8(i) Pemindahan 8(ii) Pemikiran kritis
maklumat berdasarkan berdasarkan novel yang
petikan sebuah novel dikaji mengikut zon [Timur].
daripada mana-mana novel T4 : Pantai Kasih
empat zon. T5 : Bimasakti Menari
1. Soalan ini menguji pemahaman terhadap perkara penting
dalam novel.
2. Jawapan mestilah berdasarkan konteks dalam petikan.
3. Kemukakan isi atau jawapan yang terdapat dalam petikan
sahaja.
4. Jawpan mestilah menggunakan ayat yang lengkap.
1. Murid perlu mengambil sebahagian ayat dalam
soalan sebagai topik perbincangan, kemudian
sambung dengan kata pemeri [ialah / adalah] dan
isi ketika menulis jawapan.
2. Jawapan mesti ditulis dalam bentuk ayat yang
lengkap.
[Ambil sebahagian ayat soalan] ialah / adalah /
kerana / merupakan …….. (isi 1) …….. Selain itu,
…….. (isi 2) …….. Seterusnya, …….. (isi 3) ……..
Akhir sekali, …….. (isi 4) ……..
ARAHAN SOALAN :
8 (i) Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian
jawab soalan yang berikutnya dengan menggunakan
ayat anda sendiri.
CONTOH 1
Nyatakan punca-punca Dahlia tidak dapat hadir ke sekolah?
[4 markah]
JAWAPAN
CONTOH 2
Jika mengikut deskripsi tugasnya, Nurul Hafsa sebagai seorang pegawai sains
yang mempunyai ijazah Muda Sains Kepujian dalam bidang fizik bertanggungjawab
mengurus tadbir dan menyelia semua urusan berkaitan pentabiran Balai Cerap Sultan
Salahuddin, termasuk merancangkan dan melaksanakan program penyelidikan
astronomi dan sains angkasa secara rutin. Dia juga sepatutnya memantau,
menyelenggara dan mengawal sistem teknologi maklumat serta mengumpul data-data
hasil kajian cakerawala di balai cerap itu. Menjadi tanggungjawabnya juga nanti
untuk membangunkan aplikasi teknologi maklumat berkaitan dengan falak di balai
cerap. Nurul Hafsa juga bertanggungjawab melaksanakan aktiviti falak termasuk
mengesahkan arah kiblat, cerapan nilai rasmi dan bulanan, program Latihan dan juga
praktikal falak serta mengadakan program promosi dan publisiti balai cerap.
Dipetik daripada novel Bimasakti menari
Huraikan bidang tugas Nurul Hafsa. [4 markah]
JAWAPAN
Bidang tugas Nurul Hafsa ialah bertanggungjawab mengurus
tadbir dan menyelia semua urusan berkaitan pentadbiran Balai
Cerap Sultan Salahuddin. Nurul Hafsa juga merancang dan
melaksanakan program penyelidikan astronomi dan sains angkasa
secara rutin. Bidang tugas Nurul Hasda yang seterusnya ialah
memantau, menyelenggara dan mengawal sistem teknologi
maklumat serta mengumpul data-data hasil kajian cakerawala di
baiak cerap itu. Akhir sekali, Nurul Hafsa juga
bertanggungjawab melaksanakan aktiviti falak, termasuk
mengesahkan latihan dan juga praktikal falak serta
mengadakan program promosi dan publisiti balai cerap.
CONTOH 3
Pisang juga dapat memulihkan beberapa penyakit jika amalan pengambilannya
dilakukan selalu. Antaranya zat besi yang ada dalam pisang dapat menstimulasikan
hemoglobin dalam darah dan mengurangkan anaemia. Bagi mereka yang mengalami
tekanan darah tinggi digalakkan makan pisang kerana kandunagan potasiumnya yang
tinggi. Satu kajian dibuat daripada 200 orang murid sekolah di Britain yang bakal
menduduki peperiksaan. Mereka diberi makan pisang pada waktu sarapan pagi,
makan tengah hari dan malam. Ternyata triptopon, iaitu sejenis vitamin uang
terkandung dalam pisang juga dikatakan dapat membuatkan si pemakannya berasa
tenang.
selain buah, kulit pisang dapat juga menyembuhkan bintat dan rasa gatal
akibat gigitan nyamuk dengan menyapukan bahagian kulit pada bahgian yang digigit.
Vitamin B yang terkandung dalam pisang dapat memberikan ketenangan kepada
sistem saraf kita. Ternyata selain coklat, pisang dapat juga memberikan impak
yang sama terhadap otak dan menghasilkan ketenangan.
Dipetik daripada novel Jendela Menghadap Jalan
kita. Nyatakan khasiat-khasiat penggambilan pisang terhadap kesihatan
[4 markah]
JAWAPAN
Khasiat penggambilan pisang terhadap kesihatan kita ialah
zat besi dalam pisang dapat menstimulasikan hemoglobin dalam
darah dan mengurangkan anaemia. Selain itu, kandungan
potasiumnya yang tinggi dapat mengurangkan tekanan darah
tinggi. Kandunan triptopon iaitu sejenis vitamin yang terkandung
dalam pisang juga dapat membuatkan si pemakannya berasa
tenang. Seterusnya, kulit pisang pula dapat menyembuhkan
bintat dan rasa gatal akibat gigitan nyamuk. Akhir sekali,
vitamin B yang terkandung dalam pisang dapat memberikan
ketenangan kepada sistem saraf.
CONTOH 4
Kami berbual-bual dan aku bertuah apabila Kak Mimah memberitahu dia
bekerja sebagai penolong pegawai di Jabatan Kebajikan Masyarakat, Bahagian
Warga Tua dan Keluarga. Kerjanya menerima pelbagai kes keganasan rumah tangga
dan penganiyaan kanak-kanak serta pengabaian warga tua.
Serta-merta aku terkenang Che Jah. Dia sebahagian daripada kes keganasan
rumah tangga yang mungkin dan bakal menjadi perhatian Kak Mimah, jika aku
panjangkan kepadanya.
“Sekarang kes penculikan dan penganiayaan kanak-kanak semakin berleluasa,”
katanya sambil membetulkan kedudukan kakinya yang berlunjur.
“Kes kanak-kanak hilang pun bertambah.”
“Ya.”
“Remaja perempuan lari dari rumah kerana mengikut teman lelaki pun semakin
banyak. Lili mesti berhati-hati dalam berkawan, jangan salah pilih kawan,”
nasihatnya.
Dipetik daripada novel Jendela Menghadap Jalan
Nyatakan kes yang boleh dikendalikan oleh Jabatan kebajikan
Masyarakat, Bahagian Warga Tua dan Keluarga? [4 markah]
JAWAPAN
kes yang boleh dikendalikan oleh Jabatan Kebajikan
Masyarakat Bahagian Warga Tua dan Keluarga ialah kes
kegaganasan rumah tangga. Selain itu, Jabatan Kebajikan
Masyarakat Bahagian Warga Tua dan Keluarga turut
mengendalikan pengabaian warga tua. Jabatan Kebajikan
Masyarakat Bahagian Warga Tua dan Keluarga juga
mengendalikan kes penculikan dan penganiayaan kanak-kanak
serta kes kanak-kanak hilang. Kes remaja lari dari rumah juga
turut dikendalikan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat Bahagian
Warga Tua dan Keluarga.
CONTOH 5
“Apa khabar?” Rosman menghulurkan tangannya untuk bersalaman. Lelaki itu
menyambut tangan Rosman dengan senyum lebar.
“Khabar baik, jemput masuk.” dia mempersilakan mereka bertiga ke dalam.
Lelaki itu kemudiannya mempersilakan mereka untuk duduk di beberapa buah
kerusi rotan yang disusun menyerong di ruang tamu.
Farisha dan Rosman memerhati sekeliling. Dinding ruang menunggu itu dihias
dengan beberapa buah lukisan abstrak. Tiada pendingin hawa yang terpasang di
situ tetapi udaranya nyaman seperti ada bayu bukit yang menerobos masuk.
Apabila mereka mendongak memerhati siling, jelas kelihatan rumah itu dipasang
atap membran yang mampu membebaskan udara panas keluar dan menyejukkan
ruang di dalam rumah. Farisha dan Rosman duduk bersandar manakala Aqram
berdiri tegak di sebelah lelaki yang menyambut mereka tadi.
Dipetik daripada novel Di Sebalik Dinara
Nyatakan gambaran rumah yang dikunjungi oleh Farisha, Rosmah dan
Aqram. [4 markah]
JAWAPAN
Gambaran rumah yang dikunjungi oleh Farisha, Rosmah dan
Akram adalah terdapat beberapa buah kerusi rotan yang disusun
menyerong di ruang tamu, selain dindingnya dihias dengan
beberapa buah lukisan abstrak. Di ruang tersebut tiada pendigin
hawa yang dipasang tetapi udaranya nyaman. Rumah tersebut
dipasang dengan atap membrane yang mampu membebaska udara
panas keluar dan menyejukkan ruang di dalam rumah tersebut.
CONTOH 6
AAddaa kkeettiikkaannyyaa,, MMuuhhaammmmaadd TTaauuffiikk bbeerraassaa tteerrsisningggugunngg jjikikaa ddiikkaaiittkkaann ddeennggaann kkeedduudduukkaann ddaann
kkeemmeewwaahhaannyaynagngdimdiilmikiiliokliehobleahpanbyaap.anByeab.erapBaekbaelir,adpiaa teklaahli,medniagaltaemlai hpermcuebnagaanlakmeinaplaenrckuebpaaadna
kkeennaallaann ykaenpgadiangiknenmaleanngaymabnigl kinegseinmpmaetanngatmerbhiladkaepsekmupaasatadnanterkhemadeawpahkaunasyaandganbakkeaml etuwmahpaahn
dyaarnigpabdaakablaptaunmypa.ah Mdaerreipkaadasembaupaanmyean.jauMhkearnekdairiseampuaabilma emnjeanugheknaalni dMiruihaampambaidla Tmaeunfigkenbailni
MMuuhhaamimminadyanTgausefbikenabrinnyaM. uMhaeirmekina syeamnuga smeebnejnaaurhnkyaan.dirMi uenrteukkapesregmi muaenmcaerni jlaeluahkkiaknaydaiyrianugnltauink
puenrtugki mdiejandciakrainlemlaaknigskaasyeatelyaahngmelraeinkaumnteunkgedtaijhaudi ikdaian bmukaanngsoarasnegteylaanhg mmeerreekkaa cmaerin.geDtiaahubiukdaian
pbeunkgaenmobraarangsaynatnaig dmuneirae,kdai cbaarnid.ar Draiayabyuaknagn bpeernbgeezambpaardaa sseatniatpaihdaruini.a,Ddiai jbuagnadabrukraanyapemyaunjga
bpreordbuekzabeprajednaamseatmiaaphahla, rbiu.kanDpiaenjcuignata bkuakvaianr pdeamn ujajahilptreondtaunkgbrearsajemnainmuammanahmaelm, abbuukkaknanpebnecriunstiaa
kraatvuisaarn dtaahnujna.hiDl itaenjutgaangburkaasna smeoinruamngankamkei mpearbeumkpkuaannb.erMuseiraekraatsuesmaunatmaheunnin.ggaDlikaanjnuygaa sbeuteklaahn
smeeonrgaentaghukiaykai npgedrieamtpiduaakn m.empMuenryeakiawasleamu usaepamreunhinpgegnathlkoaunsenydai tseentgealha-htenmgaehngReotmah.uiSeybaanligkndyiaa,
tmideraekkammeemnpduanpyaat itahwualbaauhasweapadriauhmepmepnuthnyoauisesebduiahtreunmgaahh-pteelnikgatehrpReroomso.k diSKeubaallaikSneylaa,ngomre. rJeikkaa
mmeernedkaaptaidtatkamhuembaakhaaiwpaakdaiiaanmyeamngpumneynauitusepbauuarhat,rmumeraehkapeakliakntdeirhpuerruonsgookledhi nKyuaamlaukS. elangor.
Jika mereka tidak memakai pakaian yang menutup aurat, mereka akan dihurung oleh
Dipetik daripada Novel Bimasakti Menari
nyamuk.
Dipetik daripada Novel Bimasakti Menari
Apakah sebab-sebab seorang demi seorang kenalan Wanita akan menjauhkan diri
daripada Muhammad Taufik setelah mengenali dirinya yang sebenar? [4 markah]
JAWAPAN
Sebab-sebab seorang demi seorang kenalan wanita akan
menjauhkan diri daripada Muhammad Taufik setelah mengenali
dirinya yang sebenar ialah dia bukan penggembara santai dunia
dan dia juga bukan pemuja produk berjenama mahal. Selain itu,
dia bukan pencinta kaviar serta dia jahil tentang rasa mimuman
memabukkan berusia ratusah tahun. Malah, dia bukan seorang
kaki perempuan dan tidak mempunyai walau sebuah penthouse di
tengah-tengah Rom.
CONTOH 7
Begitu jauh, jauh dalam benaknya, Uwang terkesan betapa bapanya seolah-olah amat
menyesal kerana telah melepaskan tanggungjawab untuk memimpin PRPK itu secara serratus-
peritus kepadanya. Padahal, sebelum diambil alih, pusat rawatan itu terlalu kecil. Sebagai
contoh, dahulu doktornya hanya tiga orang. Datu Ontong, Alex Ng Uwang sendiri.
Cukupkah bilangan doktor sebanyak itu untuk merawat pesakit yang makin ramai
bilangannya.
Bayangkan, sejak Uwang mengambil alih pusat rawatan itu, bukan sahaja bilangan
doktor bertambah banyak, malah wad-wad dan bangunan diperbesar dan diperindah.
Sehingga kini wujud wad-wad Super Vip di salah satu tingkat bangunan PRPK itu. Namun,
walaupun perniagaan kesihatannya itu kini telah dilengkapi peralatan serba canggih, tetapi
masih juga tidak mendapat sebarang pengiktirafan malahan dicurigai oleh bapanya sendiri.
Dipetik daripada novel Pantai Kasih
Nyatakan perubahan-perubahan yang berlaku di Pusat Rawatan Pantai Kasih
(PRPK) setelah Uwang mengambil alih pengurusan daripada bapanya, Datu
Ontong. [4 markah]
JAWAPAN
Perubahan-perubahan yang telah berlaku di Pusat Rawatan
Pantai Kasih (PRPK) setelah Uwang mengambil alih pengurusan
daripada bapanya Datu Ontong ialah bilangan doktor telah
bertambah banyak serta wad-wad dan bangunan turut
diperbesar. Selain itu, wad-wad dan bangunan turut diperindah.
Uwang turut mewujudkan wad-wad super VIP di salah satu
tingkat bangunan PRPK. Uwang turut melengkapi PRPK dengan
peralatan serba canggih setelah dia mengambil alih pengurusan
Pusat Rawatan Kasih tersebut.
CONTOH 8
“Saya sudah tak berdaya mengusahakan chalet itu Ghazi, Eda,” lemah nada Pak Cik Aziz
sambil menundukkan kepala. Anak-anak sudah tidak mahu balik ke tanah air untuk
menyambung perusahaan pak cik,” sambungnya sambil wajah disarati masalah.
“Di mana mereka?” tanya Ghazi.
“Di Los Angeles dan di London, masing-masing bersuamukan orang luar dan bekerja di
sama,” kata Pak Cik Aziz, nadanya bersepuh kesedihan.
“Oh…,” terpancul suara Ghazi dan Waheeda lalu melompong terperanjat.
“Memang silap pak cik sendiri kerana kurang pengalaman. Kakitangan sendiri menyeleweng.
Bayangkan bayaran ansuran bulanan pinjaman tertunggak sehingga enam bulan, baru pak cik
dapat tahu,” kata Aziz menggeleng.
“Pegawai bank itu sudah memberikan notis pelunasan, jika tidak, pihak mereka akan
menyita segala asset perniagaan pakcik.”
Dipetik daripada novel Tirani
Nyatakan sebab Pak Cik Aziz tidak berdaya mengusahakan chaletnya?
[4 markah]
JAWAPAN
Sebab Pak Cik Aziz tidak berdaya mengusahakan chaletnya
ialah anak-anaknya sudah tidak mahu balik ke tanah air untuk
menyambung perusahaannya. Selain itu, Pak Cik Aziz kurang
pengalaman, menyebabkan kakitangannya sendiri menyeleweng.
Seterusnya, Pak Cik Aziz juga baru mendapat tahu bahawa
bayaran ansuran bulanan pinjaman turut tertunggak sehingga
enam bulan. Di samping itu, pihak bank turut memberikan notis
pelunasan, sekiranya Pak Cik Aziz tidak dapat menjelskan
tunggakan, pihak bank akan menyita segala aset perniagaannya.
CONTOH 9
Arus sungai berkeladak dan bergerak. Kanak-kanak menjadikannya sebagai
pesta untuk mencari juara peredah arus. Yang belum puas akan berloncatan atau
berjam-jam berendam. Yang kesejukan, berpeluk tubuh di tebing.
Dahlia memerhatikan gelagat kanak-kanak tersebut dari depan rumahnya
dalam jarak 45 meter. Anak-anak melompat dari jambatan dengan begitu bebas,
begitu bahagia. Alangkah bahagianya mereka. Ada sebak menembak di jiwa.
Mengingati saat silam, di tebing itulah dia sering berlarian menarik benang
layang-layang tanpa sekelumit pun memikirkan erti kemiskinan.
Dipetik daripada novel Songket Bebenang Emas
Kemukakan perlakuan kanak-kanak yang diperhatikan oleh Dahlia di
sungai? [4 markah]
JAWAPAN
Perlakuan kanak-kanak yang diperhatikan oleh
Dahlia ialah kanak-kanak yang belum puas berlincatan.
Selain itu, ada kanak-kanak yang berjam-jam
berendam. Di samping itu, kanak-kanak yang kesejukan
pula berpeluk tubuh di tebing. Akhir sekali, kanak-
kanak melompat dari jambatan dengan bebas.
CONTOH 10
Namun, para pegawai perubatan itu terus sibuk merawatnya. Ada yang
menyuluh anak mata Uwang dengan cahaya lampu oftalmoskop, ada yang cuba
memukul dengan lembut pergelangan tangan dan siku serta lututnya yang
tercedera parah itu dengan tukul khas bagi menguji refleks. Ada yang memasang
atau meletakkan ketiga-tiga pendawaian elektrid pada dadanya, seolah-olah ingin
merekodkan elektrokardiogram. Sementara itu, para jururawat pula sibuk
menanggalkan pakaian yang dipakai oleh Uwang dan memakaikannya dengan
pakaian seragam untuk pesakit yang akan melalui pembedahan di pusat rawatan
yang mewah itu.
Dipetik daripada novel Pantai Kasih.
Apakah yang dilakukan oleh pegawai perubatan terhadap Uwang?
[4 markah]
JAWAPAN
Antara perkara yang dilakukan oleh pegawai perubatan
terhadap Uwang ialah menyuluh anak matanya dengan cahaya
lampu daripada oftalmoskop. Selain itu, pegawai perubatan
memukul lembut pergelangan tangan, siku dan lutut Uwang dengan
tukul khas bagi menguji refleksi. Seterusnya, pegawai perubatan
turut memasang ketiga-tiga pendawaian elektrod pada dada
Uwang untuk merekod elektrokardiogram.