5.0 aplikasi teknologi
STANDARD KANDUNGAN
5.1 Reka Bentuk Sistem Fertigasi
STANDARD PEMBELAJARAN
5.1.1 MENTAKRIFKAN SISTEM FERTIGASI
5.1.2 MENGENAL PASTI KOMPONEN UTAMA FERTIGASI DALAM
PENYEDIAAN REKA BENTUK
DEFINISI SISTEM FERTIGASI
Sistem fertigasi ialah sistem pengeluaran tanaman yang
menggunakan sistem pengairan pembajaan yang rapi. Larutan
baja dalam air dibekalkan ke zon pengakaran secara serentak
dengan menggunakan sistem pengairan.
Media tanaman seperti coco peat atau sekam padi digunakan
bagi menggantikan fungsi tanah. Sistem ini memerlukan cahaya
matahari secara langsung sekurang-kurangnya enam jam untuk
tujuan proses fotosentesis.
DEFINISI SISTEM FERTIGASI
Sistem fertigasi merupakan satu daripada cabang hidroponik.
Hidroponik merupakan satu kaedah penanaman tanpa tanah.
Kaedah ini memerlukan larutan zat makanan didalam takungan
yang berisi air.
A. Sistem hidroponik
Tujuan menanam secara fertigasi
● Sistem fertigasi sangat sesuai untuk tanaman
sayuran berbuah seperti tomato, timun
jepun, cili merah, terung, melon, strawberi
dan pokok hiasan.
Tujuan menanam secara fertigasi
Mengelakkan Memudahkan
tanaman daripada pengawalan serangga
dijangkiti penyakit dan perosak tanaman.
bawaan tanah yang
disebabkan oleh kulat Pemberian baja yang
seperti phytium, lebih berkesan
fusarium, rhizoctonia kepada tanaman
dan penyakit layu
bakteria
Kelebihan sistem fertigasi
1. Penggunaan baja secara cekap 2. Penggunaan air secara
dengan kadar 85% dapat efisien iaitu air terus
diserap akar berbanding serap oleh akar
dengan penggunaan kaedah tanaman.
tabur dengan kadar 30%.
3. Pembajaan dapat dilakukan serentak serta
nutrient lengkap dibekalkan pada tanaman
secara terkawal. Begitu juga dari segi jumlah
dan keperluan baja untuk tanaman sesuai
mengikut peringkat umurnya.
Kelebihan sistem fertigasi
4. Menghindar masalah penyakit 5. Mengatasi masalah tanah
kerana menggunakan media tidak subur, perumahan
tanaman dan persekitaran kepada penyakit dan
yang bersih perosak tanaman.
6.Masalah rumpai sangat rendah 7. Kos operasi seperti
penggunaan baja, air dan
tenaga buruh dapat
dikurangkan.
Kaedah penanaman fertigasi di malaysia
Penanaman fertigasi di Malaysia menggunakan dua kaedah
penanaman iaitu :
• PENANAMAN • PENANAMAN TANPA
STRUKTUR STRUKTUR
PERLINDUNGAN PELINDUNGAN HUJAN
HUJAN (SPH) ATAU SECARA TERBUKA
PENANAMAN STRUKTUR
PERLINDUNGAN HUJAN (SPH)
• Mengelakkan tanaman daripada
cepat layu akibat pancaran UV
daripada cahaya matahari.
• Mengelakkan atau
mengurangkan serangan
penyakit yang disebabkan oleh
kulat.
• Mengurangkan penggunaan
racun perosak.
PENANAMAN TANPA STRUKTUR PELINDUNGAN
HUJAN ATAU SECARA TERBUKA
• Tanaman fertigasi tanpa SPH
boleh diletakkan ditempat yang
terbuka tanpa bumbung.
• Semasa hujan, air hujan akan
bercampur dengan baja dan
mengakibatkan kandungan baja
dalam media tanaman menjadi
cair.
• Penanam perlu menggunakan
racun kulat dan racun serangga
untuk melindungi tanaman
daripada serangan penyakit.
Komponen utama sistem fertigasi
1. sumber Terdiri daripada 2. medium
tiga sumber
-Tempat simpanan -Laluan
bekalan nutrien penyampaian
nutrien.
3. Alur keluar
-Tempat keluaran
nutrient ke tanaman
1.Tangki nutrien Komponen sistem fertigasi komersial
- Berfungsi untuk menakung larutan baja.
- Pengaliran larutan baja ke sistem
pengairan dilakukan dengan bantuan pam
air atau secara tarikan graviti.
2. Pam air
Berfungsi untuk mengepam
larutan baja dan air dari tangki
nutrient ke sistem pengairan.
3. Set penitis(dripper), tiub mikro, dan nipple
- Nipple dimasukkan ke dalam lubang paip yang telah ditebuk.
- Bahagian tiub mikro disambung pada nipple beralur dua dan satu
bahagian disambungkan pada penitis.
- Set penitis ini diletakkan di tanah berdekatan dengan pangkal
tanaman.
4. Penapis
Berfungsi menapis benda asing daripada masuk ke dalam
sistem pengairan, dipasang selepas pam air.
5. Alat pengatur masa (timer)
Berfungsi memastikan penyaluran larutan baja
dilakukan pada masa, kekerapan, dan kuantiti
yang telah ditetapkan.
6. Paip ladang
-Terdiri daripada paip utama, paip
sekunder, dan paip tertier.
-saiz lingkungan 32mm-40mm, paip
tertier 16mm-20mm.
Keperluan asas
1. Tangki larutan baja 2. Larutan stok baja
Dua tangki larutan baja - Kedua-dua set perlu dilarutkan terlebih
diperlukan untuk menyediakan dahulu mengikut sukatan yang betul.
pati baja fertigasi, iaitu larutan
baja stok A , larutan baja stok B. - Baja fertigasi dalam
bentuk serbuk dan
terdiri daripada set A
dan set B.
Contoh penyediaan larutan stok baja
1 liter stok baja A dilarutkan dengan 100 liter air dalam tangki A.
1 liter stok baja B dilarutkan dengan 100 liter air dalam tangki B.
Campurkan pati baja A dan pati baja B ke dalam tangki C yang berisi
air mengikut sukatan yang betul. Kacau dengan sebatang kayu.
3. Media tanaman
Terdiri daripada coco peat, sekam padi, dan peat moss (lumut sphagnum)
Sekam padi dihasilkan daripada biji padi yang sudah dikisar. Sekam padi
Dua jenis sekam padi, iaitu sekam padi bakar dan sekam padi mentah (tidak
dibakar).
Coco peat ialah bahan semula jadi daripada
sabut kelapa.
-mudah reput
-mengekalkan kelembapan
-baik untuk pengudaraan
Coco peat Peat moss
4. Biji benih
Pastikan biji benih yang digunakan
bebas penyakit.
Biji benih daripada hibrid boleh diguna
kerana ia mudah bercambah dan
pertumbuhannya seragam.
5. Alat pengukur
Digunakan untuk menguji kualiti air pengairan sistem
fertigasi.
- Alat yang digunakan ialah pH meter dan EC meter.
- pH meter untuk mengukur keasidan atau kealkalian air.
- Nilai pH normal air ialah pH7.
- EC meter berfungsi mengukur kepekatan larutan baja.
Pemilihan jenis dan varieti tanaman.
Pastikan pemilihan jenis tanaman dan varieti Terdapat banyak varieti tanaman hybrid
sesuai dengan persekitaran kawasan seperti seperti cili, tomato, dan rock melon.
suhu, kelembapan udara dan tahap
pengurusan.
Biji benih yang telah dipilih perlu disemai terlebih
dahulu di dalam dulang semaian daripada jenis plastik
hitam atau polistirena. Selepas dua minggu anak benih
ini sedia untuk diubah ke dalam polibeg.
Pengurusan tapak dan alatan
1) Pemilihan tapak 2) Sumber air
Tapak untuk penanaman Tapak untuk penanaman fertigasi
hendaklah diratakan
supaya aliran air baja ke memerlukan sumber air yang
tanaman adalah sama.
Kuantiti air baja yang sama bersih seperti air kolam, tasik,
ke setiap pokok penting
untuk mencapai sungai. Tentukan kualiti air
tumbesaran yang seragam.
sebelum menggunakannya.
Gunakan pH meter untuk
mengetahui nilai pH air yang akan
digunakan.
3) Anggaran kos
Kos ini termasuk sistem pengairan, polibeg,
media tanaman, racun serangga, dan racun kulat
serta baja fertigasi.
Pengurusan sistem pengairan
Sistem pengairan Jenis sistem Sistem pengairan
percikan pengairan titis
Sistem pengairan
kabus
Sistem pengairan percikan
• Semburan air dilakukan ke udara daripada nozel
dan jatuh ke permukaan tanah seperti air hujan.
Sistem pengairan semburan kabus
• Sama seperti sistem pengairan renjis, tetapi
jenis nozel yang digunakan lebih halus untuk
menghasilkan semburan kabus.
Sistem pengairan titis
• Kaedah pengairan air yang dibekalkan secara terus ke zon
akar tanaman dengan tekanan yang rendah dan kekerapan
yang ditetapkan dengan menggunakan penitis.
• Media tanaman seperti coco peat atau sekam padi
digunakan.
• Penggunaan air berlebihan dapat dielakkan.
Langkah-langkah pemasangan sistem fertigasi
1. Menyediakan lakaran reka 2. Pemotongan paip poli
bentuk sistem fertigasi
3. Membuat lubang untuk nipple
pada paip tertier
4. Penyediaan set penitis
5. Penyambungan paip tertier pada set 6. Penyambungan paip tertier pada
penitis. paip sekunder.
7. Pemasangan injap penahan pada 8. Melengkapkan pemasangan paip
paip utama tertier
9. Penyambungan saluran air keluar ke 10. Memasukkan pam air ke dalam tangki
pam air dengan tiub lut sinar dan paip nutrien
poli
11. Pemasangan pam air pada alat 12. Melengkapkan penyambungan sistem
pengatur masa (timer) pengairan pada tangki
Reka bentuk sistem fertigasi
Hasil daripada pembelajaran hari ini, pelajar dapat
memahami reka bentuk sistem fertigasi, dan
mentakrifkan sistem fertigasi serta mengenal pasti
komponen utama fertigasi dalam penyediaan reka
bentuk.