5.1.2 ANALISIS DARI KAJIAN RINTIS (JUMLAH REKOD KESALAHAN
MENGIKUT BLOK)
JUMLAH REKOD KESALAHAN BLOK 1
MENGIKUT BLOK BLOK 2
BLOK 3
7% 10% BLOK 4
BLOK 5
27% 19% BLOK 6
BLOK 7
2% 33%
2%
0%
Rajah 5.1.2 Jumlah Rekod Kesalahan Mengikut Blok
Sistem ini telah dicuba pada kolej kediaman Kolej Vokasional Balik Pulau (KVBP)
selama dua bulan. Kami telah mengAnalisis data dari Google Spreadsheet dan kami
menganalisis data menggunakan perisian Microsoft Excel. Kami dapati bahawa blok
3 mencatat rekod terbanyak sebanyak 33% daripada kesuluruhan jumlah rekod
kesalahan. Blok 4 dinobatkan sebagai blok paling berdisiplin kerana tiada rekod
direkodkan sepanjang dua bulan sistem ini dicuba. Kebanyakan rekod kesalahan
direkodkan oleh pelajar-pelajar tahun 1 pra-diploma kerana kebanyakan mereka
tidak mengetahui peraturan kolej kediaman. Contohnya, kesalahan tidak menyusun
kasut di tempat yang betul.
50 | P a g e
5.2 CADANGAN KEPADA PROJEK LANJUTAN
Projek ini boleh dinaik taraf untuk mencapai objektif yang lebih baik dan jelas.
Berikut adalah beberapa cadangan untuk meneruskan projek ini.
Sistem ini perlu diwujudkan kepada dua jenis penggunaan, iaitu sistem merit dan
sistem demerit. Oleh itu, biarpun pelajar asrama sebelum ini melakukan kesalahan,
namun, dia masih mempunyai peluang untuk menebus kesalahannya serta
menaikkan mata meritnya.
Sistem ini juga boleh dikembangkan kepada peringkat sekolah. Biarpun sistem ini
baru diaplikasikan di asrama kolej, namun, untuk diaplikasikan di semua kolej
bukanlah sesuatu yang mustahil.
5.3 KESIMPULAN
E-DeMerit Sistem Management (EDSM) dibangunkan bagi menyelesaikan
masalah dan bebanan warden. Selain itu, sistem ini dibina untuk menapis pelajar
asrama yang bermasalah keluar dari asrama kerana pada tahun hadapan bilangan
pelajar yang memohon masuk ke asrama akan bertambah tetapi bilangan blok
asrama yang disediakan amat sedikit. Oleh itu, hanya pelajar yang tiada atau
masalah disiplin rendah sahaja yang layak untuk menghuni asrama pada tahun
hadapan. Melalui sistem ini, pihak sekolah dapat membuat keputusan yang bijak. Di
samping itu, sistem ini dibina disebabkan sistem demerit yang lama tidak efektif.
Seterusnya, EDSM memudahkan urusan pengurusan asrama dan membolehkan
warden mengakses sistem menggunakan pelbagai peranti dan merentasi pelbagai
platform. Apabila sistem ini didemonstrasi, terbukti bahawa sistem ini dapat
memenuhi objektif dan tujuan penciptaan sistem ini iaitu untuk membina sebuah
sistem yang dapat membantu warden memilih pelajar yang layak sahaja untuk
tinggal di asrama, sebuah sistem pengumpulan data rekod disiplin pelajar asrama
yang dapat mengurangkan masalah disiplin pelajar, sebuah sistem pengumpulan
data rekod disiplin pelajar asrama yang sistematik dan teratur serta sebuah sistem
pengumpulan data rekod disiplin pelajar asrama yang tidak memerlukan kos yang
tinggi.
51 | P a g e