SK TAMAN RINTING 2
JALAN KERUING 10, TAMAN RINTING
81750, MASAI JOHOR
TARIKH : 20 JANUARI 2021
HARI : RABU
MASA : 7.20 PAGI – 12.50 TENGAH HARI
TEMPAT : SK TAMAN RINTING 2
PENGENALAN
Brosur ini disediakan bagi menyampaikan maklumat dan perkara penting
kepada ibu bapa berkaitan dengan Tahun 1 bagi sesi 2021. Brosur ini adalah
inisiatif pihak sekolah bagi menyebarkan maklumat kepada ibu bapa berikutan
pandemik Covid-19 yang menyebabkan Sesi Orientasi Murid Tahun 1/2021
dibatalkan. Semoga brosur ini dapat memberikan maklumat dan pendedahan
kepada ibu bapa tentang pengurusan murid Tahun 1 bagi sesi 2021.
OBJEKTIF
1. Menyampaikan maklumat berkaitan dengan Pengurusan Tahun 1 sesi
2021 kepada ibu bapa.
2. Memberi makluman kepada ibu bapa mengenai perjalanan Program
Transisi yang akan disertai oleh murid Tahun 1 2021.
3. Memberi peluang kepada ibu bapa untuk membuat persediaan yang rapi
dari segi keperluan anak yang akan melangkah ke alam persekolahan.
4. Menjalin hubungan silaturrahim dan kerjasama yang baik di antara
pihak sekolah dan para ibu bapa.
UCAPAN GURU BESAR
Bismillahirrahmanirrahim
Alhamdulillah, tahniah dan syabas diucapkan kepada Unit HEM dan
Pengurusan Tahun Satu SK Taman Rinting 2 atas inisiatif untuk menyediakan
brosur Garis Panduan Pembukaan dan Pengurusan Murid Tahun 1/2021
sebagai menggantikan Program Orientasi Tahun 1 yang tidak dapat diadakan
seperti tahun-tahun sebelumnya akibat pandemik Covid-19.
Sesungguhnya, dengan penyediaan brosur ini diharapkan ia akan dapat
membantu tuan-tuan dan puan-puan dalam mengurus kemasukan anak-anak
ke Tahun 1/2021. Setiap maklumat penting telah dimasukkan di dalam brosur
ini bagi memudahkan tuan-tuan dan puan-puan mengambil tindakan.
Ucapan terima kasih, syabas dan tahniah juga ditujukan kepada ibu bapa serta
penjaga murid Tahun 1/2021 kerana telah memilih SK Taman Rinting 2
sebagai sekolah pertama untuk anak-anak tuan-tuan menimba ilmu dan
mendapat asas pembelajaran yang kukuh. Kepercayaan yang tuan-tuan
berikan ini pada hemat saya sangat tepat memandangkan sekolah kita
mempunyai guru-guru yang berpengalaman dalam pendidikan dan
mempunyai komitmen kerja yang tinggi dan sentiasa mengutamakan
kecemerlangan pembelajaran di samping kepekaan dalam memupuk sahsiah
diri dalam kalangan anak-anak.
UCAPAN GURU BESAR
Harapan saya selaku Guru Besar di sekolah ini agar pihak tuan-tuan dan puan-
puan dapat memberi komitmen serta sokongan yang padu dalam semua aspek
samada dalam proses pembelajaran anak-anak mahu pun semua program dan
aktiviti yang dilaksanakan oleh pihak sekolah untuk anak-anak tuan-tuan dan
puan-puan. Sesungguhnya setiap proses pembelajaran, program dan aktiviti
yang dirancang oleh pihak sekolah adalah bertujuan bagi melahirkan anak-
anak yang berpotensi menyeluruh dan bersepadu dari aspek jasmani, emosi,
rohani dan intelek mereka seperti yang dikehendaki oleh Falsafah Pendidikan
Kebangsaaan.
Saya juga menyeru kepada tuan-tuan dan puan-puan supaya memberi
penekanan yang lebih terhadap penguasaan asas membaca dan mengira anak-
anak sepanjang cuti ini. Ajarlah anak-anak supaya mereka boleh membaca
walaupun kurang lancar kerana kemahiran belajar anak di tahun satu bermula
dengan membaca, tiada lagi kemahiran mengenal huruf. Ajarkan juga anak-
anak supaya pandai mengurus diri seperti urusan ke tandas sendiri, menjaga
alat tulis, mengurus buku sendiri dan urusan di meja makan agar dengan
kemahiran yang dipupuk sepanjang cuti ini menjadi rutin anak-anak serta
memudahkan mereka apabila melangkah ke Tahun 1/2021 nanti.
UCAPAN GURU BESAR
Seterusnya, memandangkan keadaan negara kita yang dilanda Pandemik
Covid-19 dan ianya masih belum berakhir, suka juga saya mengingatkan tuan-
tuan dan puan-puan melatih anak-anak agar sentiasa mematuhi semua SOP
serta pemakaian pelitup muka, penggunaan sanitizer, penjarakan fizikal dan
sentiasa mengamalkan penjagaan kebersihan diri dengan kerap mencuci
tangan dan amalan batuk yang betul. Pihak sekolah sangat mengambil berat
akan perkara ini dan diharapkan dengan kesedaran amalan pematuhan SOP
yang ketat ini dapat menyelamatkan anak-anak kita daripada virus Covid-19
seterusnya menjadikan kawasan sekolah kita bebas Covid-19, Aamin.
Akhirnya, saya menyeru kepada semua agar kita dapat mencapai kata sepakat
dalam memberikan yang terbaik untuk anak-anak kita bak kata pepatah
melayu „bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat‟. Bersatu
kita teguh, bercerai kita roboh. Bersatu dan sepakatlah demi melahirkan anak-
anak generasi pemimpin masa hadapan. Moga anak-anak SKTR 2 akan lahir
sebagai pemimpin masa hadapan yang berilmu tinggi dan berakhlak terpuji.
Aamin dan InshaAllah.
Masa depan mereka di tangan kita. Marilah kita berikan yang terbaik. Sekian,
terima kasih.
UCAPAN PENYELARAS TAHUN 1
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Tahniah dan selamat datang ke
SK Taman Rinting 2 kepada murid-murid Tahun 1 sesi 2021.
Untuk makluman, Program Transisi dan Guru Penyayang akan
dilaksanakan bermula pada 1 Januari 2021 sehingga 4 Februari 2021.
Sepanjang Minggu Transisi, masa rehat dan balik murid Tahun 1 diawalkan 10
minit.
Program ini diadakan bertujuan untuk memberi pendedahan kepada
murid-murid mengenai persekitaran sekolah, suai kenal bersama guru-guru
serta rakan baharu dan memberi gambaran pelaksanaan PdPc yang akan
mereka hadiri.
Murid-murid Tahun 1 akan dibekalkan dengan buku kerja sepanjang
Minggu Transisi diadakan. Ibu bapa perlu memastikan anak-anak membawa
alat tulis dan pensel warna pada setiap hari.
Surat makluman persekolahan akan diposkan pada minggu akhir bulan
Disember 2020 untuk rujukan para ibu bapa. Sekian, terima kasih.
BARISAN PENTADBIR CEMERLANG
SKTR 2
Puan Hajah Rosyati Binti Jani
Guru Besar
Puan Norazah Binti Mat Sarif
Guru Penolong Kanan Pentadbiran
Puan Roina Binti Abdullah
Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (HEM)
Puan Norayzamzurina Binti Mohd Ayob
Guru Penolong Kanan Ko-Kurikulum
Puan Nor Aza Binti Busra
Guru Penolong Kanan Pendidikan Khas
PENTAKSIRAN BILIK DARJAH (PBD)
Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) merupakan pentaksiran yang berterusan dalam
sesi pengajaran dan pembelajaran bagi mendapatkan maklumat tentang
perkembangan, kemajuan, kebolehan dan pencapaian murid. PBD berlaku
secara formatif dan sumatif, sebagai pembelajaran, untuk pembelajaran dan
tentang pembelajaran.
PBD dapat membantu guru dalam:
i. Mengesan perkembangan murid secara menyeluruh
ii. Mengenal pasti kekuatan dan kelemahan murid dalam pembelajaran
iii. Mengetahui keberkesanan pengajaran
iv. Merancang dan mengubah suai kaedah pengajaran
v. Mengambil tindakan susulan yang sesuai dengan serta merta
PELAKSANAAN DAN PELAPORAN (PBD)
PBD dilaksanakan secara berterusan semasa proses PdPc sepanjang tahun
melalui pelbagai kaedah pentaksiran seperti:
i. Pemerhatian
ii. Penulisan
iii. Lisan
iv. Melalui kerja projek, kuiz, pembentangan dan lain-lain aktiviti
pembelajaran berdasarkan Standard Prestasi dan pertimbangan
profesional guru.
Pelaporan PBD dilaksanakan dua kali setahun bagi setiap mata pelajaran.
Oleh yang demikian, tiada peperiksaan dijalankan untuk murid tahap 1.
Tahap penguasaan murid dalam PBD dilaporkan menggunakan templat
pelaporan dalam fail Excel yang digunakan secara luar talian.
Laporan ini digunakan pada peringkat sekolah, serta dilaporakan kepada
murid dan ibu bapa.
PENGURUSAN TAHUN 1
Pendaftaran murid tahun 1/2021 akan dilaksanakan pada 17 Januari
2021 (Ahad).
Walau bagaimanapun, cadangan tarikh pendaftaran ini tertakluk kepada
perubahan yang akan dimaklumkan kemudian.
Bagi memastikan kelancaran pengurusan Tahun 1/2021, pihak sekolah
telah membuat ketetapan seperti berikut:
Bayaran pengurusan Tahun 1 termasuk tanda nama sementara,
tanda nama bersulam, buku kerja Minggu Transisi, bahan cetakan,
baju t-shirt murid, seluar sukan (track bottom sekolah) dan lain-
lain keperluan.
Bayaran boleh dibuat pada hari pendaftaran (sekiranya dibenarkan)
atau pada hari pertama persekolahan sesi 2021 kepada guru kelas
masing-masing. (Sila bawa bersama ukuran t-shirt dan seluar sukan
murid)
SENARAI KEPERLUAN
FAIL PERIBADI MURID
Gambar berukuran passport (2 keping)
Salinan sijil lahir murid
Salinan sijil kad pengenalan ibu dan bapa
Salinan imunisasi
Salinan surat hak penjagaan anak@sijil yang berkaitan (yang berkenaan
sahaja)
Borang maklumat murid
PENGURUSAN BUKU TEKS
Buku teks Tahun 1 akan diagihkan pada hari pendaftaran (sekiranya
dibenarkan) atau pada hari pertama persekolahan.
Buku aktiviti Tahun 1 akan diagihkan pada hari pertama persekolahan
atau sepanjang Minggu Transisi mengikut kesesuaian.
Mohon kerjasama ibu bapa untuk menyemak bilangan buku yang
diterima dan memastikan semua buku berbalut dengan rapi demi
menjaga ketahanan buku tersebut.
SENARAI KEPERLUAN LAIN
Semua murid diwajibkan untuk membeli tali leher (lelaki), fail peribadi
dan buku tulis di kedai buku di sekolah. (Senarai keperluan ada
disediakan di kedai buku mengikut aliran)
Ibu bapa perlu memastikan nama dan maklumat murid ditulis pada
semua buku tulis, fail peribadi dan buku teks.
JAWATANKUASA PROGRAM TRANSISI 2021
Tema Program Transisi: “MINDA CERDAS MATA BERCAHAYA”
Penyelaras Tahun 1
Puan Nurulain Binti Zakaria
Guru Kelas Tahun 1
1 Kritis : Puan Nurulain Binti Zakaria
1 Kreatif : Puan Zuhaila Binti Zakaria
1 Inovatif : Encik Muhamad Hafizi Bin Saari
Guru Mata pelajaran Tahun 1
Bahasa Melayu
1 Kritis : Puan Mahanum Binti Mohamed
1 Kreatif : Encik Aiman Asyraf Bin Armain
1 Inovatif : Cik Punitha A/P Nagan
Bahasa Inggeris
1 Kritis : Encik Muhamad Hafizi Bin Saari
1 Kreatif : Puan Marhaini Binti Senin
1 Inovatif : Puan Mimi Aishah Binti Zakaria
Matematik
1 Kritis : Puan Mazurayati Aida Binti Ibrahim
1 Kreatif : Encik Mohd Rozaimie Bin Abd Rasit
1 Inovatif : Encik Mohd Faizal Bin Rasid
Guru Mata pelajaran Tahun 1
Sains
1 Kritis : Cik Nurul Nabilah Binti Mansor
1 Kreatif : Puan Mazurayati Aida Binti Ibrahim
1 Inovatif : En. Muhammad Hanif Bin Mohd Shar
Bahasa Arab
1 Kritis : Puan Halimatul Husna Binti Abu Seman
1 Kreatif : Puan Sazila Binti Hassan
1 Inovatif : Puan Lily Rahayu Binti Buang
Bahasa Tamil
1 Kritis/1 Kreatif/1 Inovatif : Cik Punitha A/P Nagan
TATACARA PEMAKAIAN MURID
SEMASA PROGRAM TRANSISI
Pakaian murid sepanjang Minggu Program Transisi adalah:
Ahad/Selasa/Rabu/Khamis
Baju t-shirt berwarna putih
Seluar sukan (track bottom) berwarna biru gelap atau hitam
Kasut dan stoking berwarna hitam
Tudung putih (murid perempuan)
Isnin
Uniform sekolah lengkap iaitu baju berwarna putih dan seluar/kain
berwarna biru gelap
Kasut dan stoking berwarna hitam
Bertali leher (murid lelaki)
Tudung putih (murid perempuan)
WAKTU PERSEKOLAHAN
Waktu persekolahan bagi murid tahap 1 (Tahun 1, 2 & 3) adalah:
7.20 pagi sehingga 12.50 tengah hari setiap hari (Ahad – Khamis).
Ibu bapa disarankan menghantar anak ke sekolah sebelum jam 7.10
pagi melalui Pagar E (kenderaan persendirian) dan Pagar A (bas
sekolah)
Walau bagaimanapun, waktu persekolahan ini tertakluk kepada pindaan
dan arahan semasa.
PENGURUSAN DIRI MURID
Semua murid akan dibawa melawat sekitar kawasan sekolah untuk
memberi pendedahan kepada murid tentang kawasan yang mereka
dibenarkan masuk dan tidak dibenarkan masuk.
Ibu bapa perlu memastikan anak-anak dapat menguruskan diri sendiri
ketika sesi persekolahan bermula seperti pengurusan ke tandas,
penjagaan alatan peribadi, urusan di meja makan dan sebagainya.
KONSEP PENGLIBATAN IBU
BAPA DAN KOMUNITI (PIBK)
Pembudayaan amalan kasih sayang, kegembiraan, hormat menghormati
dan inginkan kejayaan dalam kalangan semua murid sekolah.
Keterlibatan dan kebersamaan antara ibu bapa, komuniti dan sekolah
dalam usaha membangunkan kemenjadian murid.
Membudayakan semangat sukarelawan yang tinggi dalam kalangan ibu
bapa, komuniti, korporat dan masyarakat dalam semua aktiviti/program
di sekolah.
SARANA IBU BAPA
4 elemen penting iaitu:
Penyediaan suasana pembelajaran di rumah
Interaksi sosial dengan anak
Komunikasi dengan anak
Sokongan akademik
SARANA SEKOLAH
6 elemen yang menyokong pembelajaran iaitu:
Iklim sekolah
Komunikasi berkesan
Sokongan terhadap kejayaan murid
Tanggungjawab bersama
Keputusan bersama
Kerjasama dengan komuniti
OPERASI STANDARD
PROSEDUR (SOP)
Semua ibu bapa dan murid perlu mematuhi SOP yang telah ditetapkan
bertepatan dengan arahan MKN:
Menjaga jarak fizikal1 meter di antara satu sama lain
Sentiasa memakai pelitup muka
Mengimbas suhu badan
Mengimbas kod QR MySejahtera
Selesaikan segala urusan dengan segera
Tidak menunggu anak di kawasan sekolah
Tidak menghantar anak yang bergejala (demam dan sebagainya) ke
sekolah
Sentiasa mematuhi arahan pihak sekolah atau MKN dari semasa ke
semasa
OPERASI STANDARD
PROSEDUR (SOP)
SOP SEWAKTU MURID
HADIR KE SEKOLAH
SOP SEWAKTU MURID
PULANG KE RUMAH
Murid akan dibenarkan pulang secara berperingkat bagi mengelakkan
kesesakan.
Murid perlu mematuhi tanda petunjuk arah yang telah disediakan.
Murid perlu sentiasa mengamalkan penjarakan fizikal pada setiap masa.
Peranan ibu bapa sangat penting sewaktu pergerakan murid pulang iaitu
dengan mengambil anak tepat pada waktunya bagi mengelakkan anak
terdedah terlalu lama di pintu pagar sekolah.
SOP SEMASA DI DALAM
KELAS
SOP SEWAKTU MURID
REHAT
Pada waktu rehat, semua murid akan berada di dalam kelas.
Ibu bapa boleh membekalkan anak-anak dengan makanan dan minuman
dari rumah atau membuat pesanan makanan yang disediakan oleh pihak
pengurusan kantin melalui guru kelas masing-masing.
Semua murid akan makan makanan mereka pada waktu rehat di dalam
kelas.
Ibu bapa perlu menyediakan tisu basah (wet tissue) atau kain lap untuk
mengelap meja selepas makan dan sanitasi meja sebelum pulang ke
rumah.
SOP SEWAKTU MURID
KELUAR KE TANDAS
Hanya seorang murid dibenarkan keluar ke tandas bagi mengelakkan
kesesakan.
Murid perlu sentiasa menjaga kebersihan diri dan mencuci tangan
setelah ke tandas.
Sentiasa menjaga penjarakan fizikal sekiranya bertembung dengan murid
lain.
SOP KE KEDAI BUKU
Murid perlu mendapatkan kebenaran guru sebelum ke kedai buku.
Murid perlu sentiasa menjaga penjarakan fizikal.
Aktiviti jual beli perlu dilakukan dengan segera bagi mengelakkan murid
terdedah terlalu lama.
Sentiasa memakai pelitup muka.
PENUTUP
Semoga dengan terciptanya brosur ini, ibu bapa mendapat gambaran yang
lebih jelas tentang keperluan dan perkara yang perlu diuruskan sebelum dan
semasa sesi persekolahan 2021 bermula.
Sebarang pertanyaan, sila berhubung dengan:
Pejabat sekolah: 07-3862059
GPK HEM (Pn. Roina Binti Abdullah): 019-7635487
Penyelaras Tahun 1/2021 (Pn. Nurulain Binti Zakaria): 016-9542498