The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

GROUP B
AHLI KUMPULAN :
1. PREMRAM A/L NARASIAHRAMU
(17DEP21F1010)

2. PIRAKASH A/L H.
RADHAKRISHNAN
(17DEP21F1048)

3. MUHAMMAD IZZMUQRI BIN ABD
ADZIM
(17DEP21F1046)

4. MUHAMMAD ASHRAF BIN RAFFE
(17DEP21F1050)

5. MUHAMMAD HARITH ISKANDAR
BIN SUHAIMI
(17DEP21F1022)

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by 17dep21f1010, 2022-05-09 20:07:08

ASPEK-ASPEK MENYATUPADUKAN MASYARAKAT BERBILANG KAUM DAN CARA MEMUPUKNYA

GROUP B
AHLI KUMPULAN :
1. PREMRAM A/L NARASIAHRAMU
(17DEP21F1010)

2. PIRAKASH A/L H.
RADHAKRISHNAN
(17DEP21F1048)

3. MUHAMMAD IZZMUQRI BIN ABD
ADZIM
(17DEP21F1046)

4. MUHAMMAD ASHRAF BIN RAFFE
(17DEP21F1050)

5. MUHAMMAD HARITH ISKANDAR
BIN SUHAIMI
(17DEP21F1022)

E-FOLIO

MPU 21032

Penghayatan Etika &
Peradaban

ASPEK-ASPEK YANG
MENYATUPADUKAN MASYARAKAT

BERBILANG KAUM DAN CARA
MEMUPUKNYA

NAMA PENSYARAH :
PUAN AMALIA BINTI RUSLAN

AHLI
KUMPULAN

PREMRAM A/L NARASIAHRAMU
17DEP21F1010

MUHAMMAD HARITH ISKANDAR BIN SUHAIMI
17DEP21F1022

PIRAKASH A/L H. RADHAKRISHNAN
17DEP21F1048

MUHAMMAD IZZ MUQRI BIN ABD ADZIM
17DEP21F1046

MUHAMMAD ASHRAF BIN RAFFE
17DEP21F1050



Penulis & Penyunting :

1 . PREMRAM A/L NARASIAHRAMU
2 . PIRAKASH A/L H. RADHAKRISHNAN
3 . MUHAMMAD IZZMUQRI BIN ABD ADZIM
4 . MUHAMMAD ASHRAF BIN RAFFE
5 . MUHAMMAD HARITH ISKANDAR BIN SUHAIMI

Diterbit oleh :

POLITEKNIK SULTAN IDRIS SHAH,
Sg Lang, 45100 Sg. Air Tawar,
Selangor Darul Ehasan.

Tel: 03-32806255
Fax:03-32806402

Hak Cipta (c) 2022 - Politeknik Sultan Idris Shah

Cetakan Pertama: 2022

Hak cipta terpelihara, Tidak dibenarkan menggunakan
isi kandungan dan konsep buku ini dalam apa jua
bentuk,cetakan dan segala platform tanpa izin
daripada pihak Politeknik Sultan Idirs Shah.

ISI KANDUNGAN

ASPEK SEJARAH

Pada tahun 1974, portfolio
perpaduan telah diwujudkan
dalam Kabinet Malaysia.
Pemimpin MIC Tun V.T.
Sambanthan dilantik menjadi
Menteri Perpaduan Negara yang
pertama. Malah petikan ucapan
Tun Sambanthan masih
terngiang-ngiang apabila beliau
bercakap secara jelas dan
berfakta tentang kerakyatan dan
perpaduan. Nam

un begitu, kedudukan portfolio perpaduan tidak mantap
kerana ia sent
iasa bertukar ganti mengikut aliran pemikiran dan
keutamaan pemimpin. Jelasnya, penubuhan KPN menunjukkan keseriusan
kerajaan melaksanakan Dasar Perpaduan Nasional demi memastikan
keharmonian, kebahagiaan dan kesejahteraan rakyat Malaysia.

Sebenarnya gagasan perpaduan
dalam kalangan rakyat Malaysia
bukan perkara baharu. Ia
melibatkan sejarah yang panjang
dan berliku. Kedudukan geografi
Malaysia yang strategik
menyebabkan ia menjadi tumpuan
dalam kalangan masyarakat

serantau dan global. Dasar imigrasi liberal yang dilaksanakan oleh kolonial
British telah menggalakkan proses penghijrahan ke Tanah Melayu.
Berikutan itu, pihak kolonial melaksanakan dasar pecah dan perintah yang
menyebabkan terbentuknya masyarakat majmuk. Menerusi dasar tersebut,
setiap kaum dipisahkan daripada segi petempatan, pendidikan, pekerjaan
dan sebagainya. Akibatnya, polarisasi kaum semakin melebar dalam
kalangan penduduk.

Justeru, kegiatan nasionalisme yang bermula di Tanah Melayu pada awal abad ke-
20 memperjuangkan kepentingan bangsa masing-masing. Natijahnya, disebabkan
tiadanya kesatuan dan perpaduan dalam kalangan rakyat, Tanah Melayu begitu
mudah dijajah oleh Jepun. Semangat perkauman yang menebal menyebabkan
kolonial British mempromosi slogan “perpaduan sebelum kemerdekaan”. Pihak
British telah menggerakkan kepimpinan pelbagai parti politik di Tanah Melayu
untuk mengukuhkan perpaduan dalam kalangan rakyat. Maka persidangan meja
bulat yang pertama telah diadakan pada tahun 1949 yang menghasilkan Kontrak
Sosial. Perjanjian ini dimeterai oleh para pemimpin yang mewakili tiga bangsa
yang utama iaitu Melayu, Cina dan India. Jelasnya, kontrak sosial tersebut
memanifestasikan permuafakatan dalam kalangan pemimpin dalam
pembentukan citra kenegaraan Malaysia.

Era selepas Perang Dunia Kedua
menyaksikan politik perpaduan begitu
popular. Dato’ Onn Jaafar umpamanya,
sebahagian besar ucapannya cenderung
mempromosi perpaduan dalam kalangan
rakyat. Menurutnya, hanya menerusi
kesepaduan dalam kalangan rakyat,
negara boleh mencapai kemerdekaaan
dan pembangunan. Dalam pada itu, Dato’
Onn mencadangkan penubuhan RIDA (kini
dinamakan MARA) pada tahun 1950 untuk
membangunkan masyarakat Melayu
daripada aspek pendidikan dan ekonomi.
Ia bertujuan mewujudkan keseimbangan
pembangunan antara kaum. Bagi
menyemarakkan perpaduan, kerjasama
antara parti-parti politik telah digerakkan.

CARA MEMUPUK
MENYATUPADUKAN MASYRAKAT

BERBILANG KAUM

mengamalkan sikap toleransi untuk
mengelakkan daripada pergaduhan antara

satu kaum dengan kaum yang lain



negara kita merupakan negara yang terdiri
daripada pelbagai kaum seperti melayu,cina

dan india. ia merupakan kaum utama di
malaysia dan rakyat dapat berkongsi

budaya kaum mereka sendiri dengan kaum
yang lain seperti peradaban, makanan,
perayaan dan lain-lain.


mengeratkan perpaduan kaum dengan
melibatkan diri secara proaktif dalam

sambutan perayaan utama kaum-kaum di
Malaysia. Program rumah terbuka, amalan

kunjung-mengunjungi pada musim
perayaan Hari Raya Puasa, Tahun Baharu

Cina dan Deepavali.
kita dapat mengambil peluang untuk
mendalami nilai budaya kaum-kaum yang

terdapat di Malaysia.

KEPENTINGAN MENYATUPADUKAN

MASYARAKAT YANG BERBILANG

KAUM

KEPELBAGAIAN AGAMA DI MALAYSIA JUGA PERLU DIBERI
KEUTAMAAN DEMI MENGEKALKAN KUKUHAN PERPADUAN

ANTARA KAUM DENGAN MENGAMALKAN SEMANGAT
PERKONGSIAN, SALING MENGHORMATI DAN MENANAM SIKAP

TOLERANSI SESAMA RAKYAT MALAYSIA. DENGAN ITU,
MASYARAKAT AKAN LEBIH TERBUKA UNTUK MENGENALI DAN

MEMAHAMI KEPELBAGAIAN AGAMA DI NEGARA INI DEMI
MENGUATKAN LAGI KESEFAHAMAN ANTARA KAUM DAN

AGAMA.



IMEJ NEGARA DAPAT DITINGKATKAN DENGAN SEMANGAT
PERPADUAN HASIL DARIPADA KERJASAMA SELURUH RAKYAT
MALAYSIA YANG TERDIRI DARIPADA BERBILANG KAUM DAN
AGAMA TANPA TIMBULNYA SEBARANG MASALAH. SEBAGAI
CONTOH, KETIKA MUSIM PERAYAAN TERUTAMANYA, AMALAN

ZIARAH-MENZIARAHI DAN BERMAAF-MAAFAN ADALAH
ANTARA AMALAN KEBIASAAN RAKYAT MALAYSIA.




PELANCONG JUGA AKAN TERTARIK UNTUK MELAWAT NEGARA
KITA DENGAN SEMANGAT PERPADUAN YANG DITONJOLKAN
OLEH RAKYAT MALAYSIA. PARA PELANCONG AKAN LEBIH
TERTARIK UNTUK MEMPELAJARI BUDAYA DAN ADAT RESAM

RAKYAT MALAYSIA DISEBABKAN KEUNIKAN MASYARAKAT KITA
YANG BERBILANG KAUM YANG HIDUP DALAM SUASANA
HARMONI.

perpaduan
dari aspek
masyarakat

Setiap tahun menjelang sambutan ulang tahun Hari
Kemerdekaan, rakyat Malaysia tidak asing

lagi dengan tema sambutan yang silih berganti, Jika
slogan tersebut dibaca dan diteliti, ia akan

membawa satu mesej yang sama iaitu kepentingan
masyarakat berbilang kaum, budaya dan

agama di negara ini agar hidup bersatu-padu, saling
menghormati antara satu sama lain serta
saling membantu sesama jiran tetangga.

Perpaduan yang kuat dan kukuh antara rakyat mampu
menjana kejayaan dan kecemerlangan bagi

kesejahteran serta kemakmuran negara. Oleh yang
demikian, perpaduan dan keharmonian

adalah elemen yang sangat penting dalam mengekalkan
keharmonian dalam kalangan

masyarakat Malaysia. Tanpa perpaduan, nescaya
kemerdekaan dan kedaulatan negara yang telah
diperoleh sejak sekian lama akan hilang dalm sekelip

mata.

Bagaimana kah kita
dapat mengukuhkan
perpaduan kaum di
negara ini?

Sebagai langkah pertama dalam membentuk perpaduan, rakyat
haruslah bergaul dan memupuk

persefahaman antara kaum. Dalam keadaan tersebut, ibu bapa
perlulah sentiasa menerapkan

nilai-nilai perpaduan dalam diri anak-anak sejak kecil lagi. Bak
kata pepatah, "melentur buluh biar dari rebungnya"

Anak-anak digalakkan berkomunikasi dengan jiran yang berlainan
bangsa dan ibu bapa juga

disarankan membawa anak-anak mereka mengunjungi rumah jiran
semasa hari lebaran atau

perayaan. Dengan cara itu, ibu bapa dapat menjadi suri teladan
kepada anak-anak dan

membolehkan mereka menghayati keistimewaan masyarakat
Malaysia yang terdiri daripada pelbagai jenis kaum dan etnik.
Selain itu, ibu bapa juga boleh berkomunikasi dengan anak-anak

dalam pelbagai bahasa,
misalnya bahasa Malaysia, bahasa Inggeris, dan bahasa ibunda.

Apabila golongan muda
menguasai pelbagai bahasa, mereka dapat berkomunikasi dengan
rakan yang berlainan bangsa dengan mudah. Pokoknya, nilai-nilai

perpaduan dan permuafakatan hendaklah didedahkan
kepada generasi muda sejak awal lagi agar jiwa perpaduan

dalam diri mereka dapat berkembang dengan sempurna

Cabaran dalam menyatupadukan
masyarakat yang bebilang kaum

Agama

Perbezaan pegangan agama ternyata

disalah faham sebagal sempadan yang

menghalang perpaduan dalam

masyarakat kerana dilihat dalam

konteks yang kurang tepat.Kurangnya

sensitiviti serta kefahaman berkenaan

dengan agama yang berbeza

memberikan kesan kepada hubungan

dan interaksi dalam masyarakat.

Pendidikan

Kewujudan institusi sekolah pelbagal aliran dinegara ini

seringkall difahami sebagai kekangan kepada usaha
pemupukan perpaduan kepada rakyat kerana dilihat sebagai

pengasingan kaum. Hakikatnya, sistem pendidikan yang

dibina dan di amalkan akan berkesan
sekiranya kandungan,kaedah, dan program penghayatan

perpaduan dalam setiap institusi dan
sistem pendidikan di dalam negara ini seragam, bermula dari

pendidikan
awal kanak-kanak hinggalah peringkat pengajian tinggi.

Cabaran dalam menyatupadukan
masyarakat yang bebilang kaum

Media
Hebahan maklumat yang amat pantas

merupakan cabaran utama yang dihadapi

oleh semua
negara.Penyalahgunaan media massa dan

digital oleh pihak yang tidak

bertanggungjawab
pula boleh menggugat kestabilan dan

perpaduan.Oleh itu,komunikasi yang lebih

berkesan
dan penguatkuasaan undang-undang perlu

diperkukuh bagl mengimbangi kesan

negatif
akibat kepesatan teknologi media yang

semakin mencabar ruang perpaduan masa

kini

Kesimpulan

Kemakmuran sesebuah negara adalah

bergantung

sejauh mana kemantapan dan keutuhan

hubungan pada

setiap lapisan masyarakatnya.

Hubungannya yang erat

adalah antara ciri-ciri masyarakat yang

berkualiti. Iaitu

sebuah masyarakat yang bukan sahaja

berjaya

mewujudkan suasana harmoni dan aman

sesama mereka

bahkan menjadi aset paling penting kepada

negara dalam

usaha membangun dan memajukan negara

baik ketika

senang mahupun susah. Menyedari akan

hakikat inilah maka

Islam awal-awal lagi telah menekankan

betapa

pentingnya menjalinkan hubungan erat di

kalangan

masyarakatnya. Suruhan tersebut tidak

hanya terhad

kepada sesama masyarakat Islam sahaja

malahan

melepasi batas agama, bangsa, keturunan,

warna kulit,

bahasa dan sebagainya.

AKHIR KATA

Dengan adanya E-majalah berbentuk Flipbook
Aspek-aspek yang menyatupadukan masyarakat

berbilang kaum dan cara memupuknya,ia
merupakan satu ruangan untuk berkongsi
maklumat mengenai isu-isu yang berkaitan kepada
para pembaca. Aspek yang menyatupadukan
masyarakat berbilang kaum, merupakan sebuah e-
majalah yang direka oleh pelajar semester 2
kelas DEP2A Politeknik Sultan Idris Shah. la
bertujuan untuk memenuhi kehendak tugasan
MPU21032 Penghayatan Etika Dan Peradaban,
dipilih sebagai nama e-majalah kerana ia
bersesuaian untuk memupuk Perpaduan

masyarakat berbilang kaum.

Sekian, Terima Kasih

SUMBER RUJUKAN

https://anyflip.com/trjl/xkan/basic

https://www.jobstore.com/careers-
blog/2019/08/29/kepentingan-perpaduan-
kaum-di-malaysia/

https://www.sinarharian.com.my/article/619
71/BERITA/Nasional/Semai-semangat-
perpaduan-rakyat-Malaysia

Thank You


Click to View FlipBook Version