The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by beritaukurjupem, 2021-04-06 21:02:59

BERITA UKUR 79 2020

BERITA UKUR 79 2020

Belasungkawa/Takziah Warga JUPEM

YBhg. Dato’ KPUP telah meluangkan masa menziarahi Allahyarham Gemulah Md Harimi bin Shukri, JA29,
Penolong Juruukur Bahagian Pemetaan Topografi Semenanjung Malaysia

Wakil Bahagian Pemetaan Topografi Sabah telah menziarahi Mendiang Sr Daimin bin Binti, J52,
Pengawai Kader JUPEM yang bertugas di Pusat Geospatial Negara pada 8 Oktober 2020.

Berita Ukur 79 49

50 Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia//www.jupem.gov.my

JUPEM Negeri

Berita Ukur 79 51

Pada 22 Oktober 2020, sesi lawatan kerja rasmi
oleh YB Ali anak Biju, Timbalan Menteri Kementerian
Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA) ke Pejabat Ukur
Topografi Wilayah Sibu, Bahagian Pemetaan Topografi
Sarawak telah diadakan. Kehadiran YB Timbalan
Menteri telah disambut oleh Sr Bernard Sia Siew
Fang, Pengarah Ukur Bahagian (Pemetaan Topografi
Sarawak); Sr Tang Kieh Ming, Penolong Pengarah
Ukur dan pegawai serta kakitangan Pejabat Topografi
Wilayah Sibu.
Satu taklimat telah disampaikan oleh Sr Tang Kieh
Ming, Penolong Pengarah Ukur, Pejabat Ukur Topograi
Wilayah Sibu yang merangkumi sejarah penubuhan
Pejabat Topografi Wilayah Sibu, sumber manusia,
pencapaian dan masalah serta cabaran yang dihadapi
semasa melaksana kerja-kerja pengukuran. YB
Timbalan Menteri turut berkesempatan melawat stor
peta dan ruang pameran peralatan ukur di pejabat
tersebut.

Pada 13 November 2020, Bahagian Pemetaan Topografi
Sarawak (BPT Sarawak), telah mengadakan satu majlis ringkas
sempena pertukaran pegawai iaitu Encik K. Ramachandran
ke Bahagian Pemetaan Topografi Semenanjung, Pejabat
Ukur Topografi Wilayah Taiping, Perak berkuatkuasa pada 17
November 2020. Encik K. Ramachandran telah berkhidmat
di BPT Sarawak selama 31 tahun.
Majlis dihadiri oleh semua kakitangan Ibu Pejabat BPT Sarawak
dan beberapa wakil daripada Pejabat Topografi Wilayah Kuching.
Sr Bernard Sia Siew Fang, Pengarah Ukur BPT Sarawak telah
merakamkan ucapan penghargaan kepada pegawai yang
diraikan di atas segala jasa dan sumbangan beliau sepanjang
berkhidmat di BPT Sarawak dan berharap semoga pegawai
yang diraikan akan terus maju jaya di tempat baharu.

52 Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia//www.jupem.gov.my

Pada 26 Oktober 2020, JUPEM Johor telah
menerima lawatan penanda aras Ekosistem
Kondusif Sektor Awam (EKSA) daripada
Jabatan Akauntan Negeri Johor. Seramai
lapan orang kakitangan Jabatan Akauntan
Negeri Johor telah hadir menyertai lawatan
di Ibu Pejabat JUPEM Johor, Johor Bahru.
Tujuan utama lawatan adalah untuk memberi
gambaran yang lebih jelas dan perkongsian
pengalaman berkenaan amalan EKSA di
JUPEM Johor.

JUPEM Johor telah mengadakan Majlis JUPEM Johor komited melestarikan alam
Persaraan bagi kakitangan JUPEM Johor sekitar dengan melancarkan JUPEM Johor Go
yang bersara pada tahun 2020 pada Green melalui Kempen Hari Tanpa Beg Plastik
22 Disember 2020. Seramai 15 orang pada 26 Oktober 2020. Kempen tersebut telah
kakitangan telah diraikan dalam majlis dirasmikan oleh Sr Powzy bin Mohd. Som,
tersebut. Sijil perhargaan dan cenderahati Timbalan Pengarah Ukur dan Pemetaan I
telah disampaikan oleh YBrs. Sr Mohd JUPEM Johor.
Latif bin Zainal iaitu Pengarah Ukur dan
Pemetaan Negeri Johor. Kempen tersebut bertujuan untuk memberi
kesedaran kepada kakitangan JUPEM Johor
akan kepentingan untuk tidak menggunakan
beg, penyedut minuman, bekas makanan
berasaskan polistrena dan bahan-bahan lain
yang berasaskan plastik. Pelbagai aktiviti
diadakan pada kempen ini diantaranya ialah
pameran poster Go Green dan pertandingan
sudut Go Green.

Berita Ukur 79 53

Pada 26 November 2020 bertempat di Perbincangan mengenai permohonan untuk
perkarangan Pejabat Jurukur Daerah Perlis menyediakan Pelan Warta/Pelan Akui bagi tujuan
telah berlangsungnya Majlis Jamuan Akhir Pengistiharan Pos Kawalan Kompleks Imigresen
Tahun JUPEM Perlis secara bergotong- Kastam Kuarantin (ICQS) Wang Kelian, Perlis
royong. Majlis diadakan secara sederhana dibawah Akta 298 telah diadakan pada Khamis,
bagi mematuhi arahan dan langkah-langkah 22 Oktober 2020 di Jabatan Ukur dan Pemetaan
keselamatan Perintah Kawalan Pergerakan Perlis, Tingkat 6, Bangunan Persekutuan, Kangar.
Pemulihan (PKPP) yang telah ditetapkan.
Beberapa agensi yang terlibat telah menghantar wakil
Matlamat utama penganjuran aktiviti ini untuk turut serta dalam perbincangan tersebut seperti
adalah untuk memupuk semangat kerjasama Jabatan Imigresen, Pejabat Perhutanan, Pejabat
dan sebagai medan untuk bermesra dengan Tanah Negeri Perlis, Jabatan Ketua Pengarah Tanah
semua kakitangan. Semoga majlis ini dapat dan Galian dan Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan
dijalankan setiap tahun untuk mengeratkan Kerajaan Malaysia (CGSO).
ukhuwah antara kakitangan JUPEM Negeri
Perlis.

Pada 30 November 2020, Pengarah Ukur dan
Pemetaan Perlis, Sr Muhammad Husaini Bin
Ya’cob telah mengadakan Lawatan Kerja ke
Tapak Ujian Kalibrasi EDM Sungai Batu Pahat
Perlis R117, 01000 Kangar, Perlis.
Turut hadir bersama dalam lawatan tersebut
adalah Sr Saf Zaffryin bin Mahadzir, Timbalan
Pengarah Ukur dan Pemetaan Negeri Perlis dan
Encik Azman bin Ali, Juruukur Daerah Perlis.

54 Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia//www.jupem.gov.my

Pada 28 Disember 2020, Jabatan Ukur dan Pemetaan Program lawatan kerja ke tanda sempadan Frontier
Pulau Pinang telah mencatat sejarah apabila menerima Pillar Bukit Tunggal yang terletak di Bandar Baharu
Sijil Anugerah Khas Keselamatan Perlindungan Tahun Kedah dan lawatan ke sempadan tiga negeri iaitu
2019. Majlis telah diadakan di Pejabat Ukur Daerah Perak, Pulau Pinang dan Kedah telah diadakan pada
Pulau Pinang, Butterworth dan sijil disampaikan oleh 19 Oktober 2020. Lawatan ini adalah lanjutan daripada
Pengarah Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan saranan YBhg. Dato’ KPUP supaya meneruskan
Malaysia (CGSO) Pulau Pinang, Encik Sofandi bin semua aktiviti berkaitan sempadan negeri seperti
Bujang kepada Pengarah Ukur dan Pemetaan Pulau yang telah dirancang. Selain daripada itu, ia juga bagi
Pinang, Sr Muhammad Salim bin Muhammed Asari. membincangkan perkara teknikal berkaitan kerja-kerja
pengukuran dan penandaan sempadan negeri Pulau
Turut hadir di majlis tersebut adalah Sr Mohamad Pinang – Kedah.
Makros bin Rasimin, Timbalan Pengarah Ukur dan
Pemetaan I, pegawai-pegawai kanan serta kakitangan Lawatan ini di sertai oleh Sr Haji Muhammad Salim Bin
JUPEM Pulau Pinang. Anugerah Khas Keselamatan Mohammed Asari, Pengarah Ukur dan Pemetaan Pulau
Perlindungan ini diberikan kepada jabatan yang telah Pinang, Sr Shabudin Bin Saad, Pengarah Ukur dan
mencapai tadbir urus keselamatan perlindungan terbaik Pemetaan Kedah, Sr Wan Faizal bin Wan Mohamad,
dengan memperoleh status Pencapaian Cemerlang Timbalan Pengarah Ukur II JUPEM Pulau Pinang, Sr
(Lima Bintang). Nurhafizul bin Hj Din, Juruukur Daerah Pulau Pinang,
Sr Adam Musli Bin Che Sulaiman Juruukur Daerah
Penarafan lima bintang ialah tahap tertinggi mencerminkan Kedah Selatan dan pegawai-pegawai daripada JUPEM
keberkesanan tadbir urus, akauntabiliti Ketua Jabatan Pulau Pinang dan Kedah.
dan Pegawai Keselamatan Jabatan serta keterangkuman
pembudayaan keselamatan perlindungan di segenap
lapisan pegawai dan kakitangan awam.
Dengan penarafan ini, diharapkan kejayaan ini dapat
teruskan dan dijadikan agenda utama jabatan ke arah
memastikan kerahsiaan maklumat dan aset kerajaan
dilindungi setiap masa.

Berita Ukur 79 55

Pada 23 Disember 2020 bertempat di Bilik
Mesyuarat Meranti JUPEM Pahang telah diadakan
majlis penyerahan SijilAnugerah Khas Keselamatan
Pelindungan Bagi Tahun 2019 kepada JUPEM
Pahang. Anugerah tersebut disampaikan sendiri
oleh Pengarah Keselamatan Kerajaan Negeri
Pahang, En. Azali bin Bachok.

Pihak Jawatankuasa Anugerah Khas Keselamatan
Perlindungan dalam mesyuarat yang telah
diadakan pada 25 Februari 2020 memutuskan
untuk menganugerahkan sijil kepada JUPEM
Pahang diatas pencapaian cemerlang dengan
penarafan 5 bintang dan memperolehi markah
sebanyak 97% keseluruhan terhadap pematuhan
keselamatan perlindungan.

Tahniah JUPEM Pahang diatas pencapaian
yang diperolehi dan berharap agar pematuhan
terhadap keselamatan perlindungan dapat
dikekalkan dengan jayanya.

Liga Bolasepak Tertutup JUPEM Pahang telah diadakan di
padang bolasepak Mentakab pada 29 Oktober 2020. Aktiviti
anjuran Kelab Sukan dan Kebajikan JUPEM Pahang ini
melibatkan 4 pasukan yang terdiri daripada pasukan Ibu Pejabat
JUPEM Pahang, Pejabat Ukur Daerah (PUD) Pahang Timur
(Kuantan), PUD Pahang Tengah (Temerloh), PUD Pahang
Selatan (Rompin) dan PUD Pahang Barat (Lipis).

Acara perasmian telah disempurnakan oleh Timbalan Ukur
dan Pemetaan I JUPEM Pahang, Sr. Pauzzi b. Ismail dengan
sepakan penalti ke gawang gol sebagai tanda simbolik
pertandingan. Keputusan liga bolasepak tertutup kali ini telah
menyaksikan PUD Pahang Timur (Kuantan) dinobatkan sebagai
juara keseluruhan dan membawa pulang piala pusingan dan
pingat. Tempat kedua dimiliki oleh PUD Pahang Barat (Lipis)
dan tempat ketiga dimiliki oleh Ibupejabat JUPEM Pahang.

56 Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia//www.jupem.gov.my

Ibu pejabat JUPEM Pahang telah mengadakan sukan dalaman
sepanjang bulan Disember 2020 anjuran Kelab Sukan dan
Kebajikan JUPEM Pahang. Antara acara sukan dalaman
yang dipertandingkan adalah karom, dart, congkak, dam
haji dan juga petanque. Pembahagian pasukan bagi sukan
dalaman kali ini adalah mengikut Seksyen dan Cawangan
masing-masing. Tujuan sukan dalaman ini diadakan adalah
sebagai persiapan awal ke sukan PESUMA yang dijadualkan
akan berlangsung pada tahun 2021.

Dalam masa yang sama ia dapat mengeratkan hubungan
silaturahim diantara pegawai dan kakitangan di Ibu Pejabat
JUPEM Pahang. Acara pembukaan telah disempurnakan
oleh YBrs. Sr Wan Mohamad Darani b. Ab. Rahman, mantan
Pengarah Ukur dan Pemetaan Pahang. Seksyen Kadaster
Pelbagai telah dinobatkan sebagai Juara keseluruhan sukan
dalaman bagi tahun 2020 dan penyampaian hadiah penutup
acara telah disempurnakan YBrs. Sr Zoher bin Nomanbhoy,
Pengarah Ukur dan Pemetaan Pahang baharu.

Pada 5 November 2020 telah berlangsungnya
Mesyuarat Penyelarasan Projek Sempadan
Kariah Masjid Negeri Pahang bertempat di bilik
mesyuarat Masjid Sultan Ahmad Shah 1, Kuantan
dan telah dihadiri oleh pegawai Jabatan Agama
Islam Pahang (JAIP), para qadhi dari setiap 14
Pejabat Agama Islam Daerah (PAID) dan pegawai
JUPEM Pahang.

Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh Ust. Haji
Ahmad Nizam b. Abdul Manan, Penolong Pengarah
Bahagian Masjid dan Surau JAIP. Tujuan mesyuarat
ini diadakan ialah untuk membentangkan status
penyediaan pelan sempadan kariah masjid dan
membincangkan hal-hal yang berbangkit.

Berita Ukur 79 57

Pada 12 Oktober 2020, satu Mesyuarat
Projek Pembangunan Pangkalan Geospatial
Inventori Tanaman Negara Berpandukan
Lot Kadaster Jabatan Pertanian Malaysia
telah diadakan di Bilik Mesyuarat Pejabat
Ukur Daerah Melaka, Aras 15, Menara
Persekutuan, Ayer Keroh, Melaka yang
dipengerusikan oleh YBrs. Sr Mohd Latif
bin Zainal, Pengarah Ukur Bahagian
(Dasar dan Penyelarasan Pemetaan).

Satu lawatan tapak ke Lapangan Terbang
Melaka telah diadakan bagi memberikan
gambaran yang jelas kepada rombongan
pegawai dari Jabatan Pertanian Malaysia
berkaitan penggunaan pesawat udara dan
peralatan kamera yang digunakan oleh
pihak Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia
(JUPEM) dalam penghasilan imej udara
serta peta ortofoto yang dibekalkan oleh
JUPEM sepanjang kerjasama bermula
pada tahun 2016 hingga sekarang.

58 Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia//www.jupem.gov.my

Kursus Pemantapan Organisasi telah diadakan pada 29 Oktober 2020
bertempat di Dewan Ukur JUPEM dan telah dihadiri seramai 65 orang
peserta terdiri daripada kakitangan JUPEM Wilayah Persekutuan Kuala
Lumpur & Putrajaya. Kursus ini diadakan bertujuan untuk memberi
kesedaran kepada kakitangan jabatan akan pentingnya untuk sentiasa
meningkatkan tahap integriti masing-masing seperti mematuhi peraturan
jabatan, bersifat amanah dan jujur semasa menjalankan tugas serta
menghindari diri daripada sebarang perbuatan salah guna kuasa,
penyalahgunaan dadah dan perbuatan jenayah.
Majlis telah dimulakan dengan bacaan doa oleh Encik Suhaswadi
bin Shaari dan diikuti dengan bacaan ikrar perkhidmatan awam oleh
semua kakitangan yang diketuai oleh Encik Haron Bin Samsuddin.
Taklimat telah disampaikan oleh Encik Lim Song Huat, Ketua Unit
Intergriti Ibu Pejabat JUPEM dengan tajuk Tanggungjawab dan Peranan
Pegawai (Tatakelakuan dan Tatatertib-Aku Janji). Manakala taklimat
seterusnya berkaitan Program Pencegahan Gejala Dadah Di Kalangan
Masyarakat telah disampaikan oleh Encik Fadli bin Ismail, Pegawai
Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Daerah Sentul, Kuala Lumpur.
Di samping itu, pihak Unit Penguatkuasaan AADK Daerah Sentul juga
telah menjalankan ujian saringan dadah kepada semua kakitangan
JUPEM Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur & Putrajaya.

Berita Ukur 79 59

SME
Disediakan oleh: JABATAN UKUR DAN PEMETAAN MALAYSIA

Sr Chan Keat Lim, Pengarah Ukur Bahagian Kadaster
Sr Looi Kam Seng, Pengarah Ukur Seksyen - SME Kadaster (Ukuran Kadaster)
Sr Nur Zurairah binti Abdul Halim, Penolong Pengarah Ukur - SME Kadaster (Penawanan Data Terrestrial & 3D Modelling)

Ukuran Hakmilik Ketahui Sempadan Tanah Anda

Seksyen 77 Kanun Tanah Negara (KTN) 1965 kesalahan mengikut Seksyen 400A KTN.
membolehkan suatu tanah diberi milik dalam bentuk
Hakmilik Sementara dan Hakmilik Muktamad. Hakmilik Sebelum menjalankan ukuran halus, Pegawai Ukur atau
Sementara adalah dalam keadaan di mana tanah itu belum JTB hendaklah memastikan alat ukur yang digunakan
diukur halus. Oleh yang demikian, garisan sempadannya telah dibuat kalibrasi mengikut prosedur dan dalam
tidak jelas dan keluasannya tidak muktamad. Manakala tempoh yang ditetapkan. Pengukuran hanya mempunyai
Hakmilik Muktamad dikeluarkan apabila tanah itu telah kedudukan dari segi perundangan sekiranya ianya dapat
diukur halus dan ianya mempunyai garisan sempadan dijejak (traceable) sehingga ke suatu piawaian. Dalam
yang jelas dan keluasan yang muktamad. Jabatan hal ini, Tapak Ujian EDM berfungsi untuk membekalkan
Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) adalah agensi traceability bagi pengukuran yang telah dijalankan
yang bertanggungjawab dalam menjalankan ukuran menggunakan alat ukur yang dikalibrasi berasaskan
halus, penandaan sempadan ke atas lot-lot tanah tapak ujian berkenaan. Tapak Ujian EDM ini pula perlu
dan penyediaan PelanTanah bagi tujuan pengeluaran dikalibrasikan dua tahun sekali menggunakan alat ukur
Hakmilik Muktamad oleh Pejabat Tanah. yang diiktiraf sebagai piawaian oleh SIRIM.

Ukuran halus adalah dijalankan mengikut Seksyen 396 Semasa menjalankan ukuran halus, suatu Borang 29A
KTN di mana sempadan-sempadan tanahnya telah mengikut Seksyen 400 KTN boleh dikeluarkan kepada
ditentukan oleh garis-garis hak; batasannya di atas pemilik tanah untuk hadirkan diri semasa ukuran
permukaan tanah telah ditanda dengan tanda-tanda dijalankan bagi maksud menunjukkan sempadan-
sempadan; keluasan yang dikelilingi sempadannya sempadan tanahnya; memberi bantuan untuk meletakkan
telah dikira; satu nombor lot diberi dan suatu pelan atau membaiki tanda-tanda sempadan atau memberi
yang diperakui, yang menunjukkan lokasi tanah itu, maklumat lain bagi maksud pengukuran itu. Borang
kedudukan sempadan-sempadannya dan keluasan 29B juga boleh dikeluarkan kepada pemilik tanah untuk
serta nombor lotnya diluluskan oleh Pengarah Ukur mendapatkan maklumat atau mengemukakan dokumen
dan Pemetaan (PUPN). berkaitan tanah yang diukur itu. Manakala Seksyen
401 KTN pula membolehkan Borang 29C dikeluarkan
Bagi tujuan ini, Seksyen 398 KTN memberi kuasa kepada pemilik tanah untuk membersihkan mana-mana
kepada PUPN yang membolehkannya menjalankan garisan sempadan tanah yang hendak diukur. Dan
ukuran halus bagi mana-mana tanah dengan meletakkan sekiranya pemilik tanah itu gagal melaksanakannya,
tanda-tanda sempadan di atasnya; mengubah, membaiki maka Pegawai Ukur bolehlah menyebabkan kerja itu
atau memindah apa-apa tanda sempadan yang telah dijalankan dan kos bagi menjalankan kerja-kerja tersebut
diletakkan; mengalih atau memusnahkan halangan di boleh dituntut kembali dari pemilik tanah sebagai suatu
atas garisan ukuran dan membuat segala benda lain hutang yang kena dibayar kepada Pihak Berkuasa
yang perlu untuk menjalankan pengukuran termasuk Negeri (PBN). Kos bagi tanda-tanda sempadan yang
meletakkan tanda rujukan ukur. Oleh yang demikian, telah diletakkan hendaklah juga dibayar oleh pemilik
PUPN adalah mempunyai hak untuk memasuki mana- tanah mengikut Seksyen 402 KTN.
mana tanah untuk menjalankan ukuran halus. Kuasa-
kuasa ini boleh juga dilaksanakan bagi pihak PUPN Sejurus selepas ukuran halus selesai di lapangan, jika
oleh mana-mana Pegawai Ukur atau Juruukur Tanah didapati keluasan tanah yang diukur kurang daripada
Berlesen (JTB) dengan pembantu-pembantunya. Bagi keluasan yang diluluskan oleh PBN, maka persetujuan
ukuran halus yang dijalankan oleh JTB, suatu sijil dari pemilik tanah harus diperolehi sebagaimana yang
Lembaga Jurukur Tanah (LJT) mengikut Seksyen 409A digariskan dalam Prosedur Kualiti Kadaster JUPEM
KTN akan dibekalkan bagi mengesahkan kerja-kerja ukur MS ISO 9001:2015. Pemilik tanah harus juga perlu
halus itu dijalankan. Mana-mana orang yang bukannya memahami bahawa Sub-Seksyen 83(4) KTN tidak
Pegawai Ukur atau JTB yang menjalankan kerja-kerja memberi kuasa kepada mana-mana pihak yang diberi
ukur halus bagi maksud KTN adalah melakukan suatu milik untuk membuat tuntutan atas alasan keluasan

60 Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia//www.jupem.gov.my

yang diukur adalah lebih kecil daripada yang diluluskan. Seksyen 404 KTN. Dan jika diluluskan, PUPN akan
Begitu juga dengan Seksyen 407 KTN berkaitan tiada dimaklumkan dan mengatur supaya tanda sempadan itu
tuntutan perbezaan dalam keluasan boleh dibuat. dialihkan atau diubah dan kos yang terlibat hendaklah
dibayar oleh pemilik tanah tersebut. Sekiranya ianya
Seterusnya, mengikut Seksyen 399 KTN, PUPN akan merupakan tanda rujukan ukur, maka permohonan
menyediakan perhitungan semakan kualiti dari rekod- bertulis bolehlah dibuat kepada PUPN mengikut
rekod Pegawai Ukur bagi menentukan ketepatan peruntukan Seksyen 404A KTN.
pengukuran dan penandaan tanda-tanda sempadan
serta dimensi-dimensi tanah yang telah diukur itu; Adalah menjadi kewajipan setiap Pegawai Ukur, Pegawai
menentukan lokasinya; menyediakan pelan-pelan Penempatan dan Penghulu untuk melaporkan dengan
dan menyimpan semua rekod pengukuran dengan serta-merta kepada Pentadbir Tanah jika didapati
selamat termasuk pangkalan data digital kadaster. tanda-tanda sempadan ini telah diganggu atau rosak
Suatu Pelan Akui akan dijana dan ianya merupakan mengikut Seksyen 405 KTN. Jika ini berlaku, maka
pelan yang diakui oleh PUPN sebagai suatu pelan PUPN akan dimaklumkan untuk menggantikan atau
yang sah dan betul bagi tanah itu; diperuntukkan memperbaiki tanda-tanda sempadan yang terlibat.
dengan nombor rujukan oleh PUPN; ditarikhkan dan Kos penggantian dan pembaikan hendaklah dibayar
didepositkan di pejabat PUPN mengikut Seksyen 410 oleh pemilik tanah tersebut. Jika ianya berkaitan
KTN. Seksyen 413 KTN membolehkan mana-mana tanda rujukan ukur, maka Pegawai Ukur hendaklah
orang mendapatkan salinan mana-mana Pelan Akui melaporkan kepada PUPN untuk tindakan penggantian
dari pejabat PUPN dengan bayaran fi yang ditetapkan. atau pembaikan dan kos yang terlibat akan dituntut
Akhir sekali, suatu Pelan Tanah untuk Borang B1 akan dari orang atau badan yang bertanggungjawab ke
dijana dan dihantar ke Pejabat Tanah bagi tujuan atas perbuatan tersebut mengikut Seksyen 405A KTN.
pendaftaran dan pengeluaran Hakmilik Muktamad. JUPEM adalah komited untuk menyiapkan ukuran halus
Pelan Tanah ini perlulah diperakui sebagai betul oleh sehingga penyediaan Pelan Akui dalam tempoh tidak
atau bagi pihak PUPN mengikut Seksyen 86 dan melebihi 180 hari dari tarikh penerimaan permohonan
Seksyen 87 KTN. Sijil Penyata Ukur bagi kos kerja ukur yang lengkap dan teratur. Ukuran halus yang telah
yang ditandatangani oleh PUPN sebagaimana Seksyen menandakan garisan sempadan tanah dengan jelas
408 KTN juga disertakan bersekali. dengan keluasan muktamad yang dibatasi tanda-tanda
sempadan yang terpelihara baik, dapat menjamin
Prosedur untuk ukuran halus perlulah dikeluarkan kesahihan had sempadan tanah tersebut.
dari masa ke semasa melalui pekeliling dan surat
pekeliling Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan (KPUP)
untuk dipatuhi oleh Pegawai Ukur dan JTB. Di antara
pekeliling dan surat pekeliling yang dikeluarkan
oleh JUPEM adalah Pekeliling KPUP
5/2009 bagi Peraturan Ukur Kadaster
2009 dan Pekeliling KPUP 6/2009
bagi Garis Panduan Amalan
Kerja Ukur Kadaster serta
Surat Pekeliling KPUP 1/2010
mengenai isu-isu pengukuran
dan penyelesaiannya. Setiap
pemilik tanah hendaklah
bertanggungjawab ke atas
tanda-tanda sempadannya
mengikut Seksyen 114 KTN.
Tanda-tanda sempadan atau
tanda rujukan ukur yang telah
ditandakan di lapangan tidak
boleh diganggu atau dicabut
tanpa kebenaran PUPN. Ianya
merupakan suatu kesalahan jika
disabitkan mengikut Seksyen
403 KTN. Jika pemilik tanah
berhasrat untuk memindah
atau mengubah sesuatu
tanda sempadan, dia bolehlah
membuat permohonan bertulis
kepada Pentadbir Tanah mengikut

Berita Ukur 79 61

01-10-2020 05-10-2020 09-10-2020

11-11-2020 01-11-2020 29-10-2020

12-11-2020 16-11-2020 17-11-2020
16-12-2020
21-12-2021 21-12-2020

62 Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia//www.jupem.gov.my

12-10-2020 4-10-2020 19-10-2020

26-10-2020 22-10-2020 21-10-2020

17-11-2020 20-11-2020 30-11-2020
16-12-2020
15-12-2020 30-11-2020

Berita Ukur 79 63

SCAN ME



Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia
Tingkat 13, Wisma JUPEM
Jalan Sultan Yahya Petra
50578 Kuala Lumpur
Tel : 03-26170800
Fax : 03-26170990
www.jupem.gov.my


Click to View FlipBook Version