAH AIR AVIATION SDN BHD
Pada 17 Ogos 2020, Sr Muhammad Shamsuri Bin Aziz, Timbalan Pengarah Ukur
Bahagian Pemetaan Topografi Semenanjung telah mengadakan lawatan ke Hangar
Sabah Air Aviation Sdn. Bhd. di Lapangan Terbang Antarabangsa Sultan Abdul Aziz
Shah, Subang. Beliau juga sempat melihat proses pemasangan Kamera Udara
Digital DMCiie pada pesawat dan mengikuti “Flight Test” di kawasan Kuala Selangor
selama beberapa jam bersama kakitangan Unit Foto Udara JUPEM serta kontraktor
yang bertanggungjawab.
Tujuan lawatan ini dijalankan bagi melihat dengan lebih dekat bagaimana proses
penawanan data bawaan udara dijalankan disamping memantau penglibatan
kontraktor yang diberikan tanggungjawab dalam kontrak JUPEM T33/2019 Perolehan
Perkhidmatan Penyenggaraan Preventive and Remedial Kamera Udara Digital
DMCIIE dan Peralatan Sokongan Untuk Bahagian Pemetaan Topografi Semenanjung,
Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM).
EXECUTIVE SESSION UNTUK LAWATAN KERJA PENGARAH UKUR SEKSYEN FOTOGRAMETRI
PEROLEHAN PERKHIDMATAN DAN (BAHAGIAN PEMETAAN TOPOGRAFI SEMENANJUNG)
PEMBEKALAN DATA SYNTHETIC
RADAR (SAR) BAGI SEBAHAGIAN Pada 20 Ogos 2020, Sr Lim Beng Wee, Pengarah Ukur Seksyen
DARATAN SABAH DAN PULAU-PULAU Fotogrametri, Bahagian Pemetaan Topografi Semenanjung telah
DI SEKELILINGNYA mengadakan lawatan kerja ke Lapangan Terbang Antarabangsa Senai,
Johor Bahru. Tujuan lawatan ini dijalankan bagi melihat dengan lebih
Pada 25 September, YBhg. Dato’ dekat bagaimana proses penawanan data bawaan udara dijalankan oleh
Sr Dr. Azhari bin Mohamed, Ketua kakitangan Unit Foto Udara JUPEM di kawasan Johor Bahru di samping
Pengarah Ukur dan Pemetaan, Malaysia memantau tahap perkhidmatan kontraktor pesawat yang diberikan
telah menghadiri majlis penutup Executive tanggungjawab melalui kontrak JUPEM T8/2017.
Session bagi Kontrak JUPEM T16/2019 -
Perolehan Perkhidmatan dan Pembekalan Berita Ukur 78 43
Data Synthetic Radar (SAR) bagi
Sebahagian Daratan Sabah dan Pulau-
Pulau di sekelilingnya bertempat di Hotel
Intercontinental, Kuala Lumpur. Majlis
ini turut dihadiri oleh semua Pengarah
Ukur Bahagian yang bertujuan untuk
menjelaskan objektif dan pencapaian bagi
perolehan ini.
Executive Session ini juga merupakan
kesinambungan daripada sesi-sesi latihan
teknikal yang telah dilaksanakan oleh
Antaragrafik System Sdn. Bhd. selaku
Kontraktor. Majlis ini juga telah dilaksanakan
dengan kerjasama pihak Intermap
Technologies Kanada dan Indonesia
secara atas talian (teleconference) dari
luar negara berikutan kekangan untuk
bersemuka akibat daripada penularan
wabak Covid-19.
KERJA UKUR UTILITI PASUKAN JUPEM
TERENGGANU BERSAMA PASUKAN
UKUR KERJA LUAR UTILITI BAHAGIAN
PEMETAAN UTILITI
JUPEM Terengganu dengan kerjasama
Bahagian Pemetaan Utiliti (BPU), Ibu
Pejabat Kuala Lumpur telah menjalankan
kerja - kerja pengukuran utiliti pada 12 hingga
26 Ogos bertempat di kawasan Chendering,
Kuala Terengganu. Kerja - kerja pengukuran
ini turut melibatkan satu pasukan ukur dari
Pejabat Ukur Daerah Terengganu Tengah,
tiga orang Penolong Juruukur dari Seksyen
Kadaster Pelbagai dan satu pasukan kerja luar
daripada Bahagian Pemetaan Utiliti (BPU).
AUDIT PEMANTAUAN SISTEM PENGURUSAN
KUALITI (SPK) MS ISO 9001:2015 DI
JUPEM TERENGGANU OLEH SIRIM QAS
INTERNATIONAL SDN. BHD.
Bagi tujuan pemantauan pensijilan MS ISO
9001:2015 yang tempoh sahnya antara 13 April
2018 hingga 8 April 2021, audit telah dijalankan
oleh SIRIM QAS International Sdn. Bhd. pada 24
hingga 26 Ogos 2020 di 13 buah lokasi iaitu Ibu
Pejabat JUPEM Kuala Lumpur, Bahagian, JUPEM Negeri,
Pejabat Topografi Wilayah dan Pejabat Ukur Daerah/Jajahan.
Encik Mohd Mauududi bin Muhamad Noor, yang juga merupakan
ketua pasukan audit daripada SIRIM QAS International Sdn.
Bhd. telah menjalankan pengauditan di 3 buah lokasi terpilih
bagi JUPEM Terengganu iaitu Ibu Pejabat JUPEM Terengganu,
Pejabat Ukur Daerah Terengganu Tengah dan Pejabat Ukur Daerah
Terengganu Selatan.
Skop pengauditan bagi JUPEM Terengganu adalah merangkumi
perkhidmatan ukur kadaster sebagaimana yang terkandung di dalam
Sistem Pengurusan Kualiti (SPK) MS ISO 9001:2015 terutama
berkaitan dengan piagam pelanggan dan pelan pengurusan
risiko. Semakan terhadap fail jabatan dan teknikal serta dokumen
jabatan juga diaudit.
Pengauditan bagi Pejabat Ukur Daerah pula melibatkan Prosedur
Kadaster, PK.02.NEG – Menjalankan Ukuran Kerja Luar dan
Validasi. Auditor juga telah dibawa untuk melihat aktiviti pengukuran
di lapangan.
PENGAUDITAN MAMPU BAGI PENSIJILAN SEMULAEKSADI JUPEM TERENGGANU
Pada 22 dan 23 September 2020, merupakan hari yang dinanti-nantikan dan
bersejarah kepada seluruh warga JUPEM Terengganu kerana akhirnya pihak
MAMPU bersetuju untuk melaksanakan pensijilan semula EKSA di JUPEM Terengganu.
Untuk makluman, kali terakhir JUPEM Terengganu dipersijilkan semula pada tahun
2015 hingga tahun 2017 oleh MAMPU.
Pengauditan semula ini telah dilaksanakan oleh dua pegawai MAMPU iaitu
Puan Zuasma binti Yahaya, Ketua Penolong Pengarah kanan M52 selaku
Ketua Juru Audit bersama Cik Venothini a/p Retnam, Penolong Pengarah
Kanan M44.
Aktiviti pengauditan bermula dengan sesi semakan Dokumentasi Induk,
Jawatankuasa Audit dan Standard, Jawatankuasa Promosi dan Multimedia,
Jawatankuasa Latihan dan zon-zon dijalankan setelah pembentangan
pelaksanaan EKSA JUPEM Terengganu selesai disampaikan oleh Sr
Norhanini binti Mamat selaku fasilitator EKSA JUPEM Terengganu.
Manakala lawatan audit ke setiap zon dijalankan meliputi Sudut EKSA
Zon, Sudut Go Green, bilik pegawai, bilik kebal, stor alat, ruang kerja
kakitangan setelah semakan dokumentasi selesai.
44 Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia//www.jupem.gov.my
Tanda sempadan antarabangsa Malaysia - Indonesia LAWATAN KERJA BERSAMA BAHAGIAN
A/4 yang dibina di tapak rumah api pertama Malaysia PEMETAAN TOPOGRAFI SARAWAK DAN MAJLIS
KESELAMATAN NEGERI (MKN) SARAWAK KE
KUNJUNGAN PENGARAH UKUR BAHAGIAN PEMETAAN TOPOGRAFI RUMAH API TANJUNG DATU, LUNDU, SARAWAK
SARAWAK MELAWAT MANGSA YANG TERLIBAT DALAM INSIDEN
DITIMPA KAYU SEMASA BERTUGAS DALAM PROGRAM PENANDAAN Program lawatan ke rumah api di Tanjung Datu,
DAN PENGUKURAN SEMPADAN ANTARABANGSA MALAYSIA – BRUNEI Lundu anjuran bersama Bahagian Pemetaan
DARUSSALAM, ENCIK HASDI BIN MOHAMMAD DI HOSPITAL MIRI SARAWAK Topografi Sarawak dan Majlis Keselamatan Negeri
(MKN) Sarawak yang berlangsung pada 25 Ogos 2020.
Pada 24 Julai 2020, Sr Bernard Sia Siew Fang, Pengarah Ukur Bahagian Bahagian Pemetaan Topografi Sarawak yang diketuai
Pemetaan Topografi Sarawak selaku Yang Dipertua Kelab Sukan dan oleh Sr Bernard Sia Siew Fang, Pengarah Ukur
Kebajikan telah menyempurnakan penyerahan sumbangan kebajikan dari Bahagian, Pemetaan Topografi Sarawak dan hadir
kakitangan Bahagian Pemetaan Topografi Sarawak dan Kelab Sukan dan bersama Sr Ahmad bin Omar Pengarah Ukur Seksyen
Kebajikan kepada waris Encik Hasdi bin Mohammad, anggota pasukan ukur Geodetik serta beberapa orang pegawai dari Seksyen
sempadan antarabangsa Malaysia – Brunei Darussalam yang terlibat dalam Geodetik dan Pejabat Topografi Wilayah Kuching.
insiden ditimpa kayu pada 18 Julai 2020 semasa bertugas dalam Program Pengarah Majlis Keselamatan Negeri Sarawak dan
Pengukuran dan Penandaan Sempadan Antarabangsa Malaysia – Brunei beberapa pegawai MKN serta pegawai dari Jabatan
Darussalam. Mangsa telah dibawa ke Hospital Marudi untuk mendapatkan Laut Wilayah Sarawak juga turut serta dalam program
rawatan kecemasan pada awalnya kemudian di bawa ke Hospital Miri pada lawatan tersebut. Lawatan tersebut diiringi oleh 7 orang
keesokkan harinya bagi mendapatkan rawatan lanjut. Beliau kemudian menjalani pegawai pengiring keselamatan dari Angkatan Tentera
pembedahan bagi mengeluarkan darah beku di bahagian kepala di Hospital Miri Malaysia dan Polis Diraja Malaysia. Objektif utama
dan kini sedang berehat dan masih dalam tempoh cuti sakit di rumah. lawatan ke rumah api di Tanjung Datu adalah untuk
meninjau secara dekat perkembangan semasa di
kawasan tersebut dan melawat kerja-kerja pembinaan
menara api baru yang dilaksanakan oleh Jabatan
Laut Sarawak.
Berita Ukur 78 45
PROGRAM CERAPAN MATAHARI SERENTAK PERINGKAT JABATAN UKUR DAN PEMETAAN
PULAU PINANG
Pada 11 Ogos 2020, Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) telah melangkah setapak ke
hadapan untuk mendapatkan pengiktirafan dari The Malaysia Book of Records (MBOR) dengan
melaksanakan Cerapan Matahari Serentak di seluruh Malaysia yang disertai oleh 186 pengukur
dan berjaya direkodkan cerapan oleh 182 pengukur dari seluruh Semenanjung Malaysia dan
Wilayah Persekutuan Labuan.
JUPEM Pulau Pinang turut menyertai program ini dengan membuat cerapan matahari seawal
8.00 pagi bertempat di Batu Kawan Industrial Park (BKIP) Pulau Pinang. Sr Muhammad Salim bin
Mohammed Asari, Pengarah Ukur dan Pemetaan Pulau Pinang bersama Sr Mohamad Makros bin
Rasimin, Timbalan Pengarah Ukur I serta enam pasukan kerja luar Pejabat Ukur Daerah Pulau
Pinang yang diketuai oleh Sr Nurhafizul bin Din telah berjaya membuat cerapan dan menghantar
enam laporan cerapan matahari kepada urus setia Bahagian Kadaster secara e-mel.
Semoga aktiviti ini mendapat pengiktirafan oleh The Malaysia Book of Records kelak dan menjadi
inspirasi kepada seluruh warga JUPEM untuk terus berusaha mengharumkan nama jabatan ini
pada masa hadapan.
46 Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia//www.jupem.gov.my
PERLAWANAN BOLA PERSAHABATAN
DENGAN JABATAN PENERANGAN W.P.
LABUAN
Pada 2 September 2020, Kelab Sukan dan
Kebajikan JUPEM Wilayah Persekutuan
Labuan telah mengadakan perlawanan Bola
Persahabatan dengan Jabatan Penerangan Wilayah
Persekutuan Labuan. Perlawanan ini telah diadakan di
Padang Sintetik, Jalan Muhammad Salleh. Perlawanan
bola sepak ini dijalankan sebagai usaha kelab sukan
Jabatan dalam memastikan ahli/kakitangan sentiasa
kekal aktif dan mempunyai semangat kesukanan yang
tinggi di samping tahap kesihatan dan kecergasan
sentiasa berada dalam keadaan yang baik. Perlawanan
ini berkesudahan seri 3-3 di mana setiap pasukan
menunjukkan prestasi dan kemahiran bola sepak yang
tinggi sepanjang perlawanan berlangsung. Turut hadir dalam
memberi sokongan kepada pasukan ialah Sr Muzafar bin Dol,
Pengarah Ukur dan Pemetaan Wilayah Persekutuan Labuan
dan Encik Supian bin Musa, Pengarah Jabatan Penerangan
Wilayah Persekutuan Labuan.
KURSUS PEREKODAN DAN PELUPUSAN FAIL
Pada 26 dan 27 Ogos 2020, JUPEM W.P. Labuan dengan kerjasama
Jabatan Arkib Negara, Cawangan Sabah telah menganjurkan
Kursus Perekodan dan Pelupusan Fail. Objektif kursus ini dijalankan
ialah untuk memastikan pengurusan rekod jabatan dapat dilaksanakan
dengan betul berdasarkan perundangan dan peraturan yang sedang
berkuatkuasa. Dalam kursus ini, peserta telah didedahkan dengan
kitaran pengurusan rekod meliputi pewujudan dokumen, penggunaan
dan penyenggaraan sehingga proses pelupusan dokumen. Peserta
kursus turut dilatih secara hands on untuk mengendalikan pelupusan fail
kewangan dan perakaunan Jabatan menggunakan Borang Kewangan-Arkib
4/08 dengan rekod yang perlu dilupuskan seawal tahun 2004 hingga tahun
2016. Turut hadir dalam kursus ini, Sr Muzafar bin Dol, Pengarah Ukur dan
Pemetaan Wilayah Persekutuan Labuan dan Hj. Mohd Salleh bin Hj. Alias,
Pengarah Jabatan Arkib, Cawangan Sabah yang juga penceramah utama
kursus tersebut.
MISI PENDAKIAN PUNCAK GUNUNG KINABALU
Pada 17 dan 18 Ogos 2020, wakil Kelab Sukan dan Kebajikan
JUPEM Wilayah Persekutuan Labuan Sr. Zulkifli Bin Abd. Halim
telah melengkapkan misi pendakian Puncak Gunung Kinabalu
yang juga merupakan puncak gunung tertinggi di Malaysia dengan
ketinggian 4095m / 13435 kaki dari aras laut dengan jarak laluan
trail sepanjang 11.8 km sehala. Misi pendakian ini turut disertai oleh
2 orang wakil Kelab Sukan Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak,
Cawangan Miri yang bersama menyahut
cabaran misi pendakian bertemakan
semangat “Challenge the Limits”. Misi
pendakian amat mencabar kerana hujan
lebat sepanjang hari pertama pendakian
di samping cuaca sejuk sehingga 2⁰
celcius serta keadaan puncak gunung
berbatu yang berlumut dan licin.
Walau bagaimanapun, misi pendakian
dapat direalisasikan sehingga berjaya
menawan puncak serta dapat menuruni
gunung dengan selamat. Misi seumpama
ini akan dirancang dan diteruskan pada
skala yang lebih besar pada masa
akan datang dengan penglibatan lebih
ramai ahli kelab sukan Jabatan untuk
menyertai misi pendakian puncak gunung
di Kepulauan Borneo.
Berita Ukur 78 47
AUDIT EKSA BILANGAN 2 TAHUN 2020
Pengauditan untuk persiapan pensijilan semula EKSA
JUPEM Johor oleh auditor dalaman telah berlangsung
pada 13 hingga 15 September 2020. Pengauditan ini
dilaksanakan oleh Jawatankuasa Audit EKSA yang diketuai
oleh Encik Rosman bin Yem. Kesemua tujuh buah zon telah
diaudit dan teguran telah dilakukan untuk tahap keselesaan,
kemasan dan kondusif ruang pejabat.
LAWATAN AKADEMIK POLITEKNIK MERLIMAU, MELAKA
KE JUPEM JOHOR
JUPEM Johor telah menerima kunjungan lawatan dari
Politeknik Merlimau, Melaka pada 14 September 2020.
Seramai 30 orang pelajar dan 6 orang pensyarah telah hadir
menyertai lawatan ini. Tujuan utama lawatan ini diadakan
adalah untuk memberikan pendedahan dan kefahaman
kepada pelajar mengenai peranan dan fungsi utama JUPEM.
PERTANDINGAN SAMBUTAN HARI
KEMERDEKAAN DAN HARI MALAYSIA
Sempena hari kemerdekaan ke-63, JUPEM
Johor telah menganjurkan Sambutan
Hari Kemerdekaan peringkat JUPEM Johor.
Pelbagai acara dan pertandingan diadakan bagi
memeriahkan sambutan.
48 Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia//www.jupem.gov.my