The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by g-94093801, 2021-11-12 08:53:49

MORFOLOGI

MORFOLOGI

Soalan 1 - Morfologi Soalan 6 - Petikan Umum Soalan 9 - Rumusan
Soalan 2 - Sintaksis Soalan 7 - Petikan Sastera
Soalan 3 - Penyuntingan Soalan 8 - Novel
Soalan 4 - Bahasa Melayu

Standard
Soalan 5 - Peribahasa

2. BENTUK KATA

1. STRUKTUR KATA - Kata Tunggal - Kata Terbitan
- Kata Majmuk - Kata Ganda
- Susunan unsur bahasa dalam kata.
- Contoh : 3. GOLONGAN KATA

Kata dasar + akhiran = minuman - Kata Nama - Kata Kerja
awalan + kata dasar = berkawan - Kata Adjektif - Kata Tugas
apitan + kata dasar = dipermainkan
sisipan + kata dasar = jelajah



1. Baca arahan soalan. Gariskan kehendak soalan.

2. Baca petikan yang diberikan. Gariskan jawapan.

3. Senaraikan kata morfologi berdasarkan arahan soalan.

4. Bina ayat sendiri berdasarkan arahan soalan. Ayat
perlu gramatis. [subjek + predikat]

5. Ayat yang dibina tidak boleh mengambil ayat dalam petikan
atau dalam keseluruahn kertas soalan.

6. Jumlah ayat yang dibina bergantung pada arahan dalam soalan.
7. Jumlah markah tidak tetap - bergantung pada kehendak soalan.

8. Bentuk skema pemarkahan : analitik.

Teknik membina ayat Ayat = subjek + predikat

1. Siapa + apa + bagaimana
Ibu membeli periuk nasi itu dengan menggunakan kad kredit.

2. Siapa + apa + mengapa + di mana

Ibu membeli periuk nasi itu untuk menggantikan periuk nasi
yang telah rosak di kedai Elektronik Seng Heng.

3. Siapa + apa + bagaimana + bila

Ibu membeli periuk nasi itu dengan menggunakan kad kredit
pada minggu lepas.

CONTOH SOALAN 1

Baca petikan di bawah dengan teliti dan senaraikan tiga kata adjektif.
Kemudian anda dikehendaki membina satu ayat sendiri daripada tiga kata
adjektif yang dipilih bagi menunjukkan anda faham akan maksud dan
penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan
imbuhan atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau kata
nama khas.

Bagi membanteras kegiatan rasuah dan penyeludupan rokok murah dengan
lebih berkesan, kerajaan telah menyediakan pelan jangka panjang. Kerajaan
haruslah berada selangkah di hadapan sindiket yang licik dan mempunyai
sumber kewangan dan kelengkapan yang canggih untuk mengatasi agensi
penguat kuasa. Selain itu, satu pasukan khas perlu diwujudkan segera agar
jenayah ini boleh diatasi dalam tempoh masa yang singkat. Pasukan khas ini
akan ditugaskan mengenal pasti lokasi penyeludupan rokok dan menutup
lorong-lorong khas yang digunakan oleh penyeludup.

JAWAPAN SOALAN 1

Kata adjektif : Ayat :

1. Murah 1. Kasut yang dijual di kedai
2. Panjang Tan Boon sungguh murah.
3. Licik
2. Pemain bola sepak itu
terpaksa berehat panjang
selepas mengalami
kecederaan ketika latihan.

3. Pencuri yang licik itu
akhirnya berjaya diberkas
oleh pihak polis.

CONTOH SOALAN 2

Baca petikan di bawah dengan teliti. Tukarkan kata kerja aktif yang bergaris
kepada kata kerja pasif. Kemudian anda dikehendaki membina satu ayat anda
sendiri daripada setiap kata kerja pasif untuk menunjukkan anda faham akan
maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambah imbuhan, menukarkan
imbuhan dan menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa dan nama khas.

Usia yang semakin meningkat menyebabkan seseorang itu akan mendapati
lebih sukar untuk membina dan menjaga otot. Kehilangan jisim otot dalam
kebanyakan individu berlaku pada usia sekitar 40 tahun ke atas. Pakar Ortopedik
dan Sugeri Sukan, Hospital Ampang, Dr. Sabbir Ahmad, berkata keadaan
berkenaan disebabkan tahap testosteron yang lebih rendah kepada lelaki dan
tahap estrogen yang lebih rendah kepada Wanita. Namun, kehilangan otot dalam
kalangan lelaki dan Wanita dewasa dapat dielakkan menerusi latihan-latihan
ketahanan tetapi sebagai usaha membina dan menjaga otot.

JAWAPAN SOALAN 2

Kata kerja transitif pasif 2. Mila didapati tidak hadir ke
sekolah seminggu disebabkan
1. Menyebabkan – disebabkan demam panas.
2. Mendapati – didapati
3. Menjaga – dijaga 3. Anak-anak Murad dijaga oleh
4. Membina - dibina mentuanya kerana isteri
baharunya tidak mahu
Ayat : menerima anak-anak tiri dalam
kehidupan rumah tangga
1. Maria gagal dalam mereka.
peperiksaan disebabkan
malas mengulang kaji dan 4. Rumah tangga yang dibina
tidak fokus semasa guru oleh Majid musnah sekelip
sedang mengajar. mata apabila isterinya curang
dalam diam-diam.

CONTOH SOALAN 3

Baca petikan di bawah dengan teliti dan senaraikan satu kata majmuk mantap
dan dua kata kerja pasif. Kemudian anda dikehendaki membina satu ayat
anda sendiri daripada perkataan yang dipilih untuk menunjukkan anda faham
akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambah imbuhan,
menukarkan imbuhan dan menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa
dan nama khas.

Profesion keguruan cukup mencabar jika dilihat dari segi tanggungjawab guru
terhadap agama, bangsa dan negara. Hal ini dikatakan demikian kerana merekalah
yang harus memastikan Falsafah Pendidikan Negara dan Falsafah Pendidikan Guru
dicapai dengan jayanya. Pendidik memainkan peranan yang dominan dalam
merealisasikan aspirasi negara untuk mewujudkan perpaduan kaum. Guru juga
membuktikan bahawa mereka mampu mengimbagkan kewujudan integrasi nasional
yang menjamin keamanan dan kesejahteraan negara. Guru ialah ejen keberkesanan
pendidikan. Kejayaan dan keberhasilan guru terhadap tanggungjawab, kelengkapan,
keilmuan dan keluhuran peribadi disifatkan sebagai cabaran yang harus didepani
dengan profesional.

JAWAPAN SOALAN 3

Kata Majmuk Mantap Ayat :
1. Tanggungjawab
1. Golongan remaja perlu mengetahui
tanggungjawab yang mereka harus
pikul untuk membantu bahagian
pelancongan negara.

Kata Kerja Pasif 2. Individu yang berkerjaya sentiasa
menjaga kekemasan diri dan
1. Dilihat persekitaran agar dilihat lebih
2. Dikatakan berwawasan.

3. Majlis perkahwinan Siti Nurhaliza
dikatakan sebagai majlis perkahwinan
paling gemilang dalam kalangan artis
tempatan sehingga ke hari ini.

CONTOH SOALAN 4

Baca petikan di bawah dengan teliti dan senaraikan tiga kata majmuk.
Kemudian anda dikehendaki membina satu ayat anda sendiri daripada
perkataan yang dipilih untuk menunjukkan anda faham akan maksud
dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambah imbuhan,
menukarkan imbuhan dan menggunakan perkataan itu sebagai
peribahasa dan nama khas.

Sebagai warganegara Malaysia, tugas menghormati institusi raja
Melayu sememangnya terletak pada bahu mereka. Dalam kalangan generasi
muda, lima prinsip Rukun Negara telah diterapkan sejak di bangku sekolah
demi membentuk jati diri mereka. Namun demikian, terdapat segelintir
rakyat yang telah memuat naik kata-kata yang menghina institusi tersebut
melalui laman sosial. Oleh itu, hukuman yang lebih berat perlu dikenakan
terhadap pihak yang terlibat kerana setiap rakyat Malaysia perlu akur
bahawa kesetiaan kepada raja dan negara ialah tanggungjawab kita
bersama.

JAWAPAN SOALAN 4

Kata Majmuk Ayat :
1. warganegara
2. Jati diri 1. Semua warganegara tidak kira
3. Tanggungjawab bangsa Cina, India, Orang Asal dan
lain-lain harus melihat bahasa
Melayu sebagai milik bersama.

2. Sistem pendidikan tanah air
seharusnya mewujudkan jati diri
yang tinggi dalam kalangan murid.

3. Kepentingan menjaga alam sekitar
adalah tanggungjawab bersama.

CONTOH SOALAN 5

Baca petikan di bawah dengan teliti dan senaraikan dua kata kerja dan dua kata
adjektif. Kemudian anda dikehendaki membina satu ayat anda sendiri daripada
perkataan yang dipilih untuk menunjukkan anda faham akan maksud dan
penggunaannya. Anda tidak boleh menambah imbuhan, menukarkan imbuhan dan
menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa dan nama khas.

Penekanan inovasi dalam kalangan murid pendidikan khas dapat menambah
baik sahsiah diri dan kualiti kehidupan, serta memudahkan pengurusan aktiviti
harian murid. Jika diberi pendedahan yang tepat, mereka mampu bersaing dengan
rakan murid yang normal. Inovasi berkaitan dengan persekitaran sekolah bukan
sahaja memudahkan pengurusan dan meringankan beban pendidikan sepanjang
proses pembelajaran di sekolah, malah dapat mewujudkan persekitaran yang mesra
kepada murid kelainan upaya ini. Hal ini akan dapat melahirkan murid yang
sentiasa berfikir dan berani menghadapi cabaran.

JAWAPAN SOALAN 5

Kata Kerja Ayat :
1. Bersaing
2. Mewujudkan 1. Alia sering bersaing dengan rakan-
rakan sekelasnya untuk memperoleh
Kata Adjektif kedudukan pertama dalam kelas.
1. Tepat
2. Mesra 2. Pembangunan yang pesat di ibu kota
telah mewujudkan banyak peluang
pekerjaan kepada penduduk.

3. Kursus Kepimpinan yang diadakan
pada pagi ini dijangka akan tamat
tepat pukul 6:00 petang nanti.

4. Jurujual di kedai itu sungguh mesra
dengan pelanggan yang datang ke
kedainya.

CONTOH SOALAN 6

Baca petikan di bawah dengan teliti dan senaraikan dua kata kerja dan dua
kata adjektif. Kemudian anda dikehendaki membina satu ayat anda sendiri
daripada perkataan yang dipilih untuk menunjukkan anda faham akan
maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambah imbuhan,
menukarkan imbuhan dan menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa
dan nama khas.

Barisan pokok bakau dan bunyi cengkerik serta agas turut
mengiringi setiap langkah ke muara. Terdapat juga spesies ikan yang riang
bermain gelungsur air. Keindahan semula jadi ini kian terpinggir oleh arus
perubahan teknologi. Hutan paya bakau ini hidup subur di sepanjang
pantai dan mempunyai bentuk akar yang unik, malah berdiri teguh di atas
tanah lembut yang berlumpur.

JAWAPAN SOALAN 6

Kata Kerja Ayat :
1. Bermain
2. Mengiringi 1. Pada waktu petang, saya sering
bermain badminton dengan kakak di
Kata Adjektif halaman rumah.
1. Riang
2. Lembut 2. Pihak polis mengiringi kereta
Perdana Menteri untuk menghadiri
Persidangan Dewan Rakyat di
Parlimen.

3. Anis sungguh riang bermain
pondok-pondok dengan rakan-
rakannya.

4. Kek pisang yang dimasak oleh emak
sungguh lembut dan sedap.

CONTOH SOALAN 7

Baca petikan di bawah dengan teliti dan senaraikan dua kata tunggal dan dua
kata majmuk. Kemudian anda dikehendaki membina satu ayat anda sendiri
daripada perkataan yang dipilih untuk menunjukkan anda faham akan maksud
dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambah imbuhan, menukarkan
imbuhan dan menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa dan nama khas.

Sukan air juga mampu memupuk nilai-nilai dalam diri. Oleh sebab
kebanyakan sukan air ini melibatkan kemahiran menggunakan peralatan, peserta
mestilah mematuhi arahan yang diberikan. Aspek keselamatan perlulah
diutamakan. Bagi sukan air secara berkumpulan, berada di dasar laut dalam
aktiviti selam skuba misalnya, sudah pasti akan memupuk sikap saling
mempercayai, persefahaman, dan perpaduan yang erat. Banyak lagi nilai murni
lain yang dapat diterapkan, antaranya termasuklah keberanian, yakin diri, dan
menghargai masa. Pendedahan yang berterusan kepada sukan air ini berupaya
untuk meningkatkan kualiti hidup.

JAWAPAN SOALAN 7

Kata Tunggal 2. Pihak British sangat terperanjat
1. Masa [KV + KV] dengan perubahan sikap masyarakat
Melayu.

2. Sikap [KV + KVK] 3. Pelbagai program sukan dan aktiviti
rekreasi berkaitan sukan air akan
Kata Majmuk dianjur untuk menIngkatkan
penyertaan masyarakat dalam
1. Sukan air sukan.

2. Dasar laut 4. Beberapa pengkaji makhluk asing
percaya bahawa objek tidak dikenali
Ayat : (UFO) berasal dari dasar laut dan
bukannya angkasa lepas seperti yang
1. Bilangan guru di sekolah saya pada digembar-gemburkan.
masa itu seramai 46 orang dan
kakitangan lain seramai 25 orang.

CONTOH SOALAN 8

Baca petikan di bawah dengan teliti dan senaraikan empat kata ganda berentak.
Kemudian anda dikehendaki membina satu ayat anda sendiri daripada perkataan
yang dipilih untuk menunjukkan anda faham akan maksud dan penggunaannya.
Anda tidak boleh menambah imbuhan, menukarkan imbuhan dan menggunakan
perkataan itu sebagai peribahasa dan nama khas.

Pemuda-pemudi dari Kuala Lumpur yang sedang mandi-manda di air terjun
yang terletak di kawasan Gunung Ledang lari lintang-pukang apabila mendengar
bunyi ngauman itu. Mereka bukannya tidak mengetahui haiwan yang menghuni
belantara di kawasan gunung-ganang itu. Meskipun tubuh mereka bertiga sasa-
sasa, namun masing-masing kecut perut mendengar bunyi tanpa diundang itu.
Zamil dan Hakim antara yang terawal mengheret tubuh mereka meninggalkan
tempat itu dengan pantasnya. Cuma Fikri yang masih tercari-cari jam tangannya.
Suasana pada mulanya yang begitu ceria bertukar menjadi huru-hara dalam sekelip
mata.

JAWAPAN SOALAN 8

Kata Ganda Berentak Ayat :
1. Mandi-manda
2. lintang-pukang 1. Keluarga Encik Azman sedang
3. gunung-ganang berkelah dan mandi-manda di tepi
4. huru-hara pantai.

2. Fikri lari lintang-pukang apabila
dikejar anjing.

3. Pemandangan gunung-ganang pada
waktu senja sungguh indah sekali.

4. Rakyat akan hidup dalam keadaan
huru-hara sekiranya berlaku
peperangan.

CONTOH SOALAN 9

Baca petikan di bawah dengan teliti dan senaraikan tiga kata tugas dan
satu kata terbitan. Kemudian anda dikehendaki membina satu ayat anda
sendiri daripada perkataan yang dipilih untuk menunjukkan anda faham
akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambah
imbuhan, menukarkan imbuhan dan menggunakan perkataan itu sebagai
peribahasa dan nama khas.

Gunung yang tinggi itu kudaki dengan penuh semangat. Setelah
sekian lama mendaki, akhirnya puncak Kinabalu dapat jua kutawan.
Hatiku terpaku akan keindahan panorama alam yang cantik apabila dilihat
dari puncak Kinabalu. Bunga-bunga berkembang mekar. Angin bertiup
sepoi-sepoi bahasa. Burung-burung berkicau ibarat lagu merdu. Hatiku
menjadi sayu apabila mengenangkan diriku. Aku hanyalah insan yang
kerdil di bumi yang luas ini.

JAWAPAN SOALAN 9

Kata Tugas Ayat :
1. Apabila
2. Yang 1. Saya akan menonton televisyen
3. Akan apabila sudah selesai menyiapkan
kerja sekolah.
Kata Terbitan
1. Keindahan 2. Datuk Sidek bersalaman dengan
tetamu yang berkunjung ke
rumahnya.

3. Saya sangat rindu akan keluarga di
kampung.

4. Abang sering mengisi masa
lapangnya dengan aktiviti
memancing sambil melihat
keindahan pemandangan di situ.

CONTOH SOALAN 10

Baca petikan di bawah dengan teliti dan senaraikan empat kata hubung.
Kemudian anda dikehendaki membina satu ayat anda sendiri daripada perkataan
yang dipilih untuk menunjukkan anda faham akan maksud dan penggunaannya.
Anda tidak boleh menambah imbuhan, menukarkan imbuhan dan menggunakan
perkataan itu sebagai peribahasa dan nama khas.

Santan kelapa mengandungi asid lemak tepu yang mempunyai rantaian
sederhana dengan pelbagai manfaat yang menakjubkan untuk kesihatan. Selain
itu, santan kelapa adalah tinggi serat serta kaya dengan vitamin B1, B3, B5, B6, C
dan E. Terdapat tiga jenis asid lemak tepu di dalam santan iaitu asid laurik, asid
kaprilik dan asid kaprik. Kajian menunjukkan kandungan tenaga dalam santan
segar lebih tinggi berbanding santan segera. Namun majoriti masyarakat lebih
gemar menggunakan santan segera kerana mudah diperoleh di pasaran, mudah
disimpan, tahan lama dan boleh digunakan pada bila-bila masa.

JAWAPAN SOALAN 10

Kata Tugas Ayat :
1. Dan
2. Yang 1. Sarah dan Mariam bersahabat baik
3. Kerana sejak kecil lagi.
4. Untuk
2. Ibu akan menyidai baju yang telah
dicuci di ampaian pada waktu pagi.

3. Bilik itu menjadi sempit kerana ayah
meletakkan kotak-kotak barang di
sana.

4. Puan Maria menggaul tepung untuk
membuat kek pisang.

CONTOH SOALAN 11

Baca petikan di bawah dengan teliti dan senaraikan tiga kata ganda penuh.
Kemudian anda dikehendaki membina satu ayat anda sendiri daripada perkataan
yang dipilih untuk menunjukkan anda faham akan maksud dan penggunaannya.
Anda tidak boleh menambah imbuhan, menukarkan imbuhan dan menggunakan
perkataan itu sebagai peribahasa dan nama khas.

Sejak akhir-akhir ini, semangat patriotik dalam kalangan masyarakat
dikatakan semakin luntur. Masyarakat didakwa memandang enteng perkara ini
sedangkan semangat cinta akan negara ini sepatutnya diterapkan dalam diri
sebagaimana peribahasa di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjug.
Seharusnya kita memainkan peranan masing-masing bagi memastikan semangat
patriotik ini kembali menebal dalam diri. Persoalannya, apakah langkah-langkah
signifikan yang harus diambil dalam memupuk semangat patriotik dalam
kalangan masyarakat majmuk di negara ini?

JAWAPAN SOALAN 11

Kata Tugas Ayat :
1. Akhir-akhir
2. Masing-masing 1. Sejak akhir-akhir ini, kejadian pecah
3. Langkah-langkah rumah semakin menjadi-jadi di
kampung saya.

2. Murid-murid beratur mengikut kelas
masing-masing di dalam barisan.

3. Doktor Raiha menerangkan langkah-
langkah menggosok gigi yang betul
kepada murid-murid di sekolah
tadika itu.

CONTOH SOALAN 12

Baca petikan di bawah dengan teliti dan senaraikan dua kata adjektif dan dua kata
kerja. Kemudian anda dikehendaki membina satu ayat anda sendiri daripada
perkataan yang dipilih untuk menunjukkan anda faham akan maksud dan
penggunaannya. Anda tidak boleh menambah imbuhan, menukarkan imbuhan
dan menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa dan nama khas.

Pemakaian tanjak atau turut dikenali sebagai tengkolok dan destar kini
semakin popular dalam kalangan masyarkat, terutamanya golongan muda. Tanjak
yang paling mendapat sambutan adalah tanjak Mahkota Alam kerana sejarahnya
dan material kain yang digunakan lebih lembut. Pemakaian tanjak yang
disarankan ialah ketika seseorang indiviu itu menutup aurat. “Kalau diikutkan
dalam semua perbuatan kita, perlu menjaga adab sopan orang Melayu. Sebab itu
jika ada pelancong dari luar negara yang ingin membeli tanjak ini, saya turut
berpesan kepada mereka,” kata Iskandar, pembuat tanjak dari Johor Bahru.

JAWAPAN SOALAN 12

Kata Adjektif Ayat :

1. Popular 1. Nasi kerabu merupakan menu
2. Lembut popular di Kelantan.

Kata Kerja 2. Kek yang dibuat oleh kakak sangat
1. Menutup lembut.
2. Membeli
3. Kecuaian Lokman yang tidak
menutup pintu pagar dengan rapat
menyebabkan dua ekor kucing
peliharaan adiknya hilang.

4. Emak membeli baju kurung itu dari
Kedai Pakaian Sofea yang terletak di
bandar itu.

CONTOH SOALAN 13

Baca petikan di bawah dengan teliti dan senaraikan empat kata adjektif.
Kemudian anda dikehendaki membina satu ayat anda sendiri daripada perkataan
yang dipilih untuk menunjukkan anda faham akan maksud dan penggunaannya.
Anda tidak boleh menambah imbuhan, menukarkan imbuhan dan menggunakan
perkataan itu sebagai peribahasa dan nama khas.

Perkenalan di alam siber membungakan cinta dalam masa yang singkat
lalu mereka terjebak dalam cinta jarak jauh. Akibat lemas dalam ayat cinta dan
janji manis yang amat mempersolanakan, mangsa tidak ragu-ragu untuk
berkorban wang ringgit dan harta benda asalkan orang yang disayangi dapat
segera keluar daripada masalah yang direka. Selalunya penipuan ini lambat
disedari, iaitu hanya setelah mangsa mengalami kerugian besar. Peristiwa ditipu
bulat-bulat oleh penyangak siber sering terjadi terhadap mangsa yang lurus,
pendian dan pendek akal.

JAWAPAN SOALAN 13

Kata Adjektif Ayat :

1. Cinta 1. Perasaan cinta akan negara perlu
2. Singkat disemai sejak kecil lagi.
3. Manis
4. Lambat 2. Dalam tempoh masa yang singkat
lagu Terang Bulan menjadi popular
di Singapura.

3. Wajah manis gadis itu sungguh
menawan hati sesiapa yang
melihatnya.

4. Orang tua itu berjalan lambat benar.

Sumber : Internet dan Buku Rujukan


Click to View FlipBook Version