The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

1. JENIS SOKONGAN PADA HAIWAN
2. FUNGSI RANGKA DALAM

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by bb'anna laura peter, 2021-09-05 21:52:27

NOTA TAJUK 6.1 (1 & 2)

1. JENIS SOKONGAN PADA HAIWAN
2. FUNGSI RANGKA DALAM

SAINS TINGKATAN 4 KSSM
BAB 6:

SOKONGAN, PERGERAKAN
DAN PERTUMBUHAN

Tema 2: Penyenggaraan dan Kesinambungan Hidup

6.1 SOKONGAN, PERGERAKAN
DAN PERTUMBUHAN HAIWAN

➢ Menjelaskan dengan contoh jenis
sokongan pada haiwan

➢ Menghuraikan fungsi rangka dalam
bagi haiwan



JENIS SOKONGAN PADA HAIWAN

• Sistem rangka ialah sistem sokongan kepada semua
jenis haiwan.

• Terdapat tiga jenis sokongan pada haiwan, iaitu
rangka dalam, rangka luar dan rangka hidrostatik.

1.RANGKA DALAM

6.1 Sokongan, pergerakan dan pertumbuhan haiwan

Rangka Luar Rangka Hidrostatik

Rangka Dalam • menyokong berat badan
• melindungi organ dalaman
• jenis sokongan bagi semua vertebrata termasuk manusia. • mengekalkan bentuk badan
• terbina daripada tulang atau rawan. • asas pautan bagi otot untuk

menggerakkan bahagian

badan.

2. RANGKA LUAR

6.1 Sokongan, pergerakan dan pertumbuhan haiwan

Rangka Dalam Rangka Hidrostatik

Rangka Luar

• jenis sokongan bagi kebanyakan invertebrata.
• terdiri daripada lapisan keras kitin berlilin atau

cangkerang.

• menyokong berat badan
• mengekalkan bentuk badan
• melindungi organ dalaman
• tapak bagi perlekatan otot

RANGKA HIDROSTATIK

6.1 Sokongan, pergerakan dan pertumbuhan haiwan

Rangka Dalam Rangka Luar

Rangka Hidrostatik

• terdiri daripada dinding berotot yang • mengekalkan dan mengawal
melitupi rongga badan yang disi dengan
bendalir bentuk badan
• pergerakan haiwan
• bendalir mengenakan tekanan pada
dinding berotot badan dalam semua arah
(lembut menjadi tegar)

JENIS SOKONGAN PADA HAIWAN

RANGKA DALAM RANGKA LUAR RANGKA
HIDROSTATIK

• Sokongan bagi semua • Sokongan kebanyakan • Badan lembut tanpa
invertebrata. sebarang tulang.
vertebrata.
• Terbina daripada • Terdiri daripada • Terdiri daripada dinding
cengkerang (kalsium berotot dan rongga
tulang dan rawan karbonat) atau kitin dalam diisi dengan
• Menyokong berat berlilin. bendalir.

badan, melindungi • Menyokong berat badan, • Mengekalkan dan
mengekalkan bentuk mengawal bentuk
organ dalaman, dan badan dan melindungi badan serta membantu
organ dalaman. pergerakan haiwan.
mengekalkan bentuk

badan.

FUNGSI • Haiwan vertebrata yang mempunyai rangka dalam
RANGKA DALAM terbahagi kepada haiwan vertebrata darat, haiwan

BAGI HAIWAN vertebrata akuatik dan burung.
• Rangka haiwan-haiwan ini berbeza mengikut

habitat vertebrata.

Haiwan vertebrata darat Rangka Dalam Burung

Haiwan vertebrata akuatik

A. HAIWAN
VERTEBRATA DARAT

• Haiwan vertebrata darat memerlukan rangka

yang kuat dan tegar untuk menyokong badan.
• Haiwan-haiwan ini mempunyai rangka yang

besar dan sepadan dengan saiz badan
• Berat badan vertebrata daratan disokong

terutamanya oleh lengkungan pektoral dan

lengkungan pelvis.
• Seekor gajah memerlukan lengkungan pektoral

dan lengkungan pelvis yang kuat untuk

menyokong berat badannya.
• Kedua-dua lengkungan ini bersendi dengan kaki

• Tulang belakang haiwan darat yang berkaki empat seperti unta dan

kuda melengkung ke atas atau ke bawah.
• Keadaan ini memberikan sokongan yang lebih kuat kepada otot-otot

yang melekat dengan tulang belakang
• Keadaan melengkung membolehkan tulang belakang untuk menahan

daya graviti yang bertindak pada haiwan itu.

B. HAIWAN VERTEBRATA AKUATIK

• Haiwan vertebrata akuatik mempunyai rangka dalam yang lebih kecil berbanding dengan
badannya.

• Lengkungan pektoral dan lengkungan pelvis haiwan akuatik adalah kecil dan lemah
• Vertebrata akuatik seperti ikan paus boleh membesar lebih daripada saiz rangkanya
• Hal ini demikian kerana berat badan haiwan akuatik disokong oleh daya apungan air.

C. BURUNG

• Burung mempunyai struktur tulang yang

beradaptasi untuk terbang.
• Tulang sternum (tulang dada) burung yang

pipih dan luas berfungsi sebagai tempat

perlekatan otot untuk penerbangan
• Tulang-tulang burung juga berongga dan

ringan
• Selain itu, saiz tengkorak burung juga adalah

kecil berbanding dengan tengkorak haiwan

lain dan bertujuan untuk memudahkan

burung terbang.


Click to View FlipBook Version