BAB 2 RESPIRASI
CIKGU BIBIANNA LAURA PETER
SMK TATAU
2.3 Kesihatan
Sistem Respirasi
Manusia
Berkomunikasi mengenai:
1. bahan yang memudaratkan sistem respirasi
2. penyakit dan simptomnya.
PENYAKIT RESPIRATORI DAN SIMPTOM
(1) ASMA
➢ Asma dirangsang oleh kehadiran debu,
debunga, jerebu, asap rokok d an asap daripada
ekzos kenderaan bermotor, pembakaran
terbuka dan kebakaran hutan.
➢ Laluan udara tertutup akibat direngsa oleh bahan
cemar
➢ Simptom asma termasuklah sesak nafas, semput
dan batuk.
PENYAKIT RESPIRATORI
DAN SIMPTOM
(2) BRONKITIS
➢ Bronkitis ialah radang
bronkus yang
disebabkan oleh tar
d a n b a ha n p e re ng sa
dalam asap rokok
➢ Simptom bronkitis
termasuklah batuk
yang berterusan,
tercungap-cungap
d a n tidak d a p a t tidur.
PENYAKIT RESPIRATORI
DAN SIMPTOM
(3) EMFISEMA
➢ Emfisema ialah k e a d a a n alveolus di
dalam peparu yang dirosakkan oleh
bahan yang berbahaya dalam udara
seperti perengsa dalam asap rokok.
➢ Simptom emfisema termasuklah sesak
nafas, sakit ketika bernafas dan rasa letih
biarpun hanya melakukan kerja ringan
➢ Pesakit emfisema tidak d ap at dirawat
tetapi simptom penyakit ini boleh dikawal
PENYAKIT RESPIRATORI DAN
SIMPTOM
(4) KANSER PEPARU
➢ Kanser peparu disebabkan oleh
bahan kimia penyebab kanser yang
dikenali sebagai karsinogen.
➢ Bahan kimia ini disedut semasa
bernafas.
➢ Asap rokok mengandungi pelbagai
karsinogen, contohnya tar yang
boleh menyebabkan kanser peparu
➢ Simptom kanser peparu
termasuklah batuk yang
berterusan, kahak berdarah dan
rasa sakit semasa bernafas.
TUGASAN 1 (TP2):
Salin dan lengkapkan jadual di bawah dengan simptom
penyakit yang betul
Penyakit Simptom
Asma Sesak nafas, semput, ___________
Bronkitis Batuk berterusan, tercungap-cungap dan tidak dapat
___________
Emfisema Sesak nafas, sakit ketika bernafas, rasa ___________
Kanser peparu Batuk berterusan, kahak ___________, rasa sakit
ketika bernafas
KESAN MEROKOK
TERHADAP PEPARU
➢ Merokok bukan sahaja memudaratkan
sistem respirasi perokok tetapi juga
memudaratkan sistem respirasi orang lain
yang berhampiran dengannya.
➢ Seseorang yang tidak merokok tetapi
menyedut a sa p rokok dikenali sebagai
perokok pasif
➢ Kesan a sa p rokok yang memudaratkan
sistem respirasi manusia bukan sahaja
berlaku di dalam b a d a n perokok tetapi
juga berlaku di dalam b a d a n perokok
pasif.
Makcik kawan saya TUGASAN 2 (TP3):
didapati menghidap
kanser peparu walaupun Rajah di sebelah
dia tidak merokok menunjukkan perbualan
Saya rasa dia mesti dua orang rakan.
seorang perokok Berdasarkan perbualan
pasif tersebut, terangkan
perokok pasif.
TUGASAN 3 (TP4):
Sebagai seorang ayah,
Encik Lim ingin
menghentikan tabiat
merokoknya demi
kesihatan anak- anak dan
isterinya supaya tidak
menjadi perokok pasif.
Cadangkan 4 cara-cara
bagi Encik Lim untuk
berhenti merokok.