SEKOLAH KEBANGSAAN KERUBONG
KM. 16, JALAN KAMPUNG KERUBONG,
75250 MELAKA.
LAPORAN
TADBIR URUS
DAN
PEMBUKAAN SEKOLAH
TAHUN 1,2 DAN 6 (SEMUA MURID)
TAHUN 3,4 DAN 5 (KUMPULAN A)
HARI:
ISNIN
TARIKH PELAKSANAAN:
21 MARCH 2022
TEMPAT:
SK KERUBONG
PENGLIBATAN:
PENTADBIR, KETUA-KETUA TADBIR URUS, GURU BERTUGAS DAN MURID
TAHUN 1- 6 DAN MURID PRA
SK KERUBONG
1. Kehadiran murid :- Lampiran
2. Keselamatan murid :-
Keadaan murid agak terkawal dengan guru berada disamping murid di
perjalanan sekitar sekolah. Keadaan kenderaan agak sibuk di hadapan pagar.
Terdapat ibubapa yang merentas laluan sehala dengan menaiki motorsikal.
Ibubapa juga mengambil masa yang lama untuk menurunkan anak mereka
walaupun kita menggunakan sistem’drive tru’. Ibubapa berhenti agak lama
semasa menurunkan anak-anak.
3. Laluan murid :-
Murid menggunakan laluan khas berwarna kuning. Murid mempunyai
pengalaman lama, oleh itu perjalanannya amat mudah diikuti. Ada juga
beberapa murid telah lupa dan tidak tahu kedudukan kelas, tetapi guru telah
menjalankan tugas dengan baik.
4. Kebersihan :-
Murid menggunakan ‘hand sanitizer’ untuk nyah kuman di hadapan pagar
sebelum masuk ke dalam kawasan sekolah.
5. Kawalan kelas :-
Murid duduk mengikut SOP dan teratur. Murid diberikan senarai tempat duduk oleh
guru kelas. Murid mengikut nama disenarai tersebut. Guru kelas telah memainkan
peranannya dengan baik diawal waktu untuk menyusun murid mengikut pelan
lantai.
6. Lawatan :- 1. Lanskoperal Niezam Bin Abdul Razak, Balai Polis Tanjung
Minyak.
2. Puan Azizah Bt Sharif, Pegawai Seranta SK Kerubong dari
Pejabat Pendidikan Melaka
SK KERUBONG
8.0 LAPORAN PEMBUKAAN
8.1 PERSEDIAAN PEMBUKAAN SEKOLAH
16 – 18 March 2022
MEMBERSIH DAN MENGEMAS KELAS DAN KAWASAN SECARA BERPERINGKAT
Guru kelas membersihkan kelas secara berperingkat untuk memastikan kelas bersih dan
kemas.
Guru dan kakitangan telah menyusun, mengemas, menandakan laluan sebagai persediaan
awal pembukaan sekolah
SK KERUBONG
16 -18 March 2022
PERSEDIAAN LALUAN MURID
Penambahbaikan laluan dan penambahan tanda laluan berwarna kuning dan merah
SK KERUBONG
8.2 KEHADIRAN MURID KE SEKOLAH – 21 March 2022
Puan Guru Besar, Puan Azlinah Bt Hj Yang, GPK HEM, guru bertugas, AJK pengoperasian
pembukaan sekolah dari awal pagi telah bersedia dan menyambut murid-murid ke sekolah.
Murid menggunakan cecair ‘sanitizer’ yang disediakan sebelum masuk ke kawasan sekolah.
Guru memantau setiap pergerakan murid.
Murid menggunakan laluan khas mereka dan dipantau oleh guru bertugas.
SK KERUBONG
8.3 PERGERAKKAN LALUAN MURID DAN TATACARA MASUK KELAS
SK KERUBONG
8.4 MURID DI DALAM KELAS
Guru kelas berada di dalam kelas seawal 7.15 pagi untuk memastikan murid tahu kedudukan
tempat mereka.
Guru memberikan taklimat ringkas mengenai SOP yang perlu mereka patuhi.
Guru mengawasi pergerakan murid didalam kelas.
SK KERUBONG
8.5 WAKTU REHAT
Guru bertugas mengawasi murid sepanjang laluan ke kantin.
Murid beratur dengan jarak yang sesuai untuk membeli makanan.
Murid makan di dalam kelas bersama guru yang ditugaskan menjaga.
Guru RMT menjaga RMT dikaunter dengan baik.
SK KERUBONG
8.6 WAKTU BALIK
Perjalanan pulang murid berjalan dengan lancer apabila guru bertugas menjaga dan
menunjuk arah laluan yang betul
Murid beratur dengan jarak yang besesuaian untuk pulang kerumah
Waktu pulang juga dijadualkan berbeza agar tiada pertembungan murid yang ramai.
SK KERUBONG
9.0 LAWATAN
a. Lanskoperal Niezam Bin Abdul Razak, Balai Polis Tanjung Minyak.
b. Puan Azizah Bt Sharif, Pegawai Seranta SK Kerubong dari Pejabat Pendidikan
Melaka
Disediakan oleh,
…………………………………………..
JAMILAH BINTI MOHAMAD
Ketua Unit Laporan dan Dokumentasi
Tadbir Urus Pembukaan Sekolah
SK Kerubong
SK KERUBONG
LAMPIRAN KEHADIRAN
SK KERUBONG