TARIKH / HARI / MASA
29 MEI 2021
SABTU
9.00 PAGI
TEMPAT
KEDIAMAN MASING-MASING
( ONLINE )
1
ISI KANDUNGAN M/S
--------------------------------- 3-4
5
PERKARA
6
1. Kata-kata Aluan YDP PIBG dan Penasihat
2. Notis Mesyuarat Agung PIBG sesi 2019/2020 7
3. Notis Mesyurat Agung PIBG Sesi 2021/2022 8
4. Atur cara Mesyuarat Agung PIBG 9
5. Ahli Jawatankuasa Induk PIBG SK. Kepayan Sesi 2019/2020 10-20
6. AJK Pelaksana Mesyuarat Agung PIBG SK.Kepayan Sesi 2020 21 - 22
7. Minit mesyuarat Agung PIBG Sesi 2018/2019 22- 23
8. Laporan Aktiviti PIBG Tahun 2019 24-25
9. Laporan kewangan PIBG berakhir pada 31 Disember 2019 26-27
10. Laporan Aktiviti PIBG Tahun 2020 31
11. Laporan Kewangan PIBG berakhir pada 31 Disember 2020
12. Pembubaran Jawatankuasa PIBG Sesi 2019/2020 & Pemilihan 33-41
Jawatankuasa PIBG Sesi 2021/2022
13. Pembentangan Usul-usul Tahun 2021
2
KATA ALU-ALUAN
PENGERUSI PIBG (YDP)
------------------------------
Bismillahirrahmanirrahim,
Assalamualaikum W.B.T. Terlebih dahulu saya ingin memanjatkan setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat
Illahi kerana dengan keizinan-Nya, maka kita dapat bersama dalam Mesyuarat Agung PIBG sesi
2021/2022 ini. Saya juga bersyukur kerana Allah SWT telah menggerakkan hati ibu bapa SK Kepayan
untuk hadir dalam majlis ini. Semoga Mesyuarat Agung PIBG kali ini dapat menyemarakkan semangat
ibu bapa dan guru untuk melibatkan diri dengan lebih aktif dalam program demi kemajuan anak-anak
dan sekolah.
Jawatankuasa PIBG Sesi 2019-2020 sehingga hari ini telah cuba melaksanakan tugas yang
diamanahkan dengan sebaiknya. Walaupun perancangan aktiviti sebahagiannya tidak berjalan lancar
kerana kekangan masalah pandemik Covid19 yang kita alami dan berlakunya Perintah Kawalan
Pergerakan. Kepentingan dan kebajikan anak-anak masih tetap dititikberatkan. Sumbangan ibu bapa
melalui yuran PIBG telah digunakan sebaik-baiknya untuk membantu melancarkan program-program
sekolah ke arah meningkatkan pencapaian pendidikan dan sahsiah murid. Selain itu, ianya juga
disalurkan kepada pembangunan sekolah demi keselamatan dan kesejahteraan anak-anak kita. . Di
samping kemajuan akademik, PIBG juga sentiasa bekerjasama dengan pihak sekolah dalam memastikan
pembangunan sahsiah pelajar agar anak-anak kita selamat meneruskan kehidupan mereka dalam era
kecanggihan teknologi yang penuh dengan cabaran.
Sehubungan dengan itu, saya menyeru ibu bapa agar sentiasa dapat memberikan kerjasama
dalam setiap aktiviti yang diadakan. Marilah turun bersama ke sekolah ketika diperlukan untuk
membantu menjadikan sekolah SK Kepayan lebih kondusif untuk anak-anak kita belajar. Sumbangan dan
kepakaran ibu bapa amatlah diharapkan untuk digabungkan bersama tenaga guru-guru yang sentiasa
memberikan komitmen mendidik anak-anak kita. Malahan kita boleh nampak kegigihan guru-guru yang
diterajui oleh Guru Besar yang sentiasa berusaha mengindahkan dan membaikpulih persekitaran
sekolah tidak kira waktu.
Mudah-mudahan impian kita sebagai ibu bapa untuk melihat anak kita berjaya menjadi insan
cemerlang tercapai selaras dengan visi dan misi SK Kepayan. Saya berharap agar Ahli Jawatankuasa
PIBG baru yang akan dilantik kelak dapat meneruskan usaha dengan lebih gigih bagi meningkatkan
kecemerlangan SK Kepayan yang kita sayangi ini. Saya mewakili barisan AJK sesi 2919/2020
mengucapkan ribuan terima kasih di atas kerjasama guru-guru dan ibu bapa yang sentiasa bersedia
mencurahkan bantuan dalam menjayakan aktiviti-aktiviti yang dirancang. Kami juga memohon maaf
segala kekhilafan dan kelemahan yang datang daripada kami. Semoga SK Kepayan sentiasa bergerak
maju menuju kecemerlangan dengan adanya gabungan mantap ibu bapa dan guru dalam PIBG.
Sekian, Terima Kasih
MARZUKY HJ MOHD YASSIN
YDP PIBG, SK. KEPAYAN
SESI 2019/2020
3
KATA ALU-ALUAN
PENASIHAT PIBG (GURU BESAR)
===================
Bismillahirrahmanirahim.
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,
Salam Sejahtera, Salam SK Kepayan Hebat.
Yang Berusaha, Encik Marzuky Hj. Mohd Yassin, Yang Dipertua PIBG SK Kepayan, Barisan Pentadbir Sekolah,
Guru-guru SK Kepayan, Ahli Jawatankuasa PIBG dan yang saya hormati tuan-tuan dan puan-puan sekalian.
Bersyukur kita ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurniaNya kita dapat berkumpul di dewan ini
bagi merealisasikan Mesyuarat Agung PIBG kali ini setelah kita bercuti lantaran COVID-19 yang mengejutkan
negara kita dan seluruh dunia. Alhamdulillah, kita masih diberi kesempatan untuk menghirup udara segar
tatkala kita masih berjuang untuk memutuskan rantaian virus COVID-19 ini. Namun begitu, segala
perancangan dan usaha yang jitu maka Mesyuarat Agung PIBG dapat diadakan hari ini. Terima kasih kepada
semua ibu bapa yang dapat hadir pada hari ini ini walaupun bilangan yang hadir tidak 100% namun saya
amat berterima kasih atas kehadiran tuan-tuan dan puan-puan yang sudi hadir hari ini. Kehadiran tuan
merupakan tanda sokongan dan keperihatinan tuan terhadap kami dan sekolah ini. Semoga kehadiran tuan
juga akan menyemarakkan lagi semangat ibu bapa dan masyarakat untuk melibatkan diri secara aktif dalam
program sekolah yang dirancang. Selain itu, kehadiran ibu bapa menunjukkan komitmen yang tinggi bagi
merealisasikan visi dan misi sekolah untuk mencapai kecemerlangan dalam bidang akademik, kokurikulum
dan sahsiah murid-murid. Tidak dilupakan juga sekalung penghargaan dan terima kasih kepada semua guru
dan AJK PIBG yang berusaha menunjukkan komitmen yang tinggi dalam menjayakan majlis kali ini.
Saya mewakili pihak sekolah juga merakamkan setinggi-tinggi penghargaan ucapan terima kasih
kepada semua ibu bapa yang memainkan peranan penting dalam memantau pembelajaran anak-anak di
rumah sewaktu cuti sekolah berikutan tambahan cuti kawalan pergerakan COVID-19 baru-baru ini. Tanpa
kesepakatan dan kerjasama yang jitu daripada pihak ibu bapa amat sukar bagi kita bagi mencapai kejayaan
yang diharapkan. Hasrat ini lebih mudah dicapai apabila semua pihak termasuk ibu bapa dan ahli komuniti
bersatu dalam kecemerlangan anak-anak. Peranan ibu bapa dalam membantu pembelajaran anak-anak di
rumah tidak dapat dinafikan. Apabila ibu bapa terlibat sama, sekolah mendapat banyak manfaat antaranya
pencapaian murid meningkat, kes disiplin dalam kalangan murid berkurangan dan hubungan pihak sekolah
dengan ibu bapa menjadi lebih baik. Demi mencapai matlamat ini, kita perlulah mewujudkan suasana
pembelajaran di rumah seperti menyediakan ruang untuk anak belajar dan memastikan anak mempunyai
jadual ulang kaji serta berbincang dengan anak-anak.
SK Kepayan perlu menambah baik keadaan fizikal serta kemudahan asas, kelas, makmal dan bilik-
bilik khas supaya murid dapat belajar dengan sempurna dan kondusif. Semua ini menuntut pembiayaan kos
yang besar. Justeru, peranan PIBG amatlah diharapkan dalam merealisasikan hasrat tersebut. Di samping
mencapai kecemerlangan dalam bidang akademik, murid-murid yang berada di sekolah ini perlu dididik
menjadi murid yang beretika dan berakhlak tinggi dengan menghormati ibu bapa dan guru-guru, malah
menjadi insan yang berguna kepada negara. Oleh itu, disiplin murid perlulah dikukuhkan, bak kata pepatah
melentur buluh biarlah dari rebungnya. Pastinya, pihak sekolah akan mengutamakan kawalan disiplin murid
dan ibu bapa pula perlu berperanan memastikan anak-anak mematuhi peraturan-peraturan yang ditetapkan
oleh pihak sekolah. Marilah sama-sama kita menggembleng dan memacu tenaga bagi menjamin hasrat
sekolah ini tercapai.
Akhir kata, semoga Tuhan sentiasa memberkati usaha kita demi memajukan kemenjadian anak-anak
menjadi insan yang cemerlang dari segi sahsiah, akademik dan kokurikulum. Untuk sekian kalinya, saya bagi
pihak sekolah merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang telah memberi kerjasama yang
baik dalam melaksanakan pelbagai program sekolah. Sekian sahaja, saya sudahi dengan Wabillahi Taufik
Walhidayah, Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
EN. MALEK BIN MAT
GURU BESAR, SK. KEPAYAN
4
PERSATUAN IBUBAPA DAN GURU Tel/Faks : 088-221490
SEKOLAH KEBANGSAAN KEPAYAN E-mel :[email protected]
Peti Surat 395, Web : www.skkepayan.net
88858 Tanjung Aru,
KOTA KINABALU, SABAH.
Rujukan Kami : XBA4014/100-8/1/03/( )
Tarikh : 21 MEI 2021
Kepada :
Semua Ahli Persatuan Ibu bapa dan Guru,
Sek. Keb. Kepayan.
Melalui,
Guru Besar,
Sek. Keb. Kepayan.
Tuan / Puan,
MESYUARAT AGUNG PIBG SK. KEPAYAN BAGI TAHUN 2019/2020
Merujuk kepada perkara di atas.
02. Sukacita dimaklumkan bahawa tuan/puan dijemput hadir ke Mesyuarat Agung PIBG
bagi Tahun 2019/2020, SK.Kepayan yang akan diadakan pada ketetapan berikut :
Tarikh : 29 Mei 2021 (Sabtu)
Masa : 9.00 pagi
Tempat : Kediaman masing-masing (Online- Link akan dikongsikan
kemudian dalam group kelas anak masing-masing)
03. Agenda Mesyuarat adalah seperti berikut;
3.1 Ucapan Pengerusi
3.2 Ucapan Penasihat
3.3 Membentang dan menerima Minit Mesyuarat Agung Tahunan yang lalu
3.4 Membentang dan menerima Laporan Tahunan 2019
3.5 Membentang, menerima dan meluluskan Penyata Kewangan berakhir 31 Disember 2019
3.6 Membahaskan usul Tahun 2020
3.7 Ucapan penangguhan
04. Kehadiran tuan/puan semua amat dihargai dan kehadiran anda menunjukkan sokongan tuan/puan
kepada Anjakan 9 – Pelibatan Ibu bapa dan komuniti di sekolah.
Sekian, terima kasih.
“SEPAKAT MEMBAWA BERKAT”
Saya yang menjalankan amanah,
………………………………………
( MARZUKY HJ MOHD YASSIN )
Yang DiPertua PIBG,
SK.Kepayan 2019/2020
sk. - Penasihat PIBG
- Fail
5
PERSATUAN IBUBAPA DAN GURU Tel/Faks : 088-221490
SEKOLAH KEBANGSAAN KEPAYAN E-mel :[email protected]
Peti Surat 395, Web : www.skkepayan.net
88858 Tanjung Aru,
KOTA KINABALU, SABAH.
Rujukan Kami : XBA4014/100-8/1/03/( )
Tarikh : 21 MEI 2021
Kepada :
Semua Ahli Persatuan Ibu bapa dan Guru,
Sek. Keb. Kepayan.
Melalui,
Guru Besar,
Sek. Keb. Kepayan.
Tuan / Puan,
MESYUARAT AGUNG PIBG SK. KEPAYAN BAGI TAHUN 2021/2022
Merujuk kepada perkara di atas.
02. Sukacita dimaklumkan bahawa tuan/puan dijemput hadir ke Mesyuarat Agung PIBG
bagi Tahun 2019/2020, SK.Kepayan yang akan diadakan pada ketetapan berikut :
Tarikh : 29 Mei 2021 (Sabtu)
Masa : 10.00 pagi
Tempat : Kediaman masing-masing (Online- Link akan dikongsikan
kemudian dalam group kelas anak masing-masing)
03. Agenda Mesyuarat adalah seperti berikut;
3.1 Ucapan Pengerusi
3.2 Ucapan Penasihat
3.3 Membentang dan menerima Minit Mesyuarat Agung Tahunan yang lalu
3.4 Membentang dan menerima Laporan Tahunan 2020
3.5 Membentang, menerima dan meluluskan Penyata Kewangan berakhir 31 Disember 2020
3.6 Pembubaran Jawatankuasa PIBG bagi Tahun 2019/2020
3.7 Pemilihan Jawatankuasa PIBG bagi Tahun 2021/2022
3.8 Membahaskan usul Tahun 2021
3.9 Ucapan penangguhan
04. Kehadiran tuan/puan semua amat dihargai dan kehadiran anda menunjukkan sokongan tuan/puan
kepada Anjakan 9 – Pelibatan Ibu bapa dan komuniti di sekolah.
Sekian, terima kasih.
“SEPAKAT MEMBAWA BERKAT”
Saya yang menjalankan amanah,
………………………………………
( MARZUKY HJ MOHD YASSIN )
Yang DiPertua PIBG,
SK.Kepayan 2019/2020
sk. - Penasihat PIBG
- Fail
6
ATUR CARA MESYUARAT AGUNG PIBG SK. KEPAYAN
BAGI TAHUN 2019/2020 DAN 2021/2022
-----------------------------------------------------------------------------------
8.30 pagi : Pendaftaran Ibu bapa dan Guru
9.00 pagi
: Mesyuarat Agung PIBG bagi Tahun 2019/2020
10.00 pagi
a. Ucapan Pengerusi PIBG
b. Ucapan Penasihat
c. Membentang dan menerima Minit Mesyuarat Agung PIBG yang lalu
d. Membentang dan menerima Laporan Tahunan 2019
e. Membentang, menerima dan meluluskan Penyata Kewangan
berakhir 31 Disember 2019
f. Ucapan Penangguhan Mesyuarat sesi 2019/2020
: Mesyuarat Agung PIBG bagi Tahun 2021/2022
g. Ucapan Pengerusi PIBG
h. Ucapan Penasihat
i. Membentang dan menerima Laporan Tahunan 2020
j. Membentang, menerima dan meluluskan Penyata Kewangan
berakhir 31 Disembar 2020
k. Pembubaran Jawatankuasa PIBG bagi Tahun 2019/2020
l. Pemilihan Jawatankuasa PIBG bagi Tahun 2021/2022
m. Membahaskan usul Tahun 2021
n. Ucapan Penangguhan
o. Bersurai
7
AHLI JAWATANKUASA INDUK PIBG TAHUN 2019/2020
SK. KEPAYAN, KOTA KINABALU, SABAH
=============================
PENASIHAT
En. Malek Bin Mat
Guru Besar, Sk. Kepayan
En. Marzuky Bin Mohd Yassin
Yang Dipertua PIBG
Pn. Wan Zurianiza Wan Zukkenaini
Naib Yang Dipertua PIBG
En.Sapar Bin Makal
Setiausaha Kehormat PIBG
Puan Ng Lee Zu
Bendahari Kehormat
AJK GURU
Pn Nazirah Kassem
Datin Jahara Adama
DG.Rohani Hj.Pg Yahya
AJK IBU BAPA
Pn Valerie Sitibon
En. Zulhilmi Salim
Pn Murinah Jariman
En. Abdillah Ahmad
Pn Sunintah Abdullah
Abdul Halim Jamain
Pn Fatimutu Zahara Nurdin
En.Norjawi Maya
JURU AUDIT
En. Mohd. Nazri bin Naharudin (Juru audit Dalaman)
En.Effendy Bin Abdul Ghani (Juru audit luar)
8
AJK PELAKSANA MESYUARAT AGUNG PIBG SK.KEPAYAN
___________________________________________________________________________________
TUGAS / AJK NAMA SPESIFIKASI TUGAS
Pengerusi En. Malek Bin Mat - Mempengerusikan mesyuarat selepas
Sementara
Sapar Bin Makal (K) pembubaran AJK PIBG 2019/2020
Penyelaras & Ng Lee Zu - Memastikan program berjalan lancar.
Setiausaha Jahara Adama - Membentuk ajk pelaksana program
Bendahari - Merancang dan mencatat perbelanjaan majlis.
- Mengacara Mesyuarat Agung Tahunan PIBG.
Juruacara - Mengawal keadaan semasa mesyuarat.
- Mencatat minit mesyuarat.
Pencatat Minit Dg Rohani Pg Yahya - Menyediakan draf minit mesyuarat.
- Menyerahkan minit mesyuarat kepada
Juru Kira Undi Syahman Abu Mos
Sapar Makal Setiausaha PIBG.
- Mengendalikan kiraan undi untuk pemilihan
Pendaftaran Guru Liliana Ambo Mase(K)
&Ibu bapa Semua Guru Kelas AJK PIBG 2021/2022
Teknikal & Siaraya Ainul Fadzrina (K) - Mengendalikan pendaftaran kehadiran guru-
Nazirah Kassem guru dan ibu bapa mengikut tahun / kelas.
Sapar Makal
- Mengagihkan buku Program Mesyuarat Agung
Teks Ucapan, Jahara binti Adama (K) Tahunan PIBG
Dokumentasi & Nazirah Kassem
Surat Jemputan - Menyebarkan Link borang pencalonan dan
Pengundian kepada ibubapa dalam group
kelas.
- Menyampaikan maklumat link mesyuarat ke
dalam group kelas masing-masing
- Memastikan Sistem berfungsi dengan baik
- Memastikan respon di ruang chat
disampaikan kepada Moderotor
- Sentiasa memantau dan memaklumkan
moderator atau pembentang sebarang
masalah teknikal seperti tiada suara/paparan
semasa pembentangan dijalankan
- Menyediakan teks ucapan GB & YDP
- Menyerahkan teks ucapan kepada AJK Buku
Atur cara.
- Menyerahkan laporan kepada setiausaha.
9
10
MINIT MESYUARAT AGUNG
PERSATUAN IBUBAPA DAN GURU
SEKOLAH KEBANGSAAN KEPAYAN, KOTA KINABALU
SESI 2018/2019
Tarikh : 11 Mei 2019
Hari : Sabtu
Masa : 8.00 Pagi
Tempat : Dewan Terbuka Sk. Kepayan
Kehadiran : 345 Orang
Kehadiran Ahli Jawatankuasa PIBG Sesi 2018/2019
Tuan Hj. Ag. Jamil bin Ag. Puteh - Yang Dipertua PIBG Tidak Hadir - Bersebab
Encik Syamsul Bahrin Bin Ahmad - Naib Yang Dipertua PIBG
Marihni binti Abd. Rahman - Setiausaha Tidak Hadir - Bersebab
Razana Binti awang Asri - Timbalan Setiausaha Tidak Hadir - Bersebab
Wong Siew Hee - Bendahari Kehormat Pindah - ke Sandakan
Kehadiran - AJK Guru Tidak Hadir - Bersebab
Rujuk Lampiran
Rolex Laminit
Hamdan Bin Sulaiman
Mohd. Jusri bin Kassim
Muhamad Kharizal Bin Adzemy
Pn Dorly@Dorothy T @ Nur Eza Binti Abdullah
Kehadiran - AJK Ibu Bapa
Mohd Salleh bin Jikri
Marzuky Bin Mohd Yassin
Aizam Bin Amdan
Mohamad Nizam Bin Masran
Muhammad Zamani Bin Mujiman
Wan Zurianiza Binti Wan Zukkenaini
Juru audit Dalaman
Mohd Nazri Bin Naharudin
Juru audit Luar
Suriawati Binti Shukri
Kehadiran Ibu Bapa & Guru
11
1. UCAPAN PENASIHAT
1.1 GB Tuan Hambali Hj Shuib mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada semua ibubapa,
Penolong Kanan 1 Pn. Grace , Penolong-penolong Kanan sekolah , AJK PIBG dan guru-guru
yang dapat menghadirkan diri dan mengucapkan rasa syukur kerana kehadiran yang
sangat memberangsangkan.
1.2 Maklumkan bahawa 1200 ahli PIBG adalah dalam kalangan ibu bapa dan terdapat lebih
kurang 600 keluarga dalam sekolah SK Kepayan. Oleh itu, 200 ahli yang hadir daripada 600
ahli PIBG adalah jumlah kehadiran yang baik. Manakala AJK PIBG minima 5 orang dan
maksimum 15 orang.
1.3 Menjelaskan tujuan mesyuarat agung diadakan adalah menyediakan satu ruang
perbincangan antara guru dan ibubapa terutama dalam menaiktaraf pencapaian akademik
anak-anak, mencadangkan penambahbaikan dan memilih AJK yang baharu bagi sesi
2019/2020.
1.4 Beliau menyentuh peranan PIBG sebagai platform dalam membantu sekolah untuk
mendapatkan sumber dana misalnya dalam aktiviti sukantin, dermathon dan tidak
mengharapkan atau bergantung kepada kerajaan semata-mata.
1.5 Menjelaskan tentang Program Kelas Transformasi 2024 (KT2024) yang merupakan sekolah
transformasi terawal yang akan bermula pada tahun 2019 melibatkan kelas Tahun 1, 4 dan
6 . Program ini akan dapat terlaksana dengan pelibatan dan kerjasama ibu bapa dan guru.
Kelas Transformasi 2024 ini memberi perhatian kepada 3 fokus utama iaitu kurikulum,
kokurikulum dan sahsiah diri.
1.6 Sekiranya ada ibu bapa yang tidak jelas tentang KT2024, mereka boleh minta pencerahan
daripada guru kelas anak-anak ataupun guru-guru SK. Kepayan.
1.7 GB Tuan Hambali memperincikan tentang kemenjadian murid yang akan dinilai melalui 5
aspek yang akan direkod dalam 5 slip keputusan iaitu slip UPSR (pentaksiran pusat), PBD,
PAJSK, SEGAK dan PSIKOMETRIK (9 kecerdasan pelbagai) dan mengalu-alukan semua ibu
bapa untuk berhubung dengan guru tentang masalah pembelajaran anak dan menggalakkan
supaya ibu bapa melibatkan anak-anak dengan aktiviti luar sekolah (aktiviti sihat).
1.8 GB Tuan Hambali mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada PIBG (YDP) atas
keprihatinan dan memastikan kebajikan anak-anak atau murid-murid Sk. Kepayan
2. PERUTUSAN PENGERUSI
2.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih di atas kehadiran semua guru, ibu bapa dan AJK dan
memaklumkan kehadiran ibu bapa adalah seramai 345 orang dan cukup kuota untuk
meneruskan mesyuarat.
2.2 Memaklumkan agar pemilihan YDP pada tahun ini dapat memberi ruang untuk beliau
berehat. Beliau seterusnya memperkenalkan AJK PIBG 2018/2019. Pengerusi menjelaskan
AJK yang tidak hadir mesyuarat pada hari ini adalah atas tugas wajib yang tidak dapat
dielakkan.
3. MEMBENTANG DAN MENERIMA MINIT MESYUARAT AGUNG TAHUNAN YANG LALU DAN PERKARA
BERBANGKIT.
Dicadangkan untuk disahkan : Encik Abdillah Bin Ahmad Mudus.
Disokong untuk pengesahan : Puan Sandra Binti Husain
12
4. MEMBENTANG DAN MENERIMA LAPORAN TAHUNAN AKTIVITI TAHUN 2018
4.1 Biro Akademik& Sukan
4.1.1 AKADEMIK
4.1.1.1 Buku Rujukan ‘English Grammar Handbook & Buku Sumber Sains KSSR Tahun 4, 5 dan 6
20/9/2018 ( PK. Pentadbiran – Puan Grace Subramaniam)
4.1.1.2 Lawatan Sambil Belajar Tahun 6 – Ladang Teh Ranau, Ladang Dairy Farm Ranau & Poring
Hot Spring Ranau & BTN Kundasang - 13&14 Oktober 2018 ( Penyelaras Lawatan Muhd
Kharizal)
4.1.1.3 25 orang murid Tahun 6 menghadiri Bengkel Matematik di SK. Sembulan – 5/9/2018
(Ketua Panitia Matematik Puan. Rahma Sabri)
4.1.1.4 Majlis Anugerah Cemerlang , seramai 220 orang murid (hadir bersama ibu bapa) -
21/11/2019 (Penyelaras – Ibrahim Hj. S. Latip)
4.1.2 SUKAN
4.1.2.1 Larian 4 X 100M Jemputan PIBG sempena Hari Sukan SK Kepayan Tahun 2018.
(01/2/2018 di Kompleks Sukan Penampang)
4.1.2.2 Pemberian Insentif Atlet Peringkat Negeri kepada 6 orang (RM50) dan Kebangsaan
4 orang (RM100).
Peringkat Negeri (RM 50)
- Moran Ivo Marcus – 6R (Ragbi/Negeri RM 50) – 18-20 Februari 2018
- Muhammad Nur Irfan Bin Rumidy – 6D (Bola Baling/Negeri RM 50) – 5-9 Mac 2018
- Daniel Hairy Bin Khairul Anuar – 6A (Bola Baling/Negeri RM 50) – 5-9 Mac 2018
- Muhammad Daniesh Iman Bin Suhaimun – 6M (Bola Sepak/Negeri RM 50) 9-11 Julai 2018
- Adrian David – 6S (English Camp/Negeri - RM50.00) 24-25 April 2018
- Dayang Nisa Farisa Binti Mizan – 6M (Hoki/Negeri RM 50) 4-8 Julai 2018
Peringkat Kebangsaan (RM100)
- Daniel Hairy Bin Khairul Anuar – 6A (Bola Baling /Negeri RM 100) 20-24 Mac 2018
- Nur Rasyiqah Fari’ah Binti Razmi – 2A (Karate/Kebangsaan RM 100) 9-10 Mac 2018
- Nur Radhiah Fathiah Binti Razmi – 4M (Karate/Kebangsaan RM 100) 9-10 Mac 2018
- Marcella Wilson Villaceran – 4S (Perahu Layar/Kebangsaan RM 100) 4-6 Mei 2018
4.1.3 Biro Kebajikan dan Sosial
4.1.3.1 KEBAJIKAN
- Masih Ada Yang Sayang & Ziarah Ramadhan
- Sumbangan Beras (Pertubuhan Masyarakat Anak Sabah & Sazarice)
- Zakat (Sumbanagn daripada perseorangan)
13
4.1.3.2 SOSIAL
- Sambutan tahun Baru Cina
- Gotong Royong Perdana ‘Hapus Denggi’
- Kutipan Dermathon PIBG
- Mesyuarat Agung PIBG
- Sukantin
- Sambutan Hari raya SKK & Majlis Hari Guru
- Sambutan hari Kanak-Kanak
- Majlis Penyampaian Sijil Tamat Sekolah Rendah & jamuan Akhir Tahun 6
- Majlis Anugerah Cemerlang
- Majlis Khatam Quran & Sambutan Perarakan Maulidur Rasul
4.1.4 Biro Pembangunan & Keselamatan
- Tandas & Kumbahan (Tandas Murid & Tandas Guru)
- Kipas-membaikpulih dan menggantikan kipas baharu (Kelas & Dewan)telah 3 kali
diganti dengan yang baru.
- Pentas Pidato- Aktiviti Bahasa murid gunakan pentas untuk b ercerita.
- Meja baharu - 20 unit telah ditempatkan di kelas 2A.
- Sewa lori sampah- mengangkut sampah-sampah(gotong royong ‘ Hapus Denggi’ )
- Pasir (Lompat jauh)
4.1.5 Menerima dan mengesahkan Laporan Aktiviti Tahunan 2018
Dicadangkan untuk disahkan oleh Puan Suzana James
Disokong untuk pengesahan oleh Pn Nielda Suking.
5. MEMBENTANG , MENERIMA DAN MELULUSKAN LAPORAN PENYATA KEWANGAN PIBG
BERAKHIR 31 DISEMBER 2018.
5.1 Laporan Kewangan 2018 dibentangkan oleh bendahari Pn Wong siew Hee@ Nur Syahidah.
BUTIRAN RM RM NOTA
Pendapatan
RM 20,640.35 1
Baki Dalam Bank 31 Dis 2017 RM 96.55 2
Faedah Bank Bulan Jan – Dis 2018 RM 4,695.80 3
Kutipan Baki Sumbangan PIBG Jan – Okt 18 RM 18,420.00 4
Kutipan Sumbangan PIBG 2019 (20/11/18) RM 64,444.05 5
Kutipan Dermathon RM 3,000.00 6
Sumbangan Dari YB Derrell Leiking RM 200.00 7
Sumbangan Dari Kinabalu Sport
JUMLAH PENDAPATAN RM 111,496.75
Perbelanjaan
Perbelanjaan Pengurusan Pembangunan dan RM 55,371.60 8
Keceriaan Sekolah PIBG
14
Perbelanjaan Aktiviti Sekolah RM 14,367.50 9
Perbelanjaan Kurikulum RM 8,161.00 10
Perbelanjaan Kokurikulum RM 3,084.00 11
Aktiviti Prasekolah RM 3,701.00 12
Perkhidmatan Bank RM 27.67 13
JUMLAH BESAR PENDAPATAN JUMLAH PERBELANJAAN RM 84,712.77
JUMLAH BESAR PERBELANJAAN
JUMLAH BAKI DALAM AKUAN RM 111,496.75
TUNAI DI TANGAN (31.12.2018) RM 84,712.77
RM 25,739.78
RM 1,044.20
NOTA KEPADA PENYATA
PENDAPATAN = RM 20,640.35
1 – Baki Dalam Bank 31 Dis 2017 = RM 96.55
2 – Faedah Bank Bulan Jan – Dis 2018 = RM 4,695.80
3 – Kutipan Baki Sumbangan PIBG Jan - Okt 2018 = RM 18,420.00
4 – Kutipan Sumbangan PIBG 2019 ( 20.11.2018) = RM 64,444.05
5 – Kutipan Dermathon = RM 3,000.00
6 – Sumbangan daripada YB Derrell Leiking = RM 200.00
7- Sumbangan daripada Kinabalu Sport = RM 111,496.75
JUMLAH PENDAPATAN = RM 1,908.00
PERBELANJAAN = RM 2,402.00
8 – Perbelanjaan Pengurusan Dan Keceriaan Sekolah PIBG
▪ Sumbangan meja murid (20 unit xRM 92.90 + RM 50 kos hantar)
▪ Sumbangan Alat gantian kipas, Kipas baru dan servis aircond
Pembelian Alat gantian kipas setiap kelas ( 51 unit) = RM 132.00
Kipas baru dewan ( RM 360 x 3 unit ) = RM 1,080.00
servis aircond Bilik Guru ( RM 180 x 3 unit ) = RM 540.00
Upah Pemasangan dan Servis aircond = RM 650.00
▪ Kos makan minum Mesyuarat/Perjumpaan AJK PIBG = RM 886.60
= RM 5,505.00
▪ Majlis Penghargaan Mantan AJK PIBG (2015-2017)
= RM 5,000.00
Ahli – ahli mantan PIBG 50 orang ( 5 Meja x RM 588) = RM 2,940.00 = RM 625.00
= RM 12,500.00
Cenderakenangan (50 org x RM 51.30) = RM 2,565.00 = RM 1,300.00
= RM 19,330.00
▪ Sumbangan PA Sistem
▪ Kertas A4 (50 rim untuk pelbagai surat edaran pemakluman ibubapa)
▪ Pembaikkan tandas murid, kumbahan tandas murid dan bilik guru
▪ Pembinaan Pentas PIDATO
▪ Sumbangan Baju Jubah 256 helai
240 helai jubah murid x RM 75.00 = RM 18,000.00
3 helai jubah Tokoh Murid x RM 75.00 = RM 225.00
13 helai jubah Guru x RM 85.00 = RM 1,105.00
▪ Sumbangan Menaik Taraf dan Kecerian Pejabat Am Sekolah = RM 5,000.00
600.00
▪ Sumbangan Hadiah Perpisahan 4 orang guru x RM 150.00( 22.11.18) = RM
= RM 315.00
▪ Kos Dobi baju jubah sebanyak 256 helai = RM 55,371.60
JUMLAH
15
9 – Perbelanjaan Akitiviti sekolah
▪ Kos makan minum Tetamu MAS Program Masih Ada Sayang (22.5.18) = RM 166. 00
= RM 1,128.00
▪ Kos Tempahan Kad Dermathon 2000 keping
= RM 5,950.00
▪ Kos Pembelian hadiah cabutan Dermathon
= RM 1,950.00
5 unit smartphone x RM 190 = RM 950.00 = RM 300.00
= RM 300.00
4 unit basikal x RM 250 = RM 1,000.00 = RM 1,700.00
= RM 2,623.50
4 unit sport watch x RM 150 = RM 600.00
= RM 250.00
10 unit hamper x RM 100 = RM 1,000.00 =RM 14,367.50
5 unit hamper x RM 80 = RM 400.00
20 unit hamper x RM 50 = RM 1,000.00
20 unit hamper x RM 30 = RM 600.00
5 unit hamper x RM 20 = RM 100.00
20 unit hamper x RM 15 = RM 300.00
▪ Sumbangan pada Program Sambutan Hari Kanak-kanak
▪ Sumbangan pada Majlis Khatam Quran
▪ Sumbangan Inovasi Pendidikan Islam kepada Ustaz Muhamad Kharizal
▪ Sumbangan pada Majlis Graduasi Tahun 6
▪ Sumbangan pada Majlis Anugerah Cemerlang
▪ Sumbangan Perkhidmatan Khemah Graduasi Thn 6
JUMLAH
10 – Perbelanjaan Kurikulum = RM 3,700.00
▪ Pembelian Handbook BI Dan SN (200 buah) = RM 1,661.00
▪ Pemberian Insentif Dan Pemuafakatan UPSR (191 0rang) = RM 2,800.00
▪ Program Lawatan Dan Inovasi Murid Tahun 6 (191 orang) =RM 8,161.00
JUMLAH
11 – Perbelanjaan Ko-kurikulum
▪ Sumbangan Pembelian Medal sukan sekolah (64 unit x RM 9)
(31.1.18 dan 01.2.18) komplaks Sukan Penampang = RM 576.00
▪ Kos Pembelian Pasir dan makan minum AJK pelaksana hari sukan sekolah = RM 1,708.00
▪ Pembayaran kos sebagai Tuan Rumah Bola Jaring Peringkat
Daerah pada 16-17 April 2018 (40 org x RM 10 x 2 hari) = RM 800.00
JUMLAH = RM 3,084.00
12 - Aktiviti Prasekolah Dan Dermathon = RM 3,701.00
▪ Kutipan Kad Dermathon 2018 (100 orang) = RM 3,701.00
JUMLAH
13 - Perkhidmatan Bank = RM 27.67
▪ Caj cek
JUMLAH = RM 27.67
JUMLAH PERBELANJAAN = RM 84,712.77
5.2 En Kassim Bin Awang Tuah
5.2.1 Memohon penerangan terperinci mengenai sumbangan baju jubah kerana merujuk
kepada perbelanjaan sumbangan baju jubah 256 helai melibatkan perbelanjaan sebanyak
RM19,330 dan adakah setiap tahun jubah dibuat?
Jawapan Pengerusi (YDP) : Jubah asal sudah lusuh dan digunakan sejak tahun2003.
Memandangkan dapat kos untuk membuat sehelai jubah RM75 adalah sangat murah, maka
diganti dengan jubah baharu untuk kegunaan anak-anak, berharap dapat digunakan untuk 10
tahun.
16
Jawapan Penasihat (Guru Besar) : 15 tahun berlalu baru buat jubah baru. Inisiatif PIBG tahun
lepas untuk membuat jubah baru sangat baik. Bersetuju dengan pembelian jubah dan
mengambil kesempatan semasa PIBG mempunyai dana untuk anak-anak murid dan berharap
dapat digunakan dengan jangka masa yang lama seperti jubah terdahulu. Penyimpanan jubah
juga sangat bersistematik.
5.3 YDP memaklumkan mengenai inisiatif pembaikpulihan tandas murid, kumbahan tandas murid
dan bilik guru perbelanjaan sebanyak RM12,500 amat berbaloi dengan cara pembersihan yang
dilakukan dan untuk keselesaan warga sekolah.
5.4 Selain itu, YDP menjelaskan menaik taraf dan Keceriaan Pejabat Sekolah adalah penting dan
keselesaan tempat kerja.
5.5 Penyata Wakaf Surau
Ustaz Muhamad Kharizal Menjelaskan : Berkenaan wakaf surau, kutipan sudah berjalan selama
tiga tahun. Masih menunggu untuk bina surau baru dan wang tidak digunakan. Akaun wakaf
dikendalikan oleh YDP dan bendahari serta Ustaz Kharizal yang dibenarkan atas lantikan.
Derma dari luar negeri sebanyak RM113,000 dan setakat ini RM150,000 dalam akaun wakaf.
5.6 Wakaf surau berkenaan permit dan tatacara kutipan melibatkan hebahan luar.
Jawapan Ustaz Muhamad Kharizal: Untuk makluman sebelum melaksanakan sudah dapat
kelulusan pejabat ketua menteri, permit polis dan pejabat pendidikan dan kebenaran daripada
JHEINS.
5.7 Hamdan Bin Hj Husain
En Hamdan menyatakan pihak sekolah sepatutnya ada mempunyai Agihan Belanja Mengurus
(ABM). Mengapakah masih perlu mengambil dana daripada sumber kewangan PIBG dan
kebanyakan perbelanjaan yang keluar melibatkan maintenance. Maintenance sepatutnya bukan
di bawah PIBG. Persoalan kenapa wang PIBG digunakan untuk maintenance sepert disebutkan.
Jawapan Penasihat (Guru Besar): Memaklumkan berkaitan maintenance peruntukan ada bagi
ABM tetapi kecil sahaja iaitu RM10,000. PIBG merupakan satu platform bagi tempat saluran
kewangan iaitu sumbangan daripada ibu bapa yang membolehkan membantu aktiviti sekolah .
5.8 En Hamdan juga menyuarakan kenapa dana untuk meraikan mantan-mantan AJK PIBG
melibatkan kos yang besar. Adakah perkara ini perlu atau tidak? Penjimatan adalah sangat
perlu pada zaman sekarang ini.
Jawapan Setiausaha (Pn. Marihni) : Mantan-mantan AJK PIBG yang diraikan adalah ajk-ajk dari
tahun 2015-2017. Sebelum ini majlis penghargaan belum pernah diadakan sepanjang PIBG
yang diterajui oleh Tn Hj. Ag. Jamil. Telah merujuk kepada Pegawai Meja PIBG PPDKK. Hasil
jawapan ialah bergantung kepada keputusan hasil perbincangan dan keputusan ajk tertinggi
PIBG mengenai perbelanjaan. Hasil daripada perbincangan tersebut jumlah telah dipersetujui
oleh Mantan GB Sabariah dan YDP.
Jawapan Bendahari (Pn. Syahidah) : Penghargaan diberi untuk 50 orang ahli PIBG yang
sebelum ini belum pernah dilakukan setiap tahun. RM5000 untuk 50 orang ahli , perkepala
hanya diperuntukkan RM150 untuk makan malam dan sedikit cenderakenangan. Majlis ini
17
dilaksanakan sekaligus meraikan perpindahan GB Sabariah Harris sebagai penghargaan beliau
yang sentiasa memberi sokongan dan nasihat atas apa jua aktitivi yang dilaksanakan oleh PIBG.
5.9 En Lokiman Lokiew
Dimanakah sumbangan untuk pendidikan anak-anak murid? Mengapa tidak alihkan wang
untuk pelajaran terutama dalam pelajaran Bahasa Inggeris dan matematik? Pihak sekolah
sepatutnya menumpukan aktiviti seperti membuat motivasi dan menjemput pakar-pakar untuk
membantu murid. Cadangan buat seminar untuk ibu bapa contohnya 3 bulan sekali.
Jawapan Pengerusi (YDP) : Memaklumkan perkara yang disebutkan oleh En Lokiman telah pun
dibuat oleh pihak sekolah melalui saluran kewangan PIBG. Namun sebelum kita
menitikberatkan tentang pencapaian akademik, sekolah perlu memiliki tempat atau kelas yang
kondusif seperti penggantian kipas yang rosak, pembaikan tandas murid dan guru supaya
keadaan selesa dan akan memberikan kesan yang baik secara tidak langsung. Sekolah juga
memang ada mengadakan kelas tambahan untuk murid-murid dan hasilnya keputusan UPSR
tahun lepas meningkat.
Jawapan Penasihat (Guru Besar) : Memaklumkan bahawa keperluan akademik adalah yang
terbaik dengan wujudnya ‘Group Whatsapp’ kelas, pelibatan ibu bapa adalah sangat diperlukan.
Sekiranya ada permuafakatan maka semuanya akan jadi lebih mudah dan guru akan lebih
beriltizam . Ibu bapa tidak perlu menunggu bengkel, seminar, tuisyen semata-mata tetapi ibu
bapa boleh bertindak lebih awal untuk mencari inisiatif luar.
Jawapan Pengerusi (YDP): Memaklumkan telah banyak perubahan berlaku semenjak Guru
Besar En. Hambali datang ke sekolah. Antara inisiatif yang dibuat untuk memastikan
kecemerlangan murid-murid di SK. Kepayan ialah banyak aktiviti telah dikurangkan, mesyuarat
atau taklimat guru tidak lagi diadakan semasa PDPC murid. Sekolah menyokong penuh
kecemerlangan murid.
5.10 En Sarih (PK KoKum)
Pada bahagian Perbelanjaan Ko-Kurikulum berkaitan dengan Hari Sukan Sk Kepayan pada
tahun lepas dengan pembelian medal adakah sememangnya menggunakan sumber kewangan
daripada pihak PIBG. Hal ini kerana, dana daripada pihak sekolah ada menyediakan peruntukan
untuk sukan.
Jawapan En Rolex (Ajk Biro Sukan PIBG) : Memaklumkan berkenaan dengan perbelanjaan Ko
Kurikulum tersebut adalah aktiviti PIBG wakil ibu bapa dan guru mengikut acara 4 x 100m
semasa sukan tahun lepas. Pembelian medal adalah untuk ibu bapa dan guru bukannya untuk
murid. Dana daripada pihak sekolah hanya menyediakan peruntukan sukan hanya untuk murid
sahaja.
5.11 En. Norjawi Bin Maya
Menyatakan rasa berterima kasih kepada Gb Tuan Hambali kerana melalui pentadbirannya
tidak wujud diskriminasi murid pandai dan murid kurang pandai.
5.12 Menerima dan mengesahkan Laporan Penyata Kewangan Berakhir 31 Disember 2018
Dicadangkan untuk disahkan oleh En Lokiman Lokiew
Disokong untuk pengesahan oleh Pn Tengku Fazlina Tengku Ibrahim.
18
5.13 KUTIPAN SUMBANGAN PIBG
5.13.1 - YDP Tuan Hj Ag Jamil membuka cadangan kepada ibu bapa yang hadir berkenaan
sumbangan PIBG, adakah masih kekal RM30 sekeluarga?. Bagi kes ketidakhadiran ke
Mesyuarat PIBG adakah masih dikekalkan sumbangan RM20? Untuk makluman sumbangan
ketidakhadiran ini dijalankan hampir di semua sekolah.
5.13.2 - Ada ibu bapa yang menyuarakan supaya ketidakhadiran ke mesyuarat agung PIBG
tidak lagi perlu membayar tetapi cadangan mengadakan cabutan bertuah.
Jawapan Penasihat (Guru Besar) - Sekiranya tidak mampu abaikan tetapi jika semua ibu bapa
tidak membayarnya maka kutipan PIBG tidak mempunyai dana. Keputusan dibuat atau
permuafakatan/syor ini boleh digunakan untuk PIBG seterusnya. PIBG baru akan mendapat
dana untuk menggerakkan PIBG. Tidak perlu buat cabutan bertuah kerana tidak sesuai untuk
orang dewasa lebih-lebih lagi mesyuarat membincangkan tentang kebaikan untuk anak-anak.
5.13.3 Kutipan Sumbangan PIBG sebanyak RM30 tiada bantahan dan dipersetujui sebulat
suara oleh ibu bapa yang hadir untuk dikekalkan. Begitu juga berkenaan Sumbangan
ketidakhadiran ke Mesyuarat Agung PIBG dan dipersetujui sebulat suara sebanyak RM20.
5.14 Bendahari PIBG (Puan Wong Siew Hee) - Memaklumkan sebanyak RM1750.00 bagi
pembelian Uncang makanan kering (‘Door Gift’) disediakan untuk 350 orang ibu bapa dan guru
yang hadir ke Mesyuarat PIBG pada tahun ini. Pada tahun sebelumnya PIBG menyediakan
jamauan makan dan minuman tetapi pada tahun ini mesyuarat PIBG diadakan pada bulan
puasa maka PIBG hanya menyediakan ‘Door Gift’ kepada ibu bapa dan guru yang hadir.
5.15 YDP (Tuan Hj Ag Jamil) - Memaklumkan sumbangan RM 0.10 sen masih diteruskan
bagi menampung perkhidmatan servis coway dan juga perbelanjaan-perbelanjaan kecil bagi
penggerak aktiviti sekolah. Tetapi terpulang kepada pentadbiran PIBG baharu sesi
2019/2020.
6. PEMBUBARAN AHLI JAWATANKUASA BAGI SESI TAHUN 2018/2019
6.1 Hj. Ag. Jamil bin Ag. Puteh selaku Yang Dipertua PIBG dengan rasminya membubarkan
jawatankuasa sesi 2018/2019 dan menjemput sidang yang hadir mencadangkan
jawatankuasa yang baharu.
7. PEMILIHAN AHLI JAWATANKUASA BAGI SESI TAHUN 2019/2020
7.1 YDP menyerahkan perjalanan mesyuarat kepada guru besar sebagai pengerusi
sementara.
7.2 Pengerusi sementara memaklumkan pemilihan hari ini melibatkan YDP,NYDP, AJK
dikalangan ibu bapa.
7.3 Semua yang hadir dalam mesyuarat sebulat suara bersetuju dengan cadangan yang
diberi. Berikut adalah jawatankuasa yang telah diterima dan dilantik bagi tahun 2019.
Yang Dipertua : Encik Marzuky Bin Mohd Yassin
Naib YDP : Encik Lokiman Bin Wakiyah
Setiausaha : Puan Saadiah Binti Ariffin
Bendahari : Puan Suzana James
Timbalan Bendahari : Puan Ng Lee Zu
19
AJK Guru : Datin Jahara Binti Adama
AJK Ibu bapa : Puan Nazirah Binti Kassem
: Puan Khatijah Binti Ajirul
: Puan Dg. Rohani Binti Hj. Pg. Yahya
: Puan Valerie - Prasekolah
: Encik Zulhimi Bin Salim - Tahun 1
: Pn Murinah Binti Jariman - Tahun 2
: Puan Sandra Hampal Husa - Tahun 3
: Puan Rozita Binti Wahab - Tahun 4
: Puan Fatimutu Zahara Binti Nurdin - Tahun 5
: En Norjawi Bin Maya - Tahun 6
Juru Audit Dalaman :
Juru Audit Luar :
7. UCAPAN PENGERUSI BAHARU & PENANGGUHAN/PENUTUP.
YDP (En. Marzuky Bin Mohd Yassin)
Mengucapkan ribuan terima kasih di atas kepercayaan dengan pelantikan sebagai Pengerusi.
Beliau memaklumkan bahawa hanya mempunyai kelulusan PMR tetapi akan berjanji untuk
membuat yang terbaik bagi kecemerlangan sekolah.
PIBG akan bermesyuarat dengan kadar segera untuk membincangkan usul dan akan diambil
tindakan oleh AJK baru.
Mesyuarat ditangguhkan pada jam 12.00 tengah hari.
Dicatat oleh, Disemak oleh,
…………………................................ .....................................................
( PN.RAZANA BINTI AWANG ASRI) (HJ. AG. JAMIL BIN AG. PUTEH)
Timbalan Setiausaha PIBG Yang DiPertua PIBG
Sesi 2018/2019 Sesi 2018/2019
Disahkan oleh
..............................................
( HAMBALI HJ SHUIB )
Guru Besar, SK. Kepayan
PENGESAHAN MINIT MESYUARAT
Dicadang oleh : ..................................................................................................…
Disokong oleh : .....................................................................................................
20
21
LAPORAN AKTIVITI SETIAP BIRO PIBG TAHUN 2019/2020
1. BIRO AKADEMIK
1. Majlis Iftar Ramadhan, Bacaan Yasin, Sholat Hajat dan Mohon Restu.
2. Buku Perancangan Saya ( PK. Pentadbiran – Puan Grace Subramaniam)
3. Buku Bacalah Sayang (Murid Linus)
4. Majlis Sambutan Hari Kanak-Kanak Sedunia 24/10/2019
5. Lawatan Sambil Belajar Tahun 6 – Ladang Teh Ranau, Ladang Dairy
Farm Ranau & Poring Hot Spring Ranau & BTN Kundasang - 18 &19
November 2019
6. Majlis Penyerahan Sijil Tamat Persekolahan Tahun 6 Sesi 2019
7. Majlis Pemuafakatan Ibubapa Bersama Guru Besar 16/11/2019
8. Majlis Khatam Al-Quran 21/11/2019
9. Majlis Anugerah Cemerlang , seramai 220 orang murid (hadir bersama
ibu bapa) pada 21/11/2019 (Penyelaras – Ustaz Khairizal)
10.Majlis Sumbangan Intensif Pelajar Cemerlang UPSR (6A DAN 5A)
2. BIRO SUKAN
1. Karnival Sukan PIBG
3. BIRO KEBAJIKAN
1. Sumbangan Kepada anak yatim Piatu ( 2 Orang Pelajar )
2. Sumbangan untuk tenaga pengajar kelas intensif UPSR
3. Sumbangan untuk Wakil Catur Peringkat Negeri
4. Sumbangan untuk Wakil Catur Peringkat Kebangsaan
5. Sumbangan untuk Wakil Peserta Perahu Layar
4. SUMBANGAN PEMBANGUNAN & KESELAMATAN
1. Membaik pulih Pagar dan Gate Pintu Depan Sekolah. (15/11 2019)
Disediakan oleh,
( SAPAR BIN MAKAL )
Setiausaha PIBG
22
PENYATA KEWANGAN PIBG
SETAKAT BULAN JUN-DISEMBER 2019
PENDAPATAN 18,057.10
22.14
1 Baki Dalam Bank 31 Mei 2019
2 Faedah Bank Bulan JUN -Dis 2019 366.00
3 Tabung Kebajikan PIBG 8,642.00
4 Punggutan dan Keuntungan Penyertaan Kalnival Sukan PIBG 2019 2,000.00
5 Sumbangan YB Darell Leiking
6 sumbangan CIMB (Pembelian Hamper) 200.00
7 Kutipan Sumbangan PIBG Nov-Dis 2019 24,300.00
8 Jabatan Bendahari Negeri (JBN) KK Untuk Pembelian kerusi & Meja 11,800.00
65,387.24
JUMLAH PENDAPATAN
PERBELANJAAN 832.00
1 BAYARAN MESIN COWAY DARI BULAN JUN 2019 - NOV 2019 2,130.00
2 Pembaikan Pintu Depan Gate Sekolah 1,100.00
3 Makanan IFTAR RAMADHAN 1,715.00
4 Program UPSR Bacaan Yasin, Solat dan Bahan Alat Tulis 4,378.50
5 K Bookstore (KK) Sdn. Bhd. (Buku Perancangan Saya - utk Setiap Murid)
6 K Bookstore (KK) Sdn. Bhd. (Buku Bacalah Sayang Buku 1 & 2) 990.00
7 Bayaran untuk sumbangan Guru-guru UPSR 600.00
8 Program Lawatan Pelajar Tahun 6 ke Ranau 3,474.00
9 Program Majlis Khatam Al-Quran 400.00
10 Program Majlis Anugerah Cemerlang 2019 1,000.00
11 Perbelanjaan Karnival Sukan PIBG 2019 2,712.85
12 Caj Bank / Servis caj Jun – Dis 2019
4.00
JUMLAH PEBELANJAAN
19,336.35
LAPORAN KUTIPAN TABUNG KEBAJIKAN PIBG 2019/2020
TARIKH KUTIPAN DUIT KERTAS KUTIPAN SYILING JUMLAH CATATAN
28-06-19 60.00 101.00 161.00
20-07-19 217.00 100.00 317.00
20-08-19 229.00 105.00 334.00
01-09-19 201.00 95.00 296.00
20-10-19 339.00 300.00 639.00
11-11-19 200.00 75.00 275.00
JUMLAH 1246.00 776.00 2,022.00
Wang Tunai ditangan Bendahari 240.00
JUMLAH KESELURUHAN 2,262.00
23
LAPORAN PENGUNAAN KUTIPAN TABUNG KEBAJIKAN PIBG 2019
INSENTSIF CATUR PERINGKAT NEGERI (MUHAMMAD AMEER HAMDEE BIN 50.00
NAZEER)
INSENTSIF CATUR PERINGKAT KEBANGSAAN (MUHAMMAD AMEER HAMDEE BIN 100.00
NAZEER) 50.00
INSENTSIF PERAHU LAYAR PERINGKAT NEGERI (MARCELLA WILSON VILLACERAN) 50.00
INTENSIF PERAHU LAYAR PERINGKAT NEGERI ( AWANG FARHAN )
PROGRAM MELUKIS POSTER HARI MERDEKA 150.00
VELVET BOX TRODING UNTUK PERSARAAN GB HAMBALI 90.00
91.80
RESIT RASMI PENDAFTARAN SEKOLAH 2020
HADIAH UNTUK GURU-GURU DI JAMUAN AKHIR TAHUN (KALNIVAL SUKAN & HARI 1,043.80
GURU) 6.10
REBEN UNTUK BUNGKUS HADIAH 44.00
PENGHIASAN/KEMASKINI PAPAN KENYATAAN PIBG DI SEKOLAH 400.00
INSENTIF UNTUK ANAK YATIM PIATU YANG KE SEK.MENENGAH (RM200 X 2
ORANG) 91.80
24.80
1. MUHAMMAD AMIRUL DANISH ABD LATIF 2,192.30
2. NORFIFIYANA AFINAH ABDULLAH
INTENSIF UNTUK ANAK YATIM PIATU (BAYARAN YURAN SEKOLAH)
1. ADIK MUHAMMAD HUZAIMAN
MAKANAN KANTIN MURID UPSR YANG MENDAPAT 6A & 5A
JUMLAH PERBELANJAAN
JUMLAH BERSIH DI TANGAN BENDAHARI 69.70
PENYATA KEWANGAN PIBG SETAKAT BULAN JUN-DISEMBER 2019
BUTIRAN RM NOTA
PENDAPATAN
Baki Dalam Bank 31 Mei 2019 18,057.10 1
Faedah Bank Bulan JUN -Dis 2019 22.14 2
366.00 3
Tabung Kebajikan PIBG 4
Punggutan dan Keuntungan Penyertaan Kalnival Sukan PIBG 2019 8,642.00 5
Sumbangan YB Darell Leiking 2,000.00 6
sumbangan CIMB (Pembelian Hamper) 7
Kutipan Sumbangan PIBG Nov-Dis 2019 200.00
Jabatan Bendahari Negari (JBN) KK Untuk Pembelian kerusi & 24,300.00 8
Meja
JUMLAH PENDAPATAN 11,800.00
65,387.24
24
PERBELANJAAN 2,712.85 11
Perbelanjaan Kalnival Sukan PIBG 2019 2,962.00
Perbelanjaan Pengurusan PIBG 1&2
Perbelanjaan Kurikulum 13,657.50 3 HINGGA
Caj Bank / Servis caj Jun – Dis 2019
JUMLAH PERBELANJAAN 4.00 10
19,336.35
Pendapatan Bersih PIBG 12
Baki Di Dalam Akaun Bank sehingga 31/12/2019
46,050.89
46,050.89
PENGESAHAN KEWANGAN
Dicadang oleh : ..................................................................................................…
Disokong oleh : .....................................................................................................
25
LAPORAN AKTIVITI PIBG TAHUN 2020/2021
26
LAPORAN AKTIVITI PIBG SEPANJANG TAHUN 2020 – 2021
BIL TARIKH PERKARA
1 04/01/2020 Majlis Penetapan Target bersama Guru Besar
2 5 Januari 2020 Membaik pulih pintu tandas murid dan saluran paip yang rosak
3 7 Januari 2020 Membaik pulih kipas dan lampu di dalam kelas yang rosak
2 15/2/2020 Majlis Permuafakatan Ibubapa dan Guru-guru Tahun 6 yang
dilaksanakan di Dewan Penjara
3 12 Feb 2020 PIBG turut sama menjayakan Sukan Tahunan Sekolah 2020
4 4 Julai 2020 Mengadakan mesyuarat tentang persediaan pembukaan semula
sekolah dan lawatan tapak memantau keperluan sekolah
5 12 Julai 2020 AJK PIBG turut sama memantau dan membantu melancarkan
perjalanan kehadiran murid pada hari pertama pembukaan semula
sekolah pasca Covid
6 15 Ogos 2020 Gotong royong menabur batu Kawasan Parkir flat guru, mengecat
pasu bunga, memgemaskan kedudukan pasu besar dan membersihkan
lorong laluan
7 27 Sept 2020 AJK PIBG turut sama memberi penghormatan dan penghargaan
sempena Majlis Persaraan Cikgu Rokiah dan Cikgu Flora
8 31 Okt 2020 Mengadakan sambutan hari jadi Guru Besar, Mini Gotong royong
menyusun bata untuk taman bunga dan menghantar sedikit bantuan
amal
Membersihkan dan mengalihkan tanah di kawasan parkir kereta
9 1 Desember 2020 depan Pejabat AM menggunakan jentera yang diusahakan oleh
komuniti dan PIBG
10 2 Desember 2020 Gotong royong Ibubapa murid Pra Sekolah mengecat bumbung untuk
mengelakkan tagar dan menceriakan bangunan pra
11 6 Desember 2020 Gotong royong mengalihkan tiang besi, menabur batu, cat tembok
dan pasu besar
12 16 Desember 2020 AJK PIBG membuka booth bergambar untuk murid memakai jubah
13 11 Jan 2021 Kerja-kerja membaiki gate,mengimpal pintu kecil tercabut,menganti
roda rosak dan menambah roda serta membaiki besi laluan pagar
14 21 Jan 2021 PIBG membekalkan 17 tong Cat Putih dan 12 tong cat Merah 18 liter
untuk projek menceriakan kelas serta membekalkan 2 kereta sorong
15 25 Jan 2021 PIBG menganggotai Jawatankuasa menangani Bencana SK Kepayan
16 26 Feb 2021 AJK PIBG membantu pihak sekolah menanda laluan murid untuk
persediaan pembukaan sekolah sesi 2021
27
17 1 dan 2 March AJK PIBG bertugas membantu melicinkan perjalanan masuk dan
2021 pulang murid pada hari pertama dan kedua pembukaan sekolah
18 6 March 2021 Majlis Bacaan Yassin dan Solat Hajat
19 9 March 2021 PIBG telah membeli 3 buah Kenopi untuk kegunaan murid berteduh
ketika menunggu diambil pulang
20 3 Mei 2021
AJK Tertinggi PIBG bersama Barisan Pentadbir sekolah mengadakan
Kunjungan Hormat Kepada Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu
sempena perlantikan beliau dan Sempena perpindahan Ibu pejabat
Polis Daerah Kota Kinabalu ke lokasi baru.
Disediakan oleh,
......................................
( SAPAR BIN MAKAL )
Setiausaha PIBG
28
PENYATA KEWANGAN PIBG SETAKAT BULAN JAN-DISEMBER 2020
PENDAPATAN RM
Bil Butiran 46,050.89
10,000.00
1 Baki Dalam Bank 01 JAN 2020
2 Jabatan Bendahari Negeri Sabah (JBN) KK Untuk Penyenggaraan sekolah 9,341.00
3 Sumbangan untuk tapak pembinaan depan sekolah 1,350.00
4 Sumbangan untuk anak yatim (dari orang luar) 4,900.00
5 Sumbangan YB Darell Leiking (Pembelian alat keselamatan PASCA Covid-19) 9,775.00
6 Sumbangan dari pembelian buku kerja murid
7 Kutipan Sumbangan PIBG untuk tahun 2020 (Sambungan dari tahun 2019) 450.00
8 Kutipan Sumbangan PIBG untuk tahun 2021 1,680.00
9 Faedah Bank Bulan Jan -Dis 2020
58.90
JUMLAH PENDAPATAN 83,605.79
PERBELANJAAN RM
Bil Butiran 1,828.00
3,428.00
1 BAYARAN MESIN COWAY DARI BULAN Disember 2019 - Disember 2020
2 Pembelian Meja Murid 480.00
3 Banner depan Sekolah 4,650.00
4 Meja + kerusi sekolah 1,240.00
5 Majlis penyerahan Sijil tamat tahun 6 (untuk 2019) 1,265.00
6 Makanan Pemaufakatan Ibu bapa dengan Guru Besar Baru
7 Hadiah Wang RM200 untuk Murid dapat 6A dalam UPSR 2019 200.00
8 Hadiah Wang RM150 untuk Murid dapat 5A dalam UPSR 2019 150.00
9 Bayaran makanan mesyuarat PIBG kali pertama bagi tahun 2020 58.00
10 Upah membaiki paip bocor dan pembelian alatan 500.00
11 Pembaikan Sekolah Awal tahun 2020 1,764.30
Pembelian alatan keselamatan PASCA covid-19 semperna Pembukaan Pra 4,900.00
12 sekolah
13 Pembaikan sekolah (mebuat persiapan untuk pembukaan sekolah 2020) 1,629.80
14 Sambutan Kemerdekaan SK Kepayan (Peringkat Dalaman sekolah) 300.00
15 Hadiah untuk persaraan Puan Jumisah (PK petang 2020) 100.00
16 Hadiah untuk persaraan Puan Flora dan Puan Rokiah Zakaria 190.00
78.00
17 Pembelian Piring, sudu, garfu (Perjumpaan Ibu bapa tahun 6) 100.00
18 Wakil sekolah dalam menyertai pertandingan Hoki peringkat Daerah (1 orang) 300.00
19 Wakil sekolah dalam menyertai pertandingan ragbi Daerah (3 orang) 200.00
20 Wakil sekolah dalam menyertai pertandingan Bola Jaring Daerah(2 orang) 402.80
21 Pembelian Singki Pra sekolah (sempena pembukaan Pra sekolah)
29
22 Pembelian kaki singki Pra sekolah (Beli Besi) 655.00
23 Pembelian kain Langsir sekolah termasuk Upah menjahit 4,615.00
24 Pembelian Receipt Book untuk pendaftaran murid 2021
25 Pembelian Kertas A4 untuk mesyuarat PIBG 152.05
26 Buat Banner SK Kepayan (Papan kenyataan PIBG) 629.85
27 Hadiah Tapeware untuk Guru-guru sempena Jamuan Akhir tahun 2020 88.80
28 Minuman Perjumpaan Ibu bapa tahun 6 1,378.85
29 Bayaran Makanan 12 orang (Pembukaan Sekolah Tahun 1,2,3,4) 100.00
30 Bayaran Sarapan (Gotong royong SK Kepayan) 93.00
31 Makanan Gotong Royong Sekolah (15 orang) 300.00
32 Makanan Gotong Royong Sekolah (20 orang) 90.00
33 Caj bank ke atas penggunaan cek 136.00
34 Wang di tangan Bendahari Yang masih belum digunakan
7.00
JUMLAH PEBELANJAAN 805.85
32,815.30
JUMLAH PENDAPATAN
JUMLAH PEBELANJAAN 83,605.79
Pendapatan Bersih PIBG 32,815.30
Baki Di Dalam Akaun Bank sehingga 31/12/2020 50,790.49
BAKI BERSIH DI TANGAN BENDAHARI DARI TABUNG KEBAJIKAN PIBG 2019 50,790.49
69.70
PENGESAHAN KEWANGAN
Dicadang oleh : ..................................................................................................…
Disokong oleh : .....................................................................................................
30
PEMBUBARAN JAWATANKUASA PIBG SESI 2019/2020 DAN
PEMILIHAN JAWATANKUASA PIBG SESI 2021/2022
JAWATANKUASA PIBG SESI 2019/2020 JAWATANKUASA PIBG SESI 2021/2022
YANG DIPERTUA YANG DIPERTUA (YDP)
En Marzuky Hj Mohd Yassin ………………………………………………………
NAIB YANG DIPERTUA NAIB YANG DIPERTUA (NYDP)
Pn. Wan Zurianiza Wan Zukkenaini ………………………………………………………
SETIAUSAHA SETIAUSAHA
En Sapar Makal ………………………………………………………
BENDAHARI BENDAHARI
Puan Ng Lee Zu ………………………………………………………
AJK GURU PEMBANTU BENDAHARI
………………………………………………………
1. Pn Nazirah Kassem
2. Datin Jahara Adama AJK GURU
3. Pn DG Rohani Hj Pg Yahya
1. …………………………………………………
AJK IBU BAPA 2. …………………………………………………
3. …………………………………………………
1. Pn Valerie Sitibon 4. …………………………………………………
2. En Zulhilmi Salim
3. Pn Murinah Jariman AJK IBU BAPA
4. En Abdillah Ahmad
5. Pn Sunintah Abdullah 1. …………………………………………………
6. En Abdul Halim Jamain 2. …………………………………………………
7. Pn Fatimutu Zahara Nurdin 3. …………………………………………………
8. En Norjawi Maya 4. …………………………………………………
5. …………………………………………………
Juru audit Dalaman 6. .....................................................................
Encik Mohd. Nazri bin Naharudin 7. .....................................................................
Juru audit Luar Juru audit Dalaman
En. Effendy Abdul Ghani
1. ………………………………………………….
Juru audit Dalaman
1. ………………………………………………….
31
32
MESYUARAT AGUNG PIBG SESI 2021/2022
CADANGAN USUL 2021/2022
1. Sekuriti sekolah minta tolong pantau anak2 masa ke tandas
Trend anak-anak ke tandas secara beramai-ramai telah disedari terutama
semasa rehat dan semasa PdP berlangsung di dalam kelas. Selain untuk tujuan
membuang air, anak-anak ini juga didapati ke tandas bagi tujuan dan serta
memantau proses kematangan masing-masing seperti membetulkan tudung, sedikit
berdandan dan tidak kurang memicit jerawat. Tindakan awal guru kelas bagi
mengawal pergerakan semasa PdP berlangsung ialah menyediakan kad keluar
kelas yang dihadkan kepada dua orang sahaja pada sesuatu masa.
Selain itu pihak sekolah telah menempatkan pekerja pembersihan di luar pintu
tandas dan meronda didalam tandas bagi tujuan pengawasan dan pematuhan SOP
Covid-19 di samping memastikan tandas berada dalam keadaan bersih.
2. Wujudkan kelas tambahan khas untuk subjek Matematik dan Bahasa Inggeris
setiap tahap . Ibu bapa tidak faham formula Matematik dan tidak mampu bagi
tuisyen.
Kelas tambahan secara berperingkat sememangnya telah dirancang bermula tahun
2020 malah sudah dimulakan pada tahun 2019 secara sukarela sebaik sahaja GB
menjejaki kaki di sekolah ini. Sekiranya tuan/puan dapat melihat apakah bentuk
tindakan yang dibuat oleh pihak sekolah dalam membangunkan prestasi dan
persediaan anak-anak adalah melalui perancangan bersepadu melibatkan kajian
tahap penguasaan murid dalam subjejk kritikal dan prasarana bagi melaksanakan
kelas tambahan ini. Pihak sekolah telah menjadualkan kelas tambahan yang
bermula dari Tahap Dua melibatkan Tahun 4,5 dan 6.
Cabaran 1: Tempat yang tidak mencukupi bagi menempatkan sejumlah murid
yang ramai pada satu-satu masa.
Penyelesaian: Meminta kerjasama Jabatan Penjara untuk menyediakan meja yang
bersesuaian (8’x2’) dan membeli kerusi tambahan sebanyak 200 buah untuk
digunakan di dewan terbuka. Masalah gangguan kepada kelas lain akan diatasi
dewan pemantauan berterusan guru-guru dan memastikan guru sentiasa berada di
kelas untuk menjalankan PdP.
33
Cabaran 2: Kehadiran murid sasaran ke kelas tambahan semakin
berkurangan.
Penyelesaian: Saya bersyukur apabila adanya cadangan ibu bapa supaya pihak
sekolah membuat kelas tambahan. Apabila kelas tambahan dilaksanakan pada
tahun 2019 di dalam kelas pada hari Sabtu, bilangan penyertaan pada mulanya
ramai, namun selepas itu peserta kelas semakin berkurangan. Saya cuba
mengandaikan pembelajaran tidak menarik minat murid tetapi apakah yang boleh
dilakukan dengan lebih menarik selain pembelajaran banyak berpusatkan murid,
mengupas cara mencari jawapan bagi soalan jenis berfikir aras tinggi (KBAT),
peluang untuk mengadakan kolaboratif dan komunikasi bersama guru dan rakan-
rakan.
Setelah tinjauan dibuat melalui soal jawab bersama guru dan pemerhatian hasil
kerja murid, faktor utama sebenarnya murid sendiri tidak menguasai fakta asas dan
takut untuk memberi pendapat apa lagi disoal, sedangkan proses pembelajaran
memerlukan proses-proses berkenaan. Hal inilah menjadi punca selain dorongan
ibu bapa. Kelemahan inui akan berlarutan sampai bila-bila jika penegasan tentang
fakta asas tidak diberi perhatian serta kemahiran berfikir murid kurang mendapat
galakan sama ada di sekolah atau di rumah. Oleh itu kesempatan ini saya ambil
untuk membuka persefahaman untuk kita sama-sama memberi perhatian kepada
keperluan anak-anak. Contoh pihak sekolah buat pertandingan sifir, Ibu bapa di
rumah mendorong anak untuk menunjukkan kebolehan.
Cabaran 3: Aktiviti yang terbatas semasa covid-19
Penyelesaian: Bermula awal tahun 2020, aktiviti bersemuka adalah terkawal dan
sampai satu ketika sekolah ditutup. PdP dilaksanakan atas talian dan atas sebab
kesukaran talian, pihak sekolah menyediakan modul. Terima kasih atas komitmen
ibu bapa tetapi adakah semua murid terlibat? Data sekolah menunjukkan kurang 70
peratus murid menyertai pembelajaran atas talian ini. Pembelajaran secara online
ini bukan kehendak pihak sekolah. Kita tidak perlu berbahas tentang ini. Tetapi
harus melihat dari aspek penyertaan, aspek keberkesanan, aspek galakan dan
aspek penilaian. Beri apa sekali pun sebab, kita perlu membuka ruang pemikiraan
bahawa kita perlu memupuk kerjasama dan membuang kepentingan peribadi
kerana kita sedang berhadapan dengan situasi baharu. Majoriti guru bukan sahaja
di SK Kepayan malah seluruh Malaysia tidak menggemari cara mengajar atas talian
ini.
Oleh yang demikian, pihak sekolah giat untuk mempelbagaikan kaedah termasuk
yang sedang dilaksanakan iaitu Project Based Learning (PBL). Pihak saya
berpendapat, PBL ini sama kesannya dengan kelas tambahan yang sukar
dilaksanakan.
34
3. Pematuhan SOP di sekolah diperketatkan
Pihak sekolah sentiasa memandang kepada aspek berikut dalam pematuhan SOP
Covid-19.
a. Surat arahan yang sedang berkuat kuasa dari KKM / KPM / JPN atau PPD
b. Kebajikan anak-anak. Pemantauan sentiasa diberi perhatian agar anak-anak
sentiasa berada dalam kesihatan yang baik untuk mengikuti PdP bersama rakan-
rakan.
c. Penyediaan bahan kesihatan seperti cecair pencuci tangan, sanitasi dan pelitup
muka bagi murid yang rosak atau tercicir pelitup mukanya.
d. Peringatan secara berkala dari kelas ke kelas dan semasa walk about.
4. Pagar belakang perlu dibaiki, kena fikir cara untuk menarik lebih ramai
penglibatan ibubapa untuk aktiviti sekolah dalam suasana norma baharu.
Tindakan melebar jalan pintu masuk telah dibuat dengan gotong royong guru-guru
dan dengan kehadiran beberapa orang AJK PIBG 2020. Namun pagar belum dapat
dibuat disebabkan pihak sekolah dijanjikan pagar baharu.
Untuk melibatkan ibu bapa dalam aktiviti sekolah, pihak sekolah selalu
memaklumkan gotong royong melalui whatsapp. Alhamdulilah, sebelum PKP
mendapat sambutan yang ramai.Terima kasih. Dasar yang saya buat seperti mana
pernah saya katakan ialah dasar sekolah terbuka. Ibu bapa boleh hadir dan
mencadangkan segala kebaikan untuk sekolah supaya dapat dipertimbangkan.
Penglibatan ibu bapa adalah atas inisiatif ibu bapa itu sendiri atau melalui PIBG.
Saya pernah nampak suatu masa dahulu YDP mengambil tindakan membaiki
sistem paip dan beberapa orang dalam kalangan tuan2 bermandi lumpur mengorek
tanah untuk mencari punca sambungan paip. Tentunya anak2 merasa bangga
dengan sumbangan bapa ini. Bagi saya, mereka yang tidak dapat memberi
sumbangan apa2 di tempat anak mereka membesar tidak dapat kenangan manis
untuk dikenang malah hasrat untuk membangunkan SK Kepayan secara bersama
tidak dapat dijelmakan.
Saya sentiasa menerima pendapat dan cadangan untuk melihat sejauh mana
relevan sesuatu saranan itu untuk pembangunan sekolah dan anak-anak. Sebab itu
juga saya tidak menutup group whatsapp walau pun ada cadangan dari kalangan
ibu bapa sendiri apabila timbul beberapa isu. Bagi saya masing –masing ada
cadangan dan masing-masing nak menjadikan sekolah ini yang terbaik. Tidak ada
guna sedikit pun sekiranya mengharapkan sekolah ini menjadi sekolah yang tidak
bagus.
5. Menangani isu penyuraian
i. Guna system Drop off dan pick up sahaja semasa menghantar dan
mengambil anak.
35
ii. Menjarakkan masa pulang bagi Tahun 1 - 3 untuk mengelakkan
kesesakan lalu lintas. Sebagai contohnya, Tahun 1 - 5pm, Tahun 2 -
5.10pm, Tahun 3 - 5.20pm.
Kedua2 isu ini adalah isu dikemukakan oleh dua orang rakan saya yang berbeza
tapi saya simpulkan atas satu pandangan iaitu usaha untuk melancarkan proses
penyuraian anak2 iaitu semasa pulang.
Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan terima kasih atas perhatian dan
pandangan ini. Pada kesempatan ini ingin saya menjelaskan apa yang telah,
sedang dilaksanakan. Bukan ibu bapa sahaja membuat pemantauan bagaimana
cara sekolah menyuraikan anak2, tetapi semua pihak memerhati bagaimana anak-
anak ini diurus. Antaranya, KPM, JPN, PPD, KKM, PDRM dan banyak lagi. Bukan
SK Kepayan sahaja diperhatikan malah semua sekolah iaitu sebanyak 7 780 buah
sekolah rendah, 2440 buah sekolah menengah yang berjumlah 10 220 buah
sekolah. Ini melibatkan 208 131 murid prasekolah, 2 741 837 murid sekolah rendah
dan 2 037 433 murid sekolah menengah berjumlah 4 987 401 murid.
Langkah yang diambil oleh pihak sekolah adalah seperti berikut:
Persediaan
a. Perbincangan / mesyuarat mengenai kesesuaian dan keperluan menangani isu
termasuk penyuraian.
b. Merujuk arahan-arahan daripada JPN dan PPD
c. Menentukan modul penyuraian yang sesuai
d. Membuat plan dan tanda arah dan amaran termasuk laluan sehala ke dalam
kawasan sekolah dan ruang drop-off.
e. Membuat persediaan peralatan seperti pengimbas suhu dan hand sanitizer
termasuk pelitup muka kepada murid yang tidak mempunyai pelitup muka.
f. Mengarahkan guru yang terlibat dan semua guru memberi perhatian dan
kerjasama.
Pelaksanaan
a. Membuat pemantauan perjalanan pada hari pertama – pemantauan ini
melibatkan pegawai daripada JPN dan PPD.
b. Berbincang untuk pengubahsuaian dan keperluan tambahan.
c. Meningkatkan bilangan guru yang bertugas dan pengawasan yang
diperketatkan.
36
Pemerhatian dan perbincangan bersama beberapa pihak mendapati sekiranya
drop-off ini dilaksana, maka kesesakan akan berlipat kali ganda sebab pada masa
itu bilangan ibu bapa yang akan masuk ke kawasan sekolah menjadi ramai dan arus
pergerakan kereta keluar terlalu perlahan. Sekiranya ini dilaksanakan juga tentunya
keadaan akan lebih rumit. SK Kepayan bukan seperti sekolah lain yang jauh dari
jalan raya utama. Ruang yang luas berada dalam kawasan sekolah, jesteru untuk
keluar terpaksa menunggu sehingga kereta yang bergerak atas jalan raya utama
lengang.
Langkah penambahbaikan sentiasa diberi perhatian. Sekiranya tuan/puan
perhatikan, pihak sekolah juga telah melaksanakan apa yang telah dicadangkan
sejak awal lagi. Pihak sekolah telah mengadakan penggiliran keluar semasa pulang.
Tetapi ianya tidak jelas seolah-olah murid disuraikan pada masa serentak. Hal ini
berlaku kerana terdapat dalam kalangan ibu bapa lewat mengambil anak masing-
masing dan bukan pada yang murid sebenarnya bersurai.
Kesesakan berlaku di luar juga berlaku kerana sikap dan kepatuhan masa
pengambilan anak. Ada yang awal datang menunggu tetapi tiba masa, rakan lain
yang lewat memotong barisan dan sebagainya. Telahan itu kereta yang menunggu
parkir di laluan terlalu lama. Ini bukan datang dari saya tetapi saya sering membaca
dalam group.
Saya juga ingin menyuarakan perasaan guru-guru, bukan keluhan tetapi kasihan
juga la guru-guru yang terpaksa solat maghrib di sekolah kerana menunggu anak
tuan/puan diambil. Keluarga sendiri menunggu hidangan di rumah, perjalanan lagi
jauh. Ada dalam kalangan ibu bapa lewat mengambil anak, sudah azan maghrib pun
belum sampai. Murid tersebut tidak boleh ditinggal kerana bimbang ada risiko lain.
Saya tidak menyalahkan mana-mana pihak sebab saya sentiasa cuba sedar,
sesuatu berlaku semestinya atas sebab yang tertentu. Tidak ada mereka yang
waras merancang untuk sesuatu keburukan terutam melibatkan keluarga dan anak-
anak.
Tuan/puan yang dikasihi, kita sama-sama menghadapi situasi ini. Situasi ini tidak
boleh dipertanggungjawabkan kepada pihak sekolah sahaja atau PIBG sahaja
malah tidak juga kepada ibu bapa sahaja. Kalau kita menganggap kerja ini kerja
pihak sekolah sahaja maka kita senang mencari kekurangan, begitu juga sekiranya
pihak sekolah mengahrapkan PIBG atau ibu bapa sahaja, semua perkara tidak akan
selesai.
Seterunya dalam hal ini saya juga ingin mengambil peluang kepada YDP PIBG, En.
Marzuki dan AJK PIBG yang hanya tinggal 3 orang menurut beliau, kerana turun ke
37
padang ketika saat getir ini. YDP turut memanggil nama murid, menawarkan untuk
pembelian kanopi yang lebih selepas dicadangkan untuk membeli kanopi. YDP
selalu juga berbincang bersama saya dan hadir dengan idea2 yang bertujuan untuk
membangunkan lagi sekolah terutama dalam aspek kebajikan murid.
Saya juga ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada penyumbang dalam
menangani isu covid yang saya rasa tidak perlulah disebut nama. Cukuplah
tuan/puan tahu pihak sekolah ada mendapat sumbangan salah satu kanopi dan
sanitizer. Selain daripada itu ingin saya ucapkan terima kasih kepada En Rozman
dengan tertegaknya dua buah kanopi yang pertama dan sehingga sekarang (kira-
kira sudah hampir 2 tahun) masih dimanfaatkan. Banyak lagi sumbangan yang sya
tidak mampu sebutkan di sini.
6. Meminta agar selesaikan isu subjek Bahasa Arab ini. Kami sebagai ibu bapa
tidak galakkan ambil subjek ini atas faktor sukar untuk mengajarkan sendiri di
rumah kerana tiada asas yang kami ambil seperti mana kami bersekolah dulu.
38
Apakah saya harus menjawab isu ini?
Bahasa apakah yang harus pihak sekolah memilih?
Tuan/puan, bukan kudrat saya untuk mengubah pekeliling. Surat pekeliling
digubal dengan kuasa-kuasa mesyuarat Jemaah Menteri. Kalu ikutkan saya dan
ramai lagi mungkin, tidak perlu kita lambakkan murid dengan 12 mata pelajaran
yang perlu dibelajar. Cukup kalau dia mahu jadi doctor, kita latih ilmu kedoktoran
sahaja. Itu mahunya saya tetapi adakah ini ada rasional? Saya tidak boleh
mengubah dasar. Saya tidak boleh mengubah Falsafah Pendidikan Kebangsaan
yang mahukan pembelajaran sedacara berterusan dan seimbangan dari segi Intelek
Emosi, Rohani, Jasmani dan Sahsiah.
Untuk menyelesaikan masalah ibu bapa tidak mempunyai kemahiran berbahasa
Arab, sama cerita dengan isu pertama. Ibu bapa tidak pandai berbahasa Inggeris
dan formula Matematik tetapi anak perlu belajar Bahasa Inggeris dan Matematik.
Bagaimana pula ibu bapa meminta supaya Bahasa Inggeris tidak diajar? Gawat
tuan/puan. Saya tidak menyalahkan usul ini dibawa. Saya pening kepala bagaimana
hendak fahamkan kepada ibu bapa apa lagi nak salahkan ibu bapa kerana
pendidikan ini bukan bidang mereka.
Saranan saya, mari kita lihat dalam perspektif yang berbeza dan menerima hasil
pemikiran ahli akademik yang menggubal dasar ini. Kenapa kita belajar bahasa
Inggeris walau pun ada yang belajar 16 tahun, bercakap bahasa Inggeris pun lintang
pukang? Kenapa kita perlu belajar bahasa Arab pula? Saya belajar bahasa Arab,
ibu bapa saya tidak pernah bercakap Arab. Saya menjadi guru Metamatik sejak
1989, sedangkan ibu bapa saya tidak pernah mengajar saya walau pun menambah.
Apa salah kalau kesempatan kesempatan belajar bahasa Aran ini diambil untuk
lebih melancarkan lagi bacaan AL Quran sekiranya yang belajar ni muslim. Kalau
bukan muslim, boleh dianggap sebagai satu kelebihan. Tidak semestinya belajar
39
bahasa Arab akan terus menjadi Islam. Isu tidak pandai berbahasa Arab ini sekrang
boleh diatasi sekiranya berkehendak. Semua maklumat yang diperlukan ada dalam
internet samada dalam youtube, penerangan bertulis dan sebagainya.
Saya ingin sorotkan bagaimana seorang nenek beragama Buddha, setiap hari
menghantar anaknya setiap hari ke kelas KAFA. Menurutnya dia nampak ada
kelebihan terhadap cucunya berkaitan sahsiah dan cara hidup.
7. Mohon kerjasama pihak sekolah dan ibu-bapa untuk sama-sama menangani
gejala ini. saya juga mengusulkan hukuman terhadap pelajar yang terlibat
dengan gejala buli dikuatkuasakan mengikut keseriusan sesuatu kesalahan,
kesalahan pertama, kedua dan seterusnya.
Apa yang tuan/puan isu kan ini ada kena mengena dengan surat pekeliling Bil.8
Tahun 2010 ; Garis Panduan Mencegah dan Menangani Perbuatan Buli Dalam
Kalangan Murid di Sekolah.
40
Setakat ini pihak sekolah sentiasa membuat pemantauan dan menganggap kes buli
adalah kes yang sangat serius. Kerjasama pihak sekolah dengan PIBG sangat
diharapkan untuk menangani isu ini. Namun, setakat ini kes-kes yang berlaku belum
melibatkan kes buli atau kes serius. Kes anak-anak bermasam muka dengan rakan-
rakan, kes mempengaruh kawan supaya tidak memperdulikan rakan lain, kes
conteng buku dan sebagainya bukan la kes yang berkekalan dalam kalangan murid.
Apa yang perlu dielakkan campur tangan ibu bapa yang lebih agresif menyebabkan
berlaku yang di luar kehendak. Pihak sekolah sentiasa menerima maklumat untuk
kami bertindak mengikut garis panduan. Saya sentiasa mengulangi kehendak untuk
mewujudkan persekitaran yang harmonis di sekolah. Elakkan mencari kesalahan
orang lain kerana bila kita berbuat demikian sudah tentu orang akan mencari titik
kelemahan dan kesalahan kita. Hal ini kita kan berkahir dan kita tidak akan maju bila
mana tidak ada persefahaman. Tuan/puan jangan bimbang, orang yang akan
mengambil tindakan untuk kes buli ini adalah saya sendiri. Walau bagaimana pun
perbincangan sesame kita juga perlu dan menerima keadaan secara lebih
professional.
Menyentuh tentang disiplin, ini pernanan kita bersama. Pihak sekolah dan ibu bapa
mesti sehala, berfikiran lebih terbuka dan menangani isu tanpa memenangkan
siapa-siapa.
8. Kurangkan yuran PIBG
9. Saya mencadangkan baju sukan bagi murid perempuan di buat lengan
panjang.
Saya tertarik dengan cadangan yang dibangkitkan.
Pihak sekolah sebenarnya telah merancang untuk menukar pattern dan jenis baju
sukan kepada baju yang lebih menarik dan mengikut peredaran masa kini. Namun
kesukaran kita berbincang peringkat sekolah dan ibu bapa menyebabkan hasrat ini
tertunda. Beberapa pembekal telah dipanggil bagi membincangkan harga yang
paling menarik boleh mereka berikan. Setakat ini, belum ada kata putus yan dibuat
sehingga saya mendapat persetujuan daripada ibu bapa. Saya juga bersetuju untuk
menggalakkan baju berlengan panjang bagi murid perempuan. Perkara yang
penting tuan/puan bersetuju dan sudah semestinya pattern baju tersebut perlu
ditukar.
41
10. a. Membina laluan berbumbung untuk murid di laluan menunggu
b. Menaik taraf tandas dari segi mangkuk tandas dan saluran air.
ALhamdulilah sekiranya sama-sama menyedari keperluan untuk kita menaik taraf
kemudahan untuk anak-anak. Saya tidak mahu sebut masalah dalam hal ini. Apa
yang kita perlu adalah tekad untuk berusaha mendapatkan sumbangan atau dana
bagi hasrat ini. Sekiranya ada kesungguhan dan kerjasama daripada ibu bapa, ada
baiknya kita menubuhkan jawatankuasa penggerak untuk sesuatu perancangan.
Saya percaya YDP yang menerajui PIBG dimusim akan datang bersedia
meneruskan pembangunan yang diinginkan.
Untuk makluman tuan/puan, sudah dua tahun sejak saya ke sekolah ini, berkali-kali
saya suarakan kepada PPD tentang keperluan di sekolah ini. Sampai satu ketika
dimaklumkan sekolah kita telah disenaraikan untuk penambahan sebuah bangunan
baharu yang mempunyai 12 bilik darjah dalam RMK12 tapi setakat ini masih belum
ada. Ini tidak berlaku di sekolah ini sahaja tetapi kalau kita melihat mungkin
disebabkan keadaan, tidak ada pembangunan atau sekolah baharu yang didirikan.
Walau bagaimana pun, saya dimaklumkan keutamaan pembangunan akan
diberikan kepada SK Kepayan. Mudah-mudahan apa yang disebut-sebutkan iaitu
bangunan baharu mengganti block papan, pembinaan kantin dan stor baharu,
dewan berbumbung di hadapan sekolah, penurapan semula dataran hadapan
sekolah, baik pulih pagar, pembinaan tandas baharu yang lebih banyak vagi
menampung bilangan murid yang ramai dan banyak lagi yang difikirkan perlu
diberikan kepada SK Kepayan.
Akhir kata bagi melaksanakan apa sahaja tuntutan tuan/puan terhadap sekolah
untuk menjadikan sekolah lebih berkesan, saya perlukan sedikit masa lagi dan yang
penting komitmen bersama. Marilah bersama-sama menjadikan sekolah lebih
harmonis. Ada sahaja jalan yang luas untuk kebaikan dan sangat sempit jalan untuk
berbuat yang tidak baik tapi kenapa jalan yang tidak baik juga dipiih?
42
43