INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS GAYA,
KOTA KINABALU, SABAH
PROGRAM PERSEDIAAN IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN
-KERJA KURSUS-
KURSUS : KEMAHIRAN BELAJAR
KOD KURSUS : GKEB1072
KANDUNGAN :
i. Bahagian A : Penghasilan Produk
ii. Bahagian B : Penulisan Akademik
Nama Guru Pelatih : NURLYAN BINTI ALWIE
No. Kad Matrik : P21074230
Kumpulan : PPISMP BM SK 1
Ambilan : JUN 2021 (Kemasukan September 2021)
Semester/Sesi : 1/ September 2021
No. Telefon Bimbit : 01126438486
Alamat E-mel : [email protected]
Nama Pensyarah Kursus : HJ BUSTAM BIN DAMAN
Markah : 40% 40% Jumlah
KRITERIA Penghasilan Produk Penulisan Akademik (80%)
Pemeriksa 1
Pemeriksa 2
A. Pengesahan Pelajar: ( diisi semasa menghantar tugasan)
Saya mengesahkan bahawa hasil tugasan yang dihasilkan oleh saya sendiri dan tiada unsur-unsur plagiat
didalamnya.Saya faham implikasi yang akan saya terima sekiranya pengakuan ini adalah pengakuan palsu.
Tanda tangan Pelajar: NURLYAN Tarikh: 8 November 2021
B. Pelajar Menerima Maklumbalas Hasil Tugasan: ( diisi selepas menerima gred dan maklumbalas daripada pensyarah)
NAMA : NURLYAN BINTI ALWIE
KELAS : PPISMP BM SK 1
PENGHARGAAN
Alhamdulillah, syukur kepada Allah SWT kerana dengan limpah
kurnia-Nya tugasan 2 kerja kursus iaitu penghasilan produk
GKEB1072 Kemahiran Belajar dapat disiapkan dengan masa yang
ditetapkan. Atas kesempatan ini juga, saya mengucapkan ribuan
terima kasih kepada pensyarah saya Encik Bustam Daman kerana
membimbing serta membantu saya untuk menyiapkan tugasan ini
dengan jayanya walaupun terdapat banyak rintangan yang
dihadapi.
Jutaan terima kasih diucapkan kepada ibu bapa saya yang
banyak memberikan sokongan semasa menyiapkan tugasan ini di
rumah. Dan tidak dilupakan juga kepada rakan-rakan yang
memberi sokongan yang padu serta membantu saya dalam
menjawab persoalan yang sukar untuk saya.
ISI KANDUNG Muka Surat
4
1.0 PENGENALAN
2.0 KEPENTINGAN KEMAHIRAN MEMBACA 4
DAN MEMBUAT NOTA 4
3.0 JUSTIFIKASI PEMILIHAN ALAT 5
6
KEMAHIRAN BERFIKIR 6
4.0 PEMILIHAN ALAT KEMAHIRAN BERFIKIR
5.0 PENUTUP
RUJUKAN
1.0 PENGENALAN
Kemahiran membaca merujuk kepada satu proses yang dinamik dan kompleks (Siti Hajar,
2009). Kemahiran seperti mentafsir dan pemikiran yang tinggi perlu ada oleh pembaca agar
memahami makna teks (Cohen, 1990). Terdapat dua teknik dalam kemahiran membaca iaitu
pembacaan cepat dan pembacaan perlahan. Manakala menurut Anuar Ahmad dan Nelson
Jinggan (2015), kemahiran membuat nota ialah idea penulisan yang menggunakan pelbagai
penggunaan ayat dan ejaan yang betul. Kemahiran membuat nota ini termasuklah kaedah
Cornell, rangka, pemetaan, carta dan ayat. Kesemua kaedah kemahiran membuat nota
mempunyai gaya yang tersendiri dan cara yang berbeza dalam pembuatan nota.
2.0 KEPENTINGAN
Kepentingan kemahiran membaca dan membuat nota ialah individu dapat menimba ilmu
pengetahuan yang tidak dapat diperoleh menerusi pengalaman-pengalaman biasa yang lain.
Selain itu, dapat memperluaskan pemikiran ke arah kreatif dalam pelbagai bidang. Malah,
dapat merangsang pemikiran dan membuat perkaitan antara pengetahuan sedia ada dengan
perkara yang baharu dipelajari. Di samping itu, kemahiran tersebut juga dapat melatih individu
menilai, mengkritik serta mengulas maklumat yang diperoleh daripada hasil pencarian.
Secara tidak langsung, modal insan yang berilmu pengetahuan dapat dibentuk.
3.0 JUSTIFIKASI
Antara justifikasi memilih peta minda jenis cabang sebagai alat kemahiran berfikir adalah
kerana sesuai digunakan dalam kemahiran membaca dan membuat nota. Alat tersebut
mempunyai banyak manfaat dan kegunaan seperti dapat menyampaikan maklumat dengan
mudah dan jelas. Selain itu, dapat menghasilkan nota dengan ringkas, padat dan menarik. Hal
ini dikatakan demikian kerana tajuk yang diletakkan di bahagian tengah kertas lalu mudah
untuk mengembangkan idea di tepi tajuk. Seterusnya, maklumat dapat di imbas kembali dari
ingatan dengan merujuk semula pada bahan asal. Peta minda jenis cabang ini juga
memudahkan individu memperoleh dan menguruskan maklumat berkaitan dengan mudah.
Melalui tujuan penghasilan produk alat kemahiran berfikir, saya telah
memilih alat kemahiran berfikir peta minda jenis cabang untuk kemahiran
membaca dan membuat nota.Alat kemahiran berfikir peta minda jenis
cabang ini (Mind Map) diasaskan oleh Tomy Buzan pada tahun 1992
sebagai teknik catatan nota secara bukan linear yang mempunyai
pelbagai manfaat (Wong, K.W. et al., 2019).
Anuar Ahmad, & Nelson Jinggan. (2015). Pengaruh kompetensi kemahiran guru dalam
pengajaran terhadap pencapaian akademik pelajar dalam mata pelajaran Sejarah.
Jurnal Kurikulum dan Pengajaran Asia Pasifik, 3(2), 1-11.
Cohen,A. D. (1990). Language Learning. Newburry House Publisher.
Madya Abd Said Ambotang. (2018, Oktober 4). Kepentingan kemahiran membaca dalam
kalangan murid. Utusan Borneo.
https://www.pressreader.com/malaysia/utusan-borneo-sabah/20181004/281835759642340
Siti Hajar Abdul Aziz. (2009). Siri Pendidikan Guru : Bahasa Melayu II. Oxford Fajar
Sdn.Bhd.
Wong, K. W., Norlia Mat Esa, Lee, T. A., & Ridza Ahmad Nizam Abd Raof. (2019). Siri
Pendidikan Guru : Kemahiran belajar. Oxford Fajar Sdn. Bhd.