BUKU SKRAP ANTI
DADAH
TIADA DADAH HIDUP SENTOSA
SENTIASALAH BERHATI-HATI
BUKU SKRAP ANTI DADAH
(Pengenalan)
Disediakan oleh : Siti Nur Hidayah Syifaa Shaafiyah binti Sahirul
Kelas : 6 Intelek
Sekolah : Sekolah Kebangsaan Mawar Sandakan
Dibimbing oleh : Cikgu Hazlin Juhar
Buku skrap ANTI DADAH
Apa itu dadah?
Definasi dadah
Sebab-sebab pengambilan dadah?
Jenis-jenis dadah
Dadah dan ciri-cirinya
Faktor yang terjerumus dengan najis dadah
Cara menangani dadah
Apakah kesan jika mengambil dadah?
Tanda-tanda penagih dadah
Apa itu DADAH?
DADAH ialah sebarang bahan kimia yang digunakan pada tubuh
manusia atau haiwan untuk mentiasat, merawat atau mencegah
penyakit. Dadah akan mengakibatkan ketagihan, kemerosotan
kesihatan atau keruntuhan akhlak pengguna apabila dimakan atau
diminum maupun dimasukkan ke dalam badan dengan tidak
mengikut
peraturan.
DADAH
Definasi heroin
-Berasal daripada perkataan Jerman
iaitu Heroish yang bermaksud kuat.
Mula digunakan di Jerman Barat
dalam tahun 1898 bertujuan untuk
menghilangkan kesan gejala tarikan
Morfin. Dihasilkan dari Morfin melalui
proses kimia dan memberikan 20-25
kali lebih dari Morfin.
Sebab-sebab pengambilan
DADAH
Keseronokan.
Perasaan ingin tahu.
Pengaruh Rakan Sebaya.
Meningkatkan keseronokan
seksual.
Rawatan perubatan.
Secara tidak sengaja.
Mengatasi tekanan jiwa.
Jenis-jenis DADAH
1.OPIAT
2.STIMULAN
3.GANJA
4.DEPRESEN
5.HALUSINOGEN
6.INHALAN
7.KETUM
8.NPS (New Psychoactive Substances)
DADAH dan ciri-cirinya
Dadah ialah bahan kimia psikoaktif yang
mempunyai
ciri-ciri:
Mempunyai kesan paling ketara ke aras
sistem saraf pusat
(Otak dan saraf tunjang).
Digunakan bukan untuk tujuan perubatan
dan penggunaannya adalah dilarang.
Diperolehi secara haram.
Membawa kepada penggantungan fizikal
psikologikal dan meningkatkan daya tahan
terhadap dadah.
Faktor yang terjerumus dengan
najis DADAH
Pada masa kini, orang menggunakan alkohol atau dadah terlarang
ketika melepak bersama-sama dengan rakan-rakan mereka atau
untuk “menenangkan diri” mereka di hari yang sangat meletihkan.
Kita semua tahu bahawa “rasa ingin tahu” mendorong orang untuk
mencuba sesuatu seperti GANJA dan ALKOHOL, lebih-lebih lagi
golongan remaja.
Kita semua juga percaya apa-apa ubatan yang diberikan kepada
kita oleh doktor pasti dapat menyihatkan kesihatan kita.
Kadang-kadang kita juga mudah terpedaya dengan DADAH yang
diberikan oleh orang yang tertentu, seperti orang yang tidak kita
kenali.
Cara mengatasi DADAH
Katakan “TIDAK” pada DADAH.
Jangan mudah terpedaya.
Jangan mudah mempercayai orang yang tidak kita kenali.
Hindarilah orang yang tidak kita kenali.
Kita perlu menghindari orang yang tidak kita kenali secara individu.
Mengetatkan undang-undang negara serta negeri yang kita
tinggali.
Jangan mempermalukan kedua ibu dan bapa kita yang baik hati.
Apakah kesan jika mengambil
DADAH
Mudah ketagihan terhadap DADAH.
Memalukan kedua ibu bapa kita termasuk diri kita.
Tidak mempertahankan maruah diri.
Memalukan keluarga sendiri termasuk diri kita sendiri.
Tanda-tanda penagih DADAH
Tanda-tanda penagihan dadah pada umumnya boleh dilihat melalui
beberapa perubahan tertentu seperti perubahan rupa, sikap, tabiat dan
tingkahlaku.
Beberapa tanda umum yang boleh dilihat berkaitan dengan kegiatan
penagihan dadah adalah:-
a. Kemerosotan kehadiran disekolah atau tempat kerja, mutu kerja, disiplin dan
hasilkerja.
b. Meradang tidak tentu sebab, selalu menguap dan tidak bermaya.
c. Mengelakkan diri daripada tanggungjawab.
- d. Kemerosotan rupa paras dan kebersihan diri.
e. Tabiat suka menyembunyikan apa-apa yang dilakukan atau yang dimiliki.
f. Hilang selera makan, kurang berat badan, mata berkaca-kaca dan berair
atau mata yang redup dan kuyu.