The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Pemula ini digunakan untuk motor yang berukuran kecil dari segi penggunaan dan saiznya. yang mana bahaya arus tinggi sewaktu mula-mula dihidupkan tidak begitu ketara

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Elias Mohd, 2021-06-14 21:46:18

MELAKUKAN PEMASANGAN MOTOR TIGA FASA

Pemula ini digunakan untuk motor yang berukuran kecil dari segi penggunaan dan saiznya. yang mana bahaya arus tinggi sewaktu mula-mula dihidupkan tidak begitu ketara

BAB 3

MELAKUKAN

PEMASANGAN

MOTOR TIGA FASA

15 JUN 2021 / SELASA
10.00 PAGI
EN ELIAS BIN MOHD YATIM

SKEMATIK

DIAGRAM

Gambarajah
Skematik Litar Utama

Gambarajah Skematik Litar
Kawalan

Gambarajah skematik gabungan litar utama dan litar kawalan

SIMBOL –
SIMBOL
KAWALAN
MOTOR
TIGA FASA

SIMBOL – SIMBOL KAWALAN MOTOR
TIGA FASA

SIMBOL – SIMBOL KAWALAN MOTOR
TIGA FASA

Penghidup Talian Terus (Direct On
Line Starter).

Pemula ini digunakan untuk motor yang berukuran kecil dari segi penggunaan dan saiznya. yang
mana bahaya arus tinggi sewaktu mula-mula dihidupkan tidak begitu ketara.

Pemula ini biasanya digunakan untuk motor berukuran ½ kk. hingga 3 K.K (0.37 Kw hingga 2.2
Kw) yang biasanya digunakan untuk beban-beban seperti penghawa dingin. penghembus udara,
pemampat udara dan sebagainya.

Arus mula adalah 6 hingga 8 kali dari arus kendalian normal. Jika sesuatu motor mempunyai arus
kendalian normal 6 Amp. ini bermakna arus mula yang akan wujud pada motor itu ialah 36 Amp.
hingga 48 Amp.

Motor satu fasa yang biasa digunakan ialah motor yang digunakan didalam A/C satu fasa. Motor 3
fasa yang sesuai bagi penghidup talian terus ialah motor jenis Sangkar Tupai (Squirrel Cage).

Pada penghidup ini geganti haba digunakan untuk melindungi motor daripada lebihan beban /
beban lampau. Mengikut peraturan 25 kaedah elektrik 1949, penghidup talian terus hanya
digunakan bagi motor yang mempunyai keupayaan tidak melebihi 3 kuasa kuda atau 2.2 kk

Penghidup Talian Terus (Direct On Line
Starter).

Prinsip Kendalian

1. Apabila punatekan hidup PB2 ditekan, arus akan mengalir ke dalam litar kawalan, lalu
memberi litar lengkap pada gegelung penyentuh C.

2. Gegelung penyentuh ini akan menjadi elektromagnet dan seterusnya ia akan menarik
semua sesentuh sedia buka C1, C2, C3 dan C4 menjadi tertutup.

3. Sesentuh ini menyebabkan arus dari R, Y, B (mewakili fasa Merah, Kuning dan Biru)
memasuki motor dan motor akan berputar.

4. Apabila PB2 dilepaskan, motor akan terus berputar kerana gegelung penyentuh C masih
bertenaga (mendapat arus), yang melalui sesentuh C4. Sesentuh C4 ini dipasang selari
dengan PB2 bagi menggantikan PB2 apabila dilepaskan. Sesentuh ini dipanggil sebagai
litar pemegang.

5. Untuk menghentikan motor, punatekan henti PB1ditekan, menyebabkan litar ke gegelung
penyentuh diputuskan. Keadaan ini menyebabkan penyentuh kehilangan tenaga dan
semua sesentuh akan kembali pada keadaan asal dan akan memutuskan arus ke motor.
Motor akan berhenti.

6. Motor juga akan berhenti secara automatik, jika berlaku beban lampau. Ketika itu arus litar
ke motor akan meningkat lalu menyebabkan pemanas beban lampau membukakan suis
beban lampau. Ini menyebabkan penyentuh kehilangan tenaga dan semua sesentuh akan
kembali pada keadaan asal dan akan memutuskan arus ke motor.

Kelebihan dan kekurangan Penghidup
Talian Terus

KEBAIKAN KEBURUKAN

• Dayakilas permulaan adalah tinggi dan • Arus mulanya adalah tinggi dan ini

mencapai kadar kelajuan maksima menyebabkan pusuan (surge) di

dalam masa yang singkat. dalam sistem adalah amat tinggi dan

• Binaannya ringkas, harganya lebih mengganggu sistem yang lain.

murah dan senggaraannya mudah. • Untuk menanggung arus mula yang

tinggi, pengalir-pengalir dan alat-alat

perlindungan perlu dilebihkan

kadarannya, oleh itu perlindungan

kurang sensitif.


Click to View FlipBook Version