Keluang Man
• Keluang Man merupakan sebuah siri animasi televisyen Malaysia terbitan UAS
Animation Studios yang bersiaran di TV1 dari 1998 hingga 2005. Diilhamkan
oleh Kamn Ismail secara perbincangan di meja bulat bersama pasukan
pengasasnya pada Jun 1997 kerana menginginkan kehadiran “Adiwira
Kebangsaan” pada ketika itu. Reka bentuk watak tersebut kemudiannya
dibangunkan oleh Raja Zaharuddin Shah Raja Chik, bekas juruanimasi Usop
Sontorian. Konsep asal animasi ini dicipta oleh Kamn dan pasukannya. Pada
tahun 2008, Keluang Man ditayangkan semula melalui saluran TV9.
Penerbitan/Production
• Keluang Man merupakan sebuah cerita yang tidak mengamalkan konsep
stereotaip seperti cerita adiwira yang sedia ada. Watak adiwiranya yang
bersahaja dan tidak menggunakan kuasa ajaib selain daripada panduan
naluri dan kejujuran telah memukau penonton. Pengarah animasinya, Kamn
Ismail yang sebelum itu pernah mengarah siri animasi Usop Sontorian,
bersama-sama 37 orang tenaga produksi tempatan telah menghasilkan
watak adiwira ini.
• Raja Zaharuddin Shah Raja Chik, salah seorang bekas juruanimasi Usop
Sontorian telah menghasilkan rekaan watak animasi dan lakaran ceritanya
yang pertama. Olahan ceritanya dan 13 sinopsis awal siri ini dihasilkan dalam
masa seminggu oleh Kamn dengan hasil bantuan bekas penyelaras
juruanimasi Usop Sontorian, Wan Ayumi Wan Yusof. Sebelum memulakan
penerbitan, satu kajian telah dilakukan berkaitan dengan suasana kehidupan
dan perwatakan “tetamu” di Taman Bahagia Tampoi.
• Walaupun aplikasi yang digunakan agak ketinggalan, tetapi jalan cerita dan konsep
penceritaannya unik serta mengangkat martabat pesakit mental. Jalan ceritanya juga mampu
memberi kepuasan kepada penonton serta mudah dihayati. Keluang Man merupakan animasi
tempatan pertama yang menggabungkan animasi 2D dengan latar belakang 3D. Kesukaran
menghasilkan gerakan animasi dan gerak kamera dalam animasi yang lebih menarik telah
menyebabkan Kamn mencuba kaedah gabungan tersebut. Walaupun hasilnya tidak begitu kemas
dan kadangkala menampakkan keganjilan dalam sesetengah babak, tenaga pekerjanya wajar
mendapat pujian atas kesungguhan dan semangat dalam menghasilkannya. Episod pertama yang
bertajuk “Pengenalan Keluang Man” berjaya dihasilkan dalam tempoh dua bulan.
• Krisis ekonomi pada 1997 dan 1998 memberi kesan yang agak ketara kepada seluruh warga
penerbitan Keluang Man. Siri ini terpaksa dihentikan seketika dan para karyawannya berhijrah ke
syarikat animasi yang lain bagi meneruskan kesinambungan dalam karier masing-masing.
Namun, penerbitan Keluang Man diteruskan pada 2000 dan Kamn meninggalkan siri itu pada
2001. Tugas sebagai pengarah digantikan oleh Mohd Ariffin Jamal sehingga 2003 dan Arjuna Ibnu
Tapa sehingga 2005.
Plot
• Seorang pemuda bernama Borhan yang tinggal di Hospital Bahagia Tampoi
sebenarnya adalah seorang pembela manusia sejagat iaitu Keluang Man.
Pembantunya, Tiong Man sering membantunya menumpaskan musuh negara kerana
pihak polis kawasan Tampoi yang diketuai Inspektor Sahab seringkali terlambat
sampai ke tempat kejadian. Khaty Ismail, seorang wartawan akhbar Metropolitan
Tampoi sering cuba menjejaki identiti mereka berdua.
Borhan/Keluang Man
Di sebalik topeng Keluang Man, Borhan adalah seorang pesakit
di sebuah hospital sakit jiwa dan menetap di Hospital Bahagia Tampoi. Dia merupakan
seorang jaguh silat sebelum dimasukkan ke hospital gila. Keluang Man adalah
berdasarkan watak Batman. Keluang ialah sejenis istilah bagi kelawar besar. Borhan
akhirnya menghilangkan diri selepas van yang dinaikinya terbabas lalu jatuh ke dalam
gaung. Borhan mempunyai tunang bernama Suri namun telah diculik oleh Samsir yang
juga pernah bertindak memukul Borhan di kepala. Akhirnya, Borhan terpaksa
dimasukkan ke hospital itu untuk rawatan susulan.
Samad/Tiong Man
Samad, rakan karib Borhan di Hospital Bahagia Tampoi, menjelma sebagai Tiong Man
pada sebelah malam, adalah kawan baik dan pembantu Keluang Man. Watak Tiong Man
adalah berdasarkan watak pembantu Batman iaitu Robin. Sebelum dimasukkan ke
Hospital Bahagia Tampoi, Samad merupakan seorang mekanik yang berjaya. Namun
kejadian letupan yang tidak disengajakan berlaku di bengkelnya menyebabkan beliau
telah hilang ingatan dan perlu mendapatkan rawatan. Dialog popularnya ialah “Abang
dah gila, Ecah! Abang dah gila!” iaitu kata-kata Samad
kepada Aishah, kekasihnya yang melawat Samad di hospital. Selepas Borhan
menghilang, cerita Keluang Man diteruskan dengan cerita Samad walaupun
Borhan/Keluang Man sudah tiada dalam episod tersebut.
Keluang Man
• Keluang Man is a Malaysian animated television series produced by UAS
Animation Studios that aired on TV1 from 1998 to 2005. Inspired by Kamn Ismail
in a roundtable discussion with his founding team in June 1997 for wanting the
presence of "National Superhero" at that time. The character's design was later
developed by Raja Zaharuddin Shah Raja Chik, a former animator of Usop
Sontorian. The original concept of this animation was created by Kamn and his
team. In 2008, Keluang Man was re-aired on TV9.
Penerbitan/Production
• Keluang Man is a story that does not adopt stereotypical concepts like existing
superhero stories. His modest superhero character who uses no magical
powers other than his instinct and honesty has captured the audience
attention. The animation director, Kamn Ismail, who had previously directed
the animated series Usop Sontorian, together with 37 local production people
have produced this superhero character.
• Raja Zaharuddin Shah Raja Chik, one of Usop Sontorian's former animators,
has produced his first animated character design and story sketch. His story
and the 13 early synopses of the series were produced within a week by
Kamn with the help of Usop Sontorian's former animator coordinator, Wan
Ayumi Wan Yusof. Prior to the production, a study was conducted on the living
atmosphere and character of the "guests" in Taman Bahagia Tampoi.
• Although the application used is a bit lagging behind, the storylines and concepts of storytelling
are unique as well as uphold the dignity of mental illness patients. The storyline is also easily
appreciated by the audiences. Keluang Man is the first local animation to combine 2D animation
with a 3D background. The difficulty of producing animated motions and camera motions in
making interesting animation has led Kamn to try out the combined method. Although the results
are not very neat and sometimes show a peculiarity in some scenes, the workforce deserves
praise for the determination and enthusiasm in producing it. The first episode entitled
"Introduction to Keluang Man" was successfully produced within two months.
• The economic crisis of 1997 and 1998 had a significant impact on the entire production crew of
Keluang Man. Nevertheless, the production of Keluang Man continued in 2000 and Kamn left the
series in 2001. The directorship was replaced by Mohd Ariffin Jamal until 2003 and Arjuna Ibnu
Tapa until 2005.
Plot
• A young man named Borhan who lives in Tampoi Bahagia Hospital is actually a
universal human defender named Keluang Man. His assistant Tiong Man often helps
him defeat the enemy of the city because the Tampoi area police led by Inspector
Sahab are often late to the scene. Khaty Ismail, a reporter for the Metropolitan
Tampoi newspaper, often tries to track down the identities of the two of them.
Borhan/Keluang Man
Behind the Keluang Man mask, Borhan was a patient in a mental illness hospital and lives
in Tampoi Bahagia Hospital. He was a silat martial art warrior before being hospitalized.
Keluang Man is based on a Batman character. Keluang is a term for big bat. Borhan
eventually disappeared after the van he was driving in crashed into a massive hole.
Borhan had a fiancée named Suri but was kidnapped by Samsir who had also hit Borhan
on the head. Eventually, Borhan had to be admitted to the hospital for follow-up
treatment.
Samad/Tiong Man
Samad, Borhan's best friend at Tampoi Bahagia Hospital, who appeared as Tiong Man in
the evening, was a good friend and assistant to Keluang Man. Tiong Man's character is
based on Batman's supporting character Robin. Prior to his admission to Tampoi Bahagia
Hospital, Samad was a successful mechanic. But an accidental explosion occurred in his
workshop causing him to lose his memory and need to seek treatment. His popular
dialogue is "I am crazy, Ecah! I am crazy!" said Samad to Aishah, her lover who visited
Samad in hospital. After Borhan disappeared, the Keluang Man story continued with
Samad's story even though Borhan/Keluang Man was no longer in the episode.