BERITA UkurApril - Jun 2021
JABATAN UKUR DAN PEMETAAN MALAYSIA
Program
IHYA RAMADAN
2021/1442H
EDISI 81
Penasihat Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia
YBhg. Dato’ Sr Dr. Azhari bin Mohamed
Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan Malaysia SiDANG
Pengerusi
YBrs. Sr Sohaime bin Hj. Rasidi PENGARANG
Timbalan Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan II
Ketua Penyunting Assalamualaikum WBT
Sr Tsalimy bin Abdullah dan Salam Sejahtera.
Pengarah Ukur Bahagian (Perancangan dan Korporat)
Ketua Percetakan Alhamdulillah, bertemu lagi kita pada edisi kedua, April sehingga Jun
Sr Zulkafli bin Chihat 2021, Berita Ukur Bil. 81 terbitan Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia.
Pengarah Ukur Bahagian (Kartografi dan GIS)
Penyunting Apa khabar semua khususnya warga JUPEM sekalian? Adalah
Sr Abd Rahman bin Mohd Jazuli @ Mahmood menjadi harapan untuk kita semua sentiasa cekal dan tabah
Sr Muhamad Nur bin Muhamad Yatim menghadapi sebarang kemungkinan sepanjang tempoh Perintah
Pengarang / Jurugambar Kawalan Pergerakan (PKP) berfasa yang sedang dilaksanakan
Hasni bin Omar oleh pihak Kerajaan. Dalam edisi kali ini, banyak majlis dan
Sri Muhammad Afwan bin Zainal program terpaksa ditunda ekoran penularan wabak COVID-19 yang
Rekabentuk / Rekaletak melanda negara ketika ini. Banyak kes positif dan kematian telah
Mohd Radzi bin Ahmad direkodkan dan kadarnya masih berada pada tahap yang tinggi.
Siti Aishah binti Sharom
Namun begitu, ia bukanlah suatu halangan untuk pihak
Terbitan: Jabatan sehingga menghentikan penerbitan Berita Ukur
Bahagian Perancangan dan Korporat kali ini. Sidang pengarang Berita Ukur Jabatan Ukur dan
Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia Pemetaan Malaysia tetap akan menyajikan lebih banyak
Tingkat 13, Wisma JUPEM berita dan peristiwa menarik dengan reka bentuk dan paparan
Jalan Sultan Yahya Petra yang lebih segar dari pelbagai Bahagian dan JUPEM Negeri
50578 Kuala Lumpur termasuk aktiviti - aktiviti rasmi dan tidak rasmi anjuran jabatan.
Tel : 03-26170800
Fax : 03-26170990
www.jupem.gov.my
Cetakan:
Seksyen Percetakan
Bahagian Kartografi dan GIS
Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia
Jalan Sultan Yahya Petra
50578 Kuala Lumpur
https://www.facebook.com/jupemKeTSA/
https://www.instagram.com/jupemketsa
https://twitter.com/jupemKeTSA
Untuk makluman, semua aktiviti yang melibatkan Mesyuarat,
Lawatan, Program dan Majlis adalah mematuhi SOP dan Arahan
Kerajaan. Terdapat aktiviti di mana pelitup muka dibuka hanyalah
bertujuan untuk sesi bergambar semata - mata. Akhir sekali, sidang
pengarang amat mengalu - alukan sebarang sumbangan dan
apa jua hasil karya penulisan untuk dimuatkan dalam Berita Ukur
edisi seterusnya. Karya - karya tersebut boleh diemelkan kepada
sidang pengarang melalui emel [email protected].
Akhir kalam, selamat membaca
Berita Ukur Edisi 81
Semua aktiviti yang melibatkan Mesyuarat, Lawatan, Program dan Majlis
adalah mematuhi SOP dan Arahan Kerajaan. Untuk makluman, terdapat
aktiviti di mana pelitup muka dibuka hanyalah bertujuan untuk sesi
bergambar semata - mata.
iamsjupem.com
SISTEM PENGURUSAN JANJI TEMU BERSEPADU
Integrated Appointment Management System
Tempah Sesi Janji Temu Anda
Untuk Berurusan Dengan Kami
SCAN UNTUK
DAFTAR
KANDUNGAN
10
14
06
08
26 06 JUPEM BERJAYA MENGEKALKAN PENSIJILAN
MS ISO 9001:2015
08 PROGRAM IHYA RAMADAN 2021/1442H
10 KETUA PENGARAH UKUR DAN PEMETAAN
14 MALAYSIA TERIMA SUNTIKAN PERTAMA VAKSIN
26 COVID - 19
PERTANDINGAN KATEGORI ZON PERSEKITARAN
BERKUALITI (QE) TERBAIK IBU PEJABAT JABATAN
UKUR DAN PEMETAAN MALAYSIA
AKTIVITI JUPEM NEGERI
PERKHIDMATAN DALAM TALIAN YANG
DISEDIAKAN OLEH JUPEM DAN LANGKAH -
LANGKAH OLEH PEMOHON
Nota : Langkah - langkah pada poster di atas mungkin boleh berubah alirannya tertakluk kepada keadaan dan jenis permohonan yang dipohon.
4 Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia//www.jupem.gov.my
Berita Ukur 81 5
Tkeapahdna isaemhua&yaSng ytearlbibaats
Antara Pegawai JUPEM yang hadir secara fizikal
09 APRIL 2021 bersamaan 26 SYAABAN 1442 H
JUPEM BERJAYA MENGEKALKAN PENSIJILAN MS ISO 9001:2015
Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) telah
berjaya mengekalkan pensijilan MS ISO 9001:2015 bagi
skop Pengurusan dan Penerbitan Peta Topografi serta
Pengurusan dan Perkhidmatan Ukur Kadaster hasil pengauditan
oleh SIRIM QAS International Sdn. Bhd. pada 24 hingga 31
Mac 2021 di 18 buah lokasi termasuklah Bahagian di Ibu
Pejabat JUPEM, JUPEM Negeri, Pejabat Ukur Daerah dan
Pejabat Ukur Topografi Wilayah.
Pengurusan Tertinggi JUPEM mengucapkan setinggi - tinggi
penghargaan dan terima kasih atas kerjasama dan komitmen
yang diberikan oleh warga JUPEM sepanjang proses
pengauditan dijalankan. Semoga usaha ini dapat dikekalkan
dan dipertingkatkan pada masa akan datang dalam memastikan
Sistem Pengurusan Kualiti (SPK) JUPEM memenuhi standard
dan keperluan yang ditetapkan. Tahniah dan syabas kepada
semua yang terlibat.
Sijil yang diterima
6 Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia//www.jupem.gov.my
Mesyuarat dipengerusikan
oleh YBrs. Sr Sohaime bin Hj. Rasidi,
Timbalan Ketua Pengarah Ukur dan
Pemetaan II
Mesyuarat turut diadakan secara atas
talian
Berita Ukur 81 7
06 MEI 2021 bersamaan 24 RAMADAN 1442 H
PROGRAM IHYA RAMADAN 2021/1442H
Satu upacara ringkas telah dijalankan
bersempena Program Ihya Ramadan JUPEM
2021/1442H anjuran bersama JUPEM
dan PUSPANITA. Program yang sepatutnya
diadakan di Prima Ballroom, Lembaga Jurukur
Tanah Malaysia (LJT) terpaksa dibatalkan
kerana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)
yang telah diumumkan oleh Majlis Keselamatan
Negara (MKN) dan telah diadakan di Pejabat
Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan Malaysia,
Wisma JUPEM.
Penyampaian sumbangan ini telah disempurnakan
oleh YBhg. Dato’ Sr Dr. Azhari bin Mohamed
kepada wakil anak - anak yatim di Ibu Pejabat
JUPEM, Encik Mohd Shafi Helmi wakil daripada
Pertubuhan Kebajikan Anak - anak Yatim
Al - Nasuha dan Puan Faezah Ali selaku wakil
daripada Pertubuhan Kebajikan Pusat Jagaan
Sri Mesra (Mesra Home).
YBhg. Dato’ KPUP bergambar bersama penerima sumbangan dan wakil PUSPANITA
8 Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia//www.jupem.gov.my
Sumbangan program ini terdiri daripada Lembaga YBhg. Dato’ KPUP menyempurnakan Majlis Agihan Bubur Lambuk
Jurukur Tanah Malaysia, LJT (RM10,000.00),
Yayasan Kebajikan Juruukur Tanah Berlesen
(RM10,000.00), Bahagian Geomatik dan Ukur
Tanah (GLS), RISM (RM10,000.00), Kolej Sains
Geospatial dan Teknologi, GSTC (RM7,000.00),
Koperasi Juruukur Tanah Berlesen Berhad,
KOJUTA (RM5,000.00), Koperasi Jabatan
Ukur dan Pemetaan Malaysia (KOJUPEM) dan
Persatuan Juruukur Tanah Bertauliah Malaysia
(PEJUTA).
Di samping itu, agihan bubur lambuk juga turut
diagihkan kepada warga kerja di Ibu Pejabat
JUPEM, Kuala Lumpur sempena program pada
tahun ini.
Berita Ukur 81 9
YBrs. Sr Sohaime bin Hj. Rasidi, Timbalan Ketua Pengarah Ukur dan Pengarah dan Timbalan Pengarah, Bahagian Geospatial Pertahanan
Pemetaan II turut menerima suntikan imunisasi COVID-19 pertama. (BGSP) turut menerima suntikan imunisasi COVID-19 pertama.
06 MEI 2021 bersamaan 24 RAMADAN 1442 H
KETUA PENGARAH UKUR DAN PEMETAAN MALAYSIA TERIMA
SUNTIKAN VAKSIN COVID - 19
YBhg. Dato’ Sr Dr. Azhari bin Mohamed, Ketua
Pengarah Ukur dan Pemetaan (KPUP) Malaysia
telah menerima suntikan imunisasi COVID-19
pertama, vaksin jenis Pfizer-BioNTech, dalam Program
Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) yang diadakan
di Dewan Desa Setia Wira, MINDEF pada 06 Mei 2021.
Turut menerima suntikan imunisasi pertama ini adalah
Bridg. Jen. Sr Dr. Mohd Zambri bin Mohd Rabab,
Pengarah Bahagian, dan Kol. Sr Mohamad Nadzir bin
Mat Isin, Timbalan Pengarah, Bahagian Geospatial
Pertahanan (BGSP) serta lain - lain pegawai BGSP yang
telah didaftarkan dalam program suntikan vaksin ini.
Manakala pada 31 Mei 2021, YBhg. Dato’ KPUP Malaysia
telah menerima suntikan imunisasi COVID-19 kedua,
vaksin jenis Pfizer-BioNTech, bagi melengkapkan suntikan
imunisasi COVID-19 di bawah PICK. YBhg. Dato’ KPUP
Malaysia turut diiringi oleh Pengarah Bahagian dan
Timbalan Pengarah, Bahagian Geospatial Pertahanan
(BGSP) di Dewan Desa Setia Wira, MINDEF. Turut serta
menerima suntikan kedua ini juga adalah lain - lain
pegawai BGSP yang telah didaftarkan dalam program
suntikan imunisasi ini. YBhg. Dato’ KPUP turut diiringi
oleh Bridg. Jen. Sr Dr. Mohd Zambri bin Mohd Rabab,
Pengarah Bahagian Geospatial Pertahanan (BGSP)
di Dewan Desa Setia Wira, MINDEF.
Turut menerima suntikan kedua ini adalah Kol. Sr
Mohamad Nadzir bin Mat Isin, Timbalan Pengarah
Bahagian Geospatial Pertahanan (BGSP) dan pegawai-
pegawai lain BGSP yang telah didaftarkan dalam
program suntikan vaksin ini.
10 Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia//www.jupem.gov.my
Pendaftaran
YBhg. Dato’ KPUP menerima suntikan Covid - 19
YBhg. Dato’ KPUP bergambar kenangan bersama kakitangan Bahagian Geospatial Pertahanan selepas semua menerima suntikan vaksin.
Berita Ukur 81 11
Antara pegawai yang terlibat
15 APRIL 2021 bersamaan 3 RAMADAN 1442 H
BRAINSTORMING JAWATANKUASA KECIL SISTEM PERSEKITARAN
BERKUALITI (QE/5S) IBU PEJABAT JABATAN UKUR DAN
PEMETAAN MALAYSIA (JUPEM) BILANGAN 1 TAHUN 2021
Satu sesi perbincangan Jawatankuasa Kecil QE/5S
Ibu Pejabat JUPEM telah diadakan pada 15
April 2021 bertempat di Bilik Mesyuarat Delima
Tingkat 13, Wisma JUPEM. Perbincangan tersebut
telah diketuai oleh Sr Ahmad Nazlie bin Muhamad,
Pengarah Ukur Seksyen Perancangan dan Dasar
merangkap Urus Setia QE/5S.
Seramai enam orang wakil jawatankuasa yang terdiri
daripada Jawatankuasa Audit, Jawatankuasa Latihan,
Jawatankuasa Promosi dan Urus Setia telah hadir.
Perbincangan bertujuan mengemas kini carta perbatuan
jawatankuasa kecil dan gerak langkah menghadapi
pensijilan semula daripada Perbadanan Produktiviti.
12 Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia//www.jupem.gov.my
Suasana di bilik mesyuarat
Antara pegawai yang menghadiri mesyuarat
28 APRIL 2021 bersamaan 16 RAMADAN 1442 H
MESYUARAT PENYELARASAN AKTIVITI QE/5S IBU PEJABAT
JUPEM BILANGAN 1 TAHUN 2021
Mesyuarat Penyelarasan Aktiviti QE/5S Ibu
Pejabat JUPEM Bilangan 1 Tahun 2021 telah
diadakan pada 28 April 2021 bertempat di
Bilik Mesyuarat Delima Tingkat 13, Wisma JUPEM.
Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Sr Tsalimy bin
Abdullah, Pengarah Ukur Bahagian Perancangan
dan Korporat merangkap Setiausaha Jawatankuasa
Induk QE/5S.
Mesyuarat telah dihadiri oleh 22 orang terdiri daripada
setiausaha dan urus setia zon QE di Ibu Pejabat JUPEM.
Agenda mesyuarat termasuklah membentangkan
pelaksanaan aktiviti QE/5S Tahun 2020 dan membincang
serta menyelaras perancangan/pelaksanaan aktiviti
QE/5S tahun 2020/2021.
Berita Ukur 81 13
28 APRIL 2021 bersamaan 16 RAMADAN 1442 H
PERTANDINGAN KATEGORI ZON PERSEKITARAN BERKUALITI
(QE) TERBAIK IBU PEJABAT JABATAN UKUR DAN PEMETAAN
MALAYSIA (JUPEM)
Majlis penyampaian hadiah kepada pemenang
pertandingan kategori Zon QE telah diadakan
pada pada 28 April 2021 berdasarkan kepada
keputusan Audit Dalam QE Siri 1 & 2 Tahun 2020
yang telah dijalankan pada 4 & 5 Ogos 2020 dan 8 &
9 September 2020.
Skop audit bagi Zon QE terbaik merangkumi kriteria
pengurusan fail, pengurusan aset dan ruang kerja
terbaik. Hadiah telah disampaikan oleh Sr Tsalimy bin
Abdullah, Setiausaha Jawatankuasa Induk QE/5S. Zon
QE/5S terbaik telah dimenangi oleh Bahagian Geospatial
Pertahanan dan pemenang kategori ini menerima piala
pusingan, hamper dan sijil penghargaan.
Sr Tsalimy bin Abdullah,
Setiausaha Jawatankuasa
Induk QE/5S menyampaikan
hadiah kepada wakil
Bahagian Geospatial
Pertahanan
14 Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia//www.jupem.gov.my
29 JUN 2021 bersamaan 18 ZULKAEDAH 1442 H
TAKLIMAT JURUAUDIT DALAM QE/5S
Jawatankuasa Latihan dengan kerjasama
Jawatankuasa Audit telah menganjurkan Taklimat
Audit Dalam QE/5S pada 29 Jun 2021 secara
maya. Seramai 38 orang pegawai dan kakitangan
yang terdiri daripada Juru Audit Dalam Ibu Pejabat
telah hadir ke sesi taklimat tersebut.
Taklimat bertujuan memberi pendedahan kepada
Juru Audit mengenai kaedah pelaksanaan dan skema
pemarkahan audit dalam Ibu Pejabat JUPEM. Taklimat
berkenaan telah disampaikan oleh Puan Syaza binti
Mohd Shaman, Penolong Pengarah Ukur, Bahagian
Perancangan dan Korporat.
Antara pegawai dan kakitangan yang menghadiri taklimat
Berita Ukur 81 15
16 Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia//www.jupem.gov.my
PROGRAM BACAAN YASSIN
DAN
DOA SELAMAT
JABATAN UKUR DAN PEMETAAN MALAYSIA
“Dengan nama Allah yang tidak memberi mudharat
akan sesuatu yang di bumi dan yang di langit (selagi)
bersama dengan Nama-Nya dan Dia Maha Mendengar
lagi Maha Mengetahui.”
(Hadith Riwayat Abu Daud, Tirmidzi)
“Ya Allah aku berlindung denganMu daripada penyakit
sopak, penyakit gila, penyakit kusta dan daripada
segala penyakit berbahaya yang lain.”
(Hadith Riwayat Abu Daud)
Berita Ukur 81 17
26 dan 27 APRIL 2021 bersamaan 14 dan 15 RAMADAN 1442 H
JUALAN PUSPANITA JUPEM NEGERI SEMBILAN
SEMPENA BULAN RAMADHAN
PUSPANITAJUPEM Negeri Sembilan
telah mengadakan jualan sempena
Ramadan bertempat di Lobi Wisma
Persekutuan, Seremban, Negeri Sembilan.
Objektif jualan ini adalah untuk menjana
dana tabung PUSPANITA JUPEM Negeri
Sembilan. Selain itu, aktiviti ini juga
menggalakkan ahli - ahli berniaga dan
juga dapat mengeratkan hubungan
silaturahim di kalangan ahli.
03 JUN 2021 bersamaan 22 SYAWAL 1442 H
MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PUSPANITA CAWANGAN
KeTSA
Mesyuarat Agung Tahunan (AGM)
PUSPANITA Cawangan Kementerian
Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA)
kali ke-18 yang telah diadakan sepenuhnya
secara atas talian menggunakan platform
Zoom dan FB Page. Sambutan yang hangat
telah diberikan dengan kehadiran melebihi
1,200 orang.
Program dimulakan dengan ceramah “Wanita
& Pusaka” oleh Puan Noor Rashidah binti
Ramli, Pegawai Pusaka, JKPTG. Mesyuarat
telah dipengerusikan oleh YBrs. Puan Noor
Afifah binti Abdul Razak, Pengerusi PUSPANITA
Cawangan KeTSA.
18 Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia//www.jupem.gov.my
PUSPANITA
01 JUN 2021 bersamaan 20 SYAWAL 1442 H
MESYUARAT TERHIMPUN PUSPANITA JUPEM TAHUN 2021
PUSPANITA JUPEM telah mengadakan Mesyuarat ini bertujuan untuk membentangkan
Mesyuarat Terhimpun Tahun 2021 secara aktiviti dan juga kedudukan kewangan PUSPANITA
atas talian. Seramai 173 orang ahli telah JUPEM sepanjang tahun 2020. Di samping itu juga,
menghadiri mesyuarat ini yang dilangsungkan sebanyak 30 cabutan bertuah telah disediakan
menggunakan aplikasi Microsoft Team. Mesyuarat kepada ahli yang mendaftar untuk menyertai
ini telah dipengerusikan oleh YBhg. Datin Hajah mesyuarat ini selewatnya pada jam 10.30 pagi.
Hindon binti Osman, Pengerusi PUSPANITA
JUPEM, dengan dihadiri oleh Puan Salwa binti Mesyuarat dalam norma baru ini berjalan dengan
Saadon, Timbalan Pengerusi PUSPANITA JUPEM lancar dan beberapa pemilihan jawatankuasa dan
serta Isteri-isteri Pengarah (ISRAH). pembentangan usul juga dilaksanakan.
Berita Ukur 81 19
JUMLAH PENANAMAN POKOK MENGIKUT AGENSI
SEHINGGA BULAN JUN 2021
BIL AGENSI/JABATAN JUMLAH
1 Jabatan Hutan Sarawak 6,706,202
2 Jabatan Perhutanan Sabah 2,091,349
3 Jabatan Perhutanan Negeri Pahang 1,212,111
4 Jabatan Perhutanan Negeri Kelantan 692,607
5 Jabatan Perhutanan Negeri Perak 486,842
6 Jabatan Perhutanan Negeri Johor 185,610
7 Jabatan Perhutanan Negeri Perlis 136,335
8 Jabatan Perhutanan Negeri Selangor 95,111
9 Jabatan Perhutanan Negeri Melaka 85,820
10 Jabatan Perhutanan Negeri Kedah 35,241
11 Perbadanan Putrajaya 30,535
12 Jabatan Perhutanan Negeri Terengganu 25,081
13 Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia 7,655
14 Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia 6,022
15 Jabatan Perhutanan Negeri Pulau Pinang 5,472
16 Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara 4,842
17 Perbadanan Labuan 4,078
18 Jabatan Pertanian 2,897
19 Jabatan Perhutanan Negeri Sembilan 2,632
20 Jabatan Perhutanan Negeri Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 1,280
21 Dewan Bandaraya Kuala Lumpur 207
22 Persatuan Pencinta Alam Malaysia 100
23 Persatuan Usahawan Kebun Komuniti 4 Putrajaya 48
24 1StopBorneo Wildlife 21
25 Jabatan Mineral dan Geosains 10
26 Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia 9
27 Pertubuhan Sahabat Hutan Bakau Pulau Tanjung Surat, Kota Tinggi 3
28 Sime Darby Property Berhad 1
29 Universiti Teknologi MARA 1
30 Stemlife Berhad 1
JUMLAH KESELURUHAN 11,818,123
20 Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia//www.jupem.gov.my
KEMPEN PENANAMAN 100 JUTA POKOK
JUMLAH PENANAMAN POKOK MENGIKUT JUPEM NEGERI
SEHINGGA BULAN JUN 2021
1
2 3JUPEM Kedah
3,806
JUPEM Johor JUPEM Selangor
592 287
BIL JUPEM NEGERI JUMLAH
268
4 Perak 183
170
5 Sabah 154
132
6 Negeri Sembilan 113
111
7 Sarawak 69
56
8 Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 47
32
9 Terengganu 2
10 Pulau Pinang 6,022
11 Pahang
10 Perlis
12 Kelantan
13 Melaka
15 Wilayah Persekutuan Labuan
JUMLAH KESELURUHAN
Berita Ukur 81 21
PROGRAM - PROGRAM JUPEM SECARA ATAS TALIAN
NORMA BAHARU
22 Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia//www.jupem.gov.my
JUBAPAKEHTDMAIAVGNNIITAEINGERI
Berita Ukur 81 23
JUPEM MELAKA
Majlis penyediaan dan penyerahan bubur
lambuk peringkat JUPEM Melaka sempena
Ramadan telah diadakan dengan kerjasama
antara Jabatan, Kelab Sukan dan Kebajikan
(KSK) dan PUSPANITA, JUPEM Melaka pada
12 April 2021.
Majlis telah dirasmikan oleh Sr Haji Mohamad
Azmar bin Che Mat, Pengarah Ukur dan Pemetaan
Negeri (PUPN) Melaka. Majlis turut diserikan lagi
dengan kehadiran Puan Hjh. Mira Yulianis binti
Muhamad Yunis selaku Pengerusi PUSPANITA
JUPEM Melaka.
24 Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia//www.jupem.gov.my
Majlis Kembara Ziarah Kasih JUPEM Melaka sempena
Ramadhan telah dianjurkan secara bersama oleh
Jabatan, KSK dan PUSPANITA, JUPEM Melaka pada
4 Mei 2021. Majlis ini telah diketuai oleh PUPN Melaka
dengan diringi oleh Pengerusi PUSPANITA, JUPEM
Melaka. Rombongan telah berkunjung ke tujuh (7) buah
rumah yang terdiri daripada rumah kakitangan dan
bekas kakitangan yang mengalami masalah kesihatan
serta yang telah meninggal dunia.
Antara penerima bantuan sempena program ini adalah
keluarga Allahyarham Yusof bin Abdullah, mantan
Pemandu Kenderaan H14; keluarga Allahyarham
Khamis bin Ramli, mantan Pembantu Awam H11;
Encik Kamarazaman bin Abdullah, Pembantu Awam
H16; keluarga Allahyarham Senin bin Yusuf, mantan
Pembantu Awam H14; Encik Abd. Razak bin Abd. Rasid,
Pembantu Awam H11 cuti sakit (stroke / angin ahmar);
Encik Mohamed Hafiz bin Aziz, Penolong Juruukur JA36
cuti sakit (kemalangan); keluarga Allahyarham Mokhtar
bin Saidi, mantan Pembantu Operasi N11.
Berita Ukur 81 25
BAHAGIAN PEMETAAN TOPOGRAFI SEMENANJUNG
Satu sesi ujian sistem Kamera Udara Digital III (DMCIII) telah
dijalankan oleh kontraktor pembekal peralatan kamera yang
dipertanggungjawabkan di bawah kontrak JUPEM T33/2019
bersama kakitangan Bahagian Pemetaan Topografi Semenanjung
pada 16 Mei 2021. Ujian sistem ini dijalankan bagi memastikan
DMCIII berada dalam keadaan baik agar tidak menjejaskan
perancangan penggambaran udara Jabatan Ukur Dan Pemetaan
Malaysia (JUPEM).
26 Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia//www.jupem.gov.my
Pada 21 hingga 23 Mei 2021, satu ujian penggambaran
udara telah dijalankan di kawasan Lanchang, Pahang
menggunakan DMCIII oleh kakitangan Bahagian
Pemetaan Topografi Semenanjung bersama kontraktor
pembekal peralatan kamera yang dipertanggungjawabkan
di bawah kontrak JUPEM T33/2019.
Objektif utama ujian ini dijalankan adalah bagi memastikan
DMCIII berada dalam keadaan baik sebelum digunakan
untuk penggambaran udara bagi penyedian lembar-
lembar peta seperti mana yang ditetapkan dalam
Sasaran Kerja Tahunan (SKT) 2021 Bahagian ini.
Berita Ukur 81 27
JUPEM SELANGOR
Mesyuarat Agong Tahunan, Kelab Sukan dan Kebajikan
(KSK) JUPEM Selangor yang ke-53 telah diadakan
secara atas talian pada 9 April 2021. Mesyuarat telah
dipengerusikan oleh Sr Hj. Hamdan bin Ab. Aziz,
Pengarah Ukur dan Pemetaan Negeri (PUPN) Selangor.
Tujuan mesyuarat diadakan adalah bagi melantik
barisan kepimpinan KSK JUPEM Selangor untuk tahun
2021 - 2022.
28 Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia//www.jupem.gov.my
Berita Ukur 81 29
JUPEM SELANGOR
Majlis rasmi cerapan hilal Ramadan 1442H telah berlangsung
di Baitulhilal Bukit Jugra, Kuala Langat. Majlis diadakan pada
12 April 2021 dengan dihadiri oleh PUPN, JUPEM Selangor.
30 Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia//www.jupem.gov.my
Berita Ukur 81 31
JUPEM SELANGOR
32 Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia//www.jupem.gov.my
Program memasak bubur lambuk JUPEM
Selangor anjuran KSK dan PUSPANITA,
JUPEM Selangor telah diadakan pada 30
April 2021 bertempat di ruang legar tempat
letak kereta JUPEM Selangor. Sr Hj. Hamdan
bin Ab. Aziz, Pengarah Ukur dan Pemetaan
Selangor bersama Pengerusi PUSPANITA
JUPEM Selangor turut serta bersama-sama
memasak bubur lambuk.
Berita Ukur 81 33
JUPEM PERAK
Jabatan Ukur dan Pemetaan Negeri Perak melalui Pejabat Ukur Daerah Perak Utara
dan Seksyen Hakmilik Tanah telah melakukan Cerapan Hilal pada 12 April 2021 di
Baitul Hilal, Pasir Panjang, Segari, Lumut. Sahibus Samahah Dato’ Haji Zamri bin
Hashim, Timbalan Mufti Negeri Perak bersama Sr Zahari bin Zamlope, Pengarah
Ukur dan Pemetaan Perak turut bersama - sama mencerap Hilal Ramadan 1442H
ini. Orang Besar Jajahan Manjung juga turut hadir pada Majlis Rukyah Hilal Rasmi
Ramadan 1442H ini.
Turut serta semasa cerapan Hilal pada kali ini juga adalah pegawai - pegawai Unit
Falak Jabatan Mufti Negeri Perak. Cerapan Hilal di Baitul Hilal, Pasir Panjang, Segari
ini tamat pada kira - kira jam 7.41 malam.
34 Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia//www.jupem.gov.my
Berita Ukur 81 35
JUPEM PERAK
Pada 27 April 2021, JUPEM Perak telah mengadakan satu Majlis
Berbuka Puasa di Ruang Legar Bawah, JUPEM Perak. Majlis yang
diadakan pada setiap tahun ini dimulakan dengan Bacaan Tahlil
yang diketuai oleh Saudara Asrol Affendi bin Mohd Daim.
Seterusnya diadakan acara penyampaian sumbangan untuk
Program Masyarakat penyayang berupa barang keperluan bagi
meringankan beban kakitangan yang kurang berkemampuan.
Penyampaian Sumbangan tersebut telah dibuat oleh Sr Zahari
bin Zamlope, Pengaraj Ukur dan Pemetaan Perak kepada setiap
Juruukur Daerah dan Seksyen Topografi Taiping sebagai wakil.
Setelah berbuka puasa, Sr Zahari bin Zamlope, Pengaraj Ukur
dan Pemetaan Perak juga telah sudi bersama - sama kakitangan
bersolat Tarawih dan Witir. Majlis diakhiri dengan acara ‘moreh’
selepas selesai menunaikan Solat Tarawih dan Witir.
36 Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia//www.jupem.gov.my
Pada 6 Mei 2021, JUPEM Perak telah mengadakan ‘Program Masyarakat
Penyayang’. Program yang memang menjadi acara tahunan buat warga
JUPEM Perak ini, kecuali pada tahun lepas disebabkan Pandemik Covid19,
sekali lagi menghiasi kalendar untuk Ramadan kali ini.
Sr. Hj. Hanafi bin Rauf, Timbalan Pengarah Ukur I JUPEM Perak berkenan
merasmikan pelepasan bagi menghantar sumbangan kepada asnaf dan
juga mereka yang memerlukan bantuan di sekitar Ipoh.
Beliau dalam ucapan aluannya mengucapkan terima kasih atas kerjasama
yang baik dari seluruh warga JUPEM Perak dan berharap untuk tahun
hadapan, Program ini diteruskan dan kutipan sumbangan dapat dimulakan
lebih awal supaya lebih banyak penerima dapat menerima sumbangan.
Barangan berupa keperluan harian telah disumbangkan kepada penerima
yang terlibat, hasil sumbangan dan kutipan oleh warga JUPEM Perak di
Kampung Sri Kinta, Taman Hiburan dan Kampung Manjoi, Ipoh.
Semoga segala amal jariah yang dilakukan akan mendapat keberkatan
dari Allah dan sedikit sebanyak dapat membantu meringankan beban buat
penerima sumbangan.
Berita Ukur 81 37
JUPEM PULAU PINANG
JUPEM Pulau Pinang telah mengadakan ‘Program berkenan untuk menyerahkan sumbangan kepada
Masyarakat Penyayang’ dan ‘Back to School’. Program penerima yang telah dipilih terdiri daripada kakitangan
Masyarakat Penyayang ini merupakan kali kedua JUPEM Pulau Pinang. Turut Hadir pada program ini
diadakan bagi JUPEM Pulau Pinang dan Program Back adalah Sr Mohamad Makros bin Rasimin, Timbalan
to School pula julung kali diadakan pada 5 Mei 2021. Pengarah Ukur I; Sr Wan Faizal bin Wan Mohamed,
Timbalan Pengarah Ukur II dan Sr Nur Liyana binti
Memandangkan program ini diadakan bersempena Othman, Jurukur Daerah Pulau Pinang.
mengambil keberkatan bulan Ramadhan Kareem dan
jatuh dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Sumbangan yang diterima adalah kutipan daripada
Bersyarat (PKPB), maka program ini diadakan kalangan kakitangan JUPEM Pulau Pinang. Manakala
bertempat di Pejabat Ukur Daerah Pulau Pinang bagi hasil sumbangan yang diberikan kepada penerima
memenuhi SOP yang telah ditetapkan oleh MKN. adalah merupakan barangan keperluan dapur dan
peralatan sekolah.
Sr Haji Muhammad Salim bin Mohammed Asari,
Pengarah Ukur dan Pemetaan Pulau Pinang telah
38 Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia//www.jupem.gov.my
Pelaksanaan Provisional Acceptance Test
(PAT) Zon Utara Tender T3/2020 bagi Jabatan
Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) telah
berlangsung di Hotel Royal, Penang bermula
hari ini 20 April hingga 22 April 2021. Majlis
telah disempurnakan oleh Sr Haji Muhammad
Salim bin Mohammed Asari, Pengarah Ukur
dan Pemetaan Pulau Pinang.
Berita Ukur 81 39
BAHAGIAN PEMETAAN TOPOGRAFI SARAWAK
Pada 6 dan 7 April 2021, satu Pegawai Penyelaras Latihan
taklimat MS ISO 9001:2015 BPTS dan Puan Norita binti
PK.10 JUPEM telah diadakan Atek, Penolong Penyelaras
bertempat di Pejabat Topografi Latihan, BPTS.
Wilayah Miri, Bahagian
Pemetaan Topografi Sarawak. Taklimat dua hari ini telah
disertai oleh Penyelaras
Taklimat telah disampaikan Latihan dan Kursus PTW Miri
oleh Sr Khairil Anwar bin Sabri, dan semua pegawai PTW Miri.
40 Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia//www.jupem.gov.my
Kelab Sukan dan Kebajikan JUPEM Sarawak telah
menganjurkan Mesyuarat Agung Tahunan kali ke
13 Tahun 2021 bertempat di Auditorium, Tingkat
17 Bangunan Sultan Iskandar, Kuching pada 12
April 2021.
Mesyuarat dihadiri seramai 159 orang ahli yang
terdiri dari kakitangan Ibu Pejabat Bahagian
Pemetaan Topografi Sarawak, Pejabat Topografi
Wilayah Kuching, Miri dan Sibu.Mesyuarat
dimulakan dengan lagu kebangsaan, bacaan
doa dan seterusnya ucapan aluan dari Tuan Yang
Dipertua Kelab.
Antara agenda mesyuarat pada kali ini ialah
pemilihan baru ahli jawatankuasa yang akan
meneraju Kelab untuk penggal seterusnya.
Berita Ukur 81 41
BAHAGIAN PEMETAAN TOPOGRAFI SARAWAK
Program Malaysia Prihatin bersama YB Datuk
Ali Biju, Timbalan Menteri Tenaga & Sumber Asli,
bersama Penjawat Awam yang berlangsung di
Hotel Imperial Kuching Sarawak pada 16 April
2021.
Program ini turut dihadiri Sr Benard Sia Siew Fang,
Pengarah Ukur Bahagian Pemetaan Topografi
Sarawak; Tuan Haji Swady Haji Guliling, Pengarah
Penerangan Negeri Sarawak; En. Hilary Muyan
Nicholas Thomas, Pengarah Jabatan Mineral &
Geosains Sarawak serta penjawat awam.
42 Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia//www.jupem.gov.my
Cerapan Hilal telah dijalankan oleh Bahagian
Pemetaan Topografi Sarawak pada 12 April
2021 di Damai Beach Resort, Kuching. Turut
serta dalam Cerapan Hilal ialah Sr Sr Benard Sia
Siew Fang, Pengarah Ukur Bahagian Pemetaan
Topografi Sarawak.
Berita Ukur 81 43
SME
JABATAN UKUR DAN PEMETAAN MALAYSIA
Prepared by: Sr Nur Zurairah Abdul Halim, Assistant Director of Survey - SME Cadastral (Terrestrial Data Acquisition & 3D Modelling)
3D SCANNING THE WAY FORWARD
3D scanning works in much the same way as a When a large area needs to be measured, physical
camera does. Rather than capturing a single access is restricted, and the site is so complex that it
image, it captures millions of data points that can requires frequent updates, 3D laser scanning is deemed
be stitched together with post-processing. As a result, the most advantageous method. This is because the
a detailed digital representation of the site is created, method captures the “as-built environment,” which can
capturing every nuance and spatial relationship. A then be referenced, replicated, monitored for changes,
single scan provides an incredible amount of detail in identified for clash detections and salvaged as a “digital
the exposed surfaces of the site’s entirety. Following model” in the event of an unanticipated disaster to
the collection of scan data, commonly referred to as the site. Essentially, it acts as a record or timestamp
point clouds and other attributes, they are converted of a particular moment on the site, and it significantly
to a digital model using a combination of hardware reduces data collection time when compared to any
and software. standard traditional survey. Due to the “hands-off”
nature of 3D scanning, it is possible to inspect delicate
The majority of 3D scanning solutions employ one of the or hazardous components of real-world objects without
following five techniques: photogrammetry, structured touching them. Additionally, it enables visualising the
light, laser triangulation, RGB-D, or time-of-flight (ToF). site’s space via a point cloud walkthrough, lowering the
Naturally, each technology has several benefits and risk and reducing the cost of frequent travel to remote
drawbacks. In general, photogrammetry is the quickest or dangerous locations.
and has the lowest entry barrier; structured light and
laser triangulation typically provide the highest resolution Every measurement may have some degree of
and detail; and RGB-D and ToF provide an excellent human error. It is worth noting that simply quoting the
balance of high speed and low entry barrier, albeit with accuracy statement from the scanner specification
limited resolution. 3D scanning is not cheap as it entirely brochures does not guarantee that the scan will be as
depends on the level of accuracy, and not every job is “accurate” as the brochure. While the scanner itself
a perfect fit. Regardless of the technique used, having may be excellent, incorrect procedures invalidate the
a rough digital model that can be manipulated, used, results. There is no doubt that good practises lead to
and 3D printed remains preferable to having none at the elimination of systematic errors. This is especially
all for decision making. needed during scanning in the field and scan registration.
3D Model
44 Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia//www.jupem.gov.my
Traceability is just as critical as scanning, and it is what Software that easily integrate the BIM level of development and
distinguishes geomatics and land surveyors from others, the 3D model’s level of detail to simulate actual site
aside from their expertise in connecting internal and
external references to create a seamless environment. it to the corresponding images, and finally, observing
Calibration, initialisation, and linking of scanners to a the data’s intensity values to verify the accuracy and
common vertical and horizontal reference point should quality of the measurements made. There is already
occur first. a wide range of commercial off-the-shelf software
available for creating 3D models with varying levels
Establishing a survey control network is vital for of detail. Some software, such as Autodesk Revit,
accuracy, and while each scan generates millions of Bentley MicroStation, SketchUp, MagiCAD, and CATiA,
data points, the resulting file size can easily exceed can easily integrate the BIM level of development and
terabytes, necessitating the use of a large storage the 3D model’s level of detail to simulate actual site
device. Survey control points allowed the laser scan representation and further collaboration among project
data to be merged with other surveying data such as team members. The 3D model can also be exported
the area’s cadastre information, topographic surface, to a specific file format, such as STL or OBJ, for 3D
reality capture images and geocoded street addresses. printing if necessary. Following the export process,
As a result, providing meaningful and comprehensive some additional but minor editing may be required to
information and visualisation that could aid in the ensure a flawless printed model.
decision making of the particular model in relation to its
environment. To obtain a spatially accurate model and The use of 3D scanners is indeed timely in times like
level of details, it is essential to perform overlapping the current pandemic, when access to a site may be
scans, which requires careful planning and connectivity restricted by movement control orders or may require
between building blocks, building levels, and the indoors temporary quarantine. With 3D scanners, on-site scanning
and outdoors. requires less personnel, and monitoring for updates or
identifying clashes on-site can be done digitally and
Objects that are reflective, shiny, or translucent pose automatically using appropriate software. 3D model
difficulties for 3D scanning solutions. The best scanning walkthroughs are still possible with virtual tours that
surfaces are those that have gently contoured surfaces, can facilitate team exploration and discussion during
soft curves, varied or light colour, matte finishes, and online meetings.
opaque. Additionally, lighting is critical and therefore a
well-lit environment is favourable. Ambient lighting is Although JUPEM is relatively new to terrestrial 3D
preferable to harsh, direct lighting because it can cause scanning, the method offers a plethora of opportunities
problems. Even with the most advanced technology, and the technological revolution is worth exploring
any movement away from the target object causes particularly for cadastre purposes. A survey-accurate
the scan to fail. Furthermore, many preliminary scans digital twin of a city can be developed using a combination
reveal errant objects, holes, and other anomalies that of the 3D scanning technology, cadastre, and other
require correction. geospatial elements. Numerous decision-making tools
can be developed to help city management become
A series of steps can be applied to interpret the point smarter. The best part is that each object can be linked
clouds and generate detailed, high-quality models. To to its corresponding cadastre, which helps to identify
begin, the scanned data can be partitioned into smaller its rights, restrictions, and responsibilities. This is the
areas to aid in visualisation. The point cloud data can goal of JUPEM’s current phase II SmartKADASTER
then be interpreted further by analysing it, comparing project. It is hoped that upon completion of the project,
a variety of outcomes will be realised, paving the way
for JUPEM’s future as Malaysia’s leading surveying
and mapping agency.
Berita Ukur 81 45
06-04-2021 09-04-2021 09-04-2021
27-04-2021 26-04-2021 20-04-2021
28-04-2021 28-04-2021 30-04-2021
29-06-2021 01-06-2021 23-05-2021
46 Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia//www.jupem.gov.my
12-04-2021 12-04-2021 12-04-2021
16-04-2021 15-04-2021 12-04-2021
04-05-2021 05-05-2021 06-05-2021
16-05-2021
06-05-2021 06-05-2021
Berita Ukur 81 47
PROGRAM IMUNISASI
COVID-19 KEBANGSAAN
Surat Edaran JPA.BK(S)256/6/36/ Jld.11(19)
Bertarikh: 5 Mac 2021
1. Pegawai Perkhidmatan Awam diminta
SEGERA MENDAFTAR sertai Program
Imunisasi COVID-19 Kebangsaan.
2. Bersama kita jayakan matlamat membentuk
imuniti kelompok dan hentikan penularan
wabak COVID-19.
Tan Sri Mohd Khairul Adib Abd Rahman
Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam
SALURAN PENDAFTARAN
1
2 Laman web www.vaksincovid.gov.my
3 Talian hotline 1800-888-828
4 Hadir ke fasiliti klinik kesihatan kerajaan
dan swasta
5 Program bantuan (outreach) bagi kawasan
luar bandar dan pendalaman
#kitajagakita #kitajaganegara #daruratcovid19