The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Arus lebih ini terjadi disebabkan oleh litar pintas atau pertambahan arus bekalan atau pun disebabkan oleh pemasangan beban yang berlebihan daripada yang sepatutnya

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Elias Mohd, 2021-06-30 01:41:01

JENIS DAN APLIKASI ALAT PERANTI PERLINDUNGAN

Arus lebih ini terjadi disebabkan oleh litar pintas atau pertambahan arus bekalan atau pun disebabkan oleh pemasangan beban yang berlebihan daripada yang sepatutnya

JENIS DAN APLIKASI
ALAT PERANTI
PERLINDUNGAN

1 JULAI 2021 / KHAMIS
2.00 PETANG

EN ELIAS BIN MOHD YATIM
GOOGLE MEET

A L AT P E R L I N D U N G A N L E B I H A N A RU S

Sebarang alat yang boleh memutuskan litar bekalan dengan
sendiri(automatik) apabila berlaku arus lebih yang melebihi kuantiti yang
dihadkan bagi litar itu.
Arus lebih ini terjadi disebabkan oleh litar pintas atau pertambahan arus
bekalan atau pun disebabkan oleh pemasangan beban yang berlebihan
daripada yang sepatutnya.
Tujuan memasang alat perlindungan lebihan arus ialah untuk mengelakkan
berlakunya kerosakan pada sesuatu alat apabila arus yang melebihi kadaran
arus keupayaan maksimum alat itu mengalir didalam litarnya.

FAKTOR PEMILIHAN Jenis beban
JENIS-JENIS Keupayaan unit perlindungan
PERLINDUNGAN
A RU S L E B I H A N Suhu sekeliling
Alat khas
Harga

JENIS-JENIS ALAT PERLINDUNGAN

Fius Pemutus
litar

JENIS-JENIS FIUS

Fius boleh Fius katrij Fius kapasiti
dawai semula pemutus

tinggi (hrc)

FI U S B OLEH DAWA I Ia digunakan pada pemasangan
SEMULA pengguna domestik atau untuk
arus beban yang rendah di
perindustrian

Ciri-ciri :

a) Terdiri dari dawai elemen yang
disambungkan dalam satu
penghubung fius yang boleh
dikeluarkan dari tapak fius.

b) Dawai elemen fius diperbuat dari
aloi iaitu campuran timah dan
plumbum atau dari kuprum tulin.

c) Ia boleh ditukar ganti sekiranya
elemen itu putus.

d) Arus nominal bergantung
kepada saiz dawai elemen fius.

K E B A I K A N DA N K E B U RU K A N F I U S
B OLEH DAWA I S EMU LA .

Kebaikan Keburukan
Dawai elemen fius murah
Menghasilkan arka dan
Senang ditukar ganti mengeluarkan bunyi yang kuat

Kemungkinan silap mengganti
saiz elemen fius

FIUS KATRIJ

Fius Katrij digunakan dalam palam 3 pin
bagi perkakasan elektrik.

Ia boleh dianggap sebagai fius tambahan
kepada fius dalam papan agihan.

Ciri-ciri;

a) Terdiri dari satu tiub yang diperbuat dari
kaca atau seramik atau tembikar.

b) Arus nominal fius adalah 0.15A, 0.25A,
0.5A, 0.75A,1A, 2A, 3 A, 5A dan 13A.

c) Faktor fiusan diantara 1.5 hingga 1.75 kali.

K E B A I K A N DA N K E B U RU K A N F I U S
K AT R I J

Kebaikan Keburukan

1. Kadar arus nominal diketahui dengan tepat 1. Jika elemen fius putus, keseluruhan
2. Kapasiti pemutus tidak merosot fius tidak boleh digunakan.
3. Mempunyai kod warna untuk
2. Pemegang fius hanya sesuai dengan
kadaran saiz yang tertentu. saiz kartrij yang tertentu.
1. Dapat mengelakkan terjadinya arka dan

bunyi yang kuat.

FIUS KAPASITI PEMUTUS TINGGI

Fius ini digunakan pada tempat atau beban yang
memerlukan kadar kapasiti pemutusan yang tinggi.
Ia mempunyai arus nominal yang besar dan mampu
menanggung arus beban yang tinggi.
Ciri-ciri ;
a) Terdiri dari satu tuib seramik dengan penutup
hujungnya yang diperbuat dari logam.
b) Dawai elemen fius diperbuat dari jenis jalur perak
dan disokong oleh silikon serta diselaputi oleh
serbuk mineral.
c) Mempunyai elemen penunjuk dan serbuk
penanda.
d) Faktor fiusan diantara 1.0 hingga 1.25 kali.

K E B A I K A N DA N K E B U RU K A N F I U S
PEMUTUS TINGGI

Kebaikan Keburukan

1. Dapat mengelakkan terjadinya arka - Paling mahal.
dan bunyi yang kuat.
- Mengambil masa untuk menggantikan
2. Dapat mengawal arus yang tinggi. fius yang baru.
3. Kapasiti pemutusan yang tinggi.
4. Mempunyai tanda pemutusan. - Hanya sesuai dengan penghubung fius
dan tapak fius yang tertentu.

- Sukar didapati.

IST ILA H - IST ILA H YA NG BERKA ITA N
DENGAN FIUS

Elemen fius adalah pengalir dengan pelbagai saiz yang akan cair apabila arus yang
Arus nominal berlebihan mengalir melaluinya

Arus fiusan arus maksima yang boleh melalui kabel atau fius pada jangka masa yang
Faktor fiusan tidak terhad dengan tidak memanaskan pengalir kabel atau mencairkan
elemen fius.

arus minima yang boleh mencairkan elemen fius.

nisbah arus fiusan dengan kadaran arus

JENIS DAN APLIKASI ALAT PERLINDUNGAN

Pemutus Litar Kenit Pemutus Litar Pemutus Litar Bocor
( Miniature Circuit Teracu ( Moulded Ke Bumi ( Residual
Breaker - MCB ) Case Circuit Breaker
Current Circuit
- MCCB ) Breaker - RCCB )

PEMUTUS LITAR KENIT
(MINIATURE CIRCUIT BREAKER - MCB)
BS 3871

MCB ialah satu alat perlindungan arus lebihan yang mempunyai kadar kapasiti pemutus
yang tinggi. Ia dapat dikendalikan dengan secara automatik ataupun secara manual.
Fungsi utama - sebagai peranti perlindungan kepada pemasangan.

Dalam keadaan litar pintas dan juga arus rosak peranti ini akan memutuskan sambungan
secara automatik menjadikan litar buka dan tiada arus mengalir di dalam litar.
Dalam keadaan normal peranti ini akan membuat sambungan bagi membolehkan litar
lengkap dan mengalirkan arus di dalam litar
Kadaran arus MCB yang digunakan : 6A, 10A, 15A, 20A, 32A - 60A.

Kadaran voltan yang digunakan : 220 - 405 volt.

PEMUTUS LITAR TERACU ( MOULDED
CASE CIRCUIT BREAKER - MCCB )

MCCB digunakan pada sub papan suis pada kawalan motor bagi tujuan mengawal arus
kemasukan utama dan kawalan ke beban. Ia adalah sebuah alat perkakas suis voltan
rendah yang padu digunakan untuk menyambung dan memutuskan litar secara manual
dan apabila terdapat beban lebih ia boleh terpelantik secara automatik.

Sama seperti pemutus litar udara, MCCB yang asas adalah satu alat untuk memutuskan
dan menyambungkan bekalan tetapi tidak sebagai pengasing, ini kerana ianya
dilengkapkan dengan perlindungan arus lebih dan beban lebih yang telah terbina
didalamnya.

Untuk perlindungan bocor ke bumi MCCB memerlukan alatubah arus, geganti dan gelung
shunt trip sama seperti ACB. Ia tidak terbina di dalam MCCB.

Dari segi penggunaan MCCB adalah sebagai pengganti kepada fius. Apabila berlaku arus
lebih atau beban lebih daripada kadaran arus sesuatu fius ia akan terbakar dan terpaksa
diganti dengan yang baru.

Apabila MCCB digunakan dalam kes ini ia hanya akan terpelantik. Apabila kerosakan telah
dibaiki MCCB hanya perlu dihidupkan ( ON ) kan sahaja, tiada apa-apa yang perlu
digantikan. Dengan itu kos senggaraan dapat dijimatkan dan masa gangguan bekalan
dapat dikurangkan.

PEMUTUS LITAR BOCOR KE BUMI ( RESIDUAL
CURRENT CIRCUIT BREAKER - RCCB )

Pemutus litar bocor ke bumi kendalian arus yang memutuskan
bekalan elektrik apabila ia mengesan arus elektrik yang tidak
seimbang antara arus pada wayar hidup dengan arus pada wayar
neutral.

Ketidakseimbangan arus ini kadang-kala disebabkan oleh
kebocoran arus elektrik melalui badan mangsa yang dibumikan dan
tersentuh bahagian berlogam peralatan elektrik yang mengalami
kerosakan. Keadaan ini boleh menyebabkan renjatan elektrik yang
boleh membawa maut.

RCCB direka supaya dapat memutuskan litar dengan pantas untuk
mengurangkan bahaya akibat renjatan elektrik walaupun ia asalnya
tidak direka untuk memberi perlindungan daripada keadaan beban
lampau.

JENIS-JENIS PENGUJIAN

Pemeriksaan penglihatan.(visual test)

Ujian menggunakan peralatan pengujian.

Pemeriksaan penglihatan adalah pemeriksaan yang
dilakukan dengan mata kasar (visual test) bagi
memastikan:-

Bahan-bahan dan Pemasangan Tiada kerosakan Penyambungan Tanda pengenalan Penggunaan jenis Alat pemencilan Bahagian- Papantanda notis
kelengkapan dijalankan yang nyata pada kabel ke kabel dilakukan dan saiz kabel dan perlindungan bahagian yang sesuai
pemasangan mengikut pemasangan atau dengan sempurna yang sesuai. pemasangan disediakan.
dipasang Peraturan alatlengkap yang betul dilabelkan dengan
mengikut IEE/Suruhanjaya kelengkapan pendawaian dan betul. digunakan.
piawaian yang Tenaga/ JKR. elektrik. dilakukan betul betul.
ditetapkan dan sempurna.
(Piawaian BS/
Piawaian MS).

UJIAN MENGGUNAKAN PERALATAN
PENGUJIAN

Ujian Kekutuban Ujian Rintangan
(Polarity Test). Penebatan
(Insulation

Resistance Test).

Ujian Keberkesanan Ujian Keterusan
Pembumian (Test of Litar Gelang
(Continuity of
Effectiveness of Ring Circuit).
Earthing).


Click to View FlipBook Version