The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

BERITA UKUR 82 (JULAI - SEPTEMBER 2021)

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by beritaukurjupem, 2022-01-04 03:58:01

BERITA UKUR 82

BERITA UKUR 82 (JULAI - SEPTEMBER 2021)

BERITA UkurJulai-September2021
JABATAN UKUR DAN PEMETAAN MALAYSIA

Perasmian

JAM MATAHARI JUPEM
DAN STESEN MYRTKNET
IBU PEJABAT JUPEM

EDISI 82

Penasihat Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia
YBhg. Dato’ Sr Dr. Azhari bin Mohamed
Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan Malaysia SiDANG
Pengerusi
YBrs. Sr Sohaime bin Hj. Rasidi PENGARANG
Timbalan Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan I
Ketua Penyunting Assalamualaikum WBT
Sr Tsalimy bin Abdullah dan Salam Sejahtera.
Pengarah Ukur Bahagian (Perancangan dan Korporat)
Ketua Percetakan Alhamdulillah, bertemu lagi kita pada sukuan ketiga bagi tahun
Sr Zulkafli bin Chihat 2021 di lembaran Berita Ukur Bil. 82, edisi Julai sehingga
Pengarah Ukur Bahagian (Kartografi dan GIS) September 2021 terbitan Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia.
Penyunting
Sr Abd Rahman bin Mohd Jazuli @ Mahmood Apa khabar semua khususnya warga JUPEM sekalian? Sedar
Sr Muhamad Nur bin Muhamad Yatim atau tidak kita telah berada di sukuan ketiga tahun 2021, sidang
Pengarang / Jurugambar pengarang Berita Ukur Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia
Hasni bin Omar akan menyajikan lebih banyak berita dan peristiwa menarik
Sri Muhammad Afwan bin Zainal dengan reka bentuk dan paparan yang lebih segar dari pelbagai
Rekabentuk / Rekaletak Bahagian dan JUPEM Negeri termasuk aktiviti - aktiviti rasmi dan
Mohd Radzi bin Ahmad tidak rasmi anjuran jabatan. Pada siri kali ini sidang pengarang
Siti Aishah binti Sharom ingin mengucapkan tahniah kepada YBhg. Dato’ Sr Dr. Azhari bin
Mohamed, Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan Malaysia atas
Terbitan: pelantikan sebagai Presiden Pertubuhan Juruukur DiRaja Malaysia
Bahagian Perancangan dan Korporat (RISM) bagi Sesi 2021/2022 sempena Mesyuarat Agung Tahunan
Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia RISM ke-60 Sesi 2020/2021.
Tingkat 13, Wisma JUPEM
Jalan Sultan Yahya Petra
50578 Kuala Lumpur
Tel : 03-26170800
Fax : 03-26170990
www.jupem.gov.my

Cetakan:
Seksyen Percetakan
Bahagian Kartografi dan GIS
Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia
Jalan Sultan Yahya Petra
50578 Kuala Lumpur

https://www.facebook.com/jupemKeTSA/

https://www.instagram.com/jupemketsa
https://twitter.com/jupemKeTSA

Untuk makluman, semua aktiviti yang melibatkan Mesyuarat,
Lawatan, Program dan Majlis adalah mematuhi SOP dan Arahan
Kerajaan. Terdapat aktiviti di mana pelitup muka dibuka hanyalah
bertujuan untuk sesi bergambar semata - mata. Akhir sekali, sidang
pengarang amat mengalu - alukan sebarang sumbangan dan
apa jua hasil karya penulisan untuk dimuatkan dalam Berita Ukur
edisi seterusnya. Karya - karya tersebut boleh diemelkan kepada
sidang pengarang melalui emel [email protected].

Akhir kalam, selamat membaca

Berita Ukur Edisi 82

Semua aktiviti yang melibatkan Mesyuarat, Lawatan, Program dan Majlis
adalah mematuhi SOP dan Arahan Kerajaan. Untuk makluman, terdapat
aktiviti di mana pelitup muka dibuka hanyalah bertujuan untuk sesi
bergambar semata - mata.



KANDUNGAN

10

5
24

38

64 5 LAWATAN RASMI PANGLIMA TENTERA DARAT
KE JABATAN UKUR DAN PEMETAAN MALAYSIA

10 MESYUARAT KE-16 JAWATANKUASA TEKNIKAL
24 BERSAMA SEMPADAN DARAT ANTARA
38 MALAYSIA DAN BRUNEI DARUSSALAM
LAWATAN KETUA PENGARAH UKUR DAN
PEMETAAN MALAYSIA KE MENARA JAM
BANGUNAN SULTAN ABDUL SAMAD

PERASMIAN JAM MATAHARI JUPEM DAN STESEN
MYRTKNET IBU PEJABAT JUPEM

64 AKTIVITI JUPEM NEGERI

NOTA SERAH TUGAS PENGARAH UKUR BAHAGIAN
(UKUR GEODETIK)

02 JULAI 2021 bersamaan 21 ZULKAEDAH 1442 H

YBrs. Sr Dr. Mohd Yunus bin Mohd Yusoff, Pengarah 2021 setelah berkhidmat selama 36 tahun 5 bulan di
Ukur Bahagian (Ukur Geodetik) telah mengadakan Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM). Turut
perjumpaan bersama YBhg. Dato’ Sr Dr. Azhari hadir bersama dalam perjumpaan ini ialah YBrs. Sr
bin Mohamed, Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan Sohaime bin Haji Rasidi, Timbalan Ketua Pengarah
Malaysia pada 2 Julai 2021 di Bilik Ketua Pengarah Ukur Ukur dan Pemetaan II.
dan Pemetaan Malaysia, Tingkat 11, Wisma JUPEM.

Jabatan ingin mengucapkan jutaan terima kasih di atas
Perjumpaan ini diadakan bersempena persaraan wajib jasa dan sumbangan bakti beliau menjadikan JUPEM
YBrs. Sr Dr. Mohd Yunus bin Mohd Yusoff pada 3 Julai sebagai Jabatan yang disegani sehingga kini.

Jasamu Dikenang
Budimu Disanjung

Penyerahan Nota Serah Tugas kepada YBhg. Dato’ KPUP

Sesi perbincangan bersama YBhg. Dato’ KPUP Sr Sohaime bin Hj. Rasidi, Timbalan Pengarah Ukur dan Pemetaan I
turut hadir bersama

4 Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia//www.jupem.gov.my

Ketibaan YBhg. Jeneral Tan Sri Datuk Zamrose bin Mohd Zain, Lawatan kerja YBhg. Jeneral Tan Sri Datuk
Panglima Tentera Darat di Wisma JUPEM Zamrose bin Mohd Zain, Panglima Tentera
Darat ke Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia
(JUPEM) pada 16 Julai 2021 telah disambut oleh
YBhg. Kol (K) Dato’ Sr Dr. Azhari bin Mohamed,
Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan Malaysia
merangkap Pengarah Pemetaan Negara dan Brig.
Jen. Sr Dr. Mohd Zambri bin Mohamad Rabab,
Pengarah Bahagian Geospatial Pertahanan.

Turut hadir mengiringi YBhg. Panglima Tentera Darat
dalam lawatan kerja ini ialah Mejar Jeneral Dato’
Abdul Aziz bin Ismail, Asisten Ketua Staf Operasi dan
Latihan Tentera Darat; Mejar Jeneral Hamzah bin
Ali, Asisten Ketua Staf Perisikan dan Mejar Jeneral
Dato’ Pahlawan Ir Haji Chapiti bin Haji Redzwan,
Ketua Jurutera Rejimen Askar Jurutera Diraja.

Lawatan Kerja YBhg. Panglima Tentera Darat ke
JUPEM merupakan lawatan pertama seterusnya
mengeratkan kerjasama JUPEM dan ATM dengan
lebih erat dalam memberi khidmat nasihat JUPEM
kepada ATM dalam pengurusan data geospatial
pertahanan.

Bahagian Geospatial Pertahanan turut berkesempatan
untuk menjalankan demonstrasi Aplikasi Defence
Geospatial Information Management (DGIM) yang
telah disampaikan oleh Lt. Kol. Norazlin binti Pamuji
di Bilik Operasi Geospatial Pertahanan.

YBhg. Jeneral Tan Sri Datuk Zamrose bin Mohd Zain, Panglima Tentera Darat
dibawa melawat pameran aset BGSP

LAWATAN RASMI PANGLIMA TENTERA DARAT KE JABATAN UKUR
DAN PEMETAAN MALAYSIA

16 JULAI 2021 bersamaan 06 ZULHIJAH 1442 H

Sesi Bergambar

Berita Ukur 82 5

28 JULAI 2021 bersamaan 18 ZULHIJAH 1442 H

MESYUARAT PENGURUSAN JUPEM BILANGAN 2 TAHUN 2021
DIADAKAN SECARA ATAS TALIAN

Mesyuarat Pengurusan JUPEM Bilangan 2 Tahun Pengarah Ukur dan Pemetaan II serta 30 orang wakil
2021 secara sidang video telah diadakan pada 28 pihak pengurusan dari Bahagian/JUPEM Negeri di
Julai 2021 bersesuaian dengan arahan Kerajaan seluruh Malaysia.
sebagai mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP)

Pelan Pemulihan Negara (PPN) yang mensyaratkan Mesyuarat ini bertujuan untuk membincangkan prestasi

agar mesyuarat secara bersemuka agensi kerajaan dan pencapaian bagi setiap aktiviti kerja yang telah

dan swasta yang melibatkan wakil agensi kerajaan dan berjaya dilaksanakan bagi Januari hingga Jun 2021

swasta adalah tidak dibenarkan dan perlu dilaksanakan dan cadangan pindaan sasaran kerja tahunan (SKT)

secara sidang video. tahun 2021.

Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Ketua Pengarah
Ukur dan Pemetaan Malaysia, YBhg. Dato’ Sr Dr.
Azhari bin Mohamed turut dihadiri oleh Timbalan Ketua

YBhg. Dato’ KPUP mempengerusikan mesyuarat

6 Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia//www.jupem.gov.my

Antara pegawai yang membuat pembentangan dalam
Mesyuarat Pengurusan JUPEM Bilangan 2 Tahun 2021

Berita Ukur 82 7

30 JULAI 2021 bersamaan 20 ZULHIJAH 1442 H

MESYUARAT PERSETUJUAN KERJASAMA ANTARA JABATAN
UKUR DAN PEMETAAN MALAYSIA DAN JABATAN PERTANIAN
MALAYSIA BERKAITAN PERKONGSIAN MAKLUMAT GEOSPATIAL
DAN PEMBANGUNAN KOMPETENSI

Jabatan Ukur Dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) Nasir bin Warris, Ketua Pengarah Pertanian Malaysia
dan Jabatan Pertanian Malaysia (DOA) telah yang telah dilaksanakan secara maya melalui aplikasi
mengadakan Majlis Persetujuan Kerjasama Zoom.
berkaitan Perkongsian Maklumat Geospatial dan

Pembangunan Kompetensi pada 30 Julai 2021. Tujuan Turut hadir mengiringi YBhg. Dato’ Ketua Pengarah

utama majlis ini diadakan untuk perkongsian bersama Ukur dan Pemetaan adalah YBrs. Sr Sohaimie bin Hj.
data geospatial melalui MyGeoServe secara Service- Rasidi, Timbalan Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan
Oriented Architecture (SOA).
II dan YBrs. Sr Wan Mohamad Darani Bin Ab. Rahman,

Pengarah Ukur Bahagian (Dasar dan Penyelarasan

Persetujuan kerjasama ini telah ditandatangani oleh Pemetaan). Majlis rasmi ini juga dimeriahkan dengan

YBhg. Dato’ Sr Dr. Azhari bin Mohamed, Ketua Pengarah kehadiran seramai 35 pegawai JUPEM dan 35 pegawai

Ukur Pemetaan Malaysia manakala Jabatan Pertanian DOA.

Malaysia (DOA) ditandatangani oleh YBhg. Datuk Mohd

YBhg. Dato’ KPUP menyempurnakan majlis

8 Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia//www.jupem.gov.my

YBhg. Dato’ KPUPmenandatangani persetujuan

Berita Ukur 82 9

YBhg. Dato’ KPUP menyempurnakan majlis

10 Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia//www.jupem.gov.my

Majlis dijalankan secara atas talian Persediaan sebelum majlis

MESYUARAT KE-16 JAWATANKUASA TEKNIKAL BERSAMA
SEMPADAN DARAT ANTARA MALAYSIA DAN BRUNEI
DARUSSALAM

30 JULAI 2021 bersamaan 20 ZULHIJAH 1442 H

Mesyuarat Ke - 16 Jawatankuasa Teknikal Bersama kemajuan penandaan dan pengukuran sempadan
Sempadan Darat di antara Malaysia dan Brunei darat antarabangsa Malaysia dan Brunei Darussalam
Darussalam (MBT-16) telah diadakan secara bagi tempoh antara 28 Januari 2019 sehingga 2 Ogos
sidang video pada 3 hingga 17 Ogos 2021. Delegasi 2021 serta membincangkan perkara-perkara berbangkit

Malaysia diketuai oleh Yang Berbahagia Dato’ Sr Dr. berkenaan aspek teknikal bagi kerja-kerja penandaan

Azhari bin Mohamed, Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan dan pengukuran sempadan darat antarabangsa antara

Malaysia selaku Pengerusi Jawatankuasa Teknikal kedua-dua negara.

Malaysia manakala Delegasi Brunei Darussalam diketuai

oleh Yang Mulia Dato Paduka Hj. Yunos bin Mohd Noh, Mesyuarat MBT-16 ini antara lainnya telah berjaya
Chairman of Sub-Committee (Land Demarcation) Brunei memuktamadkan satu tempoh masa bagi menyiapkan

Darussalam selaku Pengerusi Jawatankuasa Teknikal keseluruhan kerja-kerja penandaan dan pengukuran

Brunei Darussalam. sempadan darat di antara Malaysia dan Brunei Darussalam

dengan anggaran jarak 528.45 km. Kedua-dua negara

Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal ini merupakan telah mencapai kata sepakat bagi menyiapkan pengukuran

Mesyuarat Ke-15 Jawatankuasa Teknikal Bersama sempadan pada tahun 2034. Kedua-dua negara turut

(MBT-15) telah diadakan pada 28-30 Januari 2019 di bersetuju memuktamadkan sejumlah 37 lembar pelan

Bandar Seri Begawan, Brunei Darussalam. Susulan kerja luar dengan jarak 45.5 km. Mesyuarat MBT-16

penularan pandemik COVID-19, kedua-dua pihak telah ini diakhiri dengan majlis menandatangani pelan kerja

bersetuju mengadakan Mesyuarat MBT-16 pada kali ini luar dan Minit Mesyuarat MBT-16 serta pertukaran

secara sidang video yang dihoskan oleh pihak Malaysia. kedua-dua dokumen tersebut akan lakukan melalui

saluran diplomatik.

Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Ketua Delegasi

Malaysia bertujuan untuk membincangkan laporan

Berita Ukur 82 11

PROGRAM PENYAMPAIAN SUMBANGAN KEPADA WARGA JUPEM
YANG TERKESAN AKIBAT PANDEMIK COVID-19 DAN AGIHAN
BUBUR ASYURA

19 OGOS 2021 bersamaan 10 MUHARRAM 1443 H

Satu program penyampaian sumbangan kepada Ukur Bahagian (Dasar dan Penyelarasan Pemetaan),
warga JUPEM yang terkesan akibat pandemik wakil Bahagian Geospatial Pertahanan iaitu Brig.
COVID-19 dan agihan Bubur Asyura anjuran Ibu Jen. Sr Dr. Mohd Zambri bin Mohd Rabab, Pengarah
Pejabat Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia serta Bahagian (Geospatial Pertahanan), wakil Kadaster/

PUSPANITA JUPEM telah disempurnakan oleh YBhg. JUPEM Negeri iaitu Sr Nazri bin Othman, Pengarah Ukur

Dato’ Sr Dr. Azhari bin Mohamed, Ketua Pengarah Ukur Seksyen (Pengurusan dan Pembangunan Kadaster) dan

dan Pemetaan Malaysia pada 19 Ogos 2021. wakil Bahagian Khidmat Pengurusan oleh Puan Noor

Azliza binti Shaharuddin, Pengarah Bahagian (Khidmat

Turut hadir dalam program ini ialah YBrs. Sr Sohaime Pengurusan). Sumbangan wang ini akan disalurkan

bin Haji Rasidi, Timbalan Ketua Pengarah Ukur dan terus ke akaun warga JUPEM yang terkesan akibat

Pemetaan II; Sr Tsalimy bin Abdullah, Pengarah Ukur pandemik COVID-19.

Bahagian (Perancangan dan Korporat) dan YBhg.

Datin Hindon binti Osman, Pengerusi PUSPANITA Dalam program yang sama, sebanyak 850 bekas Bubur

JUPEM. Kutipan yang berjumlah RM58,765.00 akan Asyura juga telah diagihkan kepada warga JUPEM,

disumbangkan kepada 172 warga JUPEM. Sumbangan Lembaga Jurukur Tanah Malaysia (LJT), Persatuan
ini telah diserahkan kepada wakil Pemetaan iaitu YBrs. Juruukur Tanah Bertauliah Malaysia (PEJUTA), Geomatics
Sr Wan Mohamad Darani bin Ab. Rahman, Pengarah and Land Surveying Division (GLS), Royal Institution of

Sesi bergambar

12 Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia//www.jupem.gov.my

Surveyors Malaysia (RISM), Koperasi
Jurukur Tanah Berlesen Berhad
(KOJUTA), Koperasi Jabatan Ukur
dan Pemetaan Malaysia Berhad
(KOJUPEM), Yayasan Kebajikan
Jurukur Tanah Berdaftar, Geospatial
Sciences & Technology College
(GSTC) dan mantan-mantan Ketua
Pengarah Ukur dan Pemetaan
Malaysia.
Pihak penganjur ingin merakamkan
jutaan terima kasih kepada pihak
LJT, PEJUTA, GLS RISM, KOJUTA,
KOJUPEM, Yayasan Kebajikan
Jurukur Tanah Berdaftar dan GSTC
atas sumbangan yang diberikan
dalam menjayakan program ini.

Berita Ukur 82 13

YBhg. Dato’ KPUP memberi ucapan

Sesi bergambar

14 Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia//www.jupem.gov.my

19 OGOS 2021 bersamaan 10 MUHARRAM 1443 H

PELANTIKAN KETUA PENGARAH UKUR DAN PEMETAAN
MALAYSIA SEBAGAI PRESIDEN PERTUBUHAN JURUUKUR DIRAJA
MALAYSIA (RISM) SESI 2021/2022

Tahniah Setinggi-tinggi tahniah kepada YBhg. Dato’ Sr
Dr. Azhari bin Mohamed, Ketua Pengarah Ukur
dan Pemetaan Malaysia atas pelantikan sebagai
Presiden Pertubuhan Juruukur DiRaja Malaysia (RISM)
bagi Sesi 2021/2022 sempena Mesyuarat Agung Tahunan
RISM ke-60 Sesi 2020/2021 yang telah diadakan secara
atas talian melalui platform Zoom webinar di Pejabat
Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan Malaysia, Wisma
JUPEM pada 19 Ogos 2021.

Majlis ini turut disempurnakan dengan upacara pemakaian
kalung kepada YBhg. Dato’ Sr Dr. Azhari bin Mohamed
yang telah disaksikan oleh 329 ahli berdaftar yang
terdiri daripada bahagian-bahagian bawah RISM.
Semoga dengan pelantikan ini dapat memartabatkan
profesion Juruukur dan memacu RISM di Malaysia serta
di persada antarabangsa.

Berita Ukur 82 15

23 OGOS 2021 bersamaan 14 MUHARRAM 1443 H

SESI PENYAMPAIAN SURAT PEMBERITAHUAN PENEMPATAN
PEGAWAI GRED UTAMA DI JABATAN UKUR DAN PEMETAAN
MALAYSIA

Sesi penyampaian surat pemberitahuan Bahagian (Ukur Geodetik); YBrs. Sr Bernard Sia Siew
penempatan Pegawai Gred Utama di Jabatan Fang, Pengarah Ukur dan Pemetaan Negeri Selangor
Ukur dan Pemetaan Malaysia telah diadakan dan YBrs. Sr Muhammad Salim bin Mohammed Asari,
pada 23 Ogos 2021 bertempat di Pejabat Ketua Pengarah Ukur Bahagian (Kadaster).
Pengarah Ukur dan Pemetaan Malaysia.

Justeru itu, Jabatan mengambil kesempatan untuk
YBhg. Dato’ Sr Dr. Azhari bin Mohamed, Ketua mengucapkan tahniah dan syabas atas penempatan
Pengarah Ukur dan Pemetaan telah menyempurnakan ini serta berharap YBrs. Dr./Tuan dapat memberikan
sesi penyampaian surat pemberitahuan penempatan perkhidmatan yang lebih cemerlang dalam menjalankan
Pegawai Gred Utama kepada tujuh (7) orang pegawai tugas-tugas yang diamanahkan.
yang terlibat iaitu YBrs. Sr Sohaime bin Haji Rasidi,
Timbalan Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan I; Sesi penyampaian ini juga dilaksanakan dengan
YBrs. Sr Mohammad Zaki bin Mohd Ghazali, Timbalan mengambil kira langkah-langkah pencegahan COVID-19
Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan II; YBrs. Sr yang telah ditetapkan oleh Majlis Keselamatan
Hamdan bin Ab. Aziz, Pengarah Ukur Bahagian Negara dan Kementerian Kesihatan Malaysia.
(Ehwal Persempadanan); YBrs. Sr Kamil bin Ariffin, Pegawai-pegawai yang terlibat turut mematuhi
Pengarah Ukur dan Pemetaan Negeri Perak; YBrs. peraturan-peraturan yang berkuat kuasa sepanjang
Sr Dr. Ahmad Sanusi bin Che Cob, Pengarah Ukur sesi penyampaian surat tersebut berlangsung.

Antara pegawai yang menerima surat penempatan

16 Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia//www.jupem.gov.my

Berita Ukur 82 17

SESI PENYERAHAN NOTA SERAH TUGAS TIMBALAN KETUA
PENGARAH UKUR DAN PEMETAAN II

25 OGOS 2021 bersamaan 16 MUHARRAM 1443 H

Sesi Penyerahan Nota Serah Tugas Timbalan Tahniah
Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan II telah
diadakan pada 25 Ogos 2021 bertempat
di Pejabat Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan
Malaysia. YBhg. Dato’ Sr Dr. Azhari bin Mohamed,
Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan Malaysia
telah menyaksikan sesi penyerahan antara YBrs. Sr
Sohaime bin Hj. Rasidi kepada YBrs. Sr Mohammad
Zaki bin Mohd Ghazali.

Justeru itu, Jabatan mengambil kesempatan untuk
mengucapkan tahniah dan syabas atas penempatan
ini serta berharap YBrs. Sr Mohammad Zaki bin Mohd
Ghazali dapat memberikan perkhidmatan yang lebih
cemerlang dalam menjalankan tugas-tugas yang
diamanahkan.

Sesi serah terima nota serah tugas

18 Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia//www.jupem.gov.my

Sesi serah terima nota serah tugas

13 SEPTEMBER 2021 bersamaan 06 SAFAR 1443 H

SESI PENYERAHAN NOTA SERAH TUGAS
PENGARAH UKUR DAN PEMETAAN NEGERI PAHANG

Sesi Penyerahan Nota Serah Tugas Pengarah
Ukur dan Pemetaan Negeri Pahang telah
diadakan pada 13 September 2021 bertempat
di Pejabat Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan
Malaysia. YBhg. Dato’ Sr Dr. Azhari bin Mohamed,
Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan Malaysia
telah menerima penyerahan nota serah tugas oleh
YBrs. Sr Zoher bin Nomanbhoy, Pengarah Ukur dan
Pemetaan Negeri Pahang yang akan menamatkan
perkhidmatan sebagai kakitangan awam pada 16
September 2021.

Justeru itu, Jabatan mengambil kesempatan ini untuk
mengucapkan terima kasih dan selamat maju jaya
kepada YBrs. Sr Zoher bin Nomanbhoy.

Sesi perbincangan

Berita Ukur 82 19

MAJLIS PERASMIAN E-SPORT PESTA SUKAN UKUR SEMALAYSIA
(PESUMA) KE-33

01 SEPTEMBER 2021 bersamaan 23 MUHARRAM 1443 H

Majlis Perasmian e-Sport Pesta Sukan Ukur Antara sukan-sukan yang dipertandingkan secara
SeMalaysia (PESUMA) ke-33 telah berjaya dalam talian bermula 28 Ogos hingga 6 Oktober 2021
diadakan pada 1 September 2021 secara ini adalah Player Unknown’s Battle Ground (PUBG),
dalam talian yang disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Federation International Football Association 21 (FIFA
Sr Dr. Azhari bin Mohamed, Ketua Pengarah Ukur dan 21), Mobile Legend dan Virtual Run.
Pemetaan Malaysia.
PESUMA edisi 33 ini berjaya menarik penyertaan seramai
Kelab Sukan dan Kebajikan JUPEM Negeri Sembilan 1,016 orang peserta yang terdiri dari 19 kontinjen-
(KSKJUNS) telah diberikan mandat dan amanah oleh kontinjen JUPEM di seluruh negari termasuk Jabatan
Majlis Sukan Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia Tanah dan Ukur Sabah, Institut Tanah dan Ukur Negara
(MSJU) untuk menganjurkan PESUMA kali ke-33 (INSTUN) serta Badan Kebajikan dan Sukan Jabatan
berkonsepkan e-SPORT yang dinamakan e-SPORT Ukur Negara Brunei Darussalam.
PESUMA 33. Temasya e-SPORT PESUMA 33 ini
diwujudkan bersesuaian dengan kekangan situasi yang
dihadapi di mana Negara masih berhadapan dengan
pandemik COVID-19.

“Pandemik Tidak Membataskan Sukan”

Sesi bergambar

20 Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia//www.jupem.gov.my

Ketibaan YBhg. Dato’ KPUP

Sesi dijalankan secara atas talian

Sesi penyampaian cenderahati
kepada YBhg. Dato’ KPUP

Berita Ukur 82 21

Syabas dan Tahniah

08 SEPTEMBER 2021 bersamaan 01 SAFAR 1443 H

SESI PENYAMPAIAN SURAT PEMBERITAHUAN PENEMPATAN
JURUUKUR GRED J54 DI JABATAN UKUR DAN PEMETAAN
MALAYSIA

Sesi penyampaian surat pemberitahuan penempatan Turut hadir YBrs. Sr Sohaime bin Hj. Rasidi, Timbalan
Juruukur Gred J54 di Jabatan Ukur dan Pemetaan Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan I dan YBrs. Sr
Malaysia (JUPEM) telah diadakan pada 8 Mohammad Zaki bin Mohd Ghazali, Timbalan Ketua
September 2021 bertempat di Pejabat Ketua Pengarah Pengarah Ukur dan Pemetaan II bagi mengiringi YBhg.
Ukur dan Pemetaan Malaysia. Dato’ KPUP untuk menyampaikan surat pemberitahuan
penempatan Juruukur Gred J54 di JUPEM.
YBhg. Dato’ Sr Dr. Azhari bin Mohamed, Ketua
Pengarah Ukur dan Pemetaan telah menyempurnakan Justeru itu, Jabatan mengambil kesempatan untuk
sesi penyampaian surat pemberitahuan penempatan mengucapkan tahniah dan syabas atas penempatan
Juruukur Gred J54 kepada enam (6) orang pegawai ini serta berharap YBrs. Tuan akan dapat memberikan
yang terlibat iaitu YBrs. Sr Shabudin bin Saad, Pengarah perkhidmatan yang lebih cemerlang dalam menjalankan
Ukur Bahagian (Pemetaan Topografi Semenanjung); tugas-tugas yang diamanahkan.
YBrs. Sr Fadzullah Suhaimi bin Abd. Ghafar, Pengarah
Ukur dan Pemetaan Negeri Kelantan; YBrs. Sr Mohamad Sesi penyampaian ini juga dilaksanakan dengan
Azmar bin Che Mat, Pengarah Ukur dan Pemetaan mengambil kira langkah-langkah pencegahan COVID-19
Negeri Kedah; YBrs. Sr Shaffri bin Baudi, Pengarah yang telah ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara
Ukur dan Pemetaan Negeri Pulau Pinang; YBrs. Sr dan Kementerian Kesihatan Malaysia. Pegawai-pegawai
Sylvester Luta Anak Buli, Pengarah Ukur Bahagian yang terlibat turut mematuhi peraturan-peraturan yang
(Pemetaan Topografi Sarawak) dan YBrs. Sr Powzy berkuat kuasa sepanjang sesi penyampaian surat
bin Mohd. Som, Timbalan Pengarah Ukur Bahagian tersebut berlangsung.
(Ehwal Persempadanan).

22 Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia//www.jupem.gov.my

Sesi tandatangan nota serah tugas Sesi bergambar

MAJLIS SERAH TERIMA TUGAS
PENASIHAT UNDANG - UNDANG JUPEM

14 SEPTEMBER 2021 bersamaan 07 SAFAR 1443 H

Majlis Serah Terima Tugas Penasihat Undang-undang,
Puan Rozaimah binti Adnan kepada Puan Nor
Lina binti Elias dari Kementerian Sumber Manusia
telah diadakan bertempat di Bilik Ketua Pengarah Ukur
dan Pemetaan Malaysia, Tingkat 11, Wisma JUPEM pada
14 September 2021. Majlis serah terima tugas ini turut
disaksikan oleh YBhg. Dato’ Sr Dr. Azhari bin Mohamed,
Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan Malaysia dan YBrs.
Sr Sohaime bin Hj. Rasidi, Timbalan Ketua Pengarah
Ukur dan Pemetaan I.

Sesi penyerahan nota serah tugas

Terima Kasih & Selamat Datang

Berita Ukur 82 23

14 SEPTEMBER 2021 bersamaan 07 SAFAR 1443 H

LAWATAN KETUA PENGARAH UKUR DAN PEMETAAN MALAYSIA
KE MENARA JAM BANGUNAN SULTAN ABDUL SAMAD

YBhg. Dato’ Sr Dr. Azhari bin Mohamed, Ketua Pengarah Sultan Abdul Samad sempena nama Sultan Selangor
Ukur dan Pemetaan Malaysia telah mengadakan lawatan yang memerintah pada tahun 1857-1898.
ke Bangunan Sultan Abdul Samad, Jalan Raja pada hari
ini. Turut hadir dalam lawatan ialah YBrs. Sr Mohammad Pembinaan bangunan ini adalah kemuncak pembangunan
Zaki bin Mohd Ghazali, Timbalan Ketua Pengarah Ukur yang didirikan di Kuala Lumpur pada akhir abad ke-19
dan Pemetaan II; Brig. Jen. Sr Dr. Mohd Zambri bin malah berupa kejayaan Program “Tersergam” (Massive
Mohamad Rabab, Pengarah Bahagian (Geospatial Building Programme) di bawah pengendalian Maxwell/
Pertahanan); Sr Tsalimy bin Abdullah, Pengarah Ukur Spooner sebagai perancang dan arkitek Bangunan
Bahagian (Perancangan dan Korporat); Puan Noor Kerajaan di Kuala Lumpur pada ketika itu. Kos binaan
Azliza binti Shaharuddin, Pengarah Bahagian (Khidmat setelah siap pada April 1897 adalah berjumlah $152,824.
Pengurusan); Puan Rozaimah binti Adnan, Penasihat Tempoh masa pembinaan ialah 2 tahun 7 bulan selepas
Undang-Undang; Encik Lim Song Huat, Ketua Unit perletakan batu asas yang dilakukan oleh Gabenor
Integriti dan pegawai-pegawai lain. Negeri-Negeri Selat, H.E. Sir Charles Bullen Hugh
Mitchell K.C.M.G. pada 6 Oktober 1894. Antara faktor
Dalam sesi lawatan ini, YBhg. Dato’ KPUP dan rombongan menarik di sebalik sejarah pembinaan Bangunan Awam
turut diberi taklimat oleh YBrs. Encik Mohd Azmi bin Kerajaan Pertama di bawah pentadbiran Negeri-Negeri
Mohd Yusof, Ketua Pengarah Jabatan Warisan Negara Melayu Bersekutu (F.M.S) ini melibatkan pembinaan
berkaitan latar belakang dan sejarah Bangunan Sultan sebuah kilang batu-batu bertempat di Brickfields bagi
Abdul Samad yang dibina pada tahun 1897. membekalkan bahan binaan seperti 4 juta batu bata,
2,500 tong simen, 18,000 pikul kapur, 50 tan besi keluli
Pada mula pembinaannya dikenali sebagai “Bangunan dan 30,000 kaki padu kayu.
Baru Kerajaan” (New Government Offices), kemudian
ia dinamakan “Sekretariat Persekutuan” (Federal Tujuan pembinaan awal adalah sebagai Bangunan
Secretariat) yang diguna bersama dengan Kerajaan Kerajaan Baru untuk menempatkan semua Jabatan
Negeri Selangor sebelum pentadbirannya dipindah ke Pentadbiran Negeri-Negeri Melayu Bersekutu (F.M.S) di
Shah Alam pada tahun 1974. Asalnya hanya disebut bawah satu Bangunan pentadbiran berpusat: menempatkan
sebagai “Bangunan” sebelum ditukar kepada Bangunan Sekretariat Kerajaan (G.S.O); bilik Mesyuarat Majlis

Sesi penerangan dari Jabatan Warisan Negara Melawat keadaan dalam bangunan Sultan Abdul Samad

24 Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia//www.jupem.gov.my

Negeri (Council Chamber); Pejabat Pos; Lembaga Penerangan mengenai jam bangunan Sultan Abdul Samad
Kebersihan (Sanitary Board); Pejabat Kehakiman;
(Judicial Commissioner); Public Works Department
(PWD); Audit dan Perbendaharaan; Pejabat Tanah;
Jabatan Galian dan Pejabat Daerah Jabatan Kerja
Raya (P.W.D. District Office).

Yang lebih menarik juga, JUPEM merupakan Jabatan
yang bertanggungjawab dalam memastikan Jam
Menara Sultan Abdul Samad berfungsi dan dibuat
penyelenggaraan sejak penubuhannya.Pemilihan
stail seni bina Islam ‘Moorish’ atau ‘Mahometan
Style’ pengaruh bangunan awam di India menjadi
pilihan kepada struktur seni bina Bangunan Sultan
Abdul Samad. Bangunan ini menonjolkan dua
stail yang unik: kehebatan pembahagian (grand
proportion) dan pertembungan simetri yang klasik
(classical symmetry), gaya bangunan bersejarah
Eropah dengan menitik berat aspek dekorasi yang
berciri “The Raj Style” mencerminkan fungsi utama
pembinaanya di rantau ini.

Bangunan dua tingkat ini mempunyai keunikan
struktur yang menonjol berupa Menara Jam setinggi
41.5 meter di tengah-tengah binaan berbentuk ‘F’
menampilkan identiti dan mercu tanda tersendiri.
Ia juga merupakan bangunan awam pertama yang
berdiri megah di tapak berbentuk segi tiga terletak
di antara Jalan Raja dan Jalan Belanda (Jalan
Mahkamah Persekutuan) yang melengkari ke arah
barat sepanjang Sungai Gombak dan Sungai Klang
serta menghadap (Clark St.), Jalan Mahkamah Tinggi.

Antara pegawai-pegawai yang bertanggungjawab
terdiri dari Arthur Charles Alfred Norman selaku
Arkitek Kerajaan, Charles Edwin Spooner selaku
Jurutera Negeri dan Pengarah PWD, R.A.J Bidwell dan
A.B. Hubback yang menyediakan pelan dan lukisan
sehingga membolehkan Bangunan ini dirasmikan oleh
Residen Jeneral, Sir Frank Swettenham K.C.M.G.
pada 4 April 1897.

Pada akhir lawatan, YBrs. Encik Mohd Azmi bin
Mohd Yusof telah menyampaikan cenderamata
kepada YBhg. Dato’ Sr Dr. Azhari bin Mohamed dan
sesi bergambar di Bangunan Sultan Abdul Samad
sebagai tanda kenang-kenangan.

Moto jam bangunan Sultan Abdul Samad

Berita Ukur 82 25

26 Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia//www.jupem.gov.my

Berita Ukur 82 27

14 SEPTEMBER 2021 bersamaan 07 SAFAR 1443 H

LAWATAN KETUA PENGARAH UKUR DAN PEMETAAN MALAYSIA
KE KUARTERS JUPEM, JALAN SAN PENG, WILAYAH PERSEKUTUAN
KUALA LUMPUR

Sesi penerangan dari Jabatan Kerja Raya

YBhg, Dato’ KPUP melawat keadaan dalam kuarters

28 Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia//www.jupem.gov.my

YBhg. Dato’ Sr Dr. Azhari bin Mohamed, Ketua Dalam sesi lawatan ini, YBhg. Dato’ KPUP dan rombongan
Pengarah Ukur dan Pemetaan Malaysia telah turut diberi taklimat oleh Encik Mohamad Hazwan bin
mengadakan lawatan ke Kuarters JUPEM, Jalan Zahari, Jurutera Awam Jabatan Kerja Raya W.P. Kuala
San Peng, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada Lumpur berkaitan kerja-kerja penyelenggaraan Kuarters
14 September 2021. JUPEM di Jalan San Peng. Peruntukan penyelenggaraan
kuarters Jalan San Peng ini melibatkan kos keseluruhan
Turut hadir dalam lawatan ialah YBrs. Sr Mohammad sebanyak RM278,440.00.
Zaki bin Mohd Ghazali, Timbalan Ketua Pengarah
Ukur dan Pemetaan II; Brig. Jen. Sr Dr. Mohd Zambri Kuarters JUPEM di Jalan San Peng ini telah dirasmikan
bin Mohamad Rabab, Pengarah Bahagian (Geospatial pada 21 Mac 2008 yang menempatkan 8 buah keluarga
Pertahanan); Sr Tsalimy bin Abdullah, Pengarah Ukur kumpulan sokongan. Pada akhir lawatan, Encik Dzulkifli
Bahagian (Perancangan dan Korporat); Puan Noor bin Jusoh selaku Penghulu Penduduk Kuarters JUPEM,
Azliza binti Shaharuddin, Pengarah Bahagian (Khidmat Jalan San Peng telah menyampaikan cenderamata
Pengurusan); Puan Rozaimah binti Adnan, Penasihat kepada YBhg. Dato’ Sr Dr. Azhari bin Mohamed sebagai
Undang-undang; Encik Lim Song Huat, Ketua Unit tanda kenang-kenangan.
Integriti dan pegawai-pegawai lain.

Sesi bergambar

Berita Ukur 82 29

LAWATAN KASIH OLEH KETUA PENGARAH UKUR DAN PEMETAAN
MALAYSIA KEPADA ENCIK SHAH YUMI BIN MAWI

15 SEPTEMBER 2021 bersamaan 08 SAFAR 1443 H

Pada 15 September 2021, YBhg. Dato’ Sr Dr.
Azhari bin Mohamed, Ketua Pengarah Ukur dan
Pemetaan Malaysia telah mengadakan lawatan
kasih kepada Encik Shah Yumi bin Mawi, Penolong
Juruukur Seksyen Graviti dan Falak, Bahagian Ukur
Geodetik yang menghidap kanser paru-paru. Turut
hadir mengiringi YBhg. Dato’ KPUP ialah YBrs. Sr Dr.
Ahmad Sanusi bin Che Cob, Pengarah Ukur Bahagian
(Ukur Geodetik); Sr Shabudin bin Saad, Pengarah Ukur
Bahagian (Pemetaan Topografi Semenanjung); YBhg.
Datin Hindon binti Osman, Pengerusi PUSPANITA
JUPEM dan EXCO PUSPANITA JUPEM.
Semasa lawatan kasih tersebut, YBhg. Dato’ KPUP telah
menyampaikan sumbangan ikhlas daripada Lembaga
Jurukur Tanah Malaysia (LJT) manakala YBhg. Pengerusi
PUSPANITA JUPEM turut menyampaikan sumbangan
daripada PUSPANITA JUPEM bagi meringankan sedikit
bebanan yang dihadapi oleh keluarga Encik Shah Yumi
bin Mawi.

YBhg, Dato’ KPUP dan isteri melawat Encik Shah Yumi bin Mawi

30 Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia//www.jupem.gov.my

20 SEPTEMBER 2021 bersamaan 13 SAFAR 1443 H

MESYUARAT AGUNG PERWAKILAN TAHUNAN KALI KE-91
DAN PENGUMUMAN DIVIDEN KOJUPEM 2020

Pada 20 September 2021, Mesyuarat Agung menggalakkan warga kerja JUPEM untuk menjadi
Perwakilan Tahunan Kali Ke-91 Koperasi Jabatan anggota koperasi dan mencarum bersama koperasi.
Ukur dan Pemetaan Malaysia Berhad (KOJUPEM) Pelbagai manfaat dan faedah telah disediakan oleh
yang diadakan secara “Hybrid” telah dirasmikan oleh KOJUPEM untuk anggota koperasi dan peluang ini
YBhg. Dato’ Sr Dr. Azhari bin Mohamed, Ketua Pengarah seharusnya dimanfaatkan oleh semua warga kerja
Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia. JUPEM.

Wakil Suruhanjaya Koperasi Malaysia Wilayah Persekutuan YBhg. Dato’ KPUP juga turut mengumumkan pengagihan
(SKM WP) yang turut hadir dalam mesyuarat ini ialah dividen modal yuran 8.00% atas modal syer, dividen
Puan Anis Syahira binti Azhar, Penolong Pengarah 8.50% atas modal yuran serta 4.00% hibah Tabung
(SKM WP) juga sebagai pemerhati sepanjang Mesyuarat Al-Qard. Ini membuktikan KOJUPEM masih mampu
Agung Perwakilan Tahunan Kali Ke-91. memberikan pulangan yang tinggi secara konsisten
kepada anggotanya dan 100 peratus patuh syariah.
Dalam ucaptama YBhg. Dato’ KPUP, beliau turut menyeru KOJUPEM juga merupakan sebuah Koperasi Kredit
kepada Pengerusi dan Ahli Lembaga KOJUPEM untuk yang menduduki tangga ke 53 indeks 100 Koperasi
meningkatkan bilangan anggota koperasi dengan terbaik Malaysia 2020.

YBhg, Dato’ KPUP menyempurnakan mesyuarat agung perwakilan KOJUPEM 2020

Berita Ukur 82 31

SESI PENYERAHAN KENDERAAN JABATAN UKUR DAN PEMETAAN
MALAYSIA (JUPEM) SECARA HADIAH KEPADA GIATMARA BATU
RAKIT

22 SEPTEMBER 2021 bersamaan 15 SAFAR 1443 H

Satu sesi penyerahan kenderaan JUPEM secara
hadiah kepada GIATMARA Batu Rakit telah
diadakan pada 22 September 2021. Kenderaan
jenis Nissan X-Trail bernilai RM98,500 yang dibeli pada
tahun 2008 telah diserah oleh YBhg. Dato’ Sr Dr. Azhari
bin Mohamed, Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan
Malaysia kepada Tuan Haji Mohd Zaid bin Abdul Razak,
Timbalan Pengarah GIATMARA Negeri Terengganu.
Turut hadir dalam sesi ini adalah Sr Rosli bin Mohammed,
Pengarah Ukur dan Pemetaan Negeri Terengganu,
Sr Nik Mohd. Wafi bin Nik Mohamed Daud, Timbalan
Pengarah Ukur dan Pemetaan I dan pegawai-pegawai
lain. Semoga penyerahan kenderaan ini bermanfaat dan
membantu pembelajaran para pelajar di GIATMARA
Batu Rakit.

YBhg, Dato’ KPUP menyempurnakan sesi penyerahan

32 Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia//www.jupem.gov.my

Antara pegawai yang mendapat penempatan
Juruukur Gred 48

20 SEPTEMBER 2021 bersamaan 13 SAFAR 1443 H

SESI PENYAMPAIAN SURAT PEMBERITAHUAN PENEMPATAN
JURUUKUR GRED J48 DI JABATAN UKUR DAN PEMETAAN
MALAYSIA

Sesi penyampaian surat pemberitahuan penempatan Pengarah Ukur dan Pemetaan II bagi mengiringi YBhg.
Juruukur Gred J48 di Jabatan Ukur dan Pemetaan Dato’ KPUP untuk menyampaikan surat pemberitahuan
Malaysia (JUPEM) telah diadakan pada 23 penempatan Juruukur Gred J48 di JUPEM. Justeru itu,
September 2021 bertempat di Pejabat Ketua Pengarah Jabatan mengambil kesempatan untuk mengucapkan
Ukur dan Pemetaan Malaysia. tahniah dan syabas atas penempatan ini serta berharap
tuan akan dapat memberikan perkhidmatan yang
YBhg. Dato’ Sr Dr. Azhari bin Mohamed, Ketua Pengarah lebih cemerlang dalam menjalankan tugas-tugas yang
Ukur dan Pemetaan (KPUP) telah menyempurnakan diamanahkan.
sesi penyampaian surat pemberitahuan penempatan
Juruukur Gred J48 kepada tiga (3) orang pegawai Sesi penyampaian ini juga dilaksanakan dengan
yang terlibat iaitu Sr Abdul Halim bin Marabi, Encik mengambil kira langkah-langkah pencegahan COVID-19
Muhammad Kenidi bin Awang Aziz dan Sr Saifulazmi yang telah ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara
bin Adnan. dan Kementerian Kesihatan Malaysia. Pegawai-pegawai
yang terlibat turut mematuhi peraturan-peraturan yang
Turut hadir YBrs. Sr Sohaime bin Hj. Rasidi, Timbalan berkuat kuasa sepanjang sesi penyampaian surat
Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan I dan YBrs. Sr tersebut berlangsung.
Mohammad Zaki bin Mohd Ghazali, Timbalan Ketua

Berita Ukur 82 33

Antara penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang

MAJLIS PENYAMPAIAN ANUGERAH PERKHIDMATAN
CEMERLANG (APC), ANUGERAH KETUA PENGARAH UKUR DAN
PEMETAAN MALAYSIA (AKPUP) DAN ANUGERAH KHIDMAT SETIA
(AKS) TAHUN 2020 PERINGKAT IBU PEJABAT JUPEM

22 SEPTEMBER 2021 bersamaan 15 SAFAR 1443 H

YBhg, Dato’ KPUP menyampaikan anugerah kepada
Sr Haji Mohd Nordin bin Haji Sabran dan Sr Sivaganam Kanagaratnam

34 Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia//www.jupem.gov.my

Antara penerima Anugerah Khidmat Setia

Majlis Penyampaian Anugerah Perkhidmatan Pemulihan Negara (PPN) dan arahan yang telah
Cemerlang (APC), Anugerah Ketua Pengarah ditetapkan oleh pihak berkuatkuasa. Syabas dan
Ukur dan Pemetaan Malaysia (AKPUP) tahniah diucapkan kepada semua penerima APC,
dan Anugerah Khidmat Setia (AKS) peringkat Ibu AKPUP dam AKS tahun 2020 dan semoga terus
Pejabat JUPEM tahun 2020 telah diadakan pada 28 cemerlang dan maju jaya.
September 2021. Seramai 64 orang pegawai di Ibu
Pejabat JUPEM telah terpilih untuk menerima APC Pada majlis yang sama, Anugerah Khas Ketua Pengarah
tahun 2020 manakala terdapat 21 orang pegawai dan Ukur dan Pemetaan Malaysia juga diberikan kepada
15 orang pegawai telah menerima AKPUP dan AKS. dua ahli Pemegang Amanah Yayasan Kebajikan
Jurukur Tanah Berdaftar iaitu Sr Haji Mohd Nordin
Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan Malaysia, YBhg. bin Haji Sabran dan Sr Sivaganam Kanagaratnam
Dato’ Sr Dr. Azhari bin Mohamed telah menyempurnakan sebagai mengenang jasa mereka dalam membantu
majlis ini bertempat di Pejabat Ketua Pengarah Ukur proses bayaran cukai yang tertunggak yang melibatkan
dan Pemetaan Malaysia, Tingkat 11, Wisma JUPEM. jumlah sebanyak RM221,524.31 dari tahun 2009
Turut hadir bersama dalam memeriahkan majlis ini sehingga 2018.
adalah Timbalan Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan
I, YBrs. Sr Sohaime bin Haji Rasidi dan Timbalan Anugerah Khas Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan
Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan II, YBrs. Sr Haji Malaysia ini merupakan anugerah pertama kali diberikan
Mohammad Zaki bin Mohd Ghazali. kepada bukan warga JUPEM sebagai mengiktiraf
jasa dan sumbangan mereka dalam menyelesaikan
Majlis ini diadakan secara sederhana bagi mematuhi isu tersebut di Yayasan Kebajikan Jurukur Tanah
arahan dan langkah - langkah keselamatan Pelan Berdaftar.

Syabas
&
Tahniah

kepada semua penerima anugerah

Berita Ukur 82 35

36 Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia//www.jupem.gov.my

Berita Ukur 82 37

29 SEPTEMBER 2021 bersamaan 22 SAFAR 1443 H

PERASMIAN JAM MATAHARI JUPEM DAN STESEN MYRTKNET
IBU PEJABAT JUPEM

Satu upacara perasmian Jam Matahari JUPEM disampaikan oleh YBhg. Dato’ Sr Dr. Azhari bin Mohamed
dan Stesen MyRTKnet Ibu Pejabat JUPEM telah dan seterusnya taklimat ringkas berkaitan Jam Matahari
diadakan pada 29 September 2021 dan masing- dan Stesen MyRTKnet JUKL Ibu Pejabat JUPEM yang
masing telah disempurnakan oleh Sahibus Samahah disampaikan oleh YBrs. Sr Dr. Ahmad Sanusi bin Che
Datuk Dr. Luqman bin Haji Abdullah, Mufti Wilayah Cob, Pengarah Ukur Bahagian (Ukur Geodetik).
Persekutuan dan YBrs. Dr. Samad bin Haji Abu, Mantan
Pengarah Ukur Seksyen (Geodesi). Pada sesi yang seterusnya, YBhg. Dato’ Sr Dr. Azhari
bin Mohamed turut menyampaikan cenderamata kepada
Jam Matahari JUPEM yang dirasmikan oleh Sahibus Sahibus Samahah Datuk Dr. Luqman bin Haji Abdullah,
Samahah Datuk Mufti Persekutuan merupakan seni YBrs. Dr. Samad bin Haji Abu, YBrs. Sr Dr. Mohd Yunus
reka bentuk yang telah diilhamkan sendiri oleh YBhg. bin Mohd Yusoff dan YBhg. Dato’ Sr Haji Nor Azman
Dato’ Sr Dr. Azhari bin Mohamed, Ketua Pengarah Ukur bin Baharum sebagai tanda ingatan dan terima kasih.
dan Pemetaan Malaysia dan direka bentuk bersama Selain itu, YBhg. Datuk Sr Ismail bin Harun, Ketua
oleh YBrs. Sr Dr. Mohd Yunus bin Mohd Yusoff, mantan Pegawai Eksekutif Lembaga Jurukur Tanah Malaysia
Pengarah Ukur Bahagian (Ukur Geodetik) dan YBhg. (LJT) telah menyerahkan sumbangan RM10,000 daripada
Dato’ Sr Haji Nor Azman bin Baharum, Ketua Pegawai LJT kepada Madrasah Rahmaniah Pondok Lubok Tapah,
Eksekutif (Antaragrafik Systems Sdn Bhd). Pasir Mas Kelantan yang diterima oleh Sahibus Samahah
Datuk Mufti Persekutuan bagi membantu Madrasah
Jam Matahari ini telah dibina pada tahun 2020 dan Rahmaniah Pondok Lubok Tapah terutamanya dalam
merupakan inisiatif Jabatan dalam memelihara tradisi perbelanjaan urusan harian penghuni di madrasah
dan warisan Tamadun Islam di samping dapat memberi tersebut. Penyerahan sumbangan ini turut disaksikan
pendedahan kepada masyarakat awam berhubung oleh YBhg. Dato’ Sr Dr. Azhari bin Mohamed.
dengan penggunaan Jam Matahari. Manakala penubuhan
Stesen MyRTKnet JUKL pula adalah bagi menyokong Upacara perasmian ini turut dimeriahkan dengan lawatan
rangkaian MyRTKnet sedia ada dan Stesen MyRTKnet tapak dan sesi potongan reben bagi Jam Matahari
JUKL ini merupakan Stesen MyRTKnet yang ke-97. dan Stesen MyRTKnet JUKL sebagai tanda simbolik
Upacara ini dimulakan dengan ucapan alu-aluan yang perasmian bagi kedua-dua monumen ini.

YBhg, Dato’ KPUP menunjukkan cara penggunaan Sesi menandatangani plat perasmian
jam matahari

38 Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia//www.jupem.gov.my

YBrs. Sr Dr. Ahmad Sanusi bin Che Cob, Pengarah Ukur Bahagian (Ukur YBhg. Datuk Sr Ismail bin Harun, Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga
Geodetik) menyampaikan taklimat ringkas Jurukur Tanah Malaysia (LJT) telah menyerahkan sumbangan

RM10,000 daripada LJT kepada Madrasah Rahmaniah Pondok Lubok
Tapah, Pasir Mas Kelantan yang diterima oleh Sahibus Samahah
Datuk Mufti Persekutuan

Berita Ukur 82 39

40 Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia//www.jupem.gov.my

Berita Ukur 82 41

42 Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia//www.jupem.gov.my

Kunjungan
Hormat

Berita Ukur 82 43

17 OGOS 2021 bersamaan 08 MUHARRAM 1443 H

KUNJUNGAN HORMAT LEMBAGA PENGARAH KOPERASI
JURUUKUR TANAH BERLESEN BERHAD (KOJUTA) KEPADA KETUA
PENGARAH UKUR DAN PEMETAAN MALAYSIA

Pada 17 Ogos 2021, satu kunjungan hormat kepada dan perancangan KOJUTA pada masa hadapan dalam
YBhg. Dato’ Sr Dr. Azhari bin Mohamed, Ketua memartabatkan KOJUTA sebagai satu organisasi yang
Pengarah Ukur dan Pemetaan Malaysia oleh dapat menjana keuntungan dan memberikan manfaat
Lembaga Pengarah KOJUTA yang diketuai oleh Sr kepada seluruh ahli KOJUTA melalui urus niaga yang
Haji Sirajudin bin Haji Ahmad, Pengerusi KOJUTA; Sr strategik.
Haji Nik Mazlan bin Nik Mohamad, Timbalan Pengerusi
KOJUTA; Sr Haji Khairul Saleh bin Haji Jamaludin, Pada akhir kunjungan hormat tersebut, YBhg. Dato’
Setiausaha KOJUTA; Sr Mok Kam Loong, Bendahari Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan Malaysia turut
KOJUTA dan Sr Haji Mohamed Nordin bin Sabran, berkesempatan mendemostrasikan dan menguji
Mantan Pengerusi KOJUTA/Anggota Lembaga KOJUTA. ketepatan Jam Matahari kepada Lembaga Pengarah
KOJUTA yang terletak di hadapan Bangunan Wisma
Dalam sesi kunjungan tersebut, Ahli Lembaga KOJUTA JUPEM.
berkesempatan membincangkan hala tuju KOJUTA

44 Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia//www.jupem.gov.my

26 OGOS 2021 bersamaan 17 MUHARRAM 1443 H

KUNJUNGAN HORMAT KETUA STAF MARKAS ANGKATAN
TENTERA MALAYSIA KE JUPEM

Ketua Staf MarkasAngkatan Tentera Malaysia (ATM), Pengarah Bahagian (Geospatial Pertahanan) bersama
YBhg. Leftenan Jeneral Dato’ Mohd Zakaria bin pegawai-pegawai BGSP di Bangunan CAMS, Ibu
Haji Yadi telah mengadakan kunjungan hormat Pejabat JUPEM.
kepada Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan Malaysia,
YBhg. Dato’ Sr Dr. Azhari bin Mohamad pada 26 Ogos Semasa lawatan ke BGSP, YBhg. Ketua Staf Markas
2021. Semasa kunjungan hormat tersebut, YBhg. ATM telah diberi taklimat dan demonstrasi bagi melihat
Dato’ Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan Malaysia keupayaan pengurusan dan perkhidmatan geospatial
berkesempatan mendemostrasikan ketepatan Jam pertahanan melalui platform Defence Geospatial
Matahari kepada YBhg. Ketua Staf Markas ATM yang Information Management (DGIM) di Pusat Operasi
terletak di hadapan Bangunan Wisma JUPEM. Geospatial Pertahanan. Perkhidmatan Web Geospatial
Information System (GIS) BGSP ini diwujudkan bagi
Kunjungan hormat pada kali ini bertujuan untuk melihat memberi perkongsian maklumat geospatial pertahanan
keupayaan Bahagian Geospatial Pertahanan (BGSP) kepada pengguna ATM dan agensi keselamatan yang
dalam menyalurkan perkhidmatan Geospatial Pertahanan menggunakan konsep sharing responsibilities. Kunjungan
kepada ATM di mana YBhg. Ketua Staf Markas ATM ini diakhiri dengan sesi lawatan ke pameran Pesawat
merupakan Pengerusi bagi Jawatankuasa Geospatial Tanpa Pemandu (UAV) yang digunakan oleh BGSP
Pertahanan. Kehadiran beliau turut disambut oleh bagi tujuan pemetaan.
Brig. Jen. Sr Dr. Mohd Zambri bin Mohamad Rabab,

Berita Ukur 82 45

06 SEPTEMBER 2021 bersamaan 28 MUHARRAM 1443 H

KUNJUNGAN HORMAT KETUA PENGARAH UKUR DAN PEMETAAN
MALAYSIA KEPADA SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI SARAWAK

Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan Malaysia,
YBhg. Dato’ Sr Dr. Azhari bin Mohamed telah
mengadakan kunjungan hormat kepada Setiausaha
Negeri Sarawak, YB Datuk Amar Jaul Samion di
Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak pada
6 September 2021. Kunjungan hormat ini turut diiringi
oleh YBrs. Sr Bernard Sia Siew Fang, Mantan Pengarah
Ukur Bahagian Pemetaan Topografi Sarawak dan Sr
Sylvester Luta Anak Buli, Timbalan Pengarah Ukur
Bahagian Pemetaan Topografi Sawarak.

Dalam sesi kunjungan ini, YBhg. Dato’ Ketua Pengarah
Ukur dan Pemetaan Malaysia turut memberi taklimat
ringkas kepada YB Datuk Amar Jaul Samion berkaitan
kemajuan pengukuran sempadan darat/maritim negeri
dan antarabangsa bagi Negeri Sarawak.

Pada akhir kunjungan, YBhg Dato’ Ketua Pengarah
Ukur dan Pemetaan Malaysia turut menyampaikan
cenderamata kepada YB Datuk Amar Jaul Samion
sebagai tanda ingatan dan terima kasih.

46 Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia//www.jupem.gov.my

13 SEPTEMBER 2021 bersamaan 06 SAFAR 1443 H

KUNJUNGAN HORMAT KETUA PENGARAH UKUR DAN PEMETAAN
MALAYSIA KEPADA SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI SELANGOR

Pada 13 September 2021, Ketua Pengarah Ukur
dan Pemetaan Malaysia, YBhg. Dato’ Sr Dr. Azhari
bin Mohamed telah mengadakan kunjungan
hormat kepada Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK)
Selangor, YB Dato’ Nor Azmie bin Diron di Pejabat
Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor. Kunjungan
hormat YBhg. Dato’ KPUP ini turut diiringi oleh YBrs.
Sr Hamdan bin Ab. Aziz, Pengarah Ukur Bahagian
(Ehwal Persempadanan), Ibu Pejabat JUPEM.
Dalam sesi kunjungan hormat ini, YBhg. Dato’ KPUP
turut memberi taklimat ringkas kepada YB Dato’ Nor
Azmie bin Diron berkaitan kemajuan pengukuran
sempadan darat, status pemetaan utiliti negeri, status
kemajuan pengukuran hakmilik tanah dan hakmilik strata
serta MoU bersama agensi-agensi bawah Kerajaan
Negeri Selangor. Pada akhir kunjungan, YBhg Dato’
KPUP turut menyampaikan cenderamata kepada YB
Dato’ Nor Azmie bin Diron sebagai tanda ingatan dan
terima kasih.

Berita Ukur 82 47

17 SEPTEMBER 2021 bersamaan 10 SAFAR 1443 H

KUNJUNGAN HORMAT KETUA PENGARAH UKUR DAN PEMETAAN
MALAYSIA KEPADA SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI SABAH

Pada 17 September 2021, Ketua Pengarah pembangunan geodetik, serta lain-lain kemajuan aktiviti
Ukur dan Pemetaan Malaysia, YBhg. Dato’ Sr pengukuran di Negeri Sabah.
Dr. Azhari bin Mohamed telah mengadakan
kunjungan hormat kepada Setiausaha Kerajaan Negeri Pada sesi yang sama, satu Majlis Ringkas Penyerahan
Sabah, YB Datuk Seri Panglima Sr Haji Safar bin Data Synthetic Aperture Radar (SAR) dan Model 3D
Untong di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah. bagi sebahagian daratan Sabah dan pulau-pulau di
Kunjungan hormat YBhg. Dato’ KPUP ini turut diiringi sekelilingnya yang merupakan Projek di bawah RMk-11
oleh Sr Yaacub bin Yusoff, Pengarah Ukur Bahagian yang telah disiapkan oleh JUPEM. Penyerahan data
(Pemetaan Topografi Sabah). ini merupakan satu syarat dan kerjasama bersama di
bawah agensi Kerajaan Negeri Sabah iaitu Jabatan
Dalam sesi kunjungan hormat ini, YBhg. Dato’ KPUP Tanah dan Ukur Sabah. Pada akhir kunjungan, YBhg
turut memberi taklimat ringkas kepada YB Datuk Seri Dato’ KPUP turut menyampaikan cenderamata kepada
Panglima Sr Haji Safar bin Untong berkaitan kemajuan YB Datuk Seri Panglima Sr Haji Safar bin Untong
pengukuran sempadan darat dan maritim, status projek sebagai tanda ingatan dan terima kasih.

48 Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia//www.jupem.gov.my


Click to View FlipBook Version