The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

AWANG KHENIT FLIPBOOK by Malaysian

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by fitrie2607, 2021-12-19 04:22:11

AWANG KHENIT BM & BI VER

AWANG KHENIT FLIPBOOK by Malaysian

The Amazing Awang Khenit (Awang Khenit yang Mengagumkan)
merupakan sebuah siri televisyen animasi aksi, fantasi dan komedi
tahun 2014 dari Malaysia terbitan Sead Studios Sdn Bhd. Siri ini secara
ringkasnya mengisahkan tentang seorang budak lelaki bernama Awang
yang menjaga keamanan negeri Indrasakti dari ancaman segala bentuk
kejahatan.



Sejarah

• Pada asalnya, The Amazing Awang Khenit merupakan treler animasi pendek yang
dihasilkan untuk menyertai MSC IPCC anjuran MDEC pada tahun 2011. Treler
sepanjang 6 minit yang telah dihasilkan itu merupakan salah satu daripada 20
pemenang anugerah bagi kategori animasi. Selepas itu, The Amazing Awang Khenit
turut dipertandingkan dalam TBS DigiCon6 di Tokyo, Jepun dan telah memenangi
tempat ketiga dalam kategori filem dan animasi pendek 2012. Pada tahun 2015, The
Amazing Awang Khenit telah dicalonkan untuk kategori Siri Animasi Terbaik di
Festival Filem Malaysia ke 27. Pada tahun 2015 juga, siri animasi ini mencatatkan
jumlah tontonan sebanyak 2.4 juta setiap minggu. Berdasarkan rekod yang
memberangsangkan itu, siri The Amazing Awang Khenit telah menarik minat stesen
TV dari luar negara dan bermula Januari 2016, siri animasi ini telah ditayangkan di
saluran Mediacorp Suria yang berpangkalan di Singapura.



Sinopsis

• The Amazing Awang Khenit menceritakan kisah seorang budak lelaki bernama
Awang yang tinggal di sebuah negeri bernama Indrasakti. Tubuh badan beliau tidak
boleh membesar dan sentiasa bersaiz kerdil sejak berusia sepuluh tahun akibat
terkena sumpahan makhluk ganjil yang sering mengganggu keluarganya. Sejak
kejadian itu, ayah dan ibunya telah hilang secara misteri. Seluruh masyarakat di
Indrasakti memanggil Awang dengan gelaran Awang Khenit kerana tubuhnya yang
sentiasa kecil dan tidak membesar itu. Namun begitu, Awang mempunyai sifat mulia
dan gemar menolong penduduk di Indrasakti.



• Lapan tahun kemudian, seorang penjual kain yang buta telah terjatuh ke dalam
lubang baja kompos di tengah-tengah bandar Indrasakti. Awang yang gemar
menolong telah menghulurkan bantuan sedaya mungkin kepada peniaga tersebut.
Terharu atas pertolongan Awang, peniaga yang buta itu telah menghadiahkan
sehelai kain ajaib buat Awang. Dengan memakai kain tersebut, Awang telah
mendapat satu kuasa luar biasa iaitu beliau boleh terbang di udara dan kekuatannya
adalah bersamaan 10 orang manusia. Bersama teman rapatnya Badang, mereka
bersama-sama menjaga keamanan Indrasakti dari ancaman penjenayah, raksasa
dan segala bentuk kejahatan yang mengganggu Indrasakti.



















































The Amazing Awang Khenit is a 2014 action, fantasy and comedy
animated television series from Malaysia produced by Sead Studios Sdn
Bhd. This series briefly tells the story of a boy named Awang who keeps
the kingdom of Indrasakti safe from the threat of all forms of crime



History

• Originally, The Amazing Awang Khenit was a short-animated trailer produced to join
MDEC's MSC IPCC in 2011. The 6-minute trailer is one of the 20 award winners for the
animation category. After that, The Amazing Awang Khenit was also contested in TBS
DigiCon6 in Tokyo, Japan and won third place in the 2012 short film and animation
category. In 2015, The Amazing Awang Khenit was nominated for the Best Animated
Series category at the 27th Malaysia Film Festival. In 2015, the animated series
recorded a total viewership of 2.4 million per week. Based on the impressive record,
The Amazing Awang Khenit series has attracted the interest of TV stations from
abroad and beginning January 2016, the animated series has been shown on
Singapore-based Mediacorp Suria channel.



Synopsis

• The Amazing Awang Khenit tells the story of a boy named Awang who lives in a
kingdom called Indrasakti. His body cannot grow and has always been dwarf-sized
since he was ten years old due to the curse of odd creatures that often disturb his
family. Since that incident, his mother and father have mysteriously disappeared.
The whole community in Indrasakti called Awang the title Awang Khenit because of
his ever-small body and never grow. Nevertheless, Awang has a noble
characteristic and loves to help the people of Indrasakti.



• Eight years later, a blind cloth seller fell into a compost fertilizer pit in the heart of
the city of Indrasakti. Awang who likes to help has provided the trader with the best
assistance possible. Touched by Awang's help, the blind trader presented Awang
with a magical cloth. Wearing the cloth, Awang has gained an extraordinary power
that he can fly in the air and his strength is equivalent to 10 people. Together with his
close friend Badang, they together keep Indrasakti safe from the threat of criminals,
monsters and all forms of crime that disturb the kingdom




















Click to View FlipBook Version