BAB 5
PENGUJIAN MOTOR
TIGA FASA DAN
KEBOLEHFUNGSIAN
• 29 JUN 2021 / SELASA
• 2.00 PETANG
• EN ELIAS BIN MOHD
YATIM
• GOOGLE MEET
JENIS DAN APLIKASI ALAT PERLINDUNGAN
Pemutus Litar Kenit Pemutus Litar Pemutus Litar Bocor
( Miniature Circuit Teracu ( Moulded Ke Bumi ( Residual
Breaker - MCB ) Case Circuit Breaker
Current Circuit
- MCCB ) Breaker - RCCB )
PEMUTUS LITAR KENIT ( MINIATURE
CIRCUIT BREAKER - MCB ) BS 3871
MCB ialah satu alat perlindungan arus lebihan yang mempunyai kadar kapasiti pemutus
yang tinggi. Ia dapat dikendalikan dengan secara automatik ataupun secara manual.
Fungsi utama - sebagai peranti perlindungan kepada pemasangan.
Dalam keadaan litar pintas dan juga arus rosak peranti ini akan memutuskan sambungan
secara automatik menjadikan litar buka dan tiada arus mengalir di dalam litar.
Dalam keadaan normal peranti ini akan membuat sambungan bagi membolehkan litar
lengkap dan mengalirkan arus di dalam litar
Kadaran arus MCB yang digunakan : 6A, 10A, 15A, 20A, 32A - 60A.
Kadaran voltan yang digunakan : 220 - 405 volt.
PEMUTUS LITAR TERACU ATAU BEKAS BERACUN
( MOULDED CASE CIRCUIT BREAKER - MCCB )
MCCB digunakan pada sub papan suis pada kawalan motor bagi tujuan mengawal arus
kemasukan utama dan kawalan ke beban. Ia adalah sebuah alat perkakas suis voltan
rendah yang padu digunakan untuk menyambung dan memutuskan litar secara manual
dan apabila terdapat beban lebih ia boleh terpelantik secara automatik.
Sama seperti pemutus litar udara, MCCB yang asas adalah satu alat untuk memutuskan
dan menyambungkan bekalan tetapi tidak sebagai pengasing, ini kerana ianya
dilengkapkan dengan perlindungan arus lebih dan beban lebih yang telah terbina
didalamnya.
Untuk perlindungan bocor ke bumi MCCB memerlukan alatubah arus, geganti dan gelung
shunt trip sama seperti ACB. Ia tidak terbina di dalam MCCB.
Dari segi penggunaan MCCB adalah sebagai pengganti kepada fius. Apabila berlaku arus
lebih atau beban lebih daripada kadaran arus sesuatu fius ia akan terbakar dan terpaksa
diganti dengan yang baru.
Apabila MCCB digunakan dalam kes ini ia hanya akan terpelantik. Apabila kerosakan telah
dibaiki MCCB hanya perlu dihidupkan ( ON ) kan sahaja, tiada apa-apa yang perlu
digantikan. Dengan itu kos senggaraan dapat dijimatkan dan masa gangguan bekalan
dapat dikurangkan.
PEMUTUS LITAR BOCOR KE BUMI ( RESIDUAL CURRENT CIRCUIT
BREAKER - RCCB )
Pemutus litar bocor ke bumi kendalian arus yang memutuskan
bekalan elektrik apabila ia mengesan arus elektrik yang tidak
seimbang antara arus pada wayar hidup dengan arus pada wayar
neutral.
Ketidakseimbangan arus ini kadang-kala disebabkan oleh
kebocoran arus elektrik melalui badan mangsa yang dibumikan dan
tersentuh bahagian berlogam peralatan elektrik yang mengalami
kerosakan. Keadaan ini boleh menyebabkan renjatan elektrik yang
boleh membawa maut.
RCCB direka supaya dapat memutuskan litar dengan pantas untuk
mengurangkan bahaya akibat renjatan elektrik walaupun ia asalnya
tidak direka untuk memberi perlindungan daripada keadaan beban
lampau.
JENIS-JENIS ALAT UJI DAN KEGUNAANYA BAGI
KAWALAN MOTOR
Multimeter Insulation Tester
• Digunakan untuk membuat ujian keterusan bagi • Digunakan untuk membuat ujian penebatan pada
litar utama dan litar kawalan penghidup dalam motor elektrik bagi memastikan tiada litar pintas di
keadaan litar mati. antara pengalir live dan neutral serta di antara
pengalir dengan badan ( earth ) coil motor dalam
keadaan litar mati. Meter megger ialah alat untuk
menguji rintangan penebatan.
Test Pen Clamp Tester (Amprobe)
• Digunakan untuk ujian kekutuban dan keterusan • Amprobe ialah alat yang direka khas untuk
bagi penghidup dalam keadaan litar hidup. mengukur arus, voltan dan rintangan.
Keistimewaan alat ini ialah ia boleh mengukur arus
secara terus tanpa perlu disambung secara siri di
dalam litar.
JENIS-JENIS Ujian Keterusan
PENGUJIAN Ujian Kekutuban
PADA LITAR Ujian Penebatan
KAWALAN Ujian Pembumian
MOTOR
Ujian Keterusan Ujian Kekutuban Ujian Penebatan Ujian Pembumian
• Multimeter digunakan bagi • Ujian ini dilakukan bagi • Ujian ini dilakukan pada ⚫ Pembumian ialah suatu
ujian ini dalam keaddan memastikan kutub live dan motor elektrik dalam sistem sambungan yang
litar mati neutral didawaikan pada keadaan litar mati bagi dibuat diantara logam
tempat yang betul bagi litar memastikan tiada litar dalam pepasangan elektrik
• Test pen digunakan bagi utama penghidup. pintas berlaku antara dengan jisim bumi.
ujian ini dalam keaddan pengalir fasa dan pengalir
litar hidup • Multimeter digunakan fasa serta antara pengalir ⚫ Tujuan utama pembumian
dalam litar mati dimana fasa dan badan ( bumi ) keatas pepasangan dan
• Ujian ini dilakukan bagi jika kutub betul maka motor. peralatan elektrik adalah
mengetahui keterusan jarum penunjuk meter akan untuk mengelakkan bahaya
pada setiap pengalir naik hingga 0 ohm. • Insulation tester digunakan kejutan elektrik dan
bagi membuat ujian ini kebakaran hasil daripada
• Kalau keterusan betul • Test pen digunakan dalam dimana jika ada litar pintas sentuhan diantara bahagian
bacaan pada multimeter litar hidup dimana test pen jarum meter akan naik di beraliran terdedah yang
mestilah menunjukkan akan menyala jika kutub bawah 1 Mega Ohm. hidup akibat sesuatu
bacaan 0 ohm ( jarum live betul. kerosakan. Bahagian
penunjuk meter akan naik beraliran terdedah
hingga 0 ohm) termasuklah logam
bahagian luar motor.
• Kalau tiada keterusan
jarum penunjuk multimeter
tidak akan naik
UJIAN LITAR MATI ( UJIAN KETERUSAN )
BAGI LITAR KAWALAN
• Sebelum ujian dijalankan periksa bateri multimeter terlebih dahulu.
• Langkah pertama letakkan satu kabel multimeter pada mcb 6 A dan satu lagi pada overload, jika betul bacaannya
mestilah 0 ohm
• Langkah kedua ialah ubah kabel multimeter pada overload dan letakkan pada push button stop, jika betul
bacaanya mestilah 0 ohm.
• Langkah ketiga ubah kabel multimeter pada push button stop ke push button start, jika betul bacaannya ialah 0
ohm.
• Langkah keempat ubah kabel multimeter pada push button start ke normally open contactor ( no 13 ), jika betul
bacaanya 0 ohm.
• Langkah kelima ubah kabel multimeter pada N/O contactor ke coil contactor ( A 1) kemudian tekan push button
start, jarum meter akan naik ke 0 ohm dan apabila push button dilepaskan jarum meter akan turun balik.
• Langkah keenam kekalkan kabel multimeter seperti langkah lima kemudian tekan contactor, jarum meter akan
naik ke 0 ohm selepas itu lepaskan contactor, jarum meter akan turun balik.
• Langkah ketujuh ubah kabel multimeter pada coil ( A 1) ke coil ( A 2 ) kemudian tekan push button start , jika
betul jarum meter akan naik bawah 1 ohm selepas itu lepaskan push button start, jarum meter akan turun balik.
• Langkah kelapan uji pada lampu run, jika betul bacaan 0 ohm
• Langkah kesembilan uji pada lampu trip kemudian tekan trippin test pada overload, jika betul bacaanya ialah 0
ohm.
UJIAN LITAR MATI ( UJIAN
KETERUSAN ) BAGI LITAR
UTAMA
• Langkah kesepuluh adalah untuk litar utama, ubah
kabel pada multimeter ke mcb 20 A dan satu lagi
letakkan pada contactor kemudian ubah ke overload
dan seterusnya ke punca live pada motor, jika betul
bacaanya mesti 0 ohm
• Langkah kesebelas juga adalah untuk litar utama,
ubah kabel pada multimeter ke neutral link dan satu
lagi letakkan pada contactor kemudian ke overload
dan seterusnya ke punca neutral pada motor, jika
betul bacaanya mesti 0 ohm.
UJIAN LITAR HIDUP
PENGHIDUP TALIAN TERUS.
• Pastikan mcb 20 A dan 6 A di offkan sebelum bekalan diberikan.
• Langkah pertama selepas bekalan diberikan uji dengan test pen pada mcb 20 A,
Pastikan ada bekalan dan test pen menyala.
• Langkah kedua onkan mcb 20 A dan uji dengan test pen pada sesentuh utama
contactor, test pen mesti menyala jika ada keterusan litar.
• Langkah ketiga onkan mcb 6 A dan uji dengan test pen, jika ada keterusan test pen
mestilah menyala.
• Langkah keempat uji dengan test pen pada normally open ( no. 13 ) contactor
( bekalan menunggu ), jika ada keterusan test pen mestilah menyala.
• Langkah kelima bila bekalan menunggu pada N/O ( no 13 ) contactor sedia ada, tekan
push button Start dan lepaskan ,jika betul contactor akan hidup, lampu run menyala
dan motor satu fasa akan berputar. Bila ditekan push button stop motor akan berhenti
• Akhir sekali langkah keenam tekan tripping test, jika betul motor akan berhenti
berputar dan lampu trip pula akan menyala. Reset Overload dan tekan Start button,
jika betul motor akan berputar kembali.