The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by razihjrahman, 2023-03-09 01:35:22

Penyata Mesyuarat Perwakilan 2023

Penyata Mesyuarat Perwakilan 2023

m u k a s u r a t | 1 ISI KANDUNGAN 1. Perutusan Ybhg Dato Dr Asyraf Wajdi Bin Dusuki Ketua Pemuda UMNO Malaysia. 2. Perutusan Saudara Mohd. Hairi Bin Mad Shah Ketua Pemuda UMNO Negeri Johor 3. Perutusan Saudara Arifudin Bin Wagiman Ketua Pemuda UMNO Bahagian Ledang 4. Senarai Ahli Jawatankuasa Pergerakan Pemuda UMNO - Malaysia - Negeri Johor - Bahagian Ledang 5. Notis Mesyuarat Perwakilan Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Ledang Tahun 2023 6. Aturcara Majlis Perasmian 7. Lirik Lagu. - Lagu UMNO Bersatu - Lagu UMNO Johor - Lagu Anak Watan - Lagu Ikrar Pemuda 8. Tatacara Persidangan Perwakilan Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Ledang. 9. Peringatan Mesyuarat Tahun Lalu Mesyuarat Perwakilan Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Ledang 2022 10. Laporan Aktiviti Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Ledang 2022. a. Senarai Ahli Jawatankuasa Dan Senarai Penuh Kluster Dan secretariat Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Ledang b. Laporan Aktiviti Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Ledang 2022 c. Laporan Tahunan Pergerakan Pemuda Cawangan-Cawangan 11. Penyata Kewangan berakhir pada 31 Disember 2022


m u k a s u r a t | 2 PERUTUSAN DATO’ DR ASYRAF WAJDI DUSUKI KETUA PERGERAKAN PEMUDA UMNO MALAYSIA SEMPENA MESYUARAT PERGERAKAN PEMUDA UMNO BAHAGIAN BAGI TAHUN 2023 Assalamualaikum wbth dan salam Pemuda Generasi Bangkit Kembali... Alhamdulillah. Bersyukur ke hadrat Allah SWT di atas setiap limpahan rahmatNya maka diberikan kita kekuatan dan keazaman untuk terus menyambung legasi sebuah perjuangan demi agama, bangsa dan tanahair tercinta dengan menjayakan persidangan Pergerakan Pemuda UMNO di bahagian-bahagian bagi tahun 2023. Sudah pasti apa yang lebih menarik adalah tahun ini merupakan tahun di mana kita akan memilih para pemimpin Pemuda yang baru untuk menerajui bahtera perjuangan Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia agar terus belayar gagah memecah gelora perjuangan yang sentiasa bergelombang dan penuh pancaroba. Generasi Pemuda Bangkit Kembali ini terlalu istimewa kerana kitalah pemuda yang berjuang meredah pertukaran kerajaan demi kerajaan, pimpinan demi pimpinan dan pelbagai onak cabaran. Kitalah generasi yang cekal melalui 22 bulan sebagai pembangkang di bawah Pakatan Harapan, tenang menempuhi ranjau perjuangan di bawah 17 bulan kerajaan Perikatan Nasional, istiqomah membantu tatkala UMNO menerajui kerajaan selama hampir 14 bulan di bawah Keluarga Malaysia. Dan kitalah Pemuda yang masih setia mendepani dinamika politik baharu pasca Pru15 di bawah Kerajaan Perpaduan. Sebagai nakhoda Pemuda UMNO Penggal 2018-2023, semestinya tidak dapat lari dari kekhilafan dan kekurangan. Pasti ada hati yang tersentuh dan ada perasaan yang dilukakan. Pasti ada tuntutan yang tidak dapat dipenuhkan, permintaan yang tidak dapat dilaksanakan dan keputusan yang diambil tidak menyenangkan. Namun sebagai pemimpin, kita berijtihad dan bertawadhu’ sebelum membuat sesuatu ketetapan yang hakikatnya difikiran terbaik untuk kelangsungan sebuah perjuangan. Di kesempatan ini, mewakili saf kepimpinan Pemuda, kami rakamkan jutaan terima kasih atas setiap pengorbanan yang para sahabat Pemuda telah curahkan dan kami pohon kemaafan atas segala dosa dan kesalahan. Apa yang penting semangat dan iltizam para Pemuda untuk terus berjuang mesti disuburkan. 11 Mac 2023 akan menjadi tarikh keramat beralihnya tampuk kepimpinan. Inilah tandanya UMNO menjulang demokrasi dan sentiasa terbuka memberikan ruang kepada pemimpin generasi baru untuk mewarisi perjuangan ini. Saudara-saudaraku, Marilah bersama kita memanjatkan doa agar Allah swt menaikkan pemimpin-pemimpin Pemuda yang selayaknya untuk meneruskan kesinambungan perjuangan ini. Lahirkanlah pimpinan yang beramanah dan berintegriti, mampu menarik kepercayaan rakyat dan diyakini ahli parti, berakhlaq dan beradab sebagai contoh sahsiah terpuji, bijak dan berhikmah di dalam membuat ketetapan demi memperkasakan institusi serta berwibawa serta berkarisma untuk memimpin generasi.


m u k a s u r a t | 3 Kita bermohon semoga pemilihan ini berlangsung dengan penuh semangat setiakawan dan kasih sayang, medan meraikan perbezaan dengan semangat kesetiaan, platfom melahirkan bakat baru yang lebih segar dan berbaloi untuk diketengahkan serta jauhkan daripada perbalahan dan perpecahan yang tidak menguntungkan. Semoga Allah swt merahmati perjuangan Pemuda. Meletakkan kita semua di dalam tawfeeq dan hidayahNya. Melandaikan pertolonganNya untuk kita terus bangkit dan bina semula UMNO agar kekal relevan dulu, kini dan selamanya… Dato’ Dr Asyraf Wajdi Dusuki Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia


m u k a s u r a t | 4 KATA-KATA ALUAN KETUA PEMUDA UMNO NEGERI JOHOR YANG BERHORMAT TUAN MOHD HAIRI MAD SHAH BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH SALAM SEJAHTERA DAN SALAM MAJU JOHOR PARA PERWAKILAN YANG DIRAHMATI ALLAH S.W.T, Alhamdullilah, segala puji-pujian bagi Allah S.W.T, Tuhan yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Juga selawat serta salam ke atas junjungan terpuji Nabi Muhammad S.A.W. dan para sahabat. Kita mensyukuri rahmat Yang Maha Esa, kerana dengan limpah kurniaNya, dapat kita sekali lagi berhimpun mengadakan Persidangan Pergerakan Pemuda UMNO di semua Bahagian- Bahagian di Negeri Johor. Sejak tertubuhnya Pergerakan Pemuda UMNO pada tahun 1949, kita telah berdepan dengan pelbagai cabaran. Kita telah merasai suka duka serta pelbagai keadaan turun naik yang melanda parti dan negara tercinta ini, termasuklah menjadi barisan pembangkang selama 22 bulan. Banyak yang Pemuda sudah lalui sejak tahun 2018 sehinggalah ke hari ini. Saya percaya dan penuh yakin, sepanjang perjalanan itu, Pemuda menjadi lebih matang dan mengerti untuk membezakan di antara pejuang dengan pengkhianat. Yang mana kawan dan yang mana lawan. Malah, kematangan ini perlu dijaga dan diteruskan demi memastikan Pergerakan Pemuda UMNO khususnya di Negeri Johor ini terus subur dan diterima baik orang-orang muda di luar sana. Pergerakan Pemuda perlu terus bangkit dan menjadi suara pendesak walaupun kini kita sudah berada dalam kerajaan. Proses semak dan imbang itu perlu kita bugarkan dan perkasakan demi memastikan rakyat dapat melihat Pergerakan Pemuda ini bukan sahaja tunduk dengan keputusan dan desakan yang dibuat kerajaan, tetapi terus berjuang membawa suara rakyat. Pemilihan yang berlangsung kali ini juga menyaksikan UMNO khususnya di peringkat Pergerakan Sayap Pemuda terus menyuburkan amalan demokrasi dalam parti. Namun, dalam masa sama, ia tidak sepatutnya dijadikan punca atau sebab untuk kita sebagai satu pasukan Pemuda bersengketa dan bermusuhan selepas itu. Persaingan sihat ini seharusnya dijadikan contoh dan tontonan kepada masyarakat di luar sana bahawasanya UMNO terus mendukung proses demokrasi dalam parti. Namun, besar harapan saya untuk melihat semua terus berganding bahu, siapa pun yang bakal dan akan terpilih, untuk kita sama-sama menyokong serta bergerak sebagai satu pasukan mengemudi UMNO semula khususnya Pergerakan Pemuda UMNO ke arah yang lebih baik. Ingat, pasukan baharu yang dipilih ini akan mengemudi UMNO berdepan Pilihan Raya Umum ke-16, sebuah pilihan raya yang ramai katakana penentu jatuh bangun UMNO. Sepanjang diamanahkan memimpin Pergerakan Pemuda di Johor, saya berterima kasih kepada semua sahabat-sahabat Ketua Pemuda UMNO Bahagian, Cawangan-Cawangan serta semua akar umbi Pemuda di negeri ini yang terus menerus memberikan sokongan


m u k a s u r a t | 5 dan dorongan. Ini dapat dibuktikan apabila Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Johor menjadi antara yang lantang dan keras dalam memperjuangkan hak serta kebajikan rakyat, khususnya ketika negara berdepan Pandemik COVID-19 sebelum ini. Kita juga tidak pernah gentar berhadapan dengan mana–mana golongan yang menyentuh dan mempertikaikan kedudukan bangsa dan agama, tetapi ada kalanya pendekatan berhikmah dapat menyelesaikan kekusutan dan menguntungkan semua pihak. Maruah Melayu tetap terpelihara, keharmonian terjamin dan persefahaman tercapai. Inilah perjuangan Pemuda UMNO yang perlu kita teruskan. Di kesempatan ini juga saya ingin menyatakan permohonan maaf jika terdapat salah dan silap, kekurangan serta kekhilafan sepanjang menjalankan amanah dan tugas mengemudi bahtera Pemuda, sebagai Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Johor bagi penggal 2018-2023. Sesungguhnya yang baik itu datangnya dari Allah S.W.T jua, dan kelemahan serta kekurangan itu datangnya daripada diri saya sendiri. Jutaan terima kasih sekali lagi saya ucapkan kepada semua jentera dan ahli Pergerakan Pemuda UMNO Johor yang bekerja keras tak kenal siang malam, tak hirau penat di badan, ketika mengharungi Pilihan Raya Umum dan Pilihan Raya Negeri Johor, semuanya untuk memastikan kemenangan berpihak kepada Barisan Nasional. InsyaAllah semangat dan komitmen jitu semua ini saya harap diteruskan untuk kita berdepan Pilihan Raya Umum (PRU) ke-16 dan memastikan UMNO serta Barisan Nasional terus diterima dalam masyarakat di negara ini. Air surut menjelang petang, Sauh naik kapal meluncur, Pemuda UMNO mestilah lantang, Panas membara tidak melecur Sekian, Wabilahi Taufik Walhidayah Wassalamualikum Warahmatullahi Wabarakatuh


m u k a s u r a t | 6 KATA-KATA ALUAN KETUA PEMUDA UMNO BAHAGIAN LEDANG Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Perjuangan Tahniah diucapkan kepada semua Ketua Pemuda Cawangan dan semua perwakilan yang dapat hadir ke persidangan kita tahun ini. Semangat yang saudara-saudara pamerkan pada hari ini akan menjadi pembakar semangat kepada seluruh ahli UMNO untuk terus berkhidmat dan berbakti kepada Agama Bangsa & Tanah air. Alhamdulillah kita telah bersama-sama berhempas pulas untuk memenangkan calon BN dalam PRU15 namun begitu, semuanya telah menjadi takdir dan ketentuanNya. Sekali lagi kita tewas. Namun begitu takdir tuhan juga menentukan walaupun tewas kita masih lagi berpeluang untuk menjadi kerajaan. Kita juga akur dengan titah YDPA untuk membentuk kerajaan yang dikenali sebagai Kerajaan Perpaduan. Satu kejutan budaya dan juga keputusan diluar jangkaan kita sebagai ahli parti kerana kali ini kita bekerjasama dengan PH malah bekerjasama dengan parti DAP. Pada Ketika ramai yang curiga dan sangsi dengan kebersamaan ini, kita masih setia dangan memberi sokongan dan dokongan kepada kepimpinan UMNO untuk terus berkhidmat kepada rakyat dan memastikan parti tidak bekerjasama dengan musuh sebenar yang berikrar akan menggantikan kita Pemilihan pucuk pimpinan pada persidangan kali ini amat mencabar. Kita hendaklah mengenalpasti siapa lawan dan siapa kawan. Musuh pada Ketika ini sedang merencana Gerakan dan strategi untuk melemahkan parti kita samada secara terang dan berselindung disebalik nama perubahan dan pembaharuan. Oleh yang demikian, saya menyeru kepada semua perwakilan untuk memilih dengan menggunakan mata hati bukan dengan perasaan marah atau dendam ibarat “marahkan nyamuk kelambu dibakar”. Kepada kepimpinan Pemuda yang akan mengambil alih kepimpinan yang ada sekarang, kami tinggalkan kamu semua dengan satu azimat iaitu “BERSATU” lah dalam apa jua keadaan, ketika menang kita bangga, Ketika kalah kita setia. Batton akan kami serahkan kepada adik-adik ku sekalian. Berlari anaklah kamu ibarat pelari marathon. Usah bertikam dan berperang sesama sendiri. Nanti sampai masa dan ketikanya, serahlah kepada adikadikmu pula untuk mereka menyambung larian dan seterusnya menuju ke mercu kejayaan. Semoga perjuangan kita ini diberkati dan dipermudahkan oleh Allah jua hendaknya. SELAMAT BERJUANG SELAMAT BERSIDANG KEPADA ALLAH KITA BERSERAH Tn Hj Arifudin Bin Wagiman Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Ledang


m u k a s u r a t | 7 SENARAI EXCO PERGERAKAN PEMUDA UMNO MALAYSIA SESI 2018-2022 JAWATAN NAMA PENGERUSI TETAP SDR MOHD HAFIZ BIN CHE MAT TIMBALAN PENGERUSI TETAP SDR ISZUWAN BIN ISMAIL KETUA PEMUDA YBHG DATO’ DR ASYRAF WAJDI BIN DUSUKI NAIB KETUA PEMUDA SDR SHAHRIL BIN HAMDAN PENOLONG SETIAUSAHA YBHG DATO’ HASMUNI BIN HASSAN PENOLONG BENDAHARI SDR JOHARI BIN YAZID KETUA PENERANGAN YB TN MOHD SHAHAR BIN ABDULLAH EXCO YBHG DATO’ HASMUNI BIN HASSAN SDR MOHD LASSIM BIN BURHAN SDR AZRIL RIZAL YUSOF BIN DATO’ SRI MOHD SARIT SDR IKMAL HAZLAN BIN IKMAL HISHAM SDR MOHD FAIZ BIN HASHIM SDR MOHD FARIZ BIN ABD HADI SDR MUHAMMAD MUQHARABBIN BIN MOKHTARRUDIN SDR AFRIZ BIN MOHD NOOR SDR MOHAMAD AMIN BIN OTHMAN YBHG DATO’ DR NAJMIL FAIZ BIN MOHAMED ARIS SDR MUSTAFA SHAH BIN ABDUL HAMID SDR RAIS BIN YASIN SDR SYED ATIF BIN SYED ABU BAKAR SDR MOHD ADHA BIN ZAINAL AZNAM SDR MUHAMAD FAIZAL BIN SUFAR SDR WAN MUHAMMAD AZRI BIN WAN DERIS SDR ANDI MUHAMMAD SURYADY BIN BANDY SDR MOHAMAD FAZLY BIN ZAINUDIN YBHG DATO’ SHAHRUL NASRUN BIN DATO’ KAMARUDDIN SDR FAIRUZ EDZUAN BIN JAMALUDIN SDR BASTIEN BIN ONN SDR MUHAMMAD FARHAN BIN KHAIRUDDIN SDR NIK SAIFUL ADLI BIN BURHAN@JAOHARI SDR AFIF FARHI BIN OTHMAN SDR RAIHAN BIN HUSNI SDR FADZMEL BIN MD FADZIL SDR MOHD HAFIDZ BIN YAKUBAH KHAN SDR FARIDZUL AZLAN BIN ABD GHANI SDR HAFIZ BIN ARIFFIN SDR MUHAMMAD NUR AIZAT BIN NOR AZAM SDR SHARIL IZHAM BIN ABD MALEK


m u k a s u r a t | 8 SENARAI EXCO PERGERAKAN PEMUDA UMNO NEGERI JOHOR SESI 2018-2022 JAWATAN NAMA KETUA PEMUDA YB MOHD HAIRI BIN MAD SHAH NAIB KETUA PEMUDA YB MOHD FAREED BIN MOHD KHALID PENOLONG SETIAUSAHA SDR MOHD KAMAL ULUM BIN MORSIN PENOLONG BENDAHARI SDR JONI MUHAMAT BIN YAHYA KETUA PENERANGAN SDR JOHAN AZAM BIN MOHD YASSIN EXCO SDR BASTIEN BIN ONN SDR TN HJ MOHD NOR SAIDIL BIN IBRAHIM SDR KAMARULHAIRI BIN KOMENG YB IR DR MOHAMAD FAZLI BIN MOHAMAD SALLEH SDR TN HJ ARIFUDIN BIN WAGIMAN SDR MOHD GHAZALI BIN SABARI SDR MOHD HELMY BIN ABD LATIF YB DATUK MOHD NAJIB BIN SAMURI SDR HAMZAH BIN JANI SDR MOHD FAIZAL BIN MAD SAID SDR MOHD KHAIRUL BIN ISHAK SDR MOHD HAFIZ BIN ARIFFIN SDR MANNDZRI BIN NASIB YB AZNAN BIN TAMIN SDR FAUZI BIN FAIZAL SDR NOOR AZLIN BIN AMBROS SDR SHEIKH AHMAD NAFIQ BIN SHEIKH A.RAHMAN SDR MOHD AKMAL BIN MELAN SDR MOHD KAMAL ULUM BIN MORSIN SDR MOHD HELMI BIN BUANG SDR SYAHRULZAMAN BIN IBRAHIM SETIAUSAHA KERJA SDR MUHAMMAD FARID BIN FIRUZ


m u k a s u r a t | 9 SENARAI AJK PERGERAKAN PEMUDA UMNO BAHAGIAN LEDANG SESI 2018-2022 JAWATAN NAMA PENGERUSI TETAP SDR AZLAN BIN MISKUN TIMBALAN PENGERUSI TETAP TN HJ AIDI ROSLAN BIN MOHAMAD KETUA PEMUDA TN HJ ARIFUDIN BIN WAGIMAN NAIB KETUA PEMUDA SDR NORIZAN BIN AZALI PENOLONG BENDAHARI SDR MOHD. NOR BIN MAIDIN KOTI PENOLONG SETIAUSAHA SDR FAKHRUR RAZI BIN A. RAHMAN KETUA PENERANGAN SDR FAIRUZ EDZUAN BIN JAMALUDDIN AHLI JAWATANKUASA SDR MOHD. YATIM BIN OTHMAN SDR AZFAR BIN IDRUS SDR MUHAMMAD TAUFIQ BIN ABD. HAMID SDR NOOR AMIRUL ASHRAF BIN ABD.RAZAK SDR MOHD. ZAEID BIN SUMAN SDR MUHAMMAD YA’AKUB BIN IBRAHIM SDR MOHD. RIDZUAN BIN SADERI SDR ADAM BIN ABU SDR FAKHRUR RAZI BIN A. RAHMAN SDR MOHD. SYAIFUL RAHMAN BIN SAJUDI SDR MASLAN BIN DAWAMI SDR MOHD. FIRDAUS BIN ABDULLAH SDR MUHAMAD NOR HILMI BIN ABD JALIL SDR MUHAMAD NAZRI SUAMINATHAN BIN ABDULLAH SDR TAUFIK BIN IBRAHIM AJK LANTIKAN SDR KHAIRUL BIN KHIDZIR SDR MUHAMMAD AZLAN SHAH BIN ZOLKIFLI SDR MUHAMMAD NASRUL ASRI BIN JOHARI SETIAUSAHA KERJA SDR NASIR BIN UDIN SDR MOHAMAD ZAHID BIN IBRAHIM SDR KAMARUDDIN BIN SALI SDR MOHD KHAIRUDIN BIN SAMINGAN SDR MUHAMMAD FAIZAL BIN JUWINI SDR MOHD FIRDAUS BIN MAHPAR SDR ZAMRI BIN HJ MD RAYA


m u k a s u r a t | 10 No. Pendaftaran 251/88 (LEDANG) PERGERAKAN PEMUDA UMNO BAHAGIAN LEDANG Ruj Kami : PPUBL/08/22(08) Tarikh : 28 Februari 2023 Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Ledang Naib Ketua Pemuda UMNO Bahagian Ledang Jawatankuasa Pemuda UMNO Bahagian Ledang Perwakilan Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Ledang Saudara, NOTIS MESYUARAT PERWAKILAN PERGERAKAN PEMUDA UMNO BAHAGIAN LEDANG 2023 Dengan segala hormatnya dimaklumkan bahawa sesuai dengan Fasal 14.1 Perlembagaan, maka Persidangan Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Ledang akan diadakan seperti butiran berikut : Tarikh : 11 Mac 2023 Masa : 2.00 petang Tempat : Dewan Kuliah, KKTM Serom Pakaian : Baju Kurta Pemuda (diagih semasa pendaftaran) 2. Sehubungan itu Perwakilan Cawangan yang dipilih dalam Persidangan Cawangan adalah dipersilakan hadir ke persidangan tersebut. Kehadiran para perwakilan adalah sangat dihargai demi meneruskan Perjuangan Parti bagi kepentingan Agama, Bangsa dan Tanahair. 3. Segala kerjasama yang diberikan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih. “BERSATU BERSETIA BERKHIDMAT” Yang Menjalankan Tugas, (FAKHRUR RAZI BIN A.RAHMAN) Penolong Setiausaha, Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Ledang Sk - 1. Pengerusi Tetap dan Timbalan Pengerusi Tetap 2. Setiausaha UMNO Bhg Ledang


m u k a s u r a t | 11 AGENDA MESYUARAT PERWAKILAN 2.00 petang – Pendaftaran Dif Jemputan dan Perwakilan 2.30 petang – Majlis Perasmian Mesyuarat Perwakilan Pemuda Dimulakan Bacaan Al Quran dan doa Nyanyian Lagu Pesanan Pengerusi Tetap Persidangan Membentangkan Peringatan Persidangan/Mesyuarat yang lalu Membentang Penyata Tahunan Membentang Penyata Kira-kira Menyerahkan Mesyuarat kepada Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan UMNO untuk taklimat pemilihan UMNO Memilih Pengerusi Tetap, Timbalan Pengerusi Tetap, Ketua Pemuda, Naib Ketua Pemuda dan AJK Pemuda UMNO Bahagian Ledang Memilih 10 orang perwakilan Pemuda ke Mesyuarat UMNO Bahagian Ledang Memilih 2 orang Perwakilan ke Perhimpunan Agung UMNO Malaysia Memilih Pengerusi Tetap, Timbalan Pengerusi Tetap, Ketua Pemuda, Naib Ketua Pemuda dan Exco Pemuda UMNO Malaysia Sesi pengundian Pengumuman Keputusan Undian Ucapan Ketua Pemuda Bahagian Membentang dan Membahaskan Usul-usul Tangguhan Persidangan Ucapan Penangguhan Jamuan Bersurai


m u k a s u r a t | 12 LIRIK LAGU LAGU UMNO LAGU UMNO JOHOR Bersatu Kita Bersatu Dengan Setia Berganding Bahu Jiwa Teguh Berpadu Kita Rumpun Melayu Bersama Kita Bersama Mendukung Hasrat Semua Berjasa Pada Bangsa Agama Dan Negara Lambang Kita Yang Gagah Dipandang Mulia Dan Indah Bersatu, Bersetia, Berkhidmat Cogan Katanya UMNO Terus Mara Untuk Rakyat Malaysia Hidup Melayu Teguh Bersatu Bergerak Maju Pimpinan Luhur Terbilang Masyhur UMNO Johor Seia Sekata Bulat Cita-Cita Bertekad Waja Bersama Janji Ikrar Kami Allah Restui Berpandu Syiar Agama Kedaulatan Junjung Setia Membina Negara Jaya Mempertahan Maruah Bangsa Itulah Sumpah Sepenuh Rela Darah Dan Nyawa LAGU IKRAR ANAK WATAN LAGU IKRAR PEMUDA UMN0 Ledang Terus Berikrar Berjuang Dengan Sepenuh Hati Pertahankan Budaya Bangsa Agama Dan Juga Ibupertiwi UMNO Ledang Terus Berikrar Berjuang Dengan Sepenuh Jiwa Membina Segala Kekuatan Membela Tanah Air Dan Watan Dengan Ilmu Yang Ada Didada Kita Kuasai Dunia Mengangkatkan Martabat Maruah Bangsa Tercinta Mengukuhkan Lagi Perpaduan Bangsa UMNO Ledang Berikrar Berjuang Sepenuh Raga Membina Jatidiri Warisan Kekal Abadi Untuk Selama-Lamanya Terima Kasih UMNO Kami Pemuda Malaysia Bersatu Dan Padu Tenaga Berjuang Berkorban Jiwa Raga Untuk Ketahanan Bangsa Pemuda Harapan Negara Membela Dan Membuat Jasa Membina Negara Kaya Raya Ibu Pertiwi Malaysia Mari Kita Bersatu Dan Berikrar Mengaku Dan Bersumpah Menjunjung Agama Bangsa Negara Bersungguh Dan Setia Kami Pemuda Malaysia Merupakan Benteng Yang Waja Pertahan Kedaulatan Agama Serta Bangsa Dan Negara


m u k a s u r a t | 13 PERINGATAN MESYUARAT PERWAKILAN PERGERAKAN PEMUDA UMNO BAHAGIAN LEDANG TAHUN 2022 TARIKH : 07 Oktober 2022 MASA : 8.00 malam TEMPAT : Dewan Serbaguna Bukit Gambir DIRASMIKAN OLEH : Yb Hjh Khairin Nisa Bt Ismail ADUN Serom Merangkap Ketua Wanita UMNO Bah. Ledang JUMLAH PERWAKILAN : 93/302 ORANG WAKIL BAHAGIAN : Hjh Rosmizan Bt Jamaludin Hjh Maimun Bt Mutalib En. Amat Saturi Bin Bukil AGENDA 1 Ucapan Alu-aluan Timbalan Pengerusi Tetap Persidangan.( Sdr Hj Aidi Roslan B. Mohamad ) Beliau mengalu-alukan kehadiran YBHG Sdr Arifudin Bin Wagiman, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Ledang, wakil pemerhati bahagian iaitu Hjh Rosmizan B. Jamaludin, En. Amat Saturi Bin Bukil dan Hjh. Maimun Bt Mutalib. Juga mengucapkan penghargaan kepada Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Cawangan serta Para Perwakilan pemuda UMNO Bahagian Ledang bagi sesi 2018-2021. Beliau mengucapkan selamat bersidang. AGENDA 2 Ucapan dan Pesanan Pengerusi Tetap. Mensyuarat akan dipengerusikan oleh Sdr Hj Aidi Roslan B. Mohamad selaku Timbalan Pengerusi Tetap. Beliau membaca akuan sumpah sesungguhnya beliau bukanlah seorang yang diisytiharkan muflis oleh mahkamah.Beliau mengucapkan terima kasih dan memberi beberapa pesanan sebagai peringatan, agar persidangan berjalan lancar, aman dan tenteram. Beliau mengharapkan agar semua perwakilan patuh kepada Perlembagaan dan Tata Etika Persidangan. AGENDA 3 Bacaan Al-Quran Dan Terjemahan Bacaan Ayat-ayat Al-Quran dipimpin oleh Saudara Haji Azfar bin Idrus selaku Pengerusi Biro Agama Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Ledang. Dan terjemahannya di pimpin oleh Saudara Muhammad Taufik Bin Hamid. Seterusnya, bacaan doa dipimpin oleh Saudara Haji Azfar bin Idrus.


m u k a s u r a t | 14 AGENDA 4 Nyanyian Lagu “UMNO BERSATU, UMNO JOHOR, UMNO LEDANG & IKRAR PEMUDA”. Dinyanyikan beramai-ramai oleh semua Perwakilan yang hadir. AGENDA 5 Ucapan Perasmian Oleh Hjh Khairin Nisa Bt Ismail Pn Hjh Khairin Nisa mengucapkan terima kasih diatas sokongan dan dokongan semua pihak hingga beliau Berjaya memenangi kerusi DUN Serom pada PRN Johor yang baru lepas Tahniah juga kepada ADUN Gambir yang telah Berjaya merampas Kembali kerusi DUN Gambir dari tangan Bersatu Berjanji akan bantu Pemuda melalui kemudahan sebagai Exco untuk memastikan Pemuda Ledang terus Berjaya dalam setiap program dan aktiviti dalam menarik sokongan orang muda. Akan memberi peruntukan untuk pakaian seragam Pemuda berupa baju serba putih Agenda 6 Pengumuman Pengerusi Mengenai Jumlah Ahli Perwakilan yang menghadiri Persidangan. Kehadiran Perwakilan 93 orang AGENDA 7 Membentangkan Peringatan Persidangan Perwakilan Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Ledang tahun 2021 Saudara Fakhrur Razi Bin A. Rahman selaku Penolong Setiausaha Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Ledang membentangkan Peringatan Persidangan Tahun 2021 AGENDA 8 Membentangkan Penyata Tahunan Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Ledang tahun 2021 Saudara Fakhrur Razi Bin A. Rahman selaku Penolong Setiausaha Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Ledang membentangkan Penyata Tahunan Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Ledang tahun 2021.


m u k a s u r a t | 15 AGENDA 9 Membentangkan Penyata Kewangan Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Ledang Saudara Mohd Noor Bin Maidin Koti selaku Penolong Bendahari Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Ledang membentangkan Penyata Kewangan Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Ledang berakhir sehingga 31 Disember 2021 AGENDA 10 Memilih 10 orang wakil Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Ledang ke Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Ledang. Nama-nama yang dipilih sebulat suara adalah seperti berikut : 1. Mohamad Ridzuan Bin Saderi 2. Noor Amirul Ashraf Bin Abd Razak 3. Mohamad Zahid Bin Ibrahim 4. Muhammad Azlan Shah Bn Zolkefli 5. Maslan Bin Dawami 6. Muhammad Faizal Bin Juwini 7. Fakhrur Razi Bin A. Rahman 8. Khairul Bin Khizir 9. Azfar Bin Idrus 10. Nor Mohamad Azikin Bin Rabu Dicadang oleh Sdr Mohamad Ilham Bin Mohamed Juhari Disokong oleh Sdr Mohd Noor Bin Maidin Kotty (sebulat suara) Sdr Halim Bin Abu Bakar mencadangkan cadangan ditutup AGENDA 11 Memilih 2 wakil ke Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian ke Persidangan UMNO Malaysia 1. Sdr Muhammad Firdaus B. Abdullah 2. Sdr Muhamad Zaeid B. Suman ( Menang tanpa bertanding ) AGENDA 12 UCAPAN KETUA PEMUDA UMNO BAHAGIAN LEDANG SDR ARIFUDIN BIN WAGIMAN. Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Ledang mengucapkan selamat bersidang dan mengalu-alukan kehadiran para perwakilan Pemuda Cawangan ke Mesyuarat Perwakilan Pemuda UMNO Bahagian Ledang untuk Tahun 2020.Tahniah dan terima kasih kepada anda Semua kerana anda telah melunaskan amanah dan tanggungjawab yang telah diberikan oleh Pemuda UMNO masing-masing.Syabas kerana anda terus menghidupkan dan


m u k a s u r a t | 16 menyemarakkan lagi semangat UMNO dengan menghadirkan diri bagi memastikan mesyuarat berjaya dijalankan. Tahniah kepada semua kerana tahun ini bersidang dalam keadaan sebahagian dari kerajaan. Namun semua jangan leka dan terbuai dengan jawatan hingga lupa yang kita pernah jatuh dihukum rakyat. Teruskan berjuang dan beristiqamah dalam melayari bahtera UMNO ini walau dalam apa jua keadaan dan dilanda badai serta dipukul ribut. Kita sebagai pemuda aan mempertahankan bahtera UMNO ini agar dapat berlabuh di daratan dengan sempurna. Sekian, Wabillahitaufikwalhidayah Assalamualaikum W.B.T AGENDA 13 Membahaskan Usul-usul USUL PERGERAKAN PEMUDA UMNO BAHAGIAN LEDANG MENGINSAFI BAHAWA : UMNO telah melalui pelbagai cabaran selepas kekalahan PRU14 yang lalu. Walaupun begitu, Pemuda UMNO telah meneruskan politik khidmat bakti dan menjayakan agenda Pemuda Bangkit Kembali sehingga hari ini. Daripada 3 Pilihan Raya Negeri yang berlangsung, 13 Ahli Dewan Undangan Negeri terlahir daripada kilang Pemuda UMNO. 8 daripadanya diangkat menjadi Exco Kerajaan Negeri. Namun, kejayaan ini bukan datang dengan mudah. Ia hadir dengan semangat kental Pemuda UMNO daripada seluruh negara yang sentiasa berjuang memastikan parti ini kembali menjadi pilihan rakyat. Kini, kita bakal menghadapi matlamat akhir perjuangan yakni medan peperangan dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15). Segala apa yang telah kita mulakan daripada kekalahan yang lalu, kita bersama pastikan Pemuda UMNO terus memperbaiki kelemahan yang wujud bagi memastikan matlamat ini tercapai demi agama, bangsa dan negara. MENYEDARI BAHAWA : Kekalahan lalu telah memberikan ruang kepada Pakatan Harapan untuk meruntuhkan pasak kestabilan dan kemakmuran negara yang telah dibina Barisan Nasional selama 60 tahun lamanya. Perpaduan dan hubungan rakyat yang berbilang kaum dan agama juga kian renggang di bawah pemerintahannya. Hak dan kepentingan orang Melayu juga telah ditindas sewenang-wenangnya oleh puak Pakatan Harapan apabila banyak polisi dan tindakan mereka yang telah meremehkan kepentingan orang Melayu. Lebih menyedihkan, kuasa yang diperolehi golongan ini digunakan bagi menjatuhkan maruah kepimpinan parti keramat ini. Lantas, Pemuda UMNO akan terus bersiap-siaga bagi memastikan gerak kerja ke arah kemenangan pada PRU15 akan terus dilaksana. Maka, persidangan Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Ledang yang bersidang pada 07 Oktober 2022 mencadangkan: 1. Pihak kepimpinan parti perlu memastikan lebih ramai calon anak muda diketengahkan sebagai calon Parlimen atau DUN pada PRU15 seperti yang telah dipersembahkan di dalam Pilihan Raya Negeri Melaka & Johor. Ini adalah kemuncak proses rejuvenasi parti dan terbukti berkesan semasa Pilihan Raya Negeri. Penjenamaan semula UMNO dengan calon


m u k a s u r a t | 17 muka baharu didambakan oleh pengundi. Walaubagaimanapun, Pemuda UMNO akan terus menyokong dan bersama memastikan kemenangan BN walaupun wakil Pemuda tidak diletakkan menjadi calon. 2. Memastikan solidariti di antara kepimpinan parti di semua peringkat bagi memastikan kemenangan Barisan Nasional pada PRU15. Solidariti ini adalah asas untuk kita bergerak sederap sebagai satu pasukan bagi memberikan wajah terbaik Barisan Nasional untuk menjadi pilihan rakyat. 3. Memastikan Penerangan di peringkat bahagian menerima maklumat yang tepat dan terkini. Pemuda UMNO Ledang mencadangkan supaya Ketua Penerangan Pemuda menjadi perwakilan tetap ke Perhimpunan Agung Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia di Kuala Lumpur. AGENDA 14 Persidangan ditangguhkan Dicadangkan oleh sdr Mohamad Firdaus Bin Mahpar, Caw Padang Lerek 1. Disokong oleh Nor Muhamad Azikin Bin Rabu, Caw Solok. AGENDA 15 UCAPAN PENANGGUHAN 15.1 (Muhammad Hasanudin Azizi Bin Simin) Beliau mencadangkan Pemuda Bahagian melipat gandakan usaha untuk menjalinkan kerjasama antara Pemuda Bahagian dan Pemuda peringkat Cawangan. Mengucapkan tahniah kepada Pergerakan Pemuda UMNO Bah Ledang kerana Berjaya menjalakan mesyuarat perwakilan. Mengadakan program terutama berkisar kepada peluang orang muda meningkatkan kualiti ekonomi dan taraf hidup Banyakkan program menyantuni dan melibatkan golongan orang muda terutama mahasiswa yang rata-rata menyokong UMNO namun masih segan dan malu untuk kehadapan. Kuasai media social Fb, Tik Tok, Instagram dan sebagainya 15.1 Hjh Rosmizan Bin Jamaludin (AJK UMNO Bahagian Ledang) Teruskan perjuangan walau dalam apa keadaan sekalipun tak kira sewaktu menang ataupun kalah. Sebagai anak jantan kita jangan mengaku kalah. Kami generasi orang lama akan menyerahkan kepimpinan kepada generasi pelapis kerana orang muda masih cergas dan gagah.


m u k a s u r a t | 18 Adunan antara muka baru dan lama sangat penting bagi menjamin kemenangan BN pada PRU 15 yang akan datang 15.2 Ucapan Penggulungan Sdr Arifudin Bin Wagiman (Ketua Pemuda UMNO Bahagian Ledang) Terima kasih kepada semua yang masih berada di dalam dewan ini menunggu sehingga tamat persidangan.Beliau mengharapkan semua Ketua Pemuda Cawangan untuk membantu dan memberikan sokongan kepada kepimpinan pemuda yang baru. Mohon maaf diatas semua kelemahan dan kekurangan sepanjang persidangan ini berjalan sesungguhnya kami masih merangkak dan perlukan tunjuk ajar dan bimbingan daripada kepimpinan bahagian. Kepada perwakilan semua tahniah dan selamat berjuang di peringkat cawangan masingmasing. Teruskan bekerja walaupun kadangkala hati kita disakiti dan disindir oleh pihakpihak yang suka melihat kejatuhan BN. AGENDA 16 Ucapan Akhir Pengerusi Tetap Persidangan. Beliau mengucapkan setinggi-tinggi perhargaan dan ribuan terima kasih kepada saudara sekalian kerana memberikan kerjasama yang amat baik kepada beliau sepanjang beliau mengendalikan Mensyuarat Perwakilan pada kali ini. Beliau juga memohon maaf jika beliau ada terkasar bahasa sepanjang beliau mengendalikan Mesyuarat Perwakilan ini dan menangguhkan mesyuarat ke satu masa yang akan ditetapkan. AGENDA 17 Persidangan ditangguhkan pada jam 11.50 malam. Disediakan oleh Disemak oleh (FAKHRUR RAZI BIN A.RAHMAN) (ARIFUDIN BIN WAGIMAN) Penolong Setiausaha Pergerakan Pemuda Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Ledang UMNO Bahagian Ledang


m u k a s u r a t | 19 SENARAI AJK PERGERAKAN PEMUDA UMNO BAHAGIAN LEDANG SESI 2018-2021 JAWATAN NAMA PENGERUSI TETAP SDR AZLAN BIN MISKUN TIMBALAN PENGERUSI TETAP TN HJ AIDI ROSLAN BIN MOHAMAD KETUA PEMUDA TN HJ ARIFUDIN BIN WAGIMAN NAIB KETUA PEMUDA SDR NORIZAN BIN AZALI PENOLONG BENDAHARI SDR MOHD. NOR BIN MAIDIN KOTI PENOLONG SETIAUSAHA SDR FAKHRUR RAZI BIN A. RAHMAN KETUA PENERANGAN SDR FAIRUZ EDZUAN BIN JAMALUDDIN AHLI JAWATANKUASA SDR MOHD. YATIM BIN OTHMAN SDR AZFAR BIN IDRUS SDR MUHAMMAD TAUFIQ BIN ABD. HAMID SDR NOOR AMIRUL ASHRAF BIN ABD.RAZAK SDR MOHD. ZAEID BIN SUMAN SDR MUHAMMAD YA’AKUB BIN IBRAHIM SDR MOHD. RIDZUAN BIN SADERI SDR ADAM BIN ABU SDR FAKHRUR RAZI BIN A. RAHMAN SDR MOHD. SYAIFUL RAHMAN BIN SAJUDI SDR MASLAN BIN DAWAMI SDR MOHD. FIRDAUS BIN ABDULLAH SDR MUHAMAD NOR HILMI BIN ABD JALIL SDR MUHAMAD NAZRI BIN SUAMINATHAN SDR TAUFIK BIN IBRAHIM AJK LANTIKAN SDR KHAIRUL BIN KHIZIR SDR MUHAMMAD AZLAN SHAH BIN ZOLKIFLI SDR MUHAMMAD NASRUL ASRI BIN JOHARI SETIAUSAHA KERJA SDR NASIR BIN UDIN SDR MOHAMAD ZAHID BIN IBRAHIM SDR KAMARUDDIN BIN SALI SDR MOHD KHAIRUDIN BIN SAMINGAN SDR MUHAMMAD FAIZAL BIN JUWINI SDR MOHD FIRDAUS BIN MAHPAR SDR ZAMRI BIN HJ MD RAYA


m u k a s u r a t | 20 SENARAI PENUH KLUSTER DAN SEKRETARIAT PERGERAKAN PEMUDA UMNO BAHAGIAN LEDANG BIL KLUSTER SEKRETARIAT PENGERUSI 1. KLUSTER PEMERKASAAN EKONOMI SEKRETARIAT PENJANAAN EKONOMI SDR MOHD. NOOR B. MAIDIN 2. KLUSTER KADERISASI DAN TARBIYAH AKADEMI PEMUDA SDR NORIZAN B. AZALI SEKRETARIAT TUNAS MUDA SDR MUHD. TAUFIQ B. ABD.HAMID SEKRETARIAT MAHASISWA SDR MOHAMMAD AZLAN SHAH B. ZOLKIFLI SEKRETARIAT PELAJAR LUAR NEGARA SDR MASLAN B. DAWAMI SEKRETARIAT PROFESIONAL MUDA SDR MOHD KHAIRUDIN B. SAMINGAN SEKRETARIAT AGAMAWAN MUDA SDR AZFAR B. IDRUS SEKRETARIAT KESATRIA MUDA SDR MUHAMMAD YAAKUB B. IBRAHIM SEKRETARIAT HUBUNGAN NGO SDR MOHD NASIR B. UDIN 3. PENYELIDIKAN DAN KOMUNIKASI SEKRETARIAT PEMBANGUNAN PENYELIDIKAN SDR FAKHRUR RAZI B. A.RAHMAN SEKRETARIAT MEDIA DAN DIGITAL SDR MOHD FIRDAUS B. ABDULLAH SEKRETARIAT PENERANGAN SDR NOOR AMIRUL ASHRAF B. ABD RAZAK MESYUARAT AJK PERGERAKAN PEMUDA UMNO BAHAGIAN LEDANG 2022 TARIKH MASA BILANGAN TEMPAT 23 Jan 2022 9.00 malam 1/2022 Pejabat UMNO Bahagian Ledang 8 Jun 2022 2.30 petang 2/2022 Menara Dato’ Onn, WTC 12 Sep 2022 9.00 malam 3/2022 Pejabat UMNO Bahagian Ledang 26 Okt 2022 9.00 malam 4/2022 Pusat Khidmat Adun Gambir 27 Okt 2022 9.00 malam 5/2022 Rumah Keluarga Serom 28 Okt 2022 9.00 malam 6/2022 Pejabat UMNO Bahagian Ledang


m u k a s u r a t | 21 LAPORAN AKTIVITI PERGERAKAN PEMUDA UMNO BAHAGIAN LEDANG 2022 1.0 PROGRAM : PERHIMPUNAN AGUNG UMNO 2022 TARIKH : 12 JANUARI 2023 TEMPAT : WTC, K.LUMPUR 2.0 PROGRAM : KEMPEN PRU 15 TARIKH : 5 – 19 NOVEMBER 2022 TEMPAT : SELURUH PARLIMEN LEDANG 3.0 PROGRAM : RAMAH MESRA BERSAMA MASYARAKAT ORANG ASLI TARIKH : 4 NOVEMBER 2022 TEMPAT : PERKAMPUNGAN ORANG ASLI TANAH GEMBUR


m u k a s u r a t | 22 4.0 PROGRAM : PERJUMPAAN DENGAN KPC DUN TANGKAK TARIKH :29 OKTOBER 2022 TEMPAT : BILIK MESYUARAT UMNO BAHAGIAN LEDANG 5.0 PROGRAM : PERJUMPAAN DENGAN KPC DUN SEROM TARIKH :28 OKTOBER 2022 TEMPAT : RUMAH KELUARGA SEROM 6.0 PROGRAM : PERJUMPAAN DENGAN KPC DUN GAMBIR TARIKH :27 OKTOBER 2022 TEMPAT : PUSAT KHIDMAT WAKIL RAKYAT DUN GAMBIR


m u k a s u r a t | 23 7.0 PROGRAM : SUKAN BANGSA JOHOR TARIKH : 22 OKTOBER 2022 TEMPAT : NUSAJAYA 8.0 PROGRAM : MESYUARAT PERWAKILAN PEMUDA UMNO BAHAGIAN LEDANG TARIKH : 8 OKTOBER 2022 TEMPAT : DEWAN SERBAGUNA BUKIT GAMBIR 9.0 PROGRAM : RENTAP PENALTI PARLIMEN LEDANG TARIKH : 3 OKTOBER 2022 TEMPAT : PADANG KKTM SEROM


m u k a s u r a t | 24 10.0 PROGRAM : KENDURI TAHLIL ALLAHYARHAM MOHD YATIM B. OTHMAN TARIKH : 24 SEPTEMBER 2022 TEMPAT : KEDIAMAN ALLAHYARHAM DI TG GADING 11.0 PROGRAM : LAWATAN MBJ KE PARLIMEN LEDANG TARIKH : 19 SEPTEMBER 2022 TEMPAT : GAMBIR -TANGKAK- SEROM 12.0 PROGRAM : LAWATAN EXCO KE TANGKAK RACING TRACK TARIKH : 19 SEPTEMBER 2022 TEMPAT : TANGKAK RACING TRACK


m u k a s u r a t | 25 13.0PROGRAM : PERBARISAN HARI KEMERDEKAAN PERINGKAT DAERAH TANGKAK TARIKH : 31 OGOS 2022 TEMPAT : DATARAN TANGKAK 14.0 PROGRAM : PERTANDINGAN FUTSAL DAN SEPAK TAKRAW DUN SEROM TARIKH : 1 OGOS 2022 TEMPAT : KOMPLEKS SUKAN PULAU PENARIK 15.0 PROGRAM : PERTANDINGAN MOBILE LEGEND PIALA YB ADUN GAMBIR TARIKH : 18 JUN 2022 TEMPAT : DEWAN MUAFAKAT BKT GAMBIR


m u k a s u r a t | 26 16.0 PROGRAM : MESYUARAT AJK BIL 2/2022 TARIKH : 8 JUN 2022 TEMPAT : MENARA DATO’ ONN, WTC K.LUMPUR 17.0 PROGRAM : HALAQAH BERSAMA KPUM TARIKH : 8 JUN 2022 TEMPAT : KEDIAMAN KPUM 18.0 PROGRAM : AGIHAN BUMBUR LAMBUK RAMADHAN BERSAMA ADUN GAMBIR TARIKH : 10 APRIL 2022 TEMPAT : BAZAR RAMADHAN SEKITAR BKT GAMBIR


m u k a s u r a t | 27 19.0 PROGRAM : PERTANDINGAN FUTSAL TERTUTUP PARLIMEN LEDANG TARIKH : 20 FEBRUARI 2022 TEMPAT : SERENTAK DI 3 DUN 20.0 PROGRAM : KEMPEN PRN JOHOR TARIKH : 26 FEBRUARI – 13 MAC 2022 TEMPAT : KESEMUA DUN DALAM PARLIMEN LEDANG 21.0 PROGRAM : WALKABOUT PASAR TANI, PASAR LAMBAK DAN PASAR MALAM TARIKH : 19 FEBRUARI 2022 TEMPAT : PASAR TANI DAN PASAR MALAM SELURUH LEDANG


m u k a s u r a t | 28 SENARAI CAWANGAN YANG BERSIDANG DAN CAWANGAN YANG BERTARAF PEMERHATI DUN GAMBIR DUN TANGKAK DUN SEROM 1. AIR PANAS 2. GAUNG KEPAR 3. MELAYU RAYA 4. PARIT BUNGA RAYA HUJUNG 5. PARIT KASSIM 6. PARIT KERINCHI 7. SAGIL PT 1 8. SAGIL PT 2 9. SAGIL PT 3 10. SERI MELAKA 11. SUNGAI JAYA 12. SUNGAI LEBAN 13. PEKAN SAGIL 17. PARIT KASSAN 18. SERI MENANTI 19. PT HJ IDRIS 20. KURNIA JAYA 1. ANJUNG MAKMUR 2. KG ANJUNG BATU 1 3. PADANG LALANG 4. PADANG LEREK 1 5. TAMAN TIARA 6. TANGKAK JAYA UTAMA 7. TAMAN WAWASAN 8. KG ANJUNG BATU 2 9. ANJUNG BATU 1. KESANG TASEK 2. PARIT SIALANG 3. PARIT DAHLAN 4. SEROM 3 5. SUNGAI MATI 6. TANJUNG GADING LAUT 7. KG KENANGAN TUN SYED NASIR 8. PT PULAI 9. PARIT BUNGA 10. SEROM 2A 11. RAWANG 12. TG AGAS 13. BUKIT KANGKAR 14. TELOK RIMBA 15. KESANG 16. TANJUNG GADING BARAT PEMERHATI 21. JLN BATU PT TURUN 22. TAMAN MULIA BUKIT GAMBIR 23. TAMAN CEMPAKA 24. SUNGAI RAMBAI 25. SAWAH RING 26. PARIT BUNGA RAYA LUAR 27. KG BARU BUKIT KATIL 28. BUKIT GAMBIR 29. KG KONGGO 30. KG DATO NGAH SENGKANG 31. SENGKANG BATU 18 32. BELEMANG ESTATE, KG BARU SAGIL 33. KAMPONG MELEPANG SAGIL 34. LADANG SAGIL 35. MELEPANG GANTIAN ESTATE 36. PARIT JARUM DARAT 37. PARIT JARUM TENGAH 38. HANG TUAH 39. SIMPANG 5 DARAT 40. SIMPANG 4 PARIT JARUM 41. SENGKANG BT 19 42. PT ZING 43. TAMAN BANDAR BARU BKT GAMBIR 44. MERANTI SUNDAI 10. PADANG LEREK 2 11. TAMAN MEGA RIA 12. TAMAN SRI LEDANG/ TAMAN SIALANG 13. BUKIT BANJAR 14. SERI MAKMOR 15. KG SIALANG TENGAH 16. RUMAH PANGSA 17. RELAU ASAHAN 18. KG BARU BEKOH 19. PAYAMAS 20. PENGKALAN BESAR 21. SIALANG 22. SIALANG DALAM 23. TAMAN TANGKAK JAYA/ TAMAN PAYAMAS 24. SOLOK 25. BANDAR BARU TANGKAK 17. SEROM 1 18. SEROM 5 HULU B 19. SEROM 6 LUAR 20. TANJUNG GADING TIMUR 21. JALAN MASJID, SEROM 3 22. TAMAN GARUDA 23. TAMAN MULIA KESANG 24. PARIT PONOROGO 25. SEROM 4 26. SEROM 5 HULU A 27. KESANG LAUT 28. JALAN AHMAD 29. SEROM 2B 30. SEROM 8 31. TAMAN SERI KESANG 32. TAMAN SEROM UTAMA 33. TANJUNG GADING TIMUR 34. PAYA KEPONG 35. PT HJ OTHMAN 36. PANTAI LAYANG 37. SEROM 6 38. KG GELUGOR 20/44 9/25 16/38 JUMLAH 45/107


m u k a s u r a t | 29 PENYATA KEAHLIAN DAN CAWANGAN 2022 1.0 KEDUDUKAN KEAHLIAN PERGERAKAN PEMUDA UMNO BAHAGIAN LEDANG DUN 2018 2019 2020 2021 2022 DUN GAMBIR 1384 1373 1599 1460 1484 DUN TANGKAK 881 891 872 809 830 DUN SEROM 1344 1348 1488 1387 1419 JUMLAH KESELURUHAN 3609 3612 3959 3656 3733 2.0 KEDUDUKAN CAWANGAN 2.1 JUMLAH CAWANGAN YANG LAYAK BERSIDANG DUN 2018 2019 2020 2021 2022 DUN GAMBIR 41 42 43 43 44 DUN TANGKAK 27 25 25 25 25 DUN SEROM 39 37 38 38 38 JUMLAH KESELURUHAN CAWANGAN 107 104 106 106 106 2.2 JUMLAH CAWANGAN YANG BERSIDANG DUN 2018 2019 2020 2021 2022 DUN GAMBIR 12 19 25 26 20 DUN TANGKAK 6 16 16 15 9 DUN SEROM 10 17 19 19 16 JUMLAH KESELURUHAN CAWANGAN 28 52 60 61 45 2.3 JUMLAH CAWANGAN YANG TIDAK BERSIDANG/PEMERHATI DUN 2018 2019 2020 2021 2022 DUN GAMBIR 29 23 22 21 24 DUN TANGKAK 21 9 9 9 16 DUN SEROM 29 20 19 19 22 JUMLAH KESELURUHAN CAWANGAN 79 52 50 49 62


m u k a s u r a t | 30 PENYATA KEWANGAN PERGERAKAN PEMUDA UMNO BAHAGIAN LEDANG BERAKHIR 31 DISEMBER 2022 BUTIRAN WANG MASUK BUTIRAN WANG KELUAR Baki pada Disember 2021 RM 647.00 24/2/22 Ketua Pemuda UMNO Bahagian Ledang RM 5000.00 2022 Mesyuarat AJK Pemuda Bahagian RM 4 450.00 6/7/22 Badan Perhubungan UMNO Johor RM 5000.00 2022 Program PUBL RM 8 350.00 12/9/22 Ketua UMNO Bahagian Ledang RM 5000.00 2022 Perhimpunan Agung UMNO RM 1 750.00 Jumlah Wang Masuk RM 15 647.00 Jumlah Wang Keluar RM 14 550.00 Jumlah Perbelanjaan RM 15 647.00 – RM 14 550.00 Baki 31 Disember 2022 : RM 1097.00


m u k a s u r a t | 31 Kami yang bertandatangan di bawah telah menyemak dan memeriksa penyata Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Ledang dan mendapati ianya betul dan diurus dengan baik: Disediakan Oleh: ……………………………………………………… Sdr Mohd Noor Bin Maidin Penolong Bendahari Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Ledang Diperiksa Oleh: ………………………………………………… Tn Hj Omar Bin Mustari Pemeriksa Kira-kira 1 Diperiksa Oleh: …………………………………………………. Tn Hj Omar Bin Atan Pemeriksa Kira-Kira 2


SEKALUNG PENGHARGAAN Ybhg Datuk Dr Ir Hj Hamim Bin Samuri Ketua UMNO Bahagian Ledang Datuk Hj Abd Rahim Bin Talib Timbalan Ketua UMNO Bahagian Ledang Datuk Hjh Fahariyah Binti Md Nordin Naib Ketua UMNO Bahagian Ledang YB Hjh Khairin Nisa Binti Ismail Ketua Wanita UMNO Bahagian Ledang Merangkap ADUN Serom YB Tn Sahrihan Bin Jani ADUN Gambir Tn Hj Arifudin Bin Wagiman Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Ledang Sdr Norizan Bin Azali Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Ledang Tn Hj Bahri Bin Sakrani Setiausaha UMNO Bahagian Ledang Tn Hj Othman Bin Kadir Bendahari UMNO Bahagian Ledang Ahli-Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Ledang Ahli-Ahli Jawatankuasa Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Ledang Setiausaha Kerja Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Ledang Staff Pejabat UMNO Bahagian Ledang Ketua Pemuda UMNO Cawangan Dan Perwakilan Cawangan BERSATU BERSETIA BERKHIDMAT


Click to View FlipBook Version