The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by kmjrasmi2023, 2023-10-01 12:49:54

Buletin KAKOM Edisi 5

Buletin KAKOM Edisi 5

BULETINKAKOM 2023 SKUASY EDISI 5 BOLA SEPAK BOLA JARING SEPAK TAKRAW TENIS PETANQUE BADMINTON BOLA TAMPAR OLAHRAGA


SIDANG REDAKSI ZURAIDAH BINTI AHMAD CHONG YOKE LAI JAMILAH BINTI OMAR ROHAYA BINTI CHE SAB NOOR AISYA AZREEN BINTI AB. RAHIM AIZA MUFIDA BINTI MOZI HABIBI BINTI AHMAD SYAIFUL AZHAR BIN OTHMAN AUNI MAISARAH BINTI ABU BAKAR SOFIEA BATRISYA BINTI SUHARNDI NUR NADHIRAH BINTI MOHD ZAINAL PUTRI INSYIRAH BINTI MOHD ZAKI NURUL AMEERA BINTI MOHD RAZIF NUR IRDINA ZAHIRAH BINTI DAHLAN AISY FIRDAUS BIN MOHD SHAMSULQAMAR ARIFFIN AUNI MAISARAH BINTI ABU BAKAR SOFIEA BATRISYA BINTI SUHARNDI NUR NADHIRAH BINTI MOHD ZAINAL PUTRI INSYIRAH BINTI MOHD ZAKI NURUL AMEERA BINTI MOHD RAZIF NUR IRDINA ZAHIRAH BINTI DAHLAN AISY FIRDAUS BIN MOHD SHAMSULQAMAR ARIFFIN AUNI MAISARAH BINTI ABU BAKAR SOFIEA BATRISYA BINTI SUHARNDI NUR NADHIRAH BINTI MOHD ZAINAL PUTRI INSYIRAH BINTI MOHD ZAKI NURUL AMEERA BINTI MOHD RAZIF NUR IRDINA ZAHIRAH BINTI DAHLAN AISY FIRDAUS BIN MOHD SHAMSULQAMAR ARIFFIN PENGERUSI : EN MUHAMAD FARIQ BIN CHE MEE TIMBALAN PENGERUSI : EN. MASAH BIN ABU MANSOR PENASIHAT : EN NOR MAZLAN BIN ASRAR AJK LAMAN WEB & BULETIN: KETUA: ZURAIDAH BINTI AHMAD WARTAWAN/PELAPOR: SUKARELAWAN/WARTAWAN: GRAFIK: FOTOGRAFI: I S I K A N D U N G A N JUARA KAKOM 2023 LIPUTAN ACARA HARI KE-4 KAKOM KEPUTUSAN PERTANDINGAN KESELURUHAN LIPUTAN MAJLIS PENUTUPAN KAKOM 2023 KAKOM 2023 MELABUHKAN TIRAINYA W A KT U S O L A T EDISI 5 Sekalung penghargaan diucapkan kepada Tuan Pengarah dan barisan pengurusan Kolej Matrikulasi Johor di atas sokongan yang diberikan kepada Jawatankuasa Laman Web & Buletin KAKOM 2023.


EDISI 5


Tangkak , 1 Oktober - Seawal jam 8.00 pagi pemain-pemain tenis telah beraksi dengan penuh semangat juang untuk melayakkan diri ke peringkat separuh akhir. Peringkat separuh akhir bagi kategori beregu lelaki menyaksikan perlawanan antara KMS dengan KMP dan KMPh dengan KML. Kemenangan telah berpihak kepada pasukan KMP dan KMPh dan seterusnya mara ke peringkat akhir. Peringkat separuh akhir bagi kategori beregu wanita pula menyaksikan kemaraaan pasukan KMJ menentang KML dan KMK menentang KMKu. Kemenangan telah berpihak kepada pasukan KMJ dan KMK dan seterusnya melayakkan mereka ke peringkat akhir. Pada pukul 11.50 pagi gelanggang tenis KMJ telah melabuhkan tirainya dan pingat emas telah menjadi milik KMPh untuk beregu lelaki dan KMK untuk beregu perempuan. KML KEDUDUKAN PINGAT BEREGU LELAKI KEDUDUKAN PINGAT BEREGU WANITA KMPh KMP KMK KMJ KMKu KML KMS EDISI 5


Tangkak , 1 Oktober - Lapan kolej telah bersaing secara kalah mati untuk merebut tempat ke peringkat separuh akhir di padang SMK Seri Tangkak dan SMK Sagil. Di peringkat separuh akhir, KMKPh telah berjaya mengalahkan KML dengan 2-0 dan KMPh telah berjaya mengalahkan KMPk dengan 1-0. Sorakan penyokong telah menghangatkan lagi suasana perlawanan akhir antara KMPh dan KMKPh. Pertarungan antara 2 skuad Tok Gajah menyaksikan KMKPh telah berjaya membenam KMPh dengan 1-0. EDISI 5


KEDUDUKAN PINGAT ACARA PERSEORANGAN LELAKI KEDUDUKAN PINGAT ACARA PERSEORANGAN WANITA Tangkak, 1 Oktober - Acara skuasy diteruskan pada pukul 8.00 pagi hari ini dengan peringkat separuh akhir diikuti dengan peringkat akhir pada pukul 11.00 pagi. Bagi acara perseorangan lelaki, KMPP dan KMJ berjaya mara ke peringkat akhir selepas menewaskan lawan masing-masing iaitu KMS dan KMP di peringkat separuh akhir. Peringkat akhir menunjukkan persaingan sengit antara KMJ dan KMPP untuk merebut pingat emas. Muhammad Azim bin Khairul @ Khairil Anuar dari KMJ akhirnya berjaya merangkul pingat emas perseorangan lelaki bagi acara skuasy. Bagi peringkat separuh akhir perseorangan wanita pula melibatkan perlawanan antara KMNS dan KMPk serta KMJ dan KMKt. Kemuncak perlawanan peringkat akhir yang mendebarkan antara KMJ dan KMNS telah berpihak kepada KMNS untuk menjuarai acara ini. EDISI 5


Tangkak , 1 Oktober - Lapan pasukan telah beraksi untuk merebut tempat ke peringkat separuh akhir. Di peringkat separuh akhir menyaksikan pertarungan antara KMJ dengan KMM dan KMKt dengan KML. Tuah telah berpihak kepada KMM dan KMKt dengan berjaya menempah tempat ke peringkat akhir setelah menumpaskan lawan masing-masing. Pada pukul 3.30 petang, perebutan emas telah bermula. KMM berjaya mematahkan serangan KMKt dengan pungutan mata 21-18 dan 21-13. Emas telah berjaya menjadi milik KMM. Gelanggang sepak takraw KMJ melabuhkan tirai dengan rasminya. KEDUDUKAN PINGAT ACARA SEPAK TAKRAW KMM KMKt KMJ KML EDISI 5


KEDUDUKAN PINGAT PETANQUE LELAKI KEDUDUKAN PINGAT PETANQUE WANITA Tangkak, 1 Oktober - Acara petanque peringkat suku akhir pasukan wanita telah berlangsung seawal jam 8.00 pagi. Kemenangan telah berpihak kepada KMM, KMNS, KMKPh dan KMS. Perjuangan KMM dan KMKPh terhenti setakat separuh akhir. Perhitungan akhir antara KMNS dan KMS bermula pukul 2.45 petang. KMNS telah berjaya menewaskan lawannya dengan skor 13 berbalas 10 dan muncul sebagai juara untuk acara ini. Manakala perlawanan petanque lelaki peringkat suku akhir telah berlangsung pada pukul 9.45 pagi. Peringkat ini telah melayakkan pasukan dari KMJ, KMKN, KMKPh dan KMPh ke peringkat separuh akhir. Cuaca yang agak panas di sebelah petang bukanlah penghalang bagi pasukan KMJ untuk menundukkan pasukan dari KMPh di peringkat akhir dengan mata kemenangan 13 berbalas 3. EDISI 5 kegembiran jelas terpancar di wajah para atlet


Tangkak , 1 Oktober - Perlawanan separuh akhir menyaksikan pasukan KMS mengalahkan KMJ dengan jumlah pungutan mata 25-23 dan KMM mengalahkan KML dengan jumlah pungutan mata 24-22. Gelanggang bola jaring KMJ telah melabuhkan tirainya dengan aksi pasukan KMM mengalahkan KMS dengan mata 20-15. Pasukan KMS terpaksa akur dengan kehebatan pasukan KMM. Sekalung tahniah buat pasukan KMM kerana berjaya mempertahankan pingat emas bagi acara bola jaring yang dirangkul pada temasya KAKOM 2022. KMM JUARA BERTAHAN BOLA JARING KEDUDUKAN PINGAT ACARA BOLA JARING KMM KMS KMJ KML EDISI 5


OLAHRAGA ACARA PEMENANG PINGAT EMAS PEMENANG PINGAT PERAK PEMENANG PINGAT GANGSA LOMPAT TINGGI (LELAKI) KMS KMKt KMNS LOMPAT TINGGI (WANITA) KMPP KML KMS 200 M (LELAKI) KMNS KMPP KMPh 200 M (WANITA) KMM KMNS KML 800 M (LELAKI) KMK KMPk KMNS 800 M (WANITA) KMPP KMJ KMPh 4 x 400 M (LELAKI) KMPk KMNS KMP 4 x 400 M (WANITA) KMNS KML KMJ Tangkak , 1 Oktober - Muhammad Asyraf Najmi bin Abdul Aziz daripada KMPP telah memenangi pingat emas bagi acara 400m lelaki dengan catatan masa 52.97s dan sekaligus telah memperbaharui rekod yang dicatat pada tahun 2015. EDISI 5 OLAHRAGAWAN KAKOM 2023 OLAHRAGAWATI KAKOM 2023 MUHAMMAD HAZIQ ANAQI BIN MOHD AZHAR KMPh MENCATAT SATU REKOD BAHARU 1 PINGAT EMAS DAN 1 PINGAT GANGSA ASHLEY NATASYA HENDRICKS KMM MENCATAT ENAM REKOD BAHARU 2 PINGAT EMAS ACARA 400m LELAKI REKOD BAHARU TERCIPTA


GAMBAR LIPUTAN HARI KE-4 EDISI 5


KEPUTUSAN KAKOM 2023 EDISI 5


PUNGUTAN PINGAT KESELURUHAN KAKOM 2023 EDISI 5


PERSIAPAN MAJLIS PENUTUPAN KAKOM 2023 EDISI 5


Tangkak, 1 Oktober - Majlis Penutupan KAKOM 2023 yang bertempat di Dewan Seri Ledang, Kolej Matrikulasi Johor dirasmikan oleh Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia (Sektor Pembangunan dan Profesionalisme), YBrs. Haji Shafruddin bin Haji Ali Hussin. Turut hadir ke majlis tersebut, YBrs. Dr Hajah Shariffah Sebran Jamila binti Syed Imam, Timbalan Pengarah Sektor Dasar dan Perancangan Bahagian Matrikulasi, Pengarah-pengarah Kolej Matrikulasi, Pengurus Pasukan dari 15 Kolej Matrikulasi dan 2 kolej MARA seluruh Malaysia. Pada malam ini ternoktahlah perjuangan para atlet selama tiga hari di Kolej Matrikulasi Johor di mana Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan telah dinobatkan sebagai juara keseluruhan KAKOM 2023. Tahniah diucapkan kepada semua kontinjen Kolej Matrikulasi dan Kolej MARA atas komitmen dan sokongan terhadap KAKOM 2023. EDISI 5 MAjlis PENUTUPan kakom 2023


MENUTUP TIRAI DI SELATAN TUAN RUMAH KAKOM 2024 KOLEJ MATRIKULASI KEDAH EDISI 5 BERJUMPA LAGI DI UTARA...


“CHAMPION” DI SEBALIK TABIR Se j uml a h 296 o r a n g p e l a j a r t e l a h t e rl i b a t d a l am t ema s y a KAKOM 202 3 s e b a g a i s u k a r e l awa n d a l am p e l b a g a i j awa t a n k u a s a . Pemb a h a g i a n t u g a s u n t u k s u k a r e l awa n a d a l a h b e r d a s a r k a n k e p a k a r a n ma s i n g -ma s i n g . KAKOM b u k a n s e k a d a r me d a n p e rt a n d i n g a n p a r a a tl e t y a n g s e d a n g me n y i n a r, ma l a h i a j u g a t u r u t me l a h ir k a n s u k a r e l awa n s u k a n y a n g b e r k ema h ir a n ti n g g i . Ba g i p e l a j a r y a n g k u r a n g c e n d e r u n g d a l am b i d a n g s u k a n , me r e k a t u r u t d i b e ri p e l u a n g d e n g a n d i l a ti h u n t u k me n j a d i p emb a n t u b a g i me l a n c a r k a n p e n g a n j u r a n KAKOM. Wa l a u p u n me r e k a b e k e rj a d i b awa h t e k a n a n d a n p e n u h d e n g a n c a b a r a n , n amu n ma s i h mamp u me l a k u k a n y a n g t e r b a i k . Su k a r e l awa n KAKOM k a l i i n i mema n g “ c h amp i o n ” . Bukan Atlet Sahaja Hebat Sukarelawan pun “Champion” EDISI 5


SEKIAN EDISI 5


© Hak Cipta Terpelihara 2023 EDISI 5


Click to View FlipBook Version