K
K
K
K
FORMAT SOALAN
RUMUSAN
1 fokus utama Tidak melebihi Markah :
6 fokus 100 patah 15 markah
perkataan
sampingan Masa :
1 kesimpulan Soalan pilihan 15 minit
[ulasan /
rumusan /
ringkasan]
K
ARAHAN SOALAN :
[1] Calon akan diberikan satu petikan untuk dirumuskan.
[2] Arahan soalan :
Tulis sebuah rumusan yang panjangnya hendaklah
tidak melebihi 100 patah perkataan.
[3] Tiada kata kunci dalam arahan soalan.
[4] Kata kunci soalan terdapat dalam petikan.
K
KRITERIA PENSKORAN :
PEMARKAHAN BAHAGIAN ISI PEMARKAHAN BAHAGIAN
BAHASA
BAHAGIAN MARKAH PERINGKAT MARKAH
Fokus utama 2 4-5
Fokus sampingan Cemerlang 2-3
6 [5 isi] 1
[6 X 1]
Kesimpulan 2 Baik
10 [3 – 4 isi]
Jumlah
Memuaskan
[1 – 2 isi]
K
PERKARA-PERKARA YANG PERLU DIBERI PERHATIAN
FOKUS UTAMA Dalam perenggan pertama
petikan
FOKUS SAMPINGAN
Dalam petikan : punca / kesan
KESIMPULAN / langkah tentang fokus utama
PEMERENGGANAN
UNGKAPAN MENARIK Cadangan / harapan
AYAT FOKUS SAMPINGAN
Satu perenggan sahaja
Tidak perlu
Disambungkan dengan penanda
wacana
K
TEKNIK MENGESAN KATA KUNCI
KEBAIKAN Manfaat Kepentingan Kelebihan
USAHA Langkah Inisiatif Tindakan
PUNCA Faktor Kerana
KESAN sebab
Akibat Natijah Impak
K
K
BACA PETIKAN
Pendahuluan Idea
idea utama sokongan
Tema Kesimpulan 6 isi tersurat
Kata kunci [tugasan]
[Tugasan ] Isu
Cadangan
Harapan
Punca Rumusan membincangkan punca-punca ……….
Kesan Rumusan membincangkan kesan-kesan……….
Langkah Rumusan membincangkan langkah-langkah….
Kebaikan Rumusan membincangkan kebaikan-kebaikan….
K
Kata Kunci Tema / Isu Sasaran
Rumusan membincangkan punca-punca
pencemaran bunyi di Malaysia.
K
Cadangan Tema / Isu Harapan
Semua pihak hendaklah berusaha mengurangkan
pencemaran bunyi agar hidup kita sejahtera.
K
K
RANGKA PENULISAN RUMUSAN
Rumusan membincangkan ….. [fokus utama] ….. .
Antaranya ialah ….. [fokus sampingan 1] ….. . Di samping itu,
….. [fokus sampingan 2] . Selain itu, ….. [fokus sampingan 3]
….. . Seterusnya, ….. [fokus sampingan 4] ….. dan ….. [fokus
sampingan 5] ….. . Akhir sekali, ….. [fokus sampingan 6] ….. .
Kesimpulannya, semua pihak [perlu / hendaklah / wajarlah] …..
[cadangan] ….. [supaya / agar / kerana / untuk] …..
[harapan] ….. .
[ patah perkataan]
K
CONTOH 1
Baca petikan di bawah ini dengan teliti. Berdasarkan petikan tersebut,
tulis satu rumusan yang panjangnya hendaklah tidak melebihi 100
patah perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat anda
sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan.
Kemalangan jalan raya kerap berlaku di negara kita. Kadar
kemalangan meningkat setiap kali musim perayaan walaupun pelbagai
kempen dan tindakan dijalankan oleh pihak berkuasa. Peningkatan
jumlah kematian merupakan suatu kerugian yang melibatkan nyawa,
harta benda, wang, tenaga, manusia dan masa. Memandangkan
bilangan kematian terus menigkat, maka pelbagai usaha perlu diambil
untuk mengatasi kemalangan jalan raya.
K
K
Antara usahanya ialah pengeluaran lesen memandu diperketat
demi membendung kejadian yang menyayat hati terutamanya pada
musim perayaan. Para pemandu perlu menjalani ujian kecekapan
atau latihan memandu yang teliti sebelum diberi lesen bagi memastikan
mereka mengamalkan gaya pemanduan yang positif. Antara
penyebab peningkatan kadar kemalangan jalan raya termasuklah
sikap pengguna yang cuai. Hal ini dibuktikan melalui kajian yang
dilakukan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) yang menunjukkan
90 peratus daripada kes kemalangan jalan raya berlaku kerana
kecuaian pemandu. Dalam memastikan kemalangan sifar dicapai,
hukuman yang lebih tegas sebagai pengajaran terhadap pemandu
K perlu dikenakan. Pemandu-pemandu baharu yang melakukan
kesalahan dalam tempoh dua tahun pertama perlu dikenakan
tindakan perlanjutan tempoh percubaan sebelum mendapat lesen
sepenuhnya.
Orang ramai masih belum belajar daripada kesilapan-kesilapan
masa lalu, malah pengalaman pihak lain juga dipandang rendah.
Sejajar dengan itu, sudah tiba masanya pihak berkuasa mengkaji
secara mendalam aspek-aspek yang sesuai dalam sistem
pembelajaran dan Pendidikan pemanduan di negara kita. Sistem
pemanduan yang dikendalikan oleh pihak JPJ umpamanya sistem
peperiksaan akademik yang diduduki oleh para pelajar. Sewajarnya
elemen sivik dipupuk pada jiwa seseorang pelajar sehingga amalan
K tersebut tersemai dengan mendalam dan menjadi amalan apabila
dewasa nanti.
Di samping itu, menjadi tanggungjawab ibu bapa, sekolah dan
masyarakat menyemai nilai-nilai murni dalam usaha melahirkan
generrasi pemandu yang berhemah. Penguatkuasaan undang-
undang dan denda yang dikenakan perlu diperketat supaya mereka
yang bersalah dihukum sewajarnya. Selain itu, penetapan had laju di
lebuh raya dan di jalan-jalan biasa perlu dikekalkan kerana banyak
kemalangan yang berlaku berpunca daripada kenderaan yang tidak
dapat dikawal sebagai akibat dipandu terlalu laju. Para pengguna
perlu disedarkan bahawa jalan raya bukanlah tempat untuk berlumba
dan mereka perlulah memandu secara berhemah supaya tidak meng-
K
akibatkan nahas yang membabitkan orang lain.
Jelaslah bahawa banyak langkah ynag boleh diambil oleh
individu, masyarakat mahupun negara dalam mengurangkan kadar
kemalangan jalan raya. Semua pihak perlu menggemblengkan tenaga
secara efektif untuk mengatasi kemelut ini, janganlah sudah terhantuk
baru hendak terngadah kerana apabila sesuatu kecelakaan sudah
berlaku, tiada guna menyesalinya lagi kerana nasi sudah menjadi
bubur. Tragedi kemalangan boleh berlaku kepada sesiapa sahaja dan
bila-bila masa kerana malang tidak berbau.
Rangka Jawapan K
Pendahuluan :
Rumusan membincangkan usaha-usaha yang perlu diambil
untuk mengatasi kemalangan jalan raya.
Isi-isi
1. Pengeluaran lesen memandu diperketat
2. Para pemandu perlu menjalani ujian memandu
kecekapan atau latihan memandu yang teliti sebelum
diberi lesen
3. Hukuman yang lebih tegas sebagai pengajaran
K
4. Pemandu-pemandu baharu yang melakukan kesalahan
dalam tempoh dua tahun pertama dikenakan tindakan
perlanjutan tempoh percubaan sebelum mendapat lesen
sepenuhnya.
5. Pihak berkuasa mengkaji secara mendalam aspek-
aspek yang sesuai dalam sistem pembelajaran dan
pendidikan pemanduan
6. Elemen sivik dipupuk pada jiwa seseorang pelajar
7. Ibu bapa, sekolah dan masyarakat menyemai nilai-nilai
murni
8. Penguatkuasaan undang-undang dan denda perlu
diketatkan.
9. Penetapan had laju di lebuh raya dan di jalan-jalan biasa
K
Kesimpulan :
Kesimpulannya, Kadar kamalangan yang tinggi di jalan
raya perlu dibendung supaya jalan raya menjadi tempat
yang selamat untuk semua pengguna.
Jawapan K
Rumusan membincangkan usaha-usaha yang perlu diambil untuk
mengatasi kemalangan jalan raya. Antaranya termasuklah pengeluaran
lesen memandu diperketat. Di samping itu, para pemandu perlu menjalani
ujian kecekapan atau latihan memandu sebelum diberi lesen. Selain itu,
hukuman tegas sebagai pengajaran terhadap pemandu perlu dikenakan.
Seterusnya, pemandu-pemandu baharu yang melakukan kesalahan
dalam tempoh dua tahun pertama perlu dikenakan tindakan perlanjutan
tempoh percubaan. Selanjutnya, pihak berkuasa mengkaji secara men-
dalam aspek-aspek yang sesuai dalam pembelajaran dan pendidikan
pemanduan. Akhir sekali, penguatkuasaan undang-undang dan denda
perlu diketatkan. kesimpulannya, Kadar kemalangan yang tinggi di jalan
perlu dibendung supaya jalan raya menjadi tempat yang selamat untuk
semua pengguna. ( 96 patah perkataan)
K
Sumber : Internet dan Buku Rujukan