The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by g-94093801, 2021-11-12 09:32:17

ULASAN

ULASAN

K

K

APA ITU ULASAN????

Soalan pemindahan maklumat daripada
pelbagai bentuk bergambar kepada
maklumat bertulis.

K

K

Graf Info grafik

Iklan

Poster Ilustrasi kartun
Carta pai
K

K

1 Perenggan → Bebas - boleh lebih daripada satu perenggan
2 Pendahuluan → Bebas - boleh ditulis / tidak ditulis
3 Isi → Tersurat dan tersirat - wajib ditulis

K

4 Kesimpulan → Bebas - boleh ditulis / tidak

5 Jumlah
perkataan → 80 – 100 patah perkataan

6 Markah → 15 markah

7 Masa → Dicadangkan : 20 minit

K

K

K

1 Baca soalan Kenal pasti : kata kunci dan tema soalan
2 Isi tersurat : Tiru Isi tersirat : Tambah

3 Tulis ulasan 1 @ 3 perenggan Penanda wacana

4 Semak Kira jumlah perkataan

Tulis jumlah perkataan di sudut bawah
sebelah kanan dalam kurungan
[85 patah perkataan]

K

FORMULA MENULIS ULASAN

P Pendahuluan

A Antara ……

S Seterusnya, selanjutnya, Tiru [isi tersurat]
selain itu,
Tambah [isi tersirat]

A Akhir sekali,

K Kesimpulannya, K

PANDUAN MEMBINA ISI TERSURAT

A Apa K
S Siapa
B Bila
D Di mana
B Bagaimana

PANDUAN MEMBINA ISI TERSIRAT

S Supaya Mengapa
U Untuk Bagaimana
K Kerana
Contoh
A Agar Kesan

K

K

Lihat rajah di bawah dengan teliti. Berdasarkan maklumat yang terdapat K
dalam rajah tersebut, tulis ulasan yang panjangnya antara 80 hingga 100
patah perkataan.

Kata kunci Tema

USAHA-USAHA MENGAWAL PENGGUNAAN MEDIA SOSIAL
DALAM KALANGAN MASYARAKAT

RANGKA JAWAPAN K

Pendahuluan Tidak dapat dinafikan bahawa isu membabitkan
[tema] media sosial hangat diperkatakan.

Isi tersurat SUKA Isi tersirat
SUPAYA
Kurangkan masa mengakses media AGAR Anggota keluarga boleh
sosial dengan melakukan aktiviti melakukan aktiviti seperti bersukan
riadah dan berkelah

Ibu bapa memantau anak-anak Ibu bapa dapat mengelakkan anak-
ketika mengakses media sosial anak daripada mengakses laman
sesawang yang berunsur negatif

RANGKA JAWAPAN K

Isi tersurat SUKA Isi tersirat

Pihak berkuasa mengambil KERANA Dapat memberi peringatan kepada
tindakan tegas kepada sesiapa yang masyarakat supaya tidak
menyalahgunakan rangkaian menyalahgunakan media sosial
media sosial

Penutup Kesimpulannya, pengawalan [tema] media sosial
dalam kalangan masyarakat amat penting agar
tidak memberikan kesan yang buruk

JAWAPAN LENGKAP P A S A K K

Tidak dapat dinafikan bahawa isu membabitkan media sosial sedang hangat

diperkatakan. Antara usaha untuk mengawal penggunaan media dalam kalangan

masyarakat adalah dengan mengurangkan masa mengakses media sosial supaya

kita boleh melakukan aktiviti beriadah seperti bersukan dan berkelah. Seterusnya,

ibu bapa perlu memantau anak-anak ketika mereka mengakses media sosial agar

dapat mengelakkan anak-anak daripada mengakses laman sesawang yang

berunsurkan negatif. Akhir sekali, pihak berkuasa harus mengambil tindakan

tegas terhadap mereka yang menyalahgunakan media sosial kerana dapat

memberikan peringatan kepada masyarakat agar tidak menyalahgunakan media

sosial. Kesimpulannya, pengawalan media sosial dalam kalangan masyarakat

amat penting agar tidak memberikan kesan yang buruk.

[ 91 patah perkataan ]

K

Lihat gambar di bawah dengan teliti. Berdasarkan maklumat yang terdapat
dalam gambar tersebut, tulis ulasan yang panjangnya antara 80 hingga 100

Kpatah perkataan.

Kata kunci

Tema

JAWAPAN LENGKAP

Sejak belakangan ini, ibu bapa sering membawa anak-anak ke taman permainan pada
waktu petang. Namun demikian, masyakarat perlu mengambil perhatian terhadap larangan
semasa di taman permainan. Antaranya, kita dilarang membuang sampah di merata-rata
tempat supaya taman tidak menjadi kotor. Selain itu, kita juga dilarang merosakkan
kemudahan awam yang disediakan di taman permainan agar orang lain boleh
menggunakannya. Seterusnya, kita dilarang berebut dan bertolak-tolak semasa bermain di
taman permainan untuk mengelakkan kecederaan. Akhir sekali, ibu bapa perlu mengingatkan
anak-anak agar menjauhi orang yang tidak dikenali supaya mereka tidak akan diculik oleh
orang jahat. Kesimpulannya, kita haruslah berhati-hati semasa berada di taman permainan
kerana malang tidak berbau.

K [ 94 patah perkataan ]

K

Lihat iklan di bawah dengan teliti. Berdasarkan maklumat yang terdapat
dalam iklan tersebut, tulis ulasan yang panjangnya antara 80 hingga 100
patah perkataan.

Kata kunci Tema

K

JAWAPAN LENGKAP K

Barangan buatan Malaysia ialah barangan yang dihasilkan di negara kita

sendiri. Antara kebaikan yang kita peroleh dengan membeli barangan buatan

Malaysia ialah kita dapat menjimatkan perbelanjaan keluarga kerana harga

barangan tempatan lebih murah berbanding dengan barangan import. Selain itu,

kita dapat menyemai semangat patriotik dalam kalangan rakyat Malaysia. Di

samping itu, industri tempatan juga dapat dimajukan agar dapat membantu rakyat

menambah pendapatan supaya mereka dapat hidup dengan lebih selesa. Akhir

sekali, penghasilan barangan tempatan yang mendapat sokongan rakyat akan

meningkatkan imej negara pada pandangan pelancong dan dunia luar.

Kesimpulannya, belilah barangan buatan Malaysia kerana produk Malaysia

kebanggaan kita.

[ 96 patah perkataan ]

K

Lihat gambar di bawah dengan teliti. Berdasarkan maklumat yang terdapat
dalam gambar tersebut, tulis ulasan yang panjangnya antara 80 hingga 100
patah perkataan.

Kata kunci

Tema

K

JAWAPAN LENGKAP

Murid cemerlang umpama benih yang baik, kalau dicampak ke darat
menjadi gunung dan jika dicampak ke laut akan menjadi pulau. Antara cara untuk
menjadi murid yang cemerlang ialah membuat jadual belajar harian dan mematuhi
jadual tersebut supaya masa kita terancang. Seterusnya, kita juga boleh
mengamalkan teknik mengulang kaji pelajaran yang betul dan berkesan supaya
usaha yang dilakukan tidak sia-sia. Selain itu, kita mestilah sedar akan kelemahan
diri sendiri agar kita dapat berusaha untuk memperbaikinya. Akhir sekali,, kita
hendaklah berdoa kepada Tuhan supaya kita memperoleh kejayaan setelah kita
melakukan pelbagai usaha. Kesimpulannya, kejayaan yang cemerlang
memerlukan usaha yang berterusan.

K [ 80 patah perkataan ]

K

Lihat poster di bawah dengan teliti. Berdasarkan maklumat yang terdapat
dalam poster tersebut, tulis ulasan yang panjangnya antara 80 hingga 100
patah perkataan.

Tema

K

JAWAPAN LENGKAP

Demam denggi ialah sejenis penyakit yang disebabkan oleh gigitan nyamuk aedes.
Antara simpton atau gejala demam denggi ialah pesakit akan mengalami gejaya seperti sakit
perut dan cirit-birit. Selain itu, pesakit akan muntah-muntah, demam dan sakit kepala. Di
samping itu, pesakit juga akan mengalami sakit otot, sakit sendi serta ruam merah di kulit.
Gejala-gejala ini akan timbul selepas lima hingga enam hari pesakit digigit oleh nyamuk
aedes. Terdapat pelbagai cara untuk mencegah demam denggi. Antaranya ialah memastikan
tiada tempat pembiakan nyamuk aedes. Kita perlulah membuang bekas-bekas yang boleh
menagkung air kerana air bertakung merupakan tempat nyamuk aedes membiak. Oleh itu,
marilah kita berganding bahu memastikan kawasan rumah kita dan kejiranan kita dalam
keadaan bersih.

K [ 111 patah perkataan ]

K

K

Sumber : Internet dan Buku Rujukan


Click to View FlipBook Version