SETULUS KASIH SEINDAH MEMORI PN MUNA BINTI SIMON Penolong kanan pentadbiran smk bandar sunway 12 MEI 2023, Jumaat 9.15 Pagi - 12.30 Tengah Hari Dewan Budiman SMK Bandar Sunway
ATUR CARA MAJLIS 9.15 pagi 9.30 pagi 10.30 pagi 10.45 pagi 11.45 pagi 12.15 tengah hari 12.30 tengah hari : Ketibaan Guru dan Jemputan : Jamuan : Perarakan Yang Diraikan Persembahan Selamat Datang : Ucapan Pengacara Majlis : Bacaan Doa Ucapan Ketua Murid Ucapan Pengerusi KGS Ucapan YDP PIBG Ucapan Pengetua Bacaan Biodata Yang Diraikan Ucapan Pn Muna Binti Simon : Persembahan Multimedia Persembahan Murid Penyampaian Hadiah : Sesi Fotografi :Lambaian Kasih Bersurai
Dilahirkan di Muar Johor pada tanggal 12 Mei 1963. Mendapat pendidikan awal di Sek. Ren. Keb. Parit Jawa, Muar Johor. Kemudian ke Sek. Men. Keb Raja Muda Muar dan Sek. Men. Keb. Tengku Mahkota Muar Johor. Berjaya melanjutkan pengajian ke peringkat ijazah sarjana muda di Universiti Kebangsaan Malaysia dalam bidang Sains (Kimia). Telah mendirikan rumah tangga pada 9 April 1988 bersama En Ruzali bin Mohamad dan dikurniakan 5 orang anak iaitu Amirul Zharif, Nur Dhiya' Aida, Nur Rasyiqah Alya, Nur Ashila Nadhira dan Muhammad Harith Selepas tamat belajar, beliau bekerja di Price Waterhouse di Kuala Lumpur sebagai Juru Audit Luar selama 4 tahun. Profesion beliau sebagai guru bermula di Sek. Men. St Adrew (Lelaki), Muar Johor selama 6 bulan. Seterusnya beliau telah mencurahkan bakti di Sek. Men. Keb. Putrijaya, Kuala Lumpur selama 4 tahun. Akhir sekali, beliau berkhidmat di Sek. Men. Keb. Bandar Sunway selama 26 tahun. Pernah menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang sebanyak tiga kali sepanjang beliau berkhidmat sebagai pendidik. Memegang banyak jawatan penting antaranya; Setiausaha Peperiksaan SPM, Ketua Guru Pusat Sumber, AJK PIBG, Ex Officio PIBG, Ketua Panitia Sains Sesi Petang, Penyelaras Tingkatan 3, Guru Media, Guru Kanan Mata Pelajaran Bidang Sains & Matematik, Middle Leader, Senior Leader, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid dan terakhir sekali beliau dilantik sebagai Penolong Kanan Pentadbir dari Mac 2019 sehingga 11 Mei 2023. Motto hidup beliau ialah sentiasa memulakan sesuatu dengan pandangan yang positif, permudahkan, jangan menyusahkan. Sentiasa usaha buat terbaik untuk sentiasa rasa bahagia. Pesanan beliau kepada semua warga sekolah : "Never stop learning because life never stop teaching". BIODATA Pn Muna binti Simon
JAWATANKUASA PELAKSANA Pengerusi Naib Pengerusi 1 Naib Pengerusi 2 Naib Pengerusi 3 Pengurus Program Bendahari Penyelaras : Pn Wong Hui Sean AJK Disiplin & Kawalan Murid AJK PA Sistem En Mullaichelvan a/l Subramaniam (K) En Mohd Shawal bin Ismail En Thanabalan a/l Andy Pn Mageswary a/p Ranggasamy Pn Ng Shau Fean Guru-guru disiplin : Pn Johana binti Mat Said (Pengetua) : Pn Nor Zizan binti Abd Rahman : Pn Wan Ruslina binti Wan Hussin : Pn Hasniza binti Ahmad Yusoff : En Syah Fazree bin Husin : En Mohd Maliki Maula Hassan AHLI JAWATANKUASA INDUK AHLI JAWATANKUASA AJK Banner En Mohd Nashrul Shafiq bin Mohd Nasir (K) En Zulhishah bin Abu Bakar Cik Nurul Amirah binti Marzuki
Penyelaras : Pn Norelin binti Saman AJK Multimedia (Video) Pn Nur Shafira binti Mohamed (K) Pn Nur Aqilah binti Fauzi Pn Masliha binti Jabar AJK Persembahan Pn Thanalatchimy a/p Sathiahnathan (K) Pn Usha a/p K.G.Menon Pn Jasniazira binti Saidin (Kompang) AJK Fotografi Pn Rita a/p Manickam (K) Pn Noorehan binti Ahmad Sarkawi AJK Multimedia (Slide) Pn Kong Shian Chin Pn Nor Rohayati binti Razali AJK Dokumentasi Pn Wong Lee Yun (K) Pn Nur Azurin binti Mohd Saupi Penyelaras : Pn Norliza Hayati binti Ahmad Khalil AJK Buku Atur Cara & Jemputan Tetamu Pn Nik Nor Hasnidah binti Wan Daud (K) Pn Hazakiah binti Megat Hairi Cik Nurul Amirah binti Zamri AJK Teks Ucapan Pn Juriah binti Misman (K) Pn Nor Shima Asmira binti Ohseman Pn Wan Hayatun Syamila binti Megat Abdullah AJK Pengacara Majlis Pn Fatin Hazwani binti Mustapa (K) En Syahiful Azman bin Said AJK Bacaan Doa En Othman bin Mat AHLI JAWATANKUASA
AJK Kenderaan En Mohd Saidi bin Ismail Pn Nursyamimi binti Ismail En Mohd Badrul Hisham bin Mat Amin AJK Hadiah Pn Azmahani binti Mohd Ali (K) Pn Kor Bee Lian Pn Noor Jannah Syifa' Hayati binti Majid AJK Persediaan Tempat (Dewan) En Mohd Faiz bin Yusoff (K) En Mohd Sabri bin Daud AJK Persediaan Tempat (Hiasan Pentas) En Hafiz Azwan bin Mahadi (K) En Rizalman bin Abdullah Pn Nafizah binti Musbah Pn Nurin Jazlina binti Abdul Halim AJK Jamuan Pn Nur Faizah binti Mohamed Eran (K) Pn Noor Shazleen binti Che Ismail Pn Noralifah binti Md. Nor Pn Noorain binti Chempa @ Abdul Razak Penyelaras : En Fauzul Hakim bin Jamali AHLI JAWATANKUASA
Kenangan yang Mengusik Jiwa....
Tiba jua kiranya di muara waktu, Perpisahan mengimbau makna sebuah rindu , Pada jejak-jejak yang lalu, seribu liku! Berdiri melihat denai-denai kenangan, Berbunga mesra dalam jambangan ingatan Tiba waktunya untuk menyusun jemari, Membuang segala kerikil bersalut di hati, yang terkhilaf dimaafi, yang sesal diinsafi, yang lebih dibahagi, yang kurang dilengkapi. Agar saat perpisahan ini indah, Terlerai segala durja gundah, Tersirna cebisan amarah, Terurai segala yang bercanggah. Bak air yang mengalir, Tiba jua kiranya di muara waktu, Pasti tersisa kenangan yang terindah, Berhias luka tidak berdarah, Kerana sekali dipanggil guru, Selamanya pun bergelar guru. Selamat tinggal suara-suara ceria, Padang perhimpunan dan dewan perkasa, Bilik darjah dan anak-anak keletah, Pejabat tugas dan pembantu ikhlas, Bilik guru dan timbunan buku. Ruang kantin tempat mesra terjalin, Selamat tinggal seribu kerenah, Datang dan pergi pelbagai wajah, Bercampur gembira bersisip gundah, Bergema didikan beralas madah, Selamat tinggal sebuah tempat bernama sekolah! Selamat datang persaraan, Kerana segalanya hanya kesementaraan, Melengkapi perjalanan, Sebuah kehidupan ! Bak air yang mengalir, Tiba juga kiranya di muara waktu Di sini kami pasti merindu. Jelinglah kami jika rindu masih bertamu, Sapalah kami andai mesra akrab berpadu! Selamat berangkat dalam doa berkat, Selamat istirehat dari segala muslihat, Selamat bersara dengan senyuman mesra! Senyumlah seindah suria. Setelah mencurah segala-galanya , Pasti beroleh keredhaan-Nya, Bak air yang mengalir, Sampai di sini kenangan indah pasti terukir! SELAMAT BERSARA CIKGU ... BAK AIR YANG MENGALIR ....