The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by 858-27-kilsih, 2021-12-02 01:18:51

Kerja Kursus E-portfolio BMMB1074

Kerja Kursus E-portfolio BMMB1074

• TELEFON: 087-331444/331444 • FAKS: 087-331817

• Laman Web: ipgkk.moe.edu.my • E-Mel: [email protected]

e-Portfolio

KILSIH KAPUSOH
P21014644

PPISMP BAHASA MELAYU
AMBILAN JUN 2021
SEMESTER I

BMMB 1074
SEJARAH PERKEMBANGAN

BAHASA MELAYU

SEMESTER SEPT 2021 – JAN 2022

BIODATA

KILSIH KAPUSOH
030520-12-0354
[email protected]
TENOM, SABAH

KRISTIAN

1

SEJARAH PERKEMBANGAN TULISAN DALAM BAHASA MELAYU

1.0 PENDAHULUAN
Bahasa Melayu merupakan bahasa lingua franca yang telah digunakan sejak

dahulu kala. Menurut Siti Lailatul Mastura Norazlan (2019), bahasa Melayu digunakan
sebagai bahasa penghantar di Tanah Melayu sejak abad ke-7, iaitu sejak bentuk tulisan
bahasa Melayu mengalami asimilasi daripada tulisan Rencong, Pallava, Jawi dan Rumi.
Menurut Kamus Dewan edisi ketiga (1996:87) bahasa ialah lambang bunyi suara yang
dipakai sebagai alat perhubungan dalam lingkungan satu kelompak manusia. Edward
Sapir (1948) pula menyifatkan bahasa sebagai satu alat cara manusia berkomunikasi
untuk menyampaikan idea, emosi dan hasrat. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat
(2010), komunikasi ialah perhubungan secara langsung atau menggunakan perantaraan.
Komunikasi boleh berlaku dalam dua cara iaitu melalui tulisan dan lisan. Tulisan lahir
apabila manusia mengetahui cara hendak menyampaikan fikiran dan perasaannya
melalui tanda-tanda visual dalam bentuk yang difahami oleh diri sendiri serta orang lain
juga . Maka, muncullah sistem ejaan yang menjadi pelengkap kepada sesebuah
komunikasi. Bahasa Melayu merupakan bahasa yang penting untuk pelbagai bidang
seperti bidang pendidikan, ekomoni dan pentadbiran kerajaan khususnya ketika
berkomunikasi. Bahasa Melayu telah diperjuangkan oleh pelbagai pihak sejak sekian
lamanya. Pertubuhan dan persatuan Melayu berganding bahu dalam memajukan bahasa
Melayu dalam kalangan masyarakat.

2

Tulisan Tulisan Tulisan Tulisan
Rencong Pallawa Jawi Rumi

Rajah 1 menunjukkan perubahan tulisan dari semasa ke semasa

2.0 SEJARAH
2.1 Sistem Tulisan Pallawa

Tulisan Pallawa terdiri daripada konsonan dan vokal dengan simbol tambahan bagi
mewujudkan bunyi-bunyi yang berbeza. Tulisan Pallawa berasal daripada India yang iaitu
tulisan Tamil yang digunakan dalam penyebaran agama Hindu. Menurut (Nik Safiah Karim,
2010) tulisan pallawa berasal daripada dari India dan dibawa oleh orang Hindu semasa mereka
tiba di kawasan-kawasan Melayu seperti Srivijaya dan Palembang. Sistem tulisan ini banyak
dipengaruhi oleh bahasa Sanskrit. Namun, penyebaran tulisan Pallawa hanya terhad dalam
istana kerana sistem pendidikan ketika itu adalah lemah. Sistem tulisan Pallawa bersifat
kompleks kerana setiap konsonan tidak menggambarkan sebagai huruf sahaja malah
mempunyai sebutan bunyi yang berbeza. Oleh itu,tulisan ini hanya digunakan dari abad ke-2
sehingga abad ke-5. Antara penemuan awal tulisan Pallawa ialah pada tiang batu
persembahan atau dikenali sebagai Yupa.

3

India

Tiang Batu Penyebaran
Persembahan Agama Hindu

(Yupa) Tulisan
Pallawa

Penyebaran Menerima
terhad pengaruh
bahasa
Sanskrit

Rajah 2 menunjukkan sejarah tulisan pallawa dalam peta minda

Rajah 2

4

Rajah 4
Rajah 3 dan 4 menunjukkan tulisan Pallawa

5

2.2 Tulisan Kawi

KAWI = PENYAIR
(SANSKRIT)

LENYAP PADA BERASAL
TAHUN 1400 MASIHI DARIPADA HURUF

TULISAN VANGKI IAITU
KAWI HURUF YANG
DIBAWA OELH
ORANG INDIA DARI
COROMANDEL

DITULIS PADA BATU DITUTUR DAN
CONTOHNYA BATU DIASASKAN OLEH

BERSURAT DI ORANG JAWA
TANAPULI
SUMATERA

Rajah 5 : Sejarah tulisan Kawi

Tulisan Kawi merupakan keturunan sistem Pali dan diperkenalkan selepas tulisan
Pallawa. Tulisan ini dipengaruhi oleh bahasa Sanskrit dan Hindu maka, perkataan Kawi diambil
daripada bahasa Sanskrit yang bermaksud penyair. Tulisan ini mendapat pengaruh daripada
huruf Vangki (Wenggi) yang berasal dari Coromandel dan dibawa oleh orang India. Namun
begitu, tulisan ini diasaskan dan dituturkan oleh orang Jawa. Pada mulanya, tulisan Kawi ditulis
pada daun lontar sebelum ditulis pada dinding batu. Bukti bahawa tulisan Kawi wujud adalah
pada tulisan batu bersurat di daerah Tanapuli, Sumatera. Pada tahun 1400 Masihi, tulisan Kawi
sudah tidak digunakan kerana dikaitkan dengan keruntuhan kerajaan Majapahit.

6

Rajah 6

Rajah 7
Rajah 6 dan 7 menunjukkan tulisan Kawi

7

2.3 Tulisan Jawi

ASKARA BERSAMBUNG BERTINDAN SECARA
MENEGAK

CIRI-CIRI
TULISAN JAWI

ASKARA BERBARIS DAN LIGALATUR
MEMPUNYAI TITIK

Rajah 8 menunjukkan cirri-ciri tulisan jawi

Rajah 9

8

Rajah 10
Rajah 9 dan 10 menunjukkan tulisan jawi

Tulisan Jawi merupakan tulisan yang berasal dari negara Arab dan dikaitkan dengan
kedatangan Islam ke Asia Tenggara untuk menjalankan perdagangan sekali gus menyebarkan
agama Islam dengan menggunakan tulisan Jawi. Tulisan Jawi dan tulisan Arab mempunyai tiga
puluh huruf yang sama tetapi tulisan Jawi mempunyai tiga puluh enam huruf dengan enam
abjad tambahan. Tulisan ini digunakan untuk sebagai perantara di antara Raja-Raja Melayu dan
pemimpin-pemimpin Melayu dengan penjajah seperti Portugis, British dan Belanda untuk tujuan
penting seperti urusan pentadbiran, adat istiadat dan perdagangan. Contohnya, perjanjian-
perjanjian yang dibuat antara Raja Melayu dengan penjajah. Pada abad ke-7, perkembangan
tulisan Jawi bermula dari kerajaan Islam Pasai dan diikuti oleh Melaka, Joho dan seterusnya
Aceh. Tulisan Jawi telah menjadi tulisan rasmi kepada Negeri-Negeri Tidak Bersekutu semasa
penjajahan Britih. Kemunculan tulisan Jawi terbukti pada penemuan Batu Bersurat Terengganu
bertarikh 702H atau 1303 M.

9

2.4 Sistem Ejaaan Za’ba
Nama sistem Ejaan Za’ba diambil sempena nama pendeta Za’ba atau nama sebenarnya
Zainal Abidin bin Ahmad. Beliau merupakan merupakan seorang sasterawan dan pemikir
melayu yang berasal dari Kampung Bukit Kerdas, Batu Kikir, Negeri Sembilan dan dilahirkan
pada 16 September 1895. Beliau merupakan orang melayu pertama yang menduduki
peperiksaan Senior Cambridge dan lulus dalam peperiksaan pada tahun 1915. Pada tahun
1918, Za’ba telah berusaha mengumpul kata-kata melayu dan disusun dalam satu kamus
Melayu yang lengkap. Sistem ejaan Za’ba telah diperincikan dengan mempunyai undang-
undang tersendiri untuk setiap ejaan. Sistem ejaan terbahagi kepada dua iaitu perkataan asal
dan ejaan perkataan bertambah.

10

perkataan asal ejaan perkataan bertambah

ejaan dua bunyi masuk menambah
sejenis di pangkal

ejaan dua bunyi masuk menambah
berlainan di hujung

bunyi di atas masuk menambah
berpadu di pangkal dan
hujung
perkataan bunyi
berkait

alif,wau,ya

ejaan tua
perkataan pinjaman

Arab
baris dan tanda

Rajah 12 menunjukkan jenis sistem ejaan Za’ba

11

2.5 Sistem ejaan Rumi Kongres
Sistem

Ejaan Rumi
Kongres

Sistem Sistem
Ejaan Fajar Ejaan
Wilkinson
Asia

Sistem
Ejaan
Za'ba

Rajah 13 menunjukkan proses perubahan sistem ejaan

Sebelum Sistem Ejaan Rumi Kongres digunakan, sistem ejaan lain yang mempunyai
pengaruh Ejaan Rumi turut digunakan. Keseragaman ejaan amatlah penting untuk pelbagai
bidang. Oleh itu, pihak atasan telah memutuskan untuk mengadakan perancangan ejaan buat
kali pertama di Tanah Melayu pada tahun 1902 dan memutuskan Ejaan Rumi Wilkinson
digunakan dalam semua kamus dan penerbitan karya Wilkinson. Selepas akhir 1940-an
sistem ejaan mengalami perubahan kepada sistem ejaan Za’ba yang berupa sistem ejaan baru
dengan pengaruh sistem Ejaan Jawi dan Rumi Wilkinson. Pada tahun 1943, sistem Ejaan Fajar
Asia mula digunakan oleh Zainal Abidin bin Ahmad. Oleh itu, Angkatan Sasterawan 50 telah
menjadikan Ejaan Fajar Asia sebagai ejaan rasmi. Selepas mengalami beberapa perubahan
ejaan akhirnya, sistem Ejaan Rumi Kongres digunakan. Setiap dua tahun Kongres Bahasa dan
Persuratan Melayu diadakan yang bermula pada tahun 1952 di Singapura, kedua di Seremban
pada tahun 1954 dan ketiga di Singapura dan Johor Baharu pada 16 hingga 21 September

12

1956. Pembaharuan yang radikal seperti memperbaiki Sistem Ejaan Za’ba dicadangkan pada
Kongres Bahasa Melayu Ketiga. Akhirnya, Sistem Ejaan Kongres telah dipersetujui oleh
Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu yang ketiga pada tahun 1956 dan sistem ejaan ini
dirasmikan oleh YAB Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia pada 16 Ogos 1972 di
Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur. Ejaan ini telah digunakan sehingga kini dan
dikenali sebagai Ejaan Rumi.

huruf vokal, wujud sistem
diftong dan keselarasan
konsonan hruf vokal
penulisan
partikel penulisan kata
Bahasa
Melayu

penggunaan ciri-ciri penggunaan
tanda baca utama huruf besar
Sistem Ejaan
Rumi 1972 dan kecil

Rajah 14 menunjukkan cirri-ciri sistem ejaan Rumi

2.6 PEDOMAN EJAAN RUMI BAHASA MELAYU

(I) Penggunaan Abjad

a) Abjad

huruf sebutan

ae

b bi

13

c si
d di
ei
f ef
g ji
h ec
i ai
j je
k ke
l el
m em
n en
oo
p pi
q kiu
r ar
s es
t ti
u yu
v vi
w dabliu
x eks
y wai
z zet

b) Vokal
• Aa,Ee,Ii,Oo,Uu dan Ee(PEPET)

c) Diftong
• Gabungan dua huruf vokal
• Ai,au,oi

14

d) Konsonan
• Huruf bukan vokal
• b, c, d, f, g, h, j, k, l, m, n, p, q, r, s, t, v, w, x, y, z.
e) Gabungan huruf konsonan
• Gh, kh, ng, ny dan sy
f) Pemenggalan ayat
• Pemisahan suku kata pada kata dasar.

Contoh: Ma-in, a-nak, man-di, ul-tra
• Imbuhan .

Contoh: ma-kan-an, mem-ban-tu, ge-ri-gi, per-gi-lah
• Apabila suatu kata terdiri daripada dua unsur.

Contoh: kilo-gram. Bi-o-gra-fi

15

(II) Penulisan Huruf

Huruf Besar • Digunakan bagi huruf pertama
ayat, petikan langsung, ungkapan,
gelaran, jawatan, pangkat, nama
orang, bangsa, suku, bahasa dan
kata nama khas yang lain.

Huruf • Digunakan untuk menulis nama
Condong buku, majalah atau surat khabar,
perkara yang ditegaskan,
perkataan yang berstatus sebagai
nama ilmiah atau ungkapan asing

Huruf Tebal • tajuk, buku, bab, bahagian bab,
daftar isi, daftar jadual, daftar
lambang, daftar pustaka, indeks
dan lampiran serta digunakan
untuk menggantikan huruf miring.

Rajah 15 menunjukkan jenis-jenis penulisan huruf

16

(III) Penulisan Kata

• Kata dasar
Kata dasar ditulis terpisah.

• Kata turunan
1. Imbuhan ditulis beserta dengan kata dasar. (melihat)
2. Imbuhan ditulis pada unsur pertama bukan kedua. ( bertepuk tangan)
3. Imbuhan awalan dan akhiran ditulis pada kata dasar berupa gabungan.
(menyebarluaskan)
4. Gabungan kata ditulis bersama jika terdapat ayat tidak dapat berdiri sendiri.
(bikarbonat)

Catatan:

1. Jika bentuk terikat menyusuli huruf besar maka kedua-dua unsur dipisahkan oleh
tanda sempang. (pro-Barat)

2. Maha tergabung (mahasiswa)
3. Maha terpisah ( Maha Pengasih)

• Bentuk Gandaan
Dua kata dasar dipisahkan oleh tanda sempang. (buku-buku)

• Gabungan Kata
1. Kata majmuk ( duta besar)
2. Istilah khusus dengan kehadiran tanda sempang untuk menegaskan pertalian antara

unsur ( mesin-hitung tangan)
3. Gabungan kata yang sudah lazim (bagaimana)

17

• Kata Ganti ku, kau,mu, dan nya
Kumiliki, bukumu

• Kata depan di, ke, dan dari
Ke luar negara, di sini, dari Sarawak

• Kata si dan sang
Terpisah dengan kata diikutinya dan ditulis huruf besar. (Sang Kancil)

• Partikel
1. Partikel kah, lah, dan tah ditulis bersama dengan kata yang mendahuluinya. (apatah,
siapakah)
2. Partikel pun ditulis terpisah (apa-apa pun) kecuali yang lazim (ataupun)
3. Per (demi atau taip) ditulis terpisah

• Angka sebagai lambang bilangan

18

( v) Tanda baca

Tanda Tanda Titik Tanda
Penyingkat (.) Koma (,)

(`) Tanda
Tanda Garis Koma
miring (/) Bertitik (;)

Tanda TANDA Tanda Titik
ulang ( ...2) BACA Bertindih (:)
Tanda Petik
Tunggal Tanda
('...') Sempang (-

)

Tanda Petik Tanda
("..." ) Elipsis (...)

Tanda Tanda
kurung siku tanya (?)

( [..] )

Tanda Tanda Seru
kurung (!)
( (...) )

Rajah 16 menunjukkan jenis-jenis tanda baca

19

(IV) Penulisan Unsur Serapan
• Bahasa Sanskrit
• Tamil
• Cina
• Arab
• Portugis
• Belanda
• Inggeris
• Penyerapan unsure pinjaman terbahagi kepada dua iaitu penyerapan sepenuhnya dan

bentuk visual kata asing yang pengucapan dan penulisannya sudah terserap ke dalam
bahas Melayu
• Unsur-unsur yang sudah diserap tidak perlu diubah

20

3.0 SEJARAH PERKEMBANGAN BM PRAMERDEKA DAN PASCAMERDEKA

Bahasa Melayu merupakan bahasa yang digunakan oleh penduduk Tanah Melayu sejak
berkurun lamanya. Namun, kedatangan penjajah asing telah mengubah kedudukan dan tahap
penggunaan bahasa Melayu di Tanah Melayu. Sebelum penjajahan kedudukan bahasa Melayu
adalah tinggi dan digunakan sebagai bahasa seharian dan rasmi penduduk Tanah Melayu tidak
kira golongan rakyat mahupun bangsawaan dan raja. Namun demikian, selepas kedatangan
British ke Tanah Melayu pada peringkat awal, bahasa Melayu mula tergugat dengan adanya
bahasa Inggeris yang dibawa oleh penjajajah. Maka, bahasa Melayu hanya digunakan dalam
urusan rasmi oleh kerajaan tertentu, adat istiadat dan urusan agama. Selepas perang dunia
kedua, bahasa Melayu terus tergugat ketika bahasa Inggeris mula dijadikan sebagai bahasa
penghantar terutamanya di sekolah.

3.1 Peranan Pejabat Karang Mengarang
Pejabat Karang Mengarang telah ditubuhkan oleh Zainal Abidin Bin Ahmad dan Oman

Theodore Dussek pada tahun 1924. Buku bacaan umum mula diterbitkan melalui pejabat ini
apabila O.T. Dussek menyedari tentang kepentingan pemberian ilmu kepada orang Melayu.
Antara tokoh Pejabat Karang Mengarang yang berperanan penting dalam memartabatkan
bahasa Melayu dengan menulis dan menerbitkan buku bahasa Melayu ialah Zainal Abidin Bin
Ahmad, R.O Winstedt dan O.T. Dussek.

Pejabat Karang Mengarang ditubuhkan bagi membina asas pengetahuan bahasa Melayu
dan ilmu karang-mengarang dalam kalangan orang Melayu dan menerbitkan buku untuk
sekolah dan bacaan umum bagi membantu perkembangan bahasa dan persuratan melayu.

21

3.2 Peranan Pakatan Belajar- Mengajar

Pada tahun 1888, Dato’ Seri Amar Diraja Abdul Rahman Andak dan Dato’ Muhammad
Ibrahim MUNSYI telah menubuhkan Pakatan Belajar-Mengajar bagi mengembangkan Bahasa
Melayu secara berkumpulan. Namun, pakatan tersebut tidak berjalan dengan lancar maka,
pakatan tersebut dihidupkan kembali pada tahun 1934 dengan berbekalkan sokongan daripada
Sultan dan kerajaan Johor. D.Y.M.M Sultan Ibrahim Ibni Sultan Abu Bakar telah mengurniakan
gelaran diraja kepada persatuan ini pada 14 April 1935. Seterusnya, nama pakatan ini
ditukarkan kepada Pakatan Bahasa Melayu Persuratan Buku Diraja Johor (PBmPBD).

Mengendalikan

perbincangan
tentang

bahasa Melayu

Menganjurkan PERANAN Membentuk
ceramah-ceramah PAKATAN istilah
BELAJAR-
bahasa MENGAJAR

Mewujudkan Menghasilkan
perpusatakaan buku

22

3.3 Peranan Asas 50

Pada 6 Ogos 1950, Muhammad Arif Ahmad (MAS), Kamaludin Muhammad (Keris Mas),
Hamzah Hussein, Jimmy Asmara dan Rosmera telah menubuhkan Angkatan Sasterawan 50
ataupun dikenali sebagai Asas 50 dan mendaftarkan penubuhan ini pada tahun 1951.

Mengembangkan
kesusasteraan
Melayu

Mengadakan Mengembangkan
pembaharuan bahasa Melayu
dalam bidang

penulisan

Peranan Asas 50

Melindugi hak Menjaga
pengarang kebajikan dan
kepentingan

penulis

23

3.4 Bahaasa Melayu dalam sistem Pendidikan

ORDINAN LAPORAN LAPORAN LAPORAN RAZAK (1956)
PELAJARAN FEEN-WU BARNES (1950)
(1952) (1951)

PELAKSANA / BRITISH DR. FENN L. J. BARNES Y.B. DATO’ TUN ABDUL
KETUA RAZAK HUSSIEN

TUJUAN MENGKAJI 1) 1)MENYIASAT 1)MENJADIKAN BM
LAOPRAN MENGKAJI KEDUDUKAN SEBAGAI BAHASA
BARNES DAN SEMULA DAN PENGHANTAR
FENN- WU LAPORAN MEMPERBAIKI
BARNES ORANG 2) ERATKAN PERPADUAN
MELAYU ANTARA KAUM
2)
MENGKAJI 3) MENGEMBANGKAN
PENDAPAT SISTEM PENDIDIKAN
CINA
4) MEWUJUDKAN
MASYRAKAT YANG
BERTOLERANSI,
BERDISIPLIN,
TERLATIH, HIERAL
DAN PROGRESIF

5) MEMENUHI
KEPERLUAN
NEGARA

24

CADANGAN CADANGAN BERTUKAR 2 JENIS SEKOLAH CADANGAN
SYOR MENJADI ASAS ORDINAN DITUBUHKAN : TERMAKTUB DALAM
PELAJARAN ORDINAN
• GUNA BM PELAJARAN 1957
SEBGAI
BAHASA
PENGHANTAR

• ADA KELAS
CINA/TAMIL
JIKA PELAJAR
>15 MAHU
BELAJAR

• BM WAJIB
DIAJAR DI
SEKOLAH BI
DAN
SEBALIKNYA

• SEKOLAH • SEKOLAH
VERNAKULAR DWIBAHASA
DIBENARKAN DAN BAHASA
GUAN BAHASA PENGHANTAR
MELAYU,CINA,TAMI IALAH BI DAN
L DAN BAHASA BM
KEBANGSAAN
• SEKOLAH
• SEKOLAH JENIS MELAYU,CINA
KEBANGSAAN DAN TAMIL
(INGGERIS) DITUKAR KPD
DIKEKALKAN SKOLAH
KEBANGSAAN
• SEKOLAH
VOKASIONAL
TERUS
DIKEMBANGKAN

25

3.5 PENGENALAN BAHASA MELAYU MODEN

Bahasa Melayu pramerdeka telah memberi kesan kepada Melayu kini. Antaranya ialah
kewujudan bahasa Melayu moden. Bahasa Melayu moden mula berkembang sejak abad ke-
19. Selepas Tanah Melayu merdeka pada tahun 1957, bahasa Melayu moden terus
berkembang dengan pesat di Tanah Melayu. Pelbagai konsep dan ilmu dalam kehidupan
moden pada masa ini mampu diungkapkan oleh bahasa Melayu. Antara tugas dan fungsi
bahasa Melayu moden ialah sebagai bahasa rasmi, bahasa kebangsaan, bahasa pentadbiran,
perhubungan awam, bahasa penghantar, bahasa ilmu dan bahasa perpaduan.

Ciri-ciri Bahasa Melayu moden

DIPENGARUHI
OLEH BAHASA

INGGERIS

BANYAK KOSA CIRI-CIRI LARAS
KATA BAHASA BAHASA BAHASA
MELAYU PELBAGAI
MELAYU MODEN
MODEN

BANYAK AYAT
AKTIF

26

PERANAN DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA

Pada 22 Jun 1956, Dewan Bahasa dan Pustaka atau Balai Pustaka telah ditubuhkan di Johor
Bharu, Johor bagi mengembangkan penggunaan bahasa Melayu yang bakal dijadikan sebagai
bahasa rasmi dan bahasa kebangsan kelak selepas merdeka.

MENCETAK DAN
MENERBIT BAHAN

BACAAN

MEMBINA DAN Peranan Dewan MEMBAKUKAN EJAAN
MEMPERKAYA Bahasa dan DAN SEBUTAN SERTA
Pustaka MEMBENTUK ISTILAH
BAHASA
KEBANGSAAN DALAM SESUAI

SEMUA BIDANG I

MEMAJUKAN BAKAT MENGGALAKKAN
KESUSASTERAAN, PENGUNAAN BAHASA
KEBANGSAAN YANG

BETUL

27

KERJASAMA SERANTAU DAN PENGANTARABANGSAAN

Kerjasama serantau dan pengantarabangsaan bahasa Melayu sudah berlaku sejak zaman
srivijaya. Tambahan pula, kerjasama ini terus dilaksanakan sehingga kini dengan menubuhkan
persatuan, sekolah di negara luar, forum bersama dan sebagainya. Dari aspek kerjasama
serantau terdapat pelbagai forum-forum kerjasama yang ditubuhkan seperti Majlis Bahasa
Brunei Darussalam-Indonesia-Malaysia (MABBIM), Majlis Sastera Asia Tenggara (MASTERA)
dan Forum Kerjasama Penerbitan Serantau (FOKEPS). Manakala, dari aspek antarabangsa
forum seperti Majlis Antarabangsa Bahasa Melayu (MABM) juga dilaksanakan. Bukan itu
sahaja, pusat pengajian bahasa Melayu dan Kursi Pengajian Melayu turut ditubuhkan di negara
Eropah. Oleh itu, bahasa Melayu dapat berkembang dengan lebih pesat dari sebelumnya.
Bahasa Melayu haruslah dipertahankan dan dikekalkan keasliaannya. Kerjasama-kerjasama ini
mampu membantu negara dalam memartabatkan bahasa Melayu sekali gus menyebarkan
bahasa Melayu ke seluruh dunia serta menarik minat warga asing mempelajarinya.

28

4.0 CABARAN DAN MASA DEPAN BAHASA MELAYU

4.1 PENDIDIKAN

Pendidikan merupakan salah satu wahana yang digunakan bagi mengembangkan bahasa
Melayu di Malaysia mahupun di negara luar. Namun, dunia yang semakin canggih mampu
memberi cabaran kepada penguasaan bahasa Melayu di kalangan murid-murid yang
merupakan pemimpin masa depan. Hal ini dikatakan kerana, murid-murid akan terpengaruh
kepada bahasa sistem pesanan ringkas. Oleh itu, mereka akan terbiasa dengan bahasa mesej
di media massa sehingga mempengeruhi bahasa dalam penulisan karangan. Selain itu, bahasa
Melayu mendapat persaingan dengan bahasa Inggeris yang sering digunakan secara campur
aduk dengan bahasa Melayu. Bahasa Inggeris merupakan bahasa yang terpenting di dunia
maka, bahasa ini sering diutamakan dan dijadikan bahasa dalam mata pelajaran sains,
matematik dan teknologi maklumat dan komunikasi. Penggunaan subjek dalam bahasa lain
mampu mengurangkan penguasaan bahasa melayu di kalangan murid-murid. Kekurangan guru
opsyen bahasa Melayu juga salah satu cabaran dalam memartabatkan bahasa Melayu.
Kekurangan guru bahasa Melayu menyebabkan guru dari opsyen lain terpaksa mengambil alih
untuk mengajar bahasa Melayu. Oleh itu, kemahiran bahasa Melayu dan teknik pengajaran
adalah kurang maka, pemahaman murid terhadap bahasa Melayu semakin menurun. Nik
Safiah Karim (1980) berpendapat bahawa banyak guru yang bukan sahaja tidak dapat
mengajar bahasa Melayu dengan baik, tetapi penguasaan bahasa Melayu mereka juga amat
lemah.

Masa depan bahasa Melayu ditentukan oleh tindakan masyarakat zaman sekarang. Hal
ini dikatakan sedemikian kerana, jika masyarakat sekarang memartabatkan dan
memperkembangkan bahasa Melayu maka, kesan dan masa depan bahasa Melayu akan
cerah. Pada masa depan, fungsi bahasa Melayu akan semakin kurang disebabkan oleh rutin
segelintir masyarakat yang menjadikan bahasa Inggeris sebagai bahasa utama dan
penghantar. Peranan bahasa Melayu pada masa depan hanya tertumpu kepada bahasa
kebangsaan, bahasa rasmi dan bahasa ilmu. Fungsi bahasa Melayu turut terhad dalam
komunikasi antara masyarakat. Bukan itu sahaja, kekuatan dan kedudukan bahasa Melayu di
Malaysia akan semakin goyah dan lemah. Namun dari pandangan lain, penggunaan Bahasa
Melayu masih terjamin penggunaannya kerana mata pelajaran bahasa Melayu merupakan

29

suatu kewajiban di sekolah yang dapat mengajar semua murid tentang bahasa Melayu. Maka,
bahasa Melayu akan tetap kekal di masa depan sekiranya, kita bijak dalam mendidik murid-
murid agar terus mengaplikasikan bahasa Melayu dalam kehidupan.

4.2 EKONOMI

Dalam bidang ekonomi, bahasa utama yang digunakan adalah bahasa Inggeris. Hal ini
dikatakan sedemikian kerana, bidang ekonomi merangkumi dan melibatkan pelbagai negara
yang berlainan bahasa maka, bahasa Inggeris dijadikan sebagai bahasa komunikasi selain
bahasa Cina. Kepentingan bahasa Inggeris dalam bidang ekonomi ialah menjamin peluang
pekerjaan kerana kemahiran bahasa Inggeris amat dititiberatkan dalam pengambilan pekerja
agar mereka dapat berurusan dengan peniaga lain menggunakan bahasa Inggeris. Secara
tidak langsung, pekerja tersebut dapat memudahkan urusan perniagaan sekali gus merapatkan
hubungan melalui komunikasi berkesan. Bahasa Melayu juga jarang digunakan dalam bidang
ekonomi kerana istilah tepat untuk ekonomi dalam bahasa Melayu kurang. Contohnya, siaran
Money Matters untuk ekonomi Malaysia turut disiar dalam bahasa Inggeris.

Oleh hal demikian, bahasa Melayu dalam bidang ekonomi akan tergugat di masa depan.
Bahasa melayu tidak akan menjadi satu bahasa yang penting kerana mereka lebih
mengutamakan bahasa Inggeris. Selain itu, subjek ekonomi dan matematik akan digunakan
dalam bahasa Inggeris bagi memudahkan mereka lebih memahami istilah-istilah ekonomi
dalam perniagaan kelak sekali gus memudahkan mereka bekerja dalam bidang ekomoni kerana
mempunyai pengetahuan tentang istilah ekonomi yang tinggi. Namun begitu, dari segi positif
bahasa Melayu akan menerima banyak bahasa pinjaman Inggeris untuk bidang ekonomi yang
dapat mengembangkan lagi istilah dan kosa kata bahasa Melayu dan terus digunakan dalam
bidang ekonomi sekali gus menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa lingua franca.

4.3 PENTADBIRAN KERAJAAN

Bidang pentadbiran di Malaysia turut menggunakan bahasa Inggeris terutama ketika
bermesyuarat dengan pemimpin-pemimpin negara luar. Tambahan pula, sebahagian ucapan
dan aktiviti mesyuarat turut digunakan dalam bahasa Inggeris. Namun begitu, bahasa Melayu

30

masih dikekalkan sebagai bahasa utama yang digunakan dalam pentadbiran kerajaan terutama
dalam undang-undang, memo, dakwaan dan pengumuman yang dikeluarkan oleh kerajaan dan
urusan-urusan dalam Malaysia. Bukan itu sahaja, pihak kerajaan mahupun pembakang juga
menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pnghantar kepada rakyat seperti memberikan
ucapan dan menjalankan kempen. Secara tidak langsung, semua pihak yang ingin melibatkan
diri dalam pentadbiran kerajaan perlu bijak dalam bahasa Melayu dan bahasa Inggeris agar
komunikasi berkesan berlaku antara pemimpin dengan rakyat dan pemimpin Malaysia dengan
pemimpin negara luar. Namun, masih terdapat pemimpin yang berkomunikasi dan memberi
ceramah dan ucapan dalam bahasa Inggeris. Seterusnya, pemimpin-pemimpin Malaysia juga
menggunakan bahasa Inggeris apabila berkomunikasi dan bermesyuarat dengan negara
serantau seperti Indonesia, Singapura, Thailand dan Filipina.

Oleh hal demikian, kedudukan bahasa Melayu pada masa depan masih terjamin kerana
pemimpin kerajaan sering menggunakan bahasa Melayu dalam negara dan menggunakan
bahasa Inggeris apabila berkomunikasi dengan pemimpin negara luar. Pentadbiran kerajaan
akan menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa utama dan bukannya bahasa Inggeris yang
dapat menjejaskan martabat bahasa Melayu. Kedudukan bahasa Melayu dalam bidang
pentadbiran adalah tinggi. Namun, penerapan bahasa Inggeris dalam pentadbiran kerajaan
yang semakin tinggi menyebabkan kedudukan bahasa Melayu boleh tergugat di masa hadapan.

31

4.4 Kerancuan bahasa di media sosial

Menurut Hashim Musa dan Halimah Pondo (2012) dalam Kerancuan Bahasa: Cabaran Dalam
pendidikan Negara dan pembinaan Negara bangsa. kerancuan bahasa ialah penggunaan bahasa
yang tidak mengikut peraturannya sama ada dari segi sintaksis, morfologi, fonologi, kota kata,
istilah dan sebagainya yang mengakibatkan kekacauan dan ketidaktekalan dari segi
pembentukan ayat, kalusa, frasa, ejaan, sebutan kosa kata dan istilah. Hal ini menunjukkan
bahawa kerancuan bahasa ialah penggunaan bahasa yang salah dari segi tatabahasa. Oleh itu,
kerancuan bahasa ini akan merosakkan dan mencemarkan penggunaan bahasa Melayu yang
tepat dan mengelirukan masyrakat tentang penggunaannya sekali gus menjejaskan martabat
bahasa Melayu. Hashim Musa dan Halimah Pondo (2012) kerancuan bahasa ini boleh
merosakkan keteraturan, kehalusan dan keintektualan bahasa Melayu, kerana menjejaskan
sistem dan peraturannya yang menyebabkan kecelaruan dan ketidaktekalannya. Ini
merosakkan martabat dan kewibawaan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, bahasa
pendidikan, dan bahasa ilmu tinggi, yang akhirnya akan menurunkan maruahnya dan disisihkan
demi sedikit oleh pengguna bahasanya.

Media sosial merupakan alat utama untuk berkomunikasi pada masa kini. Namun, bahasa
yang digunakan dalam media sosial tidak menepati tatabahasa bahasa Melayu dan sering
menggunakan perkataan singkataan yang telah menjejaskan ejaan sebenar kata dalam bahasa
Melayu. Masyarakat lebih menggunakan bahasa singkatan untuk memudahkan kita menaip
dan menjimatkan masa menaip satu per satu perkataan namun begitu, perkataan singkatan
yang sering digunakan akan menjadikan kita terbiasa dengan ejaan perkataan tersebut sekali
gus melupakan ejaan sebenar suatu perkataan. Bukan itu sahaja, masyarakat dalam media
sosial kini tidak mematuhi penggunaan istilah untuk setiap ayat dengan meletakan pelbagai
istilah yang tidak sesuai dan mencampuradukkan bahasa Melayu dengan bahasa asing
sehingga menimbulkan salah faham kepada pembaca. Secara tidak langsung, sifat masyarakat
yang tidak memartabatkan bahasa Melayu akan menyebabkan kedudukan bahasa Melayu di
Malaysia tergugat. Penggunaan kerancuan bahasa Melayu dalam media sosial turut
menjejaskan penulisan mereka dalam bahasa Melayu dan menjejaskan ketepatan bahasa
Melayu.

32

4.5 Percampuran kod

Pencampuran kod ialah suatu bahasa yang bercampur dalam satu perbualan tajuk dengan
menggunakan bahasa yang berbeza. Menurut Hamers & Blanc (2000) percampuran kod
menggambarkan status, kedudukan dan etnik seseorang individu. Percampuran kod digunakan
untuk memberitahu seseorang tentang sesuatu perkara tetapi tidak mengetahui dalam bahasa
yang sedang digunakan maka, mereka menggunakaan bahasa lain untuk memahamkan
sesorang suatu topik perbicaraan.

Fungsi percampuran kod berdasarkan pandangan Kantimathi (2007):

menggantikan
perkataan tidak

tahu

memudahkan memudahkan
sebutan huraian dan
penerangan

mengekalkan mengatasi masalah
kebiasaan leksikal dalam
memudahkan bahasa ibunda
kefahaman
mengekalkan
prestij

33

4.6 Slanga
Slanga ialah istilah bahasa unik yang digunakan dalam komunikasi tidak formal. Menurut
Zaitul Azman Zainon Hamzah (2006, slanga dikelompokkan dalam bahasa ekslusif iaitu
bahasa yang tidak ditempatkan di atas bahasa lain. Menurut Nik Safiah Karim (1981), bahasa
slanga tergolong ke dalam bahasa terhad (restricted language) kerana mempunyai ciri-ciri
tertentu dan hanya digunakan dan difahami oleh golongan tertentu. Hal ini menunjukkan
bahawa bahasa slanga merupakan bahasa yang tidak rasmi dan bahasa yang sering
digunakan oleh sesetengah orang yang mengetahui tentang sesuatu maksud bahasa slanga
tetpai tidak diketahui oleh orang lain.

bersifat sengaja

bahasa yang terkawal
penggunaannya

bersifat tidak rasmi

Ciri-ciri utama bahasa slanga

34

5.0 REFLEKSI
Tugasan e-portfolio merupakan tugasan yang baru bagi saya kerana saya tidak pernah

melakukan tugasan seperti ini. Oleh itu, saya mengalami kekeliruan terhadap format tugasan
ini. Bukan itu sahaja, mata pelajaran BMMB1074 adalah mata pelajaran yang baru bagi saya
maka, saya perlu memberi perhatian yang lebih agar kemahiran saya dalam mata pelajaran ini
bertambah. Selain itu, saya hanya bergantung maklumat dalam internet dan saya juga
mempunyai kesukaran untuk mendapatkan maklumat. Namun, berkat daripada bantuan,
penerangan dan bimbingan daripada guru dan rakan-rakan menyebabkan saya mudah untuk
menyelesaikan tugasan ini sehingga selesai. Melalui tugasan ini, saya telah mempelajari
tentang asal usul tulisan dan ejaan. Saya juga telah mengenali sistem tulisan pada zaman
dahulu hingga kini seperti tulisan Pallawa, Kawi dan tulisan Jawi serta ejaan dan tulisan Rumi
yang digunakan hari ini. Pedoman ejaan Rumi bahasa Melayu mengajar saya tentang panduan
dan peraturan tetntang ejaan Rumi. Tambahan pula, saya telah mempelajari tentang sejarah
perkembangan bahasa Melayu pramerdeka dan pascamerdeka serta cabaran-cabaran dan
masa depan bahasa Melayu.

35

RUJUKAN

Abdullah, S. (n.d.). Sejarah Perkembangan tulisan jawi. Academia.edu
https://www.academia.edu/4903272/Sejarah_Perkembangan_Tulisan_Jawi

Aizuwani, S. (n.d.). Bahasa Melayu kuno : Suatu Pengenalan. Academia.edu.
https://www.academia.edu/40864838/BAHASA_MELAYU_KUNO_SUATU_PENGENA
LAN

DBP Brunei. (n.d.).
http://www.gerbangbahasa.gov.bn/filebase/files/201310/4808555208teksPedoman.pdf

Eddy Terinisip Follow. (2018, October 20). Bahasa melayu pramerdeka. SlideShare.
https://www.slideshare.net/EddyTerinisip1/bahasa-melayu-pramerdeka.

Fariqulhaq, & Fariqulhaq. (2015, April 20). 1.2 Pengenalan Slanga. APLIKASI KOMPUTER
DALAM KAJIAN LINGUISTIK. https://fatiku.wordpress.com/2015/04/20/1-2-
pengenalan-slanga/.

Kamaleah, M. E. (n.d.). Tanjong Malim, Perak darul ridzuan universiti pendidikan sultan idris.
Academia.edu.
https://www.academia.edu/6324394/TANJONG_MALIM_PERAK_DARUL_RIDZUAN_
UNIVERSITI_PENDIDIKAN_SULTAN_IDRIS

Najri, P. (2014, December 1). Pengantarabangsaan Bahasa Melayu. Academia.edu.
https://www.academia.edu/9579200/Pengantarabangsaan_Bahasa_Melayu.

Nas Hafizah Nasrullah Follow Student at School. (2016, April 18). Pakatan Belajar Mengajar
Pengetahuan Bahasa (P BM PB). SlideShare https://www.slideshare.net/ns2409/pakatan-
belajar-mengajar-pengetahuan-bahasa-p-bm-pb.

Noor Aida Mahmor, Faizah Ahmad, & Nasariah Mansor. (2014, December 23). (PDF)
Kerancuan Bahasa: Cabaran Dalam pendidikan Negara dan pembinaan Negara bangsa.
ResearchGate.
https://www.researchgate.net/publication/304471121_KERANCUAN_BAHASA_CABAR
AN_DALAM_PENDIDIKAN_NEGARA_DAN_PEMBINAAN_NEGARA_BANGSA.

Norzalan, S. L. M. (2020, April 9). Bahasa Melayu sebagai Bahasa Pengantar di tanah Melayu
sejak abad ke-7. UKM News Portal. https://www.ukm.my/news/Latest_News/bahasa-
melayu-sebagai-bahasa-pengantar-di-tanah-melayu-sejak-abad-ke-7/

36

Pengenalan. Dewan Bahasa dan Pustaka Pengenalan. (2019, September 13).
http://lamanweb.dbp.gov.my/index.php/pages/view/2?mid=22.

Rabi, S. (2018, December 25). Sejarah Perkembangan tulisan Jawi BSJ 3022 TAJUK : Sejarah
Perkembagan jawi dari Masa Ke Masa. Academia.edu.
https://www.academia.edu/38036740/SEJARAH_PERKEMBANGAN_TULISAN_JAWI_
BSJ_3022_TAJUK_SEJARAH_PERKEMBAGAN_JAWI_DARI_MASA_KE_MASA

Sidek, N. (2019, August 17). 3 jenis tulisan orang melayu lama : Rencong, Pallavi Dan Kawi.
iluminasi. https://iluminasi.com/bm/3-jenis-tulisan-orang-melayu-sebelum-jawi-rencong-
pallavi-dan-kawi.html.

Scribd. (2016, September 16). Tujuan Penubuhan Asas 50 & Peranan DBP. Scribd.
https://www.scribd.com/document/324230210/Tujuan-Penubuhan-Asas-50-Peranan-DBP.

Skbp, U. (2016, August 14). Masa Depan Dan Cabaran Bahasa Melayu. Academia.edu.
https://www.academia.edu/27775170/MASA_DEPAN_DAN_CABARAN_BAHASA_ME
LAYU

37

LAMPIRAN
TULISAN RUMI

TULISAN JAWI

38


Click to View FlipBook Version