The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Elias Mohd, 2021-06-16 09:57:06

MENJALANKAN PEMERIKSAAN PENDAWAIAN ELEKTRIK V2

LITAR PINTAS , ARUS BOCOR KE BUMI

BAB 3
MENJALANKAN
PEMERIKSAAN
PENDAWAIAN ELEKTRIK

17 JUN 2021 / KHAMIS
10.00 PAGI
GOOGLE MEET – EN ELIAS BIN MOHD YATIM

Mentafsir Skematik Diagram Pendawaian Fasa 1. Cut out dan neutral link
Tunggal
• Saiz fius 60A dapat ditentukan. Pemasangan dibuat oleh pihak pembekal
(TNB).

• Berfungsi sebagai perlindungan arus lebihan dan menghadkan arus
pengguna.

2. Meter Tenaga (Kwh meter)

• Meter tenaga dipasang oleh pihak pembekal (TNB).
• Berfungsi sebagai mengukur jumlah tenaga yang digunakan bagi menetapkan

kadar bayar takrif.

3. Suis utama (Main switch)

• Kadaran saiz fius yang digunakan ditentukan dari beban yang tersambung.
• Berfungsi sebagai pengasing/penyuisan litar dan perlindungan arus lebihan.

4. ELCB@RCCB

• Berfungsi sebagai perlindungan kebocoran arus ke bumi dan pengasing litar.

5. MCB (Pemutus Litar Kenit)

• Berfungsi sebagai pengagih litar kecil akhir dan perlindungan arus lebihan
• Ditentukan bergantung kepada jumlah beban tersambung.

6. Saiz kabel bagi litar kecil akhir

• Ditentukan dari jumlah arus beban yang digunakan setelah faktor
kepelbagaian.

7. Bilangan litar kecil akhir

• Rujukan bagi mengetahui berapa jumlah kuasa atau arus yang digunakan
dalam pepasangan.

Pemeriksaan Penglihatan

Untuk memastikan alat-alat elektrik ysng dipasang adalah mengikut British Standard
(BS), Malaysian Standard (MS), Suruhanjaya Tenaga (ST), IEE dan SIRIM. Sekiranya alat
tersebut tidak ada sebarang tanda kelulusan, pihak pemborong hendaklah diminta supaya
mengemukakan surat kelulusan berkenaan.

Untuk memastikan keseluruhan pepasangan dijalankan mengikut peraturan IEE dan lain-
lain peraturan seperti dalam perkara di atas.

Untuk memastikan bahawa tidak ada kerosakan zahir pada alat-alat pemasangan atau
yang disambung kepadanya.

Litar Pintas

Litar pintas bermaksud persentuhan tanpa melalui
beban pada litar yang mengalirkan arus elektrik.

Bagi pemasangan satu fasa,litar pintas ialah
pencantuman di antara pengalir fasa dengan
pengalir neutral .

Bagi kerosakan jenis ini dapat dikenalpasti apabila
dilaporkan oleh pihak pengguna melalui MCB atau fius
yang sering terpelantik atau putus apabila litar tersebut
digunakan.

Begitu juga apabila kerosakan itu berlaku pada papan
suis utama (PSU),maka fius utama akan didapati sering
terputus bekalan apabila di ‘ON’ kan .

Penyebab Litar Pintas

Penebat kabel terkoyak. Penebat kabel cair.

Benda asing seperti cicak , tikus, Kerosakan alat perkakas dan
air dan kepingan logam yang aksesori elektrik seperti pemisah
menyentuh pengalir elektrik.
terminal motor elektrik yang
pecah pemisahnya , soket yang

pecah menyebabkan
persentuhan antara pengalir

elektrik dan sebagainya.

Litar Bocor Ke Bumi

Litar bocor ke bumi Kejadian ini biasanya berlaku
membawa maksud terdapat dari kabel atau alat-alat
arus yang bocor daripada
pemasangan pendawaian elektrik yang membawa arus
yang membawa arus elektrik elektrik kepada bahagian
(sama ada dari sebelah fasa- logam berbumi atau kabel
fasa atau neutral) ke bumi. bumi sendiri

Kerosakan jenis ini biasanya Begitu juga apabila
dapat dikenalpasti apabila kerosakan itu berlaku pada
dilaporkan oleh pengguna papan suis utama (PSU),
bahawa PBLK terpelantik
apabila digunakan litar yang maka fius utama akan
rosak itu. didapati sering terputus

apabila di ‘ON’kan .

Penyebab Litar
Bocor Ke Bumi

Penebat kabel yang mengalirkan arus elektrik dan menyentuh
bahagian logam berbumi.

Penebat kabel yang mengalir arus elektrik cair dan bercantum
dengan kabel bumi atau bahagian logam berbumi.

Benda asing seperti cicak, tikus, air dan kepingan logam yang
menyentuh antara pengalir- pengalir arus elektrik dan bumi.

Kerosakan alat elektrik seperti kerosakan terminal motor, lampu,
soket alir keluar yang menyebabkan bersentuhan dengan bumi.

Kabel tersepit pada bahagian logam seperti skru pada trunking yang
berbumi atau tersepit pada bahagian logam mesin elektrik yang
berbumi .


Click to View FlipBook Version