The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

PANDUAN DAN PERATURAN KECIL SEKOLAH RENDAH ISLAM CAHAYA UMMI

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by sricuis, 2024-03-21 22:57:09

2024 PANDUAN DAN PERATURAN KECIL SEKOLAH RENDAH ISLAM CAHAYA UMMI

PANDUAN DAN PERATURAN KECIL SEKOLAH RENDAH ISLAM CAHAYA UMMI

PANDUAN DAN PERATURAN KECIL SEKOLAH RENDAH ISLAM CAHAYA UMMI NOTA PENTING: • Dokumen ini bertujuan untuk memaklumkan kepada ibu bapa/penjaga beberapa • maklumat dan syarat penting berkenaan dengan pengurusan murid-murid di SRICU. • Para ibu bapa/penjaga hendaklah membaca dan memahami butiran-butiran yang • terkandung di dalam peraturan ini. • Para ibu bapa/penjaga juga diminta untuk menurunkan tandatangan persetujuan yang disertakan bersama dan diserahkan kepada pihak sekolah untuk tujuan perekodan. • Pihak sekolah berhak membuat pengemaskinian dan penambahan ke atas dokumen ini dari semasa ke semasa dan ibu bapa/penjaga akan dimaklumkan. MAKLUMAN UMUM: Peraturan am: 1. Ibu bapa/penjaga wajib menutup aurat ketika berada di kawasan sekolah. 2. Ibu bapa/penjaga tidak dibenarkan merokok di kawasan sekolah. SUKATAN PELAJARAN: i. Sukatan pelajaran yang dilaksanakan adalah berpandukan kepada sukatan yang telah diluluskan dan ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia iaitu Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) dan Modul Tahun 1, 2 dan 3 SRICU. ii. Pihak sekolah telah membuat pelarasan untuk tujuan integrasi pembelajaran/Pendidikan agama Islam di dalam sukatan pelajaran bagi setiap tahun pembelajaran (KAFA) berdasarkan sukatan pelajaran Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI).


iii. Proses integrasi tersebut boleh dilihat melalui jadual waktu harian yang telah diselaraskan. iv. Semua murid-murid adalah diwajibkan untuk menunaikan solat Zohor dan Asar berjemaah. v. Sesi hafazan dan tilawah (mengaji) dimasukkan dalam sesi pembelajaran. Sesi hafazan diadakan setiap pagi iaitu hari Isnin hingga Khamis dari jam 8.00 pagi8.45 pagi. Ibu bapa digalak mendapatkan kelas mengaji tambahan di luar untuk anak-anak. vi. Perhimpunan Rasmi akan diadakan pada setiap hari Jumaat. KEMUDAHAN-KEMUDAHAN: Pihak sekolah telah menyediakan kemudahan-kemudahan seperti berikut untuk murid-murid:- i. Bilik Darjah : Pihak pengurusan begitu komited menyediakan bilik-bilik darjah yang cantik dan bersih untuk keselesaan semua murid. Bilangan maksimum murid di dalam setiap kelas adalah di antara 15 hingga 25 orang mengikut kebesaran bilik darjah demi memastikan setiap pelajar mendapat persekitaran yang kondusif semasa proses pengajaran dan pembelajaran. ii. Kemudahan Pusat Sumber yang dimuatkan dengan bahan-bahan bacaan yang bersesuaian dengan murid (masih dalam penambahbaikan dan mengalu-alukan sumbangan buku). iii. Bahan Bantu Mengajar disediakan mengikut keperluan guru (masih dalam usaha memperbanyak bahan bantu mengajar). iv. Kantin sebagai ruang penyediaan makanan murid-murid. v. Dewan Terbuka yang terletak bersebelahan kantin yang mempunyai keluasan agak besar dan selesa. Dewan ini akan digunakan untuk makan, solat, slot ummi, usrah, aktiviti luar bilik darjah dan sebagainya. vi. Kemudahan Makmal Sains disediakan bagi memenuhi keperluan pengajaran dan pembelajaran Sains. vii. Televisyen dan WIFI dipasang di setiap kelas bagi membantu pengajaran dan pembelajaran setiap hari. YURAN PENDAFTARAN DAN YURAN BULANAN PERSEKOLAHAN:


i. Yuran pendaftaran dan bulanan telah pun ditetapkan dan dimaklumkan kepada para ibu bapa/penjaga semasa sesi pendaftaran. Pembayaran yuran pendaftaran boleh dibuat secara ansuran sehingga penghujung Mei setiap tahun semasa. Sebarang perubahan yuran bulanan akan dimaklumkan terlebih dahulu kepada ibubapa/penjaga. ii. Bayaran yuran penuh mesti dijelaskan sebelum atau selewat-lewatnya pada 5hb setiap bulan. Kerjasama ibubapa/penjaga membuat pembayaran pada masa yang ditetapkan sangat dihargai. iii. Ibu bapa adalah digalakkan membuat pembayaran yuran secara 1. FPX – www.my06.awfatech.com/sricu 2. Online Transfer iv. Maklumat pembayaran adalah seperti berikut: Pengurusan Cahaya Ummi Sdn Bhd 1404-000-2690-716 (BANK MUAMALAT) ● Resit transaksi pembayaran yuran diemailkan ke : [email protected] (Bank notifikasi tidak diterima). ● Berserta (nama murid), (kelas) dan rujukan (yuran/van) TUNGGAKAN YURAN: i. Surat peringatan pertama akan dikeluarkan jika sekiranya dua bulan yuran tidak dijelaskan. ii. Jika sekiranya bayaran bagi bulan yang ketiga masih tidak dijelaskan maka pihak sekolah akan menggantung persekolahan anak bermula bulan yang keempat sehingga bayaran yuran sekurang-kurangnya untuk sebulan dijelaskan.


AKTIVITI/PROGRAM SRICU i. Semua ibu bapa dimestikan / diwajibkan mengikuti / memberi kerjasama sepenuhnya dalam setiap aktiviti / program yang dijalankan oleh pihak SRICU. ii. Sebarang aktiviti / program yang dirancang akan dimaklumkan kepada murid-murid melalui SMS/WHATSAPP dan buku maklumat.Kerjasama ibubapa adalah amat dihargai demi memastikan sebarang aktiviti dapat dijalankan dengan sempurna dan sebagai menunjukkan keprihatinan ibu bapa terhadap anak-anak serta pihak sekolah iii. Pemilihan murid dalam sebarang anugerah atau pencapaian samada dalam bidang akademik atau pun sahsiah mengambil kira penglibatan ibubapa di dalam setiap aktiviti dan program sekolah. KERJA SEKOLAH/LATIHAN i. Ibu bapa/penjaga diminta untuk memberi kerjasama dengan menyemak dan meneliti kerja sekolah serta latihan yang diberi oleh tenaga pengajar SRICU terurtama anak-anak yang berada di tahap 2. Sekolah hanya dapat memberi tumpuan sepanjang anak-anak berada di sekolah selebihnya bergantung kepada inisiatif ibu bapa/penjaga supaya anak-anak mengulangkaji pelajaran semasa mereka berada di rumah. ii. Ibu bapa/ penjaga juga boleh mengetahui perkembangan terkini dari semasa ke semasa mengenai pencapaian akademik anak-anak dengan membuat temujanji bersama guru kelas masing-masing. CUTI PERSEKOLAHAN i. Cuti tahunan persekolahan berdasarkan takwim yang telah ditetapkan oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia dan takwim Sekolah Rendah Islam Cahaya Ummi. ii. Sekiranya terdapat sebarang maklumat penting, pihak sekolah akan menyampaikan maklumat melalui surat / WhatsApp kepada murid-murid atau pun menghubungi ibu bapa/penjaga secara terus. iii. Talian yang boleh dihubungi: PEJABAT: 03-6525 2421 | WHATSAPP 012-372 9896


iv. Alamat surat menyurat: Sekolah Rendah Islam Cahaya Ummi d/a Surau Jumaat Ibrahimiah, Jalan 2/12, Kampung Batu Muda, 51100 KL v. Laman sesawang sekolah: www.sricu.edu.my PERATURAN PERSEKOLAHAN PERKARA 1: KEHADIRAN 1.1 PERATURAN AM 1.1.1Masa Persekolahan Isnin-Khamis : 7:30 pagi – 5:00 petang Jumaat: 7:30 pagi – 2:15 petang (dibenarkan pulang jam 12:30 tengahari) ❖ Guru bertugas hanya akan berada di sekolah sehingga pukul 5.30 petang sahaja. Selepas waktu tersebut, murid-murid bukan lagi di bawah tanggungjawab pihak sekolah. ❖ Ibu bapa hendaklah memastikan murid tidak berada di sekolah melebihi jam 6:00 petang pada setiap hari Isnin hingga Khamis dan tidak melebihi jam 3:00 petang pada setiap hari Jumaat (kecuali yang terlibat kelas tambahan). 1.1.2Setiap murid diwajibkan hadir ke sekolah pada hari pertama persekolahan. Bagi murid-murid yang tidak dapat hadir atas sebab-sebab tertentu, murid mestilah menyertakan dokumen seperti berikut: ❖ Sakit – mesti mempunyai surat pengesahan doctor/pegawai perubatan. ❖ Kematian – mesti mempunyai surat pengesahan kematian daripada hospital/penghulu/ibu/bapa/penjaga. 1.1.3Murid-murid yang lewat hadir ke sekolah mestilah melaporkan diri kepada Guru Disiplin atau pengawas yang bertugas dan dikehendaki membuat satu barisan di belakang barisan utama ketika perhimpunan 1.1.4Kehadiran murid lewat ke sekolah 3 hari dalam seminggu, akan diberi “Surat Amaran Pertama” (warna biru). 1.1.5Kehadiran murid lewat ke sekolah 3 hari dalam seminggu berikutnya, akan diberi “Surat Amaran Kedua” (warna kuning) serta akan dihubungi oleh Puan Guru Besar.


1.1.6 Kehadiran murid lewat ke sekolah 3 hari dalam seminggu berikutnya, akan diberi “Surat Amaran Terakhir” (warna merah) dan ibu bapa akan dipanggil untuk memberi penjelasan atas kelewatan murid. 1.1.7 Kehadiran murid lewat ke sekolah 3 hari dalam seminggu berikutnya maka murid tersebut akan digantung persekolahan selama seminggu bermula minggu yang berikutnya. Surat penggantungan sekolah akan dikeluarkan. 1.1.8 Pemakluman cuti sakit bagi murid yang dimaklumkan kepada guru kelas hendaklah disusuli dengan surat atau sijil cuti sakit. 1.1.9 Kelas tambahan dan aktiviti Ko-kurikulum : Mengikut ketetapan pihak sekolah yang akan dimaklumkan dari semasa ke semasa. 1.1.10 Kelas tambahan dan aktiviti Ko-kurikulum juga dikira sebagai hari persekolahan dan kehadiran murid diambil kira. Semua murid mestilah menepati masa hadir ke sekolah/kelas tambahan/kelas amali/aktiviti kokurikulum dan lain-lain aktiviti yang dijalankan oleh pihak sekolah. PERKARA 2: UJIAN DAN PEPERIKSAAN TAHAP 2 2.1 PERATURAN AM 2.1.1 Semua murid (warganegara) boleh menduduki ujian dan peperiksaan yang dikendalikan oleh pihak sekolah, Kementerian Pendidikan Malaysia dan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) atas nasihat dan pandangan pihak sekolah. 2.1.2 Murid-murid yang mempersendakan ujian dan peperiksaan dalam apa jua bentuk sekalipun akan dianggap melakukan kesalahan dan boleh dikenakan tindakan. 2.1.3 Semua murid tidak dibenarkan keluar dari dewan atau bilik peperiksaan sebelum waktu ujian/peperiksaan tamat kecuali atas kebenaran pihak yang berkenaan. 2.1.4 Semua murid mestilah bersifat jujur dan dilarang melakukan penyelewengan / penipuan dalam ujian/peperiksaan.


2.1.5 Semua murid hendaklah mematuhi arahan Unit Peperiksaan Sekolah/Lembaga Peperiksaan Malaysia sewaktu menduduki peperiksaan penggal/UPKK/UPSR/UPSRA dan sebagainya. 2.1.6 Tidak ada peperiksaan/ujian ulangan bagi murid yang tidak hadir menduduki ujian bulanan atau peperiksaan penggal melainkan dimaklumkan dengan sebab yang munasabah. PERKARA 3: KEGIATAN KO-KURIKULUM 3.1 PENGLIBATAN MURID 3.1.1 Semua murid tahap 2 Sekolah Rendah Islam Cahya Ummi diwajibkan mengambil bahagian dalam kegiatan ko-kurikulum. 3.1.2 Murid-murid diwajibkan mengambil bahagian dalam gerak kerja ko-kurikulum sekolah dalam bidang berikut: ❖ Satu gerak kerja Pasukan Berpakaian Seragam ❖ Satu gerakan Persatuan/Kelab ❖ Satu gerak kerja Sukan dan Permainan 3.1.3 Setiap perjumpaan, murid hendaklah membawa buku rekod gerak kerja kokurikulum dan diserahkan sendiri kepada guru penasihat untuk ditandatangani dan akan diserahkan kembali kepada murid pada hari yang sama. 3.1.4 Semua butiran murid diisi oleh Guru Kelas dan maklumat yang lain tentang kegiatan murid diisi oleh Guru Penasihat.


3.2 PERATURAN-PERATURAN PERSATUAN/KELAB 3.2.1 Semua persatuan/kelab mempunyai perlembagaannya sendiri yang telah diluluskan oleh Guru Besar. 3.2.2 Semua persatuan/kelab wajib menyerahkan secara bertulis Perlembagaan masing-masing kepada Guru Besar/GPK Kokurikulum. 3.2.3 Semua persatuan/kelab wajib menyerahkan satu salinan perancangan tahunan, senarai nama AJK dan ahli-ahli Persatuan/Kelab kepada PK KoKurikulum. 3.2.4 Semua murid dikehendaki menjelaskan yuran persatuan/kelab/unit beruniform yang dianggotai seperti yang telah ditetapkan dalam perlembagaan masing-masing. 3.2.5 Semua murid hendaklah mematuhi segala peraturan sekolah dan peraturanperaturan gerak kerja kokurikulum. 3.2.6 Sebarang lawatan di dalam atau ke luar negeri yang dianjurkan oleh Persatuan/kelab/Pasukan Berpakaian Seragam atau Sukan dan Permainan adalah dianggap sebagai rombongan yang rasmi dan semua pelajar hendaklah mematuhi semua peraturan sekolah demi menjaga nama baik sekolah. 3.2.7 Setiap Persatuan/kelab/Pasukan Berpakaian Seragam atau Sukan dan Permainan yang menaja sesebuah lawatan hendaklah wajib mendapatkan kebenaran bertulis dan menyerahkan maklumat atau butiran berhubung dengan lawatan tidak lewat dari 4 minggu dari tarikh lawatan kepada Guru Besar. 3.2.8 Semua murid juga wajib mendapatkan kebenaran ibu bapa/penjaga sebelum mengikuti mana-mana lawatan/rombongan.


PERKARA 4: PENGAWAS SEKOLAH 4.1 PERATURAN AM 4.1.1 Pengawas sekolah adalah dilantik oleh pihak sekolah. Mereka dipilih daripada murid murid yang mempunyai peribadi baik, dapat memikul tanggungjawab dengan jujur, dedikasi dan berani menjalankan tugas. 4.1.2 Semua pengawas dilantik secara rasmi. Mana-mana pengawas boleh dilucutkan jawatan jika melanggar peraturan dan disiplin atau tidak berkeupayaan manjalankan tugas. 4.1.3 Pengawas-pengawas adalah bertanggungjawab untuk mengawasi dan mempastikan peraturan sekolah diikuti dan dipatuhi oleh semua murid Sekolah Rendah. 4.1.4 Murid-murid tidak dibenarkan menentang atau melawan pengawas sekolah dan mereka mesti mematuhi arahan pengawas. 4.1.5 Pengawas-pengawas adalah tertakluk di bawah peraturan sekolah dan peraturan khas pengawas 4.1.6 Pengawas-pengawas wajib melaksanakan tugas yang diarahkan oleh pihak sekolah dari semasa ke semasa 4.1.7 Membantu pihak sekolah melakukan ‘spot check’ kepada murid. 4.1.8 Pengawas sekolah juga digalakkan hadir ke sekolah lebih awal daripada murid-murid lain termasuk ke acara/majlis rasmi. 4.1.9 Pengawas yang melanggar peraturan sekolah akan digantung jawatan dan dilucutkan jawatan jika melakukan kesalahan berulang. 4.1.0 Pengawas wajib menjaga nama baik dan imej Badan Pengawas Sekolah Rendah Islam Cahaya Ummi sepanjang masa.


4.2 PAKAIAN RASMI 4.2.1 Kategori pakaian dan jadual pemakaian: ❖ Lelaki: baju raihan unggu, seluar panjang biru, kopiah putih penuh (lihat gambar). ❖ Perempuan: ❖ Jubah seluar ungu dan “handsock” berwarna hitam/putih ❖ Kasut hitam dan stokin berwarna hitam/putih. 4.2.2 Pakaian rasmi Pengawas Sekolah wajib dipakai pada setiap hari dan semasa acara/majlis rasmi sekolah. ❖ Lelaki: baju raihan peach lengan panjang, seluar panjang biru, kopiah putih. ❖ Perempuan: ❖ Jubah seluar peach, tudung peach dan “handsock” berwarna hitam/putih ❖ Kasut hitam dan stokin berwarna hitam/putih. 4.2.3 Pakaian rasmi Pengawas Pusat Sumber/Pustakawan wajib dipakai pada setiap hari dan semasa acara/majlis rasmi sekolah. ❖ Lelaki: baju raihan kuning susu lengan panjang, seluar panjang biru, kopiah putih. ❖ Perempuan: ❖ Jubah seluar kuning susu, tudung kuning susu dan “handsock” berwarna hitam/putih ❖ Kasut hitam dan stokin berwarna hitam/putih 4.2.4 Pakaian Pendidikan Jasmani ialah: ❖ Lelaki: T-Shirt putih lengan panjang/pendek, seluar sukan berwarna hitam atau biru gelap beserta vest sekolah. ❖ Perempuan: T-Shirt putih lengan panjang, seluar sukan berwarna hitam atau biru gelap beserta vest sekolah. ❖ T-Shirt Ko Kurikulum Sekolah. ❖ T-shirt sukan tahunan SRICU diizinkan


Contoh pakaian rasmi murid lelaki dan murid perempuan: Contoh pakaian pendidikan jasmani murid lelaki dan murid perempuan:


PERKARA 5: KELUAR/MASUK KAWASAN SEKOLAH 5.1 KELUAR DARI KAWASAN SEKOLAH 5.1.1 Hanya ibu bapa / penjaga murid sahaja yang dibenarkan membawa keluar murid dari kawasan sekolah sekiranya berlaku kecemasan dengan pengetahuan pihak sekolah. 5.1.2 Ibu bapa wajib mengisi borang kebenaran membawa anak keluar dan diserahkan kepada GPK. HEM / Guru Disiplin / Guru Bertugas. 5.1.3 Bagi murid yang menyertai aktiviti di luar sekolah, ibu bapa/penjaga mesti menandatangani surat kebenaran mengikuti aktiviti yang dianjurkan oleh pihak sekolah, Pejabat Pelajaran Daerah, Jabatan pelajaran Negeri, Kementerian Pelajaran Malaysia mahupun pihak swasta atau NGO. 5.1.4 Murid tidak dibenarkan meninggalkan kawasan sekolah dalam tempoh pembelajaran yang ditetapkan tanpa pengetahuan daripada pihak sekolah. 5.1.5 Bagi murid yang memerlukan rawatan perubatan di klinik/hospital, mesti mendapatkan surat kebenaran daripada pihak sekolah yang ditandatangani oleh GPK HEM/guru disiplin/guru bertugas. Setelah selesai mendapatkan rawatan, murid dikehendaki mengembalikan keratan surat tersebut yang telah ditandatangani oleh Pegawai Perubatan/Doktor yang telah merawat murid kepada guru yang berkenaan sebagai bukti bahawa anda telah dirawat. 5.1.6 Mana-mana murid yang keluar dari kawasan sekolah tanpa kebenaran, pihak sekolah tidak akan bertanggungjawab sekiranya berlaku sesuatu perkara yang tidak diingini terhadap murid tersebut. 5.1.7 Sekiranya murid sakit atau mengalami kecederaan semasa berada di sekolah, ibu bapa/penjaga dikehendaki mengambil murid tersebut. Sekiranya ibu bapa/penjaga tidak dapat dihubungi, maka guru boleh menghantar murid tersebut ke hospital/klinik.


5.1.8 Murid yang diberi kebenaran pulang awal adalah untuk kes kematian, sakit atau urusan kad pengenalan atau sijil kelahiran serta alasan yang munasabah. 5.1.9 Ibu bapa/penjaga dikehendaki mengisi borang kebenaran pulang, sebagai bukti perakuan membawa balik anak di bawah jagaan, atas urusan seperti yang dinyatakan di atas. 5.2 MASUK KE KAWASAN SEKOLAH (PADA HARI PERSEKOLAHAN) 5.2.1 Kenderaan ibu bapa/penjaga/pelawat tidak dibenarkan masuk ke kawasan sekolah kecuali sewaktu hujan atau kecemasan. 5.2.2 Setiap ibu bapa/penjaga/pelawat dilarang sama sekali terus menemui anak di bawah jagaan mereka di dalam kelas tanpa kebenaran guru. 5.2.3 Setiap ibu bapa/penjaga/pelawat yang ingin masuk ke kawasan sekolah mesti mendapatkan kebenaran daripada pihak pentadbiran sekolah terlebih dahulu. PERKARA 6: PERHIMPUNAN 6.1 PERATURAN AM 6.1.1 Murid perlu berada di kawasan perhimpunan 5 minit sebelum masa perhimpunan diadakan. 6.1.2 Semasa perhimpunan sekolah, semua murid diwajibkan hadir. Murid-murid hendaklah beratur di luar kelas mengikut tahun dan berjalan segera dengan teratur ke tempat perhimpunan. Di tempat perhimpunan, murid hendaklah berbaris mengikut tahun seperti yang telah ditetapkan. 6.1.3 Atur cara perhimpunan adalah seperti berikut: a. Ucapan Pengerusi Majlis b. Bacaan Ikrar sekolah dan Ikrar Rukun Negara c. Nyanyian lagu Asma Al-Husna, Negaraku, Lagu Wilayah dan Demi Matahari


d. Bacaan Al-Ma’thurat e. Ucapan guru bertugas f. Ucapan guru disiplin g. Ucapan mana-mana guru h. Ucapan Guru Besar 6.1.4 Masa perhimpunan: a. Isnin – Khamis : 7.30 pagi –8:00 pagi (perhimpunan harian) b. Jumaat : 7.30 pagi – 8.30 pagi (perhimpunan besar) c. Perhimpunan juga boleh dilakukan mengikut mana-mana keperluan. 6.1.5 Semasa berada di tempat perhimpunan, semua murid dikehendaki berdiam diri dan senyap. 6.1.6 Semua murid dikehendaki mengalunkan Asma Al- Husna, lagu Negaraku, lagu Wilayah dan lagu Demi Matahari dengan teratur dan penuh semangat. 6.1.7 Semua murid dikehendaki sentiasa senyap dan memberi perhatian yang sepenuhnya kepada ucapan dan pengumuman yang disampaikan oleh Guru Besar dan guru-guru. 6.1.8 Murid yang lewat dikehendaki berdiri tegak di mana-mana sahaja dia berada dalam kawasan sekolah semasa lagu Kebangsaan, negeri dan sekolah dinyanyikan, sebagai tanda menghormati lagu tersebut. Murid-murid ini dikehendaki membuat satu barisan khas di tepi tapak perhimpunan.


PERKARA 7: KESOPANAN DAN KESUSILAAN MURID 7.1 KESOPANAN DALAM SEKOLAH 7.1.1 Loceng pertama akan dibunyikan pada jam 7.25 pagi manakala loceng kedua akan dibunyikan pada jam 7.30 pagi. 7.1.2 Murid dikehendaki hadir ke sekolah dalam keadaan berwudhuk untuk menunaikan Solat Dhuha berjemaah di sekolah. 7.1.3 Sekiranya guru tidak datang ke kelas dalam masa 5 minit, ketua kelas/penolong ketua kelas dikehendaki bertanya kepada guru bertugas. 7.1.4 Semua murid bertanggungjawab menjaga peralatan di dalam kelas. Ketua kelas mesti melaporkan kepada guru kelas dengan segera jika berlaku sebarang kerosakan. 7.1.5 Semasa pembelajaran sedang berjalan, murid tidak dibenarkan keluar dari kelas tanpa kebenaran guru berkenaan atau pengawas atau ketua kelas di dalam kelas yang akan memberikan “Pas Keluar Kelas”. 7.1.6 Murid yang hendak masuk kelas dan guru sedang mengajar, dikehendaki mengetuk pintu terlebih dahulu dan menerima kebenaran masuk. 7.1.7 Murid mestilah bangun memberi hormat apabila guru-guru atau pelawatpelawat masuk ke dalam kelas dan memberikan ucapan “Assalamualaikum” dan hendaklah bangun apabila mereka keluar meninggalkan kelas dengan mengucapkan “Terima Kasih”. 7.1.8 Murid-murid yang lambat hadir ke sekolah mestilah memberitahu sebabsebab kelewatan kepada guru/pengawas bertugas. 7.1.9 Murid dilarang membuat bising semasa ketiadaan guru dalam kelas. Sekiranya guru lambat masuk ke kelas, ketua kelas atau pengawas mestilah mengawas kelas tersebut sehingga guru ganti datang atau jika tiada, ketua kelas akan mengawasi murid. Laporkan kepada guru displin jika pelajar bising. 7.1.10 Murid-murid diwajibkan menumpukan perhatian yang sepenuhnya kepada proses pembelajaran dan pengajaran di dalam kelas.


7.1.11 Apabila hendak bercakap atau mengemukakan pertanyaan, murid mestilah mengangkat tangan. Apabila dibenarkan bercakap, berdirilah dengan betul iaitu kedua-dua tangan lurus ke bawah bukannya dimasukkan ke dalam poket atau bercekak pinggang. 7.1.12 Murid dikehendaki memberi hormat ucap salam, selamat sejahtera, selamat pagi dan sebagainya kepada guru-guru, warga sekolah dan tetamu ketika berada di sekolah. 7.1.13 Murid tidak digalakkan pergi ke tandas semasa kelas sedang dijalankan atau semasa pertukaran waktu mata pelajaran. Seboleh-bolehnya murid dikehendaki membiasakan diri pergi ke tandas sebelum loceng pertama dibunyikan atau semasa rehat. 7.1.14 Murid-murid dikehendaki duduk ketika makan dan minum. 7.1.15 Jangan tinggalkan sebarang jenis pembalut makanan atau saki baki makanan di atas meja atau di tempat mencuci tangan ( sinki ) 7.1.16 Masukkan segala jenis pembalut makanan dan saki baki makanan ke dalam tong sampah yang disediakan di kantin. pinggan, sudu, cawan, botol dan piring yang digunakan hendaklah diletakkan di dalam bekas yang disediakan. 7.1.17 Para murid tidak dibenarkan masuk ke dalam kawasan dapur kantin. 7.1.18 Para murid hendaklah menjaga kebersihan kantin. 7.1.19 Para murid hendaklah sentiasa membuang sampah ke dalam tong sampah. 7.1.20 Murid tidak dibenarkan membawa telefon bimbit ke sekolah. Sebarang perhubungan kecemasan boleh menggunakan kemudahan sekolah.


7.2 KESOPANAN DI LUAR KAWASAN SEKOLAH 7.2.1 Murid haruslah memakai pakaian seragam sekolah yang lengkap semasa menghadiri sebarang kursus, seminar, lawatan atau pertandingan luar sekolah. 7.2.2 Murid haruslah berkelakuan sopan dan sentiasa mematuhi peraturanperaturan yang telah ditetapkan oleh pihak berkenaan. 7.2.3 Murid haruslah menjaga imej dan nama baik sekolah semasa berada di tempat-tempat awam ketika memakai pakaian seragam sekolah. 7.2.4 Murid tidak dibenarkan memakai pakaian seragam sekolah ketika hendak membeli-belah di pasar raya atau ke pusat-pusat hiburan atau ke tamantaman rekreasi. 7.3 PERATURAN SOLAT DAN ADAB KETIKA DI SURAU 7.3.1 Setiap waktu solat, murid diwajibkan berkumpul sebelum ke surau/dewan solat. Murid diwajibkan mengambil wuduk secara berkumpulan di bawah pengawasan guru. 7.3.2 Murid diwajibkan solat berjemaah yang akan diimamkan oleh guru ataupun murid sendiri dan pada waktu-waktu tertentu murid yang terpilih akan solat berjemaah bersama Jemaah surau. 7.3.3 Persediaan dan pakaian solat: ❖ Murid hendaklah memastikan pakaian sentiasa dalam keadaan bersih. ❖ Murid perempuan hanya perlu menyediakan sepasang stokin solat. (tidak perlu telekung) 7.3.4 Murid wajib menjaga adab dan tatatertib ketika berada di dalam surau / dewan solat.


7.4 KESALAHAN-KESALAHAN DISIPLIN DI SEKOLAH 7.4.1 Murid tidak dibenarkan melakukan perkara seperti berikut: a. Berkuku panjang b. Berambut panjang c. Mewarna rambut d. Memakai inai e. Mewarna kuku f. Memakai barang kemas g. Membawa atau membaca novel, buku, komik berunsur cinta, lucah dan tidak bermanfaat. h. Membawa peralatan tajam i. Membawa barang permainan j. Membawa telefon bimbit Semua barangan di atas akan dirampas jika ditemui oleh guru dan pengawas.


SALINAN SEKOLAH SEKOLAH RENDAH ISLAM CAHAYA UMMI, d/a Surau Ibrahimiah, Jalan 2/12, Kampung Batu Muda, 51100 Kuala Lumpur. SURAT AKU JANJI IBU BAPA / PENJAGA 2024 Saya ______________________________________ ibu / bapa / penjaga kepada pelajar bernama: 1) _______________________________________ 2) _______________________________________ 3) _______________________________________ 4) _______________________________________ dengan ini telah membaca dan memahami syarat-syarat dan peraturan yang terkandung dalam dokumen PANDUAN DAN PERATURAN SEKOLAH yang telah disediakan oleh pihak Sekolah Rendah Islam Cahaya Ummi. Saya bersetuju untuk mematuhi segala peraturan yang termaktub dan berjanji untuk memberi sokongan yang sepenuhnya kepada pihak sekolah demi memastikan anak saya mendapat pendidikan yang sempurna dan terbaik di sekolah ini. Di samping itu, saya juga akan menyokong dan berusaha untuk melibatkan diri dalam segala aktiviti serta program yang dianjurkan oleh pihak sekolah atas keprihatinan saya terhadap segala aktiviti dan program tersebut. Saya juga berjanji akan seiring dengan pihak sekolah dalam merealisasikan matlamat sekolah iaitu untuk melahirkan, “Generasi Intelek Al-Quran, Cemerlang Dunia dan Akhirat”. Allahuakbar! T/T Ibu/Bapa/Penjaga : _______________________________________ Nama : _______________________________________ Tarikh : _______________________________________ T/T Guru/Saksi : _______________________________________ Nama : _______________________________________ Tarikh : _______________________________________


SALINAN IBUBAPA / PENJAGA SEKOLAH RENDAH ISLAM CAHAYA UMMI, d/a Surau Ibrahimiah, Jalan 2/12, Kampung Batu Muda, 51100 Kuala Lumpur. SURAT AKU JANJI IBU BAPA / PENJAGA 2024 Saya ______________________________________ ibu / bapa / penjaga kepada pelajar bernama: 1) _______________________________________ 2) _______________________________________ 3) _______________________________________ 4) _______________________________________ dengan ini telah membaca dan memahami syarat-syarat dan peraturan yang terkandung dalam dokumen PANDUAN DAN PERATURAN SEKOLAH yang telah disediakan oleh pihak Sekolah Rendah Islam Cahaya Ummi. Saya bersetuju untuk mematuhi segala peraturan yang termaktub dan berjanji untuk memberi sokongan yang sepenuhnya kepada pihak sekolah demi memastikan anak saya mendapat pendidikan yang sempurna dan terbaik di sekolah ini. Di samping itu, saya juga akan menyokong dan berusaha untuk melibatkan diri dalam segala aktiviti serta program yang dianjurkan oleh pihak sekolah atas keprihatinan saya terhadap segala aktiviti dan program tersebut. Saya juga berjanji akan seiring dengan pihak sekolah dalam merealisasikan matlamat sekolah iaitu untuk melahirkan, “Generasi Intelek Al-Quran, Cemerlang Dunia dan Akhirat”. Allahuakbar! T/T Ibu/Bapa/Penjaga : _______________________________________ Nama : _______________________________________ Tarikh : _______________________________________ T/T Guru/Saksi : _______________________________________ Nama : _______________________________________ Tarikh : _______________________________________


Click to View FlipBook Version