The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by akmalshafie84, 2021-04-15 21:30:39

Kertas Kerja Kebun PK

Kertas Kerja Kebun PK

SK. BELIMBING DALAM
76100 DURIAN TUNGGAL

MELAKA

KERTAS KERJA

PROJEK PERKEBUNAN
PROGRAM PENDIDIKAN KHAS

INTEGRASI

TARIKH
MAC - DISEMBER 2021

TEMPAT
KEBUN PPKI
BELAKANG BLOK A
SK. BELIMBING DALAM

1. PENDAHULUAN

Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI), SK. Belimbing Dalam, merupakan satu
program yang dibentuk khas untuk mengembangkan potensi diri murid berkeperluan
khas dari pelbagai segi supaya dapat dikembangkan semaksima yang boleh.

Sejajar dengan ketidakupayaan mereka ini, pelbagai pendekatan dirancang
dan dilaksanakan bagi menjayakan proses Pengajaran dan Pembelajaran, di mana
aktiviti perkebunan merupakan salah satu daripada rancangan aktiviti Kurikulum
bagi murid istimewa ini.

Aktiviti perkebunan ini akan dijadikan aktiviti tahunan, iaitu dijalankan pada
waktu Kemahiran Hidup bagi kelas tahun 4 dan guru lain juga boleh membawa
murid mereka ke kebun pada waktu yang sesuai mengikut kesesuaian pengajaran
dan pembelajaran.

Tanaman yang diutamakan ialah tanaman yang senang dijaga, tahan
panas dan boleh mendatangkan hasil serta boleh dijual.

2. Matlamat

Memberikan pendedahan dan kemahiran kepada murid tentang
penanaman sayuran dan pokok menggunakan kaedah lama.

3. Objektif

 Memberikan latihan pertanian jangka panjang agar murid
boleh mengusahakan pertanian menggunakan kaedah ini sebagai
mata pencarian mereka kelak.

 Memberi peluang kepada murid untuk merasai pengalaman bertani
secara moden.

 Memberi pendedahan dan kemahiran tentang asas usahawan
pertanian.

 Membekalkan produk jualan untuk Program Keusahawanan PPKI
SKBD.

 Menambahkan lagi dana tabung PPKI SKBD dengan penjualan hasil
dari pertanian ini.

4. Latar belakang

Kajian yang dijalankan oleh Heward (2000) mendapati bahawa 50% - 70%
murid keperluan khas tidak mempunyai pekerjaan dan menerima pendapatan yang
minima. Matlamat utama program pendidikan khas untuk golongan istimewa
bertujuan mengajar kemahiran yang membolehkan murid bersedia sebelum tamat
alam persekolahan kepada kehidupan dalam komuniti. Kejayaan dalam hidup
banyak dipengaruhi oleh kualiti pendidikan dan latihan yang diterima. (Groupil,
Tasse, Garcimdore, 2002).

Di Malaysia pendidikan untuk murid keperluan khas mempunyai kaitan
dengan konsep masyarakat penyayang yang bertujuan memberi peluang kepada
mereka berintegrasi dengan ahli masyarakat lain membina sikap positif terhadap
warga istimewa serta memastikan mereka menerima peluang pekerjaan dan
jaminan hidup berkualiti.

Kajian Norasmah dan Safani (2004) menguatkan kenyataan apabila terdapat
kajian yang mereka lakukan menunjukkan bahawa tidak terdapat perbezaan ciri-ciri
keusahawanan antara murid/pelajar bermasalah penglihatan dengan pelajar
normal. Ini menunjukkan bahawa orang kurang upaya juga mempunyai ciri-ciri
keusahawanan. Malahan tahap ciri-ciri keusahawanan orang kurang upaya adalah
sama atau hampir sama dengan golongan normal. (Norasmah & Safani, 2004).

Menyedari kepada keperluan sebenar golongan murid-murid khas ini, PPKI
SKBD telah mengambil langkah memperkenalkan Projek Mini Kebun Tanaman
Pelbagai. Pokok yang akan ditanam adalah pokok ubi kayu, tebu, serai, pokok
kunyit, bayam brazil dan pokok limau kasturi. Walaubagaimanapun, jenis tanaman
mungkin berubah mengikut kesesuaian dan permintaan pasaran.

5. Kumpulan Sasaran

Murid-murid pendidikan khas SKBD tahun 4 yang belajar subjek Kemahiran Hidup
akan mengikuti program ini secara khusus dan pelajar lain secara berkala mengikut
kesesuaian subjek.

6. Ahli Jawatankuasa Kerja

Pengerusi : Pn. Hjh. Juniadah Binti Abu Adam
Penolong Pengerusi (Guru Besar)

: Cik Ainun Jariah Binti Jameran
(GPK Pendidikan Khas)

Penyelaras Program : Pn. Akmal Binti Shafie
Ketua Kebun : En. Muhammad Shafiq Bin Ab Ghani

Pembantu Ketua Kebun : En. Yusri Bin Ahlan
Bendahari :
AJK Tanaman : En. Muhammad Bin Jaafar

AJK Label, Laporan & : 1. Pn. Hamizah Binti Ismail
2. Cik Rohaida Binti Mohamed@Ahmed
Dokumentasi 1. Pn. Ruhilah Binti Abd Karim

AJK Penjagaan : 2. Pn. Nurul Hafiza Binti Zainal Abidin

(Siram pokok) 1. Pn. Maslizaa Binti Mohamadiah
2. Pn. Nursalwana Binti Azizan

7. Anggaran Perbelanjaan HARGA SEUNIT JUMLAH

BIL. PERKARA 20 bungkus X RM8.00 RM160.00
10 bungkus X RM8.00 RM 80.00
1. Tanah hitam RM200.00
2. Baja 1 gulung X RM200 RM60.00
3. Plastik hitam 3 pek X RM 20.00 RM 30.00
4. Polibeg sedang 3 pek X RM 10.00 RM100.00
5. Polibeg kecik 2 batang X RM 50 RM100.00
6. Cangkul 2 batang X RM 50 RM100.00
7. Cangkul serampang RM100.00
8. Racun perosak 2 botol RM 50 RM20.00
9. Kasut but 10 buah X RM10 RM10.00
10. Tapak semaian 2 bekas X RM10 RM10.00
11. Batang serai RM10.00
12. Kunyit RM10 RM10.00
13. Pokok bayam brazil RM 10 RM50.00
14. Pokok bunga Jepun RM 10 RM10.00
15. Dawai RM 10 RM10.00
16. Tebu 1 gulung RM50
17. Ubi Kayu RM10 RM1060.00
RM10
JUMLAH KESELURUHAN

8. PENUTUP

Kejayaan dan kelancaran aktiviti ini adalah bergantung kepada sumber kewangan,
kerjasama dan sokongan dari pelbagai pihak, khususnya pihak sekolah, guru-guru,
para ibu bapa dan murid-murid PPKI. Oleh itu, segala kerjasama dan sokongan padu
amat diharapkan dari semua pihak bagi memastikan aktiviti ini dapat mencapai
objektifnya.

Disediakan Oleh Disemak Oleh

---------------------------------------------------- .........................................................
AKMAL BINTI SHAFIE AINUN JARIAH BT JAMERAN
Penyelaras Program Perkebunan Guru Penolong Kanan
PPKI SKBD, Melaka PPKI SKBD, Melaka

Disahkan Oleh

........................................................
HJH. JUNIADAH BT ABU ADAM
Guru Besar
SKBD , Melaka


Click to View FlipBook Version