KOLEJ PROFESIONAL MARA BANDAR MELAKA
FIQH MUAMALAT 2
(ECO 2513)
SESI 2/2021
DISEDIAKAN OLEH
BIL NAMA NOMBOR ID
1 MOHAMAD IDZHAM BIN MOHAMAD NIZAM BMF20-07-011
2 WAFIY AIZUDDIN BIN IDRUS BMF20-07-002
3 NURLESSA EDAYU BINTI SALIJAN BMF20-07-041
4 NUR ALIAH AISYAH BINTI MOHD.ISKANDAR BMF20-07-021
DISEDIAKAN UNTUK
PUAN NOOR AISYAH BINTI OTHMAN
ISI KANDUNGAN MUKA SURAT
2
BIL KANDUNGAN 3
1 PENGHARGAAN 4
2 PENGENALAN TUGASAN 5-7
3 PENGENALAN WATAK 8
4 KOMIK
5 RUKUN DAN SYARAT 9-10
6 DALIL PENSYARIATAN & ISU SEMASA 11-12
7 UJI MINDA 13-14
8 REFLEKSI DIRI
9 RUJUKAN 15
1
PENGHARGAAN
Alhamdulillah,
dengan penuh kesyukuran ke hadrat ilahi kerana limpah kurnianya, dapat kami
menyelesaikan tugasan kerja kursus ini dengan penuh jayanya. Kami mengucapkan setinggi
penghargaan kepada Puan Noor Aisyah Binti Othman kerana telah meletakkan kepercayaan
beliau kepada kami untuk menyiapkan kerja kursus ini dalam tempoh yang telah ditetapkan.
Dengan keadaan negara yang pandemik ini, kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada
Puan Noor Aisyah Binti Othman selaku pensyarah Fiqh Muamalat 2, beliau yang sangat gigih
telah banyak membantu dan memberi tunjuk ajar sepanjang proses tugasan ini disiapkan
walaupun hanya atas talian.
Jutaan terima kasih dan penghargaan juga kepada semua yang terlibat dalam menjayakan
tugasan kerja kursus ini terutama sekali kepada ahli kumpulan iaitu saudara Mohamad Idzham
Bin Mohamad Nizam, saudara Wafiy Aizuddin Bin Idrus, saudari NurLessa Edayu Binti Salijan
dan saya sendiri Nur Aliah Aisyah Binti Mohd.Iskandar yang sangat memberi kerjasama yang
baik mempunyai komunikasi yang berkesan. Dengan adanya kerjasama yang sempurna
alhamdulillah kami dapat menyiapkan tugasan kerja kursus ini dalam masa yang ditetapkan.
Pada masa yang sama, ribuan terima kasih juga kepada ahli kumpulan kerana telah banyak
mencetuskan idea sepanjang proses penyiapan tugasan ini.
Syukur Alhamdulillah,
dalam menyiapkan tugasan ini banyak yang telah kami pelajari sepanjang proses penyiapan
kerja kursus ini dijayakan. Ianya memberi kami seribu satu pengalaman yang amat bermakna.
Kami berharap agar kerjasama dan sokongan yang telah diberikan akan membuahkan hasil
pada masa hadapan dengan harapan akan beroleh kejayaan.
2
PENGENALAN TUGASAN
Jual beli al-istisna’ ialah tempahan sesuatu barang seperti menempah sepasang baju, sebuah
rumah, sebuah katil, dan sebagainya. Ia merupakan satu prinsip kontrak jual beli yang diterima
pakai sejak zaman Rasulullah S.A.W dan para sahabat baginda sehinggalah kini.
Dari sudut bahasa, istisna’ bermaksud menyuruh atau meminta sesuatu barangan dibuat.
Menurut istilah syarak; bay’ al-istisna’ ialah satu kontrak yang melibatkan penyerahan barang
pada masa hadapan di mana kaedah pembayarannya adalah lebih fleksibel. Hukum jual beli
istisna’ adalah harus berdasarkan hadis nabi yang bermaksud: “Sesungguhnya Rasulullah
SAW menempah pembuatan sebentuk cincin daripada emas” (Riwayat al-Bukhari, Kitab al-
Iman, 11/567).
Terdapat beberapa perbezaan fahaman definisi tentang bay’ al-istisna’ iaitu menurut Majallah
al-Ahkam al-Adliyyah (kod undang-undang sivil Islam Uthmaniyyah) mendefinisikan istisna’
sebagai kontrak dengan pembuat, (pengilang) mengenai tugas tertentu yang mungkin
diselesaikan manakala menurut Lembaga Piawaian Perakaunan Malaysia (MASB)
mendefinisikan istisna’ sebagai kontrak pertukaran di mana IFL, atas permintaan pelanggan,
memperoleh aset untuk pembelian atau pembinaan berdasarkan spesifikasi oleh pelanggan.
Ini merupakan arahan atau perintah kepada pengeluar untuk mengeluarkan komoditi khusus
untuk pembeli. Seterusnya, menurut ahli fikah, kesahihan kontrak istisna’ ditentukan daripada
sumber hukum yang berbeza seperti sunnah, ijma’, qiyas, dan istihsan. Oleh itu, tidak ada
perbezaan pendapat mengenai kebolehlaksanaannya. Ini jelas dapat dilihat dari hadis:
“Sesungguhnya Nabi S.A.W menempah pembuatan cincin emas”. Kontrak istisna’ adalah sah
berdasarkan kebiasaan rakyat dalam kontrak ini dalam semua jangka masa tanpa sebarang
bantahan, yang seterusnya merupakan persetujuan undang-undang.
3
PENGENALAN WATAK
4
KOMIK
5
6
7
SYARAT KEPADA RUKUN BAY’ AL-ISTISNA’
RUKUN 1 RUKUN 2 RUKUN 3
SIGHAH
PIHAK YANG BENDA YANG
Barang yang ditempah
BERKONTRAK DIAKADKAN mestilah dijelaskan secara
(AL-AQIDAINI) (MA’QUD ‘ALAIH) terperinci jenisnya, kuantiti,
kualiti, dan sebagainya bagi
Waras, baligh, berkelayakan Bahan mentah yang menghilangkan unsur
jahalah yang boleh
(berakal) dan boleh digunakan untuk membatalkan kontrak.
menguruskan harta dengan menghasilkan barang yang Barang tersebut mestilah
menjadi tempahan biasa
baik. ditempah mestilah dalam kalangan masyarakat
dan bersesuaian dengan
disediakan oleh pengilang keperluan umum.
atau pengusaha. Jika Masa penyerahan mestilah
dinyatakan semasa akad.
disediakan oleh pembeli, ia
akan menjadi akad ijarah
(ujrah).
Bebas membuat pilihan Penjual perlu menghasilkan
Ketika mengikat kontrak sendiri barangan yang
(tidak dipaksa). ditempah atau
menyerahkannya kepada
pihak ketiga bagi
menyelesaikan tempahan
tersebut.
Penjual dan pembeli. Pembayaran tidak
disyaratkan semasa akad
namun harga ditentukan
semasa akad.
8
DALIL PENSYARIATAN BERKAITAN BAY’ AL-ISTISNA’
Terdapat dua pandangan daripada ulama-ulama fiqh berkaitan dengan pensyariatan kontrak
Al-Istisna’. Golongan yang pertama berpendapat bahawa prinsip istisna’ adalah tidak harus
berdasarkan qiyas manakala golongan kedua pula berpendapat bahawa diharuskan kontrak
istisna’ digunakan di dalam muamalah Islam.
Mazhab Syafi’i bahawa jual beli istisna' tidak harus kerana telah memberikan kelonggaran
bagi pengamalan Istisna’ dengan menganggap bahawa akad tetap dikira sah sama ada
ditentukan waktu bagi penyerahan barangan yang ditempah itu ataupun tidak. Hal ini kerana
ulama Syafi’i berpendapat sedemikian adalah berdasarkan konsep qiyas. Menurut qiyas tidak
diharuskan membuat akad pertukangan kerana ia adalah suatu jual beli yang maqdum (jual
beli yang tiada barang) ketika akad tempahan dan jual beli yang tiada barang pada waktu
akad adalah amat dilarang oleh Rasulullah S.A.W. Baginda S.A.W melarang daripada menjual
barang yang tidak wujud di sisi manusia. Selain daripada itu, ia tidak harus kerana sering
berlaku masalah dalam kontrak jual beli ini. Contohnya, penempah tidak akan membuat
bayaran sama sekali semasa akad tetapi membayarnya secara ansuran atau sekaligus
selepas menerima barang atau barang yang ditempah telah siap.
Manakala terdapat jumhur ulama’ seperti Mazhab Hanafi Ulama bermazhab Hanafi
berpendapat bahawa kontrak jual beli istisna' diharuskan berdasarkan konsep al-istihsan
kerana kontak tersebut telah menjadi amalan biasa yang dilakukan oleh orang ramai pada
setiap masa tanpa sebarang bantahan. Ia juga berperanan memberikan kemudahan
urusniaga kepada umat Islam. Secara tidak langsung, wujud satu ijmak di kalangan umat
islam terhadap keharusan akad jual beli al-istisna’. Oleh yang demikian, prinsip qiyas
diketepikan kerana Rasulullah S.A.W telah bersabda:
لا تجتمع أمتي على ضلالة
Maksudnya: “Umatku tidak berhimpun (bersekutu) atas suatu perkara yang sesat”.
Walau bagaimanapun, para ulama’ mazhab Hanafi membenarkan akad ini
sepertimana yang diamalkan oleh orang ramai kerana mengambil kira keperluan
orang ramai. Namun dengan syarat akad tersebut dengan jelas menyatakan
segala perkara berkenaan barang yang ditempah yang jika tidak dinyatakan
dengan jelas mungkin boleh menimbulkan pergaduhan antara kedua-dua pihak.
Sebagai contoh, akad tersebut mesti menyebut tentang bahan yang digunakan
dan sumbernya, spesifikasinya, kadarnya dan sebagainya. Bagi pertimbangan
bagi keputusan di atas ialah keharuskan istisna` itu berdasarkan hadis Rasulullah
ﷺdaripada Jabir bin Abdillah:
9
» «إِ ْن ِش ئْ ِت: فَإِ َّن لِي غُلاَمً ا نَ َّج ا ًر ا؟ قَا َل، ِ يَا َر سُو َل َّل َّلا ِ أَلاَ أَ ْج عَ ُل لَ َك شَيْ ئًا تَقْعُدُ عَلَيْه: أَ َّن ا ْم َر أَةً قَالَ ْت
فَعَ ِم لَ ِت ال ِم نْ بَ َر
Maksudnya: “Sesungguhnya ada seorang wanita bertanya, “Wahai Rasulullah,
bolehkah aku buatkan sesuatu untuk anda, sehingga anda boleh duduk di
atasnya? Ini kerana aku mempunyai seorang hamba yang pandai dalam masalah
pertukangan kayu.” Baginda menjawab: “Silakan, wanita kamu mahu.” Maka
wanita itu membuat sebuah mimbar.”
ISU SEMASA
Dalam isu pemilikan aset istisna’ yang masih dalam pembuatan dan belum diserahkan kepada
pembeli adalah masih di bawah pemilikan penjual. Pembeli hanya memiliki hak untuk
menuntut aset istisna’ berdasarkan perkara yang telah dipersetujui dan bukan aset sedia ada
yang telah ditentukan spesifikasinya apabila kontrak istisna’ dimeterai.
Hal ini berdasarkan Hadis Rasulullah SAW yang bermaksud: “Janganlah kamu menjual apa
yang tidak ada di sisimu atau yang tidak kamu miliki”. Hadis ini diriwayatkan oleh Al-Tarmizi,
Abu Daud, Al-Nasa’i dan Ibnu Majah.
Pembeli tidak boleh menjual melalui kontrak jual beli dan bukan secara Istisna’ atau
mencagarkan aset istisna’ dalam pembinaan dan belum diserah terima kerana ia masih
dimiliki oleh penjual. Syariah tidak membenarkan seseorang menjual sesuatu yang tidak
dimiliki olehnya serta mensyaratkan bahawa aset yang dicagarkan (marhun) mestilah dimiliki
oleh pencagar dan tidak tertakluk dengan hak orang lain.
10
UJI MINDA
Cari perkataan yang tersembunyi.
MB C O F I QHU R T Y
AAQD L K AR TNOK
S L S J E T L I TGUD
K S P A X FMS A Y AU
K A EWH H G D Y O U K
AL RRAA J HBTK F
TA I KR LDV I EUL
AMN I G L K A J MB E
KND J AUKAP P L K
Q C U K O T A KWA E S
NG S NENA SOHN I
ARTBYARA I POB
K E R C U N I MW A T E
HY I L EST I XYS L
J L AUTUPNHRU I
QDN I J R I Y E NRM
I A S HOA L UDGA Z
Y N L P QN R UMA H I
A D E O YWV X B E A P
S J L G Z A K A T J MO
Perkataan:
QIYAS FLEKSIBEL
MASA HADAPAN HARGA
RUMAH ISTISNA
KONTRAK AL SALAM
HARUS ANSURAN
TEMPAH PERINDUSTRIAN
11
TEKA SILANGKATA BAY AL-ISTISNA’.
Melintang Menegak
3. Dilakukan secara fleksibel 1. Unsur yang membatalkan kontrak
2. Jumhur ulama’ mengharuskan mengguna
5. Menyuruh atau meminta sesuatu barangan prinsip ini
dibuat.
4. Ditentukan semasa akad
12
REFLEKSI DIRI
NAMA: MOHAMAD IDZHAM BIN MOHAMAD NIZAM KELAS: DBF4B
NO ID: BMF20-07-011 NAMA KUMPULAN: BAY AL ISTISNA’
REFLEKSI DIRI:
Apa yang saya dapat pelajari sepanjang menjalankan tugasan berkumpulan ini ialah
semangat kerjasama yang sungguh jitu lagikan meyakinkan. Bukan itu sahaja, saya juga
dapat mempelajari dengan lebih mendalam mengenai kontrak bay al-istisna’ dalam segi
penggunaan mahupun bagaimana kontrak itu berfungsi. Oleh itu, ia amat bermanfaat kepada
saya untuk mempraktikkannya di masa hadapan. Selain itu, melalui tugasan ini juga
mengenalkan saya dengan aplikasi-aplikasi baru seperti Pixton untuk melukis komik yang
amat menarik. Malah saya merasakan dengan menggunakan medium komik untuk
membentangkan tugasan ini amatlah menarik dan berguna untuk menarik masyarakat tak kira
kaum mahupun usia untuk mempelajarinya. Akhir kalam, semoga semuanya berjalan dengan
lancar. Terima kasih.
NAMA: WAFIY AIZUDDIN BIN IDRUS KELAS: DBF4B
NO ID: BMF20-07-002 NAMA KUMPULAN: BAY AL ISTISNA’
REFLEKSI DIRI:
Perkara yang saya dapat pelajari sepanjang menjalankan tugasan berkumpulan ini ialah
terdapat masalah yang dihadapi seperti penggunaan aplikasi PIxton yang perlu dibayar
untuk mendapatkan bahan terbaik dan juga perlu bayar untuk memuat turun komik yang
dibuat namun kami berjaya mengatasi masalah tersebut. Kumpulan ini juga memupuk
semangat kerjasama yang baik sehingga kami dapat menyiapkan tugasan dengan amat
pantas. Selain itu, penggunaan medium TikTok untuk menyampaikan pembentangan
tugasan ini amatlah bernas kerana orang ramai dari pelbagai lapisan umur dapat
mengetahui kewujudan kontrak yang dibentangkan. Natijahnya, semoga urusan semasa
membuat tugasan ini berjalan dengan lancar dari awal hingga ke akhir. Terima kasih.
13
NAMA: NURLESSA EDAYU BINTI SALIJAN KELAS: DBF4B
NO ID: BMF20-07-041 NAMA KUMPULAN: BAY AL- ISTISNA’
REFLEKSI DIRI:
Dalam penghasilan tugasan e-komik ini, saya dapat belajar dengan lebih mendalam dan dapat
menambahkan lagi ilmu tentang bay al-istisna’. Selain itu, saya juga dapat memahami konsep
yang digunakan dan proses bay al-istisna’.
Dalam penghasilan tugasan ini juga, saya juga menghadapi beberapa masalah iaitu sukar
untuk berbincang kerana keadaan sekarang seperti kami semua belajar dalam talian dan tidak
berjumpa secara bersemuka. Selain itu, masalah internet yang tidak berapa stabil.
Saya berharap agar saya dapat memahami konsep bay al-istisna’ dan sekaligus dapat
mengaplikasikan bay al-istisna’ dalam kehidupan saya yang akan datang. Saya bercadang
agar tugasan seperti ini dikekalkan untuk akan datang kerana ia membuatkan para pelajar
menjadi kreatif. Terima kasih.
NAMA: NUR ALIAH AISYAH BINTI MOHD.ISKANDAR KELAS: DBF4B
NO ID: BMF20-07-021 NAMA KUMPULAN: BAY AL-ISTISNA’
REFLEKSI DIRI:
Sepanjang proses menyiapkan tugasan yang diberikan saya mengalami masalah internet
dan kurang memahami tugasan ini. Dengan adanya rakan yang berkerjasama dan saling
mengambil berat, saya dapat menangani masalah tersebut dengan keadaan pandemik ini.
Komen saya adalah tugasan ini dapat memberi manfaat kepada saya kerana ini kali
pertama saya dan rakan membuat e-komik dan menghasilkan video menggunakan medium
TikTok. Secara tidak langsung, saya memperolehi pengalaman yang baharu. Cadangan
saya ialah tugasan ini diteruskan kepada pelajar yang lain kerana ia sangat memberi impak
yang positif dan menarik. Terima kasih.
14
RUJUKAN
1) Masfufah Rahim, Noor Aisyah Othman & Ashikin Salleh, (2021), Fiqh Muamalat 2
(Edisi Kedua), Kolej Profesional Mara Bandar Melaka.
2) Mahirdanial. (2008). mahir al-hujjah ماهر الحجة: FIQH MUAMALAT: KONSEP JUAL BELI
ISTISNA’ DAN APLIKASINYA. Mahir Al-Hujjah ماهر الحجة. Diambil daripada:
http://mahir-al-hujjah.blogspot.com/2008/08/fiqh-muamalat-konsep-jual-beli-istisna.html
3) bai salam dan bai istisna’. (n.d.). Prezi.com. 14 September, 2021. Diambil daripada:
https://prezi.com/p/uppzi3bjl_vl/bai-salam-dan-bai-istisna/
4) Mahyuddin Khalid. (19 Jun, 2021). Bay’ al-Istisna’. Diambil daripada:
https://www.slideshare.net/emkay84/bay-al-istisna
15