The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by m-9447464, 2021-05-23 03:14:08

ASK

ASK

Pertandingan

Flipbook Kreatif

“KONSEP ASAS PEMIKIRAN

KUMPUTASIOANAL”

MINGGU KO-AKADEMIK TAHUN 2021

NAMA: MUHAMMAD LUQMAN BIN ZAHAR
KELAS: 1 AL-AMIN

MATA PELAJARAN: ASAS SAINS KOMPUTER
NAMA GURU: PUAN HATIMAH BINTI ABDUL HAKIM

APAKAH DEFINISI ASAS
PEMIKIRAN KOMPUTASIONAL

Pemikiran komputasional ialah satu
prose pemikiran bagi tujuan
menyelesaikan masalah oleh manusia
sendiri berbantukan mesin atau kedua-
duanya sekali dengan menggunakan
konsep asas sains komputer. Pemikiran
komputasional memecahkan sesuatu
masalah kepada bahagian-bahagian yang
lebih kecil. Proses seterusnya ialah
mengesan dan menggunakan pengecaman
corak bagi menyelesaikan masalah.
Perkara-perkara yang tidak penting
ditinggalkan

Leraian

Pengitlakan TEKNIK DALAM Pengecaman
PEMIKIRAN corak

KOMPUTASIONAL

Peniskalaan

TEKNIK LERAIAN
(Decomposition)

Teknik leraian melibatkan pemecahan suatu
masalah atau sistem yang kompleks kepada
bahagian-bahagian kecil bagi memudahkan
pemahaman dan penyelesaian. Selepas itu,
bahagian-bahagian yang kecil boleh diteliti,
diselesaikan atau direka bentuk secara
berasingan. Hal ini akan membolehkan sesuatu
masalah yang besar dapat diselesaikan dengan
mudah.

TEKNIK PENGECAMAN CORAK

(Pattern Recognition)

Bahagian-bahagian kecil yang telah
dipisahkan akan dianalisis untuk mengenal
pasti corak-corak tertentu. Corak-corak
tersebut terdiri daripada kesamaan atau
ciri-ciri yang sama untuk masalah yang lebih
kecil. Penelitian pada kesamaan dan corak-
corak dalam masalah yang lebih kecil ini
dapat membantu menyelesaikan masalah
kompleks dengan lebih berkesan.

TEKNIK PENISKALAAN

(Abstraction)

Meninggalkan aspek-aspek kurang
penting yang terdapat dalam corak-
corak yang dicamkan dan memfokus
kepada aspek-aspek penting yang dapat
membantu dalam penyelesaian masalah

TEKNIK PENGITLAKAN

(Generalisation)

Melibatkan pembinaan model bagi masalah yang
diselesaikan. Model boleh dalam bentuk
formula, teknik, peraturan atau langkah-
langkah bagi menyelesaikan masalah. Model
dibina setelah pengecaman corak dan
peniskalaan dilakukan ke atas dua atau lebih
masalah yang hampir sama.

RUMUSAN DAN KONKLUSI

Keempat-empat teknik pemikiran
komputasional ini bukan sahaja
dikaitkan dengan komputer.Malah,ia
juga boleh digunakan untuk
menyelesaikan masalah dalam
kehidupan seharian.Selama ini,kita
telah banyak menggunakan keempat-
empat teknik ini sama ada kita sedar
atau tidak.


Click to View FlipBook Version