Permuafakatan
Komuniti Melonjakkan
Kecemerlangan Sekolah
Nur Anis Zaini binti Zaidi
Siti Nurhannah Husna binti Abdul Rahaman
Ilham Sajeeda binti Suhizam
Adam Haikal bin Asmawi
PRAKATA
Syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnianya, e-book ini dapat disiapkan mengikut
waktu yang telah ditetapkan. Buku ini merupakan pengenalan kepada konsep permuafakatan
antara sekolah dan komuniti. Buku ini bertujuan untuk memberikan pengetahuan kepada orang
awam tentang hubungan antara institusi persekolahan dengan masyarakat setempat yang
merangkumi pelbagai aspek.
Isi kandungan
Konsep pemuafakatan sekolah dan komuniti .............................................................................1
Manfaat pemuafakatan sekolah dan komuniti ...........................................................................1-2
Aktiviti yang dapat dilakukan oleh ibu bapa dengan sekolah ......................................................3
Aktiviti yang dapat dilakukan oleh organisasi lain dengan sekolah .............................................4
Aktiviti yang dapat dilakukan oleh sekolah dengan sekolah .....................................................5-7
Aktiviti yang dapat dilakukan oleh sekolah dengan masyarakat setempat ...............................8-9
Kepentingan hubungan pemuafakatan sekolah dan komuniti dengan perkembangan murid ....10
Kepentingan hubungan pemuafakatan sekolah dan komuniti untuk menangani COVID-19 ......11
Konsep pemuafakatan sekolah dan komuniti
Merujuk kepada Kamus Dewan (2007), permuafakatan membawa maksud persetujuan
bersama terhadap sesuatu perkara atau kesepakatan pendirian atau perundingan antara satu
pihak dengan pihak yang lain.
Sekolah sebagai institusi sosial berperanan sebagai medium menimba ilmu pengetahuan dalam
kehidupan berdasarkan objektif untuk mencapai matlamat sosial dalam sesuatu tempoh masa.
Komuniti merupakan satu unit sosial yang berkongsi elemen sama seperti norma, nilai, identiti
atau tempat yang terletak di kawasan geografi tertentu. Takrifan berdasarkan Kamus Dewan
adalah sekumpulan orang yang tinggal di sesuatu daerah atau negara.
Dalam konteks sekolah dan komuniti, permuafakatan yang terjalin merupakan satu bentuk
hubungan dalam usaha untuk mencapai matlamat pendidikan dan memenuhi keperluan
bersama. Hubungan yang terbentuk bukan sahaja melibatkan sekolah dan komuniti, tetapi juga
melibatkan ibu bapa murid yang menganggotai komuniti. Hubungan tiga dimensi ini perlulah
mantap dan akrab kerana kejayaan matlamat sistem pendidikan negara bergantung pada
sejauh mana ketiga-tiga elemen ini dapat berfungsi, saling melengkapi dan bantu-membantu
antara satu sama lain.
Manfaat pemuafakatan sekolah dan komuniti
Terdapat banyak manfaat yang diperoleh oleh kedua-dua pihak melalui permuafakatan sekolah
dan komuniti. Contoh yang amat jelas boleh dilihat melalui konteks ibu bapa pelajar dan warga
kakitangan sekolah. Antara kesan-kesan positif yang dapat diperhatikan secara ketara melalui
penglibatan ibu bapa secara aktif adalah seperti yang berikut:
● Membentuk hubungan baik antara golongan pentadbir, guru dan ibu bapa pelajar
1
● Sokongan ibu bapa terhadap program yang dianjurkan oleh pihak sekolah meningkat
● Kes disiplin dalam kalangan pelajar semakin berkurang
● Pencapaian murid dalam bidang akademik dan kokurikulum bertambah baik dari
sebelumnya.
● Guru lebih yakin untuk berkomunikasi dan mencurahkan segala bakti.
2
Aktiviti yang dapat dilakukan oleh ibu bapa dengan sekolah
Penglibatan ibu bapa dengan sekolah adalah amat penting bagi memperolehi kecemerlangan
dalam bidang pendidikan di Malaysia. Antara aktiviti yang dapat dilakukan oleh ibu bapa
dengan sekolah ialah Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG).
Contoh Organisasi Persatuan Ibu Bapa dan Guru
Sumber:http://www.nurhaizachemat.com/2019/03/kertas-kerja-mesyuarat-agong-pibg-smk_23.html
Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) ditubuhkan di semua Sekolah Kerajaan bagi mewujudkan
permuafakatan antara ibu bapa dan guru, membina kesefahaman tentang tugas dan
tanggungjawab bersama, meningkatkan mutu pengajaran guru dan pembelajaran murid di
sekolah dan mempertingkatkan kerjasama dan perkongsian antara pihak sekolah, ibu bapa dan
komuniti setempat. Hal ini adalah menurut Akta Pendidikan KPM 1996.
PIBG memainkan peranan yang amat besar dalam pengurusan sekolah. Antaranya ialah
membantu dalam memajukan perkembangan murid, menjaga kebajikan murid dan juga
menambah sumber kewangan sekolah bagi menambahkan dan meningkatkan kemudahan di
sekolah.
Tambahan pula, PIBG juga amat penting demi meningkatkan kemesraan dan menyediakan
saluran komunikasi dan hubungan antara sekolah dengan masyarakat setempat. Di samping
itu, persatuan ini juga dapat mempertingkatkan keceriaan sekolah. Hal ini demikian bagi
mewujudkan suasana yang kondusif bagi menjayakan aktiviti dan program.
3
Aktiviti yang dapat dilakukan oleh organisasi lain dengan sekolah
Organisasi lain juga memainkan peranan yang penting untuk sekolah. Terdapat banyak
bentuk-bentuk institusi organisasi lain yang wujud. Sebagai misal, organisasi masjid, persatuan
belia, badan kebajikan penduduk dan lain-lain Antara aktiviti yang dapat dilakukan oleh
organisasi lain dengan sekolah ialah kegiatan kokurikulum.
Kegiatan kokurikulum ertinya apa-apa kegiatan yang dirancang daripada proses pengajaran
dan pembelajaran di luar bilik darjah (kurikulum) yang memberikan murid peluang untuk
menambah, mengukuh dan mengamalkan kemahiran dan nilai-nilai yang dipelajari di bilik
darjah (Zulkifli bin Ismail, 2019).
Sebagai contoh, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bersama-sama Kementerian Pendidikan
Malaysia telah melancarkan Penubuhan Pasukan Kadet JPJ Malaysia. Pelancaran tersebut
dibuat secara serentak di 221 buah sekolah menengah di seluruh negara dengan sokongan dan
kerjasama yang penuh daripada Kementerian Pendidikan Malaysia dan Jabatan Pendidikan
Negeri.
Kenyataan Media Tentang Pelancaran Pasukan Kadet JPJ
Sumber:https://www.jpj.gov.my/web/main-site/kenyataan-media-rasmi/-/knowledge_base/136871/pelanca
ran-pasukan-kadet-jpj-di-221-buah-sekolah-menengah-seluruh-malaysia
4
Aktiviti yang dapat dilakukan oleh sekolah dengan sekolah
Sesebuah aktiviti itu tidak hanya terikat pada sesebuah sekolah. Ada juga sesetengah aktiviti
yang boleh dianjurkan bersama sekolah lain. Hal ini termasuklah dari bidang kurikulum dan
kokurikulum. Dengan terjadinya kerjasama ini, sesebuah aktiviti itu dapat dijalankan dengan
sempurna. Antara contoh-contoh aktiviti yang boleh dilakukan bersama sekolah lain adalah :
● Pertandingan Bahas antara sekolah
Pertandingan bahasa ala parlimen antara sekolah Maahad Amir Indera Petra ( MAIP ) dengan
Maahad Muhammadi Perempuan
Sumber:https://mmpyik.wordpress.com/2017/04/12/pertandingan-bahas-ala-parlimen-peringkat-s
uku-akhir/
● Sukan tahunan sekolah
Peserta kejohanan daripada 10 buah sekolah rendah dari Zon Sebangan
Sumber:https://sarawaknewsnetwork.com/10-buah-sekolah-rendah-zon-sebangan-sertai-kejohanan-suka
n-tahunan/
5
● Kem jati diri
Kem kepimpinan dan jati diri di kem RAMD Kepala Batas
Sumber:http://www.skhajiismail.com/kem-kepimpinan-dan-jati-diri-di-kem-ramd-kepala-batas-5-ga
mbar/
● Solat hajat perdana
Solat hajat perdana UPSR SK Bukit Tunggal
Sumber:http://skbukittunggaltba3043.blogspot.com/2015/03/solat-hajat-perdana-upsr-kali-1.html
6
Faedah yang didapati bukan hanya pada satu sekolah semata-mata, malah ianya meliputi
setiap sekolah yang terlibat. Contohnya, pertandingan bahas antara sekolah pastinya dapat
mempersiapkan para pendebat untuk tampil lebih bersedia dengan segala hujah yang lantang.
Perkara ini sekaligus akan mengasah kualiti yang dimiliki pada setiap peserta. Bukan itu
sahaja,kem jati diri yang dilakukan bersama juga akan dapat merapatkan hubungan baik dia
antara sekolah-sekolah yang terlibat.
Melihat pada sudut yang lain pula, sesetengah aktiviti memerlukan kos yang agak tinggi.
Namun begitu, masalah ini dapat diatasi sekiranya aktiviti tersebut dijalankan secara bersama
oleh sekolah-sekolah yang berminat untuk menyertai.
Kesimpulan yang kita dapati adalah pelaksanaan aktiviti secara kerjasama antara sekolah
dapat memberikan pelbagai faedah kepada seluruh warga sekolah. Hal ini juga sekali gus dapat
menjadi pemangkin kepada pembentukan sekolah yang cemerlang.
7
Aktiviti yang dapat dilakukan oleh sekolah dengan masyarakat setempat
Sekolah adalah tempat bagi para pelajar menuntut ilmu. Maka, pelbagai aktiviti yang boleh
dijalankan di sekolah untuk para warganya. Malah, sesetengah aktiviti juga boleh diadakan
bersama masyarakat di sekeliling. Antara aktiviti yang boleh dilakukan oleh sekolah bersama
dengan masyarakat setempat adalah :
● Hari Koperasi Sekolah
Hari Terbuka dan Hari Koperasi telah mendapat sambutan amat menggalakkan daripada ibu
bapa dan komuniti setempat.
Sumber: https://smksegama.com/?p=1221
● Hari Karnival
Orang ramai berpusu-pusu datang untuk tidak melepaskan peluang mengunjungi Karnival Hari
Keusahawanan SK Sungai Bedaun
Sumber: https://www.jpwpl.gov.my/sanasini/archives/6518?print=print
8
● Hari sukan sekolah
Golongan bapa bermain lari tolak kereta sorong sempena Kejohanan Sukan Sekolah SK
Langkap 2018.
Sumber:https://www.gpsbestari.com/berita/sukan-tahunan-sk-langkap-meriah-ibu-bapa-gamatkan
-kejohanan-1.809718
Aktiviti-aktiviti ini boleh dijalankan bersama masyarakat setempat. Sebagai contoh adalah hari
koperasi yang menyediakan para pengunjung dengan pelbagai gerai yang menarik dari sektor
makanan hinggalah hiburan. Kesemuanya ini bukan sahaja dapat dinikmati oleh warga sekolah
semata-mata, malah juga boleh dikongsi bersama masyarakat setempat.
Selain daripada itu, dengan adanya penyertaan masyarakat setempat di dalam sesetengah
aktiviti yang dianjurkan sekolah, hal ini pastinya dapat sekaligus meningkatkan imej sekolah
kepada orang luar. Tidak lupa juga pada keuntungan yang boleh diperoleh oleh pihak sekolah
yang sekaligus dapat digunakan untuk aktiviti-aktiviti lain yang dapat memangkin
kecemerlangan sekolah mereka.
9
Kepentingan hubungan pemuafakatan sekolah dan komuniti dengan perkembangan
murid
Hubungan permuafakatan antara sekolah dan komuniti adalah amat penting khususnya dalam
meningkatkan kemenjadian dan perkembangan murid. Komuniti dan sekolah memainkan
peranan yang penting dalam meningkatkan perkembangan murid dalam pelbagai aspek
kehidupan. Kedua- dua belah pihak ini berinteraksi dan mempengaruhi antara satu sama lain
dalam membentuk kebaikan untuk semua.
Sekolah mementingkan perkembangan dan perubahan tingkah laku murid mengikut aliran dan
kehendak masyarakat. Sekolah juga bukan bertindak sebagai tempat menyampaikan ilmu
pengetahuan semata-mata tetapi juga bertindak sebagai tempat untuk memupuk akhlak mulia.
Antara kelebihannya kepada pelajar ialah:
● Kerjasama dalam antara komuniti dan sekolah akan membantu pelajar lebih memahami
tentang gaya hidup masyarakat.
● Amalan moral seperti budi bahasa, sopan santun, hormat menghormati, dan sebagainya
dapat diterapkan dalam diri murid-murid.
● Murid dapat memajukan dan memodenkan diri mereka mengikut arus perubahan zaman
di sekolah dan dalam kalangan masyarakat.
● Pelajar dapat menepati keperluan yang dinyatakan dalam matlamat pendidikan negara
bagi iaitu sebagai modal insan dan bakal pemimpin negara.
Hal ini dapat dibuktikan apabila komuniti bertindak sebagai pencetus kaedah pendidikan emosi
dan rohani anak-anak di rumah secara tidak langsung. Segala kemahiran awal anak-anak
dalam pengawalan emosi dan rohani yang bermula di rumah dan dalam kalangan komuniti
merupakan latihan awal kepada mereka sebelum menjejaki alam persekolahan. Di sekolah,
guru-guru akan menyambung tugas komuniti dalam mendidik emosi murid-murid. Guru-guru
tidak mampu membentuk dan memahami emosi murid-murid secara persendirian yang
menyebabkan mereka memerlukan ahli komuniti seperti ibu bapa untuk melibatkan diri dalam
pendedahan awal tentang pendidikan emosi kanak-kanak.
Sekolah yang ditubuhkan berlandaskan kehendak dan keperluan masyarakat akan dapat
membantu melahirkan murid yang mempunyai pendedahan terhadap kehidupan masyarakat.
Murid bukan sahaja terperangkap dalam persekitaran sekolah tetapi mereka juga terdedah
dengan masyarakat sekeliling kerana pada akhirnya mereka juga merupakan sebahagian
daripada ahli masyarakat.
10
Kepentingan hubungan pemuafakatan sekolah dan komuniti untuk menangani COVID-19
Permuafakatan antara sekolah dan komuniti juga dapat membantu dalam menangani
COVID-19. Semenjak adanya PKP dan kebanyakan sekolah ditutup, murid-murid dan guru-guru
mula terdedah dengan proses pembelajaran dan pengajaran secara atas talian. Pembelajaran
dari rumah merupakan salah satu proses yang membuktikan hubungan antara pihak sekolah
dan komuniti dalam mendidik anak-anak. Masing-masing berperanan dalam membina
pengetahuan dalam diri anak-anak tentang segala aspek kehidupan. Antara kepentingannya
dalam menangani COVID-19 ialah:
● Murid-murid akan mula menyedari akan impak dan kesan COVID-19 kepada
masyarakat dan bahkan negara.
● Menyebarkan maklumat tentang impak dan kesan COVID-19 yang mampu menjejaskan
masa depan dan perancangan negara kerana sistem pendidikan yang terjejas.
● Meningkatkan keprihatinan masyarakat terhadap penularan wabak COVID-19 serta
memberi kesedaran agar masyarakat mematuhi SOP.
● Mengurangkan jumlah peningkatan wabak yang mungkin dialami semasa menghadiri
sesi persekolahan.
Sekolah merupakan satu platform dan wadah yang sangat sesuai digunakan untuk
menyebarkan kesedaran tentang COVID-19 kerana pengaruhnya yang besar dalam institusi
masyarakat. Guru-guru merupakan antara insan yang mampu memberikan impak yang besar
dalam kehidupan masyarakat. Masyarakat yang prihatin akan turut membantu guru-guru dalam
menjayakan penyebaran tentang bahayanya COVID-19. Mereka jugalah yang akan membantu
anak-anak dalam proses pendedahan di rumah. Oleh itu jelaslah bahawa sekolah dan komuniti
merupakan satu hubungan timbal balik yang positif yang dapat memberikan kebaikan kepada
semua pihak.
11
RUJUKAN
Nurhaiza Che Mat, (2019), Kertas Kerja Mesyuarat Agong PIBG SMK Cheras 2019 Dan Usul
2019, dicapai pada laman web
http://www.nurhaizachemat.com/2019/03/kertas-kerja-mesyuarat-agong-pibg-smk_23.html
Zulkifli Ismail, (2019), MOE - Kokurikulum, dicapai pada laman web
https://www.moe.gov.my/en/education/secondary-school/kokurikulum-pendidikan-menengah
Jabatan Pengangkutan Jalan, (2017), Pelancaran Pasukan Kadet JPJ Di 221 Buah Sekolah
Menengah Seluruh Malaysia, dicapai pada laman web
https://www.jpj.gov.my/web/main-site/kenyataan-media-rasmi/-/knowledge_base/136871/pelanc
aran-pasukan-kadet-jpj-di-221-buah-sekolah-menengah-seluruh-malaysia
12
Hubungan antara sekolah dan komuniti adalah amat penting dalam meningkatkan
kecemerlangan dan kemajuan sesebuah sekolah.
Sekian, terima kasih
13