Abdullah Hassan
➢ Profesor Dr. Abdullah Hassan, lahir di Telok Anson (Intan), Perak, pada 20 Mac 1942.
➢ Beliau adalah ahli seumur hidup Persatuan Penterjemah Malaysia (PPM) dan Persatuan Linguistik Malaysia (PLM).
➢ Beliau memperoleh ijazah B.A. (1967) dan M.A. (1969) dalam jurusan Linguistik Bahasa Melayu daripada Universiti
Malaya dan Ph.D. (1972) dalam bidang Linguistik Am daripada University of Edinburgh, Scotland.
➢ Beliau adalah bekas tenaga pengajar Universiti Sains Malaysia (USM), mula bertugas pada 1972 di Unit Pengajian
Bahasa, menjadi Profesor Bahasa Melayu pada 1980, dan bersara pada 1997. Selepas bersara beliau dilantik menjadi
Profesor Komunikasi di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) 1997 - 2001, dan seterusnya menjadi Profesor
Bahasa Melayu di UPSI sejak 2001 - 2011. Mulai Februari 2012, beliau dilantik menjadi Karyawan Tamu, di Jabatan
Pengajian Media, Universiti Malaya.
➢ Prof. Abdullah adalah antara sarjana yang kuat memperjuangkan peranan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar
pendidikan demi memandaikan rakyat, bagi mengekalkan nilai dan jati diri melalui himpunan memori bangsa yang
dipindahkan hanya melalui bahasa peribumi, dan demi membina kreativiti peribumi.
➢ Beliau mengarang banyak buku dalam bidang bahasa Melayu, komunikasi, terjemahan, dan perkamusan. Di samping
itu beliau juga bergabung dengan isterinya, yang juga adalah seorang cendekiawan terkenal di Malaysia, bagi menulis
banyak buku ilmu lain.
➢ Antara buku yang dikarang oleh Prof.Abdullah ialah Pola-Pola Kebudayaan Dewan Bahasa dan Pustaka, Bimbingan
Bahasa Malaysia I untuk HSC, Sivik Menengah Baru Buku 4, Kaedah dan Daftar Ejaan Melayu, Bimbingan Bahasa
Malaysia 1 STPM, Penerbitan Kata Dalam Bahasa Melayu, Tatabahasa Pedagogi Bahasa Melayu dan banyak lagi.
➢ Antara karya Prof.Abdullah bersama isteri iaitu Ainon Mohd ialah Peribahasa: Nilai - nilai murni KBSM, Kepintaran Daya
Cipta dan Kemahiran Berfikir, Mengajar Kanak-Kanak Berfikir, Pemikiran logikal dan kritikal, Memahami pemikiran
lateral dan banyak lagi.
Asmah Haji Omar
Dato' Prof. Dr. Hjh Asmah Hj. Omar dilahirkan di Jitra pada 5 Mac 1940 dari sebuah keluarga yang
berpendidikan tinggi.
Pendidikan awal dan menengahnya bermula di Kedah. Beliau meneruskan pengajiannya di Universiti
Indonesia dan memperolehi Sarjana Muda dan Sarjana Sastera.
Mendapat Ijazah Kedoktoran dari University of London dalam bidang 'General Linguistics'. Pada tahun
2000.
Dato' Prof. Dr. Hjh Asmah menerima anugerah gelaran Doktor Persuratan (D. Litt) dari Universiti
Malaya kerana sumbangannya yang amat besar dalam bidang kesarjanaan ilmu linguistik di Malaysia.
Beliau merupakan pakar nahu Bahasa Melayu dan tokoh terkenal dalam bidang perancangan bahasa.
Beliau juga Profesor Kerusi Tamadun Melayu Za'ba dan Pengarah Institut Tamadun Melayu di
Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjung Malim, Perak.
Beliau ialah ahli akademik Universiti Malaya dari tahun 1963 sehingga persaraannya sebagai
Timbalan Naib Canselor Universiti Malaya.
Beliau juga pernah mengetuai pasukan penyelidikan untuk dua siri rancangan Jejak Bahasa,
penerbitan televisyen bersama antara Dewan Bahasa dan Pustaka dengan TV3. Kerjaya bidang
penulisan, selain daripada kerjayanya sebagai ahli akademik serta terkenal sebagai penulis prolifik
dalam bidang tatabahasa Melayu dan perancangan bahasa Melayu.
Nik Safiah Karim
Professor Emeritus Datuk Dr. Nik Safiah Karim yang dilahirkan pada 17 Disember 1939 di Kampong
Banggol, Kota Bharu, Kelantan.
beliau telah menerima pendidikan awal di Sekolah Rendah Inggeris Perempuan Kota Bahru.
Beliau kemudian telah melanjutkan pelajaran ke Maktab Perempuan Melayu, Jalan Damansara,
Kuala Lumpur (kini dikenali Kolej Tunku Kurshiah, Seremban).
Beliau telah belajar di St. Francis Institution, Melaka sehingga lulus Higher School Certificate pada
tahun 1959. Pada 1965 beliau memperolehi Ijazah Sarjana Muda Sastera dengan kepujian dalam
bidang Linguistik daripada Universiti Malaya. Seterusnya pada tahun 1975, beliau memperolehi
ijazah Doktor Falsafah dalam bidang Linguistik dari Ohio University, USA.
Beliau merupakan dekan Fakulti Sastera dan Sains Sosial sebanyak dua kali iaitu di antara 1982
sehingga1983 dan 1992 sehingga 1994 , Ketua Jabatan Pengajian Melayu dari tahun 984 sehingga
1986 dan Pengarah pertama Akademi Pengajian Melayu dari tahun 1990 sehingga 1992.
Pada tahun 1989 hingga 1990, beliau telah dipinjamkan ke Dewan Bahasa dan Pustaka sebagai
Timbalan Ketua Pengarah dan telah menabur bakti dalam perjuangan mengutuhkan bahasa Melayu
bukan sahaja di tanahair tetapi juga di seluruh dunia.
Beliau telah dilantik sebagai Lembaga Pengelola Dewan Bahasa dan Pustaka dan Ahli Jawantankuasa
Tetap Bahasa Melayu (JKTBM) yang mewakili Malaysia di pertemuan Majlis Bahasa Melayu Brunei
Darussalam, Indonesia dan Malaysia (MABBIM).