BAB 3:
PENGANGKUTAN
Sains Tingkatan 3 KSSM
Cikgu Bibianna Laura
SMK Tatau
3.1 SISTEM PENGANGKUTAN DALAM ORGANISMA
3.1.1 Memerihalkan fungsi sistem
3.1.2 pengangkutan dalam organisma kompleks
3.1.3 dan organisma ringkas.
Membanding dan membezakan fungsi
sistem pengangkutan dalam
organisma kompleks dan organisma
ringkas.
Mewajarkan kepentingan fungsi sistem
pengangkutan dalam organisma.
KEPERLUAN SISTEM PENGANGKUTAN
DALAM ORGANISMA
Setiap sel memerlukan oksigen untuk
respirasi sel dan nutrient untuk mendapatkan
tenaga.
Karbon dioksida dan bahan kumuh lain yang
dihasilkan oleh sel perlu disingkirkan ke
persekitaran luar.
Proses membawa oksigen, nutrient dan
bahan keperluan lain dari persekitaran luar
masuk ke dalam sel adalah secara resapan.
Proses menyingkirkan bahan kumuh daripada
sel juga adalah secara resapan.
SISTEM PENGANGKUTAN
DALAM ORGANISMA RINGKAS
Amoeba Organisma ringkas seperti organisma unisel
Paramesium Klamidomonas tidak mempunyai sistem pengangkutan yang
khusus.
Bahan keperluan sel seperti oksigen dan
nutrient masuk terus ke dalam sel secara
resapan melalui membran sel.
Bahan kumuh seperti karbon dioksida juga
disingkirkan keluar dari sel ke persekitaran
luar secara resapan melalui membran sel.
• Organisma kompleks seperti manusia dan haiwan yang terdiri
daripada berjuta-juta sel menyebabkan proses resapan tidak dapat
ORGANISMA menampung keperluan sel-sel badan
KOMPLEKS • Oleh itu organisma kompleks memerlukan sistem pengangkutan yang
khusus untuk mengangkut bahan-bahan ke sel-sel badan ke organ
perkumuhan untuk disingkirkan
SISTEM PENGANGKUTAN DALAM ORGANISMA KOMPLEKS
Organisma kompleks seperti manusia, haiwan vertebrata dan
tumbuhan multisel mempunyai sistem pengangkutan yang khusus.
Proses pertukaran bahan keperluan sel dan bahan kumuh antara
organisma kompleks dengan persekitaran luar(secara resapan)
berlaku secara perlahan dan tidak menyeluruh kerana isipadu
organisma kompleks adalah besar.
Melalui sistem pengangkutan yang khusus ini, oksigen dan nutrient
dapat diangkut ke semua sel badan dalam organisma kompleks serta
dapat menyingkirkan bahan kumuh dari semua sel badan ke
persekitaran luar.
KEPENTINGAN FUNGSI SISTEM PENGANGKUTAN
DALAM ORGANISMA KOMPLEKS
Mengangkut bahan Untuk menyingkirkan
keperluan sel seperti bahan kumuh yang
oksigen dan nutrient bertoksik keluar dari
untuk menghasilkan badan.
tenaga melalui respirasi
sel
Mengangkut bahan keperluan sel (garam
mineral, air dan hasil fotosintesis) untuk
menjalankan proses hidup dalam organisma.