The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

MPU1Perpaduan Matlamat yang diidamkan

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Aisy, 2023-10-30 08:15:06

Perpaduan Matlamat yang diidamkan

MPU1Perpaduan Matlamat yang diidamkan

Perpaduan: Matlamat yang diidamkan


ISI KANDUNGAN TOPIK Sukan Filem Kebajikan Kebudayaan Kesihatan Sambutan perayaan Pekerjaan Pengebumian Jenayah Pengenalan Detik Perpaduan Detik Perbezaan Kesimpulan Akhir Kata Rujukan MUKA SURAT 3-4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 2


Perpaduan merupakan salah satu dari aspek penting bagi setiap negara.Matlamatnya adalah agar setiap bangsa dan negara dapat hidup dengan harmoni dan tenteram tanpa perkara yang menggugat keamanan.Rakyat tidak akan dapat hidup dengan selasa dan negara akan bergolak setiap masa akibat tidak mempunyai keamanan.Hal ini dapat dilihat di negara-negara yang bergolak apabila peperangan sentiasa berlaku dan rakyat hidup dalam keadaan bergantung kepada bantuan luar.Kanakkanak,perempuan dan orang tua menjadi mangsa kebuluran serta hidup dalam serba kekurangan. Daripada yang diterangkan tadi,kita dapat lihat bahawa pentingnya untuk kita membina dan memupuk perpaduan agar menjadi sesuatu budaya dan amalan kehidupan oleh setiap rakyat di negara ini. Prof Ulung Datuk Shamsul Amri Baharudin,Pengarah dan Pengasas Institusi Kajian Etnik(KITA) Universiti Kebangsaan Malaysia(UKM) menyatakan,”Perpaduan sebagai suatu hasrat yang diidamkan adalah sukar diukur,dilihat secara nyata mahupun berkekalan.Perkara ini biasanya hadir mengikut keadaan,keperluan dan detik-detik tertentu secara formal atau tidak formal dalam kehidupan seharian masyarakat.” 3


Perpaduan dan integrasi merupakan dua konsep yang berkait rapat dan digunakan bersilih ganti.Namun demikian,perpaduan dan integrasi merujuk kepada dua proses yang berbeza. Perpaduan negara ialah satu keadaan di mana rakyat dari pelbagai kumpulan etnik,agama dan wilayah, hidup dengan aman sebagai satu bangsa yang bersatu dengan memberi komitmen yang penuh kepada identiti kebangsaan berlandaskan kepada Perlembagaan Persekutuan dan Rukun Negara. Manakala integrasi nasional merupakan satu proses dinamik yang merapatkan masyarakat antara negeri dan wilayah bagi membentuk satu bangsa Malaysia yang mempunyai identitinya sendiri berteraskan Perlembagaan Persekutuan dan Rukun Negara. Seperti yang dikatakan tadi,perpaduan adalah aspek yang penting serta mempunyai matlamatnya agar bangsa dalam sesebuah negara itu hidup aman dan harmoni. Dengan perpaduan juga dapat menyelamatkan negara daripada hancur atas sebab tiada muafakat dan keamanan dalam kehidupan bermasyarakat berbilang kaum. 4


Jika ingin melihat Malaysia terus kekal merdeka,berdaulat,damai dan disanjung seluruh dunia,detik-detik perpaduan perlu dicambah dan disemarakkan.Detik-detik perpaduan merentasi sempadan perkauman,agama,budaya dan bahasa seperti dalam bidang sukan,ekonomi,seni budaya dan sosial adalah instrumen ajaib yang dapat menyatukan rakyat di Malaysia. Bukan sahaja atas nama orang Melayu,orang Cina,orang India,orang Iban,orang Kadazan,orang Dusun,orang Asli,penduduk keturunan Siam ataupun yang lain-lain.Namun lebih mulia apabila semua bersatu-padu atas nama bangsa Malaysia. Oleh sebab itu,pelbagai Detik Perpaduan yang tanpa sengaja mampu menyatu-padukan seluruh rakyat yang berada di Malaysia. Definisi Detik Perpaduan 5


Perpaduan dapat dilihat dalam sukan seperti bola sepak.Perlawanan bola sepak adalah salah satu antara detik perpaduan yang jelas dapat dilihat dalam kalangan rakyat Malaysia apabila semua bangsa tanpa mengira kaum dan keturunan bersama-sama memenuhi stadium bagi memberi sokongan kepada pasukan bola sepak Malaysia.Hal ini perlu diteruskan dan diterapkan dalam generasi sekarang dan yang akan datang agar ia dapat menjadi satu sumber perpaduan yang utuh. Begitu juga dengan sukan-sukan yang lain seperti badminton.Tidak kira bangsa dan agama sekalipun ianya tidak menjadi halangan untuk kita terus menonton dan menyokong bagi setiap sukan yang dipertandingkan.Malah,dengan semangat semua pihak dari segi individu,bangsa,agama juga dapat meningkatkan perpaduan yang tanpa disedari oleh setiap individu tersebut. SUKAN 6


Perpaduan juga wujud dalam bidang perfileman.Semasa membuat filem,pasti ‘set’ perggambaran dipenuhi dengan krew yang dari pelbagai bangsa dan agama.Secara tidak langsung,perpaduan telah terhasil tanpa disedari. Adam Corrie yang dikenali sebagai pelakon itu berkata “usaha memperbanyakkan filem yang menampilkan kepelbagaian kaum adalah satu inisiatif yang sangat bagus untuk memberi kesedaran kepada rakyat negara ini untuk bersama-sama menjaga perpaduan negara”. Antara filem yang membawa makna perpaduan adalah seperti Ola Bola dan Paskal.Ola Bola menceritakan tentang semangat kesukanan dan juga perbezaan kaum dan agama dalam satu pasukan.Selain itu,Paskal juga turut menceritakan tentang kesedaran kepada lapisan masyarakat untuk menghargai jasa dan pengorbanan para pejuang negara.Hal ini membuka mata rakyat untuk menjaga perpaduan negara yang telah dicapai oleh pewira negara. FILEM 7


Dalam misi bantuan juga memerlukan sifat perpaduan dalam diri.Sebagai contoh,kesan daripada pandemik ini menjejaskan semua sektor, malah semakin banyakkelompok masyarakat yang perlu dibantu dan diambil perhatian Sathiabamah Ketua Wanita Dewan Himpunan Pendukung PAS Kawasan Bangi berkata, “Membantu mereka yang susah bukan hanya satu kebajikan sematamata, tetapi ia mengeratkan hubungan antara kaum yang saling turun membantu mereka yang memerlukan dan beri bantuan tanpa kira warna kulit.” Hal ini juga dapat menunjukkan kepada semua rakyat bahawa setiap dari mereka mempunyai sifat perpaduan cumanya tiada dorongan dan kesempatan untuk ditunjukkan. Selain itu,bantuan kebajikan ini juga bukan dari segi keperluan seharian sahaja.Malah, rakyat Malaysia prihatin dan memberi sumbangan bantuan wang dengan cara menderma ke tabung khas untuk masyarakat yang ditimpa musibah.Sebagai contoh,pada setiap hujung tahun,terutamanya kawasan dibelah pantai timur ditimpa banjir.Dengan sumbangan itu,pihak NGO memberi sumbangan yang telah diterima dari masyarakat Malaysia.Hal ini juga telah memupuk perpaduan dan mengeratkan hubungan masyarakat satu Malaysia. KEBAJIKAN 8


Malaysia merupakan negara yang terdiri daripada pelbagai kaum dan agama. Oleh itu,Malaysia mempunyai kepelbagaian budaya dan cara kehidupan yang berbeza bagi setiap bangsa dan agama.Sebagai contoh, dari segi pakaian tradisional.Bagi kaum Melayu,baju melayu dan baju kurung manakala bagi kaum Cina,cheongsam dan samfu.Tidak lupa juga bagi kaum India pula,sari dan baju punjabi atau kurta. Hal ini dapat kita bersama-sama mempelajari tentang budaya kaum lain dan mengetahui cara kehidupan mengikut setiap kaum. KEBUDAYAAN 9


Kuala Lumpur: Situasi pandemik Covid-19 yang melanda dunia ketika ini dilihat sebagai satu rahmat yang membantu memantapkan lagi konsep perpaduan dalam kalangan masyarakat berbilang kaum di negara ini. Penasihat Sekreteriat Rukun Negara Universiti Putra Malaysia(UPM) Prof Sarjit Singh Gill berkata, “berbanding sebelum berlakunya pandemik ini,masyarakat kini mulai sedar mereka perlu hidup bersama,salin bantu membantu dan hormati antara satu sama lain.” Selain itu, Pengerusi Ikatan Komuniti,Tan Sri Lee Lam Thye juga berkata “walaupun rakyat negara ini terpaksa menanggung bebanan tetapi semangat kerjasama dan perpaduan untuk saling membantu tanpa mempedulikan isu kaum,bangsa dan agama amatlah membanggakan” Hal ini telah membuktikan bahawa sikap perpaduan dalam kalangan masyarakat telah dipupuk apabila menjalani kehidupan yang sukar bersama-sama sewaktu era pandemik Covid-19. KESIHATAN 10


Definisi Detik Perbezaan Apakah perkara yang membezakan antara anda dengan orang sekeliling anda?Adakah perbezaan-perbezaan ini menyukarkan kehidupan anda setiap hari?Kita tidak boleh lari daripada perbezaan khasnya berkaitan dengan budaya bangsa Malaysia.Perbezaan ini perlu dilihat daripada aspek positif untuk mengukuhkan lagi perpaduan dan hubungan antara kaum. 11


Setiap bangsa dan agama mempunyai perayaan masingmasing.Perbezaan perayaan antara setiap agama tidak boleh menggugat perpaduan.Setiap agama perlu menghormati perayaan kaum lain.Aktiviti kunjung mengunjungi juga boleh diamalkan jika tidak Oleh itu,di Malaysia, detik bertentangan dengan agama. perbezaan dapat dilihat dengan jelasnya kerana perayaan biasanya berkaitan dengan budaya dan agama.Tetapi ini tidak dapat dianggap sebagai perbezaan yang mengancam perpaduan negara kerana setiap budaya dan agama mempunyai ciri khasnya tersendiri. Setiap warganegara perlu berfikiran terbuka ketika menghadapi perayaan festival sebagai perayaan tahunan semua kaum di Malaysia. Secara tidak langsung, hal ini telah memupuk perpaduan kerana setiap kaum saling hormat menghormati setiap budaya dan agama yang menyambut perayaan.Selain itu,kaum yang tidak terlibat juga dijemput untuk menghadiri musim perayaan.Sebagai contoh, rumah terbuka.Dengan menghadiri majlis rumah terbuka tersebut kita dapat mengenal makanan tradisional bagi kaum yang berlainan. SAMBUTAN PERAYAAN 12


Pemilihan pekerja mengikut syarat-syarat yang melibatkan kaum adalah satu budaya yang perlu dielakkan.Hal ini akan menyebabkan berlakunya jurang antara kaum. Hal ini kerana kita perlu sedar bahawa bidang pekerjaan tidak harus terikat kepada satu-satu kaum tertentu.Isu tempat kerja tidak seharusnya timbul sebagai salah satu detik perbezaan yang menggugat perpaduan kaum memandangkan pekerjaan tidak terikat kepada bangsa,kaum dan agama.Sebagai majikan,mereka boleh mengiktirafkan pekerjanya tanpa mengira kaum dan agama. Sebagai cont0h,kita dapat lihat pekerjaan sebagai seorang guru di sekolah rendah mahupun sekolah menengah majoritinya dari kalangan kaum Melayu. Oleh itu, peluang pekerjaan sebagai seorang guru dan lain-lain perlu dibuka dan diberi perhatian kepada kaum lain.Hal ini untuk memberi keadilan dan secara tidak langsung memupuk perpaduan dalam sesuatu organisasi tersebut. PEKERJAAN 13


Perkara pertama bagi pengebumian kaum Melayu ini perlu dilakukan oleh keluarga si mati apabila berlaku kematian ialah memberitahu kepada tok imam agar dapat menulis nama si mati,masa dan tempat pengebumian di papan kenyataan secepat yang mungkin.Selain itu,perlu juga memberitahu kepada saudara-mara,rakan dan jiran.Kebiasaanya,si mati akan dikebumikan dalam masa 24 jam dari masa kematian. Bagi pengebumian kaum Cina pula,tradisi mereka bergantung pada tempat si mati dan keluarganya.Mayat perlu dibersihkan dan dimandikan sebagai memberi penghormatan terakhir kepada si mati.Setelah dimandikan, mayat disapu dengan minyak wangi dan disolek.Hal ini untuk mengharumkan si mati terutamanya apabila berada di alam akhirat. Bagi pengebumian kaum india pula,mayat orang India akan diusung ke tanah perkuburan dengan menggunalan pengusung.Apabila tiba di tanah perkuburan,pengusung perlu membayar duit kepada penyelenggara sebagai upah mengorek liang lahat.Keranda akan digerakkan beberapa kali sebelum menghampiri liang lahad.Pergerakkan akan dimulakan dengan mengubah bahagian kaki ke kebur dan kemudiannya bahagian kepala. PENGEBUMIAN 14


Jenayah atau Pidana merupakan satu perbuatan yang menyalahi undang-undang pemerintahan seseuatu temapat.Orang yang melakukan perbuatan jenayah ini dinamakan sebagai penjenayah. Apabila berlaku sesuatu jenayah,pastinya kita akan melihat apakah jenis jenayah yang dilakukan.Apabila telah mengetahui apakah jenis jenayah yang dilakukan,maka akan terlintas dalam minda siapa yangg terlibat dalam jenayah tersebut.Hal ini adalah sikap yang salah kerana semua jenayah tidak ada kaitan dengan sesuatu bangsa.Berdasarkan kisah penjenayah yang terkenal di Malaysia iaitu Wong Swee Chin atau dikenali sebagai Botak Chin (3 Mac 1951-11 Jun 1981) ialah seorang penjenayah yang terkenal yang melakukan pelbagai siri rompakan bersenjata pasa dekad 1970-an. Hal yang demikian, setiap bangsa dan agama terdedah dengan apa jua jenis jenayah.Jika seseorang tidak mempunyai jadi diri yang kuat dan pegangan agama yang kukuh,maka apabila berdepan dengan sesuatu perkara,maka akan berlaku perlanggaran had yang telah ditetapkan oleh undangundang.Sebagai warganegara,kita haruslah mematuhi setiap peraturan dan undangundang yang telah ditetapkan agar keamanan negara tidak terjejas. JENAYAH 15


KESIMPULAN Pendidikan etika perlu dipupuk di peringkat sekolah , institusi pengajian tinggi dan seterusnya di alam pekerjaan.Pendidikan etika ini akan memberi garis panduan,kod etika dan kerja yang professional.Etika ini diwujudkan untuk mengawal tingkah laku para professional supaya mereka dapat menggunakan segala pengetahuan,kepakaran dan kemahiran yang ada untuk kebaikan kesemua pihak.Untuk mencapai tujuan etika ini kerja professional memainkan peranan yang penting untuk menjadikan masyarakat yang beretika dan berjaya. Selain itu, di dalam tajuk yang diberikan ini juga, etika memainkan peranan yang penting dalam mencapai matlamat yang diidamkan dalam perpaduan.Hal ini kerana jika setiap individu dilatih dan diajar etika,maka perpaduan itu mudah dibentuk kerana memiliki kefahaman tentang perpaduan yang dipelajari didalam etika dan peradaban. 16


AKHIR KATA Etika seharusnya dipelajari dan diamalkan dalam kehidupan harian dan dalam apa jua tindakkan kita.Keberkesanan prinsip etika terletak pada individu itu sendiri.Tanpa disiplin diri dan kekuatan mental yang tinggi seseorang itu tidak dapat mencapai etika yang dikehendaki.Secara kesimpulannya, dapatlah kita simpulkan bahawa etika itu wujud dalam diri seseorang itu dengan adanya disiplin dan kekuatan diri individu itu sendiri. 17


RUJUKAN https://www.slideshare.net/mages79/kepelbagaian-budayamalaysia https://www.upm.edu.my/newspaper/pandemik_covid_19_rahmat_kepada_perpaduan_negara-13630 https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2021/03/796059/semangat-perpaduanhttps://ms.wikipedia.org/wiki/Upacara_kematian_orang_Cina https://ms.wikipedia.org/wiki/Pengebumian_Islam https://prpm.dbp.gov.my/cari1?keyword=perpaduan https://www.sinarharian.com.my/ampArticle/65951 18


Click to View FlipBook Version