The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

HUBUNGKAIT RANGKA HIDROSTATIK DENGAN PERGERAKAN

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by bb'anna laura peter, 2021-09-20 21:53:47

NOTA TAJUK 6.1 (4)

HUBUNGKAIT RANGKA HIDROSTATIK DENGAN PERGERAKAN

6.1 SOKONGAN, PERGERAKAN
DAN PERTUMBUHAN HAIWAN

SUBTOPIK 6.1.3
Menghubungkaitkan rangka
hidrostatik dengan pergerakan

MENGHUBUNGKAIT RANGKA

HIDROSTATIK DENGAN PERGERAKAN

• Cacing tanah mempunyai rangka
hidrostatik, iaitu ruang badannya
dipenuhi bendalir.

• Cacing tanah bergerak di atas tanah
dengan bantuan keta, iaitu bulu kejur
yang terdapat pada bahagian sisi
badannya.

• Terdapat dua jenis otot pada dinding
badan cacing, iaitu otot lingkar dan
otot membujur.

RANGKA HIDROSTATIK DENGAN PERGERAKAN

Bersifat antagonis
(berlawanan)

Tindakan 1: Tindakan 2:
• otot lingkar mengecut, • otot lingkar mengendur
• otot membujur mengendur • otot membujur mengecut,
→ Badan menipis dan memanjang) → Badan menebal dan memendek)

RANGKA HIDROSTATIK DENGAN PERGERAKAN

Anterior • Apabila otot membujur mengecut dan otot

lingkar mengendur, segmen-segmen pada

bahagian badan cacing tanah akan

memendek dan menebal.
• Keta pada segmen ini akan mencengkam

Keta tanah.
• Segmen-segmen lain pada badan cacing

tanah akan memanjang dan menipis (otot

lingkar pada segmen ini mengecut dan

otot membujur mengendur)
• Keta pada segmen ini akan

melepaskan cengkaman
• Badan cacing tanah memanjang dan

bergerak ke hadapan.

Pergerakan cacing tanah
Tindakan otot → tekanan hidrostatik

Bagaimanakah tekanan hidrostatik pada cecair di dalam badan membantu pergerakan haiwan?

➢ Pasangan otot yang terdapat pada dinding badan mengecut dan mengendur secara bersilih ganti
➢ Tekanan hidrostatik yang terhasil memanjangkan dan memendekkan badan haiwan untuk bergerak

SAINS TINGKATAN 4 KSSM
BAB 6:

SOKONGAN, PERGERAKAN
DAN PERTUMBUHAN

Tema 2: Penyenggaraan dan Kesinambungan Hidup


Click to View FlipBook Version