The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by g-15328239, 2022-04-11 14:18:22

KERTAS KERJA SUMBANGAN PERALATAN ICT

KERTAS KERJA SUMBANGAN PERALATAN ICT

SEKOLAH KEBANGSAAN JALAN DATUK PALEMBANG

SEKOLAH KLUSTER KECEMERLANGAN
BUKIT BARU, 75150, MELAKA.

KERTAS KERJA

PERMOHONAN SUMBANGAN KOMPUTER

untuk

MAKMAL KOMPUTER
ALFA & BETA

DISEDIAKAN OLEH:
UNIT ICT SK JALAN DATUK PALEMBANG

DENGAN KERJASAMA:
JAWATANKUASA PENGURUSAN SUMBER PENDIDIKAN SKJDP

1.0 PENGENALAN

1.1 Sekolah Kebangsaan Jalan Datuk Palembang dibina dalam tahun 1960. Pada
masa itu ia dikenali dengan nama Bukit Baru English School.

1.2 Pada tahun 1976 dengan rasminya sekolah ini ditukar nama kepada Sekolah
Kebangsaan Jalan Datuk Palembang.

1.3 Kini mempunyai 37 buah kelas dengan jumlah keseluruhan murid lebih
kurang 1300 orang.

1.4 Makmal komputer sekolah ini terbahagi kepada dua, iaitu Makmal
Komputer Alfa dan Makmal Komputer Beta yang terletak berhampiran
dengan surau dan padang sekolah.

1.5 Makmal Komputer Alfa langsung tidak mempunyai komputer, manakala
makmal komputer Beta mempunyai 20 unit komputer.

1.6 Kedua-dua makmal komputer berkongsi 1 talian internet berkelajuan 100
mbps oleh KPM.

1.7 Bekalan komputer yang diterima daripada KPM kali terakhir adalah pada
tahun 2009.

2.0 JAWATANKUASA UNIT ICT

Pengerusi : Pn. Rohana binti A. Hamid BKT, PJK
Timbalan Pengerusi : Pn. Atifah binti Tumin
Naib Pengerusi : Pn. Norhafizah binti Mohd Jemeran
: Pn. Farahduza binti Baharim
Penyelaras ICT : En. Muhamad Hafis bin Ismail
Penolong Penyelaras : En. Muhamad Mustaqim bin Mukhtar
Setiausaha : Cik Raihani binti Omar
Penolong Setiausaha : Pn. Suhaila binti Rahmat

3.0 PERMASALAHAN

3.1 Bilangan komputer yang tidak mencukupi untuk menampung jumlah
murid yang ramai. Hanya 1 makmal komputer yang boleh digunakan
berbanding dengan bilangan murid SK Jalan Datuk Palembang yang
berjumlah lebih kurang 1300 orang.

3.2 Spesifikasi komputer sedia ada yang jauh ketinggalan zaman melebihi 10
tahun. Intel Pentium R dengan 512MB ram atau Pentium Dual-Core
E5300 dengan 1GB ram sahaja.

3.3 Semua computer masih menggunakan Windows 7 yang tidak lagi
mempunyai sistem sokongan, berbanding dengan Windows terbaru iaitu
Windows 11.

3.4 Kondisi komputer yang sudah kurang baik, seperti paparan monitor
sudah tidak jelas, tetikus dan papan kekunci tidak berfungsi dengan baik,
serta capaian internet yang kurang stabil.

3.5 Banyak keperluan penggunaan komputer dalam matapelajaran RBT.
Terutamanya bagi topik Reka Bentuk Pengaturcaraan yang terkandung
dalam ketiga-tiga DSKP tahun 4,5 dan 6.

3.6 Spesifikasi komputer sedia ada tidak dapat menampung banyak perisian
terbaharu seperti perisian Scratch, Microsoft Office 365, aplikasi video
‘conferencing’ dan banyak lagi.

3.7 Keadaan komputer sedia ada yang kurang memuaskan adakalanya
menyebabkan PdPc tidak dapat berjalan dengan lancar serta
mengganggu konsentrasi guru dan murid.

4.0 CADANGAN PENAMBAHBAIKAN
4.1Unit ICT SKJDP bercadang untuk memuatkan 20 set komputer ke dalam
Makmal Komputer Alfa.
4.2 Menggantikan semua komputer sedia ada di dalam Makmal Komputer
Beta kepada yang lebih baik dan terkini.
4.3 Mengoptimumkan penggunaan kedua-dua makmal agar semua murid
berpeluang untuk menggunakan kemudahan komputer.
4.4 Menerima mana-mana sumbangan komputer baru mahupun terpakai
yang masih dalam keadaaan yang baik.

5.0 LAMPIRAN BERGAMBAR

Makmal Komputer Alfa yang langsung tidak mempunyai komputer

Makmal komputer Beta yang mempunyai 20 unit komputer, namun spesifikasi
komputer amat jauh ketinggalan zaman.

Inilah spesifikasi komputer yang dibekalkan pada tahun 2009, iaitu Pentium Dual-
Core E5300 dengan 1GB Ram.

Spesifikasi 1 kumpulan PC lagi di Makmal Komputer Beta, iaitu Intel Pentium 4
dengan 512MB Ram.

Keadaan luaran CPU di Makmal Komputer Beta

6.0 PENUTUP

Kami berharap agak usaha kami untuk menambahbaik kemudahan komputer di
Makmal Komputer Alfa dan Makmal Komputer Beta SK Jalan Datuk Palembang
akan membuahkan hasil. Sekaligus membolehkan lebih ramai murid dapat
menikmati kemudahan komputer yang lebih baik disamping melahirkan generasi
celik IT dan menghargai teknologi. Hal ini juga bertepatan dengan salah satu
matlamat utama Program Trasformasi Sekolah TS25 yang ingin mengukuhkan
penglibatan ibubapa, komuniti dan pihak berkepentingan demi kejayaan murid.
Bersama-sama kita memberikan komitmen yang padu, ke arah melahirkan modal
insan unggul.

Disediakan oleh: Disemak oleh:

_________________ _________________
(Cik Raihani binti Omar) (Pn. Atifah binti Tumin)
Setiausaha Unit ICT PK Pentadbiran
SK Jln Datuk Palembang SK Jln Datuk Palembang

Disahkan oleh:

_____________________
(Pn. Rohana binti A. Hamid)
Guru Besar
SK Jln Datuk Palembang


Click to View FlipBook Version