zahar seorang penuntut jurusan Biologi, Fakulti Sains Hayat di
Universiti Teknologi Mayaysia (UTM). Dia begitu obsess dengan
dunia serangga Sejak kecil lagi. Minat Zahar terhadap dunia serangga
terutamanya ulat bulu dan rama-rama semakin mendalam sehingga dia
membina sebuah makmak kecil di sebelah rumahnya. Puan Qistina,
iaitu ibu Zahar merupakan seorang guru di Sekolah Menengah Sri
Yasin. Beliau sentiasa memberikan galakan kepada Zahar untuk
mengembangkan minatnya. Zahar seorang penuntut yang sangat
berdedikasi. Zahar telah menerima banyak anugerah atas
penyelidikan dan inovasi yang dijalankan bersama-sama dengan pihak
universiti.
Terdapat pelbagai spesies ulat bulu yang dikumpulkan oleh Zahar
di dalam makmalnya. Namun begitu, terdapat satu spesies yang paling
disayangi oleh Zahar yang dinamakannya Pus Pus. Keadaan fizikal Pus
Pus yang lemah membuatkan Zahar risau. Zahar mengambil keputusan
untuk ke Pulau Pisang bersama-sama Fikri dan Malcom. Zahar mahu
mencari spesies baharu untuk diklonkan dengan Pus Pus.
Dia bernasib baik kerana telah menjumpai seekor ulat bulu yang
cantik yang dinamakan Monarch. Zahar telah mengklonkan Monarch
dengan Pus Pus dan menghasilkan Morgan. Sesuatu yang aneh telah
berlaku. Morgan mengalami perubahan, iaitu ada sayap kecil di kiri
dan di kanan abdomennya.
Selepas itu, berlaku sesuatu yang menggemparkan penduduk
Kampung Maju Jaya apabila beribu-ribu ulat bulu berintik hitam telah
menyerang kampung tersebut. Ripin dan beberapa orang pemuda
kampung datang ke rumah Zahar dan menuduh Zahar sebagai punca
serangan ulat bulu tersebut. Puan Qistina berjanji akan memanggil
pihak Jabatan Kesihatan untuk menyiasat kejadian yang berlaku. Dua
hari selepas itu, Unit Kawalan Bawaan Vektor, beberapa orang pegawai
kesihatan, dan pihak polis dari Unit Forensik telah datang ke Kampung
Maju Jaya. Mereka menggeledah makmal Zahar tetapi tidak
menjumpai apa-apa selain ulat bulu dan pelbagai jemis rama-rama.
Warung kopi Pak Mail kecoh. Berita tentang serangan ulat bulu di
kampung mereka tersiar dalam surat khabar. Pak Mail, Manaf, Jusoh,
Ahmad, Usop dan Ripin menyalahkan Zahar atas kejadian yang berlaku
di kampung mereka. Perbualan mereka terhenti apabila melihat Zahar
dan ibunya tiba. Ripin meluru keluar dari warung itu dan bertekak
dengan Zahar. Qistina cuba meleraikan mereka. Kata-kata kesat
Ripin terhadap Qistina membuatkan Zahar berasa amat marah.
Pergaduhan antara Zahar dan Ripin berlaku. Ripin telah melibaskan
pisau lipat ke badan Zahar. Pisau tersebut terkena pada bahu Zahar.
Zahar terpaksa dirawat di Hospital Pontian. Akhirnya, Zahar
dibenarkan pulang dan diberi cuti sakit selama seminggu.
Zahar melayari Internet dan membaca buku tentang ulat bulu.
Zahar menemui jawapan dan penyelesaian bagi masalah yang melanda.
Zahar mengajak Fikri menemaninya ke Pulau Pisang. Di Pulau Pisang,
mereka telah menjumpai beberapa ekor ulat bulu yang mirip dengan
spesies Morgan. Ulat-ulat bulu itu sedang makan daun hijau bersaiz
lebar. Zahar yakin bahawa Morganlah penawar bagi serangan ulat
bulu di kampungnya. Pada suatu malam, Zahar terpaksa mengorbankan
Morgan. Keesokkannya, selepas kuliah tamat, Zahar panik apabila
Akhirnya, melalui proses eksperimen yang rumit maka terhasillah
racun serangga khusus untuk membunuh ulat bulu berintik hitam yang
telah menyerang penduduk Kampung Maju Jaya.
Pada akhir cerita, Zahar telah berjaya menerima Anugerah
Biasiswa Kerusi Canselor daripada Universiti Oxford London. Majlis
tersebut menjadi detik yang paling menggembirakan Zahar kerana
anugerah tersebut disampaikan oleh ayahnya sendiri, Doktor
Baharuddin yang kini menjadi tenaga pengajar di universiti tersebut.
Kegembiraan Zahar semakin bertambah apabila bapa yang sangat
dirinduinya telah melamar ibunya semula.
Serangan ulat bulu berintik hitam di Kampung Maju Jaya
mempunyai hikmah yang tersembunyi. MONPUS bukan sahaja telah
menyelamatkan nyawa tetapi telah menyambung hubungan yang sekian
lama terputus.
bahan uji kajinya, botol beracun dan buku formulanya hilang.
Zahar dan Ripin melakukan siasatan dan mendapati Ripinlah yang
bertanggungjawab. Zahar dan Fikri ke balai polis untuk membuat
laporan. Seminggu kemudian, Ripin telah ditangkap polis untuk
membantu siasatan berhubung dengan sindiket penjualan benih
cambah sawit secara haram dan pemalsuan dokumen urus niaga
menggunakan logo Sime Darby Plantation dan Felda Agriculture
Services Sdn. Bhd. (FASSB). Kegiatan Ripin dan beberapa orang anak
muda kampung terbongkar. Mereka didapati mengusahakan tapak
benih cambah sawit secara haram. Semasa penggeledahan dibuat di
stor Ripin, pihak polis menjumpai bahan penting yang hilang seminggu
yang lalu.
Formula ciptaan Zahar akhirnya telah berjaya. Setelah
dipatenkan, formula Zahar menjadi produk yang dikomersialkan dan
diberi nama MONPUS. Nama MONPUS ialah gabungan antara ulat
bulu Morgan dan Pus Pus yang telah dijejaki sekian lama.
Sebuah bangunan yang didirikan bersebelahan rumah teres dua
tingkat itu merupakan sebuah makmal kecil milik Zahar. Di situlah Zahar
melayani kelompok ulat dan serangga sebelum menjadi penghuni taman
botani rama-rama ciptaan Zahar. Ibu Zahar, Puan Qistina sedia maklum
akan minat anak bujang tunggalnya itu. Zahar amat gemar akan dunia
haiwan Sejak kecil lagi iaitu serupa dengan minat ayahnya. Zahar
meminta izin daripada ibunya untuk ke Tanjung Paya Bakau di Taman Piai
untuk mencari spesies baharu apabila dia mendapati Pus Pus iaitu ulat
kesayangannya kurang aktif. Zahar membaca buku di perpustakaan
mininya untuk mengkaji punca Pus Pus yang ditemuinya dalam suatu
ekspedisi pengembaraan di Hutan Lipur
Gunung Pulai kurang aktif sejak akhir-akhir ini.
Zahar menanti Mawar di pantai yang menghadap Pulau Pisang. Pulau
itu kononnya dianggap misteri kerana pendatang yang cuba memulakan
kehidupan di situ dikatakan sering ‘diganggu’. Setelah lama, Wak Buik
iaitu seorang pawang Bugis Riau dipanggil untuk membuka Pulau
tersebut. Pulau tersebut berjaya dibuka dan dijadikan kawasan
penanaman pelbagai buah-buahan. Mengikut pandangan Zahar, pulau itu
kelihatan seperti orang sedang duduk berzikir. Zahar ingin ke pulau itu
untuk mencari spesies baharu bagi menggantikan Pus Pus yang semakin
lemah. Pertemuan Zahar dan Mawar pada petang itu berakhir di Toko
Buku Sumber Ilmiah di Bandar Pontian kerana Mawar ingin mencari
bahan bagi mendapatkan maklumat untuk portfolio Sains Biologi mereka.
Zahar menghantar ibunya ke sekolah kerana bateri kereta ibunya
rosak. Faridah iaitu seorang murid Qistina telah menawarkan
pertolongan untuk membawa beg yang berisi buku guru kesayangannya itu.
Qistina berhasrat untuk mengambil Faridah sebagai anak angkat. Faridah
merupakan anak tunggal yang tinggal Bersama neneknya sewaktu di
Pahang dahulu dan telah berpindah dan tinggal dengan keluarganya di
Desa Mercu Jaya selepas PMR. Sejak dua minggu yang lalu, Qistina
sering melihat lelaki separuh abad bertemu dengan Faridah. Apabila
ditanya, Faridah memberitahu bahawa lelaki itu merupakan pak ciknya,
seorang Profesor Bioteknologi di Landon. Lelaki tersebut telah
mengingatkan Qistina tentang seseorang yang
pernah mengisi hidupnya dahulu.
Zahar teringat Kembali anugerah yang diterimanya semalam. Setakat
ini, hampir sepuluh anugerah yang telah diraihnya hasil daripada
penyelidikannya. Antaranya termasuklah pingat emas dan perak ITEX,
anugerah Yayasan Sains Toray Malaysia, Anugerah Inovasi Negara,
Langkawi Award dan Anugerah Medal Emas Penyelidikan (MPOB).
Anugerah-anugerah yang diterimanya itu memberikan impak terhadap
kualiti kehidupan dan pembangunan industri. Zahar telah ke Tanjung Piai
dengan Malcom Tan untuk mencari pengganti spesies Pus Pus yang
semakin lemah. Malcom telah terjumpa seekor ulat bulu berwarna
keemasan yang mungkin boleh menyelamatkan spesies Pus Pus.
Sesampainya di rumah, Zahar terus
menyelidik lima spesies yang ditemuinya dengan harapan dapat
menyelamatkan Pus Pus.
Zahar menyertai Kursus Kembara Biologi Alam di Kem Kaizen yang
terletak di pinggir hutan simpan Gunung Pulai untuk meneruskan
penyelidikannya. Doktor Azura, seorang pensyarah muda memberikan
kuliah yang memberangsanakna kepada semua peserta. Semasa aktiviti
meredah hutan, Zahar begitu leka mencari pengganti Pus Pus. Tiba-tiba
dia terlihat seekor beluncas berwarna kuning. Sewaktu asyik
memerhatikan beluncas itu, tiba-tiba Zahar tergelincir dan jatuh ke
dalam jurang. Fikri yang mendengar jeritan Zahar telah menaikkan Zahar
dengan bantuan dua orang pemuda yang melakukan aktiviti meredah hutan
di situ. Setibanya di kem, Mawar berasa cemas melihat keadaan Zahar.
Apabila pulang, Qistina bimbang melihat keadaan anaknya itu. Keesokan
harinya, Zahar menunjukkan spesies baharu ulat
bulunya kepada Fikri dan Malcom yang datang melawatnya di rumah.
Kebanyakan penduduk di Pekan Nanas bekerja di ladang kelapa sawit dan
kebun-kebun. Namun kedatangan pendatang asing telah menyekat rezeki
rakyat tempatan kerana majikan lebih gemar memilih pendatang asing sebagai
pekerja kerana upah yang murah. Akibatnya, ada pemuda kampung yang
terjebak dalam aktiviti yang tidak sihat seperti dadah, menghidu gam, mencuri
dan sebagainya termasuklah Ripin. Ripin pernah dibelasah oleh Zahar kerana
mencuri tong gas di rumahnya. Kejadian itu menyebabkan Ripin menyimpan
dendam terhadap Zahar.
Qistina menghalang Zahar ke Pulau Pisang kerana bimbang akan
keselamatan Zahar. Padanya, kedegilan Zahar sama seperti bapanya. Dia
teringat pada bekas suaminya dan kejadian yang menyebabkan mereka
berpisah. Selepas hidup sendiri, Qistina mendurukan rumah dua tingkat
di atas tanah yang dibelinya di Kampung Maju Jaya. Bekas suaminya,
Baharuddin pula dikatakan tinggal di London untuk meneruskan
pengajiannya di peringkat Doktor Falsafah. Qistina percaya lelaki yang
ditemui Faridah tempoh hari ialah bekas suaminya.
Pada waktu yang dijanjikan, Zahar, Fikri dan Malcom menaiki bot ke Pulau
Pisang. Setibanya di sana, mereka disambut dengan kera dan beruk
berbonggol merah yang garang tetapi menghilangkan diri setelah ditakutkan
oleh mereka. Mereka terus meneroka pulau itu. Tiba-tiba bau busuk menusuk
hidungnya dan dia ternampak seekor ulat bulu yang besar memandangnya
tanpa berkedip. Secara tiba-tiba, angin menderu kencang dan ulat besar tadi
bertukar menjadi kecil sebaik sahaja angin berhenti bertiup. Ketika itu
Malcom dan Fikri muncul dan mengatakan bahawa Zahar bermimpi.
Zahar begitu asyik dengan kajiannya di makmal. Spesies Monarch
yang ditemukannya di Pulau Pisang tempoh hari telah dijadikan bahan
kajian. Ulat bulu tersebut kelihatan lemah dan sakit. Selepas seminggu,
dia Kembali ke makmal tetapi seperti ada yang tidak kena. Zahar berasa
kagum kerana gabungan spesies Pus Pus dengan Monarch telah
menghasilkan ulat bulu yang sangat cantik. Spesies yang baharu itu
dinamakan Morgan. Kilauan pada began Morgan menyebabkan mata
Zahar berasa pedih. Dia gembira kerana kunjungannya ke Pulau Pisang
amat berbaloi walaupun terdapat perkara misteri berlaku. Zahar
teringat kata-kata Malcom dan Fikri bahawa dia terlalu obses dengan
ulat bulu. Namun, perkara lebih penting baginya ialah dia telah berjaya
menyelamatkan spesies Pus Pus.
Sebulan kemudian, kampung Maju Jaya dikejutkan dengan serangan ulat
bulu yang digelar mereka sebagai serangan ulat bulu puaka. Ramai penduduk
kampung mendapat penyakit gatal-gatal. Walaupun pelbagai ubat dan petua
diamalkan, namun semuanya sia-sia. Pada waktu malam, Morgan hilang dari
balangnya. Pada waktu siang, Morgan balik ke balangnya semula. Zahar
terkejut apabila Morgan mengalamu perubahan ciri fizikal iaitu tumbuh
sayap kecil pada kiri dan kanan abdomennya. Keadaan menjadi genting
apabila Ripin Bersama-sama beberapa orang penduduk kampung datang ke
rumah Qistina. Mereka menuduh Zahar sebagai punca wabak ini kerana
minatnya memelihara ulat bulu. Ketua Kampung, Pak Naib datang untuk
menenangkan keadaan. Qistina berjanji akan memanggil pihak Jabatan
Kesihatan untuk menyiasat perkara yang berlaku.
Dua hari kemudian, Unit Forensik, Unit Kawalan Penyakit Bawaan Vektor
datang mengeledah makmal Zahar. Sampel-sampel ulat yang menyerang
penduduk turut dibawa ke makmal Jabatan Kesihatan. Serangan ulat makin
serius tetapi rumah Zahar tidak diserang ulat. Beberapa hari kemudian,
Zahar diarahkan ke balai raya untuk memberi penjelasan kepada penduduk
kampung tentang serangan ulat bulu. Menurut Zahar, banyak faktor yang
menyebabkan serangan tersebut berlaku. Antaranya termasuklah
pencemaran habuk dan asap kilang sawit. Pak Rahmat setuju dengan
pendapat Zahar. Ketua kampung pula mencadangkan Zahar mencari jalan
untuk menyelesaikan masalah tersebut. Zahar berjanji untuk mencari jalan
penyelesaian. Hal ini menyebabkan Ripin tidak berpuas hati lalu
meninggalkan majlis tersebut.
Warung kopi Pak Mail menjadi tempat orang kampung berbual tentang
masalah yang melanda kampung mereka. Ripin menghasut orang kampung
menyalahkan Zahar atas kejadian yang berlaku. Perbualan mereka terhenti
apabila Zahar dan ibunya tiba di warung itu. Ripin meluru keluar dan cuba
mencetuskan pertelingkahan. Qistina cuba meleraikan situasu tegang
tersebut. Pak Mail menegur perbuatan Ripin yang bersikap kurang ajar
terhadap Cikgu Qistina. Ego Zahar tercabar apabila Ripin mengaitkan
tindakan ibunya membela dirinya dengan kejadian ayahnya meninggalkan
keluarganya. Ripin telah mengeluarkan pisau lipatnya lalu melibas baru Zahar.
Tindakan tersebut menyebabkan Zahar rebah ke tanah dan Ripin telah
melarikan diri kerana panik. Dengan bantuan Pak Mail dan penduduk kampung,
Zahar telah dibawa ke hospital oleh ibunya.
Mawar telah melawat Zahar di hospital. Zahar memberitahu Mawar bahawa
orang kampung menuduhnya punca serangan ulat bulu. Mawar menasihati Zahar
agar berehat supaya cepat sembuh. Setelah keluar dari hospital, Mawar sekali
lagi melawat Zahar. Zahar memberitahu Mawar tentang sesuatu yang pelu
berlaku apabila Morgan selalu hilang pada sebelah malam dan Morgan juga
boleh terbang. Zahar mengesyaki Morgan yang hilang pada waktu malam
mempunyai kaitan dengan serangan ulat bulu di kampungnya. Zahar juga
mengatakan firasatnya tentang penunggu Pulau Pisang yang marah kerana
haknya diambil tetapi andaian itu dirasionalkan oleh Mawar dengna mengatakan
bahawa ulat bulu itu membiak di luar sana. Zahar berjanji akan membuat uji
kaji untuk mengenal pasti serangan ulat bulu berintik hitam di
kampungnya.
Zahar membuat kajian melalui Internet. Dia dapati pada zaman revolusi
perindustrian, spesies rama-rama bitnik terang berkurang bilanganya,
manakala spesies rama-rama bitnik gelap pula bertambah. Di kampung itu,
kelapa sawit hanya beroperasi pada waktu malam. Asap terowong penapis
kilang telah merangsang ulat bulu membiak. Tambahan pula Morgan hanya
hilang pada waktu malam. Malam itu, Zahar ke makmalnya. Morgan ada
disarangnya. Tiba-tiba cahaya kebiru-biruan muncul dari sarang dan Morgan
mula terbang dan hilang dalam kegelapan malam. Hasil daripada jejakannya,
Zahar mendapati bahawa Morgan telah merangsang ulat-ulat bulu berintik
hitam keluar dan melekat di tempat yang berdebu, berjelaga dan tercemar.
Zahar tidak menyangka minatnya kini telah menimbulkan bahaya kepada orang
lain. Selain gatal-gatal kulit, kanak-kanak yang terhidu racun serangga
yang digunakan untuk memusnahkan ulat bulu menyebabkan mereka
Mendapat radang saluran pernafasan serta radang paru-paru dan selaput
mukosa. Penduduk kampung juga menghidap batuk dan sesak nafas.
Akibatnya klinik kampung itu terpaksa beroperasi 24 jam.
Kekecohan yang melanda Kampung Maju Jaya telah sampai ke
pengetahuan Ahli Dewan Undangan Negeri Johor, Dato’ Omaruddin Atan.
Beliau meminta Majlis Perbandaran Daerah Pontian menyiasat dan
menghapuskan serangan ulat bulu tersebut.
Kisah di kampung tersebut akhirnya disiarkan dalam akhbar dan
menimbulkan ketakutan dalam kalangan pembaca.
Pagi itu, Pak Alias dan isterinya, Mak Cik Habibah ke kandang kambing
mereka. Mereka mendapati enam ekor anak kambingnya telah mati.
Terdapat benda hitam melekat pada badan kambing-kambing tersebut. Kini
penduduk kampung mulai bimbang kerana musibah ini bukan hanya menyerang
manusia tetapi juga haiwan ternakan. Namun aa juga yang mengambik
kesempatan dalam situasi ini.
pada pagi itu, warung Pak Mail menjadi kecoh dengan kejadian yang
menimpa anak-anak kambing Pak Alias. Leman, Pak Usop dan Kadir turut
dihimpit kebimbangan kerana khuatir lembu, ayam dan itik mereka pula akan
menjadi mangsa serangan ulat bulu ini.
Qistina mengarahkan murid-muridnya menghantar buku Latihan. Salah
seorang muridnya, Umar tidak menyiapkan kerja rumah dengan alasan
kambingnya beranak. Qistina pernah pergi ke rumah Umar dan mendapat
tahu bahawa adiknya, iaitu Hakim membantu Umar menyiapkan kerja Latihan
karangannya kerana Umar sibuk menyabit rumput untuk kambing-kambingnya.
Dalam Program Perkampungan Ilmu, Umar memberitahu Qistina dia tidak
menyiapkan kerja sekolah kerana menjaga kambingnya yang beranak. Dia
juga perlu menyabit rumput untuk kambing-kambingnya. Umar lebih
mementingkan kambing daripada pelajarannya. Malam itu, Qistina ke rumah
Umar untuk berjumpa ayah Umar. Adiknya memberitahu ayah mereka masuk
hospital kerana diserang ulat bulu. Qistina semakin bimbang tentang
fenomena ini dan keselamatan Zahar. Dia terfikir untuk menetap di
Alor Gajah buat sementara waktu.
Zahar bermimpi tentang lembaga hitam lagi. Apabila tersedar, dia
segera mandi. Dia akan memujuk Fikri mengikutnya ke Pulau Pisang. Fikri
setuju untuk mengikut Zahar ke Pualau Pisang walaupun pada mulanya dia
menolak. Esoknya mereka ke Pulau Pisang. Setelah beberapa lama meredah
hutan, mereka terlihat beberapa ekor ulat bulu spesies Morgan sedang
makan daun-daun hijau. Dalam hatinya terdetik, mungkin inilah daun yang
disebut oleh lembaga hitam dalam mimpinya malam tadi. Beberapa ekor
ulat di atas tanah juga menuju ke arah daun lebar yang tidak berbatang itu.
Ripin amat marah apabila daun benih sawit yang baru bercambah dimakan
oleh ulat. Dia menyalahkan Zahar atas semua mala petaka ini. Dia lebih
bimbang kerana wang pendahuluan daripada Tauke Ban Heng telah
diambilnya.
Ripin ke rumah Zahar. Dia mahu bersemuka dengan Zahar. Akibat tidak
sabar, Ripin telah menumbuk Zahar tetapi tidak berjaya, sebaliknya dia
ditewaskan oleh Zahar. Peristiwa ini segera tersebar di kampung Maju
Jaya. Penduduk kampung berpendapat, Zahar dan ulat-ulatnya mesti diusir.
Fikri dan Zahar pula berbincang untuk menyelesaikan masalah yang melanda
kampung mereka. Mereka berpendapat sesuatu perlu dilakukan terhadap
Morgan.
Zahar termenung panjang dalam makmalnya sambil teringat kata-kata
ibunya yang menyuruhnya mencari jalan penyelesaian. Zahar teringat
kenangan Bersama ayahnya yang mempunyai kekasih lain dan menimbulkan
kemarahannya, namun ibunya menasihatinya supaya tidak menderhaka kepada
ayahnya kerana masalah tersebut merupakan masalah ayah dan ibunya.
Setelah ibu dan ayahnya berpisah, segala urusan keluarga ditanggung oleh
ibunya dengan tabah. Sebelum ke Alor Gajah, ibunya meminta agar Zahar
memusnahkan makmalnya untuk mengelakkan keluarga mereka diganggu oleh
penduduk kampung. Namun demikian, Zahar terus menghasilkan penawar
dengan menggunakan cecair yang diambil daripada badan Morgan dan Pus Pus.
Penyelidikan tersebut dijalankan berdasarkan kata-kata yang
didengarnya dalam mimpinya dahulu.
Pada pagi keesokkan harinya, Zahar telah melihat hasil eksperimennya
malam tadi. Dia segera menyembur sejenis cecair pada Morgan. Kepulan
asap putih dan hijau kekuningan keluar daripada badan Morgan
menyebabkan ulat itu tidak berdaya dan akhirnya mengeras. Tiba-tiba
dia dikejutkan dengan bunyi yang kuat seperti sesuatu jatuh ke tanah.
Apabila hendak mengunci pintu makmal, dia ternampak punting rokok di
tanah ketika dia ingin mengambil kunci makmal yang terlepas dari
tangannya. Dia kehairanan dan cuba mengaitkan bunyi benda jatuh
dengan punting rokok tersebut.
Zahar memberitahu Fikri bahawa dia telah mencipta penawar untuk ulat
bulu berintik hitam tersebut walaupun dia terpaksa memusnahkan Morgan
kerana spesiesnya akan membiak dan merangsang pembiakan ulat bulu
berintik hitam tersebut. Zahar menggunakan daun makanan Morgan di Pulau
Pisang sebagai penawar. Pokok itu perlu ditanam secara intensif.
Sebaik sahaja dia pulang dari kuliah, Zahar amat terkejut apabila bahan
uji kaji dan buku formulanya hilang. Dia segera menghubungi Fikri untuk
memberitahu perkara tersebut. Mereka mengesyaki semua ini angkara Ripin.
Namun demikian, mereka tetap akan menyiasat kejadian tersebut. Semasa
mereka mengeledah makmal, mereka menjumpai sekeping resit daripada
Syarikat Ban Hen. Malam itu, mereka telah ke gudang tapak semaian untuk
menyiasat. Mereka dapati, ada bahan seperti tepung di gudang
tersebut. Zahar telah membuat laporan polis tentang kehilangan
peralatan makmalnya. Polis membuat intipan di stor tapak semaian benih
cambah sawit. Ripin kemudian diberkas di rumahnya berhubung dengan
sindeket penjualan benih cambah sawit secara haram dan pemalsuan
dokumen urus niaga menggunakan logo Sime Darby Plantation Berhad dan
FELDA Agriculture Services Bhd. Turut diberkas ialah rakan Ripin iaitu
Ahmad dan Jusoh. Polis turut menjumpai buku formula dan hasil eksperimen
Zahar. Hal ini amat menggembirakan Zahar.
Majlis Perbandaran Johor dan Jabatan Kesihatan Pontian telah
menjalankan operasi nyah ulat bulu di Kampung Maju Jaya. Mereka
menyembur menggunakan agen Biologi ciptaan Zahar. Masalah ulat bulu
tersebut berjaya diselesaikan.
Zahar menerima ucapan tahniah daripada pelbagai pihak. Pengurus
inovasi UTM pula memaklumkan bahawa mereka akan menkomersialkan
ciptaan Zahar itu. Ciptaannya itu dinamakan MONPUS iaitu gabungan
nama Morgan dan Pus Pus. Dia akan cuba mendapatkan perlindugan harta
intelek untuk hasil ciptaannya itu. Dia bersyukur dengan kejayaannya itu.
Zahar telah diumumkan sebagai penerima anugerah Biasiswa Kerusi
Canselor mewakili pelajar Asia. Anugerah tersebut akan disampaikan oleh
Profesor Doktor Baharuddin. Qistina amat terharu kerana dia
menyaksikan seorang ayah menyampaikan anugerah kepada anak yang
tidak dikenalinya. Selepas upacara berakhir, Baharuddin segera
mencari Zahar dan Qistina. Dia memohon maaf atas kesilapannya
yang lalu daripada Qistina. Qistina diperkenalkan dengan Irdiana,
isterinya. Di dalam dewan, Qistina terdengar bisikan Doktor
Baharuddin yang melamarnya semula. Bisikan itu juga didengari oleh
Zahar. Zahar berharap agar ibunya menerima lamaran tersebut. Bagi
Zahar, kecintaan terhadap ulat bulu dan dunia penyelidikan
menyambung semula ikatan yang terlerai.
Kecintaan seorang anak muda terhadap ilmu dan dunia penyelidikan
Zahar ialah seorag pemuda yang berusia 22 tahun amat menyukai
pelbagai jenis serangga Sejak kecil lagi dan gemar melakukan penyelidikan
terhadapnya. Dia banyak mengumpul serangga seperti kumbang, ulat
beluncas, labah-labah dan rama-rama. Dia juga mempunyai sebuah makmal
khas untuknya melakukan penyelidikan terhadpat serangga yang
dikumpulnya. Dia kerap menghabiskan masa lapangya di makmal tersebut
untuk melakukan penyelidikan. Malah, dia turut menjalankan penyelidikan
untuk mencari penawar kepada serangan ulat bulu berintik hitam yang
telah menyerang Kampung Maju Jaya. Dia akhirnya berjaya mencipta
racun serangga organik yang diberi nama MONPUS.
1. Kasih sayang seorang ibu terhadap anaknya.
Qistina agak keberatan untuk melepaskan Zahar ke Pulau Pisang untuk
mencari spesies ulat bulu Pus Pus kerana bimbang akan keselamatan anak
tunggalnya itu.
2. Kepentingan ilmu dalam kehidupan.
Zahar telah menggunakan pengetahuannya dalam bidang Sains Hayat
untuk mencipta penawar bagi menyelesaikan masalah ulat bulu berintik hitam
yang telah menyerang kampungnya iaitu Kampung Maju Jaya.
3. Keperihatinan terhadap penjagaan alam sekitar.
Zahar risau apabila memikirkan generasi muda yang tidak mewarisi
keindahan alam semula jadi sehingga berlakunya pencemaran alam seperti di
Hutan Paya Bakau di Tanjung Piai.
4, Sifat suka berdendam dalam masyarakat.
Ripin menaruh dendam terhadap Zahar yang telah menangkapnya semasa
mencuri tong gas. Namun, Zahar tidak melaporkan kejadian tersebut kepada
pihak polis. Sejak kejadian itu, Ripun sentiasa mencari jalan untuk membalas
dendam terhadap Zahar.
5. Pegangan ajaran agama dalam kehidupan.
Penduduk Kampung Maju Jaya merancang mengadakan solat hajat sebagai
salah satu ikhtiar untuk mengatasi masalah serangan ulat bulu berintik hitam
di kampung mereka.
6. Tanggungjawab guru terhadap muridnya.
Cikgu Qistina amat prihatin terhadap kebajikan dan perkembangan
kemajuan Pendidikan anak muridnya. Dalam penyampaian ilmu pengetahuan,
beliau telah mencipta beberapa inovasi agar pengajarannya menarik perhatian
dan muridnya faham apa-apa yang diajarnya.
Watak utama : Zahar
- Anak tunggal dalam keluarga dan berumur 22 tahun.
- Ayahnya meninggalkan keluarga sewaktu dia berumur 10
tahun.
- Mempunyai minat yang mendalam terhadap serangga sejak
kecil lagi.
- Mengambil jurusan Biologi di Fakulti Sains Hayat,
Universiti Teknologi Malaysia.
- Tinggal Bersama-sama ibunya, Puan Qistina di Kampung
Maju Jaya.
Seorang yang menghargai masa
- Zahar menggunakana cuti semesternya dengan
bermanfaat. Dia telah bersama-sama rakannya ke Hutan Paya
Bakau di Tanjung Piai untuk mencari spesies baharu ulat bulu.
Seorang yang bertanggungjawab.
- Zahar bertanggungjawab dalam mencipta penawar bagi
menyelesaikan masalah ulat bulu berintik hitam yang melanda di
Kampung Maju Jaya.
Seorang yang menyayangi ibunya.
- Zahar tekun belajar demi menggembirakan ibu yang telah
membesarkannya seorang diri Sejak dia berumur 10 tahun lagi.
Watak sampingan : Qistina
- Ibu kepada Zahar.
- Seorang yang cantik dan bergaya walaupun umurnya
dalam lingkungan 40-an.
- Bekerja sebagai seorang guru Bahasa Melayu di Sekolah
Menengah Sri Yasin.
- Seorang guru yang berdedikasi, rajin dan komited
terhadap kerjanya.
- Seorang yang tegas
- Seorang yang penyayang