2.5 Pertukaran
Gas dalam
Tumbuhan
• Menerangkan mekanisme pertukaran gas dalam tumbuhan.
• Berkomunikasi bagi mewajarkan kepentingan persekitaran yang tidak tercemar
untuk tumbesaran dan kemandirian tumbuhan.
Mekanisme Pertukaran Gas dalam Tumbuhan
Kebanyakan tumbuhan
menjalankan proses
pertukaran gas dengan
persekitaran melalui daun,
batang dan akar.
Ketiga-tiga b a h a g i a n ini
membekalkan luas
permukaan yang besar
untuk pertukaran gas.
FOTOSINTESIS RESPIRASI
Peresapan Karbon
Dioksida
Struktur di d al am d aun y a n g
menunjukkan laluan
pertukaran gas
Peresapan karbon dioksida
berlaku melalui stoma
mengikut perbezaan
kepekatan karbon dioksida di
dalam sel d e n g an di dalam
ruang udara antara sel.
Liang Stoma • Setiap stoma terdiri daripada satu liang stoma yang disempadani
dan Sel oleh sepasang sel pengawal.
Pengawal
• Sel p e ngawal mengandungi kloroplas untuk menjalankan
fotosintesis.
• Liang stoma tumbuhan terbuka untuk menjalankan proses
fotosintesis apabila terdapat c a h a y a d an tertutup apabila
k e a d a a n menjadi g e l a p atau s e m asa tumbuhan kehilangan air
yan g banyak p a d a hari panas
Proses Osmosis Mempengaruhi
Liang Stoma
Osmosis ialah proses pergerakan
mo le kul a ir d a ri ka w a san b e rke p e ka ta n
molekul air y a n g tinggi (larutan
berkepekatan zat terlarut y a n g rendah)
ke kawasan berkepekatan molekul air
yang rendah (larutan berkepekatan
zat terlarut y a n g tinggi) merentas
membran separa telap
Membran ini telap k e p a d a air
tetapi tidak telap kepada
sesetengah zat terlarut seperti
molekul sukrosa
Proses Osmosis di dalam
Sel Pengawal
Apabila terdapat cahaya, sel pengawal
menjalankan fotosintesis untuk menghasilkan
glukosa.
Kepekatan glukosa di dalam sel pengawal
meningkat d a n menyebabk an air meresap
masuk ke dalam sel pengawal secara
osmosis.
Oleh s e b a b itu, sel p e n g a w a l menjadi segah
dan membengkok
Sebaliknya p a d a waktu malam at au hari
panas, air meresap keluar dari sel p e n g a w a l
juga secara osmosis dan menyebabkan sel
p e n g a w a l menjadi flasid d a n lurus.
Kepentingan Persekitaran
yang Tidak Tercemar
untuk Kemandirian
Tumbuhan
➢ Persekitaran,
terutamanya udara
yang tidak tercemar,
a ma t penting untuk
menjamin tumbesaran
dan kemandirian
tumbuhan.
Kesan Jerebu, Debu dan Habuk
terhadap Kemandirian Tumbuhan
Sekiranya keadaan berjerebu, berdebu
d a n berhabuk, udara y a n g tercemar ini
memudaratkan tumbesaran dan
kemandirian tumbuhan
Selain mengurangkan c a h a y a matahari
sampai ke tumbuhan dan kadar
fotosintesis, jerebu, d e b u d a n habuk y a n g
terenap p a d a liang stoma juga
menghalang pertukaran gas antara
tumbuhan dengan persekitaran.
Kesan Gas Berasid dalam Udaraterhadap
Kemandirian Tumbuhan
➢ Gas b a h a n pencemar udara y a n g berasid seperti sulfur
dioksida d an nitrogen dioksida melarut dalam air hujan untuk
menghasilkan hujan asid.
➢ Hujan asid membunuh sel tumbuhan dan menyebabkan tanah
berasid serta kurang subur.
➢ Tumbuhan tidak dapat hidup dalam tanah yang berasid.
➢ Hal ini akan mengurangkan hasil pengeluaran pertanian dan
menyebabkan masalah kekurangan sumber makanan.
Langkah pencegahan pencemaran terhadap
tumbuhan dalam konteks tempatan dan global
Mengharamkan pembakaran
terbuka di Indonesia dan
Malaysia
Mengehadkan bilangan
kenderaan bermotor yang
bergerak dalam bandar
Beijing, China
Menggalakkan penggunaan
t e n a g a alternatif seperti
t e n a g a suria
TUGASAN 2.5 : KESAN PENCEMARAN
KEATAS KEMANDIRIAN TUMBUHAN
Soalan 1:
Rajah di sebelah menunjukkan satu
aktiviti manusia yang memberikan kesan
negatif kepada tumbuhan, (TP3)
(a) Apakah fenomena buruk yang
berlaku akibat aktiviti itu? (1M)
(b) Nyatakan satu kesan negatif
fenomena ini terhadap tumbuhan?
(1M)
Soalan 2:
Sebuah kilang simen dibina berdekatan sebuah
kilang kelapa sawit. Kilang itu membebaskan
banyak asap dan debu ke udara di Kawasan
tersebut setiap hari. (TP4)
(a) Apakah kesan pembebasan asap dan debu ke
ini kepada hasil tanaman kelapa sawit? (1M)
Hasil tanaman kelapa sawit akan _____
(a) Te rangkan j a w apan a n da d i a t as . ( 2 M )
Ini kerana asap dan debu akan
_______________________________ dan ini
seterusnya menyebabkan kadar fotosintesis
_______________