The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Buku skrap digital Affan Firzan

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by afzaanggun, 2021-09-11 23:49:07

Tok Janggut Pejuang Jihad

Buku skrap digital Affan Firzan

Tok
Janggut
Pejuang
Jihad

Pertandingan Buku Skrap Digital
Affan Firzan Bin Mohd Afzairizai

SKPG 3



Isi Kandungan

Pendahuluan .......................................... 1
Biodata Pelajar....................................... 2
Biodata Tok Janggut .............................. 3
Rasionalisasi Pemilihan Tok Janggut ..... 4
Kelebihan Tok Janggut .......................... 5
Bukti Kredibiliti Tok Janggut ................ 6
Jasa Dan Sumbangan Tok Janggut......... 7
Penutup ................................................. 8



Pendahuluan

Perjuangan Rakyat Tempatan Mengembalikan
Kedaulatan Bangsa

Campur tangan kuasa Barat di negara
kita membawa perubahan
kepada sistem pentadbiran
tempatan. Perubahan
tersebut menyebabkan
masyarakat tempatan tidak
berpuas hati kerana
kehilangan hak dan

kedudukan mereka. Oleh itu,
mereka bangkit menentang kuasa
British di negara kita melalui penentangan
bersenjata, mencabar perjanjian dan

sistem perundangan.

Penentangan masyarakat tempatan
terhadap British diketuai oleh

golongan bangsawan tempatan,
pembesar-pembesar tempatan dan

pemimpin agama yang tidak
berpuas hati dengan

pembaharuan yang dibuat oleh
British. Golongan ini

menentang British dengan nekad
melalui penentangan bersenjata. Di
Kelantan, muncul tokoh dalam kalangan

pemimpin agama. Mereka
memperjuangkan masyarakat tani
yang ditindas akibat perlaksanaan
cukai Barat yang tidak mengikut syarak.

1

Nama Pelajar: Affan Firzan Bin
Mohd Afzairizai

Nama Kelas : 6 UIA

Alamat e-mail :m_10589979@moe-
dl.edu.my

Nama dan Alamat Sekolah:

Sekolah Kebangsaan Pasir Gudang 3,
Jalan 9/7, Perjiranan 9, Taman Air

Biru, 81700 Pasir Gudang Johor

Kod Sekolah :JBA1039

Nama Guru Pembimbing:
Cikgu Shazana

2

Biodata Tok Janggut

• Nama sebenar ialah Haji Mat Hassan Bin
Munas.

• Dikenali sebagai Tok Janggut kerana beliau
menyimpan janggut hingga ke paras dada.

• Beliau dilahirkan di Kampung Jeram, Pasir
Puteh, Kelantan pada tahun 1853.

• Beliau mendapat pendidikan pondok di
Kelantan dan kemudian melanjutkan
pelajaran di Mekah.

• Beliau bekerja sebagai petani dan peniaga.
• Beliau juga mahir dalam ilmu persilatan.

3

Rasionalisasi Pemilihan
Tok Janggut

Tok Janggut ialah pejuang bangsa yang amat terkenal
dalam kalangan masyarakat tempatan. Beliau berjuang
menentang British kerana tidak berpuas hati dengan
cukai yang dikenakan terhadap penduduk. Beliau dan
para pengikutnya telah menentang pihak British
sehingga berjaya menawan Pasir Puteh.
Akibat penentangan itu, Kerajaan British telah
menghantar pasukan mereka untuk menangkap Tok
Janggut dan menyerang pengikut-pengikut beliau. Maka
tercetuslah peperangan antara Tok Janggut dengan
British. Peperangan itu berakhir pada 24 Mei 1915
apabila Tok Janggut terbunuh.
Bagi memperingati jasa dan perjuangan Tok Janggut,
Majlis Daerah Pasir Puteh telah membina Tugu
Peringatan Tok Janggut pada tahun 2005. Tugu itu
terletak di Pusat Bandar Pasir Puteh.

4

Walaupun usaha Tok Janggut menentang dan
mengusir penjajah dari bumi Melayu tidak
kesampaian, semangat cintakan agama, bangsa
dan tanah air yang tertanam kukuh di jiwa Tok
Janggut itu masih kekal disanjung sehingga
kini.

Kesedaran Mat Hassan terhadap agama, bangsa
dan tanah air dipupuk sejak kecil. Beliau
dilahirkan di Kampung Saring, daerah Jeram,
Kelantan pada 1850. Berikutan ayahandanya
berkhidmat sebagai panglima istana, dia turut
dibesarkan dalam istana Tengku Seri Maharaja
Jeram.

Beliau belajar ilmu agama di Mekah. Ketika
berusia 52 tahun dan masih di Mekah, Patani
dikuasai Siam. Gurunya, Sheikh Ahmad
memberi amanat supaya muridnya berikhtiar
membebaskan jajahan dikenali sebagai
Serambi Mekah itu. Ketika itu, Inggeris mula
menebarkan penjajahan ke negeri Melayu di
Utara dan Timur Semenanjung selepas berjaya
menguasai negeri di pantai Barat
Semenanjung.

5

Bukti Kredibiliti Tok Janggut

1. Peraturan Tanah

Tok Janggut menentang peraturan cukai yang
diperkenalkan pada tahun 1915.Peraturan itu
mewajibkan petani membayar cukai tanah.

2. Pengenalan cukai yang membebankan

Petani juga dikehendaki membayar cukai pokok
kelapa berbuah sebanyak 3 sen sepokok, pokok
pinang 1 sen sepokok, sirih 5 sen sejunjung dan
kerbau serta lembu 20 sen seekor. Peraturan baru
ini membebankan rakyat.

3. Perasaan anti-British

Sentimen anti-British meningkat apabila Britain
menyerang kerajaan Turki Uthmaniyah semasa
Perang Dunia Pertama pada tahun 1914. Kerajaan
Turki Uthmaniyah menyeru umat Islam diseluruh
dunia supaya berjihad menentang penjajah Barat.
Tok Janggut menyahut seruan menentang British di
Pasir Puteh.

4. Pembayaran cukai yang menyusahkan

Penduduk tempatan menghadapi masalah
membayar cukai kerana pejabat bayaran cukai
terletak jauh di bandar. Tok Janggut telah pergi
membayar cukai beberapa kali tetapi gagal. Mereka
yang gagal membayar cukai akan didenda dan
ditangkap. Sikap biadap pegawai British yang
bertugas menimbulkan perasaan marah dikalangan
penduduk tempatan

6

Jasa Dan Sumbangan

7

Copyright © 2021

by AFMA

ISBN: 123-45678-9

Printed in Pasir Gudang, Johore
8


Click to View FlipBook Version