The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

OKTOBER HINGGA DISEMBER 2021

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by beritaukurjupem, 2022-03-03 22:09:33

BERITA UKUR 83

OKTOBER HINGGA DISEMBER 2021

8 OKTOBER 2021 bersamaan 1 RABIULAWAL1443 H

KUNJUNGAN HORMAT KETUA PENGARAH JABATAN WARISAN
NEGARA KE JUPEM

Delegasi dari Jabatan Warisan Negara yang Jabatan Warisan Negara turut dihadiri oleh Encik Johar
diketuai oleh YBrs. Encik Mohd Azmi bin Mohd bin Kadis, Pengarah Bahagian Daftar Warisan (BDW);
Yusof, Ketua Pengarah Jabatan Warisan Negara Dr. Eyo Leng Yan, Pengarah Bahagian Warisan Tidak
telah mengadakan kunjungan hormat kepada YBhg. Ketara (BWTK) dan pegawai-pegawai lain.
Dato’ Sr Dr. Azhari bin Mohamed, Ketua Pengarah
Ukur dan Pemetaan Malaysia pada 8 Oktober 2021. Pada sesi, kunjungan hormat tersebut YBrs. Encik
Mohd Azmi bin Mohd Yusof turut diberi taklimat ringkas
Kehadiran delegasi dari Jabatan Warisan Negara yang disampaikan oleh YBhg. Dato’ Sr Dr. Azhari
telah disambut oleh YBrs. Sr Sohaime bin Haji Rasidi, bin Mohamed sendiri berkaitan latar belakang dan
Timbalan Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan I; YBrs. penggunaan Jam Matahari. Sementara itu, Sr Mohd
Sr Hj. Mohammad Zaki bin Mohd Ghazali, Timbalan Farid Al Azmi bin Isahak, Pengarah Ukur Seksyen
Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan II; Sr Tsalimy (Bahagian Kadaster) juga memberi taklimat berkaitan
bin Abdullah, Pengarah Ukur Bahagian (Perancangan projek SmartKADASTER.
dan Korporat) dan pegawai-pegawai lain. Rombongan

Berita Ukur 83 49

11 OKTOBER 2021 bersamaan 4 RABIULAWAL1443 H

KUNJUNGAN HORMAT KETUA PENGARAH JABATAN HAL EHWAL
MARITIM KEPADA KETUA PENGARAH UKUR DAN PEMETAAN
MALAYSIA

YBrs. Dr. Adina binti Kamarudin, Ketua Pengarah
Jabatan Hal Ehwal Maritim telah mengadakan
kunjungan hormat kepada YBhg. Dato’ Sr Dr. Azhari
bin Mohamed, Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan
Malaysia (KPUP) di Pejabat Ketua Pengarah Ukur dan
Pemetaan Malaysia, Tingkat 11 Wisma JUPEM pada 11
Oktober 2021. Turut hadir bersama dalam kunjungan
hormat ini ialah YBrs. Sr Hj. Hamdan bin Ab. Aziz,
Pengarah Ukur Bahagian (Ehwal Persempadanan).
Dalam kunjungan ini, YBhg. Dato’ KPUP telah membawa
YBrs. Dr. Adina binti Kamarudin untuk mendemostrasikan
penggunaan Jam Matahari yang terletak di perkarangan
Wisma JUPEM. Pada akhir kunjungan hormat tersebut,
YBrs. Dr. Adina binti Kamarudin turut menyampaikan
cenderamata kepada YBhg. Dato’ Sr Dr. Azhari bin
Mohamed sebagai tanda ingatan dan kenang-kenangan.

50 Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia//www.jupem.gov.my

11 OKTOBER 2021 bersamaan 4 RABIULAWAL1443 H

KUNJUNGAN HORMAT KETUA PENGARAH UKUR DAN PEMETAAN
MALAYSIA KEPADA KETUA PENGARAH PUSAT HIDROGRAFI
NASIONAL

Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan Malaysia
(KPUP), YBhg. Dato’ Sr Dr. Azhari bin Mohamed
telah mengadakan kunjungan hormat kepada
Ketua Pengarah Hidrografi di Pusat Hidrografi Nasional
(PHN) pada 11 Oktober 2021.

Ketibaan YBhg. Dato’ KPUP telah disambut oleh YBhg.
Laksamana Muda Dato’ Hanafiah bin Hassan, Ketua
Pengarah Hidrografi dan Kapten Lukman Hanafiah bin
Azamar Omar, Pengarah Geospatial serta pegawai-
pegawai lain di PHN.

Dalam sesi kunjungan hormat tersebut, YBhg. Dato’
KPUP telah membincangkan hala tuju hidrografi dan
kerjasama dalam mempertingkatkan kualiti UTM HYDRO
III dalam kerja-kerja pengukuran hidrografi di kalangan
Juruukur Tanah Berlesen di Malaysia.

Pada akhir kunjungan hormat ini, YBhg Dato’ KPUP
turut menyampaikan cenderamata kepada YBhg.
Laksamana Muda Dato’ Hanafiah bin Hassan sebagai
tanda ingatan dan terima kasih.

Berita Ukur 83 51

30 NOVEMBER 2021 bersamaan 25 RABIULAKHIR 1443 H

KUNJUNGAN HORMAT TIMBALAN KETUA PENGARAH,
BAHAGIAN PENGURUSAN PASCA BENCANA, AGENSI
PENGURUSAN BENCANA NEGARA (NADMA) KE JUPEM

Delegasi dari Agensi Pengurusan Bencana Kawalan Bencana Negara (NDCC); Puan Mazilah binti
Negara (NADMA) yang diketuai oleh YBhg. Mohamad Amin, Ketua Penolong Pengarah, Seksyen
Datuk Khairul Shahril bin Idrus, Timbalan Ketua Teknologi Maklumat (ICT); Puan Che Siti Noor Koh
Pengarah, Bahagian Pengurusan Pasca Bencana Poh Lee @ Che Mamat, Ketua Penolong Pengarah,
telah mengadakan kunjungan hormat kepada YBrs. Seksyen Mitigasi dan Encik Adiratna Wira bin Adnan,
Sr Sohaime bin Haji Rasidi, Timbalan Ketua Pengarah Penolong Pengarah Kanan, Seksyen Teknikal dan
Ukur dan Pemetaan I pada 30 November 2021. Infrastruktur.

Kehadiran delegasi dari NADMA ini turut disambut oleh Delegasi NADMA tersebut telah diberikan taklimat
YBrs. Sr Hj. Mohammad Zaki bin Mohd Ghazali, Timbalan berkenaan Web Service MyGeoserve yang telah
Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan II; YBrs. Brig Jen disampaikan oleh Sr Mohamed Sofian bin Abu Talib,
Sr Dr Mohd Zambri bin Mohamad Rabab, Pengarah Pengarah Ukur Bahagian (Pangkalan Data Geospatial
Bahagian (Geospatial Pertahanan); Sr Mohamed Sofian Negara) dan pembentangan Web Service Defence
bin Abu Talib, Pengarah Ukur Bahagian (Pangkalan Geospatial Information Management (DGIM) yang
Data Geospatial Negara) dan pegawai-pegawai disampaikan oleh Lt. Kol. Norazlin bin Pamuji, Pengarah
kanan yang lain. Delegasi dari NADMA turut dihadiri Seksyen, Bahagian Geospatial Pertahanan.
oleh Encik Nazaruddin bin Sharaai, Pengarah Pusat

52 Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia//www.jupem.gov.my

17 DISEMBER 2021 bersamaan 12 JAMADILAWAL 1443 H

KUNJUNGAN HORMAT TIMBALAN KETUA PENGARAH UKUR DAN
PEMETAAN I, JABATAN UKUR DAN PEMETAAN MALAYSIA KEPADA
SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI PERLIS

YBrs. Sr Sohaime bin Haji Rasidi, Timbalan Ketua
Pengarah Ukur dan Pemetaan I telah mengadakan
kunjungan hormat kepada Setiausaha Kerajaan
Negeri Perlis, YB Tuan Azman bin Mohd Yusof di Pejabat
beliau pada 17 Disember 2021. Kunjungan hormat YBrs.
TKPUP I ini turut diiringi oleh Sr Muhammad Husaini bin
Ya’cob, Pengarah Ukur dan Pemetaan Negeri Perlis;
Sr Rabiulkhair bin Mohd Nor, Pengarah Ukur Seksyen
(Pengurusan Korporat) serta Sr Mohd Fairuz bin Ishak,
Pegawai Khas KPUP.
Dalam sesi kunjungan hormat ini, YBrs. TKPUP I turut
memberi taklimat ringkas kepada YB Tuan Azman bin
Mohd Yusof berkaitan kemajuan pengukuran sempadan
darat, status projek-projek pembangunan RMk-12 serta
lain-lain kemajuan aktiviti pengukuran di Negeri Perlis.
Di samping itu, YBrs. Tuan TKPUP I turut menerangkan
beberapa produk dan perkhidmatan JUPEM seperti Portal
MyGeoserve, Portal AlamatXY dan Peraturan Tetap
Operasi (PTO) Bencana kepada YB SUK Perlis. Pada
akhir kunjungan, YBrs. Tuan TKPUP I dan YB SUK Perlis
telah bertukar cenderamata sebagai tanda ingatan dan
terima kasih bagi kedua-dua pihak.

Berita Ukur 83 53

54 Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia//www.jupem.gov.my

Lawatan Kerja

Berita Ukur 83 55

LAWATAN KERJA RASMI YBHG. DATO’ SR DR. AZHARI BIN MOHAMED,
KETUA PENGARAH UKUR DAN PEMETAAN MALAYSIA KE NEGERI
KELANTAN

5 OKTOBER 2021 bersamaan 28 SAFAR 1443 H

YBhg. Dato’ Sr Dr. Azhari bin Mohamed, Ketua Total Station model TOPCON GPT3005W dari JUPEM
Pengarah Ukur dan Pemetaan Malaysia telah Kelantan. Lawatan YBhg. Dato’ KPUP diteruskan ke
mengadakan sesi lawatan kerja rasmi ke Pejabat Muzium Kuala Krai bagi menyerahkan poster YBhg.
Tanah dan Jajahan Kuala Krai, Kelantan. YBhg. Dato’ Dato’ KPUP sebagai anak Kuala Krai yang berjaya
KPUP turut diiringi oleh YBhg. Datuk Sr Haji Ismail membuktikan pelbagai kejayaan. Selepas itu, satu
bin Harun, Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Jurukur lawatan sekalung kasih daripada YBhg. Dato’ KPUP
Tanah Malaysia (LJT) dan Sr Hj. Fadzullah Suhaimi dan YBhg. Datin kepada balu Allahyarham Sr Mohd
bin Abd Ghafar, Pengarah Ukur dan Pemetaan Negeri Tabaruni bin Ibrahim, mantan Pengarah Ukur Seksyen
Kelantan dan pegawai-pegawai lain. Penawanan Data, Bahagian Pemetaan Topografi Sabah
telah diadakan di kediaman di Machang.
Kehadiran YBhg. Dato’ KPUP turut disambut oleh
YM Tengku Haji Ab Rahman bin Tuan Yunus, Ketua Allahyarham Sr Mohd Tabaruni telah kembali ke
Jajahan Kuala Krai, Kelantan dan pegawai-pegawai rahmatullah pada 7 Ogos 2021 akibat komplikasi
Pejabat Tanah dan Jajahan Kuala Krai. Pada masa COVID-19 dan meninggalkan seorang balu, Puan
yang sama, YBhg. Dato’ KPUP turut berkesempatan Zawiyah binti Ismail dan empat orang anak.
untuk menyampaikan sumbangan sebuah alat ukur

56 Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia//www.jupem.gov.my

Berita Ukur 83 57

LAWATAN KERJA YBRS. SR
SOHAIME BIN HAJI RASIDI,
TIMBALAN KETUA PENGARAH
UKUR DAN PEMETAAN I KE
JUPEM PERLIS SERTA LAWATAN
TEKNIKAL KE TANDA SEMPADAN
NEGERI ANTARA PERLIS DAN
KEDAH

1 NOVEMBER 2021 bersamaan
25 RABIULAWAL 1443 H

YBrs. Sr Sohaime bin Haji Rasidi, Timbalan Ketua
Pengarah Ukur dan Pemetaan I telah mengadakan
lawatan kerja rasmi ke Tanda Sempadan British-Siam
di Semantol,Frontier Pillar di Bukit Tunggal dan Sempadan
Tiga Negeri Perak, Pulau Pinang dan Kedah. Tujuan
utama lawatan kerja rasmi YBrs. TKPUP I ini adalah untuk
memastikan tanda sempadan bersejarah ini dijaga dan
dipelihara dengan baik. Tanda-tanda sempadan ini juga
merupakan sejarah perjanjian sempadan antara Negeri
Perak dan Pulau Pinang yang telah ditandatangani antara
British dan Siam pada 1869.

Turut hadir dalam lawatan rasmi ini ialah YBrs. Sr Hj. Wan
Mohamad Darani bin Ab. Rahman, Pengarah Ukur Bahagian
(Dasar dan Penyelarasan Pemetaan); Sr Mohamed Sofian
bin Abu Talib, Pengarah Ukur Bahagian (Pangkalan Data
Geospatial Negara); Sr Zulkafli bin Chihat, Pengarah Ukur
Bahagian (Kartografi dan GIS) dan Sr Hj. Mohamad Azmar
bin Che Mat, Pengarah Ukur dan Pemetaan Negeri Kedah.
Pada sesi lawatan YBrs. Sr Sohaime bin Haji Rasidi dan
ahli rombongan turut diberi taklimat secara ringkas oleh
Sr Adam Muslim bin Che Sulaiman, Timbalan Pengarah
Ukur dan Pemetaan II, JUPEM Pulau Pinang berkaitan
status pemuliharaan Batu Sempadan British-Siam yang
telah dipulihara oleh Majlis Bandaraya Seberang Perai
dan status pengukuran sempadan Negeri Kedah-Pulau
Pinang dan Sempadan Tiga Negeri iaitu Negeri Perak,
Pulau Pinang dan Kedah.

58 Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia//www.jupem.gov.my

LAWATAN KERJA YBRS. SR SOHAIME BIN HAJI RASIDI, TIMBALAN
KETUA PENGARAH UKUR DAN PEMETAAN I KE JUPEM PERLIS
SERTA LAWATAN TEKNIKAL KE TANDA SEMPADAN NEGERI
ANTARA PERLIS DAN KEDAH

16 DISEMBER 2021 bersamaan 11 JAMADILAWAL 1443 H

S atu lawatan rasmi ke Jabatan Ukur dan dua negeri tersebut dijaga dan dipelihara dengan
Pemetaan Perlis oleh YBrs. Sr Sohaime bin baik. Sempadan di antara Perlis-Kedah adalah
Haji Rasidi, Timbalan Ketua Pengarah Ukur berdasarkan kepada “Federation of Malaya
dan Pemetaan I telah disambut oleh Sr Husaini Goverment Gazette” yang telah diwartakan

bin Ya’cob, Pengarah Ukur dan Pemetaan Perlis oleh kerajaan negeri Kedah pada tahun 1953

serta pegawai-pegawai lain. Turut hadir dalam manakala kerajaan negeri Perlis pada 1954.

lawatan ini ialah Sr Rabiulkhair bin Mohd Nor, Jarak keseluruhan jajaran sempadan Perlis-

Pengarah Ukur Seksyen (Pengurusan Korporat) Kedah secara anggaran ialah 40.5km.

serta YBrs. Puan Salwa binti Sa’dom, Timbalan

Pengerusi 1, PUSPANITA JUPEM. Tanda-tanda sempadan tersebut terdiri daripada

Point A, B dan C yang terletak di kawasan Kuala

Tujuan utama lawatan rasmi YBrs. TKPUP I adalah Sanglang iaitu antara Sungai Kobah dan Sungai

untuk memantau pengurusan JUPEM Negeri, Sanglang. Semua ahli rombongan turut diberi

pencapaian SKT serta aktiviti-aktiviti di JUPEM taklimat secara ringkas oleh Sr Lai Wooi Kent ,

Perlis. Seterusnya, YBrs. TKPUP I telah mengadakan Juruukur Daerah JUPEM Perlis berkaitan dengan

l a w a t a n t e k n i k a l k e Ta n d a S e m p a d a n N e g e r i status pengukuran sempadan Dua Negeri iaitu

antara Perlis dan Kedah. Tujuan utama lawatan Perlis dan Kedah.

teknikal YBrs. TKPUP I ini adalah untuk melihat

secara dekat dan memastikan tanda sempadan

Berita Ukur 83 59

Audit dijalankan secara atas talian

AUDIT PENSIJILAN QE/5S IBU PEJABAT JUPEM TAHUN 2021

18 OKTOBER 2021 bersamaan 11 RABIULAWAL 1443 H

Audit Pensijilan semula Amalan Persekitaran
Berkualiti (QE/5S) kali ke-11 telah dijalankan
pada 18 Oktober 2021 oleh Puan Jayaletchumi
a/p Krishnan daripada Perbadanan Produktiviti
Malaysia (MPC). Kaedah pengauditan pada
kali ini adalah secara atas talian bersama-
sama Jawatankuasa Kecil dan Pihak Urus Setia
QE/5S. Skop audit pensijilan melibatkan semakan
dokumentasi pelaksanaan QE/5S di Ibu Pejabat
JUPEM.
Pihak MPC telah bersetuju untuk mengesyorkan
pembaharuan sijil QE/5S Ibu Pejabat JUPEM
bagi Tahun 2021/2022. Syabas dan terima kasih
diucapkan kepada Pihak Pengurusan, barisan
Urus Setia, semua Ahli Jawatankuasa Induk
QE/5S serta semua pegawai dan kakitangan yang
bekerjasama menjayakan amalan QE/5S sehingga
berjaya dipersijilkan semula.

60 Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia//www.jupem.gov.my

Antara Pegawai Kanan JUPEM yang hadir

MESYUARAT MAJLIS BERSAMA JABATAN (MBJ) JABATAN UKUR
DAN PEMETAAN MALAYSIA BILANGAN 3 TAHUN 2021

9 NOVEMBER 2021 bersamaan 4 RABIULAKHIR 1443 H

Mesyuarat Majlis Bersama Jabatan (MBJ) Bilangan perkara berbangkit dan menyelesaikan isu-isu pihak
3 Tahun 2021 telah diadakan pada 9 November pekerja yang meliputi semua perkara yang berkaitan
2021 bertempat di Bilik Persidangan, Tingkat sistem kerja, pentadbiran, kebajikan, kewangan dan
15, Wisma JUPEM dan telah dipengerusikan oleh YBrs. perkhidmatan, kecuali perkara-perkara yang menyentuh
Sr Sohaime bin Hj. Rasidi, Timbalan Ketua Pengarah dasar kerajaan atau hal-hal perseorangan. Selain
Ukur dan Pemetaan I. Turut hadir bersama YBrs. Sr menyelesaikan semua isu yang dibangkitkan, ahli-ahli
Hj. Mohammad Zaki bin Ghazali, Timbalan Ketua MBJ turut berperanan menyumbang idea-idea inovasi
Pengarah Ukur dan Pemetaan II serta ahli-ahli bagi dan produktiviti berkaitan tadbir urus jabatan bagi
Pihak Pegawai dan Pihak Pekerja. Tujuan mesyuarat memastikan peningkatan prestasi secara berterusan.
ini diadakan adalah untuk membincangakan perkara-

Berita Ukur 83 61

24 NOVEMBER 2021 bersamaan 19 RABIULAKHIR 1443 H

AGIHAN BUBUR MERAH PUTIH SEMPENA
MAULIDUR RASUL

Sempena Sambutan Maulidur Rasul,
PUSPANITA JUPEM telah mengadakan
Program Agihan Bubur Merah Putih 24
November 2021. Simbolik penyerahan tersebut
telah disempurnakan oleh Puan Salwah binti
Sadom, Timbalan Pengerusi I, PUSPANITA
JUPEM. dan diserahkan kepada setiap wakil
bahagian masing-masing. Sebanyak 800
bungkusan telah diagihkan kepada warga
JUPEM.

62 Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia//www.jupem.gov.my

PUSPANITA

11 OKTOBER 2021 bersamaan 4 RABIULAWAL 1443 H

MAJLIS LAMBAIAN KASIH
SANJUNG BUDI

PUSPANITA JUPEM telah mengadakan Majlis Lambaian
Kasih Sanjungan Budi pada 11 Oktober 2021 sempena
persaraan Pengerusi PUSPANITA JUPEM iaitu YBg. Datin
Hajah Hindon binti Osman. Majlis ini telah diadakan di Tingkat
15, Wisma JUPEM dan turut dihadiri oleh Puan Salwah binti
Sadom dan Puan Yusmaniah binti Yusof, Timbalan Pengerusi
PUSPANITA JUPEM I dan II serta ahli-ahli PUSPANITA JUPEM.
Antara pengisian program adalah ucapan perpisahan oleh
YBhg. Datin Pengerusi dengan memberi nasihat serta kata-
kata semangat kepada Ahli PUSPANITA JUPEM. Penyampaian
Cenderahati kepada YBhg. Datin dan sesi bergambar. Semua
Ahli PUSPANITA JUPEM mengucapkan Selamat Bersara
kepada YBhg. Datin Hajah Hindon binti Osman dan YBhg.
Dato Sr Azhari bin Mohamed. Majlis berjalan dengan lancar
dengan mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang
telah ditetapkan.

Berita Ukur 83 63

64 Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia//www.jupem.gov.my

PUSPANITA

7 DISEMBER 2021 bersamaan 2 JAMADILAWAL 1443 H

CERAMAH WANITA DAN KESIHATAN
MENTAL

Sesi ceramah bertajuk wanita dan kesihatan
mental anjuran bersama PUSPANITA
JUPEM dan PUSPANITA KeTSA telah
diadakan pada 7 Disember 2021 bertempat di
bilik persidangan tingkat 15, Wisma JUPEM.
Ceramah telah disampaikan oleh Puan Anita
Abu Bakar, Pengasas dan Presiden Mental
Illness and Awareness Support Association
(MIASA). Turut berlangsung sesi penyampaian
cenderahati bagi anak-anak ahli PUSPANITA
JUPEM yang cemerlang dalam SPM dan
STPM. Penyampaian cenderahati ini telah
disempurnakan oleh Puan Salwah binti Sadom,
Timbalan Pengerusi I, PUSPANITA JUPEM.

Berita Ukur 83 65

27 DISEMBER 2021 bersamaan 22 JAMADILAWAL 1443 H

HARI GRADUASI TASKA PERMATA JUPEM

Taska Permata JUPEM telah menganjurkan
Hari Graduasi bagi meraikan anak-
anak TASKA Permata JUPEM yang
telah tamat pengajian di taska. Seramai 14
orang anak-anak yang berumur 4 tahun telah
diraikan di majlis ini. Penyampaian sijil dan
cenderahati telah disempurnakan oleh Puan
Salwah bin Sadom, Timbalan Pengerusi I,
PUSPANITA JUPEM.

66 Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia//www.jupem.gov.my

PUSPANITA

Berita Ukur 83 67

Aktiviti -Aktiviti
Negeri / Bahagian

Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia

68 Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia//www.jupem.gov.my

JUPEM KEDAH

Sr Hj. Mohamad Azmar bin Che Mat, Pengarah Ukur dan
Pemetaan Negeri Kedah telah dijemput sebagai tetamu
bagi bicarawara@KEDAHfm dengan topik Peranan Jabatan
Ukur dan Pemetaan Negeri Kedah Berkaitan Pengurusan
Bencana. Bicarawara ini telah berlangsung pada 6 Oktober
2021, dimana bicarawara ini diadakan secara atas talian.

Scan Disini Untuk
Mendengar Bicarawara

Sr Hj. Mohamad Azmar Che Mat, Pengarah Ukur dan Pemetaan
Negeri Kedah telah mengadakan kunjungan hormat ke atas
Dato’ Paduka Ammar Dato’ Shaikh Mahmood Naim, Setiausaha
Kerajaan Negeri Kedah di Wisma Darul Aman pada 28 Oktober
2021.

Pertemuan ringkas ini bertujuan mengenalpasti peluang
kerjasama di antara JUPEM Negeri dengan Kerajaan Negeri
Kedah dalam memberi perkhidmatan ukur kadaster dan
pemetaan, penyebaran maklumat geospatial yang berkualiti
mengikut standard yang ditetapkan dan turut berusaha dalam
penambahbaikan bagi memenuhi kehendak rakyat. Hadir sama
Mohd Khairani Md Yusop, Juruukur Daerah Kedah Utara.

Penyampaian Sumbangan dan Cenderahati oleh
Kelab Sukan dan Kebajikan JUPEM Kedah kepada
7 orang staf Pejabat Ukur Daerah Kedah Utara yang
terjejas akibat kejadian banjir telah diadakan pada
22 November 2021. Sumbangan disampaikan oleh
Sr Hj. Mohamad Azmar bin Che Mat, Pengarah
Ukur dan Pemetaan Negeri Kedah. Turut hadir
bersama Sr Shazlin binti Omar, Juruukur Daerah
Kedah Utara; Encik Ahmad Rosli bin Bahari, Ketua
Seksyen Kadaster Pelbagai dan Encik Ahmad
Mahadi bin Ahmad Tajudin, Penolong Juruukur
Daerah Kedah Utara.

Berita Ukur 83 69

BAHAGIAN PEMETAAN UTILITI

Bahagian Pemetaan Utiliti (BPU), JUPEM telah Latihan Lanjutan Pembangunan Pusat Panggilan Setempat
dijemput oleh Institut Tanah dan Ukur Negara (Call Centre) telah diadakan pada 29 hingga 31 Oktober
(INSTUN) untuk mengadakan lawatan teknikal 2021 bertempat di Hotel The Pines Melaka. Objektif latihan
bersama bertempat di ILSAS-TNB Integrated ini adalah untuk memberi penerangan dan pendedahan
Learning Solution, Bangi pada 11 November 2021. kepada warga kerja Bahagian Pemetaan Utiliti (BPU) yang
Tujuan lawatan teknikal ini adalah mengadakan terlibat dengan Pusat Panggilan Setempat (Call Centre).
perbincangan berkaitan modul pengajaran yang
akan diberikan oleh INSTUN kepada pihak Juruukur Latihan yang berlangsung selama 3 hari 2 malam ini
Tanah Berlesen dan kontraktor-kontraktor TNB telah disertai seramai 15 pegawai yang terdiri daripada
berkaitan pemetaan utiliti. pelbagai gred jawatan di BPU yang akan menggalas
tugas sebagai operator di Pusat Panggilan Setempat
Sesi lawatan dari Bahagian Pemetaan Utiliti diketuai BPU. Latihan ini dikendalikan oleh Encik Mohd Azad
oleh Sr Zurina binti Ahmad, Penolong Pengarah Ukur Jasmi dari TIC Advance & Performance Driving Academy
dan sesi ini dimulai dengan ucapan aluan oleh Ir. telah dilaksanakan melalui pelbagai kaedah seperti sesi
Yeoh Chien Wern, Head Asset Management Training ceramah, Latihan Dalam Kumpulan (LDK), sesi interaktif
& Engineering Consultancy. Lawatan diteruskan dan juga sesi simulasi.
dengan meninjau simulator operasi substation 11kV
di dewan latihan dan taklimat ringkas diberikan oleh
pegawai jurutera dan pegawai latihan yang terlibat.

Pada 15 Oktober 2021, Bahagian Pemetaan
Utiliti (BPU) telah mengadakan majlis setulus
budi sekalung ingatan sempena pertukaran serta
kenaikan pangkat Pengarah Ukur Bahagian
Pemetaan Utiliti, YBrs. Sr Azlim Khan bin
Abdul Raof Khan sebagai Pengarah Ukur
dan Pemetaan Pahang berkuat kuasa pada
15 Oktober 2021. Majlis ini telah diadakan
di Dewan Makan Tingkat 15, Wisma JUPEM

70 Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia//www.jupem.gov.my

BAHAGIAN PEMETAAN UTILITI

Pada 2 Disember 2021, Bahagian Pemetaan Utiliti
(BPU) telah mengadakan sesi perbincangan serta
taklimat bersama delegasi Petronas Gas Berhad
yang diketuai oleh YBrs. Puan D. Dahryna binti
Mohd Yunos serta diiringi oleh tiga pegawai kanan
iaitu Encik Mohd Khusyairy Dzaki, Encik M. Adib
Ahmad Maher dan Encik Muhammad Qamar Najmi
bin Kamaruzaman di Bilik Mesyuarat BPU, Tingkat
4, Bangunan Ukur. Kehadiran delegasi Petronas
Gas Berhad telah disambut oleh YBrs. Sr Abd
Rahman bin Mohd Jazuli @ Mahmood, Pengarah
Ukur Bahagian (Pemetaan Utiliti) dan pegawai-
pegawai kanan BPU.

Tujuan sesi perbincangan serta taklimat ini adalah
untuk memberi penerangan lebih lanjut mengenai
carta alir proses kerja ukur pepasangan dan
pengesanan utiliti bawah tanah. Sesi taklimat ini
telah disampaikan oleh YBrs. Sr Abd Rahman bin
Mohd Jazuli @ Mahmood, Pengarah Ukur Bahagian
(Pemetaan Utiliti).

Pada 17 November 2021, Bahagian Pemetaan Utiliti (BPU) Pada 29 November 2021, Bahagian Pemetaan Utiliti
telah menerima kunjungan daripada delegasi Koridor (BPU) yang diketuai oleh Pengarah Ukur Bahagian
Utiliti Selangor (KUSEL) yang diketuai oleh YBrs. Gs. (Pemetaan Utiliti), YBrs. Sr Abd Rahman bin Mohd
Edie Suradi bin Abd Wahid, Ketua Perancang Bandar dan Jazuli @ Mahmood serta empat orang Pegawai
YBrs. Encik Zulkefli bin Mohd Nani, Ketua Pembangunan BPU telah mengadakan suatu sesi lawatan ke
Koridor serta diiringi oleh tiga pegawai kanan KUSEL Pusat Kalibrasi Peralatan Pengesanan Utiliti Bawah
bertempat di Bilik Mesyuarat BPU, Tingkat 4, Bangunan Tanah INSTUN serta mengadakan perbincangan
Ukur. Kehadiran delegasi KUSEL telah disambut oleh YBrs. bersama Bahagian Ukur dan Pemetaan, INSTUN
Sr Abd Rahman bin Mohd Jazuli @ Mahmood, Pengarah berkenaan hal-hal berkaitan pemetaan utiliti, latihan,
Ukur Bahagian (Pemetaan Utiliti) dan pegawai-pegawai kerjasama dan hal-hal lain.
kanan BPU.
Sesi perbincangan ini telah dipengerusikan oleh Sr
Dalam sesi kunjungan ini, YBrs. Sr Abd Rahman bin Ahmad Azmi bin Hashim, Ketua Bahagian Ukur dan
Mohd Jazuli @ Mahmood, Pengarah Ukur Bahagian Pemetaan INSTUN. Pembentangan secara ringkas
(Pemetaan Utiliti) telah memberi ucapan alu-aluan serta mengenai Pusat Kalibrasi Peralatan Pengesanan
taklimat ringkas berkaitan latar belakang dan peranan Utiliti Bawah Tanah INSTUN dan berkaitan program
JUPEM khususnya dalam bidang pemetaan utiliti bawah latihan pemetaan utiliti di INSTUN telah dibentangkan
tanah. Selain itu, Sr Mohd Zakaria bin Gzazali, Puan oleh Sr Muhammad Aizuddin bin Nor Hasnan dari
Junita binti Emran dan Encik Mohd Esaini bin Musa dari Seksyen Kadaster, Unit Pemetaan Utiliti Bawah
Seksyen Naziran dan Pembangunan Pangkalan Data turut Tanah, Bahagian Ukur dan Pemetaan INSTUN.
memberi taklimat berkaitan projek Pangkalan Data Utiliti
Kebangsaan (PADU), Pusat Panggilan Setempat (Call
Centre) dan Portal Augmented Reality for Underground
Utility Mapping System (ARUUMS).

Berita Ukur 83 71

BAHAGIAN PEMETAAN UTILITI Program Attachment Juruukur Institut Tanah dan
Ukur Negara (INSTUN) ke Bahagian Pemetaan
Pada 6 Disember 2021, Bahagian Pemetaan Utiliti Utiliti (BPU) telah dilaksanakan pada 7 hingga 8
(BPU) telah menerima lawatan daripada Jabatan Disember 2021 di mana dua Juruukur dari Seksyen
Perhilitan Semenanjung Malaysia yang diketuai Kadaster, Bahagian Ukur dan Pemetaan INSTUN
oleh YBrs. Encik Mohd Taufik bin Abd. Rahman, iaitu Sr Muhammad Aizuddin bin Nor Hasnan
Pengarah Bahagian Konservasi Hidupan Liar dan Sr Abdul Fatah bin Ibrahim telah terlibat bagi
serta diiringi oleh empat pegawai kanan Jabatan program ini.
PERHILITAN bertempat di Bilik Mesyuarat BPU,
Tingkat 4, Bangunan Ukur. Tujuan program ini adalah untuk memberi pendedahan
kepada Juruukur baharu dari INSTUN berkaitan
Tujuan sesi lawatan ini adalah untuk mendapatkan proses kerja hakiki di BPU di samping mendalami
penerangan dan maklumat lanjut berkenaan Pusat proses kerja berkaitan pemetaan utiliti.
Panggilan Setempat (Call Centre) BPU kerana
Jabatan PERHILITAN akan membangunkan bilik
kawalan pemantauan berpusat bagi hidupan liar
pada tahun 2022. Sesi taklimat berkaitan projek
Pembangunan Pusat Panggilan Setempat (Call
Centre) telah disampaikan oleh Sr Mohd Zakaria
bin Gzazali, Penolong Pengarah Ukur Seksyen
Naziran dan Pembangunan Pangkalan Data.

Pada 20 dan 26 Disember 2021, wakil dari Bahagian Pemetaan Utiliti, Sr
Clement Ting Pang Kui dan Sr Mohd Zakaria bin Gzazali telah mengadakan
lawatan ke kediaman dua pegawai BPU yang telah terjejas akibat banjir
iaitu Encik Mukbirun bin Jumladun, Pembantu Awam H11 yang menetap
di Kg. Melayu Subang, Sungai Buloh dan Encik Nazri Hairi bin Sulong
Ahmad, Pembantu Awam H14 yang menetap di Kampung Ismail, Seremban.

Lawatan ini diadakan bertujuan untuk menghulurkan sedikit sumbangan
serta memberi sokongan moral atas kesulitan yang dialami ekoran musibah
banjir yang melanda pada ketika ini.

72 Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia//www.jupem.gov.my

BAHAGIAN DASAR DAN PENYELARASAN PEMETAAN

Pada 27 dan 28 November 2021, YBrs. Sr Sohaime bin Hj. Rasidi, Timbalan
Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan I, JUPEM telah menyertai lawatan ke
Miri, Sarawak bagi pemantauan projek-projek pembangunan JUPEM yang
melibatkan Projek Perkhidmatan Data Interferometric Synthetic Aperture
Radar (IFSAR) sebahagian Sarawak & Pulau-pulau di sekelilingnya, Projek
Perkhidmatan Pengekstrakan Fitur Secara Automatik bagi Pemetaan
Peta Bandar Fasa 1 dan Projek Penentuan dan Pengukuran Sempadan
Antarabangsa (Darat dan Maritim) Malaysia dengan Brunei Fasa III.
Tujuan lawatan ini adalah untuk memastikan pelaksanaan projek-projek
pembangunan Jabatan mengikut jadual fizikal dan kewangan.
Delegasi lawatan ini telah disertai oleh 14 orang pegawai yang terdiri daripada
JUPEM, Kementerian Tenaga & Sumber Asli, Unit Perancang Ekonomi dan
Kementerian Kewangan Malaysia serta diketuai oleh Sr Sohaime bin Hj.
Rasidi selaku Timbalan Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan I. JUPEM
telah berpeluang berkongsi pengalaman dan pendedahan kepada pegawai-
pegawai Agensi Pusat mengenai pelaksanaan skop kerja bagi penentuan
dan pengukuran sempadan antarabangsa (darat dan maritim) Malaysia
dengan negara-negara jiran.
Selain itu, lawatan ini juga turut membantu pihak JUPEM dalam memberi
kefahaman kepada agensi teknikal mengenai projek-projek JUPEM. Hal
ini adalah bagi memudahkan agensi-agensi terlibat membuat permohonan
bagi notis perubahan (NOC) projek dan sebagainya agar dapat dilaksanakan
mengikut keperluan semasa.
Pihak JUPEM berharap agar lawatan seumpama ini dapat memberikan
satu pendedahan baru dan gambaran sebenar mengenai projek-projek
pelaksanaan di bawah jabatan. Cabaran yang pelbagai telah menjadi asam
garam oleh seluruh Warga JUPEM bagi memelihara kedaulatan negara
dan menjamin kesejahteraan rakyat Malaysia.

Berita Ukur 83 73

JUPEM PULAU PINANG

Lawatan Pengarah Ukur dan Pemetaan
Pulau Pinang ke Stor Batu Sempadan
dan Kuarters JUPEM Pulau Pinang di
Batu Uban, Gelugor pada 4 Oktober
2021. Turut hadir bersama wakil
Juruukur Daerah iaitu Sr Nur Liyana
binti Othman, En. Ahmad Firdaus bin
Mohamad dan En. Mohamad Zuber
bin Rose.

Satu sebutharga perkhidmatan ICT telah dilakukan
oleh JUPEM Pulau Pinang yang merangkumi tempoh
pelaksanaan 6 bulan, bermula Jun-November
2021. Sebutharga ini didaftarkan dan diuruskan
secara bersistem iaitu melalui ePerolehan. Kontrak
sebutharga ini telah disemak dan diluluskan oleh
Penasihat Undang-undang Ibu Pejabat JUPEM
sebelum daftarkan ke dalam sistem. Proses
mentauliahkan sebutharga ini telah dikawalselia oleh
sistem ePerolehan dan telah menjalani penilaian
jawatankuasa-jawatankuasa yang diperuntukkan,
seperti yang ditetapkan oleh tatacara perolehan.

Bahagian Kadaster dan Artanis Cloud Sdn Bhd
telah melaksanakan sesi Final Acceptance Test
(FAT) secara fizikal di JUPEM Pulau Pinang pada
26 dan 27 Oktober 2021. Tujuan FAT secara
fizikal ini dijalankan adalah untuk memastikan
semua aplikasi modul yang dibangunkan secara
multiplatform (MP) dan modul-modul lain yang
terlibat dalam tender ini berfungsi sepenuhnya
sebelum ia diberi pentauliahan oleh Jabatan.

Diantara modul-modul yang terlibat dan diadakan
pengujian pada sesi FAT ini adalah JUPEM2U
(MP), CSRS (MP), SUM (MP), eMON STATE
(MP), eSUPPORT (MP), ePKI (MP) dan ISIN.
Kesemua modul-modul yang diuji telah lulus
dengan pengesahan daripada setiap penguji dari
JUPEM P.Pinang melalui Test Script yang telah
disediakan oleh pihak kontraktor yang dilantik.

74 Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia//www.jupem.gov.my

JUPEM PULAU PINANG

Pada 28 Oktober 2021 telah diadakan Majlis
Penyampaian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang/
Khidmat Setia 2020 JUPEM Pulau Pinang. Majlis
diadakan bagi meraikan kakitangan JUPEM Pulau
Pinang yang telah di anugerahkan Perkhidmatan
Cemerlang bagi tahun 2020 dan Anugerah Khidmat
Setia kerana telah berkhidmat melebihi 35 tahun
di JUPEM.Penyampaian sijil telah disempurnakan
oleh Sr Hj . Muhammad Salim bin Mohammed Asari,
Mantan Pengarah Ukur dan Pemetaan Negeri Pulau
Pinang. Seramai sembilan orang pegawai telah
menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang dan
seorang telah menerima Anugerah Khidmat Setia.

Pada 28 Oktober 2021 telah diadakan Majlis
Jasamu Dikenang 2021 sempena Persaraan dan
Pertukaran bertempat di Pejabat Ukur Daerah Pulau
Pinang. Majlis diadakan bagi meraikan kakitangan
JUPEM Pulau Pinang yang telah dan akan bersara
wajib bagi tahun 2021 serta pegawai-pegawai
yang telah bertukar. Pegawai yang bersara wajib
adalah Cik Hajah Hafsah binti Abdullah dan Cik
Leang Yoot Oi. Manakala pegawai yang bertukar
adalah Sr Hj. Muhammad Salim bin Mohammed
Asari di atas kenaikan pangkat ke JUSA C sebagai
Pengarah Ukur Bahagian ( Kadaster); Sr Mohamad
Makros bin Rasimin ke Bahagian (Kadaster) Ibu
Pejabat dan Puan Siti Rohana binti Jamaludin ke
JUPEM Kedah. Penyampaian cenderahati telah
disempurnakan oleh Sr Shaffri bin Baudi, Pengarah
Ukur dan Pemetaan Negeri Pulau Pinang.

Hari Sukan Negara 2021 Peringkat JUPEM Pulau Pinang
telah dilancarkan pada 09 Oktober 2021 secara maya
dan Majlis Penutup & Penyampaian Hadiah Sempena
Hari Sukan Negara 2021 Peringkat JUPEM Pulau
Pinang pula telah diadakan pada 03 Disember 2021
bertempat di Pejabat Ukur Daerah Pulau Pinang yang
telah disempurnakan oleh Sr Shaffri bin Baudi, Pengarah
Ukur dan Pemetaan Negeri Pulau Pinang merangkap
Yang DiPertua Kelab Sukan dan Kebajikan JUPEM
Pulau Pinang.

Sempena Hari Sukan Negara 2021, JUPEM Pulau
Pinang buat julung kalinya telah menganjurkan 2 acara
yang berlangsung secara hybrid, dalam norma baharu
akibat pendemik yang melanda negara, iaitu Virtual Run
3 km dan Fun Ride 5 km. Tahniah diucapkan kepada
semua kerana telah berjaya menyertainya dan berjaya
menamatkan kedua-dua acara yang telah berlangsung
dari 9 Oktober sehingga 24 Oktober 2021 yang lalu.

Berita Ukur 83 75

JUPEM JOHOR

JUPEM Johor telah menerima kunjungan daripada
Jemaah Nazir Johor Bahru pada 28 November
2021 yang diadakan di bilik Zon Pulau Rawa.
Program ini telah dimulakan pada jam 9.30 pagi.
Taklimat EKSA JUPEM Johor telah disampaikan
oleh Encik Zulhilmi bin Che Abdullah dan diikuti
dengan sesi perbincangan.

Selesai daripada sesi perbincangan itu, diadakan
sesi minum pagi dan seterusnya lawatan pihak
Jemaah Nazir ke Zon Pulau Aur dan Zon Pulau
Rawa dengan diiringi oleh wakil setiap jawatankuasa
induk. Pada akhir program ini, diadakan sesi
bergambar kenang-kenangan antara pihak Nazir
Johor Bahru dengan pihak JUPEM Johor dan
program ini berakhir tepat jam 12 tengahari.

Pada 12 hingga 16 Disember 2021, telah
diadakan sukan dalaman Zon Pulau
Aur di Tingkat 8 JUPEM Johor sebagai
salah satu persiapan untuk Hari Sukan
Kelab Sukan dan Kebajikan JUPEM
Johor (KSKJUJ) yang akan diadakan
pada awal tahun 2022 akan datang.
Aktiviti ini telah berlangsung selama
seminggu dan dijalankan pada waktu
rehat. Antara sukan dalaman yang
dipertandingkan ialah Karom, Damak,
Dam Aji, dan Congkak.

76 Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia//www.jupem.gov.my

PUSPANITA JUPEM Johor telah JUPEM JOHOR
mengadakan Hari Sukan PUSPANITA
pada 5 Disember 2021 sehingga 9 Berita Ukur 83 77
Disember 2021 yang lalu. Hari Sukan
PUSPANITA ini telah disambut meriah
di Ibu Pejabat JUPEM Johor walaupun
hanya dengan mempertandingkan
sukan dalaman seperti Karom, Dam
Aji, Congkak dan Damak.

Hari Sukan ini telah berjaya mengeratkan
lagi hubungan silaturrahim antara ahli-
ahli PUSPANITA yang kebanyakannya
terdiri daripada penjawat awam yang
telah lama atau baru sahaja ditempatkan
di JUPEM Johor.

Ibu Pejabat JUPEM Johor telah
mengadakan Program Taklimat Pegawai
Lantikan Baru Penolong Jurukur Gred
JA29 pada 15 hingga 23 Disember
2021 untuk memberi pendedahan awal
kepada pegawai lantikan baru JA29
yang berjumlah seramai 25 orang.
Pada peringkat awal, pegawai lantikan
baru ini diberikan taklimat berkaitan
bidang tugas yang dilaksanakan oleh
pelbagai seksyen yang terdapat di
JUPEM Johor ini.

Selain itu, taklimat berkaitan Kelab Sukan
dan Kebajikan JUPEM Johor (KSKJUJ),
Lembaga Pembiayaan Perumahan
Sektor Awam (LPPSA) dan perkara
lain yang bersesuaian untuk penjawat
awam baru turut diberikan. Bagi menguji
kefahaman pegawai lantikan baru
berkaitan taklimat seksyen-seksyen di
JUPEM Johor yang telah disampaikan,
Kuiz Pemantapan selama 2 jam turut
dilaksanakan di akhir program taklimat.
Program selama seminggu ini berakhir
dengan Majlis Penutupan dan bacaan
Ikrar Penjawat Awam secara beramai-
ramai di hadapan Sr. Noor Helmy bin
Noordin, Timbalan Pengarah Ukur dan
Pemetaan I.

JUPEM KELANTAN
Jabatan Ukur dan Pemetaan Kelantan telah mengadakan Kursus Pengurusan
Kewangan bersama Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK)
“Ringgit Sentap Kasi Mantap” yang bertempat di Bilik Seri Tanjung, JUPEM
Kelantan dan Bilik Mesyuarat Pejabat Jurukur Jajahan Kelantan Barat pada
24 dan 25 November 2021. Kursus ini telah dirasmikan Sr Ab Rahman bin
Mohd Zin, Timbalan pengarah Ukur dan Pemetaan I JUPEM Kelantan.
Objektif utama adalah untuk memberi pendedahan dan pengetahuan
kepada peserta dalam bidang pengurusan kewangan, cara-cara untuk
membuat perbelanjaan dan penyimpanan serta membuka minda kepada
semua perserta berkenaan pentingnya penggunaan simpanan yang betul.
Seramai 50 orang pengawai yang terlibat dari pelbagai gred dan kursus
ini disampaikan oleh Pegawai yang bertauliah daripada Agensi kaunseling
dan Pengurusan Kredit (AKPK) Kota Bharu, Kelantan.
Penganjur berharap, dengan adanya kursus seperti ini, ianya dapat
membantu pengawai JUPEM Kelantan untuk membuat pengurusan
kewangan yang betul dan mengetahui cara-cara membuat penyimpanan
serta perbelanjaan yang berhemah. Objektif kursus ini didapati mencapai
sasaran yang telah ditetapkan berdasarkan borang penilaian kursus
terhadap peserta.

78 Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia//www.jupem.gov.my

JUPEM KELANTAN

Majlis penyampaian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Kelantan. Turut hadir bersama dalam memeriahkan majlis
(APC), Anugerah Khidmat Setia (AKS) tahun 2020 ini adalah Timbalan Pengarah Ukur dan Pemetaan I,
dan Majlis Persaraan tahun 2021 telah diadakan Sr Ab Rahman bin Mohd Zin. Untuk makluman YBHg.
pada 14 Oktober 2021. Seramai 22 orang pegawai di YBrs. Sr Fadzullah bin Suhaimi juga akan bersara pada
Jabatan Ukur dan Pemetaan Kelantan, telah terpilih 31 Oktober 2021.
untuk menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang
(APC) tahun 2020 manakala terdapat 6 orang pegawai Majlis ini diadakan secara sederhana bagi mematuhi
menerima Anugerah Khidmat Setia (AKS) Tahun 2020 arahan dan langkah-langkah keselamatan Pelan Pemulihan
dan 13 orang pegawai telah dan akan bersara pada Negara (PPN) dan arahan yang telah ditetapkan oleh
tahun 2021. pihak berkuatkuasa. Syabas dan tahniah diucapkan
kepada semua penerima APC, AKS tahun 2020 serta
Pengarah Ukur dan Pemetaan Kelantan, YBrs. Tuan pesara tahun 2021 dan semoga terus cemerlang dan
Sr Hj. Fadzullah bin Suhaimi telah menyempurnakan maju jaya.
majlis ini bertempat di Bilik Mesyuarat Tanjung JUPEM

Berita Ukur 83 79

BAHAGIAN PEMETAAN TOPOGRAFI SABAH

Pada 2 Disember 2021, Bahagian
Pemetaan Topografi Sabah (BPTSabah)
telah mengadakan majlis persaraan khas
bertajuk Majlis Sanjungan Budi Lambaian
Kasih buat YBrs. Yaacub bin Yusoff,
Pengarah Ukur Bahagian (Pemetaan
Topografi Sabah) yang akan menamatkan
perkhidmatan kerana bersara wajib di
Jabatan Ukur dan Pemetaan pada 24
Disember 2021.

Majlis ini diadakan bagi menghargai segala
jasa-jasa yang telah dicurahkan oleh
beliau selama berkhidmat di Jabatan Ukur
dan Pemetaan dari tahun 1986 sehingga
sekarang dan diadakan di Tingkat 3, Bilik
Mesyuarat, Ibu Pejabat BPTSabah. Majlis
yang sederhana tetapi meriah ini turut
disertai oleh pegawai-pegawai kanan
BPTSabah, semua kakitangan Ibu Pejabat
dan kehadiran secara atas talian oleh
para pegawai Pejabat Topografi Wilayah
Sandakan dan Tawau. Berikutan negara
masih berada dalam situasi pandemik
Covid-19, atur cara majlis diadakan dengan
mengikut garis panduan yang disarankan
oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia
(KKM).

Bahagian Pemetaan Topografi Sabah ( BPTSbh) telah
menerima kunjungan rasmi Setiausaha Bahagian
Pembangunan (SUB Pembangunan), Kementerian
Tenaga dan Sumber Asli, YBrs En. Hamsha bin
Injau dalam rangka lawatan ke tapak cadangan
pembinaan Mini KeTSA bertempat di Jalan Lintas,
Penampang Sabah pada 2 Disember 2021.

Mini KeTSA merupakan cadangan sebuah bangunan
yang akan menempatkan jabatan-jabatan persekutuan
dibawah KeTSA seperti, Jabatan Ukur dan Pemetaan
Malaysia (JUPEM), Jabatan Mineral dan Geosains
(JMG), dan Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan
Galian (JKPTG). Sinergi antara jabatan-jabatan
yang terlibata secara komprehensif sebagai pusat
setempat (one stop center) yang akan memberikan
impak yang besar kepada orang awam yang
berurusan dengan jabatan-jabatan yang terlibat, di
mana pelanggan hanya perlu ke satu tempat sahaja
dan terus dapat berurusan dengan jabatan-jabatan
yang berkaitan tanpa perlu lagi pergi ke banyak
tempat untuk menyelesaikan pelbagai urusan yang
melibatkan kaitan antara jabatan-jabatan tersebut.

80 Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia//www.jupem.gov.my

Pada 21 Oktober 2021, Jabatan Ukur Dan Pemetaan Malaysia JUPEM TERENGGANU
Terengganu telah mengadakan Majlis penyampaian sijil
Anugerah Perkhidmat Cemerlang (APC) tahun 2020 kepada Pada 21 Oktober 2021, bertempat di
21 orang penerima yang telah menjalankan tugasan dengan Dewan Serbaguna, Kilang Batu Sempadan,
baik dan menunjukkan prestasi yang cemerlang sepanjang Cenering, Kuala Terengganu. JUPEM
tahun 2020 bertempat di Dewan Serbaguna, Kilang Batu Terengganu telah menganjur Majlis Jasamu
Sempadan, Cenering, Kuala Terengganu. Dikenang bagi meraikan bakal Pesara dan
Pesara JUPEM pada tahun 2021 yang
Majlis telah dirasmikan oleh Sr Rosli bin Mohammed, melibatkan 17 orang kakitangan iaitu
Pengarah Ukur dan Pemetaan Terengganu, dan seterusnya seorang Timbalan Pengarah Ukur dan
telah menyampaikan anugerah tersebut kepada penerima. Pemetaan II, seorang Penolong Jurukur
Setinggi-tinggi tahniah dan penghargaan kepada 21 orang Gred JA36, 7 orang Penolong Juruukur
penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) pada JA dan 8 orang Pembantu Awam Gred
tahun 2020. Semoga dengan pengiktirafan ini akan menyuntik H14 dimana 8 orang bersara wajib dan 9
semangat dan mencetus inspirasi kepada semua warga JUPEM orang bersara pilihan.
Terengganu, untuk berkhidmat dengan lebih cemerlang.
Majlis ini diserikan dengan tayangan
video “Jasamu Dikenang” dan cenderahati
disampaikan sendiri oleh Sr Rosli bin
Mohammed, Pengarah Ukur dan Pemetaan
Terengganu.

Seluruh warga JUPEM Terengganu
merakamkan ucapan terima kasih di atas
segala budi, jasa, bakti dan pergorbanan
yang telah disumbangkan oleh pegawai
dan kakitangan ini sepanjang berkhidmat
di JUPEM Terengganu. Selamat Bersara
dan Maju Jaya.

Pada 21 Oktober 2021, Jabatan Ukur Dan Pemetaan Majlis telah dirasmikan oleh Sr Rosli bin Mohammed,
Malaysia Terengganu telah mengadakan Majlis Pengarah Ukur dan Pemetaan Terengganu, dan
penyampaian sijil Anugerah Khidmat Setia (AKS) tahun seterusnya telah menyampaikan anugerah tersebut
2020 kepada 7 orang penerima yang telah berkhidmat kepada penerima. Setinggi-tinggi tahniah dan penghargaan
dengan JUPEM melebihi 35 Tahun 2020 bertempat di kepada 7 orang penerima Anugerah Khidmat Setia
Dewan Serbaguna, Kilang Batu Sempadan, Cenering, (AKS) pada tahun 2020.
Kuala Terengganu.

Berita Ukur 83 81

BAHAGIAN PEMETAAN TOPOGRAFI SEMENANJUNG

Pada 25 Oktober 2021, YBrs. Sr Sohaime bin Hj
Rasidi, Timbalan Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan
I telah menghadiri majlis perasmian Sesi Bengkel
Kajian Keperluan Pengguna (URS) bagi kontrak
JUPEM T7/2021 - Perolehan Perkhidmatan Data
Interferometric Synthetic Aperture Radar (IFSAR)
bagi sebahagian Sarawak dan Pulau-pulau untuk
Bahagian Pemetaan Topografi Semenanjung
bertempat di Cyberview Resort and Spa, Cyberjaya.

Turut hadir dalam majlis tersebut ialah YBrs. Sr Hj.
Mohammad Zaki bin Mohd Ghazali, Timbalan Ketua
Pengarah Ukur dan Pemetaan II; YBrs. Brig. Jen. Sr
Dr. Mohd Zambri bin Mohamad Rabab, Pengarah
Bahagian (Geospatial Pertahanan); YBrs. Sr Hj. Wan
Mohamad Darani bin Ab. Rahman, Pengarah Ukur
Bahagian (Dasar dan Penyelarasan Pemetaan); YBrs.
Sr Shabudin bin Saad, Pengarah Ukur Bahagian
(Pemetaan Topografi Semenanjung) dan YBrs. Sr
Hazri bin Hassan, Timbalan Pengarah Ukur Bahagian
(Dasar dan Penyelarasan Pemetaan).

Pada 9 Disember 2021, bertempat di Winners URS ini merupakan skop projek yang membincangkan
Bowl Taiping, Plaza Perbandaran Taiping telah secara terperinci mengenai keperluan teknikal oleh
diadakan satu kejohanan tenpin bowling Piala Pihak JUPEM yang dijalankan oleh Antaragrafik
Penolong Pengarah Ukur Pejabat Topografi Systems Sdn. Bhd. Sesi ini telah berlangsung
Wilayah Taiping. Pertandingan ini telah selama lima hari bertujuan memastikan hasrat dan
diilhamkan oleh Unit Pentadbiran PTWT dan keperluan pengguna iaitu JUPEM tercapai seiring
telah mendapat sokongan penuh dari Penolong dengan keperluan spesifikasi yang termaktub di dalam
Pengarah Ukur Pejabat Topografi Wilayah dokumen kontrak. Di akhir sesi URS ini spesifikasi
Taiping setelah mengambil kira kelapangan teknikal dan lain-lain keperluan yang dipersetujui
jadual pada bulan disember. oleh kedua-dua belah pihak telah dimuktamadkan.

Objektif utama pertandingan ini adalah untuk
memupuk gaya hidup sihat dengan amalan
bersukan di kalangan kakitangan PTWT.
Selain itu, pertandingan ini juga dapat memberi
pendedahan dan menambah pengetahuan
semua kakitangan PTWT terhadap sukan boling
yang merupakan antara sukan yang jarang
dimainkan. Pertandingan ini juga dapat memupuk
semangat berpasukan dikalangan peserta.
11 pasukan telah menyertai pertandingan
ini di mana setiap pasukan menyenaraikan
4 orang ahli pasukan.

Perasmian pertandingan telah dilakukan
oleh Timbalan Penolong Pengarah Ukur
Pejabat Topografi Wilayah Taiping iaitu Encik
Ramachandran a/l Krishnan. Pertandingan
berlangsung dengan mengikut segala SOP
pencegahan COVID 19 dan peraturan-
peraturan yang ditetapkan. Acara penutup dan
penyampaian hadiah telah disempurnakan
oleh Penolong Pengarah Ukur Pejabat
Topografi Wilayah Taiping, Encik Sr Azmawi
bin Ab Rahman.

82 Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia//www.jupem.gov.my

BAHAGIAN KADASTER

Bahagian Kadaster Ibu Pejabat JUPEM telah mengadakan
program gotong royong dan misi khidmat masyarakat kepada
pegawai dan kakitangan JUPEM Selangor yang terkesan akibat
banjir yang melanda pada 22 Disember 2021. Seramai 10
orang pegawai dan kakitangan dari Bahagian Kadaster telah
terlibat dalam program CSR tersebut. Program bermula pada
jam 9:00 pagi dengan sesi taklimat ringkas daripada YBrs. Sr
Bernard Sia Siew Fang, Pengarah Ukur dan Pemetaan Negeri
Selangor dan juga penyelaras program JUPEM Selangor iaitu
Sr Siti Zuraida binti Kadir.

Sebanyak dua unit kediaman telah terlibat dalam program
pada kali ini. Rombongan telah dibawa ke lokasi pertama iaitu
rumah kakitangan Pejabat Ukur Daerah Selangor Timur, Encik
Saparizan bin Rabu di Kampung Sungai Rambai, Jenjarom,
Kuala Langat, Selangor. Bantuan tenaga dan sumbangan wang
saguhati hasil daripada kutipan telah disalurkan kepada mangsa
yang terjejas teruk akibat daripada banjir kali ini.

Akhir sekali, program diteruskan ke lokasi kedua iaitu rumah
kepada Sr Nur Adlina binti Ramli, Penolong Pengarah Ukur,
Seksyen Hak Milik Tanah, JUPEM Selangor di Kampung Meru,
Kapar, Selangor. Program turut disertai oleh Sr Musli bin Othman,
Timbalan Pengarah Ukur dan Pemetaan ll, JUPEM Selangor;
Sr Norazman bin Ismail, Juruukur Daerah Selangor Timur
dan pegawai-pegawai lain. Sumbangan wang saguhati telah
disampaikan setelah selesai aktiviti gotong royong dijalankan.

Pada 21 Disember 2021, satu majlis
penyampaian RISM Excellence Award
bagi tahun 2021 telah diadakan di
Megaview Banquet Hall, KL Tower.
Anugerah berprestij ini telah diperkenalkan
oleh RISM sejak tahun 2001 bagi
menghargai jasa dan sumbangan para
juruukur yang juga ahli RISM, tidak
kira di peringkat kebangsaan atau
antarabangsa.

Bahagian Kadaster amat berbangga
kerana Sr Nur Zurairah Binti Abdul Halim
mendapat pengiktirafan sebagai Young
Surveyor of the Year bagi Tahun 2021.

Berita Ukur 83 83

JUPEM WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR & PUTRAJAYA

Pada 25 Oktober 2021, satu sesi penerangan
ringkas dan penyerahan salinan pelan pelbagai
berhubung pelaksanaan kerja ukuran pelbagai
bagi kawasan Istana Negara, Kuala Lumpur telah
disampaikan oleh Sr Saiful Wazlan bin Wahab,
Pengarah Ukur dan Pemetaan Wilayah Persekutuan
Kuala Lumpur/Putrajaya kepada pihak Bahagian
Khidmat Pengurusan, Jabatan Perdana Menteri
yang diwakli oleh Encik Mazlan bin Md Noor.

Pada 21 Disember 2021, JUPEM Wilayah Persekutuan
Kuala Lumpur/Putrajaya telah menerima sumbangan
daripada pihak PEJUTA dan Syarikat Indah Geomatik
Sdn. Bhd bagi membantu kakitangan Jabatan yang
terkesan akibat bencana banjir. Sumbangan bantuan
tersebut telah disampaikan oleh Sr Hj. Mohd Rozi
bin Latib, Exco PEJUTA kepada Sr Saiful Wazlan
bin Wahab, Pengarah Ukur dan Pemetaan Wilayah
Persekutuan Kuala Lumpur/Putrajaya.

Pada 20 Disember 2021, Sr Saiful Wazlan bin Wahab,
Pengarah Ukur dan Pemetaan Wilayah Persekutuan
Kuala Lumpur/Putrajaya bersama pegawai-pegawai
kanan JUPEM WPKL telah berkunjung ke rumah
kakitangan terlibat dengan kejadian banjir. Susulan
itu, JUPEM Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur/
Putrajaya telah melancarkan kutipan sumbangan
untuk membeli barangan keperluan bagi membantu
kakitangan Jabatan yang terkesan akibat bencana
banjir tersebut.
Di samping itu, JUPEM Wilayah Persekutuan Kuala
Lumpur/Putrajaya turut melaksanakan misi bantuan
pembersihan dan menyampaikan sumbangan
kepada kakitangan yang terlibat iaitu Encik Haron
bin Samsuddin di Shah Alam, Selangor dan Encik
Marzuki bin Mat Yaakob di Karak, Pahang.

84 Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia//www.jupem.gov.my

JUPEM WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR & PUTRAJAYA

Taklimat penggunaan Sistem Pengurusan Maklumat JUPEM Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur/Putrajaya
Sumber Manusia (HRMIS 2.0) kepada kakitangan telah menerima kemasukan sembilan orang kakitangan
Pejabat Ukur Daerah JUPEM Wilayah Persekutuan baharu yang dilantik sebagai Penolong Juruukur
Kuala Lumpur/Putrajaya telah diadakan pada 9 Gred JA29. Sesi lapor diri pegawai baharu ini telah
Disember 2021. disempurnakan oleh Sr Saiful Wazlan bin Wahab,
Pengarah Ukur dan Pemetaan Wilayah Persekutuan
Tujuan taklimat ini adalah untuk memberikan Kuala Lumpur/Putrajaya pada 18 Disember 2021.
pendedahan awal khususnya kepada kakitangan
yang baru dilantik ke jawatan Pembantu Awam
Gred H11 berhubung tatacara penggunaan Sistem
HRMIS 2.0. Taklimat ini telah disampaikan oleh
Puan Nor Adillah binti Zulkefli selaku Ketua
Seksyen Khidmat Pengurusan, JUPEM Wilayah
Persekutuan Kuala Lumpur / Putrajaya.

Berita Ukur 83 85

04-10-2021 05-10-2021 06-10-2021

15-10-2021 14-10-2021 13-10-2021

26-10-2021 26-10-2021 28-10-2021

21-12-2021 02-12-2021 29-11-2021

86 Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia//www.jupem.gov.my

08-10-2021 09-10-2021 11-10-2021

12-10-2021 12-10-2021 11-10-2021

01-11-2021 09-11-2021 11-11-2021
28-11-2021
28-11-2021 17-11-2021

Berita Ukur 83 87

PROGRAM IMUNISASI
COVID-19 KEBANGSAAN

Surat Edaran JPA.BK(S)256/6/36/ Jld.11(19)
Bertarikh: 5 Mac 2021

1. Pegawai Perkhidmatan Awam diminta
SEGERA MENDAFTAR sertai Program
Imunisasi COVID-19 Kebangsaan.
2. Bersama kita jayakan matlamat membentuk
imuniti kelompok dan hentikan penularan
wabak COVID-19.

Tan Sri Mohd Khairul Adib Abd Rahman
Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam


SALURAN PENDAFTARAN
1

2 Laman web www.vaksincovid.gov.my

3 Talian hotline 1800-888-828

4 Hadir ke fasiliti klinik kesihatan kerajaan
dan swasta

5 Program bantuan (outreach) bagi kawasan
luar bandar dan pendalaman

#kitajagakita #kitajaganegara #daruratcovid19



Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia
Tingkat 13, Wisma JUPEM
Jalan Sultan Yahya Petra
50578 Kuala Lumpur
Tel : 03-26170800
Fax : 03-26170990
www.jupem.gov.my


Click to View FlipBook Version