The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Minit Mesyuarat EXCO SMSU Bilangan 3-2025 (20 September 2025)

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Bertha Eldo, 2025-11-25 02:47:44

Minit Mesyuarat EXCO SMSU Bilangan 3-2025 (20 September 2025)

Minit Mesyuarat EXCO SMSU Bilangan 3-2025 (20 September 2025)

MESYUARAT EXCO SMSU BIL 3/2025 1MESYUARAT EXCOSABAH MEDICAL SERVICES UNION (SMSU) BIL. 3/2025Tarikh : 20 September 2025Masa : 9.35 pagiTempat : Bilik Mesyuarat, Pejabat SMSU, Lintas Square, LuyangKEHADIRAN JAWATAN1. Ajulahin Japin Presiden 2. Eddy Pooson Naib Presiden3. Bertha Eldo Setiausaha Agung4. Sucyana Maipah Bendahari Agung5. Nicholas Hulus Penolong Setiausaha Agung6. Kamelia Boroh SU Caw. Tawau7. Irene Joseph SU Caw. Tawau8. Norazim bin Sabdani SU Caw. Kota Kinabalu9. Amidah Amun SU Caw. Keningau10. Tom bin Unggak Pengerusi Kawasan Kota Marudu11. Melvin Ebin Bondi Gred Penolong Pegawai Perubatan12. Rosie Popong Gred Wanita13. Masrin bin Baar Gred Pembantu Perawatan Kesihatan14. Olinton Langgat Anak Champian EXCO Young Workers15. Noemy Eldo Gred N.B.S.W16. Muhammad Raffie bin Zainudin Gred Penolong Pegawai Farmasi17. Anita Mait SU Kawasan RanauTURUT HADIR JAWATAN1. Laurence Vun Setiausaha Eksekutif


MESYUARAT EXCO SMSU BIL 3/2025 2AGENDA MINIT MESYUARATBIL PERKARA TINDAKAN1.01.11.21.3PERUTUSAN PENGERUSIMesyuarat dimulakan pada jam 9.35 pagi (20 September 2025) dengan bacaan doa mengikut kepercayaan masing-masing dan ucapan aluan serta penghargaan dari Sdra Pengerusi (Ajulahin Japin) atas kehadiran semua ahli mesyuarat ke Mesyuarat EXCO SMSU Bil. 3/2025.Sdra Pengerusi mengulas kejayaan perjuangan SMSU dalam isu bekerja 42 jam, Sdra Pengerusi menerangkan bahawa isu tersebut merupakan isu besar dan kritikal kerana berdasarkan pekeliling SSPA terdapat pelaksanaan waktu bekerja 45 jam bagi semua sektor penjawat awam. Sepanjang perjuangan isu tersebut, SMSU mendapat tekanan. Namun perjuangan diteruskan, dengan sesi libat urus dengan JPA bermula pada bulan November 2024 dan sesi-sesi berikutnya bersama JPA, KKM, YB Menteri Kesihatan, dan ahli-ahli parlimen yang berkaitan. Selain itu, SMSU bersama MAPSU dan CUEPACS turut mengadakan kempen mengenai isu waktu bekerja 42 jam bagi memanaskan isu ini atas nasihat YBhg Dato' Presiden CUEPACS. SMSU bersama-sama kesatuan gabungan MAPSU yang lain turut menghantar beberapa memorandum kepada ahli-ahli parlimen serta senator Dewan Negara. Akhirnya, pada hujung bulan Jun 2025, YAB Perdana Menteri mengumumkan pengecualian pelaksanaan waktu bekerja 45 jam kepada 5 jawatan dalam KKM iaitu pegawai perubatan, penolong pegawai perubatan, jururawat, pegawai farmasi, serta pembantu perawatan kesihatan. Walaupun YAB Perdana Menteri telah mengumumkan pengecualian kepada 5 jawatan tersebut, namun SMSU tetap meneruskan perjuangan bagi mendapatkan pengecualian kepada semua jawatan dalam KKM. Justeru, SMSU melalui MAPSU telah mengadakan pertemuan dengan Ketua Pengarah KKM bagi meminta memanjangkan pengecualian waktu bekerja 45 jam tersebut kepada semua jawatan seperti pemandu ambulans (Pembantu Khidmat Am). Sdra Pengerusi mengucapkan Tahniah kepada EXCO SMSU yang berjaya mempertahankan jawatan dalam CUEPACS Sabah. SMSU telah mengekalkan dominasi dalam jawatan utama CUEPACS Sabah justeru memberi kelebihan kepada SMSU dalam penganjuran program SMSUMaklumanMaklumanMakluman


MESYUARAT EXCO SMSU BIL 3/2025 31.41.51.6CUEPACS. Ini juga menunjukkan kekuatan SMSU yang mana dalam penganjuran program merakayasa CUEPACS Sabah, SMSU telah menghantar seramai 150 orang peserta dalam program. Sdra Pengerusi mengalu-alukan kehadiran Sdra Norazim selaku Setiausaha Cawangan Kota Kinabalu yang baharu mengantikan Sdri Sanisah yang telah meletakkan jawatan. Sdra Pengerusi berharap Sdra Norazim akan melaksanakan tanggungjawap dan amanah dalam mengerakkan SMSU Cawangan Kota Kinabalu. Sdra Pengerusi turut merakamkan ucapan penghargaan kepada Sdri Sanisah Siah yang telah menjalankan tugas sebagai Setiausaha Cawangan Kota Kinabalu serta menunjukkan satu contoh yang terbaik dalam melepaskan jawatan dalam kesatuan kerana komitmen tugas hakiki demi memastikan SMSU Cawangan Kota Kinabalu kekal aktif.Mesyuarat EXCO SMSU Bil.3/2025 telah memutuskan bahawa isu pertukaran penandatangan akaun bank bagi SMSU Cawangan Kota Kinabalu perlu dilakukan dan diselesaikan dengan kadar segera. Sdra Pengerusi turut mengulas mengenai peruntukan bantuan PHEKS bagi alat-alat IT telah dikreditkan ke dalam akaun bank SMSU pada 19 September 2025. MaklumanUntuk Tindakan SUC Kota KinabaluMakluman2.02.12.2PENGESAHAN MINIT MESYUARAT LEPAS (BIL.2/2025)Sdri Setiausaha Agung (Bertha Eldo) membentangkan dan memohon pengesahan Minit Mesyuarat EXCO SMSU Bil.2/2025 bertarikh 21 Jun 2025.Sdra Tom bin Unggak (Pengerusi Kawasan Kota Marudu) mencadangkan Minit Mesyuarat Bil.2/2025 diterima dan disokong oleh Sdra Melvin Ebin Bondi (Penyelaras Gred PPP). Minit Mesyuarat diterima sebulat suaratanpa pindaan.MaklumanMakluman3.03.1PERKARA BERBANGKITCadangan Woven Bag SMSUSdri SUA memaklumkan status woven bag SMSU telah ditempah.Makluman


MESYUARAT EXCO SMSU BIL 3/2025 43.23.33.43.53.6Lawatan Kerja Ke VietnamSdri SUA memaklumkan bahawa penyertaan untuk program adalah seramai 51 orang dan akan lawatan akan bermula pada 21 sehingga 25 Oktober 2025. T-Shirt SMSUSdri SUA memaklumkan bahawa terdapat permintaan untuk pembelian TShirt SMSU dari SMSU Cawangan Keningau kerana tidak sempat pre-orderpada sesi pre-order yang lalu. Justeru, mesyuarat bersetuju bahawa sekiranya terdapat permintaan di peringkat cawangan / kawasan, kumpulkan nama bagi permintaan untuk pre-order dahulu sehingga sesi pre-order seterusnya dibuka semula. Laman Sesawang Rasmi SMSUSdra Melvin memaklumkan bahawa status terkini laman sesawang rasmi SMSU adalah 90 peratus siap, hanya informasi ruang senarai perjuangan dan gambar-gambar EXCO yang perlu dikemaskini. E-Cert Keahlian SMSUSdra Melvin memaklumkan bahawa pautan kepada Google Form bagi mendapatkan pengesahan keahlian telah dibuka sehingga 31 Ogos 2025. Verifikasi keahlian bagi ahli yang telah memohon melalui Google Formtersebut akan dimulakan pada minggu hadapan (22 September 2025). Sebagai langkah pembaikan, Mesyuarat EXCO Bil.3/2025 bersetuju agar pautan pengesahan keahlian akan dibuka pada Januari sehingga Mei 2026, manakala tempoh verifikasi dan pengeluaran sijil adalah pada Jun sehingga Julai 2026. Tempoh sah sijil adalah selama setahun. Takwim SMSUSdri SUA telah memaklumkan kepada mesyuarat mengenai takwim SMSU sepanjang September 2025 sehingga Disember 2025. Takwim adalah seperti berikut:1. Program SMSU-CUEPACS KeningauTarikh: 26 September 2025 sehingga 27 September 2025MaklumanMakluman Makluman & Untuk Tindakan Sdri SUA dan Sdra MelvinMakluman & Untuk Tindakan Sdri SUAMakluman & Untuk Tindakan SMSU HQ


MESYUARAT EXCO SMSU BIL 3/2025 52. Bengkel Belia CUEPACSTarikh: 29 September 2025 sehingga 1 Oktober 20253. Bengkel Young Workers SMSU dan IUYLAP 2025Tarikh: 29 Oktober 2025 sehingga 31 Oktober 2025Penglibatan: Young workers SMSU dan jemputan antarabangsa dari Singapura, Filipina, Indonesia, Thailand, Bangladesh, Australia, Taiwan, United Nations University, dan Jepun 4. Konvensyen MAPSU KKM di SabahTarikh: 9 November 2025 sehingga 11 November 2025Sdra SUA memaklumkan bahawa pihak BSM KKM telah meminta kesatuan-kesatuan dalam MAPSU KKM untuk membentangkan tidak lebih 2 isu bagi setiap kesatuan namun SMSU telah diberikan kuota 5 isu untuk dibentangkan disebabkan Presiden SMSU selaku Presiden MAPSU. Antara isu yang akan dibentangkan adalah jururawat berijazah yang menunggu peluang untuk kenaikan pangkat, kerja-kerja pembersihan dan penyelenggaraan klinik kesihatan / klinik desa dilakukan sendiri oleh anggota kesihatan, serta kerahsiaan maklumat pengadu dalam SISPAA.5. Program Lawatan SMSU Ke VietnamTarikh: 21-25 Oktober 20256. Seminar Wanita CUEPACS SabahTarikh: 6-8 November 20257. TDC CUEPACS KebangsaanTarikh: 8 Disember 2025 sehingga 11 Disember 2025Tempat: Kuala Lumpur World Trade CentreSdri SUA memberi peringatan kepada semua wakil cawangan dan kawasan SMSU yang hadir bahawa, peserta yang disenaraikan sebagai pemerhati pada TDC CUEPACS nanti dinasihatkan perlu mengambil maklum bahawa tiada goodies yang akan diberikan kepada pemerhati tidak seperti perwakilan yang akan diberikan goodies. Oleh itu, permerhati yang tidak mendapat goodies semasa menghadiri TDC CUEPACS tidak kecil hati atau terkejut. Mesyuarat EXCO SMSU Bil.3/2025 bersetuju bahawa subsidi RM200.00 akan diagihkan kepada ahli yang telah membeli dan menghantar


MESYUARAT EXCO SMSU BIL 3/2025 63.73.83.93.10itinerary penerbangan ke KL kepada Sdri Bendahari Agung sebelum 30 September 2025 untuk melayakkan mendapatkan subsidi. Subsidi RM200.00 akan dibayar kepada yang layak pada 8 Disember 2025. Sosial Media SMSUSdra Olinton Langgat Anak Champian telah mencadangkan untuk mengadakan pertandingan mencipta video kreatif TikTok bagi TikTok Rasmi SMSU ini bertujuan mempromosikan SMSU dalam masa sama merekrut keahlian. Mesyuarat EXCO SMSU Bil.3/2025 bersetuju dengan cadangan tersebut dan meminta Sdra Olinton untuk menyediakan kertas kerja.Krisis Dalaman MTUCSdri SUA memaklumkan laporan polis tidak dibuat berkaitan krisis dalamanMTUC.Sijil AJK SMSUSdri SUA memaklumkan sijil lantikan AJK SMSU belum dikeluarkan kerana belum menerima sebarang maklumat lengkap AJK SMSU dari cawangan / kawasan.Rakan Strategik SMSUSdri SUA turut memaklumkan SMSU Pusat masih menunggu sebarang input berkaitan rakan strategik SMSU yang berpotensi yang diterima dari ahli. Makluman & Untuk Tindakan Sdra OlintonMaklumanMaklumanMakluman4.04.1LAPORAN SETIAUSAHA AGUNG - SDRI BERTHA ELDOSdri Setiausaha Agung membentangkan sebanyak 39 aktiviti / program dari Jun 2025 sehingga September 2025. Sdra Pengerusi & Sdri SUA mengulas sebahagian aktiviti / program untuk makluman semua ahli mesyuaratantaranya mesyuarat penyelarasan pengumpulan data kajian UMS-SMSU, dan perhimpunan kesatuan sekerja anjuran JHEKS. Makluman5.05.1LAPORAN BENDAHARI AGUNG - SDRI SUCYANA MAIPAHSdri Sucyana memaklumkan pembentangan laporan kedudukan kewangan SMSU dalam penyata tidak dapat dibentangkan kerana SMSU belum menerima penyata akaun bulan April 2025 sehingga Ogos 2025 dari pihak bank.Makluman


MESYUARAT EXCO SMSU BIL 3/2025 75.25.35.4Sdri Bendahari Agung melaporkan terdapat 134 jumlah keahlian baru dari bulan Julai 2025 sehingga Ogos 2025. Manakala terdapat 17pemberhentian keahlian sepanjang Julai 2025 sehingga Ogos 2025 iaitu diatas sebab-sebab seperti berpindah tempat bertugas (3 orang), bersara (1 orang), dan berhenti ahli atas sebab kehendak sendiri (13 orang).Sdri BA memaklumkan bahawa setakat September 2025, sejumlah 62(RM2,236.80) caruman insurans kelompok telah dibuat. Sdri BA mengemukakan 1 (satu) permohonan tuntutan faedah khairatdaripada ahli untuk pertimbangan Mesyuarat EXCO SMSU.1. Marsita Binti Sarah (No ahli: 8024) - Mesyuarat EXCO sebulat suara menyokong permohonan ini pada 20 September 2025. MaklumanMaklumanMakluman & Untuk Tindakan Sdri BA6.06.16.26.36.4LAPORAN CAWANGAN K.KINABALU - SDRA NORAZIM BIN SABDANISdra Norazim memaklumkan terdapat 4 aktiviti yang dianjurkan atau dihadiri oleh SMSU Cawangan Kota Kinabalu sepanjang bulan Julai 2025sehingga September 2025.Jumlah rekrutmen yang diperolehi oleh SMSU Cawangan Kota Kinabalu adalah seramai 22 orang ahli baru sepanjang tempoh Julai 2025 sehingga September 2025.Jumlah tunai dalam tangan bagi SMSU Cawangan Kota Kinabalu adalah sebanyak RM796.27, dan baki dalam akaun bank adalah sebanyak RM7,593.80. Sdra Norazim memaklumkan bahawa takwim SMSU Cawangan Kota Kinabalu akan menganjurkan Majlis Makan Malam SMSU Cawangan Kota Kinabalu yang dijangka diadakan pada 22 November 2025. MaklumanMaklumanMaklumanMakluman7.07.17.2LAPORAN SUC TAWAU - SDRI KAMELIA BOROHSdri Kamelia memaklumkan terdapat 2 aktiviti yang dianjurkan / dihadiri oleh SMSU Cawangan Tawau sepanjang Julai 2025 sehingga September2025.Laporan rekrutmen cawangan adalah sejumlah 31 keahlian baru dari Julai2025 sehingga September 2025.MaklumanMakluman


MESYUARAT EXCO SMSU BIL 3/2025 87.3 Sdri Kamelia melaporkan kedudukan kewangan cawangan terkini dalam tangan adalah RM105.38 dan baki dalam akaun bank adalah RM2,269.69.Makluman8.08.18.28.38.4LAPORAN SUC SANDAKAN - SDRI IRENE JOSEPHSdri Irene memaklumkan terdapat 7 aktiviti yang dianjurkan / dihadiri oleh SMSU Cawangan Sandakan sepanjang Julai 2025 sehingga September2025.Laporan rekrutmen cawangan adalah sejumlah 13 keahlian baru dari Julai2025 sehingga September 2025.Sdri Irene melaporkan kedudukan kewangan cawangan terkini dalam tangan adalah RM80.45, dan baki dalam akaun bank adalah RM2,032.69.Sdri Irene memaklumkan antara takwim SMSU Cawangan Sandakan yang dirancang adalah Hari Bersama SMSU (bertepatan dengan sambutan Jubli Intan) yang diadakan di Sandakan.MaklumanMaklumanMaklumanMakluman9.09.19.29.39.49.5LAPORAN CAWANGAN KENINGAU - SDRI AMIDAH AMUNSdra Amidah memaklumkan terdapat 1 aktiviti yang dianjurkan oleh SMSU Cawangan Keningau sepanjang Julai 2025 sehingga September 2025.Laporan rekrutmen cawangan adalah sejumlah 10 keahlian baru dari Julai 2025 sehingga September 2025.Sdri Amidah melaporkan kedudukan kewangan cawangan terkini dalam tabungan adalah RM151.00.Sdri Amidah memaklumkan status pembukaan akaun bank cawangan bahawa pihak bank perlukan sijil pendaftaran kesatuan, salinan peraturan dan perlembagaan kesatuan, serta cabutan minit mesyuarat yang disahkan. Mesyuarat EXCO SMSU Bil.3/2025 memutuskan SMSU Cawangan Keningau untuk meneruskan proses pembukaan akaun bank dengan kadar segera. Sdri Amidah melaporkan status terkini program cawangan yang bakal diadakan pada 26 September 2025 sehingga 27 September 2025. Mesyuarat EXCO SMSU Bil.3/2025 memutuskan bahawa peralatan yang MaklumanMakluman MaklumanMakluman & Untuk Tindakan Sdri SUAMakluman & Untuk Tindakan SUC Keningau


MESYUARAT EXCO SMSU BIL 3/2025 9dibeli bagi program cawangan Keningau iaitu bola dan jaring pertandingan bola tampar perlu dikembalikan kepada SMSU HQ setelah program selesai. 10.010.110.210.3LAPORAN KAWASAN RANAU - SDRI ANITA MAITSdri Anita memaklumkan terdapat 2 aktiviti yang dianjurkan oleh SMSU Kawasan Ranau sepanjang Julai 2025 sehingga September 2025. Laporan rekrutmen kawasan Ranau adalah sejumlah 22 keahlian baharudari Julai 2025 sehingga September 2025.Sdri Anita turut melaporkan program yang dianjurkan oleh SMSU Kawasan Ranau iaitu program derma darah. Mesyuarat EXCO SMSU Bil.3/2025 dimaklumkan sasaran rekrutmen 50 keahlian baharu tidak tercapai, justeruMesyuarat EXCO SMSU Bil.3/2025 memutuskan baki payung yang dibekalkan kepada SMSU Kawasan Ranau bagi tujuan rekrutmen semasa program tersebut dikembalikan kepada SMSU Pusat. MaklumanMaklumanMakluman & Untuk Tindakan SMSU Kawasan Ranau11.011.111.2LAPORAN SMSU KAWASAN KOTA MARUDU - SDRA TOM BIN UNGGAKSdra Tom memaklumkan SMSU Kawasan Kota Marudu telah mengikuti 2 program yang telah dianjurkan oleh SMSU HQ sepanjang Julai 2025 sehingga September 2025Sdra Tom memaklumkan perancangan takwim SMSU Kawasan Kota Marudu untuk menganjur program rekrutmen dalam masa terdekat dalam bulan Oktober atau November 2025. Kertas kerja akan disediakan bagi tujuan tersebut. MaklumanMakluman & Untuk Tindakan Sdra Tom12.012.112.2LAPORAN GRED PENOLONG PEGAWAI PERUBATAN - SDRA MELVIN EBIN BONDISdra Melvin memaklumkan pembentangan kertas kerja bagi gred P&P di MBK bersama BSM KKM. Sdra Melvin turut memaklumkan bahawa Sdra Melvin telah meletakkan jawatan sebagai pegawai kerajaan persekutuan dan kini sedang menunggu tarikh lapor diri ke dalam sektor badan berkanun. Sdra Melvin bertanyakan status keahlian SMSU beliau samada beliau boleh meneruskan menjadi ahli dengan membuat pembayaran keahlian secara tunai ke Bendahari Agung. Mesyuarat EXCO SMSU Bil.3/2025 telah mendengar dan meneliti pertanyaan Sdra Melvin dan telah memutuskan bahawa peraturan SMSU MaklumanMakluman


MESYUARAT EXCO SMSU BIL 3/2025 10telah menerangkan bahawa keahlian adalah berdasarkan pembayaran yuran bulan keahlian melalui potongan Biro ANGKASA, dan keahlian Sdra Melvin adalah itu telah terhenti apabila tiada lagi pemotongan yuran keahlian. Namun begitu, sumbangan Sdra Melvin dalam kesatuan amat dihargai oleh SMSU, dan Sdra Melvin sentiasa dialu-alukan dalam SMSU walaupun telah berkhidmat dalam sektor badan berkanun. 13.013.113.213.313.4LAPORAN N.B.S.W - SDRI NOEMY ELDOSdri Noemy memaklumkan bahawa terdapat surat panggilan ke sesi libat urus berkenaan umur persaraan 65 tahun di Putrajaya pada 10 sehingga 12 Oktober 2025. Mesyuarat EXCO SMSU Bil.3/2025 memutuskan untuk menghantar wakil SMSU dari gred NBSW seramai 3 orang. Sdra Pengerusi memaklumkan bahawa terdapat cadangan di peringkat JKT bahawa gred NBSW di CUEPACS Pusat dipecahkan, namun cadangan tersebut perlu melalui peringkat-peringkat di CUEPACS Pusat bagi meluluskan dan melaksanakan cadangan tersebut.Sdri Noemy melaporkan rekrutmen bagi gred NBSW (pembantu tadbir) adalah sebanyak 9 keahlian baharu. Sdri Noemy turut memaklumkan terdapat isu berkenaan pertindihan tugas sebagai penyelaras gred NBSW dan tugas setiausaha fasiliti, serta isu berkenaan pengagihan kuota penyertaan dari gred NBSW. Justeru, Mesyuarat EXCO SMSU Bil.3/2025 telah bersetuju dan memutuskan kuota gred NBSW akan diberikan langsung dari pusat dan tidak melalui cawangan atau kawasan, dan memaklumkan Sdri Noemy diberikan autonomi penuh berkaitan kuota penyertaan program dari gred NBSW tanpa melalui cawangan atau kawasan. MaklumanMaklumanMaklumanMakluman14.014.1LAPORAN WANITA SMSU - SDRI ROSIE POPONGSdri Rosie memaklumkan takwim program gred wanita iaitu program wanita CUEPACS pada 3 Oktober 2025 di Kuala Lumpur. Selain itu, program wanita CUEPACS Kebangsaan yang akan diadakan pada 6 sehingga 8 November di Kota Kinabalu, Sabah. Makluman15.015.1LAPORAN YOUNG WORKERS SMSU - SDRA OLINTON LANGGATSdra Olinton memaklumkan perancangan program Youth SMSU iaitu fun run SMSU. Mesyuarat EXCO SMSU Bil.3/2025 memutuskan Sdra Olinton untuk menyediakan kertas kerja penuh berkaitan program Youth SMSU Makluman & Untuk Tindakan Sdra Olinton


MESYUARAT EXCO SMSU BIL 3/2025 11serta mengadakan mesyuarat Youth SMSU dalam masa terdekat bagi menyusun perancangan program Youth SMSU. 16.016.1LAPORAN PEMBANTU PERAWATAN KESIHATAN - SDRA MASRIN BIN BAARSdra Masrin memaklumkan perancangan program rekreasi PPK yang dirancang diadakan pada hujung bulan September 2025 dibatalkan atas permintaan ahli SMSU dari gred PPK, dan menukarkan perancangan program PPK ke penganjuran Hari PPK pada bulan November 2025. Mesyuarat bersetuju untuk membatalkan rancangan penganjuran program rekreasi PPK pada hujung bulan September 2025 dan akan menumpukan fokus kepada penganjuran Hari PPK 2025 pada bulan November 2025.Makluman17.017.1LAPORAN PENOLONG PEGAWAI FARMASI - SDRA MUHAMMAD RAFFIE BIN ZAINUDINSdra Raffie memaklumkan 28 borang keahlian telah diagihkan kepada PPF yang berminat mengikut cawangan dan kawasan. Selain itu, 25 borang keahlian diterima dari Klinik Kesihatan Likas dan kini dalam proses mendapatkan tandatangan pengesahan dari pegawai gred 9 keatas. Makluman20.020.1HAL- HAL LAINPeruntukan CawanganSdri Sucyana memaklumkan peruntukan 50% akan dibayar kepada semua cawangan. Bayaran benevolent Sdri Marsita dari SMSU Cawangan Tawau telah dibayar. Selain itu, bantuan PHEKS bagi alat IT untuk SMSU Cawangan Tawau dan Sandakan akan diagihkan dan cawangan Tawau dan Sandakan akan melakukan pembelian masing-masing. Manakala peruntukan bantuan PHEKS bagi alat IT untuk SMSU Cawangan Kota Kinabalu akan dibeli melalui SMSU Pusat. Makluman21.0 PENUTUPMesyuarat berakhir pada jam 4.35 petang (20 September 2025). Sdra Pengerusi menangguhkan mesyuarat pada ketetapan yang akan ditentukan kelak.MaklumanDisediakan oleh, Disemak Oleh, Disahkan Oleh, (NICHOLAS HULUS) (BERTHA ELDO) (AJULAHIN JAPIN)Penolong Setiausaha Agung Setiausaha Agung PresidenTarikh : Tarikh : Tarikh :


Click to View FlipBook Version