The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

TAJUK 5.1 (2):
PEMBAHAGIAN SEL (MITOSIS DAN MEIOSIS)

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by bb'anna laura peter, 2021-08-03 10:38:51

TAJUK 5.1 (2)

TAJUK 5.1 (2):
PEMBAHAGIAN SEL (MITOSIS DAN MEIOSIS)

5.1
PEMBAHAGIAN SEL (BHGN 2)

Membanding dan membezakan mitosis dan meiosis.
Mewajarkan kepentingan mitosis dan meiosis.

Penting dalam Pembahagian Sel
Pembiakan

Pertumbuhan organisma

Jenis pembahagian sel

Mitosis
Meiosis

JENIS PEMBAHAGIAN SEL

MITOSIS MEIOSIS

• Berlaku dalam sel soma iaitu semua • Berlaku dalam organ pembiakan
sel badan kecuali sel pembiakan. untuk menghasilkan gamet bagi
pembiakan seks.
• Membentuk dua sel anak yang
seiras. • Sel membahagi menjadi empat sel
anak.
• Menghasilkan bilangan kromosom
dan kandungan bahan genetik yang • Sel anak tidak seiras.
sama dengan sel induk. • Menghasilkan separuh daripada

bilangan kromosom sel induk.

(A) PROSES MITOSIS

Mitosis

Berlaku di dalam sel soma (sel badan)

Berlaku di hujung akar dan pucuk tumbuhan

Kepentingan Menghasilkan sel baru untuk pertumbuhan.
mitosis
Menghasilkan sel baru untuk mengganti sel atau tisu
yang rosak atau mati.

Menjamin bahan pewarisan dalam sel induk
diturunkan kepada sel anak.

Memastikan bilangan kromosom sel anak adalah
sama dengan sel induk.

Membolehkan pembiakan aseks seperti belahan
dedua.

PERINGKAT DALAM MITOSIS

Profasa Metafasa Anafasa Telofasa

MITOSIS PROFASA

kromatid • Kromosom memendek dan

sentromer menebal dan jelas kelihatan.
• Setiap kromosom terdiri

daripada dua kromatid yang

bercantum pada sentromer.
• Gentian gelendong mula

terbentuk.

MITOSIS METAFASA

• Gentian gelendong melekat
pada sentromer.

• Kromosom tersusun di satah
khatulistiwa.

MITOSIS ANAFASA

• Sentromer membahagi dua.
• Setiap kromatid kembar

berpisah dan bergerak ke kutub
sel bertentangan (pengutuban).

MITOSIS TELOFASA

• Kromatid sampai ke kutub
bertentangan.

• Membran nukleus terbentuk
semula.

• Sitoplasma membahagi.
• Dua sel anak yang seiras

terbentuk.

RUMUSAN: PERINGKAT DALAM MITOSIS

Dalam profasa, kromosom menebal, memendek dan jelas kelihatan.
Gentian gelendong mula terbentuk

Dalam metafasa, kromosom tersusun di satah khatulistiwa

Dalam anafasa, sentromer membahagi dan kromatid kembar berpisah dan bergerak
ke kutub bertentangan

Dalam telofasa, kromatid sampai ke kutub bertentangan.
Membran nukleus dan nukleolus terbentuk semula

Video 1

KLIK pada gambar untuk video

B. PROSES MEIOSIS

Meiosis

➢ Berlaku di sel-sel organ pembiakan sahaja.
➢ Berlaku di testis (lelaki) dan ovari (perempuan) yang telah mencapai

kematangan seksual.
➢ Berlaku di anter dan ovari tumbuhan.

Menghasilkan gamet untuk pembiakan.

Kepentingan Menghasilkan variasi di kalangan spesis yang sama.
meiosis
Pindah silang berlaku apabila satu kromatid bertindih
dengan kromatid yang lain lalu berlaku pertukaran
maklumat genetik.
Menjamin bilangan kromosom zigot adalah sama seperti
induk (2n, diploid) selepas sperma bersenyawa dengan
ovum.

PERINGKAT DALAM MEIOSIS

Meiosis I Meiosis II

MEIOSIS I

Profasa I Metafasa I Anafasa I Telofasa I

MEIOSIS I PROFASA I

• Kromosom memendek dan
menebal dan menjadi jelas
kelihatan.

• Kromosom homolog
berpasangan.

• Pindah silang berlaku, iaitu
pertukaran maklumat genetik
antara kromosom homolog.

MEIOSIS I METAFASA I

• Kromosom homolog tersusun
di satah khatulistiwa.

• Gentian gelendong melekat
pada sentromer.

MEIOSIS I ANAFASA I

• Kromosom homolog berpisah
dan bergerak ke kutub yang
bertentangan.

MEIOSIS I TELOFASA I

• Sitoplasma membahagi.
• Peringkat akhir meiosis I tamat.
• Bilangan kromosom di

separuhkan daripada bilangan
kromosom induk.

MEIOSIS II

Profasa II Metafasa II Anafasa II Telofasa II

MEIOSIS II PROFASA II

• Gentian gelendong mula
terbentuk.

MEIOSIS II METAFASA II

• Kromosom tersusun di satah
khatulistiwa.

• Gentian gelendong melekat
pada sentromer.

MEIOSIS II ANAFASA II

• Sentromer membahagi dua.
• Kromatid kembar berpisah dan

bergerak ke kutub sel yang
bertentangan (pengutuban).

MEIOSIS II TELOFASA II

• Empat sel anak (gamet) yang
tidak seiras.

• Bilangan kromosom menjadi
separuh daripada bilangan
kromosom sel induk.

RUMUSAN: Proses pindah silang menghasilkan kromosom dengan
PERINGKAT DALAM kombinasi genetik baharu.
Proses ini yang membawa kepada kepelbagaian spesies.
MEIOSIS I

Profasa I

1. Kromosom memendek, menebal
dan jelas kelihatan

2. Kromosom homolog berpasangan
3. Berlaku proses pindah silang iaitu

proses pertukaran bahan genetik
antara kromosom homolog yang
menyebabkan variasi

Metafasa I

1. Kromosom homolog tersusun di
satah khatulistiwa

PERINGKAT
DALAM MEIOSIS I

Anafasa I

1. Sentromer membahagi.
2. Kromosom homolog berpisah dan

bergerak ke kutub bertentangan

Telofasa I

1. Sitoplasma membahagi
2. Menghasilkan dua sel anak
3. Peringkat Meiosis I tamat

RUMUSAN:
PERINGKAT DALAM

MEIOSIS II

Profasa II

 Gentian gelendong terbentuk semula

Metafasa II

 Kromosom tersusun di satah khatulistiwa

Anafasa II

 Sentromer membahagi. Kromatid
kembar berpisah dan bergerak ke kutub
bertentangan

Telofasa II

 Empat sel anak yang tidak seiras
terbentuk dengan membawa separuh
daripada bilangan kromosom induknya

PERBANDINGAN ANTARA
PROSES MITOSIS DAN MEIOSIS

PERBEZAAN ANTARA MITOSIS DENGAN MEIOSIS

MITOSIS MEIOSIS

Berlaku di dalam sel soma Berlaku di dalam sel gamet

Menghasilkan dua sel anak yang seiras Menghasilkan empat sel anak yang tidak seiras

Bilangan kromosom sel anak adalah sama dengan Bilangan kromosom sel anak adalah separuh
sel induk daripada sel induk

Tidak berlaku proses pindah silang Berlaku proses pindah silang

Pembahagian sitoplasma (sitokinesis) berlaku sekali Pembahagian sitoplasma (sitokinesis) berlaku
sahaja sebanyak dua kali

PERSAMAAN:

1. Kedua-duanya ialah proses pembahagian sel
2. Kedua-duanya berlaku dalam sel hidup sahaja

3. Kedua-duanya melibatkan replikasi DNA

BAB 5 TEMA 2
GENETIK
PENYENGGARAAN DAN
KESINAMBUNGAN HIDUP


Click to View FlipBook Version